7/27/2019 BMS 3013 Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu Esei 2
http://slidepdf.com/reader/full/bms-3013-kesusasteraan-kebudayaan-melayu-esei-2 1/25
BMS 3013
KESUSASTERAAN DAN
KEBUDAYAAN MELAYU
TUGASAN KERJA KURSUS
Bahagian A: Esei 2
Sejauh manakah masyarakat di Malaysia menghayati amalan budaya kebangsaan?
Nama Pelajar: Nito Anak Tony
No. ID: D20112055167
No. Kumpulan: UPSI 02
Nama Pensyarah: Profesor Madya Dr. Abdul Halim Ali
Pusat Pendidikan Luar (PPL)
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris
2013
7/27/2019 BMS 3013 Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu Esei 2
http://slidepdf.com/reader/full/bms-3013-kesusasteraan-kebudayaan-melayu-esei-2 2/25
PENGHARGAAN
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan
izin-Nya, tugasan ini dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan tugasan
ini saya mendapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak yang bersungguh-
sungguh dalam membantu saya supaya dapat menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya..
Saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada
Profesor Madya Dr. Abdul Halim Ali kerana membantu saya dalam memberikan
maklumat dan penjelasan yang sejelasnya untuk membuat tugasan ini.
Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan guru yang turut sama
membantu dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk memahami dan
menyiapkan tugasan yang diberikan mengikut had masa yang ditetapkan.
Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung ataupun tidak langsung sepanjang usaha saya menyiapkan tugasan
ini.
Sekian, terima kasih.
7/27/2019 BMS 3013 Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu Esei 2
http://slidepdf.com/reader/full/bms-3013-kesusasteraan-kebudayaan-melayu-esei-2 3/25
Isi Kandungan
Bil Perkara Muka surat
1 Pengenalan 1
2 Amalan kunjung-mengunjung sempena perayaan kebesaran. 2
3 Amalan kahwin campur dan penggunaan istiadat perkahwinan kaum
lain. 6
4 Amalan penerapan gabungan tarian tradisional dalam persembahan
kebudayaan. 11
5 Amalan penggunaan pakaian tradisional pada majlis rasmi dan tempat
kerja. 15
6 Amalan penggunaan alat muzik tradisional antara kaum dalam satu
persembahan. 18
7/27/2019 BMS 3013 Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu Esei 2
http://slidepdf.com/reader/full/bms-3013-kesusasteraan-kebudayaan-melayu-esei-2 4/25
Pengenalan
Malaysia adalah sebuah negara yang bertuah sebab didiami oleh pelbagai bangsa.
Kaum Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan minoriti lain boleh hidup dalam keadaan
harmoni. Asal-usul dan kepercayaan yang berlainan telah memvariasikan kebudayaan
Malaysia. Kalau dahulu kebudayaan ini lebih ditunjangi kebudayaan Melayu dan
Bumiputra yang lain namun kini budaya Cina, India, Serani dan sebagainya telah
mewujudkan seni budaya yang cukup unik (Jasiman Ahmad, 2006).
Seni kebudayaan yang dipraktikkan sehingga sekarang merangkumi semua
bentuk adat istiadat seawal kelahiran sehingga meninggal dunia. Semua kebudayaan
ini berlainan akibat daripada kaum dan kepercayaan yang berbeza. Walaupun berbeza
budaya tetapi setiap kaum bebas menonjolkan budaya tersendiri. Budaya yang
dipraktikkan seharian itu telah dijadikan warisan bangsa di negara kita. Semua kaum
bebas mengamalkan secara terbuka dan dipelajari oleh kaum yang lain. Semasa hari
kebangsaan, pelbagai jenis kebudayaan yang diperkenalkan. Situasi ini menunjukkan
kebudayaan Malaysia sangat tinggi nilainya dan banyak bilangannya.
Selain itu ada juga budaya yang dijadikan kebudayaan kebangsaan seperti tatian
masyarakat Melayu, tarian masyarakat Cina dan tarian masyarakat India. Sama juga
dengan permainan tradisional seperti sepak takraw yang sekarang telah terkenal
seantero dunia. Begitu juga dari segi pakaian yang tidak kurang hebatnya seperti batik
telah digunapakai secara meluas terutama pada hari Sabtu. Sama juga dengan baju
kurung yang terus popular sehingga sekarang. Pakaian kaum lain juga masih terus
1
7/27/2019 BMS 3013 Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu Esei 2
http://slidepdf.com/reader/full/bms-3013-kesusasteraan-kebudayaan-melayu-esei-2 5/25
digunakan terutama pada hari-hari kelepasan. Malah baju kurung telah dijadikan
pakaian seragam sekolah terutama bagi pelajar-pelajar Islam.
Bagi menentukan kesepaduan kaum, sambutan hari raya juga disambut secara
bersama. Kongsi raya menggambarkan alternatif kerajaan untuk memastikan semua
kaum boleh menikmati kebebasan merayakan perayaan mereka secara bersama.
Perayaan seperti ini dapat dinikmati semasa Hari Raya bersamaan dengan Tahun Baru
Cina atau Deepavali. Memandangkan negara kita kaya dengan budaya maka dapat
dikatakan Malaysia merupakan negara yang berbudaya dan berbudaya itu adalah
Malaysia. Semoga kebudayaan yang mewarnai Malaysia boleh dikekalkan selamanya.
Amalan kunjung-mengunjung sempena perayaan kebesaran.
Malaysia ialah sebuah negara yang mempunyai rakyat dari berbilang kaum dan
agama. Setiap golongan kaum mengamalkan agama dan cara hidup yang berlainan.
Perayaan-perayaan itu ada yang bercorak kemasyarakatan dan keagamaan seperti
Hari Raya Aidilfitri, Deepavali dan hari Krismas; ada yang bercorak budaya dan adat
resam seperti hari Gawai; ada yang bercorak kepercayaan dan tradisi seperti Tahun
Baru Cina; dan ada pula yang bercorak keagamaan semata-mata seperti Maulud Nabi,
Nuzul Quran dan hari Wesak (Jasiman Ahmad, 2006).
Di kalangan kaum Melayu yang beragama Islam, terdapat dua hari raya yang
disambut pada setiap tahun iaitu Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Kedua-dua hari
raya ini menjadi perayaan utama kaum Melayu. Hari Raya Puasa diraikan selepas
menyempurnakan ibadat puasa. Hari Raya Puasa merupakan tanda kemenangan
2
7/27/2019 BMS 3013 Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu Esei 2
http://slidepdf.com/reader/full/bms-3013-kesusasteraan-kebudayaan-melayu-esei-2 6/25
menentang nafsu sepanjang bulan Ramadhan. Maka penganut Islam digalakkan
meningkatkan ibadat terutama pada waktu malam. Hari Raya Haji pula diadakan
setelah sempurna menunaikan ibadat haji yang menjadi rukun Islam kelima. Sewaktu
hari Raya Haji, penyembelihan korban dijalankan sebagai memperingat amalan yang
dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s. ke atas anaknya Nabi Ismail a.s. Pengorbanan yang
dibuat oleh Nabi Ibrahim a.s. adalah pengorbanan seorang bapa terhadap anaknya.
Oleh itu penganut Islam diwajibkan melakukan korban haiwan ternakan bagi
disedekahkan kepada golongan yang miskin.
Sebelum merayakan Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji, masyarakat Islam
akan melakukan persediaan seperti memasak kuih-muih, menghias rumah dan
sebagainya. Sambutan hari Raya akan diumumkan setelah anak bulan kelihatan. Jika
tidak, ahli falak akan meramalkan tarikh merayakannya. Biasanya, kedua-dua perayaan
ini disambut dengan suasana yang sederhana namun meriah. Pada masa inilah
masyarakat Islam dan kaum yang lain akan berkunjung antara satu sama lain. Ini dapat
mengeratkan lagi tali persaudaraan dan menghayati amalan budaya kebangsaan.
Tahun Baru Cina tidak mempunyai asal usulnya sebab sekadar menyambut ketibaan
tahun baru. Di Malaysia, semua masyarakat Cina tanpa mengira kepercayaan atau
agama menyambut Tahun Baru Cina. Sebelum tiba hari perayaan, masyarakat Cina
sibuk melakukan persiapan. Mereka menyediakan kuih-muih yang manis-manis
sebagai tanda kemanisan dalam hidup, subur dan murah rezeki. Ada juga yang
menyediakan buah-buahan yang diimport dari negara China seperti limau Mandarin
yang menggambarkan kemewahan dan kekayaan mengikut warnanya.
3
7/27/2019 BMS 3013 Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu Esei 2
http://slidepdf.com/reader/full/bms-3013-kesusasteraan-kebudayaan-melayu-esei-2 7/25
Menjelang petang tahun baru, semua ahli keluarga berkumpul di rumah ibu bapa
untuk majlis makan malam keluarga. Jamuan ini mustahak bagi masyarakat Cina
sewaktu menyambut Tahun Baru. Setelah makan, mereka akan berbual-bual sambil
mengeratkan hubungan kekeluargaan. Pada sebelah malam, satu upacara yang
dinamakan menerima kedatangan dewa murah rezeki. Pada waktu begini, ramai di
kalangan orang Cina yang pergi ke rumah berhala untuk bersembahyang. Kemudian
pada keesokan harinya, mereka akan mengadakan rumah terbuka untuk menyambut
kunjungan sahabat handai termasuk kaum lain untuk memeriahkan lagi suasana
perayaan tersebut.
Perayaan Deepavali diraikan pada bulan Tamil Aipasi iaitu sekitar bulan Oktober
atau Novenber setiap tahun. Konsep Deepavali merupakan pesta bagi meraikan
kemenangan pihak yang baik, jujur dan benar mengalahkan mereka yang jahat, penipu
dan berperangai buruk. Deepavali melambangkan kecerahan mengalahkan kegelapan
dan keadilan mengatasi kezaliman.
Deepavali mempunyai kaitan dengan kepercayaan kepada dewa-dewa iaitu
dewa yang baik menumpaskan dewa yang jahat dan zalim. Perkataan „Deepavali‟
bermakna „sebarisan lampu atau pelita‟. Bagi mereka, lampu ini melambangkan
kecerahan dan kebaikan yang mengatasi kegelapan dan kejahatan. Ini dapat diperoleh
selepas berlaku penentangan, perjuangan dan pengorbanan dengan sabar mengatasi
semua dugaan. Perayaan ini juga berkait rapat dengan konsep kepercayaan agama
Hindu dan „Hukum Karma‟ mereka yang telah menentukan bahawa kebaikan dan
kejujuran akan mendapat ganjaran yang baik akhirnya. Sebaliknya kejahatan yang
4
7/27/2019 BMS 3013 Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu Esei 2
http://slidepdf.com/reader/full/bms-3013-kesusasteraan-kebudayaan-melayu-esei-2 8/25
dilakukan akan dibalas dengan pembalasan yang setimpal. Oleh sebab itulah mereka
menjemput rakan-rakan termasuk daripada kaum lain untuk sama-sama menyambut
perayaan ini dengan tujuan untuk membuat kebaikan.
Hari Krismas merupakan hari perayaan untuk orang-orang yang beragama
Kristian. Perayaan ini disambut pada tiap-tiap 25 hb. Disember sebagai tanda
mengingati hari keputeraan Jesus Christ. Sebelum ketibaan hari Krismas, penganut
agama Kristian akan mengadakan persiapan bagi menyambut hari perayaan ini.
Mereka membeli pakaian baru, menghias rumah dan menyediakan pokok krismas.
Pokok krismas akan dihiasi dengan lampu berwarna-warni yang berkelip-kelipan.
Bungkusan hadiah untuk kaum kerabat dan ahli keluarga diletakkan di pangkal
pokok krismas. Hadiah-hadiah ini hanya akan dibuka pada hari Krismas. Pelbagai
makanan disediakan seperti ayam belanda, sayur-sayuran campur, acar cili dan
sebagainya. Jenis makanan yang manis-manis juga disediakan seperti kek buah, kek
suji, tat jem nanas, agar-agar, kuih puding dan sebagainya disediakan untuk tetamu
yang datang berkunjung ke rumah mereka.
Pada sebelah petang atau malam hari Krismas, kumpulan koir akan melawat
rumah-rumah orang yang beragama Kristian. Mereka menyanyikan lagu-lagu krismas
yang dipanggil “Christmas Carol”. Sebaik sahaja selesai menyanyi, mereka dijamu oleh
tuan rumah dan diberi sedikit wang sebagai derma. Pada malam ini juga ahli keluarga
akan berkumpul makan dan minum bersama-sama. Kemudian mereka kertukar-tukar
ucap selamat, diikuti dengan jamuan makan dan bertukar-tukar hadiah. Semasa hari
5
7/27/2019 BMS 3013 Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu Esei 2
http://slidepdf.com/reader/full/bms-3013-kesusasteraan-kebudayaan-melayu-esei-2 9/25
Krismas, mereka akan pergi ke gereja untuk bersembahyang. Di negara kita, hari
Krismas disambut oleh penganut agama Kristian yang terdiri daripada sebahagian
penduduk Portugis, Kadazan, Iban, India, Cina dan sebagainya.
Amalan kahwin campur dan penggunaan istiadat perkahwinan kaum lain.
Masyarakat Melayu mempunyai adat istiadat yang unik dalam perkahwinan.
Sebelum mendirikan rumah tangga, seseorang itu perlu melalui beberapa peringkat
seperti memilih calon sesama kaum atau kaum lain dijalankan melalui dua cara sama
ada pilihan bakal pengantin atau pilihan keluarganya. Merisik dilakukan oleh pihak lelaki
yang bertandang ke rumah pihak perempuan untuk menentukan hari pertunangan yang
bakal diadakan. Biasanya hari pertunangan ditentukan oleh pihak perempuan dan
dipersetujui oleh pihak lelaki (Jasiman Ahmad, 2006).
Peminangan akan dijalankan selepas kedua pihak bersetuju menentukan tarikh
berlangsungnya perkahwinan. Upacara peminangan dilakukan di rumah pihak
perempuan yang membuat sedikit kenduri untuk menyambut pihak lelaki. Pertunangan
dijalankan oleh ketua adat atau wakil kedua belah pihak iaitu sebentuk cincin
pertunangan akan diberi oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan. Cincin akan
disarungkan oleh wakil lelaki kepada bakal pengantin perempuan dan tarikh
melangsungkan pernikahan ditetapkan sama ada setahun atau mengikut kehendak
kedua belah pihak.
Akad nikah adalah upacara yang amat penting dijalankan pada sebelah malam
setelah mandi berhias. Pengantin lelaki akan menggunakan baju Melayu yang lengkap.
6
7/27/2019 BMS 3013 Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu Esei 2
http://slidepdf.com/reader/full/bms-3013-kesusasteraan-kebudayaan-melayu-esei-2 10/25
Imam atau jurunikah yang ditugaskan bagi menikahkan pengantin lelaki perlu
menentukan segala hantaran dan mas kahwin telah disediakan oleh pihak lelaki.
Seterusnya barulah upacara pernikahan dilangsungkan dengan akad nikah dilafazkan
oleh imam kepada pengantin lelaki. Sebaik sahaja imam menggenggam erat tangan
pengantin lelaki, pengantin lelaki akan membalas dengan sekali lafaz.
Pernikahan dikatakan sah apabila saksi yang berada di sebelah imam
mengatakan sah. Setelah itu doa akan dibaca sebagai tanda kesyukuran. Hari langsung
merupakan hari yang diadakan majlis persandingan dan kenduri besar oleh kedua
belah pihak yang menghidangkan pelbagai jenis makanan kepada dua wakil dan
tetamu tanpa mengira kaum yang datang berkunjung ke majlis berkenaan. Pada waktu
petang pula persandingan diadakan iaitu pihak lelaki dan pengantin lelaki akan
berkunjung ke rumah pihak perempuan. Biasanya ketibaan pengantin lelaki akan diiringi
paluan kompang dan bunga manggar bagi memeriahkan lagi suasana hari
persandingan. Jika rumah pengantin lelaki terletak jauh dari rumah pengantin
perempuan, pengantin lelaki akan ditempatkan di rumah yang berdekatan. Setibanya ke
rumah pengantin perempuan, kedua pengantin akan duduk bersanding di atas pelamin
yang dihias indah. Kedua pasangan pengantin akan disatukan di atas pelamin diiringi
paluan kompang. Kemudian pengantin akan diarak keliling rumah untuk diperlihatkan
kepada orang ramai.
Bagi masyarakat Cina, upacara perkahwinan tradisional masih dijalankan namun
kurang mendapat perhatian di kalangan generasi muda disebabkan perkahwinan cara
tradisional lebih cerewet dan memerlukan kos yang lebih tinggi berbanding dengan
7
7/27/2019 BMS 3013 Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu Esei 2
http://slidepdf.com/reader/full/bms-3013-kesusasteraan-kebudayaan-melayu-esei-2 11/25
perkahwinan cara moden. Dalam perkahwinan tradisional, ibu bapa bakal pengantin
lelaki mengupah seorang perempuan yang terdiri daripada ahli keluarga bagi merisik
gadis yang diminati. Pengantin itu perlu membawa buah tangan semasa berkunjung ke
rumah gadis tersebut. Kedatangan wakil lelaki telah diketahui oleh bakal ibu mentua
yang dengan penuh hormat, perempuan itu disambut untuk menggambarkan anak
gadis mereka mempunyai perawakan yang menarik.
Setelah berkenalan, perempuan tua itu akan balik dan bertemu dengan ibu bapa
bakal pengantin lelaki. Semuanya akan diberitahu dan apabila bersetuju, ibu bapa bakal
pengantin lelaki akan pergi ke rumah gadis itu bagi membincangkan hari pertunangan.
Hari pertunangan diadakan mengikut takwim Cina yang perlu bersesuaian dengan
bintang kelahiran sesuatu pasangan. Jika bintang kelahiran tidak sesuai, hari
pertunangan akan ditunda sehingga mendapat hari yang sesuai. Biasanya tempoh
pertunangan adalah selama setahun. Pada waktu itu kebebasan untuk bertemu masih
terhad.
Hari perkahwinan akan dijalankan selepas setahun bertunang atau berdasarkan
persetujuan kedua pihak. Pada masa ini, pengantin perempuan dan lelaki dihias
dengan cukup menarik. Pakaian pengantin diperbuat daripada kain sutera dan disulam
dengan benang emas. Setiap pakaian dihias dengan pelbagai aksesori. Pengantin
lelaki akan berkunjung ke rumah pengantin perempuan. Pada masa ini pengantin lelaki
dan perempuan akan diduduk bersama buat kali pertama yang biasanya pengantin
lelaki dan perempuan diapit oleh pengiring mereka sendiri. Kemudian mereka
didudukkan di atas pelamin yang telah sedia di ruang tamu. Pada waktu itu semua ahli
8
7/27/2019 BMS 3013 Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu Esei 2
http://slidepdf.com/reader/full/bms-3013-kesusasteraan-kebudayaan-melayu-esei-2 12/25
keluarga akan melihat kecantikan pasangan pengantin itu.
Setelah duduk di pelamin, pasangan pengantin dibawa berjumpa ahli keluarga
masing-masing. Pasangan pengantin lelaki memperkenalkan pengantin perempuan
kepada ahli keluarga dimulai dengan ibu bapa, adik-beradik, datuk nenek, sepupu dan
lain-lain, kemudian pengantin perempuan akan bersalaman dengan mereka meminta
restu. Kemudian giliran pengantin perempuan pula memperkenalkan kepada ahli
keluarga mereka. Pengantin lelaki meminta restu daripada mentua bagi menjaga anak
mereka. Selepas itu kedua pengantin akan duduk di meja makan bagi menikmati
juadah bersama ahli keluarga dan tetamu jemputan yang termasuk juga kaum lain.
Pada waktu yang sama ahli keluarga yang lain cuba bermesra dengan pasangan
pengantin bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan dan kebudayaan antara kaum
lain yang hadir sebagai jemputan. Kemudian mereka akan minum teh yang penting
dalam tradisi masyarakat Cina bertujuan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan
terutama pengantin perempuan yang menjalani hidup bersama suami dan iparnya
sendiri. Oleh itu kemesraan dan amalan budaya tradisi perlu ada di antara mereka.
Terdapat pelbagai jenis perkahwinan dalam masyarakat India seperti vaitikat
thirumanam, tamil thirumanam dan diya thirumanam tetapi perkahwinan jenis vaitikat
thirumanam paling diminati. Masyarakat India melakukan risikan bagi menentukan
bakal pengantin lelaki dan perempuan. Wakil pengantin lelaki akan mengunjung bakal
pengantin perempuan bagi melihat paras rupa dan bilangan wakil lelaki yang datang ke
rumah perempuan perlu berjumlah ganjil biarpun mereka ramai.
9
7/27/2019 BMS 3013 Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu Esei 2
http://slidepdf.com/reader/full/bms-3013-kesusasteraan-kebudayaan-melayu-esei-2 13/25
Buah tangan seperti kelapa, sirih, pinang, cendana, buah-buahan, bunyi-bunyian
dan serbuk kum-kum akan dibawa bersama. Barangan ini merupakan tanda untuk
mengeratkan hubungan kekeluargaan dan mengekalkan kebudayaan. Pihak
perempuan akan menerima hantaran itu jika bersetuju dan sekiranya tidak, mereka
hanya melayan sebagai tetamu yang lain dan tidak boleh mengambil hantaran itu.
Bakal pengantin perempuan akan menyajikan air minuman dan waktu ini bakal
pengantin lelaki berpeluang untuk melihat lebih dekat wajah pengantin perempuan. Jadi
tetamu perlu dilayan dengan baik agar menunjukkan keperibadian yang mulia.
Dalam masyarakat India, kesesuaian pengantin ini mustahak sebab tidak ada
perceraian dalam perkahwinan masyarakat ini. Kesesuaian calon suami atau isteri
adalah berdasarkan almanak Hindu yang terdapat 21 aspek yang menyentuh soal
kesesuaian masa hadapan setiap pasangan. Ini hanya sepuluh pasangan sahaja yang
mustahak. Setibanya di rumah pengantin perempuan, bapa kedua belah pihak
berbincang dengan saudara-mara.
Dalam perkahwinan, pengapit lelaki akan memimpin pengantin lelaki ke pelamin
yang diperbuat daripada mimbar. Pengantin lelaki mengeliling pelamin mengikut arah
jam dan kemudian duduk di pelamin. Pedanda akan memulakan upacara perkahwinan
dengan melakukan sembahyang dan memohon doa kepada Dewa Ganesha supaya
perkahwinan direstui dan berjalan lancar. Kemudian pedanda menabur sembilan jenis
bijiran bagi mendapatkan restu dewa-dewa penjaga alam. Pada waktu ini, penanam
batang ara dijalankan di kawasan rumah pengantin sebagai tanda permulaan yang
bertuah. Setelah itu, kedua pengantin akan melaksanakan beberapa peraturan
10
7/27/2019 BMS 3013 Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu Esei 2
http://slidepdf.com/reader/full/bms-3013-kesusasteraan-kebudayaan-melayu-esei-2 14/25
mengikut adat istiadat masyarakat India. Ibu bapa kedua pengantin duduk di hadapan
pengantin dan kedua pengantin perlu memberi hormat kepada ibu bapa dan mentua.
Ibu bapa pengantin akan bertukar-tukar dulang yang berisi pinang, buah-buahan dan
kemudian menyapu debu suci pada dahi pengantin untuk mendoakan agar
perkahwinan itu berkekalan.
Amalan penerapan gabungan tarian tradisional dalam persembahan kebudayaan.
Tarian Zapin dikatakan berasal daripada Arab yang disesuaikan dengan
kesenian tempatan. Tarian ini mempunyai langkah yang lemah lembut namun mampu
mempersonakan penonton dan dipercayai dibawa ke negara ini sekitar abad ke-15 oleh
pendakwah-pendakwah Islam dan negara Arab. Tarian Zapin bercorak tarian
persembahan atau pertunjukkan, gerak tarinya adalah berasaskan langkah kaki.
Walaupun tarian ini berasal dari Arab tetapi dari segi pakaian dan gerakan badan
menunjukkan seolah-olah berasal daripada orang Melayu. Sewaktu mula-mula
diperkenalkan ke negara ini, muzik Arab menjadi iringan tarian Zapin namun ini
menimbulkan masalah kepada penduduk tempatan untuk menyesuaikannya dengan
kehendak tempatan. Oleh itu, muzik Arab telah dimelayukan dengan bersenikatakan
tempatan biarpun masih dipengaruhi nama Arab (Jasiman Ahmad).
Joget merupakan sejenis tarian yang dapat ditarikan dalam pelbagai rentak. Ini
menjadikannya sebagai tarian yang paling popular dan sering ditarikan di Malaysia.
Tarian ini dipercayai berasal dari Melaka biarpun tidak diketahui pelopor dan tarikh mula
ditarikan. Sejak dahulu, tarian Joget adalah satu-satunya jenis tarian yang ditarikan
11
7/27/2019 BMS 3013 Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu Esei 2
http://slidepdf.com/reader/full/bms-3013-kesusasteraan-kebudayaan-melayu-esei-2 15/25
secara terbuka dan selalu ditarikan di majlis-majlis keramaian sebagai hiburan. Tarian
ini dapat ditarikan sama ada sesama lelaki atau sesama perempuan. Biasanya joget
ditarikan secara berpasangan dan jumlah pasangan tidak terhad. Sekiranya ditarikan
sesama wanita, salah seorang daripada penari tersebut akan berpakaian lelaki. Tetapi
yang menariknya salah seorang penari akan berpantun dan pantun ini lazimnya akan
diabalas oleh penari yang lain. Terdapat juga mereka yang tidak menari namun turut
berpantun dengan tujuan agar majlis tersebut menjadi meriah. Sebenarnya tarian Joget
tidak mempunyai bentuk yang khusus tetapi lebih merupakan sejenis tarian bebas yang
tidak terikat dengan sesuatu bentuk atau corak tertentu. Setelah tahun 1950-an, tarian
Joget diperkemaskan sehingga menjadi suatu tarian yang bersistem, mempunyai
langkah-langkah tertentu dan tersendiri serta turut ditarikan oleh kaum lain di dalam
sesebuah persembahan kebudayaan.
Tarian Singa merupakan tarian yang unik sebab mempunyai pakaian bercorak
seekor singa yang ditarikan oleh kaum lelaki dan memerlukan kemahiran termasuklah
setiap gerak langkah mempunyai maksud tertentu. Pada Tahun Baru Cina, tarian Singa
ditarikan dari rumah ke rumah atau dari kedai ke kedai untuk memberi berkat kepada
pekedai. Angpau akan diletakkan pada palang pintu dan penari tarian Singa akan
menunjukkan persembahan sebelum mengambil angpau tersebut. Maka rumah atau
kedai itu akan sentiasa memperoleh keuntungan. Patung Singa diperbuat daripada kain
dari bahagian kepala hingga ke ekornya. Ukuran patung singa ini adalah mengikut
ukuran yang ditetapkan oleh sesebuah pasukan singa tersebut. Bahagian badan patung
dihiasi bulu-bulu berwarna emas bagi menunjukkan keagungan binatang yang disebut
12
7/27/2019 BMS 3013 Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu Esei 2
http://slidepdf.com/reader/full/bms-3013-kesusasteraan-kebudayaan-melayu-esei-2 16/25
sebagai raja haiwan dan digeruni oleh semua haiwan lain serta melambangkan ciri-ciri
positif masyarakat Cina.
Patung singa akan menari berpandukan irama dan pukulan gendang, bunyi
gendang yang kuat memberi perangsang kepada masyarakat Cina agar bekerja
dengan lebih tekun dan rajin untuk mencapai kejayaan hidup di masa hadapan. Selain
patung singa, ahli-ahli kumpulan tarian singa terdiri daripada juru gendang, juru canang,
juru simbal dan beberapa orang penari. Terdapat pula anggota lain yang melakukan
tugas tertentu yang lazimnya berjumlah 30 hingga 40 orang.
Tarian Naga juga seperti tarian Singa yang unik sebab memerlukan model yang
berbentuk seekor naga. Kemudian beberapa orang penari akan menggayakan pelbagai
aksi seperti seekor naga. Pada model naga akan diletakkan kayu untuk memudahkan
penari menggerakakkan naga itu. Setiap penari akan mengikuti ketua yang memegang
kayu yang terdapat pada bahagian kepala. Pergerakan yang dilakukan adalah seperti
seekor naga yang sedang menari dan beraksi mengikut rentak irama. Biasanya
persembahan tarian Naga ini hanya boleh dilihat pada hari perayaan atau keramaian
sahaja. Tarian ini kurang popular berbanding tarian Singa sebab kurang menunjukkan
aksi yang hebat. Namun, pada masa sekarang terdapat kaum lain yang terlibat sebagai
ahli kumpulan sama ada tarian Singa atau Naga.
Tarian Klasik India adalah tarian yang unik sebab menggabungkan antara unsur
pemujaan dan luahan perasaan yang mendalam dalam diri seseorang. Justeru itu
penari akan meluahkan keinginan tersebut melalui pergerakan. Tarian ini adalah tarian
13
7/27/2019 BMS 3013 Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu Esei 2
http://slidepdf.com/reader/full/bms-3013-kesusasteraan-kebudayaan-melayu-esei-2 17/25
yang berbentuk keagamaan juga dikaitkan tarian tradisional yang dipersembahkan di
kuli-kuil. Ada beberapa dewa yang dianggap suruhan tuhan yang menarikan tarian itu
bagi memuja tuhan dan dikenali sebagai Bharata Natyam. Mengikut lagenda
masyarakat India, tarian ini diasaskan oleh Mahani dan Manbi Manipuni.
Tarian Ngajat adalah tarian yang paling popular di kalangan masyarakat Iban di
Sarawak. Tarian ini dipersembahkan dalam pelbagai perayaan sama ada dalam majlis
perkahwinan ataupun perayaan yang lain. Menurut masyarakat Iban, tarian ini adalah
tarian yang mempunyai mesej tersendiri yang kononnya sebagai satu asas untuk
mengajar masyarakat Iban berperang.
Tarian Ngajat bebas ditarikan oleh sesiapa sahaja sama ada lelaki ataupun
wanita tanpa mengira kaum. Para penari dikehendaki menggunakan kain merah yang
diikat pada bahagian pinggang hingga ke paras lutut. Kemudian pakaian itu perlu
ditambah dengan pelbagai aksesori yang lain seperti manik untuk memperlihatkan
kehebatannya. Bagi kaum perempuan, sanggul digunakan bagi disesuaikan dengan
pakaian manakala kaum lelaki pula dikehendaki memakai tanjak atau topi yang dihias
dengan bulu-bulu burung.
Tarian Ngajat ditarikan dengan berdiri di atas bulatan langsaran ke atas dan ke
bawah serta penari akan melompat bersama iringan muzik. Gerakan yang seragam
akan menyebabkan tarian ini kelihatan menarik dan unik. Sejenis tarian lagi ialah penari
akan memegang perisai kayu dengan tangan kanan dan jari-jemari berjingkit-jingkit
dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan. Tarian ini lebih susah sebab
14
7/27/2019 BMS 3013 Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu Esei 2
http://slidepdf.com/reader/full/bms-3013-kesusasteraan-kebudayaan-melayu-esei-2 18/25
memerlukan latihan yang kerap. Alat-alat muzik yang mengiringi tarian ngajat adalah
gong besar dan kecil, gendang, tetawak, bebendai dan lain-lain. Tarian Ngajat sering
ditarikan terutama semasa sambutan perayaan Hari Gawai di kalangan masyarakat
Dayak.
Amalan penggunaan pakaian tradisional pada majlis rasmi dan tempat kerja.
Baju Kurung merupakan pakaian tradisional bagi wanita Melayu yang dikenali
“Baju Kurung Johor” atau “Baju Kurung Teluk Belanga”. Lazimnya baju ini dipakai di
majlis-majlis seperti perkahwinan atau di upacara-upacara rasmi. Baju Kurung pada
asalnya labuh sampai ke bawah lutut dan dipakai dengan kain sarung yang diikat di tepi
sebagai ombak mengalun. Kadang-kala Baju Kurung juga digunakan dengan “kain
dagang luar”. Kain Dagang Luar dipegang di paras pinggang apabila berada di dalam
rumah dan apabila keluar rumah, kain tersebut dilingkupkan sebagai kain kelubung
yang menutup kepala (Jasiman Ahmad, 2006).
Dari semasa ke semasa, Labuh Baju Kurung itu dipendekkan sehingga ke paras
atas lutut. Pada masa kini, pakaian ini dilabuhkan semula sehingga ke bawah lutut.
Baju Kurung lazimnya dibuat daripada kain yang tidak bercorak, selalunya kain sutera
digunakan tetapi ada kalanya menggunakan kain kasa. Baju Kurung ini dipadankan
dengan kain songket. Baju Kurung lazimnya dijahit dengan tangan bukan sahaja di
bahagian leher tetapi bagi seluruh baju. Jahitannya kelihatan halus dan menampakkan
kerja tangan yang amat teliti.
Baju Cekak Musang adalah pakaian untuk orang lelaki yang mula diperkenalkan
15
7/27/2019 BMS 3013 Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu Esei 2
http://slidepdf.com/reader/full/bms-3013-kesusasteraan-kebudayaan-melayu-esei-2 19/25
dalam tahun 1850-an dan juga dikenali “Baju Wau”. Bentuknya seakan-akan Baju
Kurung wanita namun keliling lehernya tegak dan berukuran lebih kurang 4 cm. Baju ini
mempunyai tiga kocek, seluarnya diperbuat daripada kain bercorak jalur-jalur dan
dipadankan berdagang dalam atau berdagang luar.
Baju Kurung Teluk Belanga merupakan ciptaan Almarhum Sultan Abu Bakar,
Johor dan dijadikan pakaian pembesar-pembesar di majlis-majlis pada ketika itu. Baju
dan seluarnya diperbuat daripada kain sutera bercorak jalur dan dipadankan dengan
kain Bugis yang berkepala. Baju ini juga berkocek tiga dan labuhnya sampai ke bawah
punggung. Selain daripada negeri Johor, Baju Kurung juga dipakai di negeri-negeri lain
seperti Pahang, Terengganu, Kedah dan Kelantan.
Baju Kurung Teluk Belanga dan Baju Kurung Cekak Musang dapat dianggap
mempunyai potongan yang klasik, santun gayanya dan merupakan pakaian yang dari
dulu hingga kini dikenali umum sebagai pakaian Melayu atau “Baju Melayu”. Baju
Melayu digunakan untuk menghadiri majlis-majlis perkahwinan, kenduri-kendara dan
juga untuk sembahyang Jumaat. Pemakai Baju Melayu kelihatan lebih berseri apabila
memakai samping dan songkok. Biasanya samping yang dipakai adalah dari kain
songket. Pakaian tradisional ini sesuai dipakai pada Hari Raya dan dalam majlis-majlis
perkahwinan termasuk juga digunapakai oleh kaum lain semasa berkunjung raya atau
di tempat kerja pada hari Jumaat.
Cheongsam digunakan oleh wanita keturunan Cina biasanya untuk upacara-
upacara tertentu seperti perkahwinan dan semasa Tahun Baru Cina. Kini jarang lagi
16
7/27/2019 BMS 3013 Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu Esei 2
http://slidepdf.com/reader/full/bms-3013-kesusasteraan-kebudayaan-melayu-esei-2 20/25
kelihatan wanita Cina di Malaysia menggunakannya sebab mereka lebih gemar
memakai pakaian barat. Cheongsam ini dianggap berasal dari baju tradisional lelaki
Cina yang labuh sehingga ke kaki. Istilah “cheongsam” di dalam dialek Kantonis
bermakna baju labuh dipercayai bahawa Cheongsam mula diperkenalkan semenjak
Revolusi di negeri China dalam tahun 1911.
Asalnya baju tersebut labuh namun lama-kelamaan disingkatkan sehingga ke
lutut. Kolar baju berukuran 3 hingga 4 sentimeter sahaja namun ditinggikan sehingga 7
sentimeter. Cheongsam dipakai ketat dan dibelah di kiri kanannya. Belahan ini
berlainan kerana ada yang pendek sahaja dan ada yang samapai 33 sentimeter
panjangnya. “Samfu” yang bererti “baju dan seluar” dalam dialek Kantonis adalah
pakaian harian wanita keturunan Cina. Ia diminati oleh wanita-wanita separuh umur
diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus. Lelaki Cina di
negara kita jarang menggunakan pakaian tradisionalnya. Pakaian tersebut terdiri
daripada baju longgar berbelah di depan dan berkolar tinggi serta seluar longgar seperti
seluar Baju Melayu. Pakaian ini biasanya dibuat daripada kain lembut seperti kain
sutera.
Di kalangan wanita India di Malaysia, ramai yang masih menggemari sari. Sari
digunakan dengan baju pendek yang dipanggil “coll”. Kelazimannya, sari digunakan
semasa merayakan majlis perkahwinan atau apa jua acara termasuk ke tempat kerja.
Panjang kain sari ialah 5.5 meter, sewaktu digunakan, kain sari dililit pada bahagian
bawah badan dengan sebahagian besar daripada kain itu disusun di depan dengan
17
7/27/2019 BMS 3013 Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu Esei 2
http://slidepdf.com/reader/full/bms-3013-kesusasteraan-kebudayaan-melayu-esei-2 21/25
gaya “ombak mengalun”. Bahagian yang disusun ini diselitkan di pinggang. Kemudian
baki kain sari itu diselepang ke bahu untuk menutupi bahagian dada. Pemakai sari
sentiasa memastikan dadanya ditutup dengan kain sari. Warna kain sari begitu penting
kepada penggunanya sebab terdapat warna-warna tertentu yang boleh menentukan
ciri-ciri wanita tersebut.
Dhoti atau Vesthi dan Jippa merupakan pakaian untuk lelaki keturunan India.
Dhoti merupakan kain yang dipakai dan tidak berjahit. Kainnya biasa panjang 4.5 meter
dan berwarna putih serta tidak bercorak. Dhoti digunakan dengan cara diikat di
pinggang seperti kain sarung namun bezanya ia tidak berjahit. Kadang- kala Dhoti
dicawat ke belakang dan si pemakainya kelihatan seperti memakai sekuar. Jippa pula
ialah kemeja putih tidak berkolar yang digunakan bersama Dhoti. Pakaian ini digunakan
semasa majlis perkahwinan dan upacara keagamaan. Pakaian ini melambangkan
kesucian. Thundu ialah selendang putih yang disangkut pada bahu yang melengkapkan
pakaian Dhoti dan Jippa ini.
Amalan penggunaan alat muzik tradisional antara kaum dalam satu
persembahan.
Kompang dipercayai berasal dari negara Arab yang berbentuk bulat dan
mempunyai ukuran tinggi antara lima sentimeter hingga 12 sentimeter. Luas permukaan
kulit kompang adalah berbeza mengikut garis pusat berukuran antara 20 sentimeter
hingga 40 sentimeter. Kompang terbahagi kepada empat bahagian iaitu rangka atau
baluh yang diperbuat daripada kayu cengal atau pulai. Bahagian kedua ialah muka
18
7/27/2019 BMS 3013 Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu Esei 2
http://slidepdf.com/reader/full/bms-3013-kesusasteraan-kebudayaan-melayu-esei-2 22/25
kompang yang diperbuat daripada kulit binatang. Bahagian ketiga dinamakan sedak
yang diperbuat daripada rotan kecil yang digunakan untuk menegangkan kulit muka
kompang. Bahagian keempat ialah penyendak yang merupakan sejenis kayu yang
digunakan bagi menekan sedak agar masuk ke bahagian bibir kompang.
Kompang mempunyai tempat dan kedudukan yang baik sehingga diterima
sebagai seni budaya yang menjadi penyeri dan pengiring di kebanyakan majlis sama
ada yang berbentuk rasmi atau tidak rasmi. Di merata tempat terdengar pukulan dan
nyanyian sesebuah kumpulan kompang seperti di majlis-majlis keramaian, pesta-pesta
tertentu, majlis perkahwinan, majlis kenamaan dan sebagainya. Bagi memenuhi
pelbagai permintaan, banyak kumpulan kompang ditubuhkan dan sesekali dianjurkan
pertandingan kompang. Kompang dijadikan sebagai alat muzik atau persembahan
tradisional yang terus diminati dengan pelbagai sambutan dan minat yang ditunjukkan
oleh segenap lapisan masyaraka(Jasiman Ahmad, 2006).
Amalan pertandingan permainan tradisional sehingga ke peringkat antarabangsa.
Sepak takraw adalah satu permainan tradisional milik masyarakat Melayu yang
dahulu banyak dimainkan di kawasan kampung namun sekarang telah terkenal di
seluruh negara. Hampir kebanyakan negara terutama di negara-negara Asean
mengetahui permainan ini. Permainan ini bermula daripada sepak raga bulatan yang
merupakan permainan masyarakat Melayu yang sekarang begitu terkenal hingga ke
persada dunia (Jasiman Ahmad, 2006).
Permainan sepak takraw mempunyai kesenian berbanding permainan lain
19
7/27/2019 BMS 3013 Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu Esei 2
http://slidepdf.com/reader/full/bms-3013-kesusasteraan-kebudayaan-melayu-esei-2 23/25
kerana permainan ini memerlukan pelbagai kemahiran yang tinggi. Antara kesenian
dalam permainan ini ialah menimang bola menggunakan kaki atau lutut, menanduk
atau menampan dengan dahi atau kepala, melibas sambil membengkokkan badan,
mengawal atau menyepak menggunakan kaki dan sebagainya. Selain itu, setiap
pemain mempunyai hubungan yang sangat rapat dalam menjayakan sesuatu
permainan. Setiap pemain berusaha memastikan bola tidak mengenai lantai dan
memasuki kawasan lawan. Justeru mereka bersama-sama menyepak dan memberikan
bola kepada pemain yang lain.
Permianan sepak takraw adalah satu-satu permainan tradisional yang paling
popular disebabkan banyak negara yang telah memainkan permianan ini terutama
apabila kerajaan memperkenalkan beberapa pertandingan di peringkat antarabangsa.
Namun begitu yang paling nyata tujuan utama Malaysia memperkenalkan permainan ini
adalah untuk mempromosikan permainan tradisional ini agar dikenali di seluruh dunia.
Ini adalah satu kejayaan apabila banyak negara telah mengenali permainan sepak
takraw.
Penutup
Memandangkan Malaysia didiami oleh pelbagai kaum yang berlainan dari segi
keturunan, agama dan adat budaya, sudah pasti Malaysia diwarnai kebudayaan yang
berbeza-beza. Budaya unik lagi menarik telah menjadi identiti negara kita yang jarang
didapati di mana-mana negara di dunia ini. Setiap kaum berpeluang untuk
mengamalkan kebudayaan masing-masing tanpa ada sekatan. Malah ada kebudayaan
20
7/27/2019 BMS 3013 Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu Esei 2
http://slidepdf.com/reader/full/bms-3013-kesusasteraan-kebudayaan-melayu-esei-2 24/25
kaum yang dijadikan kebudayaan nasional bagi memastikan kebudayaan tetap segar di
negara ini.
Kebudayaan yang meliputi adat istiadat kelahiran, perkahwinan, kematian,
perayaan, permainan dan sebagainya telah mendapat perhatian. Malah telah dijadikan
satu aktiviti sukan yang popular seperti permainan sepak raga atau takraw. Maka bagi
memastikan kebudayaan unik negara tetap unggul, pelbagai pihak terutamanya badan-
badan tertentu perlu memastikan kebudayaan dikembangkan dari semasa ke semasa.
Hanya dengan ini sahaja keunikan kebudayaan negara boleh dipertahankan secara
berterusan (Jasiman Ahmad, 2006).
21
7/27/2019 BMS 3013 Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu Esei 2
http://slidepdf.com/reader/full/bms-3013-kesusasteraan-kebudayaan-melayu-esei-2 25/25
Bibliografi
A.Aziz Deraman, (2004). Asas Kebudayaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Abdul Halim Ali, 2001. `Konsep budaya dan Masyarakat`. Dewan Budaya. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Keluaran Disember 2011.
Jasiman Ahmad (2006). Kebudayaan Warisan Bangsa. Kuala Lumpur: Jade Green
Publications Sdn. Bhd.
Sharifah Zainah Syed Salim, 2000. Kebudayaan Nasional Pada Alaf Baru` Kertas
kerja, Simposium Kebudayaan dan Drama Melayu, 10-12 Nov. 2000.
Wan Azmi Ramli (1993), Dasar Sosial di Malaysia,. Golden Books Centre Sdn. Bhd,
Kuala Lumpur, Malaysia.
22