Secara umumnya terdapat dua kaedah penyelesaian bagi setiap konflik yang berlaku di
peringkat antarabangsa iaitu :
a) Secara Perdamaian – Kedua – pihak yang bertikai bersetuju mencari jalan
penyelesaian secara damai. Kaedah secara perdamaian ini boleh dibahagi kepada
beberapa jenis lagi iaitu timbang tara, penyelesaian penghakiman, rundingan, jasa
baik, pengantaraan atau semakan penyelesaian di bawah PBB.
b) Secara Paksaan – di mana penyelesaian yang dilakukan secara paksaan ataupun
kekerasan. Kaedah secara paksaan ini boleh dilakukan dengan perang bersenjata
dan tanpa senjata, tindakan kekerasan, pembalasan dan Sekatan Pasifik.
Bagi menyelesaikan isu perebutan Wilayah Crimea ini adalah dengan menggunakan bantuan
daripada Pihak Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu (PBB).
Sebagai pengganti kepada Liga Bangsa-bangsa Bersatu, PBB yang telah dibentuk pada
tahun 1945 telah mengambil alih sebahagian besar tanggungjawab dalam menyelesaikan
pertikaian di peringkat antarabangsa. Salah satu matlamat asas pertubuhan ialah menyelesaikan
secara damai perbezaan antara Negara-negara dan berkaitan dengan Artikel 2 Piagam PBB, yang
dilakukan oleh ahli pertubuhan untuk menyelesaikan pertikaian mereka dengan cara damai dan
menahan diri daripada melakukan ancaman perang atau menggunakan paksaan ( J.G Starke 1984
: 517).
Dalam keadaan ini, tanggungjawab yang penting berpindah kepada Perhimpunan Agung
dan Majlis Keselamatan sesuai dengan kekuasaan mereka yang diamanahkan kepada kedua-dua
pertubuhan itu. Perhimpunan Agung diberi kuasa, tertakluk kepada kekuasaan penguatkuasa
keamanan Majlis Keselamatan untuk menyarankan tindakan-tindakan yang sesuai untuk
keamanan dalam setiap keadaan yang mungkin akan merosakkan kesejahteraan awam atau
hubungan persahabatan antara bangsa. Namun dengan kuasa yang besar yang telah diberikan
pada Majlis Keselamatan haruslah dilaksanakan dengan cepat dan tegas mengikut dasar
Pertubuhan Bangsa Bersatu. Secara umumnya, Majlis akan bertindak dalam dua jenis pertikaian
iaitu:
1. Sekiranya pertikaian boleh memudaratkan keamanan dan keselamatan antarabangsa.
2. Berlakunya kes seperti ancaman terhadap keamanan, pelanggaran keamanan atau
tindakan pencerobohan. Dalam kes yang pertama, Majlis bila perlu, boleh memanggil
pihak-pihak untuk menyelesaikan pertikaian mereka dengan cara seperti timbang tara,
penyelesaian penghakiman, rundingan, penyelidikan, pengantaraan dan perdamaian.
Majlis juga, mungkin boleh menyarankan prosedur yang tepat atau cara yang sesuai
untuk menyelesaikan pertikaian berikut.
Manakala dalam kes yang kedua, Majlis mempunyai kuasa untuk membuat cadangan atau
memutuskan apa-apa tindakan yang harus diambil untuk memelihara atau memulihkan
keamanan dan keselamatan antarabangsa dan mungkin memanggil pihak-pihak berkaitan untuk
mematuhi tindakan tertentu. Tidak ada sekatan atau kelulusan pada cadangan yang dibuat oleh
Majlis. Pada dasarnya mungkin ia dirujuk dengan suruhanjaya penyelidikan atau mungkin juga
dirujuk dengan Mahkamah Keadilan Antarabangsa atau sebagainya. Menurut Artikel 41 hingga
47 Piagam, Keselamatan Kehakiman juga mempunyai hak untuk memberi keputusan, tidak
hanya dengan tindakan kekerasan seperti sekatan ekonomi tetapi boleh juga dengan
menggunakan kekuatan bersenjata terhadap Negara-negara yang menolak untuk terikat dengan
keputusan.
Top Related