2/2015 JUNE 2015
1
GOTONG-ROYONG STAF PPK CHETOK
MEI 2015 – PPK CHETOK
Aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan pejabat dan persekitaran di peringkat PPK Chetok diadakan pada
MAJLIS PERPISAHAN PUAN NORMA BT ISMAIL
2
MEI 2015 – PPK CHETOK
Aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan pejabat dan persekitaran di peringkat PPK Chetok diadakan pada
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-37
MEI 2015 – PPK CHETOK
Program kemuncak yang dinanti-nantikan pada setiap tahun iaitu Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 37 pada tahun ini telah diadakan pada 25 Mei 2015, hari Isnin. Mesyuarat Agung telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia, Dato' Haji Mohd Salim bin Haji Taha. Ketika mesyuarat ini, tiada pemilihan Ahli Jemaah Pengarah(AJP) diadakan. Seramai 7 orang telah menerima anugerah mengikut kategori dan turut membawa pulang wang saguhati bernilai RM 100.00 setiap seorang daripada PPK Chetok.
3
Taklimat diadakan di Bilik Gerakan PPK Chetok
Pegawai MPOB sedang memberi penerangan mengenai tanaman kelapa sawit
Lawatan ke tempat tanaman kelapa sawit bersama dengan Pengurus Besar PPK Chetok dan Pegawai-pegawai MPOB
Perangkap Feromon : Pemburu Senyap Kumbang Badak
Populasi kumbang badak di ladang sawit boleh dikawal dengan menggunakan perangkap feromon. Ianya bertujuan untuk mengumpan kumbang badak melalui sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai feromon (Pheromone), ethyl 4 methyloctanoate.
Bahan kimia ini akan bertindak sebagai isyarat tarikan untuk mengumpul kumbang badak sesama spesis di tempat bahan feromon diletakkan. Apabila kumbang badak menerima isyarat ini dan menerbang ke tempat perangkap feromon yang dipasang, akan terperangkap di situ dan tidak dapat keluar lagi.
Perangkap feromon terdiri daripada satu tiang kayu setinggi 3-4 meter yang dipacak pada tanah. Di atas tiang itu digantung satu tong atau baldi plastik yang juga dipasang kepingan logam bercat hitam serta dipautkan satu bungkusan feromon yang boleh dipakai untuk purata 8 minggu. Perangkap ini juga boleh bertindak sebagai pengukur populasi kumbang badak di ladang
Perangkap feromon lebih berkesan terhadap kumbang badak yang sudah kenyang makan dan sedang mencari tapak pembiakan. Bagi kumbang badak yang baru keluar dari sarang pupa, oleh kerana naluri mereka lebih mendesak untuk mencari makanan, maka perangkap feromon kurang dapat menarik perhatian mereka.
Kaedah perangkap feromon merupakan strategi kawalan masa jangka panjang yang baik. Ia dikategorikan sebagai komponen di dalam kaedah Pengurusan Perosak Bersepadu (Integrated Pests Management, IPM) dan bukan kaedah yang dapat mengurangkan populasi kumbang badak secara mendadak di ladang yang tinggi populasi. Dalam keadaan tertentu, kaedah kawalan biologi dan kawalan racun kimia boleh
Pemakanan Untuk Mengatasi Masalah Sembelit
1. BetikBuah betik yang ranum kaya dengan vitamin C dan mempunyai kandungan serat yang tinggi. Ia sesuai dimakan untuk melawaskan perut bagi sesiapa yang mempunyai masalah sembelit. Elok lebihkan serat dalam pemakanan harian bagi individu yang mengalami sembelit. Cuba ini: Punch buah-buahan perdana.
2. StrawberiBuah berwarna merah yang berasal dari negara bercuaca sejuk ini bukan sahaja cantik dan enak dimakan. Malah, ia berkesan mengatasi masalah sembelit di samping bertindak sebagai astringen bagi meredakan demam dan juga membersihkan gigi. Ia juga kaya dengan vitamin C yang baik untuk kesihatan kulit.
3. CincauCincau mempunyai serat yang tinggi dan rendah kalori dipercayai mampu meredakan panas di dalam tubuh, demam, kembung perut, sembelit dan cirit birit. Selain itu cincau juga mampu membersihkan organ pencernaan dari zat karsinogen yang menjadi punca penyakit kanser.
4. CikuIndividu yang mengalami masalah sembelit juga boleh amalkan makan buah ciku yang dihancur sehingga lumat. Amalan ini boleh disertakan bersama pengambilan sedikit air suam yang dicampur dengan sedikit garam sebelum sarapan pagi.
5. Lobak MerahLobak merah atau nama saintifiknya Daucus carota L boleh membantu menyembuhkan sembelit, mengubati sakit ketika buang air kecil, meningkatkan aliran ketika menstruasi dan menjaga kulit supaya sentiasa sihat. Cara terbaik menikmati manfaat lobak merah adalah dengan memakannya secara mentah.
4
Populasi kumbang badak di ladang sawit boleh dikawal dengan menggunakan perangkap feromon. Ianya bertujuan untuk mengumpan kumbang badak melalui sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai feromon (Pheromone), ethyl 4 methyloctanoate.
Bahan kimia ini akan bertindak sebagai isyarat tarikan untuk mengumpul kumbang badak sesama spesis di tempat bahan feromon diletakkan. Apabila kumbang badak menerima isyarat ini dan menerbang ke tempat perangkap feromon yang dipasang, akan terperangkap di situ dan tidak dapat keluar lagi.
Perangkap feromon terdiri daripada satu tiang kayu setinggi 3-4 meter yang dipacak pada tanah. Di atas tiang itu digantung satu tong atau baldi plastik yang juga dipasang kepingan logam bercat hitam serta dipautkan satu bungkusan feromon yang boleh dipakai untuk purata 8 minggu. Perangkap ini juga boleh bertindak sebagai pengukur populasi kumbang badak di ladang
Perangkap feromon lebih berkesan terhadap kumbang badak yang sudah kenyang makan dan sedang mencari tapak pembiakan. Bagi kumbang badak yang baru keluar dari sarang pupa, oleh kerana naluri mereka lebih mendesak untuk mencari makanan, maka perangkap feromon kurang dapat menarik perhatian mereka.
Kaedah perangkap feromon merupakan strategi kawalan masa jangka panjang yang baik. Ia dikategorikan sebagai komponen di dalam kaedah Pengurusan Perosak Bersepadu (Integrated Pests Management, IPM) dan bukan kaedah yang dapat mengurangkan populasi kumbang badak secara mendadak di ladang yang tinggi populasi. Dalam keadaan tertentu, kaedah kawalan biologi dan kawalan racun kimia boleh
Lebah kelulut merupakan lebah yang bersaiz kecil berbanding lebah madu yang biasa kita lihat. Lebah kelulut juga mempunyai habitat yang agak pelik iaitu dalam tunggul-tunggul kayu.
Maka tidak hairanlah kenapa para pengusaha menggunakan rumah kotak yang diperbuat daripada kayu sebagai pelindung koloni lebah kelulut.
Lebah jenis ini tidak menyengat seperti lebah biasa. Maka, tidak perlu risau untuk risiko terkena sengatan berbahaya.
Madu yang dihasilkan oleh lebah kelulut ini tidaklah sepekat madu tualang yang banyak di pasaran sekarang. Ia dapat dilihat daripada tesktur warnanya. Namun begitu, khasiat madu kelulut ini masih ajaib seperti yang dijangka.
5
…JOM KENALI LEBAH
Merawat kencing manis Mengurangkan hipertensionMerawat goutMencegah kanserMerawat strokMerawat sakit sendiMengurangkan lelahAnti penuaan Meningkatkan metabolismaMemulihkan kecederaan dalaman Madu lebah kelulut merupakan madu yang tinggi khasiatnya kerana saiz lebah yang begitu kecil membolehkan ia menyedut madu daripada bunga jauh lebih dalam.
Menyedari akan potensi dan khasiat-khasat madu kelulut, pihak Pertubuhan Peladang Kawasan Chetok mengambil inisiatif untuk memasarkan madu kelulut asli di bawah nama PPK ini sendiri.
6
7
PENAUNGEn. Che Kamarul Wzaman bin Che
HaronPengerusi Ahli Jemaah Pengarah
PENASIHATEn. Jamsari bin Osman
Pengurus Besar
EDITORTn. Haji Zainal bin Hashim
EDITOR PENYELARASCik Siti Madihah bt Dzulkifli
JURUFOTOEn. Zahri bin Che Amat
En. Mohamed Hazwan bin Hanafi
PENGIKLANANEn. Kahar bin Ikhsan En. Laudin bin Said
Cik Nur Aishah bt Che Azman
DITERBITKAN DAN DICETAK OLEH :
Pertubuhan Peladang Kawasan Chetok,
Km 16 Jalan Tanah Merah,
Payah kami menabur padiNenas juga ditanam orangPayah kami menabur budiEmas juga dipandang orang
Tinggi bukit gilang-gemilangAir laut tenang-tenanganBudi sedikit tidakkan hilangItu menjadi kenang-kenangan
Jentayu burung jentayuHinggap dibalik pokok mayangBunga kembang akan layuBudi baik bilakan hilang
Biarlah orang bertanam buluhMari kita bertanam padiBiarlah orang bertanam musuhMarilah kita bertanam budi
Ayam jantan siayam jalakJaguh Siantan nama diberiRezeki tidak saya tolakMusuh tidak saya cari
Kalau keladi sudah ditanamJangan lagi meminta talasKalau budi sudah ditanamJangan lagi meminta balas