PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL: ANALISIS TIGA DIMENSI KINEMATIK TEKNIK ROUNDHOUSE KICK DALAM SUKAN TAEKWONDO)
SESI PENGAJIAN: 2003/2004_____ Saya WOO MEI TENG___________________________
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: 306, JALAN GARUDA Prof. Madya Dr. Abdul Hafidz Bin Haji Omar TAMAN SAM HOE, NAMA PENYELIA 86000 KLUANG, JOHOR DARUL TAKZIM. Tarikh: 11 MARCH 2004 Tarikh: 11 MARCH 2004
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan syarat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu
dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
√
ANALISIS TIGA DIMENSI KINEMATIK TENDANGAN ‘ROUNDHOUSE
KICK’ DALAM SUKAN TAEKWONDO
WOO MEI TENG
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MARCH, 2004
“ Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya terhadap
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)”
Tandatangan : …………………………..
Nama Penyelia : PM DR.ABDUL HAFIDZ BIN HAJI OMAR
Tarikh : 11HB. MARCH. 2004
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ……………………….
Nama Penulis : WOO MEI TENG
Tarikh : 25HB. FEB. 2004
iii
Khas buat untuk Ayah, ibu dan keluarga yang tersayang.
iv
PENGHARGAAN
Di sini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan iklas kepada
penyelia projek, PM Dr. Abdul Hafidz Bin Haji Omar di atas bimbingan,
perbincangan serta tunjukajar yang diberikan sepanjang tempoh penyelidikan
sehingga saya dapat menyiapkan kajian ini.
Selain itu, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
ribuan terima kasih kepada Encik Ngadiso Bin Darus selaku pengarah sukan yang
turut sudi untuk meluangkan banyak masa untuk membantu saya, menolong saya
menyelesaikan masalah dan memberi idea kepada saya serta tunjuk ajar yang tidak
ternilai selama saya menjalankan kajian ini. Begitu juga dengan Encik Mohd Yunos
bin Dahlan.
Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Pengarah Institusi Sukan Negara iaitu, Dr. Ramlan yang menyetujui saya
menjalankan kajian dan menggunakan alat di sana. Selain itu, saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada Unit biomekanik, Institusi Sukan Negara di
atas bantuan yang diberikan kepada saya khususnya ketua unit biomekanik iaitu
Encik Mohd Safrushahar bin Yusof yang sudi memberikan nasihat, idea dan tunjuk
ajar kepada saya serta sentiasa meluangkan masanya untuk memberi penerangan
tentang kajian ini kepada saya. Begitu juga kepada ahli-ahli di unit biomekanik yang
memberi banyak tunjuk ajar dan bantuan kepada saya iaitu, Puan Norhaslinda yang
mengajar saya bagaimana menggunakan sistem APAS , En. Rohan dan En Shahrul
yang mengajar saya bagaimana membuat CD persembahan dan Proses ‘capture’
serta En. Nazim.
v
Penghargaan juga diberikan kepada sesiapa yang telah banyak membantu
sama ada secara langsung ataupun tidak sepanjang kajian membantu menjayakan
projek penyelidikan ini. Kerjasama daripada rakan-rakan seperjuangan serta bantuan
yang diberikan daripada jurulatih kelab dynamic, En Phuah Chen Hong yang
menyumbangkan atlitnya dalam menyempurnakan ujian bagi menjayakan kajian ini
amat dihargai. Saya tidak dapat membalas budi baik kalian dan hanya dapat
mengucapkan terima kasih sekali lagi. Semoga kalian sentiasa sihat sejahtera dan
diberkati oleh Tuhan.
vi
ABSTRAK
Analisis kinematik dalam kemahiran sukan adalah bertujuan untuk
mengenalpasti pembolehubah yang mempengaruhi penguasaan, keberkesanan dan
pengekalan sesuatu kemahiran. Analisis kinematik tiga dimensi tendangan
Roundhouse kick dalam sukan Taekwondo adalah satu kaedah mengkuantifikasi data
teknik pergerakan dan bertujuan membantu proses analisis pergerakan kemahiran.
Objektif kajian ini adalah untuk mengkuantifikasi parameter kinematik dari segi
halaju dan sudut kaki, buku lali, lutut, pelvis dan bahu teknik tendangan Roundhouse
kick untuk subjek ini serta menghubungkaitkan parameter kinematik ini dengan
ketinggian kontek. Subjek merupakan seorang atlit peringkat kebangsaan dan
mendapat johan dalam pertandingan kebangsaan. Kajian ini dijalankan di makmal
Biomekanik, Institusi Sukan Negara di Bukit Jalil, Kuala Lumpur dengan
menggunakan kaedah penganalisis pergerakan. Tiga kamera video digital JVC 9800
yang merekod pergerakan pada tahap 50 hz digunakan bagi mengkuantifikasi data
tendangan. Tiang kalibrasi khas digunakan untuk proses kalibrasi yang merangkumi
kawasan 2.5 m panjang x 1.6 m lebar x 2.1m tinggi. Rakaman pergerakan akan
dianalisis mengikut prosedur analisis video tiga dimensi dengan menggunakan Ariel
Performance Analysis System(APAS). Proses digitasi dilakukan secara manual dan
melibatkan 16 titik rujukan pada badan. Data 2 dimensi ditukarkan kepada 3 dimensi
melalui kaedah Direct Linear Transformation (DLT) dan titik kordinit (X0, Y0, Z0)
ditentukan. Butterworth digital filter(BDF) pada tahap 10 hz digunakan. Dapatan
kajian ini untuk melihat min halaju maksima kaki dan buku lali adalah 15.01 m/s dan
11.79m/s sebelum fasa kontek. Min halaju maksima lutut, pelvis dan bahu adalah
7.94 m/s, 2.91 m/s dan1.96 m/s pada masa permulaan hayunan dan awal fasa
hayunan. Min sudut maksima buku lali dan lutut adalah 148.21˚ dan 162.77˚ iaitu
pada fasa kontek. Manakala min sudut minimum pelvis adalah 106.66˚ pada fasa
kontek. Min ketinggian kontek adalah 1.35 meter.
vii
ABSTRACT
Kinematics researchs are conducted with a purpose of identifying critical
performance variables that facilitates skill acquisition and execution processes. The
current research opted for a three dimensional kinematics’ analysis of kicking
technique – roundhouse kick for Taekwondo sport in order to quantify technical data.
The objective of this study is to quantifying the kinematics parameter velocity and
angular for toe, ankle, hip and shoulder joints and the relationship between
kinematics parameter and contact high. Subjek is a national champion in national
level. This study was carried out in biomechanics’ lab, Institusi Sukan Negara at
Bukit Jalil, Kuala Lumpur. 3 JVC 9800 digital video cameras with the speed of 50Hz
were used for recording. Special calibration poles were used for three dimensional
space calibration of a volume 2.5m in length, 1.6m in width and 2.1m in height. All
recordings were conducted in 2 dimensional formats in accordance with the APAS 3
dimensional procedures. The digitizing process was done manually with 14
reference points for body. The 2 dimensional data were transformed into 3-D
formats via the Direct Linear Transformation (DLT) and based on (X0, Y0, Z0)
coordinates. Abutterworth digital filter (10Hz) was used to smooth the 3-D data.
The result of this study showed that min peak velocity for the toes and ankle are
15.01 m/s and 11.79m/s before phase contact. Min peak velocity for the knee, hips
and shoulder are 7.94 m/s, 2.91 m/s and 1.96 m/s. Min angular maksimum for ankle
and knee were 148.21˚ and 162.77˚ at phase contact. Min angular minimum for hip
was 106.66˚ at phase contact. Min for contact high was 1.35 m.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BAB I
JUDUL
PENGAKUAN
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI LAMPIRAN
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Persoalan Kajian
1.5 Objektif Kajian
1.6 Skop Kajian
1.7 Kepentingan Kajian
i
ii
iii
iv
vi
vii
viii
xii
xiv
xv
1
1
4
5
6
6
7
7
ix
BAB II
1.8 Limitasi Kajian
1.9 Definisi Operasional
1.9.1 Analisis Kinematik
1.9.2 Biomekanik
1.9.3 Fleksi
1.9.4 Extensi
1.9.5 Proksimal
1.9.6 Distal
1.9.7 SPSS
1.9.8 ‘RoundHouse Kick’
1.9.9 ‘Ariel performance analysis
System’
1.10 Penutup
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
2.2 Falsafah Taekwondo
2.3 Mekanik Untuk ‘Roundhouse Kick’
2.4 Kajian Lepas
2.5 Biomekanik Dalam Sukan Taekwondo
2.6 Sejarah Biomekanik
2.7 Fungsi analisis biomekanik dalam
sukan lain yang berkaitan
2.7.1 Meningkatkan Prestasi
2.7.1.1 Video Analisis
2.7.1.2 Analisis biomekanik
2.8 Penutup
8
9
9
9
9
10
10
10
10
10
11
11
12
12
12
14
16
22
26
30
31
31
32
34
x
BAB III
BAB IV
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
3.2 Rekabentuk Kajian
3.3 Pemilihan Subjek
3.4 Tempat Kajian
3.5 Instrumen Kajian
3.6 Alat Pengukuran Kajian
3.6.1 Mesin Analisis Pergerakan
3.7 Prosedur Kajian
3.7.1 Prosedur pemilihan subjek
3.7.2 Protokol kajian
3.7.3 Prosedur pengumpulan data
3.7.4 Prosedur Kalibrasi
3.7.5 Prosedur Menganalisis Data
3.7.5.1 Proses Memasukkan
Data Lakuan Ke
Komputer
3.7.5.2 Proses Transformasi
3.7.5.3 Proses Digitasi
3.7.5.4 Proses Saringan
3.8 Jangkamasa Kajian
3.9 Kaedah Penganalisaan Data
3.10 Penutup
PENGANALISAAN DATA
4.1 Pengenalan
4.2 Analisis Bahagian Kaki
35
35
36
36
37
37
37
38
38
38
38
39
40
41
41
42
42
43
43
43
44
45
45
46
xi
BAB V
4.2.1 Analisis Halaju Kaki
4.3 Analisi Bahagian Buku Lali
4.3.1 Analisis Halaju Buku Lali
4.3.2 Analisis Sudut Buku Lali
4.4 Analisis Bahagian Lutut
4.4.1 Analisis Halaju Lutut
4.4.2 Analisi Sudut Lutut
4.5 Analisi Bahagian Pelvis
4.5.1 Analisis Halaju Pelvis
4.5.2 Analisis Sudut Pelvis
4.6 Analisis Bahagian Bahu
4.6.1 Analisis Halaju Bahu
4.6.2 Analisis Sudut Bahu
4.7 Analisis Ketinggian Kontek
PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN
CADANGAN
5.1 Pengenalan
5.2 Perbincangan
5.3 Kesimpulan
5.4 Cadangan
5.5 Penutup
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
46
49
50
54
58
58
62
66
66
70
74
74
77
81
84
84
84
88
89
90
92
98
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1
2.2
4.1
4.2
4.3
4.4
4.5
4.6
4.7
4.8
4.9
4.10
4.11
4.12
4.13
4.14
4.15
4.16
4.17
Halaju kaki menendang sebelum fasa kontek
Min halaju maksima kaki untuk tendangan
‘Roundhouse kick’
Statistik data deskriptif halaju kaki
Data perubahan halaju kaki
Statistik data deskriptif halaju buku lali
Data perubahan halaju buku lali
Statistik data deskriptif sudut buku lali
Data Perubahan sudut buku lali
Statistik data deskriptif halaju lutut
Data perubahan halaju lutut
Statistik data deskriptif sudut lutut
Data perubahan sudut lutut
Statistik data deskriptif halaju pelvis
Data Perubahan halaju pelvis
Statistik data descriptive sudut pelvis
Data perubahan sudut pelvis
Statistik data deskriptif halaju bahu
Data perubahan halaju bahu
Statistik data deskriptif sudut bahu
17
18
49
51
53
55
57
59
61
63
65
67
69
70
73
75
76
78
80
xiii
4.18
4.19
4.20
Data perubahan sudut bahu
Statistik data deskriptif ketinggian kontek
Data perubahan ketinggian kontek
81
83
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1
2.2
4.1
4.2
4.3
4.4
4.5
4.6
4.7
4.8
4.9
4.10
Graf halaju untuk setiap sendi pada kaki yang
menendang
Halaju pada joint centres semasa menendang
Perubahan halaju kaki
Perubahan halaju buku lali
Perubahan sudut buku lali
Perubahan halaju lutut
Perubahan sudut lutut
Perubahan halaju pelvis
Perubahan sudut pelvis
Perubahan halaju bahu
Perubahan sudut bahu
Perubahan ketinggian kontek
18
24
48
52
56
60
64
68
72
75
79
82
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A
B
C
D
E
F
Borang Biodata Individu
Carta Alir Halaju Segmen
Gambar Rajah Kalibrasi
Gambar Rajah Tendangan (Pandangan Depan)
Gambar Rajah Tendangan (Pandangan Sisi)
Gambar Rajah Tendangan (Pandangan
Belakang)
98
101
102
103
104
105
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Taekwondo merupakan satu seni mempertahankan diri yang moden di negara
korea, sifat utama seni adalah kecepatan, ketinggian, lompatan dan juga tendangan
yang berputar. Program yang terkandung dalam seni ini terdapat latihan cara
mempertahankan diri, latihan fizikal dan mengalakkan artistik; kesemua ini akan
diajar oleh jurulatih yang professional dan berpengalaman. Selain itu, taekwando
merupakan sejenis sukan yang amat popular di seluruh dunia. Seni ini merupakan
satu seni mempertahankan diri yang wajib untuk belajar. Perkataan ‘ Taekwondo’
mempunyai maksudnya sendiri iaitu, ‘Tae’ bermaksud melompat atau menendang
dengan menggunakan kaki, ‘Kwon’ membawa maksud menumbuk mencucuk dan
menahan dengan menggunakan tangan dan ‘Do’ bermaksud seni. (Tae Eun Lee,
1995)
Terdapat 5 objektif untuk seni ini. Pertama, untuk membangunkan
penghargaan Taekwondo sebagai satu sukan da juga sebagai satu seni. Kedua, untuk
mencapai kecergasan fizikal dengan penyertaan yang positif. Ketiga, untuk
meningkatkan displin dari segi mental dan emosi yang tenang. Keempat, untuk
mempelajari seni mempertahankan diri. Kelima, untuk membangunkan sikap
bertanggungjawab terhadap sendiri dan juga orang lain.
2
Taekwondo merupakan sains fizikal. Semasa training, pergerakan badan
individu adalah sempurna dan menjadi satu. Teknik taekwondo sentiasa diukur dan
ditingkatkan dari segi penggunaan saintifik yang asas. Taekwondo adalah sejenis
kecergasan fizikal. Latihan diminta adalah sempurna dan setiap teknik memerlukan
latihan otot untuk seluruh badan. Latihan taekwondo adalah cara terbaik untuk
mencapai kecergasa fizikal. Taekwondo merupakan satu displin bagi mental dan
badan. Teknik taekwondo adalah senang tetapi susah untuk belajar. Ia memerlukan
konsentrasi dan lebih usaha untuk mencapai kesempurnaan. Mental dan badan mesti
bekerja bersama supaya teknik menjadi lebih efektif. (Tae Eun Lee, 1995)
Pada zaman dahulu, orang mengamalkan kehidupan yang senang dan mereka
bekerja keras tetapi mereka kekurangan aktiviti kecergasan fizikal dan keupayaan
untuk mentahankan diri. Jadi, taekwondo telah dikembangakan sedikit demi sedikit
pada abad tersebut dan merupakan satu cara untuk meningkatkan kesihatan,
kecergasan fizikal dan keupayaan mentahankan diri .
Pada abad yang lalu, taekwondo telah menjadi sebahagian dalam kebudayaan
Korea. Koreans melatih taekwondo semasa latihan tentera dan di sekolah sebagai
satu cara untuk membina silkap keadilan, keberanian, penggunaan kesederhanaan
dalam displin, persediaan fizikal dan latihan mental. Negara di seluruh dunia melatih
taekwondo sebagai satu seni mempertahankan diri dan juga sebagai sukan yang
kompetitif. Taekwondo adalah sesuai bagi semua orang tidak kira dari segi umur
untuk mempelajari seni mempertahankan diri dan meningkatkan fizikal mereka.
Selain itu, melalui mempelajari taekwondo dapat menanam nilai-nilai murni seperti
etika, rendah diri, mengawal diri, kesabaran dan mempunyai semangat juangan yang
tinggi. Kesemua nilai ini membanguan dalam keadaan yang tidak disedari apabila
belajar taekwondo. (Tae Eun Lee, 1995)
Taekwondo merupakan salah satu daripada sukan kombat. Ia hanya
menggunakan tangan dan kaki tanpa guna alat. Demi keunikan tendangan dan
mempunyai banyak perubahan dalam tendangan dan ini menyebabkan banyak orang
memanggil taekwondo sebagai “Kicking martial arts”. Tetapi, ini tidak
menyatakan bahawa taekwondo tidak menggunakan teknik tangan; ia digunakan
3
semacam seni mempertahankan diri lain. Beberapa dekad yang lepas, persatuan-
persatuan taekwondo telah bergabung dan bekerjasama untuk membangunkan
taekwondo kepada sukan Amateur dan Olimpik antarabangsa yang moden, di
samping mengekalkan kebanggaan tradisi dan semangat seni itu. Sistem yang
digunakan dalam perlawanan adalah sistem markah. Cara perlawanan adalah
spesifik dan limitasi kepada bahagian tertentu untuk mendapatkan markah, ini dapat
mengukur kemahiran dan keupayaan seseorang pembelajar di samping
mengurangkan kecederaan berlaku.
Sukan ini telah disenaraikan dalan sukan Asia, sukan Pan American dan
mengadakan persembahan rasmi dalam Sukan Olimpik pada tahun 1988 dan 1992,
sukan yang berpingat dalam sukan olimpik 2000 di Sydney, Australia. Teknik
tendangan Roundhouse kick ini merupakan tendangan yang paling banyak digunakan
semasa pertandingan.
Pada tahun 1966/1967, struktur organisasi persatuan taekwondo korea
disusun semula dan persatuan ini bersetuju untuk mengabungkan semua ‘ Kwans’
iaitu Mooduk Kwan, Jido Kwan, Changmu Kwan, Chungdo Kwan, dan Songmu
Kwan. General Choi tidak setuju dan tidak berpuas hati dengan hieraki taekwondo
korea. Tidak lama kemudian, General Choi hong hi menubuhkan lagi satu persatuan
yang dikenali sebagai ‘ International Taekwondo Federation’ dengan pusat
pentadbirannya adalah di Toronto, Canada. Jadi, ‘ World Taekwondo Federation’
adalah diketuai oleh Dr Un Yong Khim dengan pusat pentadbiran adalah di Seuol,
Korea.
Pada masa kini, terdapat banyak bahagian dalam taekwondo iaitu, bahagian
pergerakan asas, bahagian seni mempertahankan diri, bahagian pattern, bahagian
pertandingan dan bahagian memecah papan. Jadi, sekarang lebih banyak orang
menumpukan perhatian dalam teknik menendang dalam bahagian pertandingan.
Terdapat beberapa jenis teknik menendang yang utama iaitu, tendangan depan (Front
kick), tendangan sisi (Side kick), tendangan tepi (Roundhouse kick) dan tendangan
belakang (Backtrust kick), Naeryo-cha-gi(Downward kick/Axe-kick ), Horyo-cha-
gi(Hook kick), Bandae-dolryo(Reverse round kick ).
4
Dalam banyak tendangan yang ada, roundhouse kick merupakan teknik yang
paling biasa digunakan dalam pertandingan iaitu, hampir 60 % manakala teknik
Front kick ’lebih banyak digunakan dalam kajian biomekanik. Mengikut Lee (1998)
menunjukkan bahawa frekuensi untuk lelaki menggunakkan teknik roundhouse kick
adalah 50% daripada jumlah tendangan yang dihasilkan. Tambahan pula, terdapat
89% teknik ini digunakan untuk mengambil markah. Manakala untuk perempuan
frekuensi teknik ini digunakan semasa pertandingan adalah sebanyak 79%. Ini telah
menunjukkan kedua-dua jantina menggunakan teknik tendangan ini untuk
mengambil markah (Kim & Kim, 1997).
1.2 Latar Belakang Masalah
Taekwondo di Malaysia bermula pada tahun 1963 diperkenalkan oleh general
Choi hong hi. Beliau dikatakan sebagai bapa taekwondo di Malaysia dan beliau
diberi tugas oleh Persatuan Taekwondo Korea untuk mengembangkan seni
mempertahankan diri ini di seluruh Malaysia. Pusat pada masa itu adalah di Kuala
Lumpur dan berkembang dari Kuala Lumpur kepada negeri lain. Pada tahun 1963,
Persatuan Taekwondo Selangor telah ditubuhkan. Persatuan ini diuruskan mengikut
pentadbiran Korea dan dikuasai oleh para jurulatih dari negara Korea. Masalah
timbul dari segi komunikasi antara pelajar dengan jurulatih dan masa untuk kenaikan
pangkat bagi pelajar adalah lambat.
Selepas pada tahun 1966, kehilangan induk kebangsaan yang diketuai oleh
General Choi menyebabkan senior di Persatuan Taekwondo Selangor yang terdiri
daripada Korean mengambil alih pentadbiran. Oleh itu, cara pentadbiran adalah
tidak seragam untuk semua penubuhan di Malaysia kerana masing-masing
mempunyai jurulatih Korean dan berbeza dari segi uniform, ujian kenaikan pangkat
dan keistirafan antara negeri. Jadi, Senior jurulatih di Malaysia membuat keputusan
untuk mengambil ahli pengurusan dari orang Korea dan ingin menghantar mereka
balik ke Korea.
5
Selepas itu, taekwondo Malaysia diperkembangkan oleh Mr C.K. Leow (the
present Federal Chief Instructor and National Director of the Technical and
Administrative Board), Mr. Christopher Lai (former Secretary General of the
Persatuan Taekwondo Malaysia (WTF)) dan Mr Chin Mee Keong (First Chairman
of Persatuan Taekwondo Malaysia (WTF). Dengan banyak kesabaran, pengorbanan
dan keteguran, mereka dibantu oleh jurulatih yang lain untuk mengadakan satu
mesyuarat pada 27 April 1974 untuk menubuhkan persatuan kebangsaan, mesyuarat
ini dihadiri oleh wakil dari negeri Selangor, Angkatan Tentera Malaysia, Perak,
Pahang, Negeri Sembilan, Terengganu, Johor dan Sabah.
Persatuan Taekwondo Korea menganjurkan satu pertandingan iaitu ‘1st World
Taekwondo Championship’ di Seoul, Korea. Melalui kejohanan ini, Kerajaan Korea
telah mengabungkan sebanyak 22 negara untuk penubuhan Persatuan Taekwondo
Dunia (WTF). Dari masa itu, Malaysia telah banyak mengikuti kursus, pertandingan
antarabangsa dan juga mengambil ujian di negara Korea.
1.3 Penyataan Masalah
Kebanyakan jurulatih ingin mencari cara tendangan yang terbaik untuk
“Roundhouse kick”. Mereka ingin tahu sudut, cara untuk mengangkat kaki dan cara
menendang dalam sudut yang terbaik supaya hasil tendangan atlit adalah cepat dan
kuat. Gabungan dari faktor psikologi dan fisiologi, pergerakan biomekanik dapat
menentukan postur badan,kelajuan dan sudut untuk menendang. Dalam kajian ini,
parameter kinematik untuk subjek ini akan dicari dan akan dianalisis untuk
meningkatkan prestasi atlit ini.
Kajian yang mengkaji tendangan ini adalah kurang di seluruh dunia dan boleh
dikatakan tiada kajian di negara Malaysia walaupun tendangan ini adalah tendangan
yang popular dalam pertandingan. Salah satu sebab yang utama kekurangan kajian
6
adalah Roundhouse kick melibatkan rotasi di bahagian pelvis semasa menendang.
Jadi, ia memerlukan analisis dari segi 3 dimensi. Pada masa kini, terdapat banyak
ciptaan teknologi yang dapat menganalisis pergerakan 3 dimensi di atas sebab
banyak pergerakan manusia adalah berdasarkan rotasi.
Jadi, kalau para jurulatih tahu perubahan pergerakan tendangan, mereka dapat
meningkatkan prestasi. Tambahan pula, mereka boleh mengadakan latihan yang
lebih spesifik dan mencari bakat-bakat berdasarkan eksperimen yang dijalankan.
Justeru, satu kajian akan diadakan untuk mengenalpasti parameter kinematik yang
dihasilkan oeh subjek dan akan dijadikan rujukan kepada jurulatih dia dan juga
jurulatih lain di Malaysia. Ini adalah kerana kajian berjenis biomekanik dalam
tendangan ini tidak ada orang pernah mengkaji di Malaysia.
1.4 Persoalan Kajian
(i) Penentuan parameter halaju kaki,buku lali, lutut, pelvis dan bahu
teknik tendangan ‘Roundhouse kick’?
(ii) Penentuan parameter sudut kaki,buku lali, lutut, pelvis dan bahu
teknik tendangan ‘Roundhouse kick’?
(iii) Pengujian halaju dan sudut dalam masa melakukan ketinggian
kontek?
Top Related