CARA MENGURUS STRES YANG DIAMALKAN OLEH GURU- GURU DI
LIMA BUAH SEKOLAH MENENGAH DI NEGERI MELAKA
SALIHATON HUSSIN
Laporan Projek Dikemukakan Sebagai Memenuhi
Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Mekanikal)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Mac, 2004
Teristimewa buat keluarga tersayang
Ayahanda Hussin Hj Abd Ghani
Ibunda Hjh Rokiah Hj Abd. Latif
Nenda Hjh Zainab Hj Abdullah Kakanda Salawati, Khariyati & Hishamuddin
Adinda Khairuddin
Serta Abd Aziz, Haikal, Adli, Adila
& Fared
“Dorongan kalian adalah inspirasi yang agung,
Doakan Kejayaanku”
PENGHARGAAN
Pertama sekali saya panjatkan puji-pujian dan syukur kepada Allah s.w.t kerana
dengan keizinan-Nya dapat saya menyiapkan projek ini dengan jayanya. Dikesempatan
ini, ingin saya lahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak-pihak berikut yang
telah membantu saya secara langsung mahupun tidak langsung didalam menjayakan
projek penyelidikan ini :
1. En. Jamaludin B. Ramli selaku penyelia yang telah banyak memberi
bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar dengan sabar.
2. Pengetua sekolah-sekolah yang terlibat iaitu SMK Dang Anum, SMK Ayer
Molek, SMK Seri Mahkota, SMK Tinggi Perempuan Melaka dan SMK
Agama Mahdi
3. Keluarga yang telah banyak membantu memberi sokongan dan nasihat
4. Rakan-rakan yang telah turut sama membantu menjayakan projek ini,
terutamanya pergi ke lokasi-lokasi kajian.
ABSTRAK
Pengurusan stress menjadi suatu isu yang sering diperkatakan sejak akhir-akhir
ini. Kajian yang dijalankan ini adalah kajian deskriptif yang berbentuk tinjauan. Kajian
ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti apakah kaedah yang sering
diamalkan oleh guru-guru di lima buah sekolah menengah di Negeri Melaka. Sekolah-
sekolah tersebut ialah SMK Dang Anum, SMK Tinggi Perempuan Melaka, SMK Seri
Mahkota, SMK Ayer Molek, SMK Agama Mahdi. Populasi kajian adalah semua guru-
guru di sekolah-sekolah tersebut. Sampel kajian adalah seramai 181 orang yang diambil
secara rawak jumlah responden yang dipilih. Data-data yang dikumpul menggunakan
kertas soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian computer SPSS For Windows
11.0 serta dilaporkan mengikut frekuensi dan peratusan. Hasil kajian mendapati bahawa
guru-guru di lima buah sekolah menengah di negeri Melaka lebih gemar mengamalkan
kaedah psikospiritual bagi mengurus stress yang mereka alami jika dibandingkan dengan
kaedah psikoterapi, bantu diri, psikospiritual dan rawatan fizikal.
ABSTRACT
Stress management has become highlight issue. Therefore a descriptive research
by observation was done to relate its affect in teacher’s career. The main objective of this
research is to identify stress management method practiced by teacher in five selected
schools in Malacca, namely SMK Dang Anum, SMK Tinggi Perempuan Melaka, SMK
Seri Mahkota, SMK Ayer Molek, SMK Agama Mahdi. The population of the research
includes all teachers in these schools and samples of 181 respondents were selected
randomly. Data were gathered from questionnaires and analyzed using SPSS for
Windows Version 11.0 computer programming. The analyses were then interpreted to its
frequency mode and percentage. As a result of this research, it is concluded that 80.43%
teachers in these schools in Malacca are more prefer to control their stress by psycho
spiritual method than psychotherapy.
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Taburan populasi guru-guru di lima buah sekolah
menengah di Melaka
26
3.2 Nombor-nombor item yang dikelaskan mengikut setiap
satu persoalan kajian
28
4.1 Taburan peratusan dan kekerapan responden mengikut
jantina
33
4.2 Taburan peratusan dan kekerapan responden mengikut
bangsa
33
4.3 Taburan peratusan dan kekerapan responden mengikut
umur
34
4.4 Taburan peratusan dan kekerapan responden mengikut
status diri
35
4.5 Taburan peratusan dan kekerapan responden mengikut
bilangan anak
35
4.6 Taburan peratusan dan kekerapan responden mengikut
kelulusan
36
4.7 Taburan peratusan dan kekerapan responden mengikut
pendapatan
36
4.8 Taburan peratusan dan kekerapan responden mengikut
pengalaman
37
4.9 Taburan peratusan dan kekerapan responden mengikut
lokasi
38
4.10 Taburan peratusan responden mengikut agama 38
4.11 Analisis Kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai
responden yang menggunakan kaedah bantu diri bagi
mengurus stres mereka
40
4.12 Analisis Kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai
responden yang menggunakan kaedah psikoterapi bagi
mengurus stres mereka
44
4.13 Analisis Kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai
responden yang menggunakan kaedah rawatan fizikal
bagi mengurus stres mereka
48
4.14 Analisis Kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai
responden yang menggunakan kaedah psikospiritual
bagi mengurus stres mereka
51
4.15 Taburan keseluruhan min responden mengurus stres
secara perbandingan
55
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Model Tekanan Guru 10
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
1 Borang Soal Selidik
2 Surat Kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia (EPRD)
3 Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Melaka
4 Surat Kebenaran Fakulti Pendidikan
5 Jadual Krejcie Dan Morgan
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Selaras dengan peredaran masa, kehidupan menjadi kian mencabar. Akibat
daripada perubahan dan kemajuan yang kian pesat ini, berbagai masalah dan penyakit
telah timbul. Salah satu penyakit yang sering menyerang manusia sama ada secara
disedari atau tidak disedari ialah stres ataupun ketegangan.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Institute Of Stres di New York, Amerika
Syarikat, didapati 90% daripada lelaki dewasa mengalami masalah stres yang berat
sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Manakala 10% lagi mengalaminya setiap hari.
Di Malaysia sendiri tahap stres dikalangan penduduk tidak jauh berbeza daripada
penduduk Amerika. Stres memburu sesiapa sahaja samada di rumah, tempat kerja dan
stres juga tidak kenal siapa mangsanya.
Stres secara teknikalnya merupakan reaksi yang diberikan oleh tubuh di atas
setiap perkara yang terjadi, yang memerlukan mangsanya untuk menyesuaikan diri
dengan masalah yang dihadapinya sama ada perkara yang baik ataupun perkara yang
buruk. Keadaan dunia yang semakin pantas dan mencabar ini, menyebabkan kita sering
mengalami pelbagai perkara yang buruk seperti penceraian atau kematian tanpa henti.
Tekanan kerja, masalah rumahtangga serta persekitaran yang kian sibuk telah menjadi
perkara biasa pada masa ini. Kehidupan yang penuh dengan perlumbaan dan seribu
macam tekanan, baik dalam kerjaya atau rumahtangga merupakan salah satu
menyumbang kepada stres.
Stres boleh memusnahkan kehidupan dan kegembiraan manusia. Stres juga boleh
merebakkan penyakit yang lain seperti sakit kepala, sakit belakang, masalah kegemukan,
masalah arak, kemuraman dan hidup penuh kebimbangan. Para doktor di Amerika
Syarikat mempercayai bahawa stres adalah penyebab utama kepada penyakit yang boleh
menyebabkan kematian.
Di Malaysia, golongan guru pernah dikritik kerana dikatakan tidak berupaya
mencapai tahap perkhidmatan yang diharapkan dan banyak kes guru yang mengalami
‘sakit jiwa’ telah dilaporkan (The New Straits Time bertarikh 30 Mac 1990 dalam
Suseela,1994). Sementara itu diantara tahun 1982 hingga 1985, dilaporkan lebih kurang
3000 orang guru sekolah rendah dan menengah telah bersara awal untuk berkhidmat di
sektor swasta (Rohani, 1991 dalam Aminah, 1998).
Selye (1956) memperkenalkan konsep stres ini sebagai general adation syndrome,
iaitu satu set gerakbalas fisiologi yang diwujudkan oleh berbagai-bagai persekitaran.
Selye telah memberi definisi stres sebagai gerak balas badan yang tidak spesifik terhadap
sebarang demand.
Masyarakat mula meragui dan mepertikaikan peranan yang dimainkan oleh guru.
Masalah seperti keruntuhan sosial pada masa ini juga sering dikaitkan dengan kegagalan
guru memainkan peranan dalam membentuk pelajar-pelajar. Malah berbagai tohmahan
yang telah dilemparkan kepada guru-guru.
Keadaan ini telah digawatkan lagi dengan berita-berita mengenai guru- guru yang
menampar murid, merotan murid dan sebagainya yang ditonjolkan sebegitu rupa dalam
media massa. Contohnya satu peristiwa di mana sekumpulan guru pengawas dikatakan
mendera murid di Sekolah Kebangsaan Sungai Pelek, Sepang, Selangor. Guru tersebut
telah diberitakan sebagai menendang, menjentik telinga dan tidak mebenarkan 16 murid
meminta kertas kosong yang menduduki UPSR. Malah terdapat laporan yang
menyatakan terdapat guru yang telah diserang sakit jiwa ataupun mental.
1.2 Latar Belakang Masalah
Stres merupakan satu pengalaman yang lumrah dalam kehidupan manusia. Setiap
manusia tidak dapat lari daripada stres yang boleh berpunca daripada peristiwa-peristiwa
dalam kehidupan, situasi-situasi tertentu dan persekitaran yang boleh berbentuk fizikal,
sosial dan psikologikal. Kaedah mengendalikan stres adalah berbeza ke atas seseorang
individu dan ianya banyak bergantung kepada ciri-ciri dan sikap individu itu.
Wawasan 2020 yang diisytiharkan pada 28 febuari 1991 oleh Perdana Menteri
Malaysia Yang Amat Berhormat Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad merupakan cabaran
yang besar kepada Sistem Pendidikan Malaysia. Hasrat untuk melahirkan masyarakat
santifik, progresif dan inovatif merupakan cabaran ke enam yang dibawa oleh Wawasan
2020, dan ini menyebabkan tugas guru semakin menjadi rumit dan mencabar (Mahathir
Mohamad, 1991).
Borg dan Falzon (1990, dalam Anuar, 2000) telah mengkaji strategi menangani
stres yang digunakan oleh 844 orang guru sekolah rendah di Malta. Mereka telah
menggunakan soal selidik yang antara lainnya mengandungi 10 strategi atau tindakan
menangani stres. Sepuluh soalan strategi menangani stres yang digunakan mengandungi
bilangan yang sama banyak strategi tindakan langsung dan strategi benfokuskan emosi.
Dapatan kajian mereka menunjukkan tiga strategi yang paling kerap digunakan ialah
cuba untuk berehat selepas bekerja, cuba mengelak konfrontasi dan cuba menghalang
punca stres daripada meletus. Ciri-ciri demografi seperti jantina, pengalaman mengajar,
kumpulan umur pelajar, dan jurusan kebolehan merupakan moderator yang signifikan
bagi sebilangan strategi yang digunakan. Terdapat perbezaan yang signifikan dalam
penggunaan strategi tindakan langsung dengan strategi berfokuskan emosi antara
kumpulan umur pelajar yang diajar dan jantina guru
Rowland dan Birkett (1992, dalam Anuar, 2000) pula mengemukakan cadangan
yang praktikal dalam menangani stres kerja ialah mendengar secara aktif apa yang orang
lain kata, sebelum bercakap dalam mesyuarat atau kepada rakan sejawat, pastikan perkara
yang hendak diperkatakan itu penting, kesediaan orang lain mendengarnya dan
kesesuaian masa mengemukakannya, positif terhadap perubahan terkini dengan melihat
aspek yang akan meningkatkan kerja, mengkaji sistem daya tindak orang lain dan
melakukannya sendiri jika berkenaan, membuat perancangan pembangunan diri dengan
menekankan satu perkara pada satu masa, mengambil masa untuk bersantai dan memikir
secara positif apabila terasa kecewa atau sakit hati, memfokus dan menangani stres satu
persatu sekiranya berdepan dengan suatu stres yang besar, belajar mengatakan 'tidak'
supaya tidak terlalu terbeban dengan tugas, menyediakan jadual perancangan yang
realistik dan tetap dengan perancangan tersebut, mengambil masa rehat seketika dalam
masa bekerja seperti keluar makan tengahari dan berjalan-jalan, melakukan satu perkara
pada satu masa dan ini dapat dilakukan dengan menyediakan senarai semak tugas-tugas
yang perlu disegerakan, mencari ruang melarikan atau mengelakkan diri, menetapkan
unsur pengasingan dalam kerja dan akhir sekali menyemak perkara-perkara seperti
pemakanan seimbang, tidur yang cukup, senaman atau riadah yang mencukupi, elak
merokok dan membuat pemeriksaan kesihatan.
Selain daripada masalah jumlah waktu mengajar, tekanan masa yang terhad dalam
tugas juga menyebabkan guru mengalami ketegangan di samping situasi pekerjaan,
begitu juga tingkahlaku murid dan keperluan menjaga nilai standard sekolah, Norkiah
(dalam, Ahmad, 1998). Guru juga terpaksa menghadapi masyarakat yang sentiasa
memerhati mereka berkaitan dengan masalah keruntuhan sosial remaja pada masa ini
Mengikut laporan UPSP( Unit Perkhidmatan Sokongan Pelajar) golongan guru
adalah merupakan golongan yang paling sedikit berjumpa dengan kaunselor untuk
mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Adakah mereka sebenarnya bebas
daripada stres?. Atau apakah perasaan keegoan yang tinggi atau wujudnya perasaan malu
untuk menceritakan masalah mereka.
Tekanan-tekanan di atas menyebabkan bertambahnya tekanan yang dialami oleh
guru-guru dan boleh menyebabkan stres. Kesedaran ini telah membuatkan penyelidik
bercadang mengenalpasti kaedah menguruskan stres dikalangan guru-guru. Walau apa
jua cara yang digunakan bagi menghadapi stres ini yang penting adalah kita merasa
selesa dengan kaedah yang digunakan agar tidak mendatangkan kemudaratan serta
mendapat kepuasan diri masing-masing Kajian ini pada amnya adalah untuk melihat
kaedah manakah yang kerap digunakan oleh guru- guru untuk mengurus stres mereka
merangkumi aspek-aspek berikut iaitu cara bantu diri, rawatan fizikal, psikospiritual dan
psikoterapi di kalangan guru. Untuk itu sampel yang digunakan dalam kajian ini adalah di
kalangan guru-guru di lima buah sekolah menengah di Negeri Melaka. Justeru itu,
penggunaan dapatan kajian ini kepada guru-guru di kawasan lain perlulah mengambil
kira batasan ini.
1.3 Pernyataan Masalah
Kajian ini adalah untuk mengkaji kaedah mengurus stres yang digunakan
dikalangan guru- guru disekolah menengah dan memudahkan pengkaji untuk mengetahui
kaedah mengurus stres yang paling kerap diamalkan oleh guru-guru di lima buah Sekolah
Menengah di Negeri Melaka. Oleh itu, pengkaji menjalankan penyelidikan ke atas para
guru di beberapa sekolah menengah di Melaka
1.4 Objektif
Objektif umum kajian ini ialah untuk mengenalpasti kaedah mengurus stres oleh
guru- guru di lima buah sekolah menengah di Negeri Melaka. Objektif khusus kajian ini
adalah seperti berikut:
i. Mengenalpasti cara mengurus stres dikalangan guru menggunakan kaedah
bantu diri
ii. Mengenalpasti cara mengurus stres dikalangan guru menggunakan kaedah
psikoterapi
iii. Mengenalpasti cara mengurus stres dikalangan guru menggunakan kaedah
rawatan fizikal
iv. Mengenalpasti cara mengurus stres dikalangan guru menggunakan kaedah
psikospiritual
v. Mengenalpasti secara perbandingan kaedah mengurus stres iaitu kaedah
bantu diri, psikoterapi, rawatan fizikal dan psikospiritual berdasarkan nilai
min
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini dibuat berdasarkan persoalan kajian berikut:
i. Sejauhmanakah guru-guru mengurus stres menggunakah kaedah
bantu diri
ii. Sejauhmanakah guru-guru mengurus menggunakah kaedah
psikoterapi
iii. Sejauhmanakah guru-guru mengurus stres menggunakan kaedah
rawatan fizikal
iv. Sejauhmanakah guru-guru mengurus stres menggunakan kaedah
psikospiritual
v. Sejauhmanakah secara perbandingan kaedah mengurus stres guru-
guru di sekolah iaitu kaedah bantu diri, psikoterapi, rawatan fizikal
dan psikospiritual berdasarkan nilai min
Top Related