Topik yang dibincangkan menarik. Kisah seorang pekerja
yang baru dinaikkan pangkat. Pelbagai andaian dibuat,
ada yang berkata pekerja itu ada hubungan dengan bos,
ada pula mengesyaki pekerja itu ada melakukan benda-benda
mistik sehingga bos menyukai dirinya.
Kata seorang pekerja, “Pengaruhi orang lain bukan perkara
yang baik. Kita akan salah guna kuasa.”
Jawab seorang lagi, “Sekiranya tidak mempengaruhi orang,
orang lain tidak akan pandang kerja kita.”
Respons orang ketiga, “Kenapa beria-ia benar hendak
mempengaruhi orang, buat sahajalah kerja yang diberi!”
Kajian mendapati pengaruh adalah proses kerja harian. Ia
sebahagian daripada diri. Sebahagian orang sedar kuasa
pengaruh berada dalam diri dan sebahagian orang lagi
melihat pengaruh sebagai perkara biasa. Pengaruh adalah
tindakan. Ia memerlukan latihan melalui rutin. Pengaruh
mempunyai konteks yang luas dan diguna pakai dalam
pelbagai keadaan.
Melalui kuasa pengaruh, saudara mempunyai pelampung
keselamatan dalam apa juga keadaan gawat yang tidak
menentu.
RM 26.50 / RM 29.50 (Sabah& Sarawak),Tarikh Terbit: 18 July 2008 ;Jumlah Muka Surat : 288halaman
MEMPENGARUHI BOS GAYA STREETSMART
BICARA PENULIS!
ZAMRI MOHAMAD
Buku-buku tulisan beliau pernah
dipaparkan dalam akhbar,
majalah dan kaca televisyen.
Antaranya akhbar Berita Harian,
Utusan Malaysia, KOSMO, Sinar
Harian, Dewan Bahasa dan juga
Millennia Muslim.
Pernah muncul dalam rancangan
Resensi RTM dan Malaysia Hari
Ini di TV3. Beliau adalah
pengendali laman web
www.zamrimohamad.com
10 Tip Mempengaruhi Bos
Tip 1 Fahami maksud pengaruh
Tip 2 Pengaruh bukan genetik
Tip 3 Kenali Siapa Bos Anda
Tip 4 Ketahui peta hubungan bos-pekerja
Tip 5 Ketahui 8 punca pekerja tiada pengaruh
Tip 6 Pekerja adalah pemimpin
Tip 7 Bina imej senyap dari meja pejabat
Tip 8 Kongsi maklumat diri sedikit demi sedikit
Tip 9 Belajar dari nabi Adam
Tip 10 Kuasa Amanah Kuasa Hormat
ww
w.z
am
rim
oham
ad.c
om
MENGENALI ZAMRI MOHAMAD
ZAMRI MOHAMAD
dilahirkan pada 17 November
1981 di Kuala Lumpur.
Beliau merupakan graduan
dari Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia
(UIAM) jurusan komunikasi
dalam pengkhususan
kewartawanan dan media.
Terlibat sebagai penulis
bebas dalam beberapa buah
majalah dan akhbar tempatan
sejak tahun 2001.
Siri penulisan beliau yang
pernah disiarkan meliputi
isu-isu kekeluargaan, remaja,
masyarakat dan agama.
Beliau pernah muncul di
dalam akhbar dan majalah
seperti Utusan Malaysia
melalui ruangan Kampus,
Bicara Agama, Rencana dan
Pendapat, KOSMO melalui
ruangan Akademik, Berita
Harian melalui ruangan
Rencana, majalah I, Minda,
Dewan Ekonomi, Dewan
Bahasa dan menjadi kolumnis
bagi majalah Dewan Siswa.
Beliau merupakan bekas
pembantu pembangun pro-
gram secara separuh masa
bersama sebuah rangkaian
penyiaran Islam pertama di
Malaysia, Ansar Channel,
MITV.
Pernah menjadi pembantu
koresponden Malaysia bagi
Islam Online, sebuah agensi
berita antarabangsa yang
beroperasi di Dubai, Emeriah
Arab Bersatu.
Pernah menjawat jawatan
pembantu kepada Penasihat
Media, Jabatan Rektor,
Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia.
Pada tahun 2002-2005, beliau
pernah menjadi penyelidik
bebas secara sambilan bagi
sebuah konsultan perunding
perniagaan kecil, Sprint Mar-
keting Concept di Kuala
Lumpur.
Melalui konsultan perniagaan
kecil yang telah beroperasi
sejak tahun 1996 ini, tugas
beliau melihat trend dan
perkembangan bisnes kecil
khususnya dalam bidang
francais dan F&B (Food and
Beverages) melalui
kenyataan media.
Zamri Mohamad adalah
jurulatih penulis dan
pengendali bengkel
penulisan buku non fiksyen.
Aktif melibatkan diri sebagai
peserta dalam program-pro-
gram seminar-seminar,
kursus, bengkel,
pembentangan kertas kerja
oleh pakar-pakar di
peringkat tempatan, nasional,
asia tenggara dan
antarabangsa. Ini untuk
membantu beliau dalam
menghasilkan penulisan
yang bermanfaat untuk
dikongsi orang ramai.
Sertai komuniti Zamri
Mohamad di Friendster.
Layari zamrimohamad.com
Blog ZAMRI MOHAMAD telahdilayari lebih 70,000pengunjung (Unique Visitor)sejak dilancarkan.
Mengandungi pelbagai info, tipbisnes dan teknik terbit bukusendiri.w
ww
.zam
rim
oham
ad.c
om
KARYA TULISAN ZAMRI MOHAMAD
Mempengaruhi Bos GayaStreetsmart
Mula menemui pembaca pada Pesta
Buku Selangor 2008 dan Pesta Buku
Malaysia 2008 lalu, buku
Mempengaruhi Bos Gaya
Streetsmart adalah adunan cerita-
cerita dari pelbagai sumber meliputi
temu ramah, kajian-kajian kes,
pemerhatian dan rujukan pakar bagi
memantapkan persembahan buku
ini.
Cari Duit Cara MudahSebagai Penulis Bebas
Diulang cetak sejak tahun 2006. Buku
ini telah terbukti membantu para
pembaca menjana kewangan aktif
dari rumah melalui penulisan.
Mendedahkan tip-tip bagaimana
menghasilkan wang dari akhbar dan
majalah tanpa perlu berhenti dari
kerja sedia ada.
Rahsia Bisnes Mamak
Diulang cetak dalam tempoh kurang
tiga bulan. Mendedahkan kejayaan
bisnes Mamak di Malaysia dan
bagaimana kejayaan mereka dapat
diaplikasi dalam bisnes anda. Antara
buku top-20 di salah sebuah
rangkaian kedai buku di Malaysia.
Pendedahan pertama rahsia bisnes
Mamak di Malaysia.
77 Tip Melembutkan HatiLelaki
Diulang cetak sejak 2006. Bestseller
PTS Millennia bulan Jun 2006.
Siapa sangka segelas air suam
mampu mempertahankan
perkahwinan melebihi 30 tahun. Ini
perkara hebat bagi wanita
mengetahui rahsia di sebalik
segelas air yang mampu
melembutkan hati lelaki dikasihi.
Magnet Cinta
Bestseller PTS Millennia bulan Mac
2007.
Tip-tip menarik bagi menawan dan
memikat hati kaum Adam sebelum
dan selepas berkahwin. Persoalan
bagaimana memahami hati si lelaki
dan cara-cara terbaik
menyampaikan hasrat kepadanya
bakal terjawab di sini.
Memahami Bahasa CintaLelaki
Diulang cetak. Bestseller PTS Millen-
nia bulan Mei dan Jun 2006.
Bagaimana ya,kalau lelaki jatuh
cinta? Adakah seperti pungguk
rindukan bulan? Bila saja malam
menjelang, setia menanti hingga
terbit matahari. Atau seperti
Majnun? Rahsia hati lelaki dan
panduan cinta sejati didedahkan.
ww
w.z
am
rim
oham
ad.c
om
KURSUS & BENGKEL PENULISAN
Tahukah anda bahawa aktiviti menulis
dapat menghasilkan dua jenis
pendapatan? Pertama dikenali sebagai
pendapatan aktif dan kedua dikenali sebagai
pendapatan pasif.
Pendapatan aktif bersifat buat sekali makan sekali
di mana anda dibayar sekali bagi setiap artikel
diterbitkan.
Pendapatan pasif bersifat buat sekali, makan
berkali-kali. Anda hanya menulis sebuah buku
sahaja dan ia akan menjana pendapatan anda
setiap tahun.
Kami ingin mengetengahkan teknik itu kepada
anda. Bagaimana anda dapat menjana pendapatan
aktif dan pasif melalui karya-karya anda. Pada masa
sama hasil tulisan anda dapat memberi nilai
tambah dan mengubah kehidupan pembaca ke
arah lebih baik.
Kami juga akan mendedahkan rahsia kejayaan
penulis-penulis bestseller di Malaysia dalam
menghasilkan karya yang berpengaruh.
Anda boleh berkarya dan kekal dalam kerjaya
anda sekarang. Bukankah itu sesuatu yang hebat?
Bagaimana caranya?
Layari www.zamrimohamad hari ini dan
daftarkan e-mel anda di laman hadapan web.
Maklumat ini terhad kepada siapa cepat dia dapat.
Antara bengkel penulisan dijalankan oleh Zamri Mohamad
Laman web www.zamrimohamad.com
Bersama Steve Shapiro, penulis #1 Amazon.com
Bersama Malaysia Hari Ini, TV3
Bagi sebarang pertanyaan kursus-kursus lainanjuran organisasi saudara atau anjuran kami,layari www.zamrimohamad untukmeninggalkan sebarang pesanan w
ww
.zam
rim
oham
ad.c
om