Download - Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat Johor Bahru Malaysia

Transcript
Page 1: Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat Johor Bahru Malaysia

SMK SRI RAHMAT

KELAS PENDIDIKAN KHAS

Page 2: Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat Johor Bahru Malaysia

MATA PELAJARAN VOKASIONAL

PERTANIAN

BAHAGIAN 1

PENANAMAN SAYURAN

intisari1.0 PENANAMAN SAYURAN

1.1 Jenis sayuran

1.2 Pemilihan tapak

1.3 Penyediaan tapak

1.4 Pembinaan batas

1.5 Pemilihan benih

1.6 Kaedah menanam sayuran

1.6.1 Menyemai benih besar

Page 3: Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat Johor Bahru Malaysia

1.6.2 Menyemai benih kecil

1.6.3 Semaian terus

1.6.4 Mengubah/memindah semaian

1.6.5 Mengekalkan kesegaran

1.6.6 Perlindungan semaian

1.6.7 Sungkupan

1.6.8 Penjarangan

1.6.9 Memancang

1.6.10 Kawalan Penyakit dan Serangga

1.6.10.1 Jenis racun

1.6.10.2 Teknik Meracun

1.6.11 Membaja

1.6.11.1 Jenis baja

1.6.11.2 Teknik membaja

1.1 JENIS SAYURANSayuran daun

Sawi

Kailan

Bayam

Sayuran kekacang

Kacang panjang

Kacang botor

Kacang buncis

Page 4: Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat Johor Bahru Malaysia

Kangkung Kacang sepat

Sayuran berubi / akar

Bendi

Keledek

Ubi kayu

Sengkuang

Lobak putih

Lobak merah

Sayuran Berbuah

Petola

Bendi

Cili

Peria

Timun

Tomato

Latihan 1

1. Tandakan ( / ) jika ia sayuran daun

Kubis _____________ petola______________

Timun _____________ kangkung______________

Bayam _____________ buah naga ______________

Peria _____________ kalian______________

2. Gariskan sayuran buah

Page 5: Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat Johor Bahru Malaysia

Cili bendi Peria keledek

Ubi kayu kacang tanah

Kacang buncis kacang sepat

3. BULATKAN sayuran berubi

Keledek labu Labu air kentang

Keladi rozel

Lobak merah sengkuang

4. Sayuran ______________ memerlukan junjung untuk menjalar.

A . daun B. berbuah

C. kekacang D. berubi

BATAS1.2 Pemilihan Tapak Batas

o Tanah sebaik-baiknya ratao Kawasan yang lapang

o Dekat jalan raya

o Dekat bekalan air

o Dekat dengan rumah

o Saliran yang baik

1.3 Penyediaan Batas

o Buangkan batu-batan, akar, kayu, rumput

Page 6: Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat Johor Bahru Malaysia

o Gali tanah untuk dibuat batas sedalam 25 hingga 30 sm bagi gemburkan tanah dan membunuh akar rumpai

o Gemburkan tanah dengan penggembur

o Buat parit saliran

o Tebang pokok besar disekeliling bagi memudahkan pencahayaan

o Bina batas dengan ukuran yang sama

1.4 Pembinaan batas

o Terdapat 2 jenis batas iaitu : Batas tunggal

Tinggi – 20-25sm, Lebar 30-45sm,

Batas rata

Tinggi 15-25sm, Lebar – 0.75-1.2m dan Panjang – 5-9 meter

o Jarak di antara batas ialah 30-60 sm

o Batas berguna bagi mengelak air bertakung dan memudahkan menjaga tanaman

1.5 Pemilihan Benih dan Penyimpanan Benih

o Cukup matang/tua

o Besar dan berisi penuh

o Bebas dari haiwan perosak atau penyakit seperti kulat

Page 7: Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat Johor Bahru Malaysia

o Simpan benih di bekas kedap udara

o Labelkan bekas simpan benih

1.6 Kaedah menanam sayuran

Terdapat 3 cara menanam sayuran:

o Penanaman 4 segio Penanaman 3 segi

o Penanaman silang/ kuinkuk

1.6.1 Menyemai benih besar

o Semaian terusMenyemai benih kecil

o Semaian terus ( seperti langkah di atas)

1.6.2 Semaian terus

Langkah –langkah semaian:

Rendamkan biji benih sehari bagi memudahkan percambahan

Tanam 2 / 3 biji benih dalam 1 lubang

Selepas bercambah ,buang semaian yang kurang sihat, tinggalkan 1 benih yang sihat saja.

Terdapat 2 kaedah semai tabur:

Page 8: Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat Johor Bahru Malaysia

o 1. Kaedah Jalur

Bina jalur

Tabur benih dan timbus tanah

Selepas bercambah buat penjarangan dalam jarak tertentu

o 2. Semai Tabur

Tabur benih

Timbuskan dengan tanah nipis

Siram

Selepas bercambah, buat penjarangan dalam jarak tetentu

1.6.3 Semaian di Tapak Semaian

Terdapat 3 cara penyemaian bukan terus iaitu :

1. Mengguna Polibeg

o Sesuai untuk cili, tomato dan terung

o Pindahkan ke tanah setelah matang

2. Kotak Percambahan

o Menggunakan kotak kayu yang berlubang

Page 9: Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat Johor Bahru Malaysia

o Tanah mengandungi 2 bahagian tanah peroi, 1 bahagian baja organic , 1 bahagian pasir

o Tabur benih dan tutup dgn tanah halus

o Pindahkan ke tanah selepas percambahan

3. Batas semaian

o Bubuh baja asas dan baja fosforus ke tanah sebelum semaian

o Semai kaedah jalur / tabor

o Siram dan ubah benih selepas bercambah

1.6.4 Mengubah/memindah semaian

Semai di tapak semaian

Guna sudip dan pastikan akar benih tidak rosak

Ubah/pindah setelah cukup matang

Tanam ikut jarak yang sesuai

1.6.5 Mengekalkan kesegaran

Penyegaran tumbuhan boleh dilakukan menggunakan 2 cara iaitu:

Page 10: Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat Johor Bahru Malaysia

1. bekalan air berterusan sama ada melalui siraman tangan atau penyebar air

2. perlindungan- menggunakan pelindung jaring plastic hitam/hijau telus air atau sungkupan daun kelapa

1.6.6 Perlindungan semaian

Tujuannya ialah bagi mengelakkan panacaran matahari terlalu terik dan timpaan hujan lebat yang boleh menghanyutkan dan merosakkan anak benih.

Kaedah sungkupan merupakan kaedah tradisi yang masih digunakan iaitu menggunakan daun kelapa atau rumput menutup permukaan tanah yang telah disemai benih

Kaedah moden adalah menggunakan jarring hijau,hitam atau plastic telus cahaya

1.6.7 Penjarangan

Pembuangan anak benih yang tumbuh terlalu rapat dan memindahkan kepada jarak tertentu.

Mengurangkan anak benih berebut baja, cahaya air, dan zat makanan

1.6.8 Memancang

Page 11: Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat Johor Bahru Malaysia

Memancang ialah proses membuat sokongan kepada pokok terutama pokok menjalar atau tumbuhan memanjat.

Terdapat 3 jenis pancangan iaitu :

1. Pancang 3 segi 2. Pancang jenis jarring

3. Pancang jenis pagar

1.6.9 Kawalan Penyakit dan Serangga

Haiwan perosak dan serangga akan membawa pengakit, merosakkan daun dan memakan anak benih.

Haiwan perosak

Kutu daun, ulat bulu, teritip,belalang,kumbang, pianggang (mengkerintingkan daun), bari-bari ( warna kuning yang menbuk dan memakan daun), nematola,siput dan koya( debu putih)

Jenis racun

Racun serangga Racun rumput

Penyakit Sayuran

Melecur - akibat kulat Reput akar – akibat kulat dan bacteria

Bintik daun – akibat kulat

Page 12: Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat Johor Bahru Malaysia

Kulapuk – akibat kulat

Karat batang- akibat kulat

Pokok terbantut- akibat virus

1.6.9.1 Langkah Mengawal

Sembur racun serangga

Buang siput/ulat bulu

Tabur umpan racun bagi mengawal siput atau tikus

Tanaman giliran

Menjaga kebun dengan bersih

1.6.10 Tanaman giliran

Pusingan Giliran:

I – Tanaman Kekacang

II- Sayuran daun

III- Tanaman berubi

IV- Sayuran berbuah

Tujuan tanaman digilirkan ialah supaya dapat mengawal makluk perosak, men yerap zat makanan dengan sekata dan menambah nitrogen dalam tanah terutama jika menanam tanaman kekacang.

1.6.11 Membaja

Page 13: Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat Johor Bahru Malaysia

1.6.11.1 Tujuan Membaja

Membekalkan zat makanan Membaiki struktur tanah

1.6.11.2 Zat makanan pokok (N.P.K)

N – Nitrogen ( tumbesaran) P – Phosforus (akar)

K – Kalium ( bunga dan buah)

1.6.11.3 Jenis Baja

Terdapat 2 jenis baja iaitu baja organan dan baja organan

Baja organan

Sumber asli dari najis haiwand an pokok reput seperti tahi ayam, tahi lembu, rtahi kambing, kompos dan tanah bakar

Baja kimia

Terdapat 2 jenis baja kimia iaitu baja tunggal dan baja campuran sebatian

Baja tunggalo Baja Nitrogen ( urea 46%,

ammonium sulfat 20 % dan ammonium nitrate 33%

o Baja Phosforus ( CIRP-Baja asli pra Natal, Fosfat Super)

Page 14: Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat Johor Bahru Malaysia

o Baja Kalium ( Kalium klorida 50% dan Kalium sulfat 50%)

Baja Campuran/sebatian

o Mengandungi N.P.K ( nitrogen,phosphorus dan kalium)

o Nisbah : N -15%, P – 15% , K – 17 % dan Magnesium – 2%

Teknik Membaja

Pembajaan asas – dicampur dengan tanah o Membaja sebelum menanam

5 kg baja organan/0.3 kg baja sebatian

Baja fosforus CIRP 50 gram

Kapur 0.5 kg

Pembajaan permukaan

o Tabur sekeliling pokok

o Tabur setiap 2 minggu

o Elak baja terkena pokok

o Boleh juga mencampur dengan air nisbah 5 air 1 baja dan sembur

Pemungutan Sayuran

Page 15: Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat Johor Bahru Malaysia

Sayuran Cara Tanam Jarak tanam

Jarak Tanam

Mula Kutip hasil (minggu)

Antara tumbuhan

Antara barisan

Peria Semaian terus

Perlu junjungan

45 cm 60 cm 10 -12 minggu

PetolaSemaian terus

Perlu junjungan

45 cm 60cm 8-10 minggu

Sawi Semai dan pindah ke batas

25 cm 30cm 4-6 minggu

TerungSemai di polibeg

Dan ubah ke batas

45 cm 60 cm 10-12 minggu

TimunSemain terus ke batas

Perlu junjuungan

45 cm 60 cm 6-8 minggu

Tomato Semai terus ke batas atau polibeg

45 cm 50 cm 12-14 minggu

Page 16: Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat Johor Bahru Malaysia

MAKLUMAT

TANAMAN

PENANAMAN BENDI

1. Nama Tempatan: Bendi, Okra (Hibiscus esculentus)

2. Pendahuluan:

Page 17: Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat Johor Bahru Malaysia

Bendi yang dipercayai berasal dari Afrika Utara ialah sejenis tanaman sayuran buah yang berlendir. Ia mudah ditanam dan kurang diserang penyakit dan perosak. Buah dan bahagian-bahagian lain tanaman ini boleh dipelbagai gunakan seperti buahnya boleh dimasak dengan pelbagai cara; kari, sebagai ulam, salad dan digoreng. Buahnya juga diproses iaitu ditin, dibekukan dan dijeruk dengan garam. Lendirnya pula digunakan sebagai bahan pemekat untuk sos tomato. Di India, batang-batang bendi yang tua dijadikan kertas dan biji-bijinya yang tua dijadikan minuman harian menggantikan kopi

3. Tanah:

Bendi boleh ditanam di kebanyakan jenis tanah seperti gembur berpasir, tanah liat, tanah gambut dan tanah-tanah lembah sungai yang bersaliran baik

A.Menyedia KawasanBajak dan gemburkan tanah sedalam 15 - 22 sm. Buat pengapuran jika perlu iaitu 2 minggu sebelum menanam. Sediakan batas. Gaulkan ke dalam tanah, baja organik seperti tahi ayam reput sebanyak 3 hingga 5 tan sehektar

B. Menanam

Tanam biji benih sedalam 2.5sm di batas. Pastikan dibubuh 2 biji selubang. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 90 sm antara pokok. Selepas 2 minggu, cabut satu pokok yang kurang subur. Sebanyak 11 gm biji benih diperlukan untuk satu batas yang berukuran 1.2 m lebar dan 30 m panjang (Rajah 1).

Page 18: Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat Johor Bahru Malaysia

C. Membaja

Tabur baja sebatian NPK Blue Special (12:12:17:2) di keliling pokok setiap 2 minggu. Untuk sehektar memerlukan 1 tan baja.

D. Menyiram

Siram sekali sehari pada waktu petang. Penyiraman penting di peringkat pokok mengeluarkan bunga dan pembentukan buah

E. Merumput

Cabut rumpai jika perlu atau gunakan racun herba. Ikut arahan pada label racun herba tersebut.

F. Sungkupan

Buat sungkupan daripada jerami padi, daun-daun kering atau kepingan plastik hitam bagi mengawal rumpai dan untuk mengekalkan kelembapan.

G. MeSetelah semua hasil dipetik, pokok-pokok perlu dipangkas setinggi 40 sm hingga 60 sm dari paras tanah untuk mendapatkan hasil bagi kali kedua. Empat hingga lima tunas baru dibiarkan membesar selepas pemangkasan. Pemangkasan ini diikuti dengan pembajaanmangkas

4. Kawalan Musuh Dan Penyakit:

Page 19: Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat Johor Bahru Malaysia

Musuh utama tanaman bendi ialah serangga dan perosak seperti ulat pengorek dan kepinding buah yang merosakkan buah-buah bendi pada semua peringkat pertumbuhan buah. Sekiranya serangan teruk, gunakan racun serangga seperti Diazinon.

Penyakit utama tanaman bendi ialah bintik daun yang terdapat pada daun-daun tua di mana daun-daun ini kelihatan bertompok-tompok hitam dan berjelaga. Penyakit ini boleh dikawal dengan menyembur racun kulat Benomyl. Penggunaan racun-racun hendaklah mengikut arahan label.

5. Penuaian:

Buah-buah bendi boleh dituai dengan memotong 2 sm dari pangkal buah. Elakkan dari tercedera kerana lendirnya akan keluar berterusan dan ini boleh menjatuhkan mutu buah. Penuaian mula dilakukan ketika:

i. 50 - 55 hari selepas menanam.ii. 5 - 6 hari selepas bunga berkembang dan berlaku pendebugaan. iii.Buah berukuran 10 - 12 sm panjang, iaitu buah-buahan masih lembut, hujungnya rapuh, senang dipatahkan dan belum berpulur.

Pada peringkat ini buah-buah telah mencapai kadar pertumbuhan yang paling tinggi dan hendaklah dituai supaya pokok-pokok bendi boleh terus mengeluarkan bunga-bunga baru dan seterusnya menjamin pengeluaran buah yang berterusan. Hasil dikutip setiap 2 hari sekali dan berterusan sehingga 8 minggu. Jumlah hasil dianggarkan 10,000 - 15,000 kg sehektar.

6. Pengendalian Lepas TuaiBuah-buah yang telah dituai dikumpulkan di tempat teduh dan dimasukkan ke dalam bakul (plastik atau buluh) yang telah dialas dengan kertas atau plastik cerah yang berlubang. Ia hanya boleh disimpan selama 2 - 3 hari sahaja

Page 20: Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat Johor Bahru Malaysia

tanpa dibungkus dengan plastik. Sedikit air perlu dipercikkan supaya pengudaraan menjadi lembab. Buah-buah yang dibungkus dengan beg plastik boleh disimpan selama 7 - 8 hari dalam keadaan suhu 24 darjah Celcius - 26 darjah Celcius dan kelembapan bandingan 70 - 75 %.

|

Page 21: Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat Johor Bahru Malaysia

PENANAMAN KACANG PANJANG

1. Nama Tempatan: Kacang Panjang (Vigna sinensis)

2. Penanaman:

Penyediaan Tanah:

Di Ladang

Page 22: Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat Johor Bahru Malaysia

Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 sm ke 22 sm ( 6 ke 9 inci) supaya pertumbuhan akar baik. Sediakan batas berukuran 1.2 m (4 kaki) lebar, 25 sm (10 inci) tinggi dan panjangnya mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah 60 sm (2 kaki). Gaulkan 50 kg tahi ayam reput ke dalam tanah bagi kawasan 100 meter persegi.

Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain

Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam dan 1 bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 sm dari permukaan permukaan pasu.

Menanam:

Di Ladang

Tanam 2 biji benih selubang dalam dua barisan dengan jarak 60 sm (2 kaki) antara barisan dan 45 sm (18 inci) antara pokok.

Setelah benih bercambah dan membesar, tinggalkan 1 pokok selubang sahaja. Sebanyak 70 g biji benih diperlukan untuk kawasan seluas 100 meter persegi (1000 kaki persegi).

Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain

Tanam 2 biji benih sedalam 2.5 sm ( 1 inci ). Selepas 2 minggu ditanam, tinggalkan 1 pokok sahaja dalam satu pasu.

Menyedia Junjung:

Di Ladang

Page 23: Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat Johor Bahru Malaysia

Sokong anak-anak pokok yang berumur 3 minggu dengan menggunakan kayu pancang berukuran 2 m (6.5 kaki). Condongkan kayu-kayu sokongan supaya bertentangan dan ikat di bahagian atas. Lentangkan kayu-kayu pada tiap-tiap sudut yang bertemu. Pastikan anak-anak pokok meliliti kayu sokongan.

Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain

Gunakan kayu pancang berukuran 2 m (6.5 kaki). Pastikan anak pokok meliliti kayu sokongan.

3. Penjagaan:

Menyiram air:

Siram tanaman di ladang atau dalam pasu pada waktu pagi dan petang setiap hari kecuali hari hujan

Membaja:

Di Ladang

Page 24: Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat Johor Bahru Malaysia

Gunakan baja kimia NPK Blue Special (12:12:17:2) sebanyak 7 kg bagi setiap 100 m (1000 kaki) persegi. Baja ini dibahagi kepada 3 kali pembajaan iaitu pada minggu ke-2, 4 dan 7 selepas menanam.

Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain

Tabur 1 sudu teh (5 g) baja NPK Blue Special (12:12:17:2) sepasu setiap minggu.

Merumput:

Kawalan rumpai perlu dijalankan sepanjang masa untuk mengelakkan persaingan tanaman dengan rumpai.

4. Kawalan Penyakit Dan Serangga:

Untuk kawalan ulat pengorek buah, sembur jika perlu dengan racun serangga seperti carbaryl, 0.1% b.a. Untuk kawalan bintik berpusar, sembur dengan mancozeb, 0.1% b.a.

5. Memungut Hasil:

Di Ladang

Pungutan hasil pertama ialah pada 6 minggu selepas menanam. Kutip kacang sebelum biji terbunjul. Kutip 2 hari sekali dalam masa 6 minggu. Hasil dianggarkan sebanyak 100 hingga 175 kg bagi 100 meter persegi. Dengan harga purata antara Rm4.00 - RM6.00/kg.

Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain

Page 25: Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat Johor Bahru Malaysia

Anggaran hasil ialah 0.5 kg/pokok.

PENANAMAN KACANG BOTOR

1. Nama Tempatan: Kacang Botor, kacang kelisa (Psophocarpus tetragonolobus D.C. )

2. Pendahuluan:

Page 26: Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat Johor Bahru Malaysia

Kacang botor atau kacang kelisa adalah sejenis sayuran berbuah yang sangat kaya dengan protin dan lemak serta vitamin A & B. Ia dipercayai berasal dari Papua New Guinea dan Asia Tenggara.

Pokok kacang botor tumbuh melilit dan memerlukan pancang/kayu junjung untuk memanjat. Ia selalu ditanam sebagai tanaman jangka pendek di kebun sayur atau di tepi-tepi pagar rumah.

Buah polong berukuran 15 - 20 sm panjang dan mempunyai 4 sayap yang bergerigis. Biasanya buah digunakan dalam masakan dan juga dimakan mentah sebagai ulam.

3. Tanah:

Kacang botor boleh ditanam di berbagai jenis tanah iaitu daripada ringan berpasir hingga kepada tanah lempong serta tanah gambut. Elakkan dari menanam di kawasan yang bertakung air. Tanah yang gembur, subur, baik salirannya dan pH5.5-6.0 adalah paling sesuai.

4. Penanaman:

A. Menyedia Kawasan

Bajak dan gemburkan tanah sedalam 20 - 30 sm untuk memudahkan akar tumbuh dengan baik. Sediakan batas berukuran 1.3 m lebar, 30 sm tinggi dan panjangnya 7.5 m atau mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah 30 sm.

B. Menanam

Kacang botor dibiakkan dengan biji benih. Biji benihnya boleh diambil dari buah-buah yang telah cukup tua yang

Page 27: Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat Johor Bahru Malaysia

berwarna perang kehitaman. Gaul biji benih dengan racun kulat, contohnya thiram dengan kadar 3 gm bagi 100 gm biji benih sebelum menanam.

Biji benih boleh ditanam dengan jarak 50 sm antara pokok dan 1 m antara barisan ataupun 60 sm x 60 sm. Tiap-tiap batas mengandungi 2 barisan pokok. Tanam terus biji benih ke batas sebanyak 2 biji selubang, lebih kurang 2.5 sm dalam. Biji benih akan bercambah dalam masa 14 hari. Cabut dan tinggalkan hanya 1 anak benih yang sihat pada setiap lubang. Untuk kawasan seluas 0.4 ha, lebih kurang 7 kg biji benih diperlukan.

C. Menyedia Junjung

Untuk mendapatkan hasil yang baik, kacang botor perlu diberi junjung. Sokong anak-anak tanaman dengan menggunakan kayu pancang berukuran 2.0 m - 2.5 m panjang. Condongkan kayu-kayu sokongan yang bertentangan supaya bersilang dan ikat di bahagian atas tempat bertemu untuk mendapatkan sokongan yang kuat. Kemudian lentangkan kayu-kayu pada tiap-tiap tempat persilangan. Pastikan anak-anak tanaman melilit kayu sokongan. Cara ini sesuai untuk kawasan penanaman yang kecil. (Rajah 1)

Satu cara lagi untuk menyokong pokok ialah dengan sistem trellis. Pacakkan sebatang kayu/tiang-tiang beruti yang berukuran lebih kurang 2.5 m panjang dan bergaris pusat 8 - 10 sm di bahagian tengah kedua-dua hujung tiap-tiap batas. Pacakkan pula tiang kayu berukuran 0.6 m panjang dan 5 - 6 sm garis pusat di hujung penjuru tiap-tiap batas (Rajah 2). Sambungkan tiang-tiang kayu yang bertentangan antara kedua hujung batas dengan dawai kasar. Gunakan tali rafia untuk membantu anak pokok memanjat junjung.

Page 28: Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat Johor Bahru Malaysia

PENANAMAN CILI

Page 29: Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat Johor Bahru Malaysia

PENANAMAN

Penyediaan Tanah

1. Di Ladang

Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm. Sediakan batas berukuran 1.2 lebar dan 22 - 30 cm

tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas - 45 cm. Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 25 kg bagi 50 meter

persegi kawasan.

2. Dalam Pasu dan Bekas-bekas lain

Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir.

Isikan pasu dengan tanah campuran sehingga 5 cm dari permukaan pasu.

Menyedia Anak Benih

Page 30: Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat Johor Bahru Malaysia

1. Di ladang

Sediakan kotak semaian 45 cm x 22 cm x 10 cm. Isikan kotak semaian dengan tanah campuran 3

bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir.

Semai 5 g biji benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih dengan lapisan nipis tanah.

Jarak tanaman - 5 cm x 2 cm Siram dengan penyiram semburan halus dua kali sehari Kotak semaian mesti dilindungi daripada matahari dan

hujan yang berlebihan. Ubah anak benih ke ladang 3 - 4 minggu selepas

disemai. Sebelum diubah ke ladang, dedahkan anak benih

kepada cahaya matahari selama 3 hingga 4 hari untuk mengeraskannya.

Menanam

1. Di Ladang

Anak benih berumur 6 minggu boleh diubah ke batas. Sebelum mencabut, basahkan kotak semaian supaya

anak benih senang digali. Kemudian gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas.

Jarak tanaman - 90 cm antara pokok x 150 cm antara baris

2. Dalam Pasu atau bekas lain

Semai terus 3 - 4 biji benij ke dalam pasu sedalam 2 hingga 5 cm. Tinggalkan hanya sepokok setiap pasu 2 minggu selepas menanam.

 

PENJAGAAN

Sungkupan

Page 31: Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat Johor Bahru Malaysia

1. Diladang

Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan.

2. Dalam Pasu dan Bekas-bekas lain

Gunakan rumput-rumput kering.

Merumput

Bersihkan batas dariapda rumpai dengan menggunakan tanah, cangkul atau tajak. Bagi tanaman dalam pasu cabut rumpau untuk mengawalnya.

 

KAWALAN SERANGGAN DAN PENYAK

Penyakit  KawalanBintik daun  Sembur racun kulat Benomyl Antraknos buah  Sembur racun kulat seperti mancozeb Kutu daun  Sembur racun serangga seoertu chlorphyrifos

atau ImidachlopridHamama merah  Sembur racun seperti dicofol atau malathion Kerekot daun dan mozek daun

  (a) Penyakit ini disebar oleh kutu daun. Oleh itu kawal kutu daun adalah penting.(b) Buang dan bakar pokok yang berpenyakit.

Layu bakteria  Tiada kawalan kimia yang berkesan. Buang dan bakar pokok yang berpenyakit. Tentukan saliran yang elok.

MEMUNGUT HASIL

1. Di Ladang

Page 32: Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat Johor Bahru Malaysia

Cili boleh dipetik 8 minggu selepas diubah ke ladang. Punggutan hasil dibuat setiap 3 atau 4 hari. Anggaran hasil dari kawasan 50 m persegi ialah 100 -

200 kg.

2. Dalam Pasu atau Bekas-bekas lain

Mulalah memetik buah 12 minggu selepas ditanam. Anggaran hasil ialah 0.8 hingga 15 kg sepokok.

Page 33: Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat Johor Bahru Malaysia

PENANAMAN PETOLA SEGI (Luffa acutangula)

PENANAMAN

Penyediaan Tanah

Bajak dan gembur tanah sedalam 20 - 30 cm untuk memudahkan pertumbuhan akar.

Lakukan pengemburan dengan cangkul atau traktor. Kumpul dan bakar rumput-rumput kering/ sampah

sarap sebelum menyediakan batas.

PENJAGAAN

Membaja

Baja organan atau baja asli seperti tahi ayam reput (2 tan / 0.4 ha) digunakan sebagai baja asas.

Baja sebatian seperto NPK - 12:12:17:2 juga diperlukan. Program pembajaan

Masa Pembajaan Kadar Baja(kg/0.4 ha)

Cara Membaja

3 minggu lepas tanam 100 Tabur di keliling pokok 5 minggu lepas tanam 200 Tabur antara pokok 7 minggu lepas tanam 200 Tabur antara pokok

Menyiram

Siram dua kali sehari apabila cuaca terlampau panas.

Membuang Tunas dan Menjalarkan Pokok

Page 34: Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat Johor Bahru Malaysia

Biar hanya dua dahan utama membesar hingga mengeluarkan buah.

Tunas-tunas yang terbentuk di bawah 30 cm pada dahan utama hendaklah dibuang. Ini bertujuan untuk menggalakkan pengeluaran bunga yang banyak dan pembentukan buah yang lebih besar.

Pokok-pokok juga elok digalakkan memanjat dan menjalar di atas para.

Buah muda terselit di celah daun perlu dibetulkan supaya tergantung dan pembesarannya tidak terganggu.

Membalut buah

Boleh dibuat apabila pokok mula berbuah. Buah-buah yang sedang membesar boleh dibalut

dengan beg-beg kertas untuk mengelakkan serangan lalat buah.

MEMUNGUT HASIL

Petola boleh dipetik apabila berumur lebih kurang 45 hari. Buahnya boleh dipetik sebanyak 60 kali. Petik buah setiap hari iaitu waktu pagi dengan menggunakan pisau yang tajam. Petik buah yang masih lembut dan belum bersabut.

Tempoh umur pokok petola - 105 - 110 hari.

Page 35: Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat Johor Bahru Malaysia

PENANAMAN TERUNG

PENYEDIAAN TANAH

1. Di Ladang

Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm. Sediakan batas berukuran 1.2 lebar dan 22 - 30 cm

tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas - 45 cm. Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 50 kg bagi 50 meter

persegi kawasan.

Page 36: Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat Johor Bahru Malaysia

2. Dalam Pasu dan Bekas-bekas lain

Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir.

Isikan pasu dengan tanah campuran sehingga 5 cm dari permukaan pasu.

MENYEDIA ANAK BENIH

Sediakan kotak semaian berukuran 45 cm panjang, 22 cm lebar dan 10 cm tinggi.

Isikan kotak semaian dengan tanah campurah 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir.

Semai 3 biji benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih dengan lapirsan nipis tanah.

Jarak antara barisan biji benih ialah 5 cm dan 2 cm antara biji benih.

Siram dengan penyiram yang mempunyai semburan halus dua kali sehari.

Kotak semaian mesti dilindungi daripada cahaya matahari dan air hujan yang berlebihan.

Ubah anak benih ke ladang 3-4 minggu selepas disemai.

Sebelum diubah ke ladang, dedah anak benih kepada cahaya matahari yang penuh selama 3 hingga 4 hari untuk mengeraskannya.

MENANAM

1. Di Ladang

Anak benih berumur 3 - 4 minggu boleh diubah terus ke batas.

Basahkan kotak semaian sebelum mencabut supaya anak benih senang digali.

Gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas.

Page 37: Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat Johor Bahru Malaysia

Jarak tanaman ialah 90 cm x 60 cm

2. Dalam Pasu atau bekas lain

Tanam terus 3 - 4 biji benih ke dalam pasu sedalam 2 - 5 cm.

Tinggalkan sepokok sepasu 2 minggu selepas menanam.

PENJAGAAN

Menyiram

Siram tanaman pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali hujan.

Membaja

1. Di Ladang

Tabur baja NPK Blue Special (12:12:17:2) di keliling pokok dengan kadar 1 sudu besar atau 10 g sepokok setiap dua minggu.

2. Dalam Pasu dan bekas lain

Tabur 1 sudu teh atau 5 g baja NPK Blue Special (12:12:17:2) sepasu di keliling pokok setiap minggu.

Sungkupan

1. Di Ladang

Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan.

2. Dalam Pasu dan bekas lain

Gunakan rumput-rumput kering.

Merumput

Page 38: Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat Johor Bahru Malaysia

Bersihkan batas-batas daripada rumpai dengan tangan, cangkul atau tajak. Cabut rumpai yang tumbuh dalam pasu.

Menyedia Sokongan

1. Di Ladang

Satu kayu sokongan sepanjang lebih kurang 1½ meter dipacak berdekatan tiap-tiap pokok. Dahan-dahan pokok diikat dengan tali rafia supaya buah terung tidak terkena permukaan tanah.

2. Dalam Pasu dan bekas lain

Cara sokongan yang diamalkan adalah sama dengan sokongan di ladang tetapi kayu yang digunakan berukuran 1.2 m panjang.

KAWALAN SERANGGAN DAN PENYAKIT

Sembur racun seranggan carbaryl (Sevin) pada kadar 1 sudu besar (10 g) dengan segelen air untuk mengawal ulat lipat daun, kumbang daun dan pengorek buah.

Gunakan racun kulat maneb (seperti Megamaneb pada kadar 1 sudu besar atau 10 g segelen air) untuk mengawal penyakit reput buah dan racun kulat benomyl seperti Benlate pada kadar 1 sudu teh atau 3 g segelen air untuk mengawal bintik daun.

MEMUNGUT HASIL

1. Di Ladang

Terung boleh dipetik 6 minggu selepas diubah ke ladang.

Punggutan hasil dibuat setiap 4 hari. Anggaran hasil dari kawasan 50 m persegi ialah 75 -

125 kg dengan harga purata 60 sen sekilo, pendapatan kasar adalah RM45 hingga RM75.

2. Dalam Pasu atau Bekas-bekas lain

Page 39: Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat Johor Bahru Malaysia

Mulalah memetik buah 10 minggu selepas ditanam. Anggaran hasil ialah 1 kg sepokok.

PENANAMAN TIMUN

PENANAMAN

Penyediaan Tanah

1. Di Ladang

Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm. Sediakan batas berukuran 1.2 lebar dan 25 cm tinggi.

Panjang batas mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas - 30cm. Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 50 kg bagi 100

meter persegi kawasan.

Page 40: Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat Johor Bahru Malaysia

2. Dalam Pasu dan Bekas-bekas lain

Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir.

Isikan pasu dengan tanah campuran sehingga 5 cm dari permukaan pasu.

Menanam

1. Di ladang

Semai terus 2 biji benih selubang se dalam 2.5 cm. Jarak tanaman - 60 cm x 60 cm 15 g biji benih bagi kawasan seluas 100 meter persegi Penjarangan dilakukan 10 hari selepas menanam,

tinggalkan sepokok selubang.

2. Dalam Pasu dan bekas-bekas lain

Semai terus 2 biji benih dalam pasu sedalam 2.5 cm. Tinggalkan sepokok sepasu 2 minggu selepas

menanam.

 

PENJAGAAN

Sungkupan

1. Di Ladang

Rumput kering, jerami padi atau lalang boleh diletakkan di atasnya sebagai sungkupan.

2. Dalam Pasu atau bekas lain

Gunakan rumput kering sebagai sungkupan.

Menyedia Junjung

Page 41: Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat Johor Bahru Malaysia

1. Di Ladang

Kayu junjung dibuat daripada kayu hutan atau buluh berukuran 2 m pancang dipacak berhampiran dengan anak benih dan dicondongkan supaya bertentangan dan bertemu di atas.

Sebatang kayu diletakkan melintang dan diikat untuk mendapatkan sokongan yang kuat.

Menyiram

Siram dua kali sehari kecuali pada hari hujan.

Membaja

1. Di Ladang

Gunakan baja NPK Blue Special 12:12:17:2 sebanyak 10 kg bagi kawasan seluas 100 m persegi

Baja dibahagikan kepada 3 kali pembajaan iaitu pada minggu ke-2, 4 dan 6 selepas menanam.

2. Dalam Pasu dan Bekas lain

Tabur 1 sudu teh atau 5 gm baja NPK Blue Special sepasu setiap minggu.

Merumput

Kawal rumput sepanjang masa.

 

KAWALAN SERANGGAN DAN PENYAKIT

Penyakit / Perosak   KawalanKumbang daun   Sembur racun kulat Carbaryl dengan

kadar 0.1% bahan aktif (b.a) Kutu daun   Sembur racun serangga seperti malathion

dengan kadar 0.1% bahan aktif Kulapuk berdebu/   Semburan benomyl dengan kadar 0.025%

Page 42: Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat Johor Bahru Malaysia

Kulapok downy b.a.

 

MEMUNGUT HASIL

1. Di Ladang

Timun boleh dipetik 7-8 minggu selepas diubah ke ladang.

Buah dipetik apabila buah mencapai panjang lebih kurang 15 hingga 20 cm.

Kutipan hasil dibuat 2 hari sekali selama satu bulan. Hasil dianggar 200 kg hingga 300 kg bagi 100 meter

persegi kawasan. Pendapatan kasar RM200 - RM300 dengan harga purata

RM1.00/kg.

Page 43: Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat Johor Bahru Malaysia

| Atas |  Sumber: Panduan Menanam Timun, Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia

Page 44: Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat Johor Bahru Malaysia

TERUNG (Solanum melongena) - varieti baru

ARC-BJ-105 merupakan varieti yang telah diuji sepenuhnya resistan dengan layu bakteria (Pseudomonas solanacearum). Lebih daripada 10 pusingan tanaman, varieti ini mengeluarkan hasil tinggi dan saiz buah yang berkualiti untuk dimakan. Terung ARC-BJ-105 merupakan varieti yang dicadangkan untuk penanaman.

Terung merupakan salah satu sayuran buah yang digemari oleh penduduk Malaysia. Buahnya boleh dikukus, direbus, digoreng atau dipanggang. Banyak varieti terung terdapat di pasaran. Ada yang berbentuk panjang berwarna ungu, panjang berwarna putih, berbentuk bulat berwarna ungu gelap dan bulat berwarna putih. Biasanya, buah yang pankang mempunyai biji benih yang sedikit berbanding dengan yang berbentuk bulat.

Layu bakteria merupakan penyakit serius dan sebagai penghalang utama dalam penanaman terung. Varieti berhasil baik yang resistan kepada penyakit ini merupakan perkara utama bagi penanam sayur ini. Bagi

Page 45: Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat Johor Bahru Malaysia

membantu petani, Pegawai Penyelidik di Pusat Penyelidikan Pertanian Semongok telah menjalankan projek untuk memilih, menulen, menguji dan mencadangkan varieti yang sesuai ditanam di bawah kondisi tempatan. Variety ARC-BJ-105 merupakan hasil daripada kajian ini.

Terung Varieti ARC-BJ-105

>> ARC-BJ-105 yang menarik

Ciri-ciri utama varieti ini adalah seperti berikut:

Ciri-ciri tanaman:

Ketinggian 133 cm Habit TegakBatang & daun Hijau keunguan dan diliputi bulu halus

 

Ciri-ciri buah:

Warna   Ungu gelap Isi   KehijauanBentuk   MemanjangSaiz   56.7 cm (P) x 3.4 cm (L) Berat   130 g

Hasil buah  3 kg/pkk (lingkungan 2.7-3.4 kg/pkk)

Hari berbunga

  21 hari selepas mengubah

Page 46: Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat Johor Bahru Malaysia

Tuaian   40 hari selepas mengubah

PENGELUARAN TANAMAN

Bahan Tanaman

Terung tumbuh daripada biji benih. Isinya diambil dan dibersihkan biji benih daripada buah yang masak. Keringkan dalam suhu bilik. Biji benih yang telah dikeringkan dan disimpan dalam bekas kedap udara masih boleh digunakan dalam 3-4 bulan. s can be used as planting materials. Dried seeds in air-tight containers can remain viable for 3-4 months.

Semaian

Biji benuh boleh disemai terus di kebun atau ditanam di dalam polibeg terlebih dahulu. Bagi menyediakan anak benih, 2-3 biji benih ditanam dalam polibeg kecil (10 cm x 12 cm) dengan tanah atas. Biji benih yang telah bercambah disiram setiap hari dan diberikan beberapa butir baja pertumbuhan biasa. Selepas 4-5 minggu, ia boleh dipindahkan ke ladang.

Penyediaan Tanah

Terung paling baik ditanam ditanah yang bersaliran baik. Sediakan kawasan dengan membersihkans semua tumbuhan dan diikuti dengan pembajakan. Sediakan batas 70 cm lebar dan 20-30 cm tinggi dengan jarak 30 cm setiap batas. Berikan baja tahi ayam 10 t/ha, 1 t/ha dolomit dan 0.2 t/ha baja campuran 12:12:17:2+TE sebelum menanam.

Penanaman

Satu baris bagi setiap batas adalah dicadangkan. Bagi kedua-dua kaedah tanam terus atau dipindahkan daripada anak benih, jarak tanaman yang dicadangkan ialah 1m antara baris dan 0.5 m jarak dalam baris. Kepadatan tanaman ialah 13,300 pkk/ha. Sediakan teduhan sementara bagi anak pokok yang baru diubah ke ladang. Siram setiap hari bagi pertumbuhan awal pokok. Apabila tanaman telah tumbuh dengan baik, penyiraman sekali dalam 2 hari adalah memadai.

Pancang

Pancang adalah penting untuk memastikan batangnya tegak dan untuk

Page 47: Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat Johor Bahru Malaysia

mengelak pokok rosak akibat tiupan angi. Sekiranya ia tidak disokong oleh kayu pancang, pembuahan yang lebat juga boleh mematahkan dahan pokok.

Pembajaan

Baja campuran 12:12:17:TE at 0.2 t/ha diberikan sekali seminggu. Selepas pembungaan, kadar baja perlu ditingkatkan kepada 0.4 t/ha setiap 10 hari.

Kawalan Rumpai

Apabila pokoknya masih muda, merumpai secara manual selalu diamalkan. Apabila pokok telah mengeluarkan buah, racun herba lepas cambah boleh digunakan untuk mengawal rumpai. Kini, sungkupan plastik sering digunakan untuk mengawal rumpai dan kehilangan kelembapan.

>> Sungkupan plastik digunakan untuk mengawal rumpai. Pancang diperlukan untuk menyokong dahan pokok.

Perosak dan Penyakit

Varieti ini adalah resistan dengan penyakit layu bakteria. Pengorek buah dan pucuk boleh dikawal dengan penyemburan racun serangga serap (cth: Rogor) atau pyrethroids (cth:. Kilsect).

Thrip merupakan perosak biasa bagi tanaman terung. Ia menyerang daun bermula dengan lubang kecil, daun menebal dan bahagian tepinya

Page 48: Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat Johor Bahru Malaysia

bergulung ke bawah. Thrip boleh dikawal dengan semburan Mesurol.

Penuaian

Buahnya boleh dituai 6 minggu selepas mengubah ke ladang atau 3 minggu selepas pembungaan. Penuaian dibuat setiap 3-4 hari. Buah perlu dipotong daripada tangkainya menggunakan pisau tajam atau sketeus. Buah terung ARC-BJ-105 berwarna ungu kehitaman dan kelihatan amat menarik. Hasail sebanyal 36-45 t/ha boleh diperolehi.

PENANAMAN KACANG BUNCIS 1. Nama Tempatan: Kacang Buncis (Phaseolus vulgaris )

 

2. Pendahuluan:   Kacang buncis merupakan sejenis sayuran kekacang yang

berbuah dan sangat kaya dengan kandungan protin. Ia dipercayai berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan.

Pokok kacang buncis bertabiat tumbuh melilit, mempunyai akar tunjang dan sisi yang panjang dan memerlukan pancang untuk memanjat.

3. Jenis: 

Terdapat 2 jenis yang ditanam iaitu jenis rimbun dan memanjat. Jenis yang biasa ditanam di negara ini ialah jenis memanjat di mana terdapat 2 varieti yang dipilih oleh MARDI iaitu:

a. MBK 1 - Berbiji hitam, berbatang keperangan dan berbunga ungu. Jenis ini biasa ditanam dan disyorkan oleh MARDI.

b. MBK 2 - Berbiji kemerahan, berbatang kehijauan dan berbunga putih. Jenis ini ditanam terutama di kawasan Utara dan Melaka.

Page 49: Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat Johor Bahru Malaysia

4. Tanah:

 

 

Kacang buncis boleh ditanam pada berbagai jenis tanah daripada pasir peroi hingga kepada tanah liat. Tanah yang gembur, subur, baik salirannya dan pH 5.5 - 6.8 adalah paling sesuai untuk penanamannya.

3. Penanaman:

 

A. Menyedia Kawasan

Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 - 22 sm untuk pertumbuhan akar yang baik. Sediakan batas berukuran 1.2 m lebar, 0.3 m tinggi dan panjangnya mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah 0.6 m.

 

B. Menanam

Tanam 4 biji benih selubang dalam 2 barisan dengan jarak 0.6 m antara baris dan 0.5 m antara pokok. Setelah anah benih bercambah dan membesar, tinggalkan 2 pokok selubang sahaja. Sebanyak 9.5 kg biji benih diperlukan untuk kawasan seluas 0.4 ha.

 

C. Menyedia Junjung

Untuk mendapatkan hasil yang tinggi, kacang buncis perlu diberi junjung. Sokong anak-anak tanaman yang berumur 3 minggu dengan menggunakan kayu pancang berukuran 1.8 m - 2.4 m. Condongkan kayu-kayu sokongan supaya bertentangan dan ikat di bahagian atas. Kemudian lentangkan kayu-kayu pada tiap-tiap sudut yang bertemu. Pastikan anak-anak tanaman melilit kayu sokongan.

Satu cara lagi untuk menyokong pokok ialah dengan sistem trellis. Sambung 2 tiang beruti atau batang kayu yang berhampiran dengan dawai kasar untuk dijadikan junjung. Kemudian gunakan dawai sederhana kasar dan ikat dawai ini dengan cara memanjang dan melintang. Gunakan tali rafia untuk membantu anak pokok memanjat junjung.

 

Page 50: Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat Johor Bahru Malaysia

Rajah menunjukk

an rupa bentuk junjunguntukpokok kacang buncis

4. Penjagaan:   A.

Menyiram Siram tanaman pagi dan petang setiap hari kecuali hari hujan.

  B. Membaja

Gunakan baja asas, baja tahi ayam, sebanyak 7 tan untuk 0.4 ha. Tabur baja dalam satu parit di tengah batas atau tabur rata-rata di atas batas dan gaulkan dengan tanah.

Selain daripada itu, baja kimia NPK 15:15:15 juga boleh digunakan sebanyak 400 kg/0.4 ha. Baja ini dibahagi kepada 3 kali pembajaan iaitu pada minggu ke-2, 4 dan 6 selepas menanam.

  C. Merumput

Kawalan rumpai perlu dijalankan sepanjang masa untuk mengelakkan persaingan tanaman dengan

Page 51: Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat Johor Bahru Malaysia

rumpai.5. Memungut Hasil:

 

Hasil boleh mula dikutip 7 minggu selepas menanam. Kutip kacang sebelum matang iaitu sebelum biji terbunjul. Kutip 2 - 3 hari sekali dalam masa 3 minggu. Hasil purata dianggarkan 4,235 kg bagi 0.4 ha.

 

Page 52: Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat Johor Bahru Malaysia