UUNNIIVVEERRSSIITTII TTEEKKNNOOLLOOGGII MMAALLAAYYSSIIAA
BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN SSTTAATTUUSS TTEESSIISS
JUDUL : SKOR MUMTAZ : SISTEM PEMBELAJARAN ATAS TALIAN BAGI PELAJAR TAHUN 4 SEKOLAH RENDAH ISLAM HIDAYAH
SESI PENGAJIAN : III 2008/2009
Saya NOR HIDAYAH BINTI TABOT (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti
Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian
tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan
di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh ______________________________ ______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: LORONG DUA KIRI PROF.DR.MOHD AZAINI BIN MAAROF JALAN DURIAN KANCHONG DARAT, NAMA PENYELIA 42700 BANTING,SELANGOR.
Tarikh:13 JULAI 2009 Tarikh: 13 JULAI 2009
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan sekali surat daripada pihak berkuasa/organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop
dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Komputer).
Tandatangan : ____________________
Nama Penyelia : PROF.DR.MOHD.AZAINI BIN MAAROF
Tarikh : 13 JULAI 2009
SKOR MUMTAZ: SISTEM PEMBELAJARAN ATAS TALIAN BAGI
PELAJAR TAHUN 4 SEKOLAH RENDAH ISLAM HIDAYAH
NOR HIDAYAH BT TABOT
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada Syarat Penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains (Sains Komputer)
Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat
Universiti Teknologi Malaysia
JULAI, 2009
ii
Saya akui karya yang berjudul Skor Mumtaz: Sistem Pembelajaran Atas Talian Bagi
Pelajar Tahun 4 Sekolah Rendah Islam Hidayah ini adalah hasil kerja saya sendiri
kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan : ____________________
Nama Penulis : NOR HIDAYAH BINTI TABOT
Tarikh : 13 JULAI, 2009
iii
Buat Insan Yang Tersayang
Ayahanda, Tabot Bin Jipin,
Bonda, Salimah Binti Khayun,
Penyelia Projek, Prof. Dr. Mohd Azaini Bin Maarof,
Adik beradik yang dikasihi,
Rakan-rakan seperjuangan
Terima kasih di atas segala-galanya.. doa,pengorbanan dan sokongan serta kasih
sayang yang mendorong ke arah kejayaan ini.
Tidak lupa penghargaan buat penyelia projek, Prof. Dr. Mohd Azaini Bin Maarof yang
telah banyak memberi tunjuk ajar serta sokongan padu.Terima kasih
segalanya..Jasamu akan ku kenang buat selamanya
Buat rakan-rakan seperjuangan, iaitu Nordiana binti Rahim, Nooraisah Binti Abd
Rahman, Norfaiezah Binti Zainuren dan sahabat yang paling teristimewa Mohd Asyraf
Bin Mohd Arshad, semoga persahabatan yang terjalin akan kekal selamanya dan
diredhai oleh-Nya.
Tidak dilupai juga insan yang tersayang iaitu Muhammad Aizuddin B. Hussin yang
sentiasa memberi dorongan dan semangat sepanjang saya menyiapkan Projek Sarjana
Muda ini.
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi maa Mengasihi..
Alhamdulilah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan rahmatnya,
akhirnya sempurna juga Projek Sarjana Muda I ini mengikut tarikh yang telah
ditetapkan. Saya ingin mengambil kesempatan ini merakamkan jutaan terima kasih dan
penghargaan ikhlas kepada penyelia projek saya, Prof.Dr Mohd Azaini b.Maarof atas
bimbingan dan tunjuk ajar yang diberi sepanjang tempoh perlaksanaan projek ini.
Ucapan terima kasih juga kepada Guru Besar dan guru-guru Sekolah Rendah
Islam Hidayah kerana memberikan kerjasama dan pelepasan dalam membuat kaji selidik
terhadap beberapa pelajar Tahun 4 sekolah tersebut. Tidak ketinggalan juga kepada
rakan-rakan seperjuangan serta semua pensyarah Fakulti Sains Komputer Dan Sistem
Maklumat yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan projek
ini.
Seterusnya ucapan terima kasih saya juga buat kedua ibu bapa yang tercinta.
Mereka menjadi teras kepada saya untuk terus berusaha dan memberikan sokongan
moral tanpa jemu. Mereka juga mempercayai dan sentiasa berdoa untuk kejayaan saya.
Saya juga amat terhutang budi dengan sahabat-sahabat saya yang turut menyumbangkan
pendapat dan tunjuk ajar. Harapan saya agar kita sama-sama Berjaya kelak. Insya-Allah.
Sekian.
v
ABSTRAK
Sistem pembelajaran atas talian yang sedia ada hanya tertumpu pada kurikulum
pelajaran kementerian sahaja. Antara contoh sistem pembelajaran atas talian yang sedia
ada pada masa kini seperti SkorA, Portal Pendidikan Berita Harian dan Utusan. Sistem
pembelajaran tersebut memuatkan pelbagai kemudahan kepada pelajar seperti nota,
latihan, bank soalan, kuiz dan banyak lagi. Di sini merupakan peluang pelajar belajar
tidak kira sekolah rendah atau menengah bagi meningkatkan prestasi pelajaran dalam
akademik terutamanya bagi kurikulum pelajaran kementerian. Walaubagaimanapun
sistem sedia ada hanya tertumpu pada kurikulum pelajaran kementerian sahaja. Ini
sebaliknya bagi kurikulum pelajaran islamah, pelajar tiada medium pembelajaran lain
selain pembelajaran di dalam kelas dan nota-nota yang diberikan di dalam kelas oleh
guru-guru. Oleh itu bagi mengatasi masalah ini, satu sistem pembelajaran atas talian
yang berkonsepkan mesra pengguna dan interaktif khusus bagi subjek Sirah
dibangunkan agar pelajar dapat belajar selain mengharapkan pengajaran guru-guru di
dalam kelas khususnya bagi subjek Sirah. Antara contoh-contoh modul yang di
diimplementasikan di dalam sistem ini adalah seperti nota, latihan bagi setiap bab, kuiz
untuk keseluruhan bab dan juga boleh memuat turun nota dan juga bank soalan. Oleh
hal demikian, sebagai guru mereka boleh melihat prestasi pelajar melalui keputusan
markah kuiz dan latihan yang telah dijawab oleh setiap pelajar di mana setiap markah
yang diperolehi oleh pelajar berdasarkan kuiz dan latihan yang mereka jawab akan
disimpan di dalam pangkalan data. Proses pembangunan projek ini adalah berdasarkan
metodologi Air Terjun dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan ASP.Net dan
Pangkalan Data SQL Server 2005 kerana ianya sangat bersesuaian untuk
membangunkan sebuah sistem terutamanya yang berkonsepkan web base. Dengan
adanya sistem pembelajaran ini, diharapkan pelajar dapat memanfaatkan dan akan
memberi kesan yang positif terhadap prestasi akademik mereka dalam subjek Sirah.
vi
ABSTRACT
The existing online education system nowadays only concentrate on the
curriculum that was specified by Ministry of Education. For example Skor A, Portal
Pendidikan Berita Harian and Utusan. The online education system consist of many
information such as notes, exercise, bank of questions, quizzes and others. Here is the
chance for them to study, whether they are categorized under primary or secondary
school, it is to increase their achievements especially for curriculum under Ministry of
Education. Unfortunately, the existing system only focusing on curriculum under
Ministry of Education. Instead, for curriculum under Islamic study, there are no other
medium to study except study in the class and depend on the notes that was given by
their teachers during lessons. Therefore, to overcome this problem, the online education
system is developed by using the concept for user-friendly and interactive for the
students to study instead of depending on teachers during class lessons especially on
Syrah subject. For example, the module that had been implemented to this system were
notes, exercise for every chapter, quizzes for the whole chapters and availability of notes
and bank of questions to be downloaded. Therefore, teachers can follow up their
students achievement by keep in track the students marks for every exercise and quiz
that had been taken by the students as their marks will be stored to the database. The
development process of this project is based on waterfall methodology using ASP.Net
programming language and MYSQL Server 2005 database. Hopefully, the students will
benefits this system as much as they can and it would give the positive impact in their
academic achievements in Syrah subject with the existing of this education system.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN
xvi
1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Matlamat 3
1.4 Objektif 3
1.5 Skop 3
1.6 Kepentingan Projek 4
1.7 Kesimpulan Laporan
5
viii
2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 6
2.1 Kajian Terhadap Pembelajaran Sedia Ada 7
2.2.1 Kajian Terhadap Portal Pendidikan
2.2.1.1 Kajian Terhadap Portal Pendidikan
Utusan
2.2.1.2 Kajian Terhadap Portal Berita Harian
7
7
9
2.2.2 Kajian Terhadap Skor A 11
2.3 Perbandingan Terhadap Sistem Sedia Ada
2.4 Teknik dan Kaedah Penyelesaian Masalah
2.4.1 Persekitaran Sistem pembelajaran
2.4.2 Teknologi ASP.Net
2.4.3 Teknologi Internet
2.4.4 Teknologi Flash
2.4.5 Sistem Pangkalan Data SQL Server 2005
14
15
15
16
17
19
2.5 Justifikasi Pemilihan Perisian/Teknik/Teknologi 19
2.6 Rumusan bagi Kajian Literatur
20
3 METODOLOGI
3.1 Pendahuluan 21
3.2 Metodologi Yang Digunakan 21
3.2.1 Metodologi Pembangunan Sistem
3.2.1.1 Fasa Perancangan Sistem
3.2.1.2 Fasa Analisis Sistem
3.2.1.3 Fasa Rekabentuk
3.2.1.4 Fasa Pengkodan dan Pengujian
3.2.1.5 Fasa Pengoperasian dan Peneyelenggaraan
23
24
25
26
27
27
3.3 Justifikasi Penggunaan Metodologi Model Air Terjun 28
3.4 Analisa Keperluan Sistem
3.4.1 Keperluan Perkakasan
28
ix
3.4.2 Keperluan Perisian 29
3.5 Rumusan
30
4 REKABENTUK
4.1 Pengenalan 31
4.2 Rekabentuk SenibinaSistem 32
4.2.1 Pembelajaran Menerusi Persekitaran 32
4.3 Aliran Kerja Fasa Keperluan 32
4.3.1 Permodelan Kes Guna 33
4.4 Aliran Kerja Fasa Analisis 39
4.4.1 Rajah Jujukan 40
4.5 Aliran Kerja Fasa Rekabentuk 47
4.5.1 Rekabentuk Perisian
4.5.2 Rekabentuk Antaramuka Sistem
4.5.3 Rekabentuk Pangkalan Data
47
47
50
4.6 Kesimpulan
55
5 IMPLEMENTASI DAN PENGUJIAN
5.1 Pengenalan 56
5.2 Implementasi 57
5.2.1 Modul Pendaftaran Pengguna Baru
5.2.2 Modul Menukar Kata Laluan
5.2.3 Modul Kemaskini Profil
5.2.4 Modul Kemaskini Akaun Pengguna
5.2.5 Modul Log Masuk Sistem
5.2.6 Modul Kemaskini Soalan Kuiz
5.2.7 Modul Menjawab Soalan Kuiz dan Latihan
57
61
63
65
68
71
72
5.3 Fasa Pengujian 77
5.3.1 Pengujian Sistem
5.3.2 Pengujian Integrasi Modul
77
78
x
5.4 Pengujian Kotak Hitam 78
5.5 Kesimpulan
80
6 KESIMPULAN DAN PERBINCANGAN
6.1 Pengenalan 81
6.2 Analisa Terhadap Kajian Soal Selidik 81
6.3 Keputusan yang diperolehi 83
6.4 Hasil dan Pencapian 85
6.5 Kekangan Sistem 86
6.6 Kebaikan Sistem 87
6.7 Kelemahan Sistem 88
6.8 Cadangan Pembaikan 88
6.9 Kesimpulan 89
RUJUKAN 90
LAMPIRAN A 91
LAMPIRAN B 96
LAMPIRAN C 98
LAMPIRAN D 110
LAMPIRAN E 117
LAMPIRAN F 120
LAMPIRAN G 123
xi
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK HALAMAN
2.1 Klasifikasi Terhadap Sistem Sedia Ada 14
4.1 Penerangan Dua Aktor yang Terlibat 36
4.2 Jadual Keterangan Kes Guna 37
4.2 Sambungan Jadual Keterangan Kes Guna 38
4.4 Sambungan Jadual Keterangan Kes Guna 39
4.5 Jadual TPelajar 50
4.6 Jadual TGuru 51
4.7 Jadual TAdmin 51
4.8 Jadual TKuiz 52
4.9 Jadual TSoalanKuiz 52
4.10 Jadual Files 53
4.11 Jadual TNota 53
4.12 Jadual TSkor 54
5.1 Hasil Pengujian dengan Dummy Data 78
5.2 Sambungan Hasil Pengujian dengan Dummy Data 79
5.3 Sambungan Hasil Pengujian dengan Dummy Data 80
xii
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 Halaman utama Portal Pendidikan Utusan 8
2.2 Ruangan interaktif untuk kemudahan kepada pelajar 9
2.3 Halaman utama Portal Pendidikan Berita Harian 10
2.4 Halaman Didik bagi pelajar UPSR 11
2.5 Halaman utama untuk pengguna login 12
2.6 Halaman Online Demo bagi pengguna yang tidak berdaftar 13
2.7 Nota untuk pengguna membuat rujukan semasa menjawab
soalan
13
3.1 Carta alir bagi fasa-fasa dalam Model Air Terjun 24
4.1 Kes Guna bagi aktor Admin 33
4.2 Kes Guna bagi aktor Guru 34
4.3 Kes Guna bagi aktor Pelajar 35
4.4 Rajah Jujukan Sahkan No.ID dan Kata Laluan oleh Admin 40
4.5 Rajah Jujukan Mengemaskini Profil 41
4.6 Rajah Jujukan Mendaftarkan Pengguna 41
4.7 Rajah Jujukan Mengemaskini Akaun Pengguna 42
4.8 Rajah Jujukan Sahkan No.ID dan Kata Laluan oleh Guru 43
4.9 Rajah Jujukan Mengemaskini Profil 44
4.10 Rajah Jujukan Menukar Kata Laluan 44
4.11 Rajah Jujukan MenambahModul Kuiz Baru 45
4.12 Rajah Jujukan Sahkan No.ID dan Kata Laluan oleh Pelajar 46
4.13 Rajah Antaramuka Pengesahan Id dan Kata Laluan 48
4.14 Rajah Antaramuka Modul Senarai Nota 49
4.15 Rajah Gabungan dan hubungan antara Table 55
5.1 Keratan Aturcara Borang (form) Maklumat Guru bagi 57
xiii
Pendaftaran 5.2 Sambungan Keratan Aturcara Borang (form) Maklumat Guru
bagi pendaftaran 58
5.3 Keratan Aturcara Pengesahan Maklumat Bagi Pendaftaran Guru 58
5.4 Keratan Aturcara Pengesahan Maklumat Bagi Kata Laluan 59
5.5 Keratan Aturcara Pendaftaran Guru ke dalam Pangkalan Data 59
5.6 Antaramuka Pendaftaran Guru 60
5.7 Keratan Aturcara Borang (form) Penukaran Kata Laluan 61
5.8 Keratan Aturcara Penukaran Kata Laluan ke dalam Pangkalan Data
62
5.9 Antaramuka Penukaran Kata Laluan 63
5.10 Keratan Aturcara Borang (form) Kemaskini Profil bagi Pelajar 64
5.11 Keratan Aturcara Kemaskini Profil ke Dalam Pangkalan Data 64
5.12 Antaramuka Kemaskini Profil Guru 65
5.13 Keratan Aturcara Kemaskini Akaun Pengguna 66
5.14 Keratan Aturcara Kemaskini Akaun Guru ke dalam Pangkalan Data
67
5.15 Anataramuka Kemaskini Akaun Pengguna 68
5.16 Keratan Aturcara Borang (form) Log Masuk Sistem 69
5.17 Keratan Aturcara Proses Log Masuk Sistem 70
5.18 Antaramuka Log Masuk Sistem 71
5.19 Keratan Aturcara Pengiraan Markah Bagi Soalan Kuiz 73
5.20 Keratan Aturcara Penyimpanan Markah ke dalamPAngkalan Data
74
5.21 Antaramuka Rekod Markah di dalam Pangkalan Data 75
5.22 Keratan Aturcara penyimpanan markah pada variable 76
5.23 Antaramuka rekod markah di simpan di dalam variable 76
6.1 Rajah Graf bagi soalan No.5 82
6.2 Rajah Graf bagi soalan No.8 82
6.3 Rajah Graf bagi soalan No.1 83
xv
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN NAMA PENUH
UPSR Ujian Penilaian Sekolah Rendah
PMR Peperiksaan Menenganh Rendah
SPM Sijil Pelajaran Malaysia
STPM Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia
ASP Active Server Pages
IIS Internet Information Service
HTTP Hypertext Transfer Protocol
IETF Internet Engineering Task Force
HTML Hypetext Mackup Languanage
TCP Transmission Control Protocol
SDLC System Development Life Cycle
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
Lampiaran A Carta Gantt PSM I dan PSM II
Lampiaran B Senarai Sukatan Mata Pelajaran Sirah Tahun 4
Lampiaran C Kajian Soal Selidik Keperluan Pengguna (Pelajar)
Lampiaran D Gambarajah Jujukan
Lampiaran E Antaramuka Fungsi Pengguna
Lampiaran F Keratan Aturcara Fungsi Pengguna
Lampiaran G Manual Pengguna
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Kurikulum pelajaran islamiah telah diserapkan ke dalam sekolah rendah
agama bagi mendidik pelajar ke arah generasi yang seimbang dari segi sahsiah dan juga
rohani dan jasmani. Ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah rendah agama
supaya anak mereka dapat menghayati dan mempelajari pelajaran islamiah dengan
harapan agar menjadi insan yang bermoral dan berberbakti kepada nusa bangsa, agama
dan negara di masa kelak nanti. Sukatan pelajaran islamiah memerlukan pelajar
memahami teori, konsep dan amali agar dapat memahami dengan lebih mendalam lagi
supaya ilmu yang mereka pelajari akan diaplikasikan dalam kehidupan seharian
contohnya amali solat. Pelajar perlu mengetahui rukun-rukun dalam solat, perkara-
perkara yang membatalkan solat dan seumpamanya. Oleh itu pelajar memerlukan
medium pembelajaran selain guru mengajar di dalam kelas dan didikan dari ibubapa
sendiri bagi memantapkan lagi pemahaman mereka terhadap pelajaran islamiah.
Pembelajaran secara atas talian tidak asing lagi kerana akhbar-akhbar
tempatan telah menyediakan program pembelajaran secara atas talian dan juga melalui
sisipan akhbar di dalam ruangan pendidikan. Oleh demikian pelajar dapat membuat
latihan disamping mendapatkan nota-nota mengikut silibus yang terkini. Bank soalan
turut disediakan untuk kemudahan mendapatkan soalan-soalan peperiksaan yang lepas.
2
Selain itu latihan-latihan mengikut tahap keupayaan soalan juga turut disediakan iaitu
dari tahap senang kepada yang susah.
1.2 Latar Belakang Masalah
Kajian mendapati kebanyakan pelajar sekolah rendah agama tidak dapat
menguasai subjek dengan baik terutamanya apabila kedua ibu bapa pelajar tersebut tidak
dapat menguasai subjek-subjek islamiah seperti sirah, tauhid dan sebagainya dengan
baik. Ini kerana pelajar tiada sumber lain untuk membuat rujukan terhadap subjek yang
mereka kurang faham selain bergantung pada guru-guru di sekolah.
Situasi ini berbeza dengan pelajar yang bersekolah di sekolah kementerian.
Mereka mendapat kemudahan untuk membuat rujukan selain mengharapkan guru-guru
mengajar di dalam kelas. Mereka mempunyai pilihan untuk mengulangkaji pelajaran
terutamanya di rumah dengan adanya kemudahan mengulangkaji pelajaran secara atas
talian iaitu melalui Internet. Antara program pembelajaran yang sedia ada seperti Skor
A, Zoom A serta beberapa portal pendidikan Utusan dan Berita Harian.
Program mengulangkaji secara atas talian yang telah sedia ada juga membuat
pelbagai menu yang disediakan seperti e-tuisyen, bank soalan, permainan yang
berunsurkan pelajaran dan sebagainya. Ini menarik minat pelajar untuk mengulangkaji
pelajaran selain hanya untuk membuat rujukan semata. Malangnya program seperti ini
tidak wujud bagi pelajar-pelajar sekolah rendah agama. Ini menjadi salah satu punca
prestasi pelajar-pelajar sekolah rendah kurang memberangsangkan berbanding pelajar-
pelajar sekolah kementerian.
3
1.3 Matlamat
Matlamat utama projek ini dibangunkan adalah untuk mewujudkan satu
kaedah pembelajaran secara interaktif dan bercorak mesra pengguna secara atas talian
bagi pelajar sekolah rendah agama dengan memberi penekanan terhadap kaedah
pembelajaran secara berkesan dan efektif terutamanya dalam subjek Sirah.
1.4 Objektif
Beberapa objektif telah dikenalpasti dalam membangunkan projek ini:
i. Mengkaji dan menganalisis sumber-sumber berkaitan dengan sistem
pembelajaran secara atas talian.
ii. Membangunkan satu sistem pembelajaran secara interaktif dalam persekitaran
mesra pengguna bagi pelajar sekolah rendah agama.
iii. Menguji sistem pembelajaran yang dibangunkan untuk melihat tahap
penerimaan pelajar.
1.5 Skop
Skop-skop projek ini adalah:
i. Sistem ini hanya melibatkan subjek islamiah bagi semua pelajar Sekolah
Rendah Islam Hidayah terutamanya pelajar tahun 4.
ii. Pembelajaran dilaksanakan menerusi rangkaian Web.
4
iii. Sistem pembelajaran adalah berbentuk mesra pengguna yang direka bagi
keperluan pelajar sekolah rendah agama untuk meningkatkan lagi kefahaman
pelajar terhadap subjek Sirah.
iv. Hanya menyediakan beberapa modul iaitu nota bagi setiap bab, latihan tubi,
koleksi soalan tahun lepas dan kuiz khusus bagi subjek Sirah sahaja.
1.6 Kepentingan Projek
Sistem pembelajaran ini diharapkan dapat membaiki prestasi pelajar sekolah
rendah agama dengan adanya kaedah pembelajaran melalui internet disamping menjadi
insan yang celik IT. Kaedah ini juga dibangunkan dengan tujuan menyediakan sumber
mengulangkaji pelajaran selain mengharapkan guru-guru mengajar di dalam kelas. Ini
memastikan pelajar dapat memahami dan boleh membuat rujukan sekiranya pelajar
kurang faham terhadap subjek yang dipelajari.
Pelajar juga boleh membuat rujukan sambil berbincang dengan rakan-rakan
sekiranya ada penambahan info yang dimuatkan di dalam sistem ini. Ini memberikan
ruang untuk mereka berkongsi maklumat dan pendapat dengan harapan pelajar dapat
memahaminya dengan lebih jelas terhadap subjek tersebut bagi meningkatkan prestasi
mereka di dalam pelajaran islamiah khususnya bagi subjek Sirah.
5
1.7 Kesimpulan Laporan
Dalam ruangan ini membincangkan secara ringkas terhadap kandungan yang
terdapat di dalam setiap bab. Bagi bab 1 mengandungi latar belakang masalah,
matlamat, objektif, skop dan kepentingan projek. Manakala dalam bab 2 pula
membincangkan kajian literatur dimana membuat kajian terhadap sistem yang sedia ada
serta membuat perbandingan terhadap sistem sedia ada dengan sistem yang akan
dibangunkan pada PSM 2.
Bagi bab 3 pula menyatakan metodologi yang akan digunakan sepanjang
proses implementasi serta teknologi yang akan diguna pakai. Kemudian di dalam bab 4
pula ialah rekabentuk dimana rangka awal sebelum membangunkan sistem sebenar
serta aliran kerja sepanjang pelajar menggunakan sistem ini. Seterusnya dalam Bab 5
pula adalah pengujian dan implementasi Akhir sekali adalah bab 6 yang mengandungi
hasil dan pencapaian, kekangan yang dihadapai semasa sistem dibangunkan, kebaikan
dan kelemahan sistem, cadangan pembaikan untuk penambahan modul yang lebih baik
dan relevan untuk digunakan oleh pengguna serta kesimpulan bagi keseluruhan sistem
yang telah berjaya dibangunkan.
Pengesahan ThesisTajuk PSM2AbstrakAbstractKANDUNGANSENARAI JADUALSENARAI RAJAHSENARAI SINGKATANSENARAI LAMPIRANBAB 1
Top Related