ISU :
STAF JMSK 1
MENTOR-MENTEE 1
PENGLIBATAN
JMSK
2—3
KEM MOTIVASI 4
KATA-KATA HIKMAH
MEMPELAJARI ADALAH…. Mencari apa yang sudah anda ketahui
MELAKUKAN ADALAH ….. Menunjukkan bahawa anda mengetahuinya
MENGAJARKAN ADALAH ….. Mengingatkan pada orang lain bahawa mereka mengetahuinya seperti anda
Kita semua adalah …..
PELAJAR—PELAKU—PENGAJAR
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) bertempat di Bangunan Blok D. Jiran bagi JMSK adalah Jabatan Perdagangan
EDISI 1/2014
BULETIN JMSK
BULETIN JABATAN MATEMATIK, SAINS & KOMPUTER
STAF JMSK
MENTOR-MENTEE
Program Mentor-Mentee merupakan salah satu program inisiatif yang diambil oleh JMSK untuk membantu pelajar-pelajar yang lemah matematik bagi meningkatkan tahap kefahaman dan minat mereka terhadap matematik. Setiap pelajar yang lemah ini dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Masa perjumpaan antara mentor dan mentee adalah mengikut jadual yang dipersetujui bersama.
Peserta iCompEx’14 (PNS & IPG)
PENGLIBATAN JMSK
Page 2
iCompEx’14 berlangsung pada 24 –25 Mac 2014 bertempat di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Kedah. Pertandingan ini disertai oleh Nurulhuda binti Che Abd Rani bergabung tenaga dan idea dengan pensyarah-pensyarah dari Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban. Tajuk inovasi yang di-pertandingkan ialah YOU ARE THE EXPERT (YATE). Inovasi ini telah memenangi Pingat Gangsa.
NATIONAL INNOVATION AND INVENTION COMPETITION THROUGH EXHIBITION 2014 (iCompEX’14)
Penerangan kepada JURI
CCE 2014 TELAH BERLANGSUNG DI Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang pada 24 - 25 Jun 2014. Inovasi yang dipertandingkan adalah dari segi pemasaran tanaman salad dengan tajuk yang diberi AGRIFLEXI. Pertandingan ini disertai oleh staf dari JMSK bergabung dengan staf dari JP dan JPAm. Inovasi ini telah memenangi Pingat Perak.
BULETIN JMSK Page 3
CONFERENCE, COMPETITION AND EXHIBITION 2014 (CCE 2014)
NATIONAL LEVEL
JMSK telah menganjurkan satu Kem Motivasi Matematik 2014 yang berlangsung pada 14 OGOS 2014 (Khamis). Penceramah bagi kem tersebut ialah Encik Ahmad Baahir bin Baharudin, CEO Speak Out Training & Management Services Company. Tujuan kem ini diadakan untuk meningkatkan minat dan semangat pelajar yang lemah dalam bidang matematik, sekaligus membuka mata dan minda mereka bahawa matematik banyak di-aplikasikan dalam kehidupan seharian.
Peserta yang terlibat terdiri daripada para pelajar Semester 1 bagi Program DLH dan DKM, iaitu seramai 122 orang pelajar. Kem ini bermula jam 8.00 pagi hingga 12.30 ten-gah hari bertempat di Dewan Sri Putra, Politeknik Nilai. Sepanjang program berlang-sung, pelbagai aktiviti dijalankan bagi meningkatkan minat pelajar terhadap bidang ma-tematik.
KEM MOTIVASI MATEMATIK 2014