Download - Campurtangan British di Tanah Melayu 1

Transcript
Page 1: Campurtangan British di Tanah Melayu 1

Negeri-negeri Selat

Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Persekutuan)

CAMPUR TANGAN BRITISH DI TANAH MELAYU

Disediakan oleh : Adib Misslani

Page 2: Campurtangan British di Tanah Melayu 1

Menjelang tahun 1874, dasar British terhadap negeri-negeri Melayu berubah .Kerajaan British telah menukar dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan.Terdapat beberapa faktor yang mendorong British menukar dasarnya.Antaranya termasuklah:

-Faktor Ekonomi -Faktor Politik -Faktor Sosial

Page 3: Campurtangan British di Tanah Melayu 1

Apabila Revolusi Perindustrian berkembang di Eropah pada kurun ke-19, bekalan bahan mentah terutamanya bijih timah diperlukan untuk pengeluaran barangan kilang.Bagi mendapatkan bekalan secara berterusan, British memerlukan tanah jajahan baru yang kaya dengan sumber-sumber tersebut.Selain itu, British memerlukan tanah jajahan baru untuk dijadikan pasaran bagi mengedarkan barangan siap keluaran Britaian.Terdapat banyak pemodal-pemodal dari Eropah melabur untuk memajukan kawasan perlombongan.Pedagang dan pelabur British mendesak kerajaan British segera campur tangan di negeri-negeri Melayu untuk menamatkan huru-hara yang menyebabkan kegiatan perdagangan mereka terjejas.

FAKTOR EKONOMI

Page 4: Campurtangan British di Tanah Melayu 1

1. Huru-hara ( anarki ) di negeri-negeri MelayuPerebutan takhta antara pewaris-pewaris sultan seperti di Perak.Perebutan kuasa pembesar-pembesar Melayu ke atas kawasan yang kaya dengan bijih timah.Pergaduhan kongsi gelap Cina iaitu Ghee Hin dan Hai San kerana berebut kawasan yang kaya dengan bijih timah di Perak.Serangan lanun terhadap kapal-kapal dagang yang belayar di perairan Selat Melaka.

FAKTOR POLITIK

Page 5: Campurtangan British di Tanah Melayu 1

Keadaan huru-hara ini menimbulkan kebimbangan British kerana :

-Mengganggu kegiatan melombong bijih timah dan hampir terhenti dan ia merugikan syarikat-syarikat British. -Merumitkan perdagangan Negeri-negeri Selat dan negeri-negeri Melayu -Mengancam keselamatan pelabur dan konsesi-konsesi syarikat British di negeri-negeri melayu. -Memberi peluang kepada kuasa asing yang lain seperti Jerman untuk campur tangan di Negeri-negeri Melayu.

British berasa perlu campur tangan di negeri-negeri Melayu untuk menamatkan huru-hara bagi menjamin kedudukan mereka.

Page 6: Campurtangan British di Tanah Melayu 1

2. Bimbang Campur tangan Kuasa Asing LainMuncul negara imperialisme untuk mencari tanah jajahan untuk mendapatkan bekalan bahan mentah dan pasaran bagi barang mereka.Terusan Suez dibuka menghubungkan Laut Mediterean dan Laut Merah telah memendekkan perjalanan dari Eropah ke Asia.Kuasa Barat tertarik dan berminat terhadap negeri-negeri Melayu kerana kekayaan sumber asli.Kepentingan politik dan ekonomi British akan terancam sekiranya Jerman berjaya mendapat P.Langkawi.British perlu campur tangan di NNM untuk menjaga kepentingan mereka.

Page 7: Campurtangan British di Tanah Melayu 1

1. Faktor Kemanusiaan -Menurut Frank Swettenham, British campur tangan di negeri-negeri Melayu atas sebab kemanusiaan. Menurutnya lagi, adalah tanggungjawab British sebagai kuasa superior dan bertamadun untuk tamatkan kekacauan.

2. Peranan Andrew Clarke -Dilantik sebagai Gabenor NNS. Diarahkan untuk menyiasat dan membuat laporan tentang keadaan di NNM dan mengesyorkan memulihkan keamanan. -Beliau bertindak mendahului arahan yang diberikan oleh Lord Kimberly dengan mencampuri urusan dalam pertelingkahan politik di NNM.

FAKTOR SOSIAL

Page 8: Campurtangan British di Tanah Melayu 1
Page 9: Campurtangan British di Tanah Melayu 1

Selepas tahun 1824, British mempunyai 3 bentuk petempatan iaitu Pulau Pinang yang telah ditubuhkan pada 1786.Singapura yang diperolehi daripada Temenggung Abdul Rahman pada tahun 1819 dan Melaka yang diterima selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824.Selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, Pulau Pinang ditadbir oleh Leftenan Gabenor sementara Melaka dan Singapura ditadbir oleh Residen. Pada tahun 1826, ketiga-tiga negeri tersebut digabungkan bagi membentuk Negeri-negeri Selat. Penggabungan itu bertujuan untuk menyeragamkan serta menjimatkan perbelanjaan pentadbiran.

NEGERI-NEGERI SELAT

Page 10: Campurtangan British di Tanah Melayu 1

Pemindahan pentadbiran ke London pada tahun 1867 adalah kerana Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di India tidak mengambil berat kebajikan Negeri-Negeri Selat.Desakan oleh para saudagar yang tidak berpuas hati dengan dasar Pejabat Tanah Jajahan British di India dan cadangan Syarikat Hindia Timur Inggeris untuk menghapus taraf pelabuhan bebas Singapura mengancam kemajuan perdagangan di Negeri-Negeri Selat.Kemasukan pendatang dari China secara tidak terkawal menyebabkan berlaku kekacauan akibat penubuhan kongsi gelap dan penduduk membantah tindakan Pejabat Tanah Jajahan British di India Singapura dijadikan sebagai tempat pembuangan banduan dari India telah mempercepatkan pemindahan pusat pentadbirannya ke London.

Page 11: Campurtangan British di Tanah Melayu 1

Melalui Perjanjian Persekutuan tahun 1896, negeri-negeri Selangor, Perak, Pahang, dan Negeri Sembilan disatukan di bawah satu pemerintahan pusat.

Negeri-negeri ini di kenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Beberapa faktor mendasari penubuhannya ialah

-Masalah yang dihadapi oleh negeri Pahang

-Untuk tujuan kecekapan pentadbiran dan keseragaman

-Untuk mengawal kuasa residen

-Faktor keselamatan

NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU

Page 12: Campurtangan British di Tanah Melayu 1

Ketidakstabilan di Perak

Perang Klang di Selangor

Perbalahan di Sg Ujung di Negeri Sembilan

Bimbang Pertapakan Kuasa Eropah Lain di Pahang

KEADAAN DI PERAK, SELANGOR, NEGERI SEMBILAN DAN SELANGOR MEMBERI PELUANG

BRITISH CAMPUR TANGAN

Page 13: Campurtangan British di Tanah Melayu 1

Campur tangan didasari oleh faktor-faktor untuk menjaga kepentingan saudagar-saudagar Inggeris.Berlakunya kekacauan : Perang Laut ( perebutan ke atas penguasaan lombong bijih timah ) melibatkan kongsi gelap cina Hai San dan Ghe HinPerang saudara iaitu perebutan takhta di antara Raja Abdullah dengan Raja IsmailPermintaan pembesar-pembesar Ngah Ibrahim dan Raja Abdullah untuk British campurtanganPerjanjian Pangkor ditandatangani pada 20 Januari 1874J.W.W.Birch dilantik sebagai Residen yang pertama.

CAMPUR TANGAN BRITISH DI PERAK

Page 14: Campurtangan British di Tanah Melayu 1

Perang saudara melibatkan Raja Mahadi dan Raja AbdullahRaja Abdullah disokong oleh Tengku Kudin dan Yap Ah LoyRaja Mahadi disokong oleh putera-putera Sultan Selangor dan Sayid Mansor.Niat British untuk campur tangan tidak tercapai kerana pembesar Melayu tidak mahu Inggeris campur tangan.Pada 1873, kapal dagang British diserang lanun dan ini menjadi asas British untuk campur tangan.Pada bulan Ogos 1874 Frank Swettenham dilantik sebagai penasihat rasmi sultanJ.G. Davidson dilantik sebagai Residen.

CAMPUR TANGAN BRITISH DI SELANGOR

Page 15: Campurtangan British di Tanah Melayu 1

Rebutan kuasa di Sg Linggi di antara Dato’ Kelana Sayid Abdul Rahman dengan Dato’ Bandar Kulup Tunggal.Dato’ Kelana meminta bantuan Inggeris dan seterusnya diiktiraf sebagai ketua Sungai Ujong.Namun perlantikan Dato’ Kelana dan kehadiran Inggeris ini ditentang oleh Dato’ Bandar Kulup Tunggal.Tentera Inggeris yang diketuai oleh W.A Pickering berjaya mengalahkan Dato’ Bandar Kulup Tunggal.Sungai Ujong menerima penasihat Inggeris bernama W.I Tatham.

CAMPUR TANGAN BRITISH DI SG UJONG

Page 16: Campurtangan British di Tanah Melayu 1

Perang saudara berlaku untuk jawatan Bendahara antara Wan Mutahir dengan Wan Ahmad.Cadangan Sultan Ahmad untuk memberikan konsesi perdagangan kepada kuasa Barat membimbangkan Inggeris.Pada bulan Februari 1888, seorang warganegara Inggeris berbangsa cina dibunuh di Pekan.British menjadikan pembunuhan tersebut sebagai alasan untuk campur tangan.Sultan Ahmad menerima Residen British bernama J.P. Rodger.

CAMPUR TANGAN BRITISHDI PAHANG

Page 17: Campurtangan British di Tanah Melayu 1

RESIDEN MENGGUGAT KUASASULTAN DAN PEMBESAR

RESIDEN BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYU

Page 18: Campurtangan British di Tanah Melayu 1

RESIDEN MENGGUGAT KUASA SULTAN DAN PEMBESAR

MENGUASAIPENTADBIRAN

MEMAKSA MENERIMA

NASIHAT

MENCAMPURI ADATMENGAMBIL ALIH

PUNGUTAN CUKAI

Page 19: Campurtangan British di Tanah Melayu 1

Residen melampaui bidang kuasa mereka apabila menghapuskan amalan perhambaan.

Bagi sultan dan pembesar, amalan perhambaan merupakan amalan turun temurun dalam masyarakat melayu tradisional.

MENCAMPURI ADAT

Page 20: Campurtangan British di Tanah Melayu 1

Residen menasihati sultan dalam semua perkara pentadbiran kecuali yang berkaitan dengan agama islam dan adat istiadat melayu.

Nasihat residen mesti dipatuhi dan dilaksanakan

MEMAKSA MENERIMA NASIHAT

Page 21: Campurtangan British di Tanah Melayu 1

Residen mengambil alih pungutan cukai yang sebelum itu dipegang oleh sultan dan pembesar.

Pungutan cukai akan diambil alih oleh pegawai british iaitu pegawai majistret dan pemungut hasil.

MENGAMBIL ALIH PUNGUTAN CUKAI

Page 22: Campurtangan British di Tanah Melayu 1

KELEMAHAN SISTEM RESIDENFAKTOR KESELAMATANSISTEM PERHUBUNGANKRISIS KEWANGANPERKONGSIAN PERKHIDMATAN

FAKTOR-FAKTOR PENUBUHAN NEGERI-NEGERIMELAYU BERSEKUTU

Page 23: Campurtangan British di Tanah Melayu 1

PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN 1896

AKHIR 1895, IANYA DITANDATANGANI DAN BERKUATKUASA 1 JULAI 1896

PERAK,SELANGOR, NEGERI SEMBILAN DAN PAHANG DISATUKAN

PUSAT PENTADBIRAN DI KUALA LUMPUR( DIKETUAI RESIDEN JENERAL)

RESIDEN JENERAL PERTAMA FRANK SWETTENHAM

Page 24: Campurtangan British di Tanah Melayu 1

Kuasa pentadbiran - Residen JeneralKerajaan pusat menubuhkan jabatan diketuai Pegawai British.Penglibatan orang Melayu terhad.Sultan mengikut nasihat Residen Jeneral kecuali hal ehwal agama dan adat Melayu Sultan tidak berpuas hati apabila kuasa pentadbiran diambil alih oleh Residen Jeneral1897 - British menubuhkan Durbar

PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN MENCABAR KEWIBAWAAN SULTAN

Page 25: Campurtangan British di Tanah Melayu 1

DURBAR(PERSIDANGAN RAJA-RAJA

MELAYU)

AHLI-AHLI1.Pesuruhjaya

2. Raja-raja Melayu3.Residen Jeneral4. 4 orang Residen

Durbar Pertama di Kuala Kangsar Perak.

Durbar Kedua di Kuala Lumpur 1903

Page 26: Campurtangan British di Tanah Melayu 1

Kuasa Raja-raja Melayu dikembalikan

Bilangan pegawai Melayu yang berkhidmat dengan kerajaan ditambah dan dilantik ke jawatan lebih tinggi

Bahasa Melayu diiktiraf bahasa rasmi

DURBAR KEDUADesakan Sultan Idris

Page 27: Campurtangan British di Tanah Melayu 1

TINDAKAN BRITISH (1909)

Menggantikan Durbar dengan Majlis Mesyuarat PersekutuanMenggantikan Residen Jeneral dengan Ketua SetiausahaSetuju serah semula kuasa mentadbir kepada Majlis Mesyuarat Negeri

Page 28: Campurtangan British di Tanah Melayu 1

Nazaruddin Hj.Mohd Jali (2000). Pengajian Malaysia :Kenegaraan Dan Kewarganegaraan. Selangor : Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.Mahdi Shuid (2009). Teks Pra-U STPM : Sejarah Malaysia. Selangor : Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.Graham Saunders (1978). Perkembangan Masyarakat Majmuk. Longman Malaysia Sdn. Berhad.Akasha Ismail (2005) . Sejarah Tingkatan 5. Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.Campur tangan British di Tanah Melayu. http://ngahibrahimmatang.blogspot.com/2008/05/campur-tangan-british-di-tanah-melayu.html

RUJUKAN