BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS IJUDUL: VIDEO STMULASI EKSPERIMEN PENAPAIAN DAN PENYULINGAN ETANOL TULEN
DARIPADA GLUKOSA KIMIA TINGKATAN LIMA
Saya
Sf,SI PENGAJIAN: 2010/20I I
NOOR ASHIKIN BINTI IBRAHIM
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSMiSarjan#Del*o+Salsafah)* ini disimpan di Perpustakaan UniversitiTeknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi.4. **Sila tandakan ({ )
ItfE
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam(AKTA RAHSTA RASMr 19?2)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TERHAD
TIDAK TERHAD
Disahkan Oleh,
Alamat Tetap:
W3/63 KAMPUNG LEMAL.,I7OOO. PASIR MASKELANTAN.
(NAMA PENYELIA)
Ta r i kh : l l ME I20 l I Tarikh: l l MEI 20l l
ANGAN PENULIS) (TAI{DATANGAN PENYELIA)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATA){: * Potong yang tidak berkenaan.** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD. sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa,/organisasi berkenaan
dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.r Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan,
atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana\{uda tPSM).
PENGESAHAN PENYELIA
"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya karya iniadalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan pengamrgerahanljazah
Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan ( Kimia)"
Tandatansan :
Nama Penyelia : Dr. Noraffandy Bin Yahaya
Tarikh : l1 MEl2Ol I
VIDEO SIMULASI EKSPERIMEN PENAPAIAN DAN PENYULINGAN
ETANOL TULEN DARIPADA GLUKOSA KIMIA TINGKATAN LIMA
NOOR ASHIKIN BINTI IBRAHIM
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian
daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer
Serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI, 2011
"Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya'"
Tandatangan
Nama Penulis
Tarikh
NOOR ASHIKIN BINTI IBRAHIM
1 1 M E I 2 0 1 l
iii
DEDIKASI
Teristimewa buat insan yang ku sayangi dan kasihi…..
Untuk Ma & Abah….
Siti Esah@Hasanah Binti Che Ismail & Ibrahim Bin Mohamad
Tanpa kamu berdua tidak mungkin ku berada di puncak menara gading
ini..
Terima kasih kerana membesarkan ku dengan penuh kasih sayang
Terima kasih juga kerana sentiasa memberi sokongan dari segi mental dan
fizikal…
Hanya doa dan ucapan terima kasih yang mampu ku balas..kerna wang
ringgit belum tentu mampu menebus segala pengorbanan yang kamu
lakukan.
Buat kekanda-kekandaku yang dikasihi dan dihargai …..
Terima kasih atas sokongan,bantuan wang ringgit dan nasihat yang tidak
pernah jemu diberikan…
Segala nasihat dan dorongan kalian akan ku ingat dan semat di dada…
Dan buat teman-teman seperjuanganku…..terutama teman baik ku…..
Terima kasih kerana turut memberi sokongan,bantuan dan idea-idea dalam
menjayakan projek ini. Semoga persahabatan kita kekal hingga ke akhir
hayat…
iv
PENGHARGAAN
Segala puji bagi Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat, taufik dan
hidayah serta inayahNya, kajian ini dapat disempurnakan dengan jayanya. Selawat
dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh Allah yang
amat dikasihi. .
Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan jutaan penghargaan dan ucapan
terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr. Noraffandy Bin Yahaya, selaku
penyelia projek sarjana muda ini. terima kasih atas sokongan, nasihat dan tunjuk ajar
yang diberikan. Segala yang dipelajari daripada beliau amat berguna dalam
menjayakan projek ini.
Kepada kedua ibu bapa saya, Siti Esah@Hasanah Binti Che Ismail & Ibrahim
Bin Mohamad yang tidak pernah jemu-jemu memberi sokongan dan semangat
semenjak saya melihat dunia. Terima kasih di atas dorongan, doa dan sentiasa
menjaga keperluan saya, jasa kalian amat saya hargai dan tidak mampu dibalas
dengan wang ringgit. Tidak dilupa juga, kepada adik beradik saya, yang sentiasa
memberi sokongan, dorongan,wang ringgit dan nasihat. Jasa kalian tidak mungkin ku
lupakan.
Ucapan jutaan terima kasih juga buat rakan-rakan seperjuangan dan rakan
karib saya, Noorfadhilah Md. Amir, kerana mereka telah banyak memberikan
dorongan, idea dan bantuan kepada saya sepanjang proses merealisasikan projek ini.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memberikan sokongan,
cadangan dan sebagainya. Tanpa sokongan dan dorongan dari kalian, tesis ini tidak
dapat disiapkan dengan sempurna. Terima kasih.Wassalam.
v
ABSTRAK
Setiap pelajar yang mengambil matapelajaran kimia wajib melibatkan diri secara aktif
dalam melakukan kerja-kerja amali. Hal ini, menjadi satu masalah bagi pihak guru
apabila adanya kerja amali yang ditetapkan dalam silibus menjadi isu dalam
perlaksanaannya. Terdapat beberapa kekangan dan faktor yang menyebabkan guru
mengambil jalan mudah dengan mengabaikan eksperimen-eksperimen tersebut. Jadi
pembangunan bahan bantu mengajar bagi video simulasi ini, adalah untuk membantu
mengurangkan faktor penghalang dalam melaksanakan eksperimen. Eksperimen yang
dipilih dalam perlaksanaan video simulasi ini ialah eksperimen Penapaian dan
Penyulingan Etanol Tulen bagi Glukosa di bawah subtopik Alkohol, dalam tajuk
Sebatian Karbon untuk matapelajaran Kimia tingkatan lima. Video simulasi ini
dimasukkan beberapa elemen multimedia seperti teks, grafik, animasi, audio dan video
dengan menggunakan perisian seperti Sony Vegas Movie Studio 4.0, Macromedia Flash
8, Adobe Photoshop CS3, Window Movie Maker 2.6 dan Sony Sound Forge 8.0. Projek
ini dibangunkan berlandaskan Teori Konstruktivisme - Inkuiri-Penemuan dan
berasaskan model ADDIE untuk pembangunan.
vi
ABSTRACT
Every student who is learns chemistry subjects, must actively involved in doing practical
work. However, this has become a problem for the teacher when there is a set of
practical work in the syllabus to be an issue, in the implementation of it. There are a
number of constraints and factors that cause teachers to take the easy way by ignoring
these experiments. So, the development of teaching aid based on video simulation will
help the student to reduce the barriers in implementing the experiments. The
experiments which is selected in this video simulation, is an experiment of pure ethanol
fermentation and distillation of sugar under subtopics of Alcohols, in the topic of
Chemical Compounds of Carbon in Form Five’s Chemistry subjects. This video
simulation are included several multimedia elements such as text, graphics, animations,
audio and video by using software like Sony Vegas Movie Studio 4.0, Macromedia
Flash 8, Adobe Photoshop CS3, Windows Movie Maker 2.6 and Sony Sound Forge 8.0.
This project is based on Constructivism theory - Inquiry-based discovery and the
development is based on ADDIE model.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN PENULIS ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH
SENARAI JADUAL
xi
xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
viii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif 8
1.5 Rasional Pembangunan Perisian 8
1.6 Skop Dan Batasan Kajian 9
1.7 Definisi Dan Istilah 10
1.8 Penutup 12
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Kerja Amali Di Sekolah 13
2. 3 Bahan Bantu Mengajar 15
2.4 Teori Konstruktivisme-Inkuiri Penemuan 16
2.5 Simulasi 21
2.6 Video 23
2.7 Model-Model Pembangunan Perisian
Multimedia
24
ix
2.7.1 Model ADDIE
2.7.2 Model ASSURE
2.7.3 Model Hannafin & Peck
24
26
27
2.8 Penutup 29
3 METODOLOGI KAJIAN
3. 1 Pengenalan 30
3.2 Rasional Memilih Model Reka Bentuk
Perisian
31
3.3 Implikasi Model Pembangunan Perisian -
ADDIE
3.3.1 Fasa Analisis
3.3.2 Fasa Rekabentuk
3.3.3 Fasa Pembangunan
3.3.4 Fasa Perlaksanaan
3.3.5 Fasa Penilaian
33
34
35
38
38
39
3. 4 Penutup 40
x
4 HASIL PEMBANGUNAN
4.1 Pengenalan 41
4. 2 Aliran video simulasi 42
4.3 Penutup 61
5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 62
5. 2 Perbincangan 63
5.3 Masalah – Masalah Yang Dihadapi Semasa
Pembangunan Projek
5.3.1 Masalah masa
5.3.2 Masalah Teknikal
5.3.3 Masalah Kepakaran
64
64
65
66
5. 4 Hasil Penilaian Pembangunan Melalui Soal Selidik 66
5.5 Kelemahan Dan Kelebihan Perisian 70
5.6 Cadangan 71
5.7 Kesimpulan 72
5.8 Penutup 73
RUJUKAN 74
LAMPIRAN 80
xiii
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL
TAJUK
MUKA SURAT
3.1 Skrip 35
5.1 Maklumat Responden 67
5.2 Penilaian sebenar eksperimen 68
5.3 Penilaian perisian : Pengajaran dan Pembelajaran 68
5.4 Penilaian perisian : Fleksibiliti 69
5.5 Penilaian perisian : Isi kandungan perisian 70
xiv
SENARAI RAJAH
NO.RAJAH
TAJUK
MUKA SURAT
2.1 Inkuiri Penemuan Dan Konstruktivisme Menuju
Kepada Pembelajaran Berfikrah
19
2.2 Model ADDIE 25
2.3 Model ASSURE 26
2.4 Model Hannafin and Peck 28
3.1 Implikasi Model ADDIE 33
4.1 Paparan Montaj 42
4.2 Paparan animasi Dunia Eksperimen 43
4.3 Paparan dua orang pengacara 43
4.4 Paparan lakonan 44
4.5 Paparan dua orang pengacara membuat ulasan 45
4.6 Paparan animasi MAKMAL DUNIA
EKSPERIMEN
46
4.7 Paparan animasi Penapaian Etanol 47
4.8 Paparan gambar yang berkaitan penapaian 48
4.9 Paparan soalan 49
4.10 Paparan definisi penapaian 50
4.11 Paparan soalan 50
4.12 Paparan bahan untuk proses penapaian 51
4.13 Paparan radas untuk proses penapaian dan
penyulingan
52
xv
4.14 Paparan tajuk bahan dan radas untuk proses
penapaian
52
4.15 Paparan bahan yang akan digunakan untuk
penapaian
53
4.16 Paparan tajuk prosedur 54
4.17 Paparan prosedur penapaian 54
4.18 Paparan persoalan proses penapaian 55
4.19 Paparan animasi yis menghasilkan enzim zymase 56
4.20 Paparan animasi proses pencernaan glukosa 56
4.21 Paparan secara simbol proses penapaian 57
4.22 Paparan uji karbon dioksida 58
4.23 Paparan pengujian gas karbon dioksida 58
4.24 Paparan pengujian etanol 59
4.25 Paparan tip penting 60
4.26 Paparan dua pengacara membuat kesimpulan 60
xvi
SENARAI SINGKATAN
ABM - Alat Bantu Mengajar
BBM - Bahan Bantu Mengajar
DBP - Dewan Bahasa dan Pustaka
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
OS - Operating System
P&P - Pembelajaran Dan Pengajaran
PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer
PPBKM - Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer multimedia
RAM - Random-access memory
SPC - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)
SPK - Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pada era kecanggihan teknologi, pelbagai perkara yang sukar selama ini dapat
dipermudahkan. Dunia telah mengalami revolusinya, di mana manusia berterusan
mencuba dan mencipta sesuatu yang baru, walhal inilah manusia kini telah hampir
menguasai keseluruhan ilmu teknologi yang bermula sejak lama dulu lagi. Hari ini
manusia sudah mengenali teknologi komputer, pelbagai aplikasi yang digunakan
dengan wujudnya teknologi pengkomputeran ini. Aplikasi ini digunakan untuk
tujuan tertentu, antaranya adalah untuk menyampaikan maklumat dan juga
meringkaskan maklumat yang terlalu diskrit ataupun abstrak.
Kewujudan kemudahan ini, telah dapat membantu meningkatkan
keberkesanan penghantaran maklumat tersebut. Elemen-elemen multimedia yang
biasa diselitkan di dalam aplikasi teknologi pengkomputeran ialah video, audio,teks,
grafik dan animasi. Elemen-elemen ini digabungkan menjadi satu bahan simulasi
ataupun medium penghantar maklumat yang amat popular pada dewasa kini.
Medium penghantar maklumat ini digunakan meluas dalam pelbagai bidang
2
terutamanya bidang pendidikan. Ianya telah menukarkan gaya pembelajaran dan
pengajaran (P&P) pada masa kini, terutamanya di sekolah. Sebagai contoh,
penggunaan elemen-elemen tersebut dalam penghasilan makmal maya.
Pendekatan pembelajaran melalui persekitaran makrnal maya menekankan
penggunaan pendekatan konteksual, simulasi,visual dan audio dengan konsep dua
hala yang dijangka dapat melahirkan pelajar yang lebih kreatif dan kritis
(Dillenbourg,2000). Peranan seorang guru berubah daripada seorang pengajar
tradisional kepada pengurus sistem pengajaran. Ini tidaklah bermakna tugas guru
digantikan sepenuhnya tetapi sebaliknya peranan guru akan lebih berkembang
melalui teknologi ini (Pua Yoke Ching, 2006).
Konsep pembelajaran dan pengajaran (P&P) yang menggunakan metod
tradisi, telah dapat diubah menjadi lebih interaktif. Guru-guru masih cenderung
untuk menggunakan pengajaran berbentuk tradisi dan pendekatan penemuan ini
menjadikan satu bebanan kepada para pelajar kerana tujuan utama adalah untuk lulus
cemerlang dalam peperiksaan (Mohd Najib dan Mohd Yusuf, 1995). Dengan
kehadiran elemen-elemen multimedia dalam pendidikan para pelajar dapat
menikmati kemudahan aplikasi ini dengan lebih selesa terutamanya di dalam subjek-
subjek yang abstrak terutamanya dalam matapelajaran sains. Sebagai contoh, pelajar
perlu membayangkan pergerakan elektron mengelilingi orbitnya dalam atom. Zarah
atom ini terlalu diskrit, sehinggakan pelajar tidak dapat melihatnya dengan mata
kasar mereka. Jadi, guru dapat menerangkan keadaan diskrit ini dengan
menggunakan aplikasi komputer walaupun ianya sebagai gambaran sahaja.
Tanpa aplikasi komputer ini, mereka perlu membayangkan atom itu
berdasarkan idea mereka sendiri dan dibantu dengan gambaran yang dinyatakan oleh
guru mereka. Hal ini boleh menyumbang kepada miskonsepsi pelajar dimana mereka
tidak dapat gambaran sebenar tentang konsep atom yang terlalu abstrak itu. Justeru
itu, model saintifik perlu digunakan oleh guru untuk menerangkan sesuatu konsep
yang tidak dapat dilihat bagi memudahkan kefahaman pelajar. (Hodgson dalam
Treagust, 1995) dalam (Faizunniza Yahini,2008).
3
Dalam jurnal Pua Yoke Ching (2006), kesukaran pembelajaran ini
kebanyakannya disebabkan oleh keabstrakkan konsep sains yang dipelajari
(Johnstone, 1974). Kaedah penyampaian yang kurang berkesan atau masalah dalam
kerangka alternatif pelajar itu sendiri (Driver dan Erickson, 1983).Menurut Sanger
dan Green Bowe (1997), penggunaan komputer dapat membantu pelajar
meningkatkan pemahaman terhadap konsep sains khususnya konsep-konsep yang
abstrak.
Menurut Zol Azlan (2000) yang menyatakan maksud sains dalam Kamus
Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) edisi 1993 ialah sebagai ilmu
pengetahuan yang teratur (sistematik) yang boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya
dan merupakan cabang ilmu 2 pengetahuan yang berdasarkan kebenaran atau
kenyataan semata-mata. Menurut Zol Azlan (2000) lagi, kaedah saintifik bermula
daripada menyatakan suatu pernyataan berkenaan masalah yang ingin dikaji dan
kemudian satu penjelasan berbentuk hipotesis dibuat bagi menyatakan penerangan
dan juga ramalan atau jangkaan yang boleh diuji dan di buktikan kesahihannya
melalui eksperimen yang terancang dan bersistem.
Oleh yang demikian, ini dapat membuktikan bahawa pembelajaran sains
bukannya berlandaskan teori semata-mata tetapi mestilah diperkukuhkan lagi dengan
menjalankan eksperimen. Antara pecahan kecil ilmu sains adalah mata pelajaran
Kimia, kerana merupakan satu disiplin dalam sains yang mengkaji tentang jirim
secara mikroskopik, penghasilan dan penggunaan bahan (Pusat Perkembangan
Kurikulum, 2001). Matapelajaran sains memberi tumpuan kepada penguasaan
kemahiran yang diperlukan untuk mengkaji sains sebagai satu disiplin yang
berorientasikan eksperimen dan kegiatan amali. Maka, kemahiran saintifik perlu
diberi penekanan sepenuhnya.
Tambahan pula, subjek kimia juga berkait rapat dengan kehidupan seharian
kita, maka para pelajar dituntut untuk memahami dan menerokai ilmu tersebut untuk
diaplikasi didalam kehidupan mereka. Hal ini, mengukuhkan lagi bahawa
eksperimen wajar dijalankan dan dimasukkan kedalam pembangunan kurikulum
4
sekolah. Menurut Leman Tarhan, Burcin Acar Sesen (2010), melaporkan bahawa
dengan memberikan para pelajar peluang untuk terlibat di makmal kimia, dapat
membantu mempertingkatkan kemampuan kognitif mereka.
Dalam kajian lain,Hofstein, Navon, Kipnis dan Mamlok-Naaman (2005),
menyatakan pelajar yang melakukan eksperimen kimia yang berkaitan dengan asid-
bes, stoikiometri, pengoksidaan dan penurunan, ikatan kimia, tenaga kimia,
keseimbangan kimia, dan tahap reaksi, mendapati bahawa pelajar tersebut
mempunyai pengalaman dalam mengajukan pertanyaan di makmal kimia dan mereka
berkemampuan untuk mengajukan soalan lebih banyak dan lebih baik. Namun
demikian, tidak semua eksperimen disekolah dapat dijalankan dengan lancar kerana
berdasarkan beberapa kemungkinan yang dihadapi di sekolah, samada berhubung
dengan pelajar, guru ataupun eksperimen itu sendiri.
1.2 Latar Belakang Masalah
Aktiviti makmal adalah sebagai tempat berlakunya pembelajaran aktif, yang
mengharuskan pelajar untuk terlibat dalam mengamati atau memanipulasi benda dan
bahan. Makmal mempunyai peranan khas, serta menjadi pusat untuk pembangunan
pemahaman konsep sains, disamping meningkatkan kemahiran kognitif dan
mengembangkan sikap positif (Brown, Collins, & Duguid, 1989 et al) dalam Leman
Tarhan, Burcin Acar Sesen (2010). Oleh itu, semua pelajar harus terlibat dalam
aktiviti makmal di sekolah untuk memperkukuhkan dan mengaplikasi teori yang
diajar oleh guru mereka.
5
Namun yang demikian, tidak semua eksperimen yang dicadangkan dalam
silibus kurikulum sekolah dapat di ikuti. Hal ini kerana, terdapat beberapa kekangan
yang mungkin berlaku semasa aktiviti makmal ini di jalankan. Seperti yang
dinyatakan oleh Van Praagh (1981) dalam Syamsul Anuar Mustafa Kamal
(2008),dalam sukatan mata pelajaran sains moden, pelajar lebih banyak membuat
latihan amali berbanding dengan apa yang biasa dilakukan di masa-masa yang lalu
dan hal ini boleh menimbulkan beberapa masalah di sesetengah sekolah.
Antaranya ialah berkenaan dengan para pelajar yang kekurangan pengetahuan
tentang cara pengendalian bahan dan radas dalam makmal yang boleh menyebabkan
kemalangan berlaku. Ada juga antara pelajar yang secara sengaja melanggar
peraturan ketika berada dalam makmal. Menurut (John dan Margaret, 1976) dalam
Syamsul Anuar Mustafa Kamal (2008), disebabkan kes-kes kemalangan tidak boleh
dijangka, pihak-pihak yang terlibat haruslah sentiasa mengikuti langkah-langkah
keselamatan yang ditetapkan semasa berada di dalam makmal. Disebabkan itulah,
guru sentiasa diperlukan untuk mengawal keadaan makmal ketika kerja amali sedang
dijalankan.
Menurut Hunt dan Block (1993) dalam Syamsul Anuar Mustafa Kamal
(2008), ketika menjalankan kerja amali sains, pelajar didedahkan dengan alatan yang
baru, prosedur yang baru, bahan kimia yang baru dan kemungkinan bahan kimia
tersebut berbahaya kepada kesihatan. Dalam makmal kimia terdapat pelbagai jenis
bahan kimia yang beracun, menghakis dan juga mudah meletup serta yang terlalu
reaktif. Oleh yang demikian, para pelajar terdedah kepada bahaya kerana
pengendalian bahan–bahan tersebut tanpa mengikut prosedurnya akan mendatangkan
bahaya.
Tambahan pula, terdapat eksperimen yang mempunyai prosedur terlalu
panjang dan rumit, serta memerlukan masa yang lama untuk mendapatkan hasil. Ini
menyebabkan kebanyakan guru,mengabaikan eksperimen yang prosedurnya terlalu
panjang dan memerlukan masa yang lama dengan hanya menerangkan teori sahaja.
6
Menurut (Garratt, 1997) dalam Maria Limniou , Nikos Papadopoulos, Christopher
Whitehead (2009), ”The limited laboratory time in traditional pre-laboratory
sessions does not allow teachers to clarify students’ misconceptions or to provide
students with the opportunity to refresh their knowledge by making the connections
between previous and new knowledge”…….
Walaupun pelajar dapat menjalankan aktiviti makmal dengan sempurna,
namun tidak semua daripada mereka yang dapat mengaplikasikan teori pembelajaran
kedalam amali (eksperimen) tersebut. Hal ini kerana, mereka gagal membayangkan
konsep- konsep kimia yang abstrak yang sedang berlaku dalam eksperimen yang
dijalankan. Rozaimi(1991) dalam jurnal Faizunniza Yahini (2008), kesukaran pelajar
memahami konsep tindak balas kimia adalah disebabkan oleh kegagalan pelajar
menggambarkan sesuatu konsep yang abstrak Menurut kajian Briggs dan Holding
dalam kajian Barker (1995), kajian terhadap pelajar berusia 15 tahun, pelajar tersebut
menerangkan bahawa tindak balas kimia wujud apabila berlaku perubahan jisim,
isipadu dan warna pada bahan. Perkara ini menunjukkan bahawa pelajar hanya dapat
menerangkan sesuatu perkara yang dapat dilihat dengan mata kasar iaitu aras
makroskopik.
Biasanya guru kimia hanya menerangkan prosedur-prosedur penting dalam
menjalankan eksperimen. Guru beranggapan bahawa pelajar sudah membaca
prosedur kerja amali yang bakal dilakukan. Oleh itu, tidak semua pelajar dapat
gambaran yang jelas tentang eksperimen yang akan mereka lakukan. Hal ini
menyebabkan pelajar tidak dapat mengikut prosedur eksperimen dengan betul dan
mereka juga gagal mendapatkan hasil eksperimen yang baik. Ini juga mendatangkan
risiko kepada pelajar, kerana mereka tidak dapat mengendalikan bahan dan radas
dengan betul. Jadi, mereka akan terdedah kepada bahaya penggunaan bahan kimia
dan juga radas tersebut.
Hal ini bertambah buruk lagi apabila guru yang mengendalikan eksperimen
itu tidak mahir mengendalikan bahan dan radas dalam makmal kimia. Proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang bematlamatkan untuk meningkatkan
pengetahuan pelajar bergantung pada pengetahuan profesional pendidik yang berlaku
7
dalam pelbagai bentuk (Putnam, Heaton, Prawat, & Remillard, 1992). Pendidik tidak
berupaya mengajar sekiranya tidak tahu apa yang hendak diajar. Kenyataan ini
berkaitan dengan keyakinan diri, dan banyak kajian yang telah dijalankan mengenai
perkaitan antara apa yang pendidik tahu dan bagaimana pendidik mengajar
(Shulman, (1986); Wilson, Shulman, & Richert, 1987). Maka risiko terhadap
kemalangan serta kegagalan mendapatkan hasil daripada kerja amali amatlah besar.
1.3 Pernyataan Masalah
Kurikulum Kimia bertujuan untuk melahirkan murid yang mempunyai
pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Kimia dan mampu mengaplikasikan
pengetahuan dan kemahiran ini berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni untuk
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian.
Penguasaan kemahiran saintifik amat diperlukan untuk mengkaji dan memahami
alam, mencari jawapan kepada sesuatu masalah serta membuat keputusan secara
bersistem.Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
Kemahiran saintifik disekolah dapat dibentuk melalui aktiviti di makmal Kimia itu
sendiri,iaitu ketika para pelajar melakukan kerja-kerja amali.
Hal ini menunjukkan para pelajar di sekolah diwajibkan mengambil bahagian
dalam kerja-kerja amali. Kimia di sekolah melainkan ianya mempunyai alasan-alasan
tertentu. Oleh itu, semua pelajar terdedah kepada risiko dalam makmal kimia,samada
dengan penggunaan bahan yang beracun dan berbahaya ataupun pengendalian alat
itu sendiri. Para pelajar merupakan tanggujawab ibu bapa yang diberikan kepada
guru-guru di sekolah pada waktu persekolahan. Lantaran itu, guru perlu
menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajar dibawah jagaan mereka. Namun,
mampukah seorang guru mengawal puluhan pelajarnya dalam masa yang sama
menjadi persoalan.
8
Oleh yang demikian, beberapa idea untuk mengatasi masalah ini dibentuk
iaitu dengan membangunkan video simulasi eksperimen kimia bagi tajuk penapaian
dan penyulingan etanol daripada glukosa. Eksperimen ini diambil dibawah tajuk
Sebatian Karbon bagi subtopik alkohol untuk silibus tingkatan lima. Pelajar tingkatan
lima merupakan pelajar yang akan menduduki SPM , jadi pada tahun ini jadual
mereka akan terlalu padat dan masa mereka sangat terhad. Guru-guru pula,
kebiasaanya akan memfokuskan teori semata-mata berbanding amali. Disebabkan
proses penapaian dan penyulingan etanol tulen mengambil masa yang lama, maka
video simulasi dapat membantu meringkaskan dan menjelaskan kandungan dan
prosedur eksperimen tersebut. Tambahan pula, eksperimen ini mempunyai konsep
abstrak yang perlu dibayangkan oleh pelajar. Jadi dengan pembangunan video
simulasi ini, pelajar dapat melihat dan mendapat gambaran konsep abstrak melalui
animasi yang dipaparkan.
1.4 Objektif
Objektif utama projek pembangunan bahan bantu mengajar video simulasi ini ialah :
a) Mereka bentuk video simulasi dengan menerapkan elemen-elemen
multimedia
b) Membangunkan bahan bantu mengajar bagi tajuk eksperimen penapaian dan
penyulingan etanol daripada glukosa
Top Related