PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan, penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : UPERSEPSI GURU TERHADAP PENGGUNAAN PERISIAN MULTIMEDIA DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA
SESI PENGAJIAN : U2008/2009 Saya UCHIEW KAI WAN
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan
TIDAK TERHAD Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS)
Alamat Tetap : 18, JALAN BELIBIS 1, TAMAN PERLING, 81200 JOHOR BAHRU. Tarikh : U24 APRIL 2009
(TANDATANGAN PENYELIA)
PN. NOR FADILA MOHD AMIN NAMA PENYELIA
Tarikh : 2U4 APRIL 2009
√
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).”
Tandatangan : ____________________________
Nama Penulis : PN. NOR FADILA MOHD AMIN
Tarikh : 24 APRIL 2009
i
PERSEPSI GURU TERHADAP PENGGUNAAN PERISIAN MULTIMEDIA
DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATA
PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA
CHIEW KAI WAN
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2009
ii
“Saya mengakui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satu telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ________________
Nama Penulis : CHIEW KAI WAN
Tarikh : 24 APRIL 2009
iii
DEDIKASI
Untuk Ibu dan bapa yang tercinta…… Jasa dan doamu terlalu beerti dan telah
menyemarakkan semangat perjuangan ini
Buat saudara-mara...... Bantuan dan dorongan kalian kekal tersemat
dalam hati sanubariku
iv
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu, pengkaji ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih
kepada Puan Nor Fadila Mohd Amin, selaku penyelia pengkaji atas dorongan dan
bimbingan yang diberi oleh beliau sepanjang penulisan projek sarjana muda ini. Tanpa
beliau, projek ini tidak dapat disiapkan dengan sempurna.
Rakaman terima kasih juga ditujukan kepada para responden yang rela
meluangkan masa untuk mengisi borang soal selidik. Mereka telah memberi maklumat
yang banyak dan berguna kepada pengkaji.
Selain itu, pengkaji ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli
keluarga atas sokongan yang diberikan sepanjang proses penulisan projek sarjana muda
ini. Tidak dilupai, terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan kerana sudi
memberi sokongan dan maklumat.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti persepsi guru terhadap penggunaan
perisian multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
Kemahiran Hidup di sekolah jenis kebangsaan cina. Kajian ini memberi fokus kepada 3
aspek utama iaitu persepsi guru terhadap penggunaan perisian multimedia, kesan
penggunaan perisian multimedia dan kekangan yang dihadapi oleh guru semasa
penggunaan perisian multimedia telah dikaji. Kajian yang berbentuk deskriptif ini
melibatkan 16 orang guru di sekolah jenis kebagsaan cina di daerah Kuala Kangsar,
Perak. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik berstruktur yang
mengandungi 37 item yang menggunakan maklum balas skala Likert 5 poin. Nilai
koefisien kebolehpercayaan, alpha cronbach bagi soal selidik adalah 0.65. Data-data
yang diperoleh seterusnya dianalisis bagi mendapatkan nilai peratusan dan frekuensi
melalui perisian Pakej Statistik bagi Sains Sosial (SPSS). Hasil kajian ini menunjukkan
bahawa guru mempunyai pandangan yang positif terhadap penggunaan perisian
multimedia Kemahiran Hidup Selain itu, penggunaan perisian multimedia Kemahiran
Hidup memberi kesan yang positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru.
Kekangan-kekangan yang dihadapi oleh guru semasa penggunaan perisian multimedia
Kemahiran Hidup adalah kemahiran ICT guru dan juga masalah teknikal perisian.
vi
ABSTRACT
This study was conducted to identify the perception of teachers on the use of
multimedia software in the teaching and learning process of Living Skills subject in
chinese primary schools. This study focused on 3 important aspects mainly on teacher's
perception towards multimedia software, the impact of using multimedia software and
the problems faced by the teacher when using multimedia software. The sample of this
descriptive research consists of 16 teachers from chinese primary schools teachers of the
Kuala Kangsar district in Perak. The research instrument used for the purpose of this
study is structured questionnaire which consists of 37 items using five points Likert
scale. The reliability coefficient value, which is the Alpha Cronbach is 0.65. The data is
analyzed by using SPSS to get the frequency and percentages values. The research
shows that teachers have positive perceptions on the use of Living Skills’ multimedia
software. Besides, the use of Living Skills’ multimedia software gives positive effects
on the teaching and learning process. The problems of using Living Skills’ multimedia
software among teachers are the lack of ICT skills and software technical problems.
vii
KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKASURAT
JUDUL i
PENGAKUAN PENGKAJI ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.6.1 Guru 9
1.6.2 Pelajar 10
1.6.3 Sekolah 10
1.6.4 Kementerian Pelajaran Malaysia 10
viii
1.7 Skop Kajian 11
1.8 Definisi Istilah 11
1.8.1 Persepsi 11
1.8.2 Penggunaan CDRI 12
1.8.3 Kesan penggunaan CDRI 12
1.8.4 Kekangan penggunaan CDRI 12
1.8.5 Kemahiran ICT 13
1.8.6 CDRI Kemahiran Hidup 13
1.10 Kesimpulan 13
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Kemahiran Hidup 15
2.3 Komponen Kandungan Kemahiran Hidup 17
2.4.1 Reka Bentuk dan Teknologi 17
2.4.2 Perniagaan dan Keusahawanan 18
2.4 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) 18
2.5 Kepentingan ICT 20
2.6 Kajian Berkaitan Persepsi Penggunaan Perisian
Multimedia 23
2.7 Kajian Berkaitan Kesan Penggunaan Perisian Multimedia 24
2.8 Kajian Berkaitan Kekangan Penggunaan Perisian
Multimedia 25
2.9 Dapatan Kajian-kajian Terdahulu Yang Berkaitan 27
2.10 Kesimpulan 28
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 30
3.2 Rekabentuk Kajian 30
3.3 Prosedur Pensampelan 31
3.4 Instrumen Kajian 33
ix
3.5 Pengesahan Instrumen 35
3.6 Kajian Rintis 36
3.7 Prosedur Kajian 38
3.8 Analisis Data 38
3.9 Batasan Kajian 41
3.10 Kesimpulan 41
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 42
4.2 Analisis Data 43
4.3 Bahagian A 43
4.3.1 Taburan Pengalaman Mengajar Kemahiran Hidup
Responden 43
4.3.2 Taburan Berkaitan dengan Kemahiran ICT
Responden 44
4.4 Bahagian B 45
4.4.1 Persoalan kajian 1: Apakah persepsi guru terhadap
penggunaan perisian multimedia dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran
Kemahiran Hidup? 45
4.4.2 Persoalan kajian 2: Apakah kesan terhadap
penggunaan perisian multimedia dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran
Kemahiran Hidup? 48
4.4.3 Persoalan kajian 3: Apakah kekangan yang dihadapi
oleh guru terhadap penggunaan perisian multimedia
dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi
mata pelajaran Kemahiran Hidup? 51
4.5 Rumusan 53
4.6 Kesimpulan 54
x
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 55
5.2 Rumusan 55
5.3 Perbincangan 57
5.3.1 Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Perisian
Kemahiran Hidup 57
5.3.2 Kesan Penggunaan Perisian Kemahiran Hidup 59
5.3.3 Kekangan Yang Dihadapi Oleh Guru Terhadap
Penggunaan Perisian Kemahiran Hidup 61
5.4 Cadangan 62
5.4.1 Cadangan Kajian Lanjutan 63
5.5 Penutup 63
RUJUKAN 65
LAMPIRAN A – D 70 – 77
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Guru SJKC Di Daerah Kuala Kangsar,
Perak.
32
3.2 Kedudukan nombor item mengikut
persoalan kajian
34
3.3 Contoh item soalan kajian 34
3.4 Skala Pemeringkatan Likert 35
3.5 Pembetulan item 36
3.6 Data demografi responden (Bahagian A) 39
3.7 Tahap penilaian responden berdasarkan
peratusan
40
4.1 Taburan pengalaman mengajar Kemahiran
Hidup responden
44
4.2
Taburan berkaitan dengan kemahiran ICT
responden
44
4.3 Taburan persepsi guru terhadap
penggunaan perisian multimedia
Kemahiran Hidup
47
4.3.1 Taburan crosstab antara pengalaman
mengajar KH dengan soalan kajian2
48
4.4 Taburan kesan terhadap penggunaan
perisian multimedia Kemahiran Hidup
50
4.5 Taburan kekangan yang dihadapi terhadap
penggunaan perisian multimedia
Kemahiran Hidup
52
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK
MUKA SURAT
2.1 Percantuman IT dan C 18
4.1 Peratusan Keseluruhan Bagi Setiap
Persoalan Kajian
53
xiii
SENARAI SINGKATAN
AS - Amat Setuju
ATS - Amat Tidak Setuju
ICT Teknologi Maklumat dan Komunikasi
KBSR - Kurikulum Baru Sekolah Rendah
KH - Kemahiran Hidup
KHSR Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
KPM Kementerian Pendidikan Malaysia
KS - Kurang Setuju
P&P Pengajaran dan Pembelajaran
PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum
PPSMI Dasar Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa
Inggeris
S - Setuju
SJKC Sekolah Jenis Kebnagsaan Cina
SPSS - Pakej Statistik Bagi Sains Sosial
TS - Tidak Setuju
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 70
B Surat Pengesahan Pelajar 75
C Surat Menjalankan Kajian (EPRD) 76
D Surat Menjalankan Kajian (JPN) 77
1
BAB 1
PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan
Mata pelajaran Kemahiran Hidup merupakan salah satu mata pelajaran
yang diajar di sekolah rendah bermula dari tahun 4 hingga ke tahun 6 di seluruh
Malaysia. Kemahiran Hidup memberi input terhadap pengalaman dan pengetahuan
dalam pengendalian kehidupan harian serta membangunkan murid yang celik
teknologi bagi mencapai matlamat wawasan 2020. Matlamat mata pelajaran
Kemahiran Hidup Sekolah Rendah adalah untuk membolehkan murid memperolehi
kemahiran asas dan pengetahuan berasaskan teknologi dan keusahawanan supaya
mereka dapat menjalankan kerja-buat-sendiri, mereka cipta dan cenderung
berusahaniaga serta mengamalkan sikap dan budaya kerja yang baik (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 2003).
Justeru, sistem pendidikan di negara kita telah melalui transformasi radikal
yang selari dengan falsafah pendidikan Malaysia yang mengakibatkan penstrukturan
semula kurikulum yang sedia ada. Perubahan yang pesat ini adalah impak
penglobalisian di dalam bidang teknologi maklumat serta menjadi pemangkin kepada
penggunaan komputer semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dijalankan
di sekolah di seluruh negara. Berdasarkan kajian Computer Technology Research,
2
menyatakan bahawa seseorang individu akan dapat menyimpan 80 peratus daripada
apa yang mereka lihat, dengar dan buat secara serentak (Rozinah Jamaludin, 2000).
Oleh itu, pengintegrasian elemen-elemen multimedia dapat memberi satu sesi P&P
yang lebih menarik, kreatif, inovatif serta memberi pengalaman belajar dengan lebih
berkesan kepada para pelajar.
Sebagai langkah permulaan, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) cuba menerapkan penggunaan perisian multimedia dalam P&P, di dalam
empat mata pelajaran iaitu Sains, Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Dasar ini telah dilaksanakan bagi tahun satu, tingkatan satu serta tingkatan enam
bawah dan ianya akan diteruskan pada tahun-tahun berikutnya (Kementerian
Pelajaran Malaysia, 2003). Berdasarkan bajet 2003, kerajaan telah
memperuntukkan hampir RM 5 billion untuk tempoh tujuh tahun bagi menyediakan
prasarana pendidikan yang khususnya di dalam penggunaan teknologi maklumat
dalam P&P (Tamrin Anuar, 2003). Tujuan perlaksanaan dasar ini adalah untuk
meningkatkan taraf pendidikan rakyat Malaysia dan melahirkan generasi muda yang
berketrampilan dalam sains dan teknologi dengan harapan dapat bersaing di pasaran
global serta berhasrat membawa negara kita mencapai status negara maju menjelang
tahun 2020. Sebenarnya perkataan multimedia telah lama diperkenalkan dalam alam
pendidikan. Namun pada ketika itu, multimedia lebih merujuk kepada bahan bantu
mengajar yang bersifat audio-visual seperti radio, televisyen, video dan sebagainya.
Dewasa ini, melalui perkembangan teknologi yang begitu pesat, teknologi komputer
telah mengambil alih peranan bahan bantu mengajar yang manual kepada
penggabungan elemen teks, grafik, audio, video dan animasi dalam bentuk CD-Rom
sebagai satu perisian multimedia interaktif. Menurut Philips (1997), multimedia interaktif boleh mengubah cara
3
seseorang memperolehi maklumat serta cara seseorang itu belajar sekiranya
digunakan dengan berkesan. Ini kerana penggunaan multimedia memudahkan
proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dan mengekalkan informasi
di dalam ingatan pelajar. Pernyataan ini disokong oleh Crowe dan Palmers-Lynes,
1995, bahawa tahap pengekalan maklumat di dalam pelajar meningkat sebanyak 30%
semasa menggunakan kaedah multimedia interaktif berbanding dengan kaedah
tradisi. Selain itu, aktiviti permainan juga memberi implikasi dan kepentingan
dalam proses pembelajaran (Riber, 1996). 1.2 Latar Belakang Masalah
Pendidikan alaf baru menyaksikan perkembangan teknologi pendidikan
berkembang dengan begitu pantas. Tidak dinafikan, sejak dasar Program
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
diimplimentasikan di sekolah pada tahun 2003, kebanyakan guru telah pun
didedahkan dengan kemahiran menggunakan ICT melalui pelbagai kursus yang
dianjurkan samada oleh Jabatan Pendidikan Negeri, Pusat Sumber Pendidikan Negeri
ataupun Pusat Kegiatan Guru (Paridon Sahip dan Mohd Arif Ismail 2006).
Maltamat utama pendedahan ini adalah untuk memastikan guru-guru mahir dalam
penggunaan ICT dan seterusnya dapat menggunakan bahan-bahan pengajaran
berbentuk ICT yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran bagi meningkatkan
kualiti pengajaran dan pembelajaran. Mc Lellan (1991) menegaskan bahawa komputer dapat membantu guru
melaksanakan aktiviti pengajaran pembelajaran dalam bilik darjah. Beliau menekan
bahawa seseorang guru itu perlu mempunyai pengetahuan sekurang-kurangnya pada
peringkat asas dalam mengendalikan perkakasan dan perisian komputer sebelum
mereka dapat menghasilkan kaedah pengajaran yang berkesan dalam bilik darjah.
4
Namun, apa yang lebih merisaukan kini ialah kurangnya minat guru untuk
mempelajari komputer (Zoraini Wati Abas, 1993). Ini kerana mereka merasa fobia
dengan komputer. Ini dapat dijelaskan melalui kajian yang telah dijalankan di
negeri Kedah mengenai Penggunaan Media Teknologi di kalangan guru oleh Shafee
(1990), bahawa guru yang mempunyai pengalaman tentang penggunaan komputer
adalah rendah berbanding penggunaan Projektor Slaid dan media teknologi lain.
Manakala, hanya8.6%guru menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan
pembelajaran . Selain itu, terdapat golongan guru yang masih cetek dalam penggunaan
komputer sebagai bahan bantuan mengajar. Ini dapat dijelaskan oleh Zoraini Wati
Abas (1993), bahawa terdapat 57% Sekolah Menengah di Malaysia yang memiliki
komputer tetapi kurang dari 5% guru-guru yang tahu menggunakannya. Hasil
kajian penggunaan komputer di kalangan guru-guru Sekolah Menengah Johor Bahru
oleh Ahmad Rashid (1992), pula menyatakan bahawa penggunaan didapati hanya
13.74% daripada 161 responden menggunakan komputer sebagai alat bantu mengajar
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Berpandukan kepada dapatan kajian
Henry Goh, SMK St. Micheal Penampang (2004) yang membuat kajian mengenai
latar belakang dan pengetahuan ICT di kalangan guru matematik di pantai barat
selatan, Sabah menunjukkan bahawa tahap pengetahuan ICT dan aplikasinya di
kalangan guru matematik masih pada tahap sederhana. Keadaan ini
membimbangkan kerana bagi mengendalikan pembelajaran berpandukan teknologi,
guru mesti menguasai kemahiran asas aplikasi ICT yang merangkumi kemahiran
perisian, pemprosesan kata, persembahan elektronik, mengakses internet,
mengendalikan media elektronik dan sistem rangkaian komputer
Dalam kaedah pengajaran konvensional, pengajar memberi penerangan dan
menyebarkan ilmu berpusat di dalam kelas dan bergantung kepada silibus dan
5
kaedah pengajaran oleh tenaga pengajar. Setiap tenaga pengajar juga mempunyai
pendekatan berbeza mengikut inisiatif mereka untuk memberi penjelasan terhadap
topik atau bab yang diajar. Namun begitu, terdapat juga pelbagai sumber bahan
pendidikan termasuk kemudahan maklumat dari sumber elektronik dapat
meningkatkan pencapaian akademik pelajar (Ismail Zain, 2002). Pembelajaran
yang berkesan juga dianggap sebagai pembelajaran yang menyeronokkan (Dick &
Rieser, 1989). Perisian multimedia merupakan satu alternatif baru ke arah
mempelbagaikan media pengajaran melalui pendekatan teknologi multimedia serta
memberi pendedahan kepada pelajar tentang kecanggihan teknologi multimedia
masa kini (Ismail Zain,2002). Menurut Paridon dan Mohd Arif (2006), menyatakan bahawa tujuan utama
perisian dihasilkan adalah untuk memberi kaedah tambahan kepada pelajar dalam
memperolehi pengetahuan dan maklumat yang dipersembahkan dalam bentuk
multimedia. Tujuan utama perisian dihasilkan adalah untuk memberi kaedaah
tambahan kepada pelajar-pelajar dalam memperolehi pengetahuan dan maklumat
yang dipersembahkan dalam bentuk multimedia interaktif (Bahagian Teknologi
Pendidikan, 2003).
Pembelajaran melalui multimedia adalah sangat efektif kerana ia
melibatkan semua deria, mengikut Dwyer (1978), daya ingatan bergantung kepada
10% apa yang dibaca, 20% apa yang didengar, 30% apa yang dilihat, 50% apa yang
didengar dan dilihat, 70% apa yang disuarakan sendiri dan 90% apa yang dilakukan
sendiri Justeru itu, pengintegrasian elemen-elemen multimedia dapat memberi satu
sesi pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik, kreatif dan inovatif serta
memberi pengalaman belajar dengan lebih berkesan kepada para pelajar.
O’Connor dan Brie, 1994 menyatakan bahawa terdapat kajian yang
menunjukkan penggunaan perisian multimedia mampu menyokong pembelajaran
6
yang bersifat penyelesaian masalah, membentuk dan menguji hipotesis, penilaian
berasaskan keupayaan serta meningkatkan kreativiti pelajar. Pengajaran melalui
perisian multimedia menggalak pelajar untuk menjadi seorang yang mampu berfikir
secara kritis, menyelesaikan masalah, lebih mahir dalam proses mencari dan
menyusun maklumat, bermotivasi dalam pembelajaran dan sebagainya.
Di sini jelas menunjukkan bahawa penggunaan perisian multimedia adalah
satu media yang sangat berkesan dalam proses penyampaian pelajaran dan
merupakan alat yang sangat sesuai dalam pendekatan pengajaran di bilik darjah.
Dalam konteks ini, guru seharusnya membuat persediaan serta perubahan sikap,
pemikiran, dan tanggapan yang akan melibatkan penyusunan strategi pengajaran dan
amalan di bilik darjah (Ismail Zain, 2002). Sehubungan dengan itu, guru tidak
seharusnya berpuas hati dengan apa yang mereka perolehi sekarang. Guru perlu
menerokai dengan lebih giat serta senggup menerima segala cabaran dalam arena
mencari dan menyampaikan ilmu. Guru perlu lebih bersifat responsif, proaktif,
serta dapat membuat penyesuaian terhadap apa sahaja perubahan yang berlaku dalam
sistem pendidikan akibat daripada perkembangan teknologi dan ledakan maklumat. Namun, Siti Hajar Noh(2002) dalam kajiannnya tentang tahap penggunaan
perisian multimedia di kalangan guru sains di daerah Port Dickson Negeri Sembilan
mendapati bahawa, penggunaan perisian di kalangan guru-guru sains dalam
pengajaran masih kurang. Oleh itu, kajian ini perlu dijalankan bagi meninjau
pandangan guru dan persepsi mereka terhadap penggunaan perisian multimedia
dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup.
Maka kajian ini akan dibuat untuk mendapat maklumat atau tindak balas berhubung
dengan persepsi guru, kesan penggunaan, dan kekangan semasa menggunakan
perisian multimedia keluaran Kementerian Pelajar Malaysia sebagai bahan bantu
mengajar guru-guru.
7
1.3 Pernyataan Masalah
Guru selalu mengajar mengikut buku teks dan ini akan menyebabkan
fikiran pelajar mudah menjadi beku dan tidak kreatif. Pernyataan ini disokong oleh
Fauziah Hashim(2002), bahawa pelajar didedahkan kepada penghafalan rumus tanpa
mengetahui konsep sebenarnya. Mata pelajaran Kemahiran Hidup merupakan mata
pelajaran yang banyak melibatkan penggunaan perlatan dan gerakerja praktikal
(Kamaruzaman Karim, 1995). Berdasarkan perbincangan di atas jelas
menunjukkan bahawa penggunaan perisian multimedia menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran lebih efektif. Oleh kerana kajian yang dijalankan oleh Norohidah Mamat(2001) hanya
menyentuh tentang penilaian penggunaan perisian kursus di Sekolah Bestari: satu
kajian di Negeri Terengganu bagi mata pelajaran Sains, Matematik, Bahasa Melayu
dan Bahasa Inggeris sahaja. Maka, kajian ini diperlukan untuk mengkaji persepsi
guru terhadap penggunaan perisian multimedia, kesan yang ditimbulkan serta
kekangan yang dihadapi oleh guru Kemahiran Hidup dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti persepsi dan pendapat guru
tentang penggunaan perisian multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran
bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup. Berdasarkan pernyataan permasalahan yang
dikemukakan ini, objektif kajian ini adalah untuk:
8
a. Mengenalpasti persepsi guru terhadap penggunaan perisian
multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata
pelajaran Kemahiran Hidup.
b. Mengenalpasti kesan terhadap penggunaan perisian multimedia
dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran
Kemahiran Hidup.
c. Mengenalpasti kekangan yang dihadapi oleh guru terhadap
penggunaan perisian multimedia dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup.
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian yang perlu dijawab ialah :
a. Apakah persepsi guru terhadap penggunaan perisian multimedia
dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran
Kemahiran Hidup?
b. Apakah kesan terhadap penggunaan perisian multimedia dalam
proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Kemahiran
Hidup?