PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 – 2025
Transformasi Asrama Harian 2013 - 2020 JULAI 2013
Page1
Ø Ringkasan Eksekutif ……………………………….. 02 Ø Pengenalan ……………………………………………. 03 Ø Latarbelakang ……………………………………….. 04 Ø Info Semasa …………………………………………… 05 Ø Matlamat & Objektif ……………………………… 06 Ø Fokus Transformasi ……………………………….. 06 Ø Transformasi Asrama Mendukung 5 Aspirasi Sistem PPPM 2013 – 2025 ………………………………………. 07 Ø Aspirasi Murid Dalam Konteks Transformasi Asrama Harian ……………………………………… . 08 Ø Pendekatan & Anjakan
ü Anjakan 1 : Menyediakan Kesamarataan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa ………………………. 09 ü Anjakan 2 : Memastikan Setiap Murid Profisien Dalam Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris ………………………………………. 09 ü Anjakan 3 : Melahirkan Rakyat Malaysia Yang Menghayati Nilai …………………………………………………………………………………. 10 ü Anjakan 5 : Memastikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi Ditempatkan Di Setiap Sekolah …………………………………………….. 10 ü Anjakan 6 : Mengupaya JPN, PPD dan Sekolah Untuk Menyediakan Penyelesaian Khusus Berasaskan Keperluan ……….. 11 ü Anjakan 7 : Memanfaatkan ICT Bagi Meningkatkan Kualiti Pengajaran di Malaysia ……………………………………………………. 11 ü Anjakan 9 : Bekerjasama Dengan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta Secara Meluas …………………………………………….. 12 ü Anjakan 10 : Memaksima Keberhasilan Murid Bagi Setiap Ringgit ……………………………………………………………………………….. 12
Ø Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ………………. 13 Ø Impak …………………………………………………… 14 Ø Fasa Pelaksanaan ( 2013 – 2020 ) …………. 15 Ø Senarai Inisiatif 4 Fokus Transformasi ….. 16 Exsibit …………. 17 – 25 Pasukan Penggubal …………. 26
Kandungan
Page2
RINGKASAN EKSEKUTIF Pelaksanaan Transformasi ini dilihat impak dan kejayaannya melalui Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah ditetapkan berdasarkan Aspirasi Sistem iaitu AKSES (Peningkatan Enrolmen Murid Asrama), KUALITI (Peningkatan Gred Purata Asrama dalam Peperiksaan Awam (UPSR & SPM), Penurunan Bilangan Murid Terlibat Buli Di Asrama & Kebitaraan Asrama Dalam Kokurikulum/Sukan) dan EKUITI (Meningkatkan Bilangan Asrama Band 1 & 2). Impak yang dihasratkan terutamanya kepada murid, guru, sekolah/asrama dan ibu bapa yang membolehkan matlamat transformasi untuk menjadikan ASRAMA SEBAGAI KEDIAMAN YANG MENJAMIN KEJAYAAN MURID dapat dicapai. Transformasi Asrama Harian 2013 – 2020 dilaksanakan dalam 4 fasa ( Gelombang 1 dan 2 PPPM ) iaitu Fasa 1 (Jan-‐Mei 2013), Fasa 2 (Julai-‐Disember 2013), fasa 3 (2014-‐2015) dan Fasa 4 (2016-‐2020). Bagi tujuan penyeragaman, satu Pelan Strategik, Taktikal dan Operasi telah disediakan sebagai panduan kepada asrama sekolah untuk penyediaan perancangan dan penetapan sasaran khusus bagi setiap sekolah berasrama.
Kertas Konsep Transformasi Asrama Harian telah dibentangkan dalam Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) Bil 4/2012 pada 12 Julai 2012 di Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM) yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 11 September 2012, beberapa aspek inisiatif dan pelaksanaan telah dibuat penambahbaikan untuk mengambilkira dan diselaraskan dengan pelaksanaan PPPM.
Transformasi Asrama Harian ini seterusnya telah dilabelkan sebagai Inisiatif Sedia Ada, BPSH dalam Pelaksanaan PPPM 2013 – 2025 peringkat KPM. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan Pendidikan (KPPM) Bil. 6/2012 pada 06 – 08 November di Kelantan memutuskan Transformasi Asrama Harian dilaksanakan mulai 2013.
Transformasi Asrama Harian memberikan fokus kepada 4
bidang utama iaitu Pengurusan & Pentadbiran Asrama, Penjanaan Kejayaan Akademik, Penjanaan Sahsiah & Disiplin Murid dan Penjanaan Kebitaraan Asrama dalam Kokurikulum dan Sukan. Keempat-‐empat bidang ini dirangka menggunakan kerangka Aspirasi Sistem dan Aspirasi Murid yang digariskan dalam PPPM 2012 – 2025 agar pelaksanaan Transformasi ini selari dan menyokong hasrat PPPM.
Transformasi Asrama Harian menggunakan Tema “KEMENJADIAN MURID ASRAMA TANGGUNGJAWAB BERSAMA” ini turut mengambil kira 8 daripada 11 anjakan PPPM dalam menggerakkan Transformasi ini agar impak yang dihasratkan dalam Transformasi dan PPPM dapat dicapai.
Page3
Info : Sehingga 31 Disember 2012, KPM mempunyai 1,450 buah asrama harian : 703 Asrama Sekolah Rendah & 747 Asrama Sekolah Menengah
Bilangan Murid Asrama: 240,015 orang
murid Sekolah Rendah 53,788 orang Sekolah Menengah 186,227 orang
PENGENALAN Sarana ibu bapa dalam inisiatif Ibu bapa, Komuniti dan Sektor Swasta yang merupakan salah satu inisiatif utama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM) menyatakan penglibatan Ibu bapa dan komuniti dalam pendidikan anak membawa perubahan ketara kepada kejayaan. Turut dinyatakan 52% kegunaan masa murid dihabiskan di rumah dan dalam komuniti berbanding 15% masa dihabiskan di sekolah.
SEKOLAH (15%)
TIDUR (33%)
RUMAH & KOMUNITI(52%)
Keadaan ini berbeza pula bagi murid yang menghuni asrama di sekolah. Berbanding 52% murid yang tidak duduk di asrama menghabiskan masa di rumah dan komuniti, hanya 23% masa seorang murid dihabiskan di rumah dan komuniti, manakala 29% masa lagi dihabiskan di asrama.
SEKOLAH (15%)
TIDUR (33%)
RUMAH & KOMUNITI(23%)
ASRAMA (29%)
Dalam hal ini jelas menunjukkan bahawa murid asrama menghabiskan lebih masa mereka di asrama berbanding sekolah, rumah dan komuniti. Peranan ibu bapa dan kasih sayang serta perhatian yang seharusnya diterima oleh murid di rumah telah dipertanggungjawabkan kepada sekolah dan asrama untuk pengisian dalam 29% masa murid di asrama. Peranan dan tanggungjawab sebagai “ ibu bapa “ di asrama perlu digalas bersama oleh pengurusan sekolah, asrama dan warden demi memastikan pembangunan diri murid asrama tidak terabai.
• Kegunaan masa murid berumur 7-‐16 tahun berdasarkan 42 minggu di sekolah dan purata 5.5 jam di sekolah setiap hari, 2 jam masa kokurikulum wajib seminggu dan masa tidur 8 jam sehari.
• Masa murid di asrama berdasarkan 250 hari setahun dan purata 10.5 jam sehari (setelah ditolak 15% masa di sekolah dan 33% masa tidur).
Page4
Asas penubuhan asrama adalah berdasarkan kepada Akta Pelajaran 1996, Bahagian IV, Bab 12, Seksyen 64 & 66 – Penyediaan Kemudahan & Perkhidmatan. Matlamat asal ialah untuk memastikan murid – murid yang tinggal di luar bandar dan murid yang tinggal jauh dari sekolah dapat bersekolah, tidak tercicir dan mendapat manfaat apabila tinggal di asrama sekolah. Namun begitu, minat murid untuk tinggal di asrama semakin berkurangan. Pada tahun 2012, daripada 310,469 tempat di asrama, hanya 240,015 sahaja yang dipenuhi (77.3%) manakala 70,454 tempat (22.7%) masih kosong. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan keadaan ini berlaku, antaranya ialah kerana kepesatan pembangunan khususnya dalam aspek pengangkutan dan perhubungan menjadikan masalah jarak jauh dapat diatasi oleh ibu bapa. Selain itu, peningkatan taraf hidup dan ekonomi keluarga menyebabkan kemudahan di rumah menjadi lebih baik berbanding di asrama dan ini mendorong kepada kurangnya minat murid untuk tinggal di asrama.
Kemudahan dan peruntukan yang terhad di asrama menyebabkan aktiviti murid di asrama tidak dapat menarik minat murid untuk tinggal di asrama. 29% masa murid yang tinggal di asrama tidak dipenuhi dengan aktiviti yang boleh merangsang peningkatan minat dan peningkatan pencapaian murid di asrama. Selain faktor luaran yang dinyatakan, terdapat beberapa isu yang perlu ditangani dalam Transformasi Asrama Harian , antaranya ialah peranan pentadbir dan guru tidak menyeluruh dalam membangunkan potensi murid di asrama. Tugas pembangunan diri murid asrama lebih bertumpu kepada peranan warden dan penyelia asrama. Nisbah 50 murid 1 warden menyebabkan amalan In Loco Parentis tidak dapat berjalan dengan berkesan kerana kurang personel yang melaksanakan peranan sebagai ibu bapa di asrama. Latihan secara formal kurang diberikan kepada personel yang terlibat dalam pengurusan asrama termasuk Pengetua dan Guru Besar terutama kepada yang baharu menyebabkan mereka melaksanakan tugas hanya berdasarkan pengalaman dan tunjuk ajar daripada rakan-‐rakan. Iklim tugas dan prasarana tempat tinggal juga tidak menarik minat guru – guru untuk menjadi warden asrama. Rumah warden juga tidak selesa dan menyebabkan warden tidak berminat untuk tinggal di asrama. Prasarana yang tidak selesa dan tidak sempurna adalah tidak selaras dengan potongan elaun – elaun yang diterima oleh warden. Keadaan ini telah menyebabkan jawatan dan personel warden sering silih berganti dan tidak dapat membantu mengekalkan minat guru untuk terus menjadi warden. Hal ini seterusnya menyebabkan kompetensi warden dalam mengurus asrama tidak dapat ditingkatkan. Pada tahun 2012, jumlah murid di asrama adalah seramai 240,015 orang. Jumlah warden pula adalah seramai 4,339 orang. Bilik warden sedia ada hanya mampu menampung bilangan warden seramai 1,680 orang (38.72%). Daripada jumlah bilik sedia ada, seramai 1,399 orang warden menggunakan perkhidmatan bilik yang disediakan ini. Hal ini bermakna, 31.67% warden tinggal di asrama manakala seramai 3,018 orang warden atau sebanyak 68.33% warden tinggal di luar kawasan asrama.
Latar Belakang
Page5
Info : Peratus Murid Di Asrama Harian Berasaskan Kepada 5 Kriteria Utama Kemasukan Ke Asrama
KRITERIA KEMASUKAN:
Jarak Jauh Dari Rumah 55.5%
Jarak Jauh Dari Rumah 55.5 % Kecemerlangan Akademik 26.2 % Kemiskinan 12.4 % Kes Khas 3.4 % Kecemerlangan Kokurikulum 2.4 %
Info : Sehingga 31 Januari 2013, KPM telah membuat Penarafan kepada semua asrama harian: 703 Asrama Sekolah Rendah & 747 Asrama Sekolah Menengah
BAND Asrama: 1,450 buah asrama
Band 1 & 2 366 buah asrama Band 3, 4 & 5 795 buah asrama Band 6 & 7 289 buah asrama
Info : Sehingga 31 Disember 2012, KPM mempunyai 310,469 tempat di asrama harian di seluruh negara dan hanya 240,015 sahaja yang dipenuhi.
Bilangan Kekosongan: 70,454
Kekosongan Sekolah Rendah 72,839 Tempat Sekolah Menengah 237,630Tempat
Info : Purata Peratus Lulus Murid Asrama Dalam Peperiksaan Awam Dari Tahun 2008 hingga 2011
PEPERIKSAAN AWAM: Nota : 543 Asrama Sekolah Rendah adalah Terletak di Pedalaman iaitu 490 di Sarawak & 53 di Sabah
UPSR 56.02 % PMR 76.8 % SPM 86.2 % STPM 86.4 %
Info : Sehingga 31 Disember 2012, KPM mempunyai 3 personel yang menguruskan asrama : i) Warden ii) Penyelia Asrama iii) Pembantu Pengurusan Murid (PPM)
Bilangan Kekosongan: 8,183 Orang Kakitangan
Warden 4,339 Orang Penyelia Asrama 1,895 Orang PPM 1,949 Orang
Info : Perbandingan Prestasi Lulus Murid Asrama Berbanding Murid Harian di Sekolah-‐Sekolah Berasrama Dalam Peperiksaan Awam 2010
MURID ASRAMA BUKAN MURID ASRAMA UPSR ( 61.28 % ) -‐ UPSR ( 57.1 % ) PMR ( 82.0 % ) -‐ PMR ( 66.6 % ) SPM ( 96.9 % ) -‐ SPM ( 91.1 % ) STPM ( 92.3 % ) -‐ STPM ( 93.5 % )
Info Semasa
Page6
Pengurusan dan Pentadbiran Asrama Harian Fokus ini menekankan kepada sifat kepedulian pihak pengurusan dan
pentadbiran sekolah dan Asrama Harian dengan merancang, menyedia dan melaksanakan program, aktiviti, kemudahan prasarana, iklim dan suasana kondusif Asrama Harian yang boleh memberi jaminan terhadap cita-‐cita
kecemerlangan, keselamatan dan kebajikan penghuninya berteraskan amalan dan budaya yang bersifat penyayang dan mesra dalam pengurusan dan
pentadbiran di Asrama Harian;
Penjanaan Kejayaan Akademik Penekanan kepada penjanaan kejayaan akademik penghuni melalui
perancangan dan pelaksanaan aktiviti akademik dengan lebih berfokus dengan penglibatan semua guru.
Penjanaan Kecemerlangan Sahsiah dan Disiplin Fokus ini menekankan kepada perancangan dan pelaksanaan aktiviti
Asrama Harian yang boleh menjana pembangunan dan kecemerlangan sahsiah dan disiplin penghuninya.
Penjanaan Kejayaan Kokurikulum dan Sukan Fokus ini menekankan kepada perancangan dan pelaksanaan aktiviti Asrama
Harian yang boleh menjana kecemerlangan kokurikulum dan sukan penghuninya.
Fokus Transformasi Matlamat
Matlamat Transformasi Asrama Harian ialah
untuk menjadikan ASRAMA SEBAGAI KEDIAMAN YANG MENJAMIN KEJAYAAN MURID.
Kejayaan murid yang disasarkan adalah
berdasarkan kepada bakat dan potensi murid serta kebitaraan asrama yang dihuni.
Objektif v Meningkatkan kualiti keselamatan dan kebajikan
penghuni asrama agar mereka merasa terjamin untuk mencapai cita – cita kejayaan.
v Mewujudkan aktiviti, suasana, dan iklim di asrama yang boleh membantu penghuninya mengembangkan potensi dan bakat kendiri, serta menjana kemahiran diri
v Meningkatkan komitmen pengurusan asrama dan pengurusan sekolah terhadap Asrama Harian dengan mengamalkan sifat kepedulian (care and concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan penghuninya.
v Meningkatkan penglibatan ibu bapa bersama anak – anak dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membantu anak meraih kejayaan pada masa hadapan.
Page7
TRANSFORMASI ASRAMA HARIAN dihasratkan sebagai salah satu sarana dalam
mendokong pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 untuk membantu dalam mencapai
aspirasi sistem yang terdiri daripada Akses, Kualiti, Ekuiti, Perpaduan dan Kecekapan.
Pelaksanaan Transformasi Asrama Harian secara bersama dan bersepadu dengan tema “ Kemenjadian Murid Asrama
Tanggungjawab Bersama “ diharapkan dapat memperlihatkan perubahan lebih baik kepada murid-‐murid asrama harian.
.
Akses Asrama yang mempunyai kemudahan dan prasarana yang kondusif menyediakan ruang, tempat dan merupakan program sokongan kepada pelaksanaan PPPM dalam memastikan 100% enrolmen mengikut potensi murid asrama merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga menengah atas.
Kualiti Semua murid asrama akan berpeluang mencapai kejayaan mengikut potensi masing – masing melalui program dan aktiviti yang dirangka dan dilaksanakan di asrama, seterusnya membantu meletakkan Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas mengikut pengukuran TIMSS dan PISA.
Ekuiti Kemudahan infastruktur yang kondusif dan diurus dengan cekap dijamin dapat membantu merapatkan jurang pendidikan antara murid bandar dan luar bandar, tanpa mengira kedudukan geografi, jantina, atau latar belakang sosio ekonomi
Perpaduan Murid asrama yang berumur antara 7 hingga 17 tahun menghabiskan hampir 29% kehidupan seharian mereka di asrama. Oleh itu, asrama berperanan untuk mengukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan murid. Melalui interaksi bersama murid lain dari pelbagai latar belakang, sosioekonomi, geografi, agama dan etnik, dan belajar untuk memahami, menerima serta menghayati perbezaan, satu perkongsian pengalaman dan aspirasi dapat dibentuk. Kementerian berhasrat untuk menjana satu sistem pendidikan yang memberi peluang kepada murid, berkongsi pengalaman dan aspirasi demi membentuk dan memperkukuhkan lagi asas perpaduan rakyat Malaysia.
Kecekapan Pengurusan asrama telah menerima peruntukan yang tinggi, namun peningkatan keberhasilan murid tidak setanding dengan sumber yang disalurkan kepada pengurusan asrama. Kementerian berhasrat untuk memaksimumkan keberhasilan murid mengikut tahap peruntukan semasa.
Transformasi Asrama Mendukung 5 Aspirasi Sistem PPPM 2013 -‐ 2025
Page8
Bagi melahirkan murid asrama yang berketerampilan secara seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, dan Intelek, Transformasi Asrama Harian akan terus menggunakan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi membangunkan pendidikan seimbang (JERI). Perancangan Transformasi Asrama Harian adalah menjurus kepada aspirasi yang dihasrat dalam PPPM.
Pengetahuan Murid asrama perlu mengetahui potensi diri masing – masing. Ini dapat dikesan melalui Inventori Minat Kerjaya. Keputusan inventori dapat digunakan untuk menjuruskan murid asrama berdasar kepada minat masing – masing. Selain itu, murid perlu ditekankan dengan pengetahuan asas agama dan pendidikan moral. Murid asrama juga digalakkan untuk menambah ilmu dan kemahiran dalam bidang lain seperti seni, muzik, dan sukan.
Kemahiran Berfikir Aspek kemahiran berfikir turut dimasukkan ke dalam Transformasi Asrama Harian dalam usaha menerapkan amalan pembelajaran sepanjang hayat bagi membolehkan murid menghubungkan pelbagai disiplin ilmu.
Kemahiran Memimpin Asrama merupakan tempat yang paling sesuai untuk murid mempelajari dan mempraktikkan kemahiran memimpin. Justeru itu, program yang dirangka perlu memberi perhatian bagi mewujudkan peluang yang formal dan tidak formal, bekerja dalam pasukan dan mengamalkan ciri – ciri kepimpinan.
Profiesiensi Dwibahasa Sebagai mendukung aspirasi PPPM, Transformasi Asrama Harian akan berusaha memperkukuhkan penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di samping menerapkan kemahiran bahasa komunikasi Tamil dan Mandarin kepada murid asrama dengan strategi serampang dua mata iaitu sebagai bahasa perpaduan dalam kalangan mereka khususnya di Asrama 1 Malaysia.
Etika dan Kerohanian Dalam konteks ini, Transformasi Asrama Harian sememangnya menumpukan kepada pembangunan sahsiah murid yang menjadi tunggak dalam diri murid asrama. Di samping itu, nilai penyayang turut diterapkan melalui konsep ‘In Loco Parentis’. Murid yang mempunyai kekuatan dalaman yang kukuh boleh berdepan dengan cabaran yang bakal ditempuhi ketika dewasa. Mereka akan boleh menyelesaikan konflik secara harmoni, bijak membuat pertimbangan, berpegang kepada prinsip ketika berada dalam situasi yang kritikal serta berani melakukan sesuatu yang betul.
Identiti Nasional Sebagai murid asrama, mereka perlu mempunyai perasaan tidak berbelah bahagi tentang identiti nasional, berpegang teguh dengan prinsip Rukunegara untuk perpaduan di asrama. Setiap murid asrama tanpa mengira lokasi, etnik, agama, dan status sosioekonomi perlu berbangga menjadi rakyat Malaysia. Semangat patriotik perlu dipupuk dalam diri setiap murid dengan cara memahami sejarah negara dan berkongsi aspirasi yang sama untuk masa depan negara.
Aspirasi Murid Dalam Konteks Transformasi Asrama Harian
Page9
Anjakan 1 : Menyediakan Kesamarataan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa
Sejak dahulu, murid asrama telah menunjukkan pencapaian yang baik dalam peperiksaan awam setanding dengan murid yang tidak tinggal di asrama. Walaubagaimanapun, murid asrama menunjukkan keupayaan yang rendah dari aspek penaakulan, membuat unjuran dan mengaplikasi pengetahuan secara kreatif dalam suasana yang berlainan. Murid juga tidak mempunyai ciri – ciri kepimpinan untuk bersaing di peringkat global.
Murid asrama kebanyakannya terdiri daripada golongan bertaraf sosioekonomi yang rendah. Sekiranya mereka mendapat peluang pendidikan yang tinggi di asrama, mereka berupaya memiliki mobiliti sosial yang tinggi. Kementerian Pelajaran akan memastikan tahap keberhasilan murid dan amalan pembelajaran terbaik di asrama akan ditanda aras dan diselaraskan mengikut standard yang diguna pakai oleh sistem pendidikan berprestasi tinggi supaya murid boleh bersaing di peringkat global. Murid yang memerlukan bimbingan tambahan akan mendapat akses kepada bantuan yang bersesuaian dengan keperluan bagi menjamin kejayaan mereka di asrama melalui kelas persediaan berfokus, bimbingan berfokus subjek kritikal, meningkatkan kemudahan belajar, melengkapkan kemudahan ICT, menjayakan audit akademik (headcount), dan bimbingan teknik belajar berkesan.
Anjakan 2 : Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
Berdasarkan anjakan 2 dalam PPPM, setiap murid digalakkan mempelajari bahasa tambahan menjelang 2025 dan menjadi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melaksanakannya di peringkat rendah hingga ke peringkat menengah.
Melalui Transformasi Asrama Harian, Program Bahasa Integrasi telah dimasukkan sebagai salah satu inisiatif yang diharapkan dapat membantu memastikan setiap murid mempelajari bahasa tambahan.
Berdasarkan program ini, kelas – kelas bahasa komunikasi secara terancang akan dilaksanakan melibatkan bahasa – bahasa kaum utama di Malaysia ataupun bahasa antarabangsa lain yang difikirkan sesuai. Program ini dirancang untuk dilaksanakan pada hujung minggu oleh tenaga pengajar yang terlatih.
Pendekatan & Anjakan
Page10
Anjakan 5 : Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah
Kualiti Pengetua / Guru Besar merupakan faktor berasaskan sekolah yang kedua terpenting dalam menentukan keberhasilan murid. Pengurusan sekolah harian berasrama adalah jauh berbeza daripada sekolah yang tidak mempunyai kemudahan asrama. Sewajarnya Pengetua/Guru Besar yang ditempatkan di sekolah-‐sekolah berasrama hendaklah dalam kalangan Pengetua/Guru Besar berprestasi tinggi, berkemahiran, berpengalaman dan berpengetahuan dalam pengurusan, serta komited dalam menjalankan tugas.
Kriteria ini akan menjadi keutamaan dalam pelantikan bagi Pengetua / Guru Besar sekolah berasrama. Melalui Transformasi Asrama Harian ini, pihak KPM akan menggariskan kriteria pelantikan yang lebih berkesan untuk Pengetua/Guru Besar di sekolah berasrama. Aspek latihan akan diberikan penekanan terutama kepada Pengetua/Guru Besar yang baharu dilantik. Kerjasama dengan agensi latihan seperti IAB akan diselaraskan dalam memberikan latihan yang lebih kerap dan berkesan.
Anjakan 3 : Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
Murid asrama akan mewarisi dunia yang penuh cabaran hebat. Kejayaan mengharungi segala cabaran ini bukan sahaja memerlukan kemahiran kepimpinan tetapi memerlukan murid yang mempunyai nilai murni sejagat seperti integriti, belas kasihan, adil, dan penyayang bagi membimbing mereka dalam membuat keputusan beretika. Pada masa yang sama, pembangunan identiti nasional yang kukuh perlu diimbangi dengan pembangunan warganegara yang global.
Setiap murid yang tinggal di asrama akan diperkukuhkan melalui amalan nilai kehidupan yang murni secara praktikal dalam menjalani kehidupan mereka di asrama. Melalui fokus penjanaan kecemerlangan sahsiah dan disiplin dalam Transformasi Asrama Harian, program dan aktiviti kerohanian serta moral secara berterusan dan terancang akan dilaksanakan. Program dan aktiviti sebegini dirancang bagi mewujudkan iklim ‘dini’ (penghayatan nilai keagamaan) di asrama kerana penghayatan keagamaan adalah teras pembentukan peribadi. Justeru, amalan kepatuhan kepada peraturan, memanfaatkan masa, hubungan sosial yang tulus dan telus, nilai pengorbanan, kasih sayang, toleransi, kesyukuran, dan kepatuhan kepada Tuhan akan menjadi amalan teras dan rutin di asrama.
Page11
Anjakan 6 : Mengupaya JPN, PPD, dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan. Setiap asrama tanpa mengira lokasi, saiz, atau jenis akan menyediakan peluang pendidikan yang baik dan holistik kepada muridnya. Dalam usaha untuk meningkatkan bilangan asrama di Band 1 & 2 berdasarkan prestasi yang ditunjukkan, JPN, PPD, Pengetua dan Guru Besar memainkan peranan penting dalam memastikan tanggungjawab masing-‐masing dapat dilaksanakan dengan berkesan dan bertanggungjawab terhadap impak yang disasarkan mengikut bidang kuasa masing-‐masing. Setiap asrama harian sekolah di Malaysia tanpa mengira lokasi, saiz, dan jenis perlu mencapai tahap keperluan infrastruktur yang minimum bagi mewujudkan persekitaran tempat tinggal yang selamat, bersih, dan kondusif. Amalan perkongsian pintar, pembentukan Task Force, Penarafan Asrama, Majlis Permuafakatan Asrama merupakan asas amalan yang mendorong pengurusan asrama melaksanakan intervensi yang berbeza supaya bersesuaian dengan tahap prestasi asrama yang berbeza.
Anjakan 7 : Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pengajaran di Malaysia Kementerian akan berusaha untuk memperluaskan capaian internet ke asrama-‐asrama harian melalui pelaksanaan 1Bestari Net dan diharapkan dengan wujudnya kemudahan ini dapat meningkatkan prestasi dan kecekapan pengurusan serta prestasi murid asrama. ICT akan memperkukuhkan proses pembelajaran melalui akses kandungan yang lebih luas, menarik, dan interaktif. Murid dapat belajar mengikut kadar sendiri dan mempunyai pilihan yang luas melalui program jarak jauh. ICT akan sentiasa dijadikan sebahagian daripada kehidupan harian di asrama, tanpa jurang pemisah antara bandar dan luar bandar. Semua murid akan dilengkapkan dengan kemahiran yang diperlukan untuk menggunakan teknologi secara berkesan dan bermakna. Untuk itu, transformasi asrama harian akan memberi penekanan terhadap meningkatkan kemudahan prasarana ICT yang kondusif. Contohnya, perpustakaan media, pusat akses, bilik persediaan belajar, kemudahan bilik tayangan, dan peralatan komunikasi yang meluas.
Page12
Anjakan 10 : Memaksimumkan Keberhasilan Murid Bagi Setiap Ringgit
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memperuntukan sejumlah RM1 Bilion di bawah Belanja Mengurus untuk Pelaksanaan Asrama Harian KPM. Dari Jumlah tersebut RM750 juta digunakan untuk membiayai Bantuan Makanan Asrama (BMA) kepada 250 ribu murid di asrama harian dan secara purata seorang murid menerima RM3,000 setahun dalam bentuk BMA. Jumlah ini tidak termasuk perbelanjaan untuk menyediakan tempat tinggal, kemudahan-‐kemudahan di asrama, kakitangan yang menguruskan asrama, Bantuan Kokurikulum Asrama (BKKA) dan lain-‐lain.
Dengan perbelanjaan sebegitu banyak, seharusnya murid-‐murid ini memperlihatkan impak yang signifikan dengan jumlah peruntukan yang dibelanjakan. Transformasi Asrama Harian diharap akan dapat memanfaatkan sepenuhnya peruntukan yang disediakan dalam menghasilkan murid-‐murid seperti yang diaspirasikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.
Anjakan 9 : Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti, dan sektor swasta secara meluas.
Keutamaan pembelajaran kini adalah daripada pembelajaran sekolah kepada sistem pembelajaran dengan melibatkan ibu bapa, masyarakat, sektor swasta dan sektor sosial sebagai rakan dalam membantu pembelajaran murid.
Transformasi Asrama Harian melalui fokus meningkatkan hubungan kerjasama asrama dengan ibu bapa, PIBG dan komuniti adalah selaras dengan anjakan 9 PPPM yang melibatkan penyertaan ibu bapa, Majlis Pemuafakatan Asrama serta komuniti dalam urusan pembangunan sahsiah serta disiplin murid. Dalam hal ini ibu bapa dan PIBG serta komuniti akan disokong menerusi perkongsian bijak antara asrama dan ibu bapa. Selain membantu dalam melaksanakan kepelbagaian aktiviti meningkatkan program pembangunan sahsiah dan disiplin, Majlis Pemuafakatan Asrama dan komuniti setempat juga akan mempunyai akses yang lebih hampir dengan program-‐program Asrama Harian apabila inisiatif mewujudkan kumpulan sokongan khusus untuk Asrama Harian dalam PIBG dilaksanakan.
Page13
TOV 2013 2014 2015 AKSES
Peningkatan Enrolmen Murid Asrama
Sekolah Rendah 53,788 2% (54,863) 2% (55,960) 2% (57,152)
Sekolah Menengah 186,227 2% (189,951) 2% (193,750) 2% (197,625)
KUALITI
Gred Purata Asrama (GPA)
Sekolah Rendah (UPSR)
Sekolah Menengah (SPM)
Sahsiah Murid Asrama (Penurunan Bil. Murid Terlibat Buli)
Bilangan Murid Terlibat Buli
Meningkatkan Bilangan Asrama Mempunyai Kebitaraan Kokurikulum & Sukan
Bilangan Sekolah (Rendah) 53 88 ( +35 ) 123 ( +35 ) 158 ( +35 )
Bilangan Sekolah (Menengah) 183 258 ( +75 ) 333 ( +75 ) 408 ( +75 )
EKUITI
Meningkatkan Bilangan Asrama Di Band 1 & 2
Sekolah Rendah 77 135 ( +58 ) 205 ( +70 ) 275 ( +70 )
Sekolah Menengah 289 340 ( +51 ) 415 ( +75 ) 490 ( +75 )
Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
Page14
Ø Murid Ø Guru (Warden) Ø Sekolah/Asrama Ø Ibubapa
• Murid tanpa mengira latar belakang ekonomi, bandar atau luar bandar, dan prestasi akademik mempunyai akses kepada pendidikan berkualiti.
• Inisiatif – inisiatif yang disediakan dalam Transformasi Asrama Harian memberikan keyakinan kepada murid dalam mencapai potensi diri yang dihasratkan.
• Murid dapat menikmati
persekitaran yang kondusif dalam proses pembelajaran
• Keyakinan & minat murid terhadap asrama harian dapat ditingkatkan
• Beban tugas guru (warden)
dapat diagihkan kepada lebih ramai guru dan membolehkan peranan masing – masing dilaksanakan dengan lebih berkesan.
• Warden juga diberikan pengiktirafan yang sewajarnya dan kebajikan mereka diberi perhatian.
• Warden akan menerima
latihan dan bimbingan secara formal, lebih tersusun dan berfokus.
• Persekitaran, kemudahan
perkhidmatan dan fizikal asrama lebih kondusif dan diurus dengan baik.
• Imej asrama / sekolah menjadi lebih baik pada sudut pandangan ibu bapa, masyarakat dan pihak luar.
• Sekolah / asrama akan
menjadi pilihan murid dan ibu bapa seterusnya membantu memaksimumkan kapasiti asrama .
• Keyakinan ibu bapa
terhadap sistem pendidikan negara akan meningkat khususnya terhadap asrama harian
• Ibu bapa mempunyai pilihan dari segi ruang dan peluang dalam menentukan hala tuju pendidikan anak – anak tanpa mengira latar belakang mereka.
• Ibu bapa tidak perlu merasa risau terhadap risiko keciciran anak – anak mereka terutama di kawasan luar bandar.
Impak
Page15
Ø FASA 1 ( Jan-‐Jun 2013 )
Ø FASA 2 (Julai – Dis 2013)
Ø FASA 3 ( 2014 – 2015 )
Ø FASA 4 ( 2016 – 2020 )
v Fasa pertama memberikan
tumpuan kepada pengumpulan input – input transformasi di mana konsep awal transformasi dibengkelkan untuk mendapatkan pandangan dari pelbagai pihak berkaitan pengurusan asrama untuk laporan awal. Pengumpulan data daripada negeri – negeri untuk “Based line” dan penetapan sasaran atau KPI di peringkat KPM turut dilaksanakan dalam Fasa Pertama ini. Fasa Pertama di akhiri dengan penyediaan dokumen dan taklimat kepada semua JPN, PPD, Pengetua dan Guru Besar.
v PAKEJ 1 : Melibatkan
penyediaan perancangan, pelan strategik, penetapan hala tuju, penetapan sasaran dan penyediaan dokumen yang lebih khusus oleh JPN, PPD dan Asrama. Kesemua perancangan ini akan ditaklimatkan kepada semua personel di JPN, PPD, dan kesemua guru serta kakitangan di sekolah. Pakej pertama ini bermatlamat agar kesemua personel yang terlibat dapat mengetahui dan memahami, peranan masing – masing dan dapat diterjemahkan melalui pelaksanaan yang berkesan.
v PAKEJ 2 : Dilaksanakan serentak dengan pakej pertama. Dalam pakej kedua ini, inisiatif –inisiatif sedia ada yang telah dibuat penambahbaikan mula dilaksanakan.
v PAKEJ 1 : Pelaksanaan
menyeluruh inisiatif – inisiatif yang telah dibuat perancangan dan ditetapkan sasaran seperti yang dilaksanakan dalam Pakej 1 Fasa 2.
v PAKEJ 2 : Memberi penumpuan kepada inisiatif – inisiatif yang memerlukan tindakan lanjut seperti penyediaan kertas cadangan untuk kelulusan pengurusan tertinggi KPM, garis panduan dan terma – terma rujukan bagi inisiatif baru seperti :
• Kepimpinan P/GB Berprestasi Tinggi
• Kebajikan Warden • Keperluan Asrama
Baharu & Naik taraf Asrama Pedalaman
• Inisiatif ICT • Peruntukan Program
Pembangunan Sahsiah
v Dalam fasa ini, semua inisiatif
yang dirancang dalam transformasi ini telah dilaksanakan secara menyeluruh dan semua asrama telah menunjukkan prestasi lebih baik dan KPI yang telah ditetapkan dapat dikekalkan atau ditingkatkan.
v Dalam fasa ini juga keperluan kajian impak transformasi akan dilaksanakan untuk dibuat pembetulan atau penambahbaikan dalam aspek – aspek yang akan dikenalpasti.
Fasa Pelaksanaan ( 2013 – 2020 )
Page16
ü Pengurusan & Pentadbiran Asrama
ü Penjanaan Kejayaan Akademik
ü Penjanaan Kecemerlangan Sahsiah & Disiplin
ü Penjanaan Kejayaan Kokurikulum & Sukan
o Program Hostel Support System
(Task Force) – (IB) o Perkongsian Terbaik (Best
Practices) – (SA) o Penarafan Asrama – (IB) o Meningkatkan Profesionalisme
Personel Di Asrama – (IB) o Jawatankuasa Pengurusan
Asrama Di Sekolah – (SA) o Perancangan Strategik
Pengurusan Asrama -‐ (SA) o Konsep ‘Kemenjadian Murid
Tanggungjawab Bersama’ – (IB) o Program ‘Homeroom’ – (IB) o Profil Penghuni Asrama – (SA) o Pengetua / Guru Besar
Berprestasi Tinggi – (IB) o Meningkatkan Kebajikan
Warden Asrama – (IB) o Meningkatkan Peranan Guru
B&K – (SA) o Meningkatkan Kemudahan
Pembelajaran Di Asrama – (SA) o Keperluan Asrama Baharu Dan
Menaiktaraf Asrama Pedalaman – (SA)
o Kelas Persediaan Berfokus
(Malam). – (SA) o Kelas Persediaan (Siang) – (SA) o Head Count Murid Asrama. –
(IB) o Kelas Berfokus Mata Pelajaran
Kritikal. – (IB) o Program Kemahiran Cara
Belajar – (IB) o Audit Akademik. – (SA) o Laporan Pencapaian
Peperiksaan Sekolah Murid Asrama – (IB)
o Laporan Peperiksaan Awam Murid Asrama – (SA)
o Program Penghayatan
Kerohanian – (SA) o Program Kerohanian &
Moral – (SA) o Penerapan Kemahiran
Kepimpinan dan Soft Skill – (SA)
o Program Pembudayaan Penampilan Diri Cemerlang – (SA)
o Program Hari Keluarga (Pemupukan Budaya Penyayang / Kekeluargaan) – (SA)
o Pemantapan Program Dan Aktiviti Masa Senggang – (SA)
o Meningkatkan Hubungan dengan Agensi Luar – (SA)
o Pembudayaan “ esprit de corps “ – (SA)
o Kebitaraan Asrama Dalam
Kokurikulum/Sukan -‐ (SA) o Pertandingan atau
Engagement Antara Asrama. – (SA)
o Program Bahasa Intergrasi (Komunikasi) – (IB)
o Penerokaan Aktiviti atau Program Baharu – (SA)
* ( IB = Inisiatif Baharu) * ( SA = Inisiatif Sedia Ada dan Dibuat Penambahbaikan)
Senarai Inisiatif 4 Fokus Transformasi
Page17
MASA 5.30-‐6.30 am 7.00
am 7.30am-‐3.00pm 3.00-‐4.30pm 4.30-‐5.30pm 5.30-‐6.30pm 7.00-‐9.00pm 9.00-‐11.00pm
HARI
ISNIN
Solat Subuh Berjemaah
Pemeriksaan
Pagi (Ro
ll Ca
ll)
Waktu Persekolahan
Kelas Persediaan (Tugasan & Kerja
Rumah) @
9.00am – 10.30am (Murid Sesi Petang)
Solat Asar & Minum Petang
Riadah & Aktiviti
Kokurikulum
Solat Maghrib & Isyak Berjemaah + Fardhu Ain & Kelas Al-‐Quran
Kelas Persediaan Berfokus (Bimbingan Guru Mata Pelajaran)
SELASA
RABU
KHAMIS
Solat Maghrib & Isyak Berjemaah + Bacaan
Yasin Bersama Pentadbir & Guru
JUMAAT Solat Maghrib & Isyak Berjemaah + Fardhu Ain & Kelas Al-‐Quran
SABTU
Solat Subuh Berjemaah & Kuliah Subuh
8.00 – 10.00 am Kelas Bimbingan MP Kritikal/
Kemahiran Cara Belajar
10.00 – 11.00 am Kelas Bahasa Intergrasi
Aktiviti Senggang
Solat Maghrib & Isyak Berjemaah + Fardhu
Ain & Kelas Al-‐Quran @ Kelas Moral
Aktiviti Senggang (Wayang
Gambar/TV/Video Games DLL)
AHAD Pengurusan Diri & Outing Berjadual @ Keluarga
Aktiviti Keagamaan (Kuil @ Gereja) Bagi Bukan Islam
Solat Maghrib & Isyak Berjemaah + Fardhu Ain & Kelas Al-‐Quran
Kelas Persediaan Berfokus (Bimbingan Guru Mata Pelajaran)
EKSIBIT
Eksibit 1 : Jadual Mingguan Murid Asrama Harian
Page18
Bil Negeri
ASRAMA RENDAH
Bil Negeri
ASRAMA MENENGAH
Enrolmen (Baseline)
2012 % KPI
(Peningkatan) Sasaran
Peningkatan 2013
Enrolmen (Baseline)
2012 % KPI
(Peningkatan) Sasaran
Peningkatan 2013
1. PERLIS 526 2.5 539 1. PERLIS 1,893 2.5 1,940
2. KEDAH 365 4.0 380 2. KEDAH 13,545 3.0 13,951
3. PULAU PINANG 0 0 0 3. PULAU PINANG 5,652 2.00 5,765
4. PERAK 1,899 3.0 1,956 4. PERAK 10,872 3.0 11,198
5. SELANGOR 360 3.0 371 5. SELANGOR 6,587 3.0 6,785
6. KUALA LUMPUR 0 0 0 6. KUALA LUMPUR 2,927 2.0 2,986
7. N. SEMBILAN 422 2.0 430 7. N. SEMBILAN 5,043 3.0 5,194
8. MELAKA 137 2.0 140 8. MELAKA 4,583 2.0 4,675
9. JOHOR 345 3.00 355 9. JOHOR 9,444 3.00 9,727
10. PAHANG 2,838 2.0 2,895 10. PAHANG 14,757 2.0 15,052
11. TERENGGANU 1,717 3.00 1,769 11. TERENGGANU 12,988 3.00 13,378
12. KELANTAN 4,940 2.00 5,039 12. KELANTAN 19,518 2.00 19,908
13. SABAH 3,963 3.0 4,082 13. SABAH 28,786 2.0 29,362
14. SARAWAK 36,276 2.0 37,002 14. SARAWAK 49,632 2.5 50,873
Jumlah 53,788 2.17 54,957 Jumlah 186,227 2.45 190,794
Eksibit 2 : Baseline (2012) Dan Sasaran KPI Enrolmen Murid Asrama (Rendah & Menengah) 2013
BASELINE KPI (Enrolmen Murid Asrama)
Page19
Bil Negeri
ASRAMA RENDAH (UPSR)
Bil Negeri
ASRAMA MENENGAH (SPM)
GPA UPSR (2012)
% KPI (Peningkatan)
Jumlah Peningkatan
GPA SPM
(2012) % KPI
(Peningkatan) Jumlah
Peningkatan
1. PERLIS 1. PERLIS
2. KEDAH 2. KEDAH
3. PULAU PINANG 3. PULAU PINANG
4. PERAK 4. PERAK
5. SELANGOR 5. SELANGOR
6. KUALA LUMPUR 6. KUALA LUMPUR
7. N. SEMBILAN 7. N. SEMBILAN
8. MELAKA 8. MELAKA
9. JOHOR 9. JOHOR
10. PAHANG 10. PAHANG
11. TERENGGANU 11. TERENGGANU
12. KELANTAN 12. KELANTAN
13. SABAH 13. SABAH
14. SARAWAK 14. SARAWAK
Jumlah
Eksibit 3 : Baseline (2012) Dan Sasaran KPI Gred Purata Asrama Peperiksaan Awam Murid Asrama ( UPSR – Rendah & SPM – Menengah) 2013
BASELINE KPI (Gred Purata Asrama – UPSR & SPM)
Page20
Bil Negeri
BILANGAN MURID TERLIBAT BULI
BIL KES (2012)
% KPI (Penurunan)
Jumlah Penurunan
1. PERLIS
2. KEDAH
3. PULAU PINANG
4. PERAK
5. SELANGOR
6. KUALA LUMPUR
7. N. SEMBILAN
8. MELAKA
9. JOHOR
10. PAHANG
11. TERENGGANU
12. KELANTAN
13. SABAH
14. SARAWAK
Jumlah
BASELINE KPI (Sahsiah Murid – Bilangan Murid Terlibat Buli)
Eksibit 4 : Baseline (2012) Sahsiah Murid – Bilangan Murid Terlibat Buli
Page21
Bil Negeri
BILANGAN KEBITARAAN (RENDAH)
Bil Negeri
BILANGAN KEBITARAAN (MENENGAH)
BIL Asrama
Bil Kebitaraan
(2012)
Bil Sasaran 2013
BIL
Asrama Bil
Kebitaraan (2012)
Bil Sasaran
2013 1. PERLIS 11 1 3 (+2) 1. PERLIS 13 3 5 (+2) 2. KEDAH 6 1 2 (+1) 2. KEDAH 71 9 21 (+12) 3. PULAU PINANG 0 0 0 3. PULAU PINANG 31 13 16 (+3) 4. PERAK 23 2 6 (+4) 4. PERAK 56 13 18 (+5) 5. SELANGOR 6 0 1 (+1) 5. SELANGOR 31 10 13 (+3) 6. KUALA LUMPUR 0 0 0 6. KUALA LUMPUR 14 14 14 (+0) 7. N. SEMBILAN 4 0 1 (+1) 7. N. SEMBILAN 29 13 16 (+3) 8. MELAKA 2 2 2 (+0) 8. MELAKA 21 18 20 (+2) 9. JOHOR 7 0 1 (+1) 9. JOHOR 50 3 8 (+5)
10. PAHANG 37 13 16 (+3) 10. PAHANG 69 41 48 (+7) 11. TERENGGANU 21 0 3 (+3) 11. TERENGGANU 53 21 26 (+5) 12. KELANTAN 43 24 30 (+6) 12. KELANTAN 86 13 21 (+8) 13. SABAH 53 0 5 (+5) 13. SABAH 115 3 13 (+10) 14. SARAWAK 490 10 18 (+8) 14. SARAWAK 108 9 19 (+10)
Jumlah 703 53 88 (+35) Jumlah 747 183 258 (+75)
BASELINE KPI (Kebitaraan Kokurikulum & Sukan)
Eksibit 5 : Baseline (2012) dan Sasaran KPI Peningkatan Bilangan Kebitaraan Kokurikulum & Sukan di Asrama 2013
Page22
Bil Negeri BAND ASRAMA 2012
SEKOLAH RENDAH SEKOLAH MENENGAH
1 2 3 4 5 6 7 JUM 1 2 3 4 5 6 7 JUM
1. PERLIS 7 4 0 0 0 0 0 11 6 5 2 0 0 0 0 13 2. KEDAH 3 3 0 0 0 0 0 6 23 16 16 7 7 2 0 71 3. PULAU PINANG Tiada 0 18 12 1 0 0 0 0 31 4. PERAK 6 7 8 2 0 0 0 23 13 38 5 0 0 0 0 56 5. SELANGOR 0 1 4 0 1 0 0 6 4 9 12 5 1 0 0 31 6. KUALA LUMPUR Tiada 0 4 5 3 2 0 0 0 14 7. N. SEMBILAN 0 3 1 0 0 0 0 4 4 10 7 8 0 0 0 29 8. MELAKA 2 0 0 0 0 0 0 2 10 11 0 0 0 0 0 21 9. JOHOR 5 2 0 0 0 0 0 7 4 7 34 5 0 0 0 50
10. PAHANG 5 13 6 5 3 5 0 37 13 32 19 5 0 0 0 69 11. TERENGGANU 2 1 4 10 3 1 0 21 1 2 19 21 10 0 0 53 12. KELANTAN 7 7 14 9 6 0 0 43 10 30 33 12 1 0 0 86 13. SABAH 0 0 5 4 5 8 31 53 1 1 3 6 26 33 45 115 14. SARAWAK 0 0 47 63 252 20 108 490 0 0 12 18 42 5 31 108
Jumlah 34 43 90 93 270 34 139 703 111 178 166 89 87 40 76 747
Eksibit 6 : Status Band Asrama (Rendah & Menengah ) * Sehingga 31 Disember 2012
Page23
Bil Negeri Bilangan Asrama
Ren Men JUM
1. PERLIS 11 13 24
2. KEDAH 6 71 77
3. PULAU PINANG 0 31 31
4. PERAK 23 56 79
5. SELANGOR 6 31 37
6. KUALA LUMPUR 0 14 14
7. N. SEMBILAN 4 29 33
8. MELAKA 2 21 23
9. JOHOR 7 50 57
10. PAHANG 37 69 106
11. TERENGGANU 21 53 74
12. KELANTAN 43 86 129
13. SABAH 53 115 168
14. SARAWAK 490 108 598
Jumlah 703 747 1,450
Bil Negeri Bilangan Penghuni
Ren Men JUM
1. PERLIS 526 1,893 2,419
2. KEDAH 365 13,545 13,910
3. PULAU PINANG 0 5,652 5,652
4. PERAK 1,899 10,872 12,771
5. SELANGOR 360 6,587 6,947
6. KUALA LUMPUR 0 2,927 2,927
7. N. SEMBILAN 422 5,043 5,465
8. MELAKA 137 4,583 4,720
9. JOHOR 345 9,444 9,789
10. PAHANG 2,838 14,757 17,595
11. TERENGGANU 1,717 12,988 14,705
12. KELANTAN 4,940 19,518 24,458
13. SABAH 3,963 28,786 32,749
14. SARAWAK 36,276 49,632 85,908
Jumlah 53,788 186,227 240,015
Eksibit 7 : Bilangan Asrama Sekolah Rendah & Menengah Mengikut Negeri (Sehingga 31 Dis 2012)
Eksibit8 : Bilangan Penghuni Asrama Sekolah Rendah & Menengah Mengikut Negeri (2012)
Page24
Bil Negeri Kapasiti Asrama (Rendah)
Jum. Penghuni
Kapasiti Asrama Kekosongan
1. PERLIS 526 660 134
2. KEDAH 365 472 107
3. PULAU PINANG 0 0 0
4. PERAK 1,899 2,323 424
5. SELANGOR 360 580 220
6. KUALA LUMPUR 0 0 0
7. N. SEMBILAN 422 1,160 738
8. MELAKA 137 200 63
9. JOHOR 345 458 113
10. PAHANG 2,838 4,048 1,210
11. TERENGGANU 1,717 2,260 543
12. KELANTAN 4,940 6,178 1,238
13. SABAH 3,963 6,448 2,485
14. SARAWAK 36,276 48,052 11,776
Jumlah 53,788 72,839 19,051
Bil Negeri Kapasiti Asrama (Menengah)
Jum. Penghuni
Kapasiti Asrama Kekosongan
1. PERLIS 1,893 2,560 667
2. KEDAH 13,545 15,002 1,457
3. PULAU PINANG 5,652 7,690 2,038
4. PERAK 10,872 12,675 1,803
5. SELANGOR 6,587 7,668 1,081
6. KUALA LUMPUR 2,927 3,390 463
7. N. SEMBILAN 5,043 7,057 2,014
8. MELAKA 4,583 5,829 1,246
9. JOHOR 9,444 11,341 1,897
10. PAHANG 14,757 22,422 7,665
11. TERENGGANU 12,988 17,411 4,423
12. KELANTAN 19,518 21,866 2,348
13. SABAH 28,786 34,877 6,091
14. SARAWAK 49,632 67,842 18,210
Jumlah 186,227 237,630 51,403
Eksibit 4 : Kapasiti & Kekosongan Asrama ( Sekolah Rendah )
Eksibit 9 : Kapasiti & Kekosongan Asrama ( Sekolah Rendah -‐ 2012)
Eksibit 10 : Kapasiti & Kekosongan Asrama ( Sekolah Menengah -‐ 2012 )
Page25
Bil Negeri Bilangan Kakitangan
Warden PenyeliaAsrama PPM
1. PERLIS 47 26 28
2. KEDAH 247 108 23
3. PULAU PINANG 108 45 3
4. PERAK 211 98 72
5. SELANGOR 135 43 15
6. KUALA LUMPUR 46 18 0
7. N. SEMBILAN 115 45 13
8. MELAKA 90 37 4
9. JOHOR 183 70 12
10. PAHANG 344 158 109
11. TERENGGANU 242 123 60
12. KELANTAN 450 166 124
13. SABAH 596 234 103
14. SARAWAK 1,525 724 1,383
Jumlah 4,339 1,895 1,949
Eksibit 11 : Kakitangan Pengurusan Asrama (Data Sehingga 31 Dis 2012)
Page26
Pasukan Penggubal
Dato’ Hj. Mazlan Bin Mohamad D.S.A.P., D.I.M.P. Pengarah
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran Malaysia
Datin Rashidah Md Yusuf Timbalan Pengarah (M)
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Cyril Christopher Singham Ketua Penolong Pengarah
SPKIA, BPSH, KPM
Bahrin Hj. Masduki Ketua Unit Asrama SPKIA, BPSH, KPM
Azman Abd Manaf Pengelola Kanan SPKIA, BPSH, KPM
Encik Osman Bin Noor
Ketua Penolong Pengarah HEM JPN Kedah
Haji Mohamad Bin Samaon
Pengelola Kanan (Unit Asrama) JPN Johor
Hajah Rohani Bt Atan Pengelola Kanan (Unit Asrama)
JPN N. Sembilan
Azman Bin Janudin Pengelola Kanan (Unit Asrama)
JPN Melaka
Khaidir Bin Abdullah PPK (Unit Disiplin)
JPN Selangor
Anuar Bin Ariffin Pengelola Disiplin JPN Selangor
Cik Latifah Bt Ibrahim
Guru Bimbingan & Kaunseling SMK Parit Panjang, Kedah
Top Related