Download - BM Pem p2.docx

Transcript

SULIT 1 011

Soalan 1 18

1. Nama-nama pemenang pertandingan mewarna telah diumumkan oleh _________ kepada para hadirin.

AjuruacaraBjurucakapCjurubahasaDjuruhebah

2. _____________ berkenan untuk merasmikan Kejohanan Kuda Lasak di trek lumba kuda lasak Lembah Bidong, titah Sultan Mahmud.

ABetaBPatikCHambaDBaginda

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah

3. Puan Rosmawati sedang _____________ cili bersama rempah-ratus yang lain untuk memasak gulai.

AmenguliBmengisarCmengadunDmenggiling

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah

4. Shahrom dan Kumar sedang _______________ internet bagi menyiapkan kerja kursus yang diberikan oleh guru mereka.A melayariB menontonC menyaksikanD menggunakan

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah

5. Besi itu menjadi _________________setelah diketuk oleh Pak Saleh berulang kali.

AleperBpipihCbundarDlengkung

6. Penglihatan nenek menjadi lebih ______ setelah dia memakai cermin mata.

AjauhBjelas CrabunDkabur

7. Ujian Lisan diadakan untuk menguji ________ murid-murid dalam pengucapan lisan.A kefasihanB kemahiranC kepintaranD kecekapan8. Datuk Hasnan akan terus berbakti kepada masyarakat ________________termampu.

AjikaBagarCselagiDsehingga

9. Kejadian tanah runtuh di Lebuh Raya Utara Selatan itu berpunca ___________ hakisan tanah.

AdiBdariCpadaDdaripada

10. Bas yang dipandu __________ laju itu telah ditahan ____________ polis trafik.

Asejak ... hinggaBakan denganCdengan olehDdari pada

11. Hanya _______________ daripada penduduk di kampung itu yang tidak bersetuju dengan projek pertanian berkelompok.AsetengahBsegelintir CseluruhDsemua

12. Pak Borhan merupakan seorang bapa yang bertanggungjawab kerana dia sentiasa berkorban harta untuk _________ persekolahan anak-anaknya hingga ke universiti.A membenarkanB mengeluarkanC menyediakan D membiayai

13. Majlis Daerah Lipis _____________bandar Lipis sempena sambutan keputeraan Jubli Perak Sultan Pahang.A perindahB diindahkanC mengindahkanD memperindahkan

14. Setiap pergerakan Lisa sering _____________oleh kawan-kawannya kerana sikapnya yang bersopan santun dan peramah.A perhatianB memerhatiC diperhatikanD memerhatikan

Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah

15. Azwan kena saman kerana tidak memberhentikan motosikalnya walaupun ________ berwarna merah.A lampu jalanB lampu suluhC lampu limpahD lampu isyarat

16. Dia _________ tidak mengetahui penyelewengan yang berlaku dalam syarikatnya itu.A entah-entahB benar-benar C hidup-hidup D bukan-bukan

17. Pukulan ombak yang ________ telah memecahkan benteng yang dibina di tepi pantai itu.A bertalu-talu B berasak-asakC menderu-deru D bergulung-gulung

18. Sejak Mak Temah jatuh sakit,dia tidak dapat bercakap se ________ kata pun atau menjamah se ______ nasi.A baris biji B patah suap C potong ulasD rangkap butir

19. Orang yang bersikap sombong selalunya dibenci oleh masyarakat.Pilih perkataan seerti bagi sombong.A degilB ramahC angkuhD kedekut

20. Setelah hari hampir malam pemburu itu berjalan menyusuri sebatang sungai hingga ke muara.Pilih perkataan berlawan bagi muara.A huluB hilirC kuala D tebingPilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.21. I Rumah kosong itu hampir roboh.IIFikiran saya menjadi kosong selama dua hari.IIIJawatan guru besar di sekolah itu masih kosong.IVRumah itu kosong semenjak pemiliknya berpindah.AI dan II sahajaBII dan III sahajaCI dan IV sahajaDI, III dan IV sahaja

22. ISetiap pagi pemuda itu akan memerah susu lembunya untuk dijual. IIPak cik saya memerah wang gajinya untuk menyekolahkan anaknya. IIIPara petani terpaksa memerah keringat untuk menjayakan projeknya.IVAdnan terpaksa memerah otaknya untuk menyelesaikan masalah Matematik itu.AI dan III sahajaBIII dan IV sahajaC1 ,III dan IV sahajaD1,II,III dan IV Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

23. Saya serahkan buku catatan pengakap itu kepada Muhamad.

ABilakah kamu serahkan buku catatan pengakap itu?BDi manakah kamu letakkan buku catatan pengakap itu?CSiapakah yang mengambil buku catatan pengakap kamu itu?DApakah yang kamu lakukan pada buku catatan pengakap itu?Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah

24. Sudah berapa lamakah kamu bergiat dalam bidang penulisan puisi?ASejak dahulu saya berminat dalam penulisan puisi.BSepanjang yang saya ingat ,sudah hampir lima tahun.CSaya akan bergiat dalam bidang penulisan puisi ini selama lima tahun.DSudah lima tahun keluarga saya mendorong saya bergiat dalam penulisan puisi .

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.25. Corak batik yang cantik itu dilukis oleh seorang pereka yang terkenal.

APereka yang terkenal telah menghasilkan corak batik yang cantik itu.BPereka batik yang termasyhur telah mengeluarkan batik yang cantik itu.CCorak batik yang terkenal itu telah dihasilkan oleh pereka yang cantik itu. DBatik yang termasyhur itu dikeluarkan oleh seorang pereka yang terkenal.

26. Marilah kita pergi sekarang sebelum terlambat,kata Ali kepada adiknya,

AAli menyuruh adiknya pergi cepat supaya tidak terlambat.BAli dan adiknya diarahkan pergi cepat sebelum terlambat.CAli memberitahu adiknya supaya pergi pada masa itu sebelum terlambat.DAli mengajak adiknya pergi pada waktu itu juga supaya mereka tidak terlambat.

Pilih ayat yang betul.

27. AMereka-mereka akan sampai pada petang nanti.BPara penonton-penonton telah memenuhi stadium itu.CBanyak tetamu-tetamu yang diundang ke majlis perkahwinan ituDSesetengah murid tidak mementingkan soal kebersihan dan kesihatan.

28IHalim mengulang kaji pelajarannya dari masa ke semasa.IIOrang tua itu berasal dari mana? IIIMereka semua datang dari pulau itu.IVBurung-burung itu terbang ke utara.AI dan II sahajaBII dan III sahajaCII dan IV sahajaDIII dan IV sahaja

29Pak Badang terpaksa menjual tanahnya yang hanya ___________ itu untuk menampung perbelanjaan anaknya yang belajar di universiti.Simpulan bahasa yang sesuai berdasarkan pernyataan ialahA terang tanahB dapat terpijakC menyekang mataD sekangkang kera

30Jangan jadi ___________ kalau kamu kurang mahir dengan alat itu.A seperti mendukung biawak hidup.B seperti kambing dihalau ke air.C seperti lembu dicucuk hidungD seperti tikus membaiki labu.

Soalan 31 -35Baca puisi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.Guru Masamu dihabiskanAgar muridmu mendapat pendidikanPedoman diberi tanpa jemuAgar muridmu akan sentiasa serba tahu.

GuruMuridmu menganggapmu sebagai lilin dan cahayaYang menerangi hidup merekaYang memandu mereka.

GuruMuridmu tahu akan pengorbananmuPengorbanan yang hanya sanggup dilakukan oleh ibuMereka tidak pasrah melupaimuKerana ilmu di dada ialah hasil titik peluhmu.

GuruKini muridmu telah menjejakkan kaki ke menara gadingDengan ribuan murid lain terpaksa bertandingKata-katamu sentiasa berdesing di telingaBekerja keras dan berdisiplin bukanlah lagi asing.

GuruSegulung ijazah ada padaku sekarangMerapatkan jurangUntuk menaburkan baktiku tidak kira siapa orangAgar rakyat Malaysia semua senang

31. Mengapakah guru dikatakan berjasa kepada penyajak? AGuru dianggap sebagai lilin dan cahaya BGuru mendidik muridnya tanpa jemu CGuru banyak menghabiskan masa di sekolah DGuru banyak ilmu pengetahuan

32. Mengapakah guru dianggap sebagai lilin dan cahaya yang menerangi hidup mereka? AGuru mengajar mereka BHidup mereka akan gelap tanpa guru yang diibarat lilin dan cahaya CTugas guru amat berat DGuru memberi ilmu kepada mereka yang dapat mencerahkan hidup mereka

33. Mengapakah penyajak menyamakan guru dengan seorang ibu? AMereka sanggup berkorban BMereka mendidik murid CMereka member ilmu pengetahuan DMereka mengambil berat tentang murid

34. Apakah yang diperoleh oleh murid seperti digambarkan pada rangkap terakhir? ADia mendapat pekerjaan BDia menjadi pemimpin Negara CDia berbakti kepada Negara DDia mendapat segulung ijazah

35. Frasa menara gading dalam petikan bermaksud Asekolah Bmaktab Cpejabat D universiti

Soalan 36 - 40Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Di sebuah pekan kecil yang terletak di seberang Sungai Kelantan itu terdapat makam Tok Janggut, pahlawan terbilang pada zaman awal penjajahan Inggeris di negeri Kelantan. Namun demikian, makam ini tidak dijaga dengan baik. Tok Janggut atau nama sebenarnya Haji Hassan bin Munan lahir di Jeram. Beliau guru agama dan juga guru silat. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika beliau mempunyai ramai pengikut. Kebencian beliau terhadap penjajah Inggeris bermula apabila Inggeris menjajah negeri Kelantan. Kebencian itu bertukar menjadi penentangan apabila Inggeris mengisytiharkan hendak mengutip cukai tanam-tanaman.Tok Janggut serta para pengikutnya kemudian menyerang Balai Polis Pasir Puteh. Abdul Latif, Ketua Jajahan yang dilantik oleh pihak Inggeris terbunuh dalam serangan mengejut itu. Berita serangan itu merebak ke Kota Bharu. Pihak Inggeris lalu meminta bantuan askar upahan dari Singapura. Sementara menanti bantuan tiba, pihak Inggeris telah mengeluarkan surat perintah untuk menangkap Tok Janggut. Namun langkah ini tidak mendapat sambutan. Dalam pada itu, Tok Janggut memperkukuhkan kedudukannya di Jeram.Askar upahan seramai 150 orang tiba di bandar Pasir Puteh dan terus mara ke Jeram. Di sinilah berlakunya suatu pertempuran yang hebat. Tok Janggut yang sebelum ini didakwa kebal oleh para pengikutnya telah dibunuh dalam pertempuran tersebut. Pihak Inggeris telah membawa mayat beliau ke Kota Bharu dengan menggunakan kereta lembu. Mayat itu digantung kepala ke bawah dan kaki ke atas di sebuah padang untuk tontonan orang ramai. Tindakan Inggeris itu merupakan satu penghinaan.Oleh sebab itu, pada suatu malam dua orang pengikut beliau telah melarikan mayat tersebut. Mayat itu dibawa dalam sampan menyeberangi Sungai Kelantan. Mayat itu disempurnakan dan dimakamkan di Pasir Puteh.36. Bagaimanakah keadaan pusara Tok Janggut pada masa kini?

A Tidak dipedulikan oleh ahli sejarahB Suatu tanda sejarah yang menarikC Terletak di tebing Sungai KelantanD Tidak dipelihara dengan baik

37. Mengapakah Tok Janggut bangkit menentang Inggeris?

A Beliau tidak suka pihak Inggeris menindas rakyatB Beliau benci pemerintahan Inggeris C Beliau mempunyai ramai pengikutD Beliau memiliki ilmu silat

38. Para pengikutnya telah bertindak membawa lari mayat Tok Janggut keranaA tidak sanggup melihat mayat Tok Janggut ditonton oleh orang ramaiB mayat itu perlu disembahyang dan dimakamkan C Tok Janggut perlu dikebumikan di Pasir Puteh D pengikutnya amat menyanjung ketua mereka

39. Berikut ialah maklumat yang benar tentang Tok Janggut, kecuali...

A beliau lahir di Jeram.B beliau mempunyai ilmu kebal.C beliau mempunyai ramai pengikut.D beliau dikebumikan di Pasir Puteh.40. Maksud perkataan terbilang dalam petikan adalah

A dimaklumiB terkemukaC dapat dibilang D dapat dihitung

KERTAS SOALAN TAMAT

0112014 Hak Cipta [Lihat halaman sebelah SULIT