BULETIN BPL EDISI 1/2014
BULETIN BPL
BAHAGIAN PENGURUSAN LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
BULETIN BPL
EDISI 1/2014
FOKUS MENARIK…..
SUKAN BPL
PERTANDINGAN BOWLING KESPEL
PERASMIAN KOLEJ KEJURURAWATAN KUALA PILAH
PERASMIAN KOSPEN
PELANCARAN PISPA ILKKM
PERHIMPUNAN BULANAN BPL
TAHUKAH ANDA?
Air detox mampu kekal
cantik dan ramping?
Oat bagus dijadikan
hidangan harian?
BULETIN BPL EDISI 1/2014
SIDANG REDAKSI
2014
PENAUNG YBhg. Dato’ Nadzri Siron
PENASIHAT
En. Roslee Bin Annuar
KETUA PENGARANG Pn. Marini Binti Othlan
KETUA UNIT PENERBITAN Pn. Maisarah Binti Hashim
En. Bong Suadi Bin Hashim
URUSETIA Pn. Masni Afiza Binti Mohamed
En. Wan Aminuddin Bin Wan Hitam Pn. Nordalilah Binti Helmi
Pn. Rowenna Lantung Entang Pn. Masnah Binti Martu
Cik Nurul Syuhada Binti Mohamad Noor
Sepanjang separuh tahun 2014,
Bahagian Pengurusan Latihan (BPL)
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
telah memenuhi kalendarnya dengan
melaksanakan pelbagai aktiviti sihat
secara rasmi mahupun tidak rasmi.
Antaranya :-
Hari Pendaftaran Pelatih ILKKM (2 Januari 2014)
Program Dynamic Team Work (17 April 2014)
Perasmian Kolej Kejururawatan Kuala Pilah (22 September 2014)
Majlis Pelancaran PISPA ILKKM (27 September 2014)
Mesyuarat pengarah ILKKM
Selain daripada aktiviti-aktiviti rasmi,
BPL juga turut menganjurkan program-
program kemasyarakatan selari dengan
dasar kerajaan, iaitu Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan seperti
Program Inisiatif Komuniti Sihat Perkasa
Negara (KOSPEN) yang diadakan pada 13
Februari 2014.
Tidak lupa juga aktiviti tidak rasmi yang
dianjurkan oleh Kelab Kebajikan & Sukan
Bahagian Pengurusan Latihan (KESPEL),
serta beberapa unit yang lain bagi tujuan
mengeratkan lagi silaturrahim dan
hubungan diantara warga BPL.
Antaranya seperti :-
Perhimpunan Bulanan BPL
Pertandingan Bowling KESPEL
Majlis Khatam Al-Quran
Sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri
Sukan antara ILKKM dan sebagainya.
EDISI 1/2014
BULETIN BPL EDISI 1/2014
PERASMIAN KOLEJ KEJURURAWATAN KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN
Majlis Perasmian Kolej Kejururawatan Kuala Pilah, Negeri
Sembilan telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. S.Subramaniam,
Menteri Kesihatan Malaysia pada 22 September 2014. Kolej yang
dahulunya dikenali sebagai Kolej Kejururawatan Seremban yang telah
ditubuhkan pada 14 Mei 1994 dan memulakan latihan asas
Kejururawatan pada Julai 1994 dengan pengambilan pelatih seramai 73
orang. Pada 1 Januarai 2012, latihan Kejururawatan di Kolej
Kejururawatan Seremban telah berpindah ke kompleks baru di Kuala
Pilah. Kompleks ini dibina di kawasan hospital lama Kuala Pilah di Jalan
Melang.
Kolej yang di bina dibawah peruntukan Rancangan Malaysia ke-9 (RMK
9) dengan kos berjumlah RM 52.3 juta ini mempunyai kapasiti untuk
menampung seramai 600 orang pelatih bagi dua (2) kursus iaitu
Diploma Kejururawatan dengan tempoh pengajian adalah selama tiga
(3) tahun dan Kursus Pos Basik/Pengkhususan Kejururawatan dalam
bidang Perawatan Rehabilitasi dengan tempoh pengajian selama 6
bulan.
Perasmian yang penuh gemilang ini
diserikan lagi dengan persembahan Koir dan
persembahan Fittball daripada pelatih Kolej
Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh.
Turut hadir bersama dalam perasmian ini
ialah YB Dato’ Sri Hasan Bin Malek, Menteri
KPDNKK merangkap Ahli Parlimen Kuala
Pilah, YB Dato’ Seri Dr. Hilmi Bin Yahaya,
Timbalan Menteri Kesihatan, YB Dato’
Shamshulkahar Bin Mohd Deli, EXCO
Kerajaan Negeri Sembilan, YBhg. Datuk
YB Menteri Kesihatan dalam teks ucapan beliau menyatakan
bahawa kecemerlangan seseorang graduan tidak hanya diukur
berdasarkan skor CGPA semata-mata. Sebaliknya juga, diukur dan dilihat
pada sumbangan yang boleh diberikan oleh mereka sebagai modal insan
kepada negara. Kemahiran insaniah perlu dipelajari, difahami seterusnya
dihayati sebagai nilai-nilai utama kehidupan selaras dengan Budaya
Korporat Kementerian iaitu Penyayang, Kerja Berpasukan dan
Profesionalisme.
EDISI 1/2014
Farida Mohd Ali, Ketua Setiausaha KKM dan Dato’ Dr. Hajah Zailan
Binti Dato’ Haji Adnan, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri
Sembilan. Kehadiran semua tetamu kehormat telah memberikan
pengiktirafan kepada latihan yang dikendalikan oleh KKM.
Kehadiran semua tetamu kehormat telah memberikan
pengiktirafan kepada latihan yang dikendalikan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia.
Mu
ka s
ura
t 1
BULETIN BPL EDISI 1/2014
MAJLIS PELANCARAN INISIATIF KOMUNITI SIHAT PERKASA NEGARA (KOSPEN)
Program Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) adalah inisiatif yang telah
dicetuskan oleh YB Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam dalam
usaha menangani masalah peningkatan bebanan Penyakit Tidak Berjangkit (Non
Communicable Disease, NCD) di negara ini. Inisiatif ini merupakan satu transformasi
perkhidmatan kesihatan awam dalam usaha meningkatkan mutu kesihatan rakyat
Malaysia melalui pemerkasaan serta peluasan penglibatan masyarakat dalam
program kesihatan awam dengan menggabungkan mekanisma kerajaan sedia ada
terutamanya di peringkat akar-umbi. Inisiatif Komuniti Sihat Perkasa Negara
(KOSPEN) Peringkat Kebangsaan telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr.
S.Subramaniam, Menteri Kesihatan bersama YB Dato’ Seri Hj Mohd Shafie Apdal,
Bagi membentuk komuniti sihat dan menambah
nilai aktiviti di bawah KEMAS, sekumpulan sukarelawan
kesihatan terlatih dibentuk di kalangan komuniti
sebagai penggerak kepada penglibatan masyarakat di
lokasi terpilih. Skop meliputi amalan pemakanan sihat,
saringan kesihatan sendiri, hidup aktif, pengurusan
berat badan dan bebas rokok. Daripada 1,889 jumlah
penduduk di enam (6) buah kampung di Segamat, 68%
yang berumur lebih 18 tahun telah disaring. Hasil
saringan oleh 77 sukarelawan terlatih, seramai 54%
mempunyai faktor risiko berlebihan berat badan, 76%
risiko tekanan darah dan 40% risiko paras gula dalam
darah.
EDISI 1/2014
Hasil projek perintis KOSPEN ini akan dapat
membantu pemantauan bagi mengawal dan
mencegah penyakit tidak berjangkit dikalangan
masyarakat. Oleh itu, penyakit dapat dikesan dan
diberi rawatan awal di klinik-klinik secara teratur
Mu
ka s
ura
t 2
tanpa membebankan hospital jika ia dibiar menjadi lebih teruk. KOSPEN akan diperluaskan di seluruh
negara dengan sasaran 10,000 sukarelawan dalam tempoh 3 tahun.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dengan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Sekolah Kebangsaan Kg. Kuala
Paya, Segamat pada 13 Februari 2014.
BULETIN BPL EDISI 1/2014
GALERI FOTO SEPANJANG MAJLIS PERASMIAN KOSPEN
KEHADIRAN DIF-DIF KEHORMAT TAKLIMAT AKTIVITI KOSPEN DI KG KUALA PAYA
TANDATANGAN PERASMIAN KOIR KOLEJ KEJURURAWATAN PENYAMPAIAN AMANAT KSKB
SG BULOH
MOU ANTARA KKLW & KKM
DEMONSTRASI MENGGOSOK GIGI
SEKOLAH BEBAS ASAP ROKOK HADIRIN YANG HADIR Mu
ka s
ura
t 3
10,000 LANGKAH
BULETIN BPL EDISI 1/2014
MAJLIS PELANCARAN PISPA ILKKM
EDISI 1/2014
Mu
ka s
ura
t 4
Majlis Pelancaran Pasukan Institusi
Pertahanan Awam (PISPA) bagi Institusi Latihan
Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) telah
diadakan buat julung kalinya di Kolej Sains Kesihatan
Bersekutu Sultan Azlan Shah (KSKB SAS), Ulu Kinta
pada tanggal 27 September 2014.
Seramai 70 orang pegawai bersekutu yang terdiri
daripada pegawai kanan Bahagian Pengurusan
Latihan, Pengarah dan Timbalan Pengarah institusi
latihan telah menerima watikah pelantikan dan Dato’
Nadzri Siron selaku Setiausaha Bahagian (SUB),
Bahagian Pengurusan Latihan turut dijemput bagi
acara pemakaian pangkat dan penerimaan watikah
perlantikan oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
(JPAM). Selain itu sebanyak 100 orang pengajar
penyelaras dan 14 orang pembantu penyelaras turut
menerima watikah pelantikan sebagai Pegawai
Pasukan. PISPA ILKKM ditubuhkan pada awal
Januari 2014 di 23 buah institusi latihan yang
menjalankan program pra perkhidmatan bertaraf
diploma bertujuan untuk meningkatkan nilai jatidiri
di kalangan para pelatih ILKKM. Pengisian ilmu
pertahanan awam ini juga diadakan dalam minggu
orientasi bagi memastikan nilai jatidiri turut disuntik
kepada para pelatih yang mengikuti program pra
perkhidmatan bertaraf sijil. Sehingga kini terdapat
hampir 1,500 pelatih yang menganggotai PISPA
ILKKM.
BULETIN BPL EDISI 1/2014
GALERI FOTO SEPANJANG MAJLIS PELANCARAN PISPA ILKKM
Mu
ka s
ura
t 5
Antara pengisian program PISPA ILKKM adalah seperti asas menyelamat dan pertolongan cemas,
melawan kebakaran dan kawad kaki. Selain itu juga terdapat aktiviti luar atau latihan medan yang
diadakan bagi melatih dan meningkatkan ketahanan fizikal dan mental sebagai persediaan para pelatih
untuk menghadapi pelbagai cabaran semasa bekerja dan menjalani kehidupan sebenar. Kemahiran
insaniah ini dibentuk dengan penglibatan mereka secara aktif di dalam aktiviti yang melibatkan komuniti
atau masyarakat setempat seperti khidmat masyarakat dan program perkhemahan.
Pada majlis itu juga buku Garis Panduan PISPA
ILKKM telah diserahkan kepada Dato’ SUB, BPL
daripada Dato’ Zaitun Ab Samad, Ketua
Pengarah JPAM dan disaksikan oleh YAB
Timbalan Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Dr.
Hilmi Bin Hj Yahaya yang turut merasmikan
majlis pelancaran tersebut.
Diharapkan para pelatih PISPA ILKKM dapat
bersama-sama menyumbang tenaga dan
membantu semasa berlakunya bencana yang
sering melanda negara kita seperti banjir, tanah
runtuh dan kemalangan. Walaupun bukan
menawarkan peranan sebagai anggota
penyelamat utama, namun mereka mampu
memberikan perkhidmatan sebagai anggota
sains kesihatan yang sedia membantu di pusat
bantuan operasi dan berganding bersama
dengan anggota pertahanan awam membantu
masyarakat yang memerlukan.
Sambungan dari muka surat 4
BULETIN BPL EDISI 1/2014
MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI BERSAMA KSU KKM YBHG. DATUK FARIDA MOHD ALI
EDISI 1/2014
PROGRAM DYNAMIC TEAM WORK
Program Dynamic Team Work yang bertujuan untuk mengasah bakat
kepimpinan disamping memupuk semangat kerja berpasukan telah dijalankan
selama 4 hari berturut-turut iaitu pada 17 April 2014 hingga 20 April 2014
bertempat di KSKB Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta. Peserta adalah terdiri daripada
Ahli Jawatankuasa Majlis Tertinggi Perwakilan Pelajar (MPP) ILKKM iaitu
seramai 102 orang. Program yang dikendalikan oleh Unit Pembangunan & Hal
Ehwal Pelatih, BPL telah memberi impak positif dalam agenda memantapkan
peranan dan penglibatan pelatih ILKKM menuju ke arah kecemerlangan kolej,
menyemai semangat jati diri dan cintakan negara serta meningkatkan
kemahiran berkomunikasi. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’
Nadzri Siron selaku Setiausaha Bahagian Pengurusan ILKKM.
Mu
ka s
ura
t 6
25 Ogos 2014 (Isnin) - Kelab Kebajikan & Sukan
Pengurusan Latihan (KESPEL), BPL telah menganjurkan
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 29 Syawal
1435H bertempat di Ruang Legar BPL. Majlis ini
diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim
dikalangan warga BPL disamping meraikan sambutan
Hari Raya Aidilfitri.
Majlis yang bertemakan ‘Aman Raya’
bersempena bulan kemerdekaan yang disambut
bersekali dengan Hari Raya Aidilfitri ini telah dirasmikan
oleh Ketua Setiausaha Bahagian KKM, YBhg. Datuk
Farida Mohd Ali.
Majlis diserikan lagi dengan pertandingan gerai
tercantik yang disertai oleh 14 Unit di BPL,
pertandingan Personaliti Aidilfitri Terbaik,
Pertandingan Anyaman Ketupat dan Ikatan Sampin.
Turut dimeriahkan lagi dengan permainan Musical Chair
bagi kategori wanita dan lelaki. Majlis yang disambut
meriah ini sememangnya berjaya memupuk hubungan
yang baik antara warga BPL.
BULETIN BPL EDISI 1/2014
EDISI 1/2014
HARI PENDAFTARAN PELATIH ILKKM
MESYUARAT PENGARAH ILKKM
Pada 2 Januari 2014, pendaftaran bagi kemasukan pelatih
baru ambilan Januari 2014 telah diadakan di Institusi Latihan
Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM). Seramai 2,618 calon yang
hadir melapor diri pada hari pendaftaran tersebut. Pihak BPL
mengalukan kedatangan calon baru & mengucapkan jutaan tahniah
kepada mereka yang telah terpilih bagi mengikuti program dibawah
pengajian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Mesyuarat pengarah ILKKM 2014 telah diadakan
sebanyak 5 kali dalam tahun ini yang melibatkan semua Pengarah
Institusi Latihan KKM (ILKKM) dan juga pegawai-pegawai dari
Bahagian Pengurusan Latihan (BPL).
Mesyuarat ini diadakan bersekali dengan Mesyuarat
Jawatankuasa Tadbir Urus Kerajaan (JKTU) BPL dan ILKKM,
Mesyuarat Jawatankuasa HRMIS, Mesyuarat Konvokesyen
ILKKM Tahun 2014, Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset
Alih Kerajaan (JKPAK) BPL dan ILKKM serta Mesyuarat
Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun BPL & ILKKM.
Antara topik utama yang diketengahkan dalam mesyuarat ini
adalah pengurusan latihan, pengajaran & pembelajaran serta isu-isu pelatih samada
dari segi akademik mahupun bukan akademik.
Selain itu, dalam Mesyuarat
Pengarah ILKKM Bil. 2/2014 yang telah
diadakan pada 30 Mac 2014 – 1 April
2014, logo baharu KKM yang telah
dilancarkan oleh YB Menteri Kesihatan
telah diperkenalkan kepada semua ahli
mesyuarat. Logo ini perlu diguna pakai
dalam semua urusan rasmi yang
melibatkan KKM.
LOGO RASMI KKM
Mu
ka s
ura
t 7
BULETIN BPL EDISI 1/2014
EDISI 1/2014
MAJLIS JASAMU DIKENANG – PN NIK NORAIHAN THANI
PERHIMPUNAN BULANAN BPL
Perhimpunan Bulanan BPL telah diadakan
setiap bulan dan ia merupakan agenda utama BPL.
Perhimpunan ini dianjurkan oleh Unit Pengurusan
sebagai satu platform komunikasi pihak pengurusan
dengan warga BPL serta memupuk dan menjalinkan
kerjasama yang erat disamping untuk melihat sejauh
mana potensi warga BPL dalam mengendalikan majlis,
membaca doa dan membaca ikrar.
Majlis Perpisahan Puan Nik Noraihan Thani telah diadakan pada 25 Ogos
2014 di Ruang Legar, Bahagian Pengurusan Latihan (BPL). Beliau merupakan
Timbalan Setiausaha Bahagian bagi Institusi Latihan (IL) yang telah berkhidmat
selama 7 tahun bermula pada November 2007 sehingga Ogos 2014. Majlis ini
diadakan bersempena dengan persaraan beliau dalam perkhidmatan. Sepanjang
perkhidmatan beliau sebagai Timbalan Setiausaha Bahagian (IL), banyak perubahan
yang telah dilakukan di BPL terutamanya berkaitan dengan perkhidmatan &
kebajikan pelatih ILKKM. Terima Kasih Puan Nik Noraihan Thani. Jasamu tetap kami
kenang.
Mu
ka s
ura
t 8
Setiausaha Bahagian (SUB), Dato’
Nadzri Siron telah menyampaikan amanat
beliau setiap kali perhimpunan bulanan ini
diadakan. Pelbagai aspek yang disentuh
oleh beliau terutamanya mengenai
aktiviti penting BPL, Dasar-dasar
Kementerian dan sebagainya. Selain itu,
aktiviti lain yang turut diadakan adalah
seperti :-
Slot hari lahir.
Slot memperkenalkan
pegawai baru & pegawai yang
dinaikan pangkat.
Slot penyampaian hadiah bagi
pencapaian aktiviti.
BULETIN BPL EDISI 1/2014
28 Mei 2014 – Aktiviti Sukan Bahagian
Pengurusan Latihan (BPL) bersama-sama
Institusi Latihan Kementerian Kesihatan
Malaysia (ILKKM) telah berlangsung selama
tiga (3) hari iaitu pada 28 Mei 2014 hingga 30
Mei 2014 di Kolej Kesihatan Awam (KKA) Batu
Rakit, Terengganu.
Antara aktiviti sukan yang diadakan
ialah Bola Jaring, Bola Tampar, Ping Pong dan
Karom. Aktiviti sukan ini melibatkan
perlawanan antara warga BPL, Kolej Kesihatan
Awam (KKA) Batu Rakit dan Kolej
Kejururawatan (KK) Kuala Terengganu.
Pertandingan Bola Tampar telah
dimenangi oleh KKA Batu Rakit dan KK Kuala
Terengganu. Manakala pertandingan Karom
pula telah dimenangi oleh KKA Batu Rakit. Bagi
sukan Bola Sepak, Bola Jaring dan Ping Pong
pula kejohonan telah dirangkul oleh BPL.
Aktiviti Sukan
BPL bersama
Kolej Kesihatan
Awam Batu
Rakit & Kolej
Kejururawatan
Kuala
Terengganu
Aktiviti santai
pertandingan
Bowling
KESPEL
AKTIVITI SIHAT BPL
Secara keseluruhannya,
kemenangan bagi Aktiviti Sukan
antara BPL & ILKKM telah
memihak kepada BPL. Tahniah
diucapkan kepada semua yang
terlibat.
18 Mei 2014 - Kelab Kebajikan Dan Sukan Pengurusan Latihan
(KESPEL) telah menganjurkan Pertandingan Bowling pada 18
Mei 2014, bertempat di ARL Power Bowl Alamanda, Putrajaya.
Tujuan utama diadakan adalah untuk mengeratkan
silaturrahim antara ahli & mendorong ahli kelab supaya
mewujudkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian sambil
beriadah selaras dengan seruan kerajaan. Pertandingan
Bowling ini adalah terbuka kepada semua ahli KESPEL tanpa
mengira gred jawatan. Pertandingan telah dijalankan pada jam
9.30 pagi dan disertai seramai 60 peserta.
YBhg. Dato’ Nadzri Siron selaku Penaung
KESPEL telah merasmikan pertandingan tersebut
dengan membuat balingan yang pertama. Berbagai-
bagai hadiah telah dimenangi oleh ahli kelab
antaranya Juara Berkumpulan dan Jatuhan Pin
Tertinggi.
Mu
ka s
ura
t 9
SUKAN BERSAMA KOLEJ KESIHATAN AWAM BUKIT RAKIT & KOLEJ
KEJURURAWATAN KUALA TERENGGANU
PERTANDINGAN BOWLING KESPEL 2014
EDISI 1/2014
BULETIN BPL EDISI 1/2014
EDISI 1/2014
AKTIVITI SIHAT BPL EDISI 1/2014
Mu
ka s
ura
t 10
PROGRAM MERAKYATKAN PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA PENDUDUK FELDA BUKIT TANGGA, BUKIT KAYU HITAM PADA 17-19 APRIL 2014
KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) KKM DI
BUKIT GAMBANG RESORT CITY, KUANTAN PADA 27-30 OGOS 2014
SIMPOSIUM PENYELIDIKAN KEBANGSAAN ILKKM DI KSKB ULU
KINTA, PERAK PADA 5 SEPTEMBER 2014
KONVENSYEN KOKURIKULUM (KEBUDAYAAN) ILKKM DI KSKB SG. BULOH PADA 25-27 JUN 2014
MAJLIS IFTAR PERDANA DI KSKB PADA 11 JULAI 2014
PERJUMPAAN & PENYAMPAIAN AMANAT DI KSKB SG. BULOH PADA 4 OGOS 2014
BULETIN BPL EDISI 1/2014
AIR DETOX UNTUK KEKAL CANTIK
DAN RAMPING
BAHAN-BAHAN :
Tembikai @ timun @ limau (buahan-buahan lain) – dipotong/dihiris
1 biji lemon
Beberapa helai daun pudina (lebih kurang 10-13 helai)
Air sejuk / Ais kiub
CARA-CARA PENYEDIAAN :
Masukkan buah tembikai @ timun @ limau yang telah dipotong ke
dalam bekas jag.
Kemudian masukkan lemon yang telah dihiris bersama buah tadi.
Masukkan daun pudina dan tuangkan air sejuk / ais kiub ke dalam
bahan tadi.
Biarkan kesemua bahan semalaman di dalam peti sejuk.
Detox merupakan proses penyingkiran
bahan toksik atau buangan dari tubuh manusia.
Badan manusia mempunyai sistem detox sendiri
iaitu hati, usus dan ginjal. Apabila kita berpuasa,
badan akan melakukan proses detox semulajdi.
Detox dilakukan untuk memastikan sistem
penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya,
memastikan kulit bersih dan memastikan sistem
buah pinggang kita berjalan dengan lancar.
Tahukah anda, bahawa anda sendiri boleh
melakukan proses menyingkirkan bahan toksik dari
tubuh badan anda? Air detox merupakan salah satu
cara untuk menyingkirkan bahan toksik dalam
badan dan proses ini sangat bagus untuk
diamalkan.
Antara fungsi terbaik jika kita amalkan
minum minuman detox ini ialah :
Mencuci dalaman perut dan usus
Menurunkan berat badan
Mengempiskan perut
Melegakan sakit tekak
Mencantikkan kulit kerana kandungan
vitamin C yang tinggi
Membuang toksin dalam badan
Mengurangkan masalah
selsema
APA ITU DETOX? KELEBIHAN AIR DETOX
CARA-CARA PENYEDIAAN AIR DETOX
Mu
ka s
ura
t 11
BULETIN BPL EDISI 1/2014
BAHAN-BAHAN :
2 cawan tepung gandum
1 cawan oat
1 biji telur
½ sudu the garam
Tuna
Daun salad, tomato & timun
CARA-CARA PENYEDIAAN :
Bancuh gandum, oat, telur dan garam bersama air. Gaul sehingga rata.
Panaskan kuali leper & ratakan sedikit minyak. Tuang 2 senduk bancuhan tepung tadi dan ratakan di atas
kuali.
Apabila telah garing, terbalikkan agar ia sama masak kedua-dua bahagian.
Angkat dan masukkan inti tuna beserta sayuran ke atas lempeng tadi. Gulungkan seperti dalam gambar
dan sedia untuk dimakan.
MENU SARAPAN PAGI
LEMPENG OAT BERTUNA
BAHAN-BAHAN :
4 sudu besar oat
1 kiub tomyam
Lobak
Kobis
Ikan bilis
Bawang merah
Minyak zaitun (olive oil) CARA-CARA PENYEDIAAN :
Goreng ikan bilis sehingga garing, masukkan bersama bawang dan cili padi, kemudian toskan dan ketepikan.
Gunakan periuk kecil, masukkan sedikit minyak zaitun (olive oil), goreng lobak dan kubis yang telah dipotong tadi.
Masukan air, kiub tomyam dan oat. Biarkan kesemua bahan tadi masak (sehinga oat kembang).
Setelah oat siap dimasak, hidangkan oat tadi bersama ikan bilis goreng tadi diatas hidangan & sedia untuk dimakan.
MENU MAKAN TENGAHARI
BUBUR TOMYAM OAT
MENU SIHAT BPL
Mu
ka s
ura
t 12