1
Keprihatinan Ketua Pustakawan
Cik Zahariah bt Mohamed
S h a h a r o o n m e n g e n a i
kepentingan sistem kualiti
terhadap sesebuah organisasi
telah mencetuskan saranan
u n t u k m e n g a d a k a n
pertandingan KIK dan 5S di
antara bahagian-bahagian yang
terdapat di perpustakaan.
Justeru itu, pada 9 Julai 2010,
pertandingan KIK telah
diadakan, manakala bagi
pertandingan 5S telah diadakan
p a d a 1 5 J u l a i 2 0 1 0 .
Pertandingan ini telah disertai
oleh Bahagian Perolehan,
Bahagian Pengkatalogan, Bahagian
Perkhidmatan dan Maklumat,
Bahagian Pembangunan dan
Pengurusan Koleksi dan Bahagian
Pentadbiran dan Sumber Manusia.
Johan bagi pertandingan KIK, telah
d i m e n a n g i o l e h B a h a g i a n
Pembangunan dan Pengurusan
Koleksi dengan tajuk projek
‘pengesanan judul reading list tidak
sistematik.’ Naib johan ialah
Bahagian Perolehan dengan tajuk
projek ‘maklumbalas kepada
pencadang bahan perpustakaan
tidak sistematik’, tempat ketiga
dimenangi oleh Bahagian
P e n g k a t a l o g a n y a n g
membentangkan projek ‘ke arah
mempercepatkan penampalan
label bahan; dan tempat keempat
oleh Bahagian Pengurusan
Perkhidmatan dan Maklumat
dengan tajuk projek ‘peningkatan
aduan ketiadaan kemudahan
membawa buku di kalangan
pelanggan perpustakaan.’
PERTANDINGAN KIK & 5S PERPUSTAKAAN I S I K A N D U N G A N
Pertandingan KIK &
5S perpustakaan
1&6
Aluan Penasihat 2
Aktiviti Bulan
Membaca
3
Sidek Saniff 4-5
Netbook: Tren Dan
Keperluan
6
Latihan @ Pustaka 7
Berita Kakitangan 8
BIL.10/JULAI 2010 http://pustaka.upsi.edu.my ISSN :1675-7394
Juara pertandingan KIK, menerima piala
pusingan daripada Ketua Pustakawan Kakitangan Bahagian Pengkatalogan sedang diaudit
oleh Juruaudit 5S, Tn.Hj. Kasuddin b Yassin
Pembentangan KIK oleh Bahagian
Pembangunan & Pengurusan Koleksi
Pembentangan KIK oleh Bahagian Perolehan
Bahagian Pengurusan Perkhidmatan dan Maklumat
mempamerkan cadangan penyelesaian yang dihadapi
Sidang Redaksi
Penasihat
Zahariah Mohamed Shaharoon
Ketua Pengarang
Rusliza Yaacob
Pen. Ketua Pengarang
Muliati Abdul samad
Pengarang
Azura Adnan
Chin Fei Sing
Anizah Tumin
Noriha Muhammad
Mohamed Zaid Mohamed Idris
Mohd Razalli Ahmad Termizi
Raja Ahmad Shalaby Raja Hassan
Penerbitan dan Edaran
Raja Radiah Raja Ahmad
Pereka Web
Rozman b Che Ross
Bersambung di muka surat 6
2
Sekapur Sirih
Dari Meja Penasihat
Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera.
ertemu lagi kali ini dengan pelbagai informasi menarik untuk
dikongsi bersama. Pada keluaran kali ini, perpustakaan ingin
berkongsi aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang Januari
sehingga Julai 2010. Pada keluaran kali ini, Info@pustaka lebih
mengetengahkan aktiviti yang telah dilakukan di mana aktiviti yang telah dirancang ini lebih menjurus kepada peningkatan
kerjaya kakitangan serta peningkatan sistem kualiti perpustakaan.
Oleh yang demikian, pertandingan KIK dan 5S yang telah diadakan banyak mendedahkan kakitangan mengenai sistem kualiti di samping memupuk kerjasama di antara setiap ahli pasukan dalam melaksana dan menjayakan sesuatu tindakan yang telah dipilih. Penubuhan pasukan KIK pada setiap bahagian di perpustakaan dan penerapan amalan 5S adalah sesuatu yang relevan dan wajar dilaksanakan kerana impaknya adalah sangat tinggi serta memberi kesan yang mendalam terhadap
sesebuah organisasi.
Sehubungan dengan itu juga, saya turut mengharapkan agar usaha dalam menerbitkan buletin Info@pustaka tetap diteruskan pada masa akan datang walaupun ketika itu saya tidak lagi menjadi peneraju Perpustakaan Tuanku Bainun. Besarlah harapan saya agar Perpustakaan Tuanku Bainun akan terus berusaha untuk menjadi sebuah pusat maklumat yang menjadi rujukan ramai tidak kira pelanggan dalam dan luar di samping mendokong misi universiti dalam menjadi sebuah universiti yang bitara, cemerlang dalam kepimpinan pendidikan berlandaskan kegemilangan sejarah serta menerajui
perubahan global.
Zahariah bt Mohamed Shaharoon
Ketua Pustakawan
Dari Meja Ketua Pengarang
Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera.
elamat bertemu kembali pada keluaran Info@pustaka bil.10
pada kali ini. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan
terima kasih kepada ahli sidang redaksi yang bertungkus lumus dalam
memastikan penerbitan Info@pustaka dapat diterbitkan dua kali setahun. Saya mengharapkan agar buletin ini dapat memberikan informasi terkini kepada pelanggan perpustakaan mengenai perkhidmatan perpustakaan, aktiviti yang telah diadakan dan yang akan dianjurkan oleh perpustakaan yang
memenuhi kehendak pelbagai golongan sama ada kakitangan, pelajar dan masyarakat setempat.
Pada keluaran kali ini, hal berkaitan aktiviti perpustakaan lebih diketengahkan bagi menyorot setiap peristiwa yang telah berlaku di perpustakaan di sepanjang pertengahan tahun 2010 ini. Ia bertujuan sebagai makluman serta informasi kepada para pembaca tentang peranan yang telah dimainkan oleh pihak perpustakaan bagi memastikan budaya membaca dan kualiti pembacaan warga UPSI terus
meningkat.
Saya mengharapkan penulisan Info@pustaka pada kali ini dapat menyumbang lebih
banyak informasi berguna kepada semua pembaca.
Rusliza bt Yaacob
Ketua Pengarang
3
AKTIVITI GALAKAN MEMBACA
elbagai aktiviti telah dianjurkan
dan akan diadakan sempena
Kempen Galakan Membaca 2010.
Antara aktiviti yang dianjurkan
adalah:-
1) Sepetang bersama penulis buku
Natrah pada 27 Julai 2010.
2) Pesta buku UPSI pada 26-30 Julai
2010.
3) Pameran Anime & Manga.
4) Pertandingan fotografi.
5) Wacana Buku.
6) Pertandingan menulis cerita
pendek.
7) Jelajah pustaka.
Oleh : Muliati Abdul Samad
Email : [email protected]
Pesta buku UPSI pada 26-30 Julai 2010
Penulis buku Natrah, Datin Seri Fatini Yaacob bergambar bersama
warga UPSI
Pameran Anime dan Manga di aras 1, Perpustakaan Tuanku Bainun
Program wacana buku
“Try not to become a man of success, but
rather try to become a man of value.”
-Albert Einstein-
4
Oleh : Raja Ahmad Shalaby Raja Hassan
Email : [email protected]
KENALI TOKOH SITC
idek bin Saniff juga dikenali dengan nama penanya Esbies dan
Sibisa, dilahirkan pada 18 April 1938 di Singapura. Beliau merupakan lulusan sijil perguruan dari
Sultan Idris Training College, Tanjong Malim pada tahun 1955 hingga 1957, dan memperolehi Ijazah
Sarjana Muda Sastera dari University of London. Kerjaya beliau dalam bidang perguruan telah diceburi
sejak tahun 1953 hingga 1980.
Sidek Saniff kemudian menceburi bidang politik dan memenangi Anggota Parlimen kawasan
undi Kolam Air, Singapura dalam tahun 1976. Beliau kemudiannya dilantik oleh Ketua Menteri Lee
Kuan Yew sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Perhubungan dan Setiausaha Parlimen Kedua
Kementerian Kebudayaan Singapura pada
tahun 1980, Setiausaha Parlimen
Kementerian Hal Ehwal Masyarakat pada
tahun 1981, Setiausaha Parlimen Kanan
Kementerian Pendidikan pada tahun 1988,
Menteri Negara Kanan Kementerian
Pendidikan pada tahun 1996 dan Menteri
Negara Kanan Kesekitaran pada tahun
1997 sehingga bersara pada tahun 2002.
Selain daripada itu, beliau juga merupakan
pengerusi Majlis Bahasa Melayu
Singapura dari tahun 1986 hingga 2002.
Penglibatan beliau dalam bidang
politik merupakan sumbangan paling besar beliau yang ingin melihat perubahan pada masyarakat
Melayu Singapura. Berkat kepercayaan dan tekadnya, beliau telah berjaya membawa masyarakat
Melayu Singapura ke satu tahap yang memberangsangkan melalui Yayasan
Mendaki yang diasaskannya.
Sidek Saniff (kanan) bersama penulis di kediaman beliau di Singapura
5
Kepercayaan bahawa ilmu dapat membawa masyarakat Melayu ke tahap yang lebih tinggi, turut
dapat diperhatikan dalam usahanya mendesak pihak pemerintah untuk meluluskan pelajar-pelajar
Singapura melanjutkan pengajian mereka di Malaysia, khususnya di Universiti Malaya. Kehadiran
ramai pelajar Singapura di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya merupakan bukti bahawa
Sidek Saniff merupakan seorang politikus yang berwawasan dan berpandangan jauh.
Walaupun beliau seorang ahli politik, namun sumbangan beliau dalam arena bahasa dan
persuratan amat terasa sekali oleh para aktivis dan masyarakat Melayu umumnya, kerana setiap inisiatif
yang dicadangkan mahupun direalisasikan menyumbang kepada anjakan paradigma masyarakat
Melayu di Singapura.
Sidek Saniff merupakan sebuah nama yang sinonim dengan perkembangan bahasa Melayu di
Singapura. Beliau banyak menulis sajak yang diterbitkan di akhbar Berita Minggu Singapura dan
majalah. Beliau merupakan aktivis tetap yang sering mengikuti persidangan-persidangan bahasa dan
sastera di dalam dan luar negara seperti MABBIM, MASTERA, PSN, GAPENA dan seumpamanya.
Beliau juga merencanakan dan merealisasikan penggunaan bahasa baku di Singapura sehingga hari ini
dan pembukaan Universiti Malaya kepada para guru bahasa Melayu Singapura bermula tahun 1993.
Beliau juga bertanggungjawab memperkenalkan dan mencorakkan Anugerah Persuratan pada tahun
1992. Sebelum ini ia dikenali sebagai Hadiah Sastera. Beliau juga menyarankan sambutan Anugerah
Persuratan dan Bulan Bahasa yang diselang-seli setiap tahun.
Sidek Saniff pernah bergiat dalam Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura (1959-1976) sebagai
presiden; sebagai editor majalah GURU; Pengerusi bagi kongres Mendaki I dan II (1982) sehingga
tertubuhnya Mendaki; Pengerusi Jawatankuasa Ejaan Bahasa Melayu Singapura (1980) yang akhirnya
dikenali sebagai Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) pada tahun 1986, beliau juga merupakan
pengerusi MBMS sehingga tahun 2002.
Beliau juga merupakan seorang penulis yang aktif. Antara karya-karya beliau ialah Education
and Singapore Malay Society: Prospects and Challenges (1992), Bahasa Melayu Dalam Cabaran:
Antologi Bersama (1994), Peranan dan Penggunaan Bahasa di Singapura (1994), Bukan Binatang
Buruan: Kumpulan Sajak 1955-2004 (2004).
Sebagai menghargai jasa-jasa beliau terhadap pembangunan bangsa dan bahasa, beliau telah
dianugerahi beberapa anugerah seperti Anugerah Friend of Labour NTUC (1997), Anugerah Tokoh
Guru KGMS (2002) dan Anugerah Tokoh Guru Suluh Budiman UPSI (2003).
6
Tren terkini adalah Netbook. Dengan saiz skrin sekitar 10 inci ke bawah, ia
menjadi salah satu gajet yang mendapat perhatian ramai kerana saiznya yang
mudah dibawa ke mana-mana. Maka sebelum anda mendapatkannya di pasaran,
marilah kita sama-sama melihat apakah netbook benar-benar untuk kegunaan
seharian kita.
Pertamanya, netbook adalah berbeza dengan Komputer Riba. Rata-ratanya
netbook pada tahun 2010 mempunyai pemproses Intel Atom. Intel Atom adalah
pemproses yang dibina oleh Intel untuk memastikan netbook mempunyai kuasa
bateri yang dioptimumkan bagi kegunaan jangka masa yang lama. Pemproses ini juga tidak sesuai untuk
melaksanakan program-program atau perisian-perisian editan video dan grafik.
Kedua, melaksanakan kepelbagaian tugas atau multitasking. Netbook, dengan kuasa pemprosesannya yang
agak terhad, tidak memungkinkan anda melaksanakan kepelbagaian perisian yang terlalu memakan sumber
komputer dalam satu-satu masa yang sama. Netbook adalah untuk kegunaan yang kasual atau santai. Anda tidak
boleh sama sekali membuat keputusan pembelian netbook hanya untuk beranggapan ianya hanyalah komputer riba
kecil dan comel.
Ketiga, pemacu CD/DVD. Netbook tidak mempunyai pemacu CD/DVD. Untuk menggunakan CD/DVD anda
perlu membuat pembelian tambahan iaitu pemacu CD/DVD luaran yang menggunakan kabel sambungan USB.
Keempat, tujuan pembelian anda. Apakah tujuan anda membeli netbook ? Sekiranya hanya untuk melayari
internet, menyiapkan tugasan menggunakan perisian pejabat ringkas
seperti Word dan Excel atau mungkin hanya untuk mendengar lagu mp3
serta video; maka netbook adalah untuk anda. Anda mungkin juga selalu
mengembara dan memerlukan sebuah komputer riba kecil untuk
mengemaskini akaun Facebook atau Twitter; atau mungkin mencatat
catatan perjalanan dengan mudah dan pantas, maka netbook juga untuk
anda. Tetapi ini bukankah sama saja dengan sekiranya anda membeli
komputer riba ? Maka jawapannya adalah saiz. Saiz netbook yang kecil
adalah mudah untuk disimpan dan ianya juga mempunyai bateri yang
t a h a n l a m a ( b e r b a n d i n g k e b a n y a k a n l a p t o p ) .
Akan tetapi, adalah bersesuaian sekiranya anda mendapatkan komputer
riba dengan kuasa pemprosesan yang lebih baik sekiranya anda berhajat untuk menggunakan perisian pegeditan
video dan grafik atau mungkin bermain permainan 3D. Netbook tidak begitu sesuai dan mungkin saya boleh
katakan tidak sesuai langsung untuk tugasan sedemikian. Dengan skrin yang lebih besar, komputer riba juga
membolehkan anda melaksanakan berbilang tugas dalam masa yang sama dengan lebih mudah. Misalnya, penulis
sendiri menggunakan Photoshop dengan beberapa tetingkap perisian lain dibuka seperti pelayar web untuk
memperolehi bahan grafik dan juga Word untuk bahan teks. Maka sudah tentu dengan saiz skrin netbook yang
kecil, ianya bukan untuk pengguna seperti penulis.
Sambungan dari muka surat 1
Manakala bagi pertandingan 5S pula, johan ialah Bahagian Perkhidmatan dan Maklumat dan
naib johan adalah Bahagian Pengkatalogan. Pihak perpustakaan ingin merakamkan ucapan terima
kasih kepada para panel juri KIK Prof. Madya Taib Ariffin, Dr. Shakinaz Desa, dan En. Khalizul Khalid
serta juruaudit 5S Tn. Hj. Kassudin b. Yassin di atas komen serta cadangan yang membina semasa
mengadili pertandingan KIK dan 5S.
Oleh : Khairul Asyrani Sulaiman
Email : [email protected]
7
LATIHAN @PUSTAKA K O M P E T E N S I K A K I T A N G A N
Oleh : Muliati Abdul Samad
Email : [email protected]
Puan Hamidah, pensyarah UiTM memberikan tunjuk ajar
kepada kakitangan perpustakaan ketika bengkel
pengkatalogan yang telah diadakan pada 14-17 Jun 2010
Peserta bengkel pengkatalogan bergambar bersama
penceramah disamping Ketua Pustakawan dan Timbalan
Ketua Pustakawan
Kursus etika pejabat sesi 1 dan 2 yang dikendalikan oleh Ketua Pustakawan
telah diadakan pada 26 Mac 2010 dan 24 Mei 2010
Pembentangan kumpulan ketika bengkel penyediaan penyelidikan
yang telah dikendalikan oleh Dr Lim Chong Hin pada 21-22 Jun
2010
Perbincangan kumpulan ketika sesi bengkel penyediaan
penyelidikan
Bengkel pameran yang telah diadakan pada 28 Jun 2010
8
Nama : Nurul Kashfi b Subri
Jawatan : Pustakawan
Nama : Ruziah bt Ahmad
Jawatan : Pustakawan
Nama : Firdausiah bt Ahamad
Jawatan : Pustakawan
Nama : Ahmad Tamrin b Mohd Ali Hanafiah
Jawatan : Pembantu Perpustakaan
Nama : Wan Mohd Fazli b Abd Bakar
Jawatan : Pembantu Perpustakaan
Nama : Muhammad Zuhad b Abdul Aziz
Jawatan : Pembantu Perpustakaan
Nama : Muhammad Syukri b Mat Nor
Jawatan : Pembantu Perpustakaan
Nama : Elly Yuswanti bt Mohd Yusof
Jawatan : Pembantu Perpustakaan
Nama : Hairul Hafizi b Mohammed Ghazali
Jawatan : Pembantu Perpustakaan
Nama : Nurul Helmiza bt Azmi
Jawatan : Pembantu Perpustakaan
Oleh : Muliati Abdul Samad
Email : [email protected]
BERITA KAKITANGAN
Nama : Nawal Alia bt Harun
Jawatan : Pembantu Perpustakaan
Nama : Noriha bt Muhamad
Jawatan : Pustakawan Kanan
Nama : Noraida bt Ahmad Tahir
Jawatan : Setiausaha Pejabat
Nama : Maizatul Akmam bt Awang
Jawatan : Pembantu Perpustakaan
Nama : Wan Adnan b Wan Ab Rahman
Jawatan : Pembantu Am Pejabat
Top Related