CADANGAN KERTAS 3 SPM 2014
Soalan Ramalan Sejarah Kertas 3 SPM 2014
(MODEL 2)
Aspek Perincian Markah Ruj
Pengenalan 1 (a) maksud demokrasi berparlimen
5
ms 5
ms 7(b) Corak pemerintahan negara demokrasi dunia.
Isi dan Huraian
2 Ciri-ciri sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia.
10 ms 8
3 Jentera kerajaan Malaysia dalam melaksanakan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.
30 ms 20
4 Amalan pilihan raya dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia.
10 ms 26
5 Kebaikan prinsip pengagihan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam amalan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.
10 ms 30
6 (a) Cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.
10 ms 35(b) Cadangan langkah untuk memantapkan sistem
tersebut.
7 Kejayaan pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen yang menjadikan Malaysia dihormati di peringkat antarabangsa
10 ms 33
8 Iktibar yang boleh diambil daripada kejayaan Malaysia melaksanakan sistem demokrasi berparlimen.
10 ms 38
Kesimpulan 9 (a) Pengetahuan yang diperolehi daripada tugasan yang anda laksanakan.
(b) Nilai yang boleh anda ambil untuk diri anda, negara dan bangsa.
(c) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia cemerlang dan terbilang.
5 ms 39
KERTAS SOALAN TAMAT
CORAK PEMERINTAHAN NEGARA DEMOKRASI DI DUNIA
Contoh Soalan :Corak pemerintahan negara demokrasi dunia.
[5 markah]
Isi Jawapan :
Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan
kedaulatan rakyat. Terdapat dua corak pemerintahan negara demokrasi,
iaitu Sistem Raja Berperlembagaan dan Sistem Republik. Sistem Raja
Berperlembagaan mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi
peringkat negara dan negeri. Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri.
Sistem Republik menolak institusi beraja dan diketuai oleh presiden yang
dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.
[5 markah]
LATAR BELAKANG DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA
Contoh Soalan :Latar belakang pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen di
Malaysia selepas negara mencapai kemerdekaan.[5 markah]
Isi Jawapan :
Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi
Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak tahun 1957. Terdapat
dua corak pemerintahan demokrasi iaitu sistem Raja Berperlembagaan
dan sistem Republik. Sistem Raja Berperlembagaan ialah sistem yang
mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi negara. Pemerintah
dibantu oleh Perdana Menteri. Sistem Republik menolak institusi beraja.
Kerajaan diketuai oleh presiden.
Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen
dan Raja Berperlembagaan. Rakyat melibatkan diri dalam sistem
pemerintahan negara manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat
setia rakyat. Rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat bebas
memilih perwakilan melalui pilihan raya. Mereka berhak mengekalkan
atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya.
[5 markah]
MAKSUD DEMOKRASI BERPARLIMEN
Contoh Soalan :Maksud demokrasi berparlimen
[5 markah]
Isi Jawapan :
Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen
dan Raja Berperlembagaan sejak tahun 1957. Demokrasi Berparlimen
bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan
manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat.
Dalam sistem demokrasi berparlimen, rakyat berpeluang membentuk
kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya. Mereka
berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan melalui
pilihan raya.
[5 markah]
CIRI PEMERINTAHAN DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA
Contoh Soalan :Ciri-ciri sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia.
[15 markah]Isi Jawapan :
Ciri sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia
ialah mempunyai perlembagaan. Perlembagaan merupakan undang-
undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah
kerajaan. Perlembagaan menjadi panduan kepada kerajaan untuk mentadbir
negara. Perlembagaan mengandungi pelbagai peruntukan.
Ciri yang kedua ialah mempunyai institusi Raja
Berperlembagaan. Raja Berperlembagaan bermaksud sistem pemerintahan
beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia. Yang di-Pertuan
Agong adalah Ketua Utama Negara. Baginda bertindak mengikut
Perlembagaan Malaysia dan nasihat Perdana Menteri.
Ciri yang ketiga ialah mempunyai Parlimen.Parlimen ialah badan
perundangan yang menggubal undang-undang di negara kita. Parlimen
terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Ciri yang keempat ialah mengamalkan pilihan raya. Pilihan raya
ialah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah samada di peringkat
negeri atau persekutuan. Pilihan raya diadakan dalam dua bentuk iaitu
pilihan raya umum dan pilihan raya kecil. Pilihan raya dijalankan oleh
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Ciri yang kelima ialah mempunyai badan yang menjalankan
pemerintahan. Kuasa pemerintahan dibahagikan kepada badan
perundangan, badan pelaksana dan badan kehakiman. Ketiga-tiga badan ini
dipegang oleh pihak yang berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa.
Ciri yang keenam ialah mempunyai parti-parti politik. Ideologi
politik dan sikap perkauman menjadi asas pembentukan parti politik di
negara kita. Parti-parti ditubuhkan dengan matlamat untuk menyatukan dan
menjaga kepentingan kaum masing-masing.
Ciri yang ketujuh ialah mengamalkan kebebasan asasi. Setiap
warganegara mempunyai hak asasi dan kebebasan berpersatuan, beragama
dan memiliki harta. Warganegara bebas memilih dan menganggotai mana-
mana parti politik. .
[15 markah]NILAI-NILAI DEMOKRASI BERPARLIMEN
Contoh Soalan :
Nilai-nilai demokrasi yang perlu difahami oleh warganegara Malaysia.
[15 markah]Isi Jawapan :
Nilai demokrasi yang perlu difahami oleh warganegara
Malaysia ialah menjunjung tinggi perlembagaan negara.
Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi negara . Perlembagaan
menjadi asas pembentukan sesebuah kerajaan. Ketertinggian perlembagaan
mengatasi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah.
Nilai demokrasi kedua yang perlu difahami oleh warganegara
Malaysia ialah taat setia kepada negara. Setiap warganegara dituntut
mematuhi perlembagaan dan undang-undang negara untuk menjamin taat
setia kepada negara. Perlembagaan Malaysia menyatakan seseorang yang
mempunyai kerakyatan negara lain akan dilucutkan kewarganegaraannya.
seseorang warganegara boleh dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak
setia kepada negara ini.
Nilai demokrasi ketiga yang perlu difahami oleh warganegara
Malaysia ialah jaminan hak asasi dan kebebasan rakyat di negara ini.
Setiap warganegara mempunyai kebebasan berpersatuan, beragama dan
memiliki harta. Rakyat bebas untuk membentuk kerajaan dengan cara
memilih wakil rakyat melalui pilihan raya. Bagaimanapun rakyat perlu
mengetahui had kebebasan mereka di sisi undang-undang.
Nilai demokrasi keempat yang perlu difahami oleh
warganegara Malaysia ialah menghormati institusi Raja
Berperlembagaan. Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Utama Negara.
Baginda merupakan simbol keutuhan dan perpaduan rakyat di negara ini.
Nilai demokrasi kelima yang perlu difahami oleh warganegara
Malaysia ialah mematuhi konsep pembahagian kuasa antara
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Bidang kuasa Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri ditetapkan melalui Senarai Persekutuan,
Senarai Negeri dan Senarai Bersama. Pembahagian kuasa dibuat agar sistem
pentadbiran negara dapat diselaraskan tanpa sebarang perbalahan.
Nilai demokrasi keenam yang perlu difahami oleh warganegara
Malaysia ialah mematuhi prinsip pengasingan kuasa antara Badan
Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman. Ketiga-tiga
badan ini dipegang oleh pihak yang berasingan untuk mengelakkan
pembolotan kuasa. Ketiga-tiga badan menjalankan tugas berasingan. Satu
pihak tidak boleh mengambil tugas yang tidak berkaitan dengannya.
Nilai demokrasi ketujuh yang perlu difahami oleh warganegara
Malaysia ialah mengiktiraf hak istimewa serta kedudukan orang
Melayu dan bumiputera Sarawak dan Sabah. Hak istimewa tersebut
ialah pemberian jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, kemudahan
pendidikan serta pemberia lesen perniagaan dan perdagangan. Hak
keistimewaan tersebut tidak boleh dipersoalkan.
[15 markah]
KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN
Contoh Soalan :Kepentingan perlembagaan dalam melaksanakan sistem
demokrasi berparlimen di Malaysia.[15 markah]
Isi Jawapan :
Perlembagaan berperanan menjamin kestabilan negara.
Perlembagaan menentukan rangka dan bentuk pentadbiran negara.
Perlembagaan membantu melicinkan pentadbiran dan
pemerintahan sesebuah kerajaan. Perlembagaan menjamin kecekapan,
kejujuran, keadilan dan ketelusan dalam menjalankan pemerintahan dan
pentadbiran.
Perlembagaan menjadi panduan kepada pemimpin negara
dalam menjalankan pemerintahan. Perlembagaan dapat menentukan
pemerintahan yang dijalankan oleh pemimpin negara menepati kehendak
perlembagaan dan aspirasi rakyat.
Perlembagaan menjamin taat setia rakyat kepada negara.
Perlembagaan membentuk semangat patriotisme rakyat. Seseorang yang
mempunyai kerakyatan negara lain atau tidak setia kepada negara boleh
dilucutkan kerakyatannya.
Perlembagaan menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat.
Setiap warganegara mempunyai hak dan kebebasan untuk persatuan,
beragama dan memiliki harta. Walau bagaimanapun, warganegara perlu
mengetahui had kebebasan mereka di sisi undang-undang.
Perlembagaan menjadi rujukan dalam menggubal
undang-undang persekutuan dan negeri. Perlembagaan Negeri tidak
boleh bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia.
Perlembagaan menentukan peranan Yang di-Pertuan Agong.
Yang di-Pertuan Agong Agong berperanan memelihara hak istimewa orang
Melayu dan Bumiputera di Sarawak dan Sabah. Contohnya jawatan dalam
perkhidmatan awam, biasiswa, kemudahan pendidikan, serta kemudahan
pemberian lesen perniagaan dan perdagangan.
Perlembagaan menjamin kerjasama Kerajaan Persekutuan
dengan Kerajaan Negeri. Bidang kuasa kerajaan ditetapkan melalui
Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama. Pentadbiran
negara dapat diselaraskan tanpa perbalahan.
Perlembagaan menjamin hak istimewa orang Melayu dan
bumiputera di Sarawak dan di Sabah tidak dipersoalkan. Ini adalah
jaminan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia sebelum Sarawak dan
Sabah menyertai persekutuan Malaysia.
[15 markah]
TUJUAN DAN KAEDAH PINDAAN PERLEMBAGAAN
Contoh Soalan :
Tujuan pindaan perlembagaan dibuat dan kaedah yang
diamalkan dalam membuat pindaan perlembagaan.
10 markah]
Isi Jawapan :
Tujuan Pindaan Perlembagaan
Pindaan perlembagaan dibuat bertujuan untuk melindungi
kepentingan rakyat. Pindaan perlembagaan juga bertujuan menjaga
keselamatan negara. Pindaan perlembagaan dibuat untuk melicinkan
urusan pentadbiran. Selain itu, pindaan perlembagaan dibuat supaya
sesuai dengan keperluan semasa.
Pindaan perlembagaan dibuat agar dapat menjadikan perlembagaan
sebagai undang-undang yang munasabah. Pindaan perlembagaan dibuat
untuk memastikan kandungan perlembagaan dipatuhi oleh dengan rela
hati.
Pindaan perlembagaan bertujuan melarang perkara-perkara
sensitif dipersoalkan secara terbuka. Pindaan perlembagaan dibuat
bertujuan memelihara keharmonian rakyat berbilang kaum. Pindaan
perlembagaan juga dibuat untuk memansuhkan imuniti bagi Yang
Dipertuan Agong daripada kesalahan jenayah.
[5 markah]
Kaedah Pindaan Perlembagaan
Pindaan Perlembagaan Malaysia dapat dilakukan melalui empat
kaedah. Kaedah Pertama ialah melalui persetujuan majoroti lebih
suara ⅔ Dewan Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-Raja. Perkara
yang boleh dipinda melalui kaedah ini ialah tentang tugas dan kuasa
Majlis Raja-Raja Melayu, meminda syarat kewarganegaraan, mengenai
kedudukan Yang Dipertuan Agong dan Permaisuri Agong, Raja-Raja dan
Yang Dipertuan Negeri, kedudukan istimewa orang Melayu dan
bumiputera Sarawak dan Sabah dan perubahan sempadan negeri.
Kaedah Kedua ialah melalui persetujuan majoriti lebih suara ⅔
Dewan Parlimen dan persetujuan Yang Dipertua Negeri Sarawak dan
Sabah. Perkara yang boleh dipinda melalui kaedah ini ialah tentang
keanggotaan dan bidang kuasa Mahkamah Tinggi di Sarawak dan Sabah,
kuasa kerajaan negeri menahan kemasukan orang yang bukan dari
Sarawak dan Sabah, kuasa perundangan dan pemerintahan, kuasa negeri,
agama, bahasa, dan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera di Sarawak
dan Sabah.
Kaedah Ketiga ialah melalui persetujuan lebih suara ⅔ Dewan
Parlimen. Perkara yang boleh dipinda melalui kaedah tersebut ialah perkara
yang tiada disebut dalam mana-mana tiga kaedah pindaan.
Kaedah Keempat ialah melalui persetujuan lebih suara Dewan
Parlimen. Perkara yang boleh dipinda melalui kaedah ini ialah pindaan
Jadual 2, 6 dan 7 Bahagian III tentang kewarganegaraan, pemilihan dan
persaraan ahli Dewan Negara dan persempadanan pilihan raya. Selain itu,
pindaan Perkara 74 mengenai perkara yang disebut dalam Senarai
Persekutuan dan Senarai Bersama. Perkara lain ialah Perkara 76 mengenai
perkara dalam Senarai Negeri yang melibatkan pelaksanaan, persetiaan,
perjanjian atau konvensyen antara Persekutuan dengan negara lain.
[5 markah]
PERANAN INSTITUSI RAJA BERPERLEMBAGAAN
Contoh Soalan :Peranan institusi Raja Berperlembagaan dalam sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia.[10 markah]
Isi Jawapan : Peranan institusi Raja Berperlembagaan dalam sistem pemerintahan
demokrasi berparlimen di Malaysia ialah Raja-Raja Melayu menjadi
lambang taat setia rakyat. Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Utama
Negara. Baginda mengetuai Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan
Badan Kehakiman.
Yang di-Pertuan Agong adalah salah satu daripada tiga unsur
Parlimen. Baginda mempunyai kuasa untuk memanggil dan
membubarkan Parlimen. Baginda juga mempunyai kuasa melantik Ahli
Dewan Negara.
Baginda merupakan simbol perpaduan rakyat. Baginda hendaklah
bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia. Baginda bertindak atas
nasihat Perdana Menteri. Baginda tidak boleh bertindak sendiri kecuali
memerlukan budi bicara baginda
Yang di-Pertuan Agong adalah ketua Tertinggi dalam Angkatan
Tentera. Baginda boleh mengampunkan dan menangguhkan hukuman
oleh Mahkamah Tentera.
Yang di-Pertuan Agong menjaga dan memelihara kedudukan dan
hak istimewa orang Melayu. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa
menitahkan Majlis Raja-Raja bersidang.
Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua agama Islam bagi negeri
baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan
Sabah. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik Perdana
Menteri. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik dan
memecat Menteri dan Timbalan Menteri atas nasihat Perdana Menteri.
Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mengisytiharkan undang-
undang darurat. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik
Pengerusi dan ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Pengerusi
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa
melantik hakim, Peguam Negara dan Ketua Audit Negara. Yang di-Pertuan
Agong mempunyai kuasa mentauliahkan duta-duta negara kita.
[10 markah]
BIDANG KUASA YANG DI-PERTUAN AGONG
Contoh Soalan :
Kedudukan dan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam
sistem demokrasi yang berasaskan Raja Berperlembagaan di
Malaysia.
[10 markah]
Isi Jawapan :
Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Utama Negara. Baginda
mengetuai Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman.
Yang di-Pertuan Agong adalah salah satu daripada tiga unsur Parlimen.
Baginda mempunyai kuasa untuk memanggil dan membubarkan
Parlimen. Baginda juga mempunyai kuasa melantik Ahli Dewan Negara.
Baginda merupakan simbol perpaduan rakyat. Baginda hendaklah
bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia. Baginda bertindak atas
nasihat Perdana Menteri. Baginda tidak boleh bertindak sendiri kecuali
memerlukan budi bicara baginda
Yang di-Pertuan Agong adalah ketua Tertinggi dalam Angkatan
Tentera. Baginda boleh mengampunkan dan menangguhkan hukuman
oleh Mahkamah Tentera. Yang di-Pertuan Agong menjaga dan memelihara
kedudukan dan hak istimewa orang Melayu. Yang di-Pertuan Agong
mempunyai kuasa menitahkan Majlis Raja-Raja bersidang.
Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua agama Islam bagi negeri
baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan
Sabah. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik Perdana
Menteri. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik dan
memecat Menteri dan Timbalan Menteri atas nasihat Perdana Menteri.
Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mengisytiharkan undang-
undang darurat jika keselamatan negara terancam.
Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik Pengerusi dan
ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta melantik Pengerusi
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik hakim, Peguam
Negara dan Ketua Audit Negara. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa
mentauliahkan duta-duta negara kita.
[10 markah]
JENTERA KERAJAAN DEMOKRASI BERPARLIMEN
Contoh Soalan :Jentera kerajaan Malaysia dalam melaksanakan sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen.[30 markah]
Isi Jawapan :
(a) Yang di-Pertuan Agong
Salah satu jentera kerajaan Malaysia dalam melaksanakan sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen ialah Yang di-Pertuan Agong. Yang
di-Pertuan Agong dipilih daripada kalangan sembilan orang Raja Melayu
secara bergilir-gilir. Yang di-Pertuan Agong mengetuai Badan Perundangan,
Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman.
Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong ditetapkan oleh Perlembagaan
Malaysia. Baginda mempunyai kuasa memanggil dan membubarkan
Parlimen.
Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik
Perdana Menteri. Baginda juga mempunyai kuasa melantik dan
memecat Jemaah Menteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri.
Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan undang-undang
darurat jika mendapati keselamatan negara terancam.
Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik Pengerusi
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan
Kehakiman dan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Baginda mempunyai kuasa melantik Ketua Hakim Negara, Peguam
Negara dan Ketua Audit Negara. Baginda berkuasa mentauliahkan
duta-duta negara kita.
(b) Badan Perundangan
Jentera kerajaan yang berikutnya ialah Badan Perundangan atau
Parlimen. Parlimen bertanggungjawab menggubal undang-undang di
negara kita. Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara
dan Dewan Rakyat.
Keahlian Dewan Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Ahlinya
terdiri daripada individu yang cemerlang dalam perkhidmatan awam,
bidang profesional atau bidang tertentu yang lain. Tempoh menjadi Ahli
Dewan Negara ialah selama tiga tahun. Keahlian Dewan Rakyat dipilih
oleh rakyat dalam pilihan raya. Tempoh menjadi ahli Dewan Rakyat ialah
selama lima tahun.
(c) Badan Pelaksana
Jentera kerajaan yang seterusnya ialah Badan Pelaksana. Badan
Pelaksana merujuk kepada Jemaah Menteri atau Kabinet . Kabinet
merupakan pembuat dasar tertinggi negara. Jemaah Menteri juga
melaksanakan dasar-dasar kerajaan.
Kabinet diketuai oleh Perdana Menteri. Setiap kementerian diketuai
oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha
Parlimen dan Setiausaha Politik.
Perkhidmatan awam diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara. Beliau
bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan.
Semua kakitangan awam bertanggungjawab melaksanakan dasar dan
tugas yang ditetapkan oleh kerajaan.
Jabatan kerajaan diketuai oleh Ketua Jabatan yang digelar Ketua
Pengarah. Sesebuah kementerian mempunyai jabatan di peringkat pusat,
negeri dan daerah.
Terdapat juga badan kerajaan yang dikenali sebagai badan berkanun.
mempunyai kuasa autonomi tertentu. Badan berkanun mempunyai
peruntukan kewangan sendiri. Badan ini ditadbir oleh sebuah Lembaga
Pengarah.
Beberapa suruhanjaya ditubuhkan untuk mengendalikan urusan
perlantikan, kenaikan pangkat dan pemantauan disiplin kakitangan
perkhidmatan awam. Antaranya termasuklah Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Suruhanjaya Perkhidmatan
Undang-Undang, Suruhanjaya Pasukan Polis dan Majlis Angkatan Tentera.
(d) Badan Kehakiman
Jentera kerajaan yang lainnya pula ialah Badan Kehakiman. Badan
Kehakiman mempunyai kuasa menentukan perkara sivil dan jenayah.
Badan kehakiman boleh menentukan kesahihan undang-undang yang
dibuat oleh badan perundangan dan pihak badan pelaksana. Badan
kehakiman juga berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan
Perlembagaan Negeri.
Sistem mahkamah diwujudkan untuk melaksanakan tugas kehakiman
di Malaysia. Mahkamah mempunyai kuasa mentafsir perlembagaan dan
mengisytihar undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri . Mahkamah juga mempunyai kuasa mengisytiharkan
sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang. Mahkamah
tidak boleh meminda undang-undang.
Mahkamah terbahagi kepada dua hirarki iaitu Mahkamah Atasan dan
Mahkamah Rendah. Mahkamah Atasan terdiri daripada Mahkamah Tinggi
Malaya dan Mahkamah Tinggi Sarawak dan Sabah, Mahkamah Rayuan serta
Mahkamah Persekutuan. Mahkamah Rendah terdiri daripada Mahkamah
Majistret dan Mahkamah Sesyen.
Semua hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat
Perdana Menteri. Seorang hakim tidak boleh dipecat sewenang-wenangnya
tanpa sebarang sebab yang munasabah. Hakim tidak dibenarkan
mengambil bahagian dalam politik. Penasihat undang-undang ialah Peguam
Negara. Peguam Negara menjadi Pendakwa Raya atau Peguam Bela bagi
kerajaan.
[30 markah]
PENGASINGAN KUASA PEMERINTAHAN BADAN PERUNDANGAN, BADAN PELAKSANA DAN BADAN KEHAKIMAN
Contoh Soalan :Pembahagian kuasa pemerintahan antara Badan Perundangan,
Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman dalam sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.
[30 markah]
Isi Jawapan :
Sistem demokrasi berparlimen di Malaysia mengamalkan konsep
pengasingan kuasa. Kuasa pemerintahan dibahagikan kepada badan
perundangan, badan pelaksana dan badan kehakiman. Ketiga-tiga badan ini
dipegang oleh pihak berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa.
(a) Badan perundangan
Badan perundangan merujuk kepada Parlimen. Parlimen
bertanggungjawab menggubal undang-undang. Parlimen terdiri daripada
Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Dewan Negara adalah dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan
negara. Ahli Dewan Negara digelar senator. Keahlian Dewan Negara
dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Ahlinya terdiri daripada individu yang
cemerlang dalam perkhidmatan awam, bidang profesional atau bidang
tertentu yang lain. Tempoh keahlian Dewan Negara ialah selama tiga tahun.
Dewan Rakyat adalah dewan terpenting. Tugas Dewan Rakyat adalah
menggubal dan meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan
Rakyat. Ahli Dewan Rakyat dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya. Ahli
Dewan Rakyat mewakili semua kawasan pilihan raya di seluruh negara.
Tempoh keahlian Dewan Rakyat ialah selama lima tahun.
(b) Badan Pelaksana
Badan pelaksana merujuk kepada Jemaah Menteri atau Kabinet. Kabinet
merupakan pembuat dasar tertinggi negara. Tugas Jemaah Menteri juga
melaksanakan dasar-dasar kerajaan. Jemaah Menteri diketuai oleh
Perdana Menteri.
Setiap kementerian bertanggungjawab menggubal dasar, merancang
serta menyelaras program pembangunan ekonomi dan sosial di negara kita.
Kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan
Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik.
Perkhidmatan awam Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara
(KSU). Ketua Setiausaha Negara bertanggungjawab mengawasi perjalanan
kementerian dan jabatan kerajaan. Pentadbiran di peringkat kementerian
diketuai Ketua Setiausaha Kementerian. Beliau dibantu oleh pegawai
perkhidmatan awam.
Sesebuah kementerian mempunyai jabatan pada peringkat pusat, negeri
dan daerah. Jabatan kerajaan diketuai oleh Ketua Jabatan yang dikenali
dengan gelaran Ketua Pengarah.
Terdapat juga badan kerajaan yang dikenali sebagai badan berkanun.
Badan berkanun mempunyai kuasa autonomi tertentu. Badan berkanun
mempunyai peruntukan kewangan sendiri. Badan ini ditadbir oleh sebuah
Lembaga Pengarah.
Beberapa suruhanjaya ditubuhkan untuk mengendalikan urusan
perlantikan, kenaikan pangkat dan pemantauan disiplin kakitangan
perkhidmatan awam. Antaranya termasuklah Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Suruhanjaya Perkhidmatan
Undang-Undang, Suruhanjaya Pasukan Polis dan Majlis Angkatan Tentera.
(c) Badan Kehakiman
Badan Kehakiman mempunyai kuasa mendengar serta menentukan
perkara sivil dan jenayah. Badan kehakiman boleh menentukan kesahihan
undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan pihak badan
pelaksana. Badan kehakiman juga berkuasa mentafsir Perlembagaan
Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.
Selain daripada mentafsir perlembagaan negara, Badan Kehakiman juga
mempunyai kuasa mentafsir dan mengisytihar undang-undang bertulis
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Mahkamah mempunyai kuasa
mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-
undang. Mahkamah tidak mempunyai kuasa meminda undang-undang.
Mahkamah di Malaysia terbahagi kepada dua hirarki iaitu Mahkamah
Atasan dan Mahkamah Rendah. Mahkamah Atasan terdiri daripada
Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sarawak dan Sabah,
Mahkamah Rayuan serta Mahkamah Persekutuan. Mahkamah Rendah
terdiri daripada Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen.
Hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana
Menteri. Seorang hakim tidak boleh dipecat sewenang-wenangnya tanpa
sebarang sebab yang munasabah. Hakim tidak dibenarkan mengambil
bahagian dalam politik.
Penasihat undang-undang ialah Peguam Negara. Peguam Negara
menjadi Pendakwa Raya atau Peguam Bela bagi kerajaan.
[30 markah]
AMALAN PILIHAN RAYA DI MALAYSIA
Contoh Soalan :Amalan pilihan raya dalam sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen di Malaysia.[15 markah]
Isi Jawapan :
Pilihan raya merupakan ciri penting sistem demokrasi berparlimen di
Malaysia. Setiap warganegara harus melibatkan diri dalam menentukan
kerajaan.
Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat samada di peringkat
negeri atau persekutuan. Pemilihan dilakukan secara sulit dengan
menggunakan prosedur yang telus dan teratur
Pilihanraya di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu pilihanraya
umum dan pilihanraya kecil. Pilihanraya umum ialah pilihan raya yang
diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri
secara serentak di seluruh Malaysia.
Pilihanraya kecil diadakan untuk memilih wakil rakyat apabila
berlaku kekosongan mana-mana kerusi Parlimen atau DUN akibat
kematian, perletakan jawatan dan perlucutan jawatan. Pilihan raya kecil
diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung Malaysia dan 90 hari
bagi Sabah dan Sarawak.
Pilihan raya melibatkan tiga pihak iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR), calon dan pengundi. Suruhanjaya Pilihan raya(SPR) ditubuhkan
untuk menjalankan pilihan raya. Anggota SPR dilantik oleh Yang di-Pertuan
Agong. Fungsi utama SPR ialah menentukan sempadan pilihanraya,
menjalankan pendaftaran pemilih dan mengendalikan pilihanraya.
Pihak yang kedua ialah calon yang bertanding. Warganegara bebas
menjadi calon dan bertanding dalam pilihan raya. Syarat menjadi calon
ialah seseorang itu mestilah warganegara Malaysia, berumur 21 tahun,
bermastautin di Malaysia, sempurna akal, tidak muflis, tidak memegang
jawatan dalam perkhidmatan awam dan tidak disabitkan dengan kesalahan
oleh mahkamah. Sebelum proses pengundian dijalankan, calon yang
bertanding dibenarkan berkempen. Tempoh berkempen adalah antara tujuh
hingga lima belas hari sahaja.
Pihak yang ketiga ialah pengundi. Seseorang pengundi layak
mengundi jika namanya didaftarkan dalam Senarai Daftar Pemilih.
Seseorang warganegara yang berumur 21 tahun, bermastautin atau tidak
bermastautin di Malaysia dan tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya
boleh mengundi dalam pilihan raya.Pengundi boleh mengundi melalui pos
jika individu tersebut adalah anggota pasukan keselamatan, pelajar di luar
negara dan pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara.
[15 markah]
PENGAGIHAN KUASA KERAJAAN PERSEKUTUAN & KERAJAAN NEGERI
Contoh Soalan :Prinsip pengagihan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri.[10 markah]
Isi Jawapan :
Persekutuan ialah penyatuan beberapa buah negeri. Persekutuan
mempunyai sebuah Kerajaan Persekutuan serta beberapa buah Kerajaan
Negeri. Kerajaan-kerajaan tersebut menjalankan tugas mengikut
peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.
Kerajaan Persekutuan ialah kerajaan yang mempunyai kuasa dalam
hal pentadbiran negara sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan
Malaysia. Badan Pelaksana bagi Kerajaan Persekutuan terletak pada Yang
di-Pertuan Agong. Jemaah Menteri menjalankan kuasa bagi pihak Yang
Dipertuan Agong. Jemaah Menteri diketuai oleh Perdana Menteri.
Kerajaan Negeri ialah kerajaan yang mempunyai kuasa dalam hal
pentadbiran negeri mengikut Perlembagaan Negeri. Badan Pelaksana Negeri
terletak pada Sultan atau Yang Dipertua Negeri. Majlis Mesyuarat
Kerajaan menjalankan pentadbiran bagi pihak Sultan atau Yang Dipertua
Negeri. Majlis Mesyuarat Kerajaan / Majlis Tertinggi / Kabinet diketuai oleh
Menteri Besar atau Ketua Menteri.
Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan mengikut Senarai Persekutuan
dalam Perlembagaan Malaysia ialah Hal Ehwal Luar Negeri / Pertahanan,
Keselamatan Dalam Negeri, Kerakyatan Negara, Kewangan, Pelajaran dan
Kesihatan
Bidang kuasa Kerajaan Negeri mengikut Senarai Negeri dalam
Perlembagaan Malaysia ialah Undang-undang Islam, Tanah, Pertanian dan
Perhutanan, Kerajaan Tempatan, Kerajaan Negeri, Cuti-cuti Negeri dan
Undang-undang Negeri.
Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mengikut
Senarai Bersama dalam Perlembagaan Malaysia ialah Kebajikan Sosial,
Biasiswa, Taman Negara, Perancangan Bandar dan Wilayah, Penjagaan
Haiwan, Kesihatan dan Kebersihan Awam, Parit dan Tali air, Hiburan Awam
dan Perhubungan.
Pembahagian kuasa bertujuan memelihara hubungan baik antara
Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Sifat ini dapat membentuk
kerajaan persekutuan yang stabil dan membantu mengurangkan
perbalahan etnik.
[10 markah]
KEBAIKAN PENGAGIHAN KUASA
Contoh Soalan :Kebaikan pengagihan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri.[10 markah]
Isi Jawapan :
Pengagihan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan
Negeri ialah dapat menentukan bidang kuasa kedua-dua kerajaan. Bidang
kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri telah dinyatakan dalam
Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama. Pengagihan
kuasa dapat menggelakkan pertindihan kuasa. Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri dapat memenuhi tanggungjawabnya terhadap rakyat
mengikut bidang kuasanya.
Pengagihan kuasa dapat mewujudkan keadaan politik yang lebih
stabil. Konsep tersebut memelihara hubungan baik antara kedua-dua
kerajaan. Perpaduan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan
Negeri menjadi lebih erat.
Pengagihan kuasa telah mewujudkan pentadbiran yang
seragam.Pengagihan kuasa berdasarkan Senarai Persekutuan, Senarai
Negeri dan Senarai Bersama dapat memastikan pentadbiran menjadi
lebih cekap.
Pembahagian kuasa menyebabkan pembangunan yang seimbang
antara negeri dalam persekutuan.Program pembangunan berjalan lancar.
Perkara itu terjadi kerana wujudnya penyelarasan pentadbiran antara
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Pengagihan kuasa telah mengiktiraf hak autonomi Kerajaan Negeri.
Kerajaan Negeri diberi bidang kuasa khusus mengikut Senarai Negeri.
[10 markah]
KEPENTINGAN SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN
Contoh Soalan :Kepentingan sistem demokrasi berparlimen terhadap
pembinaan negara dan bangsa Malaysia.[10 markah]
Isi Jawapan :
Sistem demokrasi berparlimen memberi peluang kepada rakyat
membentuk kerajaan. . Rakyat berpeluang Sistem demokrasi berparlimen
memberi peluang kepada rakyat memilih perwakilan mereka melalui
pilihan raya. Rakyat mempunyai hak untuk memilih pemimpin yang
berwibawa. Rakyat berhak mengekalkan atau menukarkan kerajaan yang
sedia ada melalui pilihan raya.
Sistem demokrasi berparlimen memberi peluang kepada rakyat
melibatkan diri dalam pemerintahan negara. Rakyat boleh membuat
dasar kerajaan melalui perwakilan yang mereka pilih.
Sistem demokrasi berparlimen di Malaysia mengiktiraf Raja
Berperlembagaan. Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat.
Sistem demokrasi berparlimen memberi kebebasan bersuara
kepada rakyat. Rakyat boleh menyuarakan pandangan melalui perwakilan
yang dipilih oleh mereka. Kerajaan boleh menegur kelemahan
pentadbiran kerajaan melalui saluran tertentu.
Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen membolehkan kerajaan
menjalankan pemerintahan dengan cekap. Perlembagaan Malaysia
menjadi panduan untuk kerajaan menjalankan pentadbirannya.
Sistem demokrasi berparlimen menjamin undang-undang yang
adil dan dapat diterima oleh rakyat. Undang-undang yang bercanggah
dengan Perlembagaan Malaysia adalah tidak sah. Mahkamah berkuasa
menentukan kesahihan setiap undang-undang.
Sistem pemerintahan demokrasi dapat mengelakkan pembolotan
kuasa dalam menjalankan pemerintahan. Perkara tersebut dapat dielakkan
kerana sistem demokrasi di Malaysia mengamalkan prinsip pengasingan
kuasa antara Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman.
Sistem demokrasi dapat mewujudkan sebuah persekutuan yang
kukuh. Konsep pengagihan kuasa melalui Senarai Persekutuan, Senarai
Negeri dan Senarai Bersama telah mewujudkan hubungan baik antara
Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.
Sistem demokrasi memberi ruang untuk rakyat menubuhkan parti-
parti politik. Rakyat bebas menganut ideologi politik yang tidak
bertentangan dengan dasar kerajaan. Rakyat juga boleh menyertai parti
politik untuk memelihara kepentingan kaum mereka.
[10 markah]
KEJAYAAN MELAKSANAKAN SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN
Contoh Soalan :Kejayaan Malaysia melaksanakan sistem pemerintahan
demokrasi berparlimen yang menjadikan negara kita dihormati.[10 markah]
Isi Jawapan :
Malaysia berjaya mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan. Kejayaan ini menjadikan kita dihormati kerana mengekalkan Raja-Raja Melayu menjadi Ketua Utama Negara.
Malaysia berjaya menjalankan pemerintahan demokrasi
berpandukan Perlembagaan Malaysia. Kejayaan ini menyebabkan Malaysia
dihormati sebagai sebuah negara berdaulat.
Malaysia berjaya mengelakkan pembolotan kuasa dalam
pemerintahan negara melalui amalan pengasingan kuasa antara Badan
Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman. Kecekapan
pemerintahan ini menyebabkan banyak negara luar meniru amalan
pemerintahan negara kita.
Malaysia berjaya memperkasakan fungsi Parlimen sebagai institusi
penting dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Perbahasan
Parlimen dijalankan secara telus, profesional dan berhemah. Masyarakat
dunia mengiktiraf Parlimen Malaysia sangat berwibawa.
Malaysia berjaya menjalankan pentadbiran yang cekap melalui
Badan Pelaksana. Negara menjadi stabil dan berkembang pesat
ekonominya. Malaysia menjadi negara yang makmur dan sejahtera.
Malaysia berjaya meningkatkan kewibawaan Badan Kehakiman
yang menguatkuasakan undang-undang negara. Negara luar sangat
berpuas hati dengan keputusan mahkamah Malaysia terhadap kes-kes yang
melibatkan rakyat mereka.
Malaysia berjaya mengamalkan pilihan raya yang bebas dan bersih.
Pertubuhan Bangsa Bersatu yakin bahawa hak asasi dan kebebasan
individu hidup subur dalam sistem pilihan raya di negara ini.
Malaysia berjaya membentuk kerajaan yang berwibawa melalui
pilihan raya. Pemimpin Malaysia sering diminta memberi pandangan untuk
membantu meningkatkan kecemerlangan bidang sosial dan pendidikan
di peringkat antarabangsa.
Malaysia berjaya memberi kebebasan kepada rakyat menubuhkan
dan menyertai mana-mana pertubuhan. Pertubuhan bukan kerajaan dari
negara kita dihormati masyarakat dunia kerana peranannya membantu
meringankan krisis kemanusiaan di peringkat antarabangsa.
Malaysia berjaya memupuk perpaduan kaum melalui gabungan
parti politik pelbagai kaum. Malaysia dikagumi kerana kehidupan harmoni
masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Malaysia berjaya mengamalkan konsep pengagihan kuasa antara
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Rahsia kejayaan mewujudkan
pembangunan seimbang antara Kerajaan Negeri sering menjadi rujukan
negara serantau dan antarabangsa.
[10 markah]
CABARAN MELAKSANAKAN SISTEM DEMOKRASI DAN LANGKAH MENGATASI CABARAN
Contoh Soalan :
Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam melaksanakan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut.
[10 markah]
Isi Jawapan :
Cabaran
Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam melaksanakan sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen ialah mewujudkan amalan pilihan
raya yang lebih bersih. Amalan politik wang semakin menjadi-jadi dalam
pilihan raya. Gejala rasuah ini membantutkan usaha memilih pemimpin yang
cekap dan berwibawa.
Cabaran yang kedua ialah penyalahgunaan hak dan kebebabasan
bersuara. Masyarakat mengamalkan kebebasan bersuara secara mutlak
tanpa mematuhi had-had yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia.
Sebagai contohnya mempersoalkan hak dan keistimewaan orang Melayu dan
Bumiputera di Sarawak dan Sabah.
Cabaran yang ketiga ialah sikap tidak menghormati institusi Raja
Berperlembagaan sebagai salah satu ciri sistem Demokrasi Berparlimen di
Malaysia. Segelintir masyarakat mempersendakan institusi Yang di-Pertuan
Agong dan Raja-Raja Melayu tanpa mempedulikan bahawa baginda
mempunyai fungsi dan kedudukan tersendiri dalam sistem pemerintahan
negara.
Cabaran yang keempat ialah sindrom menggunakan kekerasan
untuk menyelesaikan masalah. Terdapat pihak tertentu yang
menggunakan tunjuk perasaan dan demonstrasi jalanan untuk menyuarakan
rasa tidak puas hati terhadap kerajaan. Gejala ini menggugat kestabilan
negara dan mengundang huru-hara.
Cabaran yang kelima ialah sikap tidak menghormati peruntukan
Perlembagaan Malaysia. Segelintir masyarakat membangkitkan isu
perkauman dan mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu walaupun
Perlembagaan Malaysia dengan jelas menyebut perkara tersebut tidak boleh
dipersoalkan.
Cabaran yang keenam ialah terdapat usaha pihak yang tidak
bertanggungjawab untuk membawa keluar Sabah dan Sarawak daripada
Persekutuan Malaysia. Usaha ini boleh menyebabkan keutuhan Persekutuan
Malaysia menjadi tergugat.
Langkah Mengatasi Cabaran
Sebagai langkah mengatasi cabaran di atas, kerajaan hendaklah
menguatkuasakan Akta Hasutan secara tegas. Gejala mencabul
Perlembagaan Malaysia hendaklah dikenakan tindakan yang keras.
Akta baru yang lebih tegas perlu diluluskan oleh Parlimen untuk
membendung politik jalanan di Malaysia. Sesiapa yang didapati
menganjurkan demonstari atau tunjuk perasaan hendaklah dikenakan
tindakan tegas untuk mencegah berlakunya huru-hara dalam negara.
Kerajaan patut meningkatkan semula peranan Jabatan
Penerangan ke arah meningkatkan kefahaman masyarakat tentang sistem
demokrasi berparlimen. Jabatan Penerangan harus menyebarluaskan
maklumat kepada masyarakat dengan cara yang lebih cekap seperti
menganjurkan seminar, forum, debat dan lain-lain.
Langkah yang seterusnya ialah memperkasakan lagi Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). SPRM diberi kuasa yang lebih luas
agar badan ini dapat membanteras gejala politik wang dalam pilihan raya.
Kementerian Pelajaran patut memperkenalkan semula mata
pelajaran ketatanegaraan di sekolah. Mata pelajaran tersebut diharapkan
dapat meningkatkan kefahaman rakyat tentang konsep demokrasi
berparlimen di peringkat awal lagi.
Kementerian Komunikasi dan Multimedia perlu menasihati kerajaan
agar menubuhkan Suruhanjaya bebas yang akan memantau penggunaan
media sosial baru.Badan ini diberi kuasa untuk mengambil tindakan
mahkamah terhadap pengguna media sosial yang tidak berhemah. Dengan
itu, gejala menimbulkan perkara-perkara sensitif melalui laman sosial dapat
dihindari.
[5 markah]
IKTIBAR DARIPADA KEJAYAAN MENGAMALKAN DEMOKRASI
Contoh Soalan :Iktibar yang boleh diambil daripada kejayaan Malaysia
melaksanakan sistem demokrasi berparlimen.[10 markah]
Isi Jawapan :
Iktibar yang boleh diambil daripada kejayaan Malaysia melaksanakan
sistem pemerintahan demokrasi ialah sanggup mempertahankan perkara
baik dalam usaha mengekalkan sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen.
Kita hendaklah bijak dalam melantik pemimpin, agar negara kita
mencapai kecemerlangan dalam semua bidang. Jika kita sentiasa peka
terhadap perkembangan semasa, sudah tentu sistem pemerintahan
negara kita dapat memenuhi kehendak rakyat.
Setiap rakyat perlu memiliki jati diri yang kukuh agar unsur-unsur
negatif tidak mempengaruhi pemikiran mereka. Kita hendaklah sentiasa
berfikiran positif apabila menegur kerajaan agar sistem pemerintahan
menjadi lebih lancar.
Kita hendaklah mengamalkan sikap toleransi kaum supaya negara
aman dan harmoni. Sikap mementingkan perpaduan mestilah diutamakan
dalam menjaga keharmonian masyarakat pelbagai kaum di negara kita.
Sekira setiap warganegara menghayati prinsip Rukun Negara, kestabilan
politik negara akan dapat dikekalkan.
Kita mestilah menghormati hak asasi dan kebebasan individu
dalam membuat keputusan penting demi masa depan negara. Kita perlu
menghormati amalan demokrasi supaya kesinambungan sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen dapat diteruskan. Kita juga dituntut
menghargai keamanan supaya keharmonian dan kesejahteraan hidup
rakyat berterusan.
[10 markah]
KESIMPULAN
Contoh Soalan :
(a) Pengetahuan yang diperolehi daripada tugasan yang anda laksanakan.
(b) Nilai yang boleh anda ambil untuk diri anda, negara dan bangsa.
(c) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia cemerlang dan terbilang.
[5 markah]
Isi Jawapan : Daripada tugasan yang saya laksanakan, saya dapat mengetahui
sejarah perkembangan sistem pemerintahan demokrasi di Malaysia
sejak negara mencapai kemerdekaan. Saya dapat mengetahui ciri-ciri
penting amalan sistem demokrasi berpalimen di Malaysia.Saya juga
dapat mengetahui jentera kerajaan yang berperanan dalam menjalankan
kuasa pemerintahan demokrasi di negara kita. Selain itu, saya juga
mengetahui bahawa sistem pilihan raya merupakan amalan
terpenting dalam pembentukan kerajaan sistem demokrasi berparlimen di
Malaysia.
Nilai yang boleh diambil ialah semangat perpaduan merupakan
elemen penting dalam negara berbilang kaum. Nilai yang berikutnya ialah
hubungan baik antara pemimpin dengan rakyat perlu diteruskan dalam
mewujudkan pemerintahan negara yang cemerlang. Sikap berani membuat
perubahan ke arah yang lebih baik, bukan sahaja dapat membawa manfaat
kepada diri, tetapi juga mendatangkan kebaikan kepada bangsa dan negara.
Nilai yang seterusnya ialah berusaha gigih ke arah mencapai kejayaan
Sebagai kesimpulannya, saya berharap negara kita akan kekal
sebagai sebuah negara demokrasi yang dihormati di seluruh dunia. Saya
sentiasa berdoa agar masyarakat Malaysia sentiasa hidup bersatu padu.
Wawasan menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi pada 2020
adalah impian setiap warganegara Malaysia.
[5 markah]
KERTAS CADANGAN JAWAPAN TAMAT
“ Selamat Menjawab SPM 2014 Moga Berjaya”
Top Related