2
vBERITA SEMASA KUARTER KEEMPAT BAHAGIAN KABINET DAN DASAR
K
B
D
ualiti
erintegriti
edikasi
Disediakan Oleh : Encik Lubelter Voy
HUBUNGI KAMI
088-369000
BAHAGIAN KABINET DAN DASAR, JABATAN KETUA MENTERI, TINGKAT 27, BLOK A, PUSAT PENTADBIRAN NEGERI SABAH, 88400 KOTA KINABALU.
v
Majlis Perpisahan Pelatih SSL Nur Farra NissaPada 4 haribulan Oktober 2019, satu majlis perpisahan telah diadakan bagi Nur Farra Nissa seorang pelatih
Skim Sangkutan Latihan (SSL) yang telah memulakan latihannya di Bahagian Kabinet dan Dasar, Jabatan
Ketua Menteri sejak 2 Januari 2019. Farah membuat keputusan untuk menamatkan latihannya setelah
berjaya menerima tawaran untuk bekerja di TAS Institute of Oil & Gas KKIP. BKD telah menjadi tempat
yang banyak membantu Farah dalam memahami bagaimana operasi di sektor kerajaan dijalankan. BKD
juga telah mendedahkan tugas-tugas keurussetiaan seperti mengendalikan mesyuarat Jemaah Menteri
. Bukan itu sahaja, Farah juga telah berpeluang terlibat secara langsung dengan Persidangan Dewan
Undangan Negeri Sabah. Pihak BKD berterima kasih atas sumbangan dan bakti beliau. Seluruh warga
BKD juga berharap agar Farah akan terus maju dalam kerjaya di masa akan datang.
Pengarah Bahagian Kabinet dan Dasar, Jabatan Ketua Menteri Encik Ridhwan Roger Linus telah dijemput
untuk memberi ceramah dalam “Bengkel Penulisan Kertas Kabinet”. Bengkel ini telah dilaksanakan
pada 7-8 Oktober 2019 dan merupakan anjuran oleh Institut Sektor Awam Negeri (INSAN) bertempat di
Kampus Pembangunan Kepimpinan INSAN Keningau.
Bengkel Penulisan Kertas Kabinet
Pada 4 November 2019 (Isnin) satu majlis telah diadakan bersempena dengan perpindahan beberapa
pegawai dan kakitangan Bahagian Kabinet dan Dasar iaitu Encik Ikhwan Muhd Ghulam, Puan Angela
Lee (bersara), Puan Noradzma Isabelo dan Encik Rosdi Matlin. Mereka masing-masing berpindah untuk
bertugas di tempat baharu iaitu Bahagian Istiadat dan Protokol, Kementerian Pertanian dan Industri
Makanan dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah. Bahagian Kabinet dan Dasar ingin mengucapkan
berbanyak terima kasih atas segala sumbangan dan khidmat bakti yang dicurahkan selama bertugas di
BKD serta selamat bertugas di tempat baharu. Pada masa yang sama, majlis juga sekaligus meraikan
kedatangan pegawai dan kakitangan baharu di Bahagian Kabinet dan Dasar iaitu Encik Tzahrin bin Mohd
Tahir dan Encik Lucas Linus Oyom.
Majlis Perpindahan dan Selamat Datang
Pada 18 hingga 21 November 2019, Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Sabah
Yang Ke Lima Belas telah berlangsung. Bahagian Kabinet Dasar sebagai urus setia bagi menyelaras semua
jawapan yang dikemukakan kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri bertugas di Bilik Layang-
Layang bersama-sama dengan ketua-ketua agensi di bawah Jabatan Ketua Menteri telah bekerjasama
sepanjang persidangan berlangsung. Persidangan DUN terakhir bagi tahun 2019 telah selesai dengan
jayanya atas kerjasama daripada setiap agensi terlibat dalam membantu menjawab pertanyaan-pertanyaan
yang diajukan kepada YAB Ketua Menteri Sabah. Bahagian Kabinet dan Dasar menghargai setiap yang
terlibat membantu dalam Persidangan DUN ini.
Persidangan DUN November 2019
Bilik Layang-Layang di mana urus setia BKD bertugas sepanjang persidangan berlangsung.
Satu Majlis Sambutan Hari Krismas BKD telah diadakan pada Rabu, 18 Disember 2019 bertempat di
ruang legar Pejabat Bahagian Kabinet dan Dasar jam 11.00 pagi. Semua kakitangan Bahagian Kabinet dan
Dasar telah bersama-sama berkumpul untuk memeriahkan lagi majlis sambutan Hari Krismas ini. Antara
pengisian dalam majlis tersebut adalah ucapan oleh Pengarah Kabinet dan Dasar, Encik Ridhwan Roger
Linus dan acara “Exchange Gift”. Majlis ini juga adalah bagi menghargai penglibatan serta sokongan
semua kakitangan BKD selama ini. Selamat menyambut Hari Krismas 2019 dan Tahun Baharu 2020!
Majlis Sambutan Hari Krismas BKD
Stage 2 Audit MS ISO 9001:2015 bagi Bahagian Kabinet dan Dasar telah diadakan pada 19 hingga 20
Disember 2019. Audit oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd ini diketuai oleh Tengku Aidil Al-Haj
Tengku Amiruddin dengan dibantu oleh Puan Rajalekshmi Rama Chandram. Audit MS ISO ini adalah bagi
memastikan segala prosedur di setiap unit di BKD adalah dipatuhi supaya pensijilan MS ISO di Pejabat ini
terus dikekalkan. Bahagian Kabinet dan Dasar merupakan agensi di bawah Jabatan Ketua Menteri yang
terawal mendapat pensijilan MS ISO. Ini merupakan salah satu pencapaian oleh BKD apabila mendapat
pengiktirafan MS ISO dalam menambahbaik sistem kualiti dan penyampaian perkhidmatannya.
Stage 2 Audit MS ISO 9001:2015
Top Related