8/2/2019 Berjaya Dalam MLM
1/42
Berjaya Dalam MLM
http://www.autobiz.ws Azizi Mohamad 1
Oleh: Azizi Mohamad
8/2/2019 Berjaya Dalam MLM
2/42
Berjaya Dalam MLM
http://www.autobiz.ws Azizi Mohamad 2
KANDUNGAN
MUKA SURATPENAFIAN 3
MUKADIMAH 4
DEFINISI MULTILEVEL MARKETING 6
INDUSTRI PEMASARAN RANGKAIAN DI MALAYSIA 7
PANDUAN MEMILIH PELAN PEMASARAN 8
CIRI-CIRI PELAN PEMASARAN 9
MITOS VS FAKTA MLM 11
FASA-FASA DI DALAM PERNIAGAAN MLM 14
GRAF PENDAPATAN 16
CERITA JUTAWAN 18
PERBANDINGAN MODEL MLM DENGAN MODEL LAIN 20
KONSEP PENGGANDAAN 21
SISTEM 23
5 SISTEM KEJAYAAN
SISTEM 1 : PROSPECTING 25
SISTEM 2 : INVITATION 28
SISTEM 3 : PRESENTATION 30
SISTEM 4 : CLOSING 33
SISTEM 5 : FOLLOW UP 35
KISAH RAPILI DAN BALDI 37
PENUTUP 41
8/2/2019 Berjaya Dalam MLM
3/42
Berjaya Dalam MLM
http://www.autobiz.ws Azizi Mohamad 3
PENAFIAN
Untuk makluman anda, e-book ini dihasilkan berdasarkan pengalaman dan
pengetahuan penulis sendiri yang telah berkecimpung di dalam industriMLM selama 5 tahun lebih sebagai Trainer di salah sebuah syarikat MLM
di Malaysia. E-book ini ditulis khas untuk anda bagi mendedahkan peluang
perniagaan MLM yang mampu menghasilkan pendapatan lumayan buat
anda.
Ramai yang telah memandang negatif terhadap industri MLM. Jadi e-book
ini akan memperbetulkan tanggapan masyarakat yang kebanyakannya
menjatuhkan hukum bahawa MLM adalah skim cepat kaya.
E-book ini hanyalah satu pendedahan asas, bukannya jaminan untuk anda
berjaya dengan mudah dalam perniagaan MLM. Banyak yang anda perlu
pelajari lagi dalam usaha untuk mencapai kejayaan.
Beberapa perkara penting yang perlu anda tahu sebelum membaca e-
book ini:
HAK ANDA
(Boleh) E-book ini diberi kepada sesiapa sahaja.
(Boleh) E-book ini diedar dengan apa cara sekali pun.
(Boleh) E-book ini dijadikan bahan pengajaran untuk rangkaian anda.
(Tidak Boleh) Menukar isi kandungan e-book ini.
(Tidak Boleh) Mengaku sebagai penulis e-book ini.
(Tidak Boleh) Menjual e-book ini.
8/2/2019 Berjaya Dalam MLM
4/42
Berjaya Dalam MLM
http://www.autobiz.ws Azizi Mohamad 4
MUKADIMAH
Terlebih dahulu terima kasih dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT
kerana dengan limpah dan kurniaNya saya mampu menyiapkan e-book inisebagai panduan untuk kita. Ilmu yang sedikit ini adalah untuk dikongsi
bersama dengan anda semua.
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda yang sudi
memuat turun e-book Berjaya Dalam MLM ini. Sekiranya anda mendapat
e-book ini tanpa melalui proses pendaftaran di laman web saya, sila
berbuat demikian di http://www.autobiz.ws/MLM.html. Antara kelebihan
anda berbuat demikian ialah anda akan menerima tutorial PERCUMA
melalui email dan juga info-info terkini mengenai dunia MLM.
Terima kasih juga buat isteri tersayang beserta 2 cahayamata tercinta
kerana memberikan diri ini semangat untuk terus berjuang di dalam medan
ilmu ini. Pengorbanan kalian hanya Allah yang dapat membalasnya.
Terima kasih kepada sifu-sifu saya, Sdr Jimie Ray (www.jimieray.com),
Sdr Zamri Nanyan (www.rahsia.bisnesdigital.com), Sdr Mazelan Abbas
(www.tutorialgdi.ws), Sdr Ahmad Ridzuan (www.aridz.ws), Sdr Jamaluddin
Bahari (www.blogjamal.com) dan ramai lagi orang-orang hebat yang telah
sudi berkongsi ilmu dengan saya. Tidak lupa juga kepada pemimpin-
pemimpin hebat MLM iaitu, CDM Jaafar Man, CDM Hjh Roshida, SDD
Anuar Rani (Gano Excel), CA Bedrul Hisam (DCL), CM Zubaidi, CM
Asmadi (Score A), dan ramai lagi yang tidak dapat disebutkan. Terima
kasih juga kepada sparing partner saya En. Norhisyam M. Hassan yang
banyak berkongsi idea dan pengetahuan tentang MLM.
8/2/2019 Berjaya Dalam MLM
5/42
Berjaya Dalam MLM
http://www.autobiz.ws Azizi Mohamad 5
Akhir sekali terima kasih kepada rakan kongsi iaitu Haslah Hashim
(http://www.haslahhashim.com) yang telah menyiapkan e-cover Berjaya
Dalam MLM ini.
Untuk anda, terimalah pemberian yang tidak seberapa ini.
Ikhlas daripada,
Azizi Mohamad
http://www.autobiz.ws
http://www.facebook.com/azizimohamad
8/2/2019 Berjaya Dalam MLM
6/42
Berjaya Dalam MLM
http://www.autobiz.ws Azizi Mohamad 6
DEFINISI MULTILEVEL MARKETING
MLM atau Multilevel Marketing atau pemasaran bertingkat-tingkat ialah
satu sistem yang menggerakkan barangan atau perkhidmatan melaluijaringan pengedar. Anda menerima pendapatan dengan memperkenalkan
barangan atau perkhidmatan kepada orang lain serta merekrut dan melatih
rakan-rakan tajaan anda untuk duplikasi cara ini.
Anda dipanggil UPLINE apabila anda menaja seorang rakan kongsi
menjadi ahli kumpulan anda. Rakan kongsi anda akan dikenali sebagai
DOWNLINE. UPLINE memikul tanggungjawab melatih rakan kongsinya
serta membimbing mereka di peringkat awal perniagaan sehingga
DOWNLINE sudah boleh membuat penajaan & penjualan untuk
mengembangkan perniagaannya
Jadi sebagai kesimpulan, MLM menuntut pengamalnya supaya
bekerjasama antara satu sama lain kerana di dalam industri ini, kita perlu
mempunyai cara pemikiran yang berlainan. Pemikiran Untuk berjaya kita
mesti jayakan orang lain mesti menjadi pegangan kepada mereka yang
ingin berjaya di dalam MLM.
8/2/2019 Berjaya Dalam MLM
7/42
Berjaya Dalam MLM
http://www.autobiz.ws Azizi Mohamad 7
INDUSTRI PEMASARAN RANGKAIAN DI MALAYSIA
Terdapat lebih 1000 syarikat pemasaran rangkaian di Malaysia yang
berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi danKepenggunaan (KPDNKK). Syarikat yang berdaftar dengan KPDNKK akan
memperolehi lesen di bawah Akta Jualan Langsung 1993. Lesen ini
menunjukkan bahawa syarikat MLM boleh menjalankan aktiviti perniagaan
MLM di Malaysia secara sah.
Lesen AJL ini selalunya diberi kelulusan untuk beroperasi selama setahun
sehingga 5 tahun. Apabila tamat lesen, syarikat MLM perlu
memperbaharui lesen dengan membuat permohonan kepada KPDNKK.
Jadi sekiranya anda ingin memulakan perniagaan MLM anda, perkara
pertama yang perlu anda pastikan adalah syarikat berkenaan mempunyai
lesen AJL dan masih sah. Seterusnya anda perlu menilai dari segi jangka
hayat syarikat di dalam industri. Lagi lama kewujudan syarikat dalam
industri, makin bagus untuk anda menyertai syarikat itu. Ini bukan
bermakna syarikat baru tidak bagus, tetapi anda kena kaji latarbelakang
yang mendokong syarikat baru tersebut.
Anda juga harus memilih syarikat yang menawarkan produk yang ada
jualan ulangan. Sebagai contoh produk makanan kesihatan, produk
keperluan harian, produk pendidikan, produk telco dan beberapa lagi jenis
produk yang akan habis digunakan dan memerlukan belian ulangan.
Dari segi pelan pemasaran, anda harus berhati-hati. Kerana pelan
pemasaranlah masyarakat kita mudah tertipu dan terus menggelarkan
MLM adalah skim cepat kaya.
8/2/2019 Berjaya Dalam MLM
8/42
Berjaya Dalam MLM
http://www.autobiz.ws Azizi Mohamad 8
PANDUAN MEMILIH PELAN PEMASARAN MLM
Pelan pemasaran merupakan satu elemen yang penting dalam sesebuahsyarikat MLM. Selain produk, pelan pemasaran memainkan peranan yang
amat penting yang akan menentukan jatuh bangun sesebuah syarikat
MLM.
Sebagai penggiat dalam industri MLM, anda perlu berhati-hati dalam
memilih syarikat berdasarkan penawaran pelan pemasaran. Bagi orang
Islam, anda juga perlu mengambil kira faktor syariah sebelum menerima
tawaran di dalam pelan pemasaran tersebut.
Antara faktor yang perlu dititikberatkan semasa memilih pelan pemasaran
adalah:
1. Bersifat adil. Iaitu memberi faedah kepada semua golongan sama
ada orang yang baru masuk sehinggalah pemimpin yang memimpin
rangkaian perniagaannya.
2. Pelan yang mudah difahami dan boleh diwarisi.
3. Jualan peribadi dan jualan kumpulan peribadi yang rendah.
4. Tidak bersifat menekan. Sebagai contoh, anda terpaksa
mengeluarkan modal yang besar untuk mencapai sesuatu status
atau bonus.
8/2/2019 Berjaya Dalam MLM
9/42
Berjaya Dalam MLM
http://www.autobiz.ws Azizi Mohamad 9
CIRI-CIRI PELAN PEMASARAN
UNILEVEL
Pelan ini amat mudah untuk difahami kerana pengiraannya bersifat terusterang. Pembahagian bonus berdasarkan level. Selalunya bermula dengan
peratus yang agak besar di bahagian level atas dan semakin mengecil di
bahagian bawah. Selalunya pelan ini boleh mencapai sehingga 9 ke 10
level ke bawah.
BREAKAWAY
Pelan ini juga dikenali sebagai pelan naik tangga. Apabila sudah bertemu
dengan pangkat yang sama maka upline dan downline tadi akan terputus
kerana telah mencapai pangkat dan peratusan bonus yang sama.
Sekiranya situasi ini terjadi, upline hanya boleh menikmati bonus
leadership daripada kumpulan downlinenya. Pembahagian bonus
Breakaway ini dikira berdasarkan overiding jualan kumpulan.
BINARY
Antara pelan yang mudah kerana hanya perlukan 2 kaki sahaja. Namun
ianya melibatkan fungsi pairing iaitu syarat utama dalam pemberian bonus.
Pelan yang menawarkan duit laju kepada pengamalnya. Sentiasa perlukan
ahli dan jualan baru setiap bulan.
MATRIX
Popular di kalangan syarikat MLM internet. Susunan downline dibuat
secara automatik oleh sistem komputer. Sebagai contoh, matrix 3x10, 5x5
dan sebagainya. Pembahagian peratusan bonus juga dibuat berdasarkan
level.
8/2/2019 Berjaya Dalam MLM
10/42
Berjaya Dalam MLM
http://www.autobiz.ws Azizi Mohamad 10
HYBRID
Hybrid bermaksud kacukan. Kebanyakan syarikat akan
mengkombinasikan 2 jenis pelan di dalam sistem pelan pemasaran
mereka. Sebagai contoh, jualan peribadi 200PV akan dibahagikan kepadadua bahagian iaitu 100PV di bahagian A, dan 100PV lagi di bahagian B.
Sebenarnya terdapat banyak lagi jenis pelan pemasaran yang terdapat di
pasaran MLM. Namun yang dibincangkan di atas adalah antara yang
popular yang telah digunakan oleh beberapa syarikat MLM di negara ini.
8/2/2019 Berjaya Dalam MLM
11/42
Berjaya Dalam MLM
http://www.autobiz.ws Azizi Mohamad 11
MITOS MLM vs FAKTA MLM
Mitos :-
Ia adalah PIRAMID ORANG ATAS akan buat banyak $$$$$
Fakta :-
Bisnes MLM direka untuk menjayakan anda, bukan menjatuhkan
anda. Bisnes MLM tidak akan berjaya selagi ia tidak menjayakan
orang lain.
Mitos :-
Ia adalah SKIM CEPAT KAYA
Fakta :-
Industri MLM memberikan peluang kepada semua orang untuk
mengubah kehidupan dan adil
Etika penggiat MLM yang NEGATIF telah merosakkan imej MLM
Mitos :-
PELABURAN tinggi MODAL tinggi = UNTUNG BESAR
Fakta :-
MLM = Bina pembangunan DIRI & RANGKAIAN perniagaan
Modal utk mula bisnes paling rendah adalah bisnes MLM
Ramai usahawan MLM tidak ada modal permulaan (orang miskin)
boleh berjaya
8/2/2019 Berjaya Dalam MLM
12/42
Berjaya Dalam MLM
http://www.autobiz.ws Azizi Mohamad 12
Mitos :-
Perniagaan LOW CLASS
Fakta :-
Nilai perniagaan MLM > USD100 billion > 40 juta orang terlibat seluruh dunia
20% drp 500 ribu Jutawan AS = MLM
35% Jutawan Msia = MLM
Mitos :-
Perlu pandai bercakap & menjual
Fakta :-
Bisnes MLM melabur dan menyediakan latihan pembangunan diri &
perniagaan
Komitmen utk belajar & sikap boleh diajar
Kini dah boleh guna internet (orang bisu pun boleh buat)
Mitos :-
Tiada MASA & kena jadi SUPER SALESMAN
Fakta :-
Berikan masa pada diri sendiri 5 tahun utk pembelajaran &
pembangunan
Konsep LEVERAGE (Penggandaan )
Bina rakan kongsi
8/2/2019 Berjaya Dalam MLM
13/42
Berjaya Dalam MLM
http://www.autobiz.ws Azizi Mohamad 13
Mitos :-
Duduk Diam2 Doa Dapat Duit
Pelaburan 1 kali sahaja
Fakta :- MLM seperti juga perniagaan lain iaitu perlu berusaha untuk berjaya
MLM bukan skim cepat kaya atau loteri
Mesti ikut sistem kejayaan MLM & anda akan berjaya
8/2/2019 Berjaya Dalam MLM
14/42
Berjaya Dalam MLM
http://www.autobiz.ws Azizi Mohamad 14
FASA-FASA DI DALAM PERNIAGAAN MLM
Fasa 1
KeghairahanPada fasa ini usahawan akan cukup bersemangat berapi-api daripada
kepala hingga ke kaki dan semangat ini akan diterjemahkan dalam bentuk
TINDAKAN.
Fasa 2
Keliru
TINDAKAN yang bersemangat itu akan memberi banyak respon negatif
daripada persekitaran. Respon yang positif hanyalah sedikit dan pada
masa ini akan membezakan antara usahawan yang berjaya di perniagaan
MLM dan mereka yang berhenti setengah jalan. Hampir 90 % usahawan
berhenti di fasa ini.
Fasa 3
Pembelajaran Sebenar
Dalam fasa ini barulah usahawan menyedari bahawa perniagaan MLM
bukanlah perniagaan yang boleh dilakukan mengikut kemahuan dan
sistem sendiri. Maka pada waktu ini usahawan akan tercari-cari sistem
yang betul dan mula menduplikasikan cara yang sebenar kerana
perniagaan ini adalah perniagaan manusia.
Fasa 4
Gunakan Sistem
Pada fasa ini kita akan dapat melihat ada usahawan yang ikut sepenuhnya
sistem dan ada yang banyak melanggar system. Ramai usahawan yang
gagal kerana tidak patuh pada sistem kejayaan MLM. Ada juga yang
8/2/2019 Berjaya Dalam MLM
15/42
Berjaya Dalam MLM
http://www.autobiz.ws Azizi Mohamad 15
berjaya bukan kerana sistem tetapi bakat semulajadi tetapi kejayaan yang
dihasilkan adalah jangka pendek, dan tidak stabil. Ramai usahawan yang
gagal berhenti di fasa ini.
Fasa 5
Perkembangan dan Pencapaian 5 angka pendapatan
Pada fasa ini usahawan akan mencapai kebebasan kewangan dan
usahawan mula menduplikasi ramai usahawan yang lain yang mengikut
sistem dan mereka berada di fasa-fasa sebelum anda. Apabila anda
faham keseluruhan fasa ini, ia akan membuat anda faham MLM adalah
industri yang hebat. Tetapi tidak ramai yang memahami kejayaan adalah
proses dan bukannya turun dari langit.
Kegagalan memahami keseluruhan fasa-fasa ini menyebabkan ramai yang
gagal. Kejayaan di dalam MLM adalah pasti sekiranya mengikut sistem
dan ia adalah satu proses jangka panjang dan memerlukan komitmen
sekurang-kurangnya 3 ke 5 tahun untuk 5 angka yang stabil.
Sesungguhnya tiada jalan singkat untuk mencipta kejayaan. Tiada jalan
mudah untuk berjaya di dalam MLM. MLM menyediakan suatu sistem
cepat berjaya iaitu sistem yang telah digunapakai jutawan-jutawan MLM
seluruh dunia. Dan kita hanya perlu pandai meniru apa yang telah
digariskan di dalam sistem tersebut. Untuk berjaya di dalam setiap MLM
yang anda sertai, adalah menjadi suatu kewajipan untuk anda mengikuti
Sistem Latihan yang disediakan oleh syarikat MLM anda.
8/2/2019 Berjaya Dalam MLM
16/42
Berjaya Dalam MLM
http://www.autobiz.ws Azizi Mohamad 16
GRAF PENDAPATAN
Apa pilihan anda?
a. Pekerjaan
Umur 55 tahun
Umur 55 tahun
1. Pendapatan terhad
2. Tidak fleksibel
3. Kurang kawalan pada masa depan
4. Banyak halangan untuk mencapai impian
SwastaPendapatan
KerajaanPendapatan
8/2/2019 Berjaya Dalam MLM
17/42
Berjaya Dalam MLM
http://www.autobiz.ws Azizi Mohamad 17
b. Perniagaan Konvensional
1. Dipengaruhi ekonomi
2. Risiko tinggi
3. Modal yang besar
4. Tiada kebebasan
5. Semasa perniagaan di kemuncak waktu itu orang mula nampak
potensi. Mungkin anda ditelan oleh potensi itu.
c. Pemasaran Rangkaian (MLM)
1. Pendapatan dan perkembangan tidak terhad
2. Masa yang fleksibel
3. Anda yang mengawalnya
4. Stabil dan terjamin jangka panjang
5. Prinsip kerjasama
6. Apabila berjaya nilai yang anda pegang adalah KEBEBASAN
7. Industri yang kalis daripada kegawatan ekonomi
Pendapatan
8/2/2019 Berjaya Dalam MLM
18/42
Berjaya Dalam MLM
http://www.autobiz.ws Azizi Mohamad 18
CERITA JUTAWAN
Satu konvension di mana beberapa jutawan mengadakan pertemuanberbincang tentang cabaran dan gaya kehidupan masing-masing.
Jutawan Konvensional : Saya perlu memastikan pesaing-pesaing saya
tidak dapat meniru perniagaan yang telah saya jayakan.
Jutawan Francais : Saya memerlukan modal yang besar setiap kali ingin
mengadakan cawangan yang baru.
Jutawan MLM : Saya tidak kisah jika ramai lagi orang ingin berjaya seperti
cara saya kerana semakin ramai yang dibantu semakin berjayalah diri
saya.
Jutawan Konvensional : Saya terpaksa melayan kerenah persatuan
pekerja yang meminta gaji dinaikkan, masalah sewa, hartanah, kos barang
JUTAWAN MLM
JUTAWAN
KONVENSIONAL
JUTAWAN FRANCAIS
8/2/2019 Berjaya Dalam MLM
19/42
Berjaya Dalam MLM
http://www.autobiz.ws Azizi Mohamad 19
mentah, kos pembungkusan, kos inventori dan setiap hari saya sibuk
sehinggakan tiada masa untuk keluarga.
Jutawan Francais : Saya terpaksa melayan kerenah persatuan pekerjayang meminta gaji dinaikkan, masalah sewa, hartanah, kos barang mentah,
kos pembungkusan, kos inventori yang semakin meningkat.
Jutawan MLM : Saya tiada pekerja, tiada pejabat yang perlu dibayar, tiada
sewa tanah, tiada kos barang mentah, tiada sehelai kertas pun yang perlu
saya tanda tangan, kos inventori. Setiap hari saya hidup seperti biasa
minum pagi, jalan-jalan dan masa saya yang punya. Saya telah mencapai
janji perniagaan MLM , iaitu apabila kehidupan dan pekerjaan bersatu.
Saya punyai 3 benda yang anda tidak ada. 1. Kebebasan Kewangan, 2.
Kebebasan Masa, 3. Kebebasan Fikiran.
Kesimpulan
Semua bisnes boleh berjaya, boleh menjadi jutawan tetapi nilai yang
cukup penting untuk semua usahawan adalah nilai KEBEBASAN. Dan nilai
KEBEBASAN itu dapat dikecapi dengan MLM.
8/2/2019 Berjaya Dalam MLM
20/42
Berjaya Dalam MLM
http://www.autobiz.ws Azizi Mohamad 20
PERBANDINGAN MODEL MLM DENGAN MODEL LAIN
MODAL RISIKO TEMPAT MASA PENGALAMAN PENDAPA
FRANCAIS TINGGI 50-50 PERLU BANYAK PERLU TINGGI
KONVENSIONAL TINGGI TINGGI PERLU BANYAK PERLU TAK MENEN
MULTILEVEL
MARKETINGRENDAH RENDAH
MANA-MANA
SAHAJA
BOLEH
DIGANDAKAN
MASUK
SISTEMTIADA BATA
*Tujuan perbandingan bukanlah untuk memperkecilkan model perniagaan
lain tetapi hanya untuk menunjukkan bahawa model MLM boleh dijalankan
oleh sesiapa sahaja, di mana sahaja dengan modal yang rendah.
8/2/2019 Berjaya Dalam MLM
21/42
Berjaya Dalam MLM
http://www.autobiz.ws Azizi Mohamad 21
KONSEP PENGGANDAAN
Kenapa kuasa Pemasaran rangkaian cukup hebat?
1. Jika setiap bulan anda hanya boleh taja satu orang, dan setiap
orang yang anda taja akan buat benda yang sama. Dan setiap
orang yang ditaja akan duplikasi benda yang sama. Ada berapa
orang dalam rangkaian anda selama 12 bulan?
Jawapannya ialah 4096!!!
Bagaimana ini boleh berlaku? Inilah yang dikatakan penggandaan. Dan ia
hanya berlaku di dalam sistem MLM. Mari kita buktikan bagaimana dengan
hanya taja seorang setiap bulan, anda mampu mempunyai kekuatan
seramai 4096 orang hanya dalam masa 12 bulan.
U UU
Bulan 1 Bulan 2 Bulan 3
8/2/2019 Berjaya Dalam MLM
22/42
Berjaya Dalam MLM
http://www.autobiz.ws Azizi Mohamad 22
Bulan 1 2 orang (anda dan tajaan anda)
Bulan 2 4 orang (anda + 2 orang tajaan anda level 1 + seorang tajaan
level 1 anda)Bulan 3 8 orang
Bulan 4 16 orang
Bulan 5 32 orang
Bulan 6 64 orang
Bulan 7 128 orang
Bulan 8 256 orang
Bulan 9 512 orang
Bulan 10 1024 orang
Bulan 11 2048 orang
Bulan 12 4096 orang (termasuk anda)
Ini bermakna jika kita buat sifir ringkas, seorang hanya buat kerja 1 jam
sehari termasuk anda, maka seumpama anda melakukan kerja 4096 jam
sehari!!! Inilah kehebatan LEVERAGING.
Apakah maksud LEVERAGING? Leveraging bermaksud anda membuat
kerja 1% bersama dengan 100 orang yang mana akan membuahkan
penghasilan sebanyak 100%.
Rujuk
Gambara
atas untu
faham
8/2/2019 Berjaya Dalam MLM
23/42
Berjaya Dalam MLM
http://www.autobiz.ws Azizi Mohamad 23
SISTEM
Apabila kita berbicara tentang sistem, semua terbayangkan sesuatu
perkara yang seragam atau sama atau sesuatu perkara yang akan
memudahkan pekerjaan. Ada juga yang menakrifkan sistem sebagai suatu
panduan yang perlu diikuti oleh seseorang untuk berjaya. Persoalan yang
perlu dijawab oleh kita semua adalah perlukah sistem dalam perniagaan
kita? Apakah kepentingan sistem dalam perniagaan kita?
Sistem banyak digunapakai oleh syarikat-syarikat francais gergasi yang
dijalankan oleh para remaja lepasan sekolah. Kenapa para remaja ini
boleh menjalankan perniagaan gergasi ini? Jawapannya adalah sistem.
Sistem direka untuk memudahkan sesuatu pekerjaan. Mereka hanya perlu
mengikut sistem yang telah ditetapkan untuk menjalankan perniagaan
tersebut.
Di dalam perniagaan Multilevel Marketing, diri sendiri adalah sistem. Ini
kerana kita yang mengamalkan sistem. Kita adalah sebahagian daripada
sistem. Sistem mestilah ringkas dan mudah dipelajari, diamalkan dan
diajar. Hari ini kita mempelajari sistem, kemudian kita amalkan sistem dan
seterusnya kita mengajar sistem kepada rangkaian kita. Di sinilah duplikasi
akan terjadi dan seterusnya akan menggandakan lagi rangkaian dan
pendapatan anda.
Sistem yang terbaik tidak akan boleh membantu seseorang itu berjaya
melainkan dua golongan. Golongan pertama ialah golongan yang ada
kemahuan untuk mengikut sistem dan kedua ialah golongan yang
membuat tindakan. Jika tidak mempunyai kemahuan dan tindakan, sistem
8/2/2019 Berjaya Dalam MLM
24/42
Berjaya Dalam MLM
http://www.autobiz.ws Azizi Mohamad 24
yang terbaik di dalam dunia ini pun tidak akan mampu membantu untuk
berjaya. Lakukan perniagaan anda dengan sistem, secara bersungguh-
sungguh kemudian duplikasi untuk penggandaan.
8/2/2019 Berjaya Dalam MLM
25/42
Berjaya Dalam MLM
http://www.autobiz.ws Azizi Mohamad 25
5 SISTEM KEJAYAAN
SISTEM 1 : PROSPECTING (MEMBUAT SENARAI PROSPEK)
Apabila anda sudah mula menceburkan diri anda dalam bidang MLM,
perkara pertama yang perlu anda titik beratkan atau lakukan dahulu
adalah membuat senarai prospek. Senarai prospek ibarat bahan api
terhadap perniagaan MLM anda. Jika anda gagal membuat senarai
prospek, maka anda telah memilih untuk gagal di dalam perniagaan ini. Ia
ibarat perancangan awal anda dan sebagai pemula langkah untuk anda
terus selusuri liku-liku perjalanan anda sebagai usahawan MLM.
Ada beberapa perkara yang perlu dititik beratkan semasa anda membuat
senarai prospek. Antaranya adalah:
a) Sentiasa berfikiran positif semasa menyenaraikan prospek anda.
b) Jangan under estimate (pandang rendah) terhadap bakal prospek
anda.
c) Jangan pre judge (membuat penilaian awal) terhadap prospek anda.
d) Senaraikan prospek anda seramai mungkin dengan fikiran yang
positif bahawa anda ingin menyampaikan peluang yang baik untuk
mengubah kehidupan. Anda perlu sedar bahawa semua orang
perlukan kebebasan kewangan, dan kebebasan masa.
8/2/2019 Berjaya Dalam MLM
26/42
Berjaya Dalam MLM
http://www.autobiz.ws Azizi Mohamad 26
Tips-tips untuk membuat senarai prospek:
a) Jangan bergantung kepada hand phone atau PDA anda. Keluarkansenarai nama dan nombor telefon daripada hand phone dan PDA
anda, senaraikan di atas kertas.
b) Senaraikan semua nama yang terdapat di kad-kad perniagaan yang
anda miliki di atas kertas lain.
c) Anda boleh gunakan Yellow Pages sebagai gambaran kepada
prospek anda. Sebagai contoh, di dalam Yellow Pages terdapat
pelbagai jenis perkhidmatan. Jadi dengan melihat jenis-jenis
perkhidmatan yang ditawarkan, ia akan merangsang otak kanan
anda mengingati kenalan anda yang terlibat di dalam perniagaan
berkenaan.
d) Kini telah wujud satu alat yang amat berkuasa untuk anda
mengumpul prospek dan membuat email follow up. Alat yang
dimaksudkan ialah autoresponder. Hal ini akan dikupas lanjut di
dalam Sistem 5.
Segmentasi prospek
Anda perlu membuat segmentasi atau pembahagian semasa membuat
senarai prospek. Anda perlu membuat segmentasi dari segi perhubungan,
jarak dan latar belakang. Sebagai contoh perhubungan dari segi ikatan
kekeluargaan, jiran, kenalan rapat, kawan-kawan sehinggalah orang asing.
Segmentasi jarak pula adalah kedudukan antara kita dengan prospek. Dari
dekat ke jauh. Sebagai contoh prospek kita dari kampung yang sama ke
8/2/2019 Berjaya Dalam MLM
27/42
Berjaya Dalam MLM
http://www.autobiz.ws Azizi Mohamad 27
kampung sebelah, ke mukim sebelah sehinggalah ke negeri yang
berhampiran.
Manakala segmentasi latar belakang pula adalah anda perlu mengetahuisedikit latar belakang prospek anda dan mengelaskan mereka sama ada
mereka prospek yang hangat, suam-suam kuku atau sejuk.
Selesai anda membuat senarai prospek, teruskan dengan menelefon
prospek anda untuk membuat jemputan untuk persembahan perniagaan
kepada prospek anda.
8/2/2019 Berjaya Dalam MLM
28/42
Berjaya Dalam MLM
http://www.autobiz.ws Azizi Mohamad 28
SISTEM 2 : INVITATION (JEMPUTAN)
Anda sudah pun mempunyai senarai prospek. Sekarang anda perlu
membuat jemputan supaya anda boleh menyampaikan persembahan
perniagaan kepada mereka. Langkah kedua ini agak mencabar kerana
anda mungkin berdepan dengan penolakan awal prospek anda terhadap
jemputan yang anda lakukan. Namun ada beberapa tips yang boleh
digunakan oleh anda untuk berdepan dengan situasi berkenaan.
Antara tipsnya adalah:
a) Teruskan dengan tujuan anda menelefon prospek. Nyatakan tujuan
anda adalah untuk menyampaikan satu peluang perniagaan yang
mampu mengubah kehidupan prospek anda. Jika dia bertanya
apakah peluang itu, jangan bercerita di dalam telefon dan terus
aturkan pertemuan dengannya.
b) Jangan bercerita panjang lebar tentang perkara yang tiada kaitan
dengan tujuan anda menelefon prospek. Selepas bercerita panjang,
barulah anda bercerita tentang tujuan anda menelefon prospek.
Prospek anda akan berasa tertipu dan dia akan terus mencipta 1001
alasan untuk tidak bertemu dengan anda. Selain itu, bil telefon anda
pun akan meningkat!
8/2/2019 Berjaya Dalam MLM
29/42
Berjaya Dalam MLM
http://www.autobiz.ws Azizi Mohamad 29
Skrip untuk membuat jemputan:
Contoh skrip untuk kenalan atau saudara.
Pembuka
Kata
Hai! / Assalamualaikum! Apa khabar?
Aku nak sembang kejap, sesuai ke?
Set Had
Masa
Begini, aku ada kerja sikit nak buat, kebetulan
teringatkan kau, jadi aku calllah.
Set Tarikh,
Hari, Masa &
Tempat
Aku ingat nak jumpa kau esok, waktu bila kau lapang?
Kalau prospek tanya KENAPA?
Aku nak jumpa kau, boleh juga sembang-sembang.
Waktu bila kau lapang esok ?
Kalau prospek tidak lapang, anda cadangkan kepada
prospek.
Kalau begitu, lusa aku jumpa kau jam 10 pagi di rumah
kau, ok?
Kalau prospek tidak lapang juga, beritahu prospek
anda akan hubunginya semula di lain masa.
*Skrip ini hanya panduan sahaja.
8/2/2019 Berjaya Dalam MLM
30/42
Berjaya Dalam MLM
http://www.autobiz.ws Azizi Mohamad 30
SISTEM 3 : PRESENTATION (PERSEMBAHAN PERNIAGAAN)
Anda telah menjemput prospek anda untuk suatu persembahan peluang
perniagaan. Sekarang anda perlu mengetahui apakah perkara-perkara
penting yang perlu dititik beratkan sebelum, semasa dan selepas
melakukan persembahan perniagaan. Sebelum itu, anda perlu mengetahui
beberapa alat bantuan atau tools yang diperlukan untuk membuat
persembahan perniagaan.
Antara alatan bantuan yang diperlukan ialah sistem fail yang disediakan
oleh syarikat atau anda sendiri. Sistem fail ini mengandungi maklumat
tentang syarikat, pelan pemasaran, produk, testimoni produk dan testimoni
kejayaan. Seterusnya anda perlu menyediakan beberapa alatan lain
seperti kit permulaan perniagaan, vcd atau dvd, buletin, pamplet atau
brosur dan apa sahaja alatan yang boleh anda gunakan semasa membuat
persembahan perniagaan.
Sebelum melakukan persembahan perniagaan, anda perlu mengetahui
satu alatan yang banyak digunakan dan mampu mencapai kejayaan.
Alatan tersebut adalah Hukum ABC.
A Advisor (Upline anda)
B Bridge (Anda)
C Customer (Prospek)
Teknik ini digunakan semasa persembahan 2 lawan 1 yakni anda bersama
upline anda (2) dan prospek (1).
8/2/2019 Berjaya Dalam MLM
31/42
Berjaya Dalam MLM
http://www.autobiz.ws Azizi Mohamad 31
Sebelum persembahan
Anda perlu memaklumkan kepada upline anda tentang sedikit latarbelakang prospek anda. Maklumat seperti latar belakang pekerjaan,
keluarga, hobi atau minat, dan sebagainya amat penting untuk
dibincangkan bersama upline anda. Maklumat ini akan digunakan oleh
upline anda semasa membuat persembahan perniagaan kepada prospek.
Semasa persembahan
Pastikan anda menepati masa. Ini adalah disiplin yang paling utama untuk
usahawan MLM ikuti. Anda perlu memperkenalkan upline anda dan adalah
penting untuk anda memuji atau tee up upline anda. Tujuan anda memuji
upline adalah supaya prospek anda menghormati upline anda. Pastikan
anda memuji sesuatu yang benar mengenai upline anda dan tidak
berbohong. Contoh pujian adalah, Dahulunya seorang guru, tetapi kini
telah menjadi jutawan setelah 4 tahun menjalankan perniagaan ini.
Semasa anda memperkenalkan prospek anda kepada upline, jangan
menyatakan kehebatan prospek anda seperti seorang pengarah syarikat,
dah join 20 syarikat MLM dan sebagainya. Cukup sekadar menyebut
nama dan tempat tinggal. Lagipun bukankah anda sudah menyerahkan
maklumat tersebut kepada upline anda.
Sekiranya anda menyatakan kehebatan prospek, ini akan menyebabkan
prospek merasa tinggi diri dan seterusnya akan memandang rendah
terhadap upline anda. Pastikan juga anda sentiasa bersama dengan
8/2/2019 Berjaya Dalam MLM
32/42
Berjaya Dalam MLM
http://www.autobiz.ws Azizi Mohamad 32
prospek semasa upline membuat persembahan perniagaan. Sentiasa
menganggukkan kepala tanda setuju dan menggalakkan prospek bertanya
soalan.
Selepas persembahan
Lakukan post mortem bersama upline anda. Kenalpasti kesilapan yang
perlu diatasi. Seterusnya bincangkan mengenai tindakan susulan yang
perlu dilakukan terhadap prospek tadi dan juga jadual persembahan
seterusnya.
Sebagai kesimpulan, anda perlu belajar membuat persembahan dengan
meniru atau duplikasi cara yang telah disampaikan oleh upline anda.
Jangan selama-lamanya bergantung harap kepada upline anda. Beliau
juga mempunyai kumpulan yang lain perlu dibantu. Bukankah anda juga
akan menjadi upline dan mempunyai kumpulan untuk dijayakan?
8/2/2019 Berjaya Dalam MLM
33/42
Berjaya Dalam MLM
http://www.autobiz.ws Azizi Mohamad 33
SISTEM 4 : CLOSING
Setelah selesai persembahan perniagaan, anda perlu membuat closing.Closing adalah satu teknik yang penting sebelum anda tamatkan
persembahan perniagaan. Tanpa closing, persembahan perniagaan anda
menjadi tidak bermakna dan tergantung. Apakah teknik dan strategi yang
diperlukan untuk membuat closing?
a) Semasa membuat closing, cuba pengaruhi prospek anda untuk
membuat keputusan. Sebagai contoh, Encik nak sign up seorang
atau berpasangan?, atau Nak guna nama encik atau isteri encik
dan sebagainya.
b) Atau gunakan, Encik nak ambil pakej yang mana? A atau B?
atau Berapa modal yang encik mampu keluarkan untuk bisnes ini?.
c) Elakkan bertanya, Nak masuk ke tak? dan sebagainya.
Teknik Power Closing
Teknik ini perlu dipelajari supaya prospek anda tidak mempunyai alasan
untuk tidak menyertai perniagaan anda. Teknik ini adalah buah pukulan
maut yang anda kenakan terhadap prospek anda. Berikut adalah contoh
yang boleh anda gunakan:
Encik berpendapatan RM3500 sebulan di syarikat encik bekerja.
Sekiranya berlaku sesuatu kepada encik, mampukah encik wariskan
pekerjaan encik kepada isteri atau anak-anak? Jika tidak, saya ada
membawa satu peluang perniagaan di mana encik hanya perlu keluarkan
modal yang kecil dan perniagaan ini mampu diwarisi oleh waris encik.
8/2/2019 Berjaya Dalam MLM
34/42
Berjaya Dalam MLM
http://www.autobiz.ws Azizi Mohamad 34
Banyak lagi contoh yang boleh anda gunakan. Pelajari teknik ini sebaik
mungkin daripada upline anda dan syarikat tempat anda bernaung.
Menangani Penolakan
Anda mungkin akan berdepan dengan penolakan. Tangani penolakan
sebaik mungkin. Gunakan teknik AQRSC. Apakah teknik AQRSC?
A=Agree Setuju dengan apa yang diperkatakan oleh prospek anda
Q=Question Tanya alasan dan pendapat yang dikemukakan oleh
prospek
R=Restate Perbetulkan semula alasan yang dikemukakan oleh prospek
anda
S=Simplify Jelaskan dengan memberi perbandingan dan fakta
C=Close case Tutup dengan memberi kesimpulan yang memuaskan hati
prospek
Pastikan niat anda adalah untuk berkongsi peluang kepada prospek anda.
Sekiranya dia tetap menolak, jangan terus abaikan beliau, terus lakukan
tindakan susulan. Ingat sekiranya prospek menolak, dia bukan hanya
menolak peluang yang hebat tetapi juga dia telah menolak orang yang
hebat, iaitu ANDA.
8/2/2019 Berjaya Dalam MLM
35/42
Berjaya Dalam MLM
http://www.autobiz.ws Azizi Mohamad 35
SISTEM 5 : FOLLOW UP (TINDAKAN SUSULAN)
Anda telah mempelajari mengenai prospecting, invitation, presentation,
dan closing. Kini anda perlu mengetahui bagaimana melakukan tindakansusulan atau follow up. Apakah tindakan susulan dan bagaimana untuk
melakukannya?
Tindakan susulan amat penting dalam perniagaan MLM. Sama ada
prospek anda menyertai anda atau sebaliknya, anda perlu membuat
tindakan susulan. Sekiranya prospek menyertai anda, tindakan susulan
akan menjadi satu servis daripada anda kepadanya. Ini penting supaya
prospek yang menyertai anda akan sentiasa diasuh dan dibimbing supaya
beliau tidak akan rasa tertipu dengan janji yang diberikan sebelum
menyertai anda.
Anda perlu tahu mengenai aliran tindakan susulan supaya anda boleh
membimbing downline anda. Aliran tindakan susulan bermaksud
Sentiasa pastikan prospek mendengar persembahan pada waktu
lain dengan saiz yang semakin besar
Ini adalah untuk memastikan prospek mendapat suasana yang
berlainan dan persembahan yang berlainan
Saiz yang semakin besar ini akan menimbulkan gegaran pada
perasaannya
Semasa majlis home/party/meeting. B.O.P, dia mungkin akan
melihat orang-orang yang sepertinya menyertai perniagaan ini dan
berjaya
8/2/2019 Berjaya Dalam MLM
36/42
Berjaya Dalam MLM
http://www.autobiz.ws Azizi Mohamad 36
Sekiranya prospek tidak menyertai anda, anda perlu melakukan teknik ini
untuk terus mengingatkan beliau mengenai perniagaan anda.
Teknik di atas adalah untuk anda melakukan MLM secara tradisional atausecara offline. Namun sekiranya anda ingin mengonlinekan perniagaan
MLM anda, anda memerlukan laman web untuk tujuan itu. Saya ingin
mencadangkan agar anda mendaftar di
http://www.website.ws/azizimohamad. Anda diberi 7 hari tempoh
percubaan percuma untuk anda mencuba sistem itu.
Selain itu, anda juga memerlukan satu perisian berkuasa yang dinamakan
autoresponder. Fungsi utama autoresponder adalah menghantar email
follow up secara automatik kepada subscriber anda. Tetapi sebelum email
tersebut dihantar, perisian autoresponder ini berfungsi sebagai alat
pengutip email melalui borang opt-in yang telah dipasang pada website
anda. Saya akan terangkan secara terperinci mengenai autoresponder ini
di dalam report yang lain.
E-book Berjaya Dalam MLM ini lebih menumpukan kepada melakukan
perniagaan MLM secara tradisional.
8/2/2019 Berjaya Dalam MLM
37/42
Berjaya Dalam MLM
http://www.autobiz.ws Azizi Mohamad 37
KISAH RAPILI DAN BALDI
Cara yang lebih baik untuk membangunkan perniagaan secara berterusan
boleh diibaratkan seperti sebuah saluran paip yang mengalirkan airnyatidak kira siang ataupun malam.
Di sebuah desa yang aman dan permai, terdapat dua orang pemuda yang
bersahabat baik iaitu Rapili dan Baldi. Mereka adalah contoh pemuda
yang bercita-cita tinggi untuk menjadi yang terkaya di dalam desa tersebut.
Mereka kerap berbincang mengenai cita-cita dan impian serta perubahan
gaya hidup yang akan mereka kecapi sekiranya mereka kaya. Mereka
tidak takut untuk bekerja keras untuk mencapainya tetapi mereka masih
belum mempunyai pekerjaan yang membolehkan mereka mencapai cita-
cita itu. Justeru mereka terus mencari dan mencuba beberapa perkara
yang boleh menghasilkan wang.
Pada suatu hari, desa mereka memerlukan lebih banyak air. Jadi ketua
kampung telah mengambil Rapili dan Baldi untuk bekerja mengangkut air
dari gunung ke desa mereka. Mereka akan dibayar mengikut jumlah air
yang berjaya diangkut ke dalam tangki air. Mereka berdua amat gembira
dengan tawaran ini dan segera melaksanakan pekerjaan ini dengan penuh
semangat.
Setiap hari dari pagi hingga ke petang mereka bekerja membawa baldi ke
mata air dan membawanya semula ke tangki air di desa itu. Mereka
bekerja keras untuk membawa sebanyak mungkin air bagi mengisi tangki
air tersebut. Penat lelah mereka berbayar apabila mereka menerima upah
untuk kerja mereka pada hari itu. Baldi merasa amat puas dengan upah
yang diperolehinya hasil daripada pekerjaannya itu. Dia berasa yakin
8/2/2019 Berjaya Dalam MLM
38/42
Berjaya Dalam MLM
http://www.autobiz.ws Azizi Mohamad 38
bahawa usahanya itu akan merealisasikan cita-citanya. Baldi mula
terfikirkan untuk menambahkan hasil kerja hariannya dengan mengangkat
baldi yang lebih besar setiap hari. Dia yakin dengan penambahan
usahanya itu akan mampu mempercepatkan hajatnya membeli rumahbaru dan binatang ternakan.
Lain pula halnya dengan Rapili. Dia berasa kurang selesa dengan cara
yang mereka lakukan itu. Dia mula berfikir tentang cara untuk
menambahkan lebih banyak wang. Pada suatu hari, Rapili telah mendapat
satu idea. Dia bercadang untuk membina satu saluran paip yang boleh
mengalirkan air dari gunung terus ke tangki air di desa itu. Dengan ini, dia
tidak perlu lagi mengangkut baldi untuk memenuhkan tangki air itu.
Rapili berasa sangat yakin dengan ideanya itu. Dia pun mula menceritakan
ideanya itu kepada Baldi dan mengajaknya bekerjasama. Tetapi Baldi
tidak bersetuju dan mula mengetawakan Rapili dengan ideanya itu. Baldi
merasakan bahawa caranya adalah satu-satunya cara untuk mendapatkan
hasil yang lumayan. Maka Baldi pun terus dengan caranya mengangkut air
dengan baldi yang lebih besar dengan masa yang lebih panjang. Dia
begitu optimis dengan cara kerjanya ini.
Lain pula halnya dengan Rapili. Dia memutuskan untuk membangunkan
ideanya sendirian. Dia sedar bahawa bukan satu tugas yang mudah untuk
membina saluran paip itu dan ini memerlukan masa yang lama untuk
menikmati hasilnya nanti. Namun dia telah bertekad untuk
menghasilkannya. Dia tetap bekerja mengangkut air seperti biasa. Tetapi
jika ada waktu lapang dan di hujung minggu dia bekerja pula membina
saluran paip. Namun hasilnya hampir tidak kelihatan pada bulan pertama.
8/2/2019 Berjaya Dalam MLM
39/42
Berjaya Dalam MLM
http://www.autobiz.ws Azizi Mohamad 39
Penduduk desa mula mengetawakan dan mencemuh Rapili yang
disifatkan sebagai Rapili si manusia saluran paip.
Ketika Rapili sibuk berusaha membina paipnya, Baldi mula mengecapihasil dari pekerjaannya itu. Pendapatannya semakin bertambah dan dia
mampu membeli rumah baru yang besar dan binatang ternakan. Dia
benar-benar menikmati hidupnya yang semakin senang. Namun tanpa
disedarinya, badannya mula membongkok kerana setiap hari terpaksa
mengangkat baldi yang besar itu. Raut wajahnya juga tergambar keletihan.
Semakin hari semakin sedikit air yang mampu diangkutnya.
Bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Rapili akhirnya berjaya
menyiapkan saluran paipnya. Kini tanpa perlu bersusah payah
mengangkut baldi, Rapili mendapat lebih banyak wang hasil daripada
pengaliran air dari gunung terus ke tangki airnya. Air mengalir tanpa henti
tidak kira siang atau malam, waktu tidur, makan atau ketika sedang
bersantai bersama keluarganya. Rapili berasa bangga dan puas dengan
hasil yang diperolehinya berkat dari kesabaran dan usahanya selama ini.
Cerita tersebut menggambarkan keadaan kehidupan kita. Pekerjaan yang
dilakukan oleh Rapili dan Baldi melambangkan apa yang dilakukan oleh
kita untuk mendapat upah atau gaji. Baldi dengan caranya mengangkut air
ke tangki menggunakan baldi. Dia mesti mengisi baldinya dengan air dan
membawanya ke tangki air di desa untuk ditukarkan dengan wang. Untuk
meningkatkan hasilnya, dia perlu lebih rajin pergi ke gunung dan juga
membesarkan baldinya untuk mengangkut lebih banyak air.
Dalam realiti kehidupan adalah normal kita harus bekerja keras untuk
melipatgandakan pendapatan. Misalnya dengan bekerja lebih masa atau
8/2/2019 Berjaya Dalam MLM
40/42
Berjaya Dalam MLM
http://www.autobiz.ws Azizi Mohamad 40
dengan membuat pekerjaan tambahan. Namun sekiranya kita bijak berfikir
dan berusaha mengikut sistem, segalanya akan menjadi mudah. Seperti
Rapili, beliau berdisiplin dan mahu bekerja mengikut sistem. Akhirnya dia
berjaya mencapai impian hidupnya.
Demikian kisah Rapili dan Baldi.
Ini adalah kisah mengenai 2 orang manusia yang mempunyai impian dan
matlamat yang sama tetapi mempunyai cara kerja yang berbeza. Begitu
juga dalam kehidupan seharian kita. Semua orang mempunyai matlamat
hidup. Semua orang berusaha keras untuk mencapai matlamat itu.
Persoalannya adalah, bagaimana anda berusaha untuk mencapai
matlamat itu?
8/2/2019 Berjaya Dalam MLM
41/42
Berjaya Dalam MLM
http://www.autobiz.ws Azizi Mohamad 41
PENUTUP
Industri MLM bukan hanya mengenai perniagaan tetapi lebih kepada
perhubungan sesama manusia. 70 peratus adalah perhubungan dan 30peratus adalah perniagaan. Untuk mendapat 100 peratus hasil dalam
perniagaan MLM, anda perlu kuasai 70 peratus perhubungan sesama
manusia.
Anda sebenarnya membina manusia untuk membina perniagaan. Jadi
MLM amat menitikberatkan latihan dan membina sahsiah serta peribadi
insan agar anda benar-benar Berjaya Dalam MLM.
8/2/2019 Berjaya Dalam MLM
42/42
Berjaya Dalam MLM
Sekiranya anda ingin mengonlinekan perniagaan MLM
anda atau memiliki laman web sendiri sila layari:
http://www.website.ws/azizimohamad
Sila klik link di bawah sekiranya anda ingin mengumpul
senarai prospek dengan mudah dan mengautomasikan
perniagaan MLM anda:
http://www.trafficwave.net/members/azizimohamad
Ingin mempelajari bagaimana membina laman web melalui
tutorial percuma, sila layari:
http://www.autobiz.ws/AutoMLMAnda.html
Top Related