Faculty Of Information Technology and Multimedia Communication
SEMESTER MAY 2013
CBCT 2203BASIC CONCEPTS OF INFORMATION
TECHNOLOGY
NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGNEALAN :
NO. TELEFON :
E-MEL :
PUSAT PEMBELAJARAN :
Isi Kandungan Muka surat
1.0 Pengenalan 1
1.1 Objektif Laporan 2
2.0 Perubahan Yang Diperlukan 2
2.1 Perkakasan 3
2.2 Perisian 4
2.3 Kakitangan Yang Terlibat 6
3.0 Cabaran Yang Bakal Dihadapi 8
3.1 Kos 8
3.2 Tahap Kemahiran Pekerja 8
3.3 Penerimaan Pekerja 9
4.0 Kaedah Penyelesaian 9
4.1 Komputer 9
4.2 Kekurangan Pekerja 11
4.3 Kekurangan Kekurangan Kemahiran 12
4.4 Pengurusan Inventori 12
4.5 Perisian 13
4.6 Talian Internet 14
5.0 Kesimpulan 14
Rujukan 16
1.0 Pengenalan
Dalam dunia perniagaan yang berdaya saing kini, peranan dan kepentingan teknologi maklumat
(IT) tidak dapat dipertikaikan. IT memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan
entiti pemiagaan dan merupakan senjata penting dalam pembentukan strategi organisasi. Jika
pada peringkat awalnya IT hanya dilihat sebagai alat bagi menyokong sesebuah perniagaan,
tetapi kini ia telah beralih menjadi senjata penting dalam membentuk strategi persaingan.
TescoSoft Sdn. Bhd, telah ditubuhkan pada tahun 2000 dan menjadi salah satu daripada peruncit
terbesar di Malaysia. Sebagai salah satu peruncit terbesar di Malaysia TescoSoft Sdn.Bhd.
mempunyai pesaing daripada syarikat-syarikat besar seperti Giant, Tesco dan Carrefour.
Beberapa jabatan dalam tescosoft sdn.bhd. seperti jabatan Sumber Manusia, Perakaunan,
Pemasaran, Perkhidmatan Pelanggan dan Logistik mempunyai infrastruktur IT sendiri bagi
menyokong operasi perniagaan dan tugas-tugas harian. Kebanyakkan jabatan-jabatan yang sedia
ada menggunakan sistem fail untuk menyimpan data dan maklumat.
Bagi memastikan syarikat kekal sentanding dengan pesaing-pesaingnya, Ketua Pegawai
Eksekutif (CEO) syarikat telah telah merangka jalan penyelesaian dan megambil keputusan
untuk merombak infrastruktur IT yang sedia ada.
Sejajar dengan itu, laporan cadangan ini disediakan oleh pihak pengurusan IT bagi melaksanakan
infraksturtur IT yang lebih sistematik dan praktikal dalam TescoSoft Sdn.Bhd. dan dikemukakan
kepada CEO syarikat.
1
1.1 Objektif Laporan
IT merupakan teknologi penggerak untuk meningkatkan kecekapan, produktiviti dan berdaya
saing. Oleh itu, penyediaan laporan ini disediakan adalah bertujuan untuk menangani masalah
infrakstrutur IT yang dihadapi oleh TescoSoft Sdn.Bhd.
Penstrukturan semula infrastrur IT yang sedia ada
Menyelaras operasi perniagaan syarikat tanpa mengira geografi, lokasi dan jabatan
Perkongsian maklumat dan data antara jabatan, cawangan, pembekal dan pengguna
Proses pengurusan jualan dapat dijalankan dengan lebih efisien
Proses penyimpanan dan pengemaskinian maklumat dapat dilakukan dengan mudah
Maklumat-maklumat penting dapat disimpan dengan selamat dan juga mempunyai fail
sokongan (backup file).
Proses menganalisa prestasi syarikat dapat dilakukan dengan pantas
Memudahkan pelanggan menyemak pembayaran
Meluaskan perniagaan
Dengan melakukan penstrukturan semula infrastruktur IT masalah yang dihadapi oleh syarikat
dapat diatasi dan maklumat-maklumat syarikat dapat diakses pada bila-bila masa dan di mana
sahaja. Tugas-tugas bagi semua jabatan menjadi lebih lancar serta sistem fail dapat digantikan
dan masalah komunikasi menjadi mudah.
2.0 Perubahan Yang Diperlukan
Dengan melakukan perubahan ke atas infraktruktur IT, produktiviti syarikat dapat
dipertingkatkan pada setiap peringkat iaitu peringkat operasi, peringkat pengurusan dan
peringkat strategik. Peringkat operasi melibatkan perancangan kerja-kerja harian manakala
peringkat pengurusan pula menggunakan data dari peringkat operasi untuk merancang dan
menyusun semula jualan dan pemasaran barangan. lni termasuklah merekabentuk dan
penyusunan barangan. Faedah terbesar yang dapat diperolehi dengan melakukan rombakan pada
2
struktur IT ialah syarikat dapat menggunakan data jualan yang terperinci untuk mengesan jumlah
inventori dengan lebih cepat dan tepat. Justeru itu pesanan inventori dapat dibuat terus kepada
pembekal. Selain daripada itu, rombakan terhadap infrastruktur IT ini akan memudah CEO
syarikat untuk memantau dan mendapatkan maklumat lengkap mengenai cawangan TescoSoft
yang bakal dibuka.
Untuk membagunkan infrastruktur IT yang baru, beberapa perkara utama yang diperlukan adalah
seperti perkakasan, perisisan dan kakitangan yang terlibat.
2.1 Perkakasan
Terdapat pelbagai jenama komputer dan perkakasan di pasaran pada masa kini seperti ACER,
COMPACT, DELL, LEVONO, ASUS, TOSHIBA, VAIO dan sebagainya dengan harga dan
kualiti yang berbeza. Pemilihan komputer dengan komponen perkakasan yang sesuai adalah
berdasarkan kepada keperluan syarikat mengikut skop kerja setiap jabatan. Perkakasan
komputer yang sesuai bagi TescoSoft adalah jenis yang sederhana bagi mengelakkan
perbelanjaan kos yang tinggi.
Perkakasan komputer adalah merupakan komponen fizikal sistem komputer. Bagi memastikan
pembangunkan infrastruktur IT berjalan dengan lancar beberapa perkakasan diperlukan seperti
berikut:-
Unit Pemprosesan Pusat (CPU)
Unit-unit Input - papan kekunci, tetikus, pengimbas (scanner), pengimbas kod bar,
pembaca kad pintar, mesin faks, sensor, kamera litar tertutup dan router / modem.
Komponen Storan - Pita magnet (magnetic tape), Cakera liut (magnetic disc), Cakera
keras (hard disc), Cakera optik (compact disc/digital video data)
Unit-unit output- Monitor, pembesar suara dan mesin pencetak
Komponen Ingatan - RAM (Random Access Memory), ROM (Read Only Memory)
3
2.2 Perisian
Terdapat pelbagai jenis perisian yang ditawarkan oleh pelbagai syarikat di seluruh dunia.
Perisian yang sentiasa dipertingkatkan mutunya itu akan memudahkan kerja-kerja
pengemaskinian rekod atau data dapat membantu pihak syarikat untuk meningkatkan
keberkesanan pengurusan dan perkhidmatan. Setiap jenis perisian yang ditawarkan di pasaran
mempunyai kelebihan masing-masing. Sebelum membeli produk tersebut, syarikat perlu
meneliti terlebih dahulu perisisan manakah yang mampu menyediakan aplikasi terbaik agar
dapat membantu melancarkan tugas-tugas syarikat.
Sistem perisian yang ditawarkan di pasaran adalah pelbagai. Oleh yang demikian adalah penting
bagi pihak organisasi atau syarikat memilih perisian manakah yang memenuhi kehendak pihak
pengurusan.
Perisian komputer terbahagi kepada dua jenis iaitu perisian sistem dan perisian aplikasi. Perisian
sistem terdiri daripada sistem operasi seperti windows (98, 2000, Me, XP, Vista, 7, 8), DOS
6.22, DOS 6.22, UNIX Linux, OS2, Mac OS X, Perisian utiliti seperti Winzip dan Antivirus.
Manakala sistem perisian aplikasi pula terdiri daripada perisian pemproses perkataan (microsoft
word, Corel Word Perfect), Perisian hamparan elektronik (Microsoft Excel), Perisian
persembahan (Microsoft Power Point), Perisian pengkalan data (Microsoft Access), dam Perisian
editor grafik (Adobe Photoshop, Adobe Illustrator).
Dalam usaha untuk menyekat virus, spyware, spam, dan lain-lain program yang mengganggu
dan fail, perisian anti-virus di perlukan untuk mencegah, mengesan serta membuang virus yang
menyerang. Kebanyakan perisian anti virus mempunyai pelbagai tahap perlindungan dan
membolehkan ia menukar kelajuan di mana komputer akan menjadi perlahan. Perisian anti-virus
boleh diperolehi secara terus melalui internet ataupun secara bayaran. Antara antivirus yang
terdapat dipasaran ialah McAfee Anti-virus, Avast Anti-virus, MXBitDefender, Kaspersky Lab
dan pelbagai lagi.
4
Sebelum sesuatu perisian dibeli, pemilihan perisian akan ditentukan oleh CEO setelah
mengambil kira kos-kos yang terlibat dan kekangan yang terlibat.
Berikut adalah senarai harga perisian:-
Perisian Sistem Operasi Anggaran Harga
Microsoft Windows 8 RM 550.00
UNIX Linux RM 450.00
Apple-Mac OS X RM 910.00
Perisian Sistem Aplikasi -
Microsoft Window 2013 RM 950.00
Microsoft Office 2010 RM 270.00 Perisian Akaun -Universal Business Software (UBS) RM 1660.00QuickBooks RM 1500.00
Mr. Accounting RM 1320.00
SQL RM 1635.00 Perisian Inventori –Perisian IRS RM 2500.00Perisian Raptor RM 2990.00
Perisian Anti-Virus -McAfee Anti-virus RM 1950.00Avast Anti-virus RM 1900.00MXBitDefender RM 1200.00
Kaspersky Lab RM 1400.00
Rajah 1: Senarai harga perisian
2.3 Kakitangan yang terlibat
5
Pengurusan teknologi yang efektif memerlukan kemahiran pengurusan, teknik, gaya dan cara
pemikiran yang berbeza. Oleh itu, pekerja bahagian teknologi perlu memperolehi pengetahuan
dan kemahiran yang membolehkan mereka melaksanakan tugas dengan efektif. Pengurusan
teknologi melibatkan suatu bidang yang sangat luas yang meliputi pelbagai fungsi bidang
termasuklah penyelidikan asas, pembangunan penyelidikan, rekabentuk, pembinaan, pembuatan,
pengeluaran, pengujian, penyelenggaraan dan perpindahan teknologi. Pemahaman yang jelas
bagaimana untuk menggabungkan bidang teknikal, pengorganisasian, dan sumber manusia
dalam inovasi merupakan tunjang untuk menjadi seorang pengurus pengurusan teknologi yang
effektif.
Selain daripada pasukan IT, TescoSoft juga memerlukan kakitangan baru untuk cawangan yang
bakal dibuka di beberapa buah negara.
Berikut adalah senarai jawatan yang diperlukan di dalam jabatan IT:
a. Pengurus IT
Ringkasan tugas: Bertanggungjawab mengkaji dan menganalisis kemungkinan kesesuaian
sistem komputer yang sedia ada dan seterusnya mereka bentuk, membangun, melaksana,
menyelenggara serta mengkaji semula sistem pemprosesan data dan maklumat bersesuaian
dengan kegunaan jabatan. Memastikan apa-apa penggunaan aplikasi perbendaharaan mematuhi
undang-undang dan peraturan-peraturan audit / berkanun.
b. Jurutera Komputer
Ringkasan tugas: Membuat penyelidikan, membangunkan dan menguji perkakasan atau
peralatan komputer.membangunkan perisian komputer, menjaga, mengkonfigurasi, mengawal
semua perkakasan dan perisian yang ada.
c. Jurutera Perisian
Ringkasan tugas: Menjaga sistem operasi harian TescoSoft, termasuk POS, CRM dan lain-lain.
Mengumpul dan menganalisa fakta tentang operasi harian, prosedur dan sistem untuk
6
memindahnya kepada bentuk program yang sesuai bagi peralatan prosesan data. Mengkaji dan
membincang dengan semua pihak pekerja untuk menentukan keperluannya mengikut objektif
organisasi. Bertanggungjawab untuk membangunkan kod aplikasi dan peningkatan aplikasi web,
reka bentuk sistem dan pembangunan konsep visual yang menarik dan mesra pengguna untuk
sistem talian.
d. Jurutera Pengaturcara IT
Ringkasan tugas: Membangunkan arahan serta bahasa komputer yang digunakan untuk
mengendalikan komputer. Skop tugas turut merangkumi penyelesaian masalah komputer
berkaitan teknikal bagi kedua-dua elemen pada sistem berkenaan.
e. Pereka Grafik / Web Eksekutif
Ringkasan tugas: Mengendalikan tugas-tugas mereka bentuk bahan-bahan pemasaran.
Menyediakan konsep dan mereka bentuk bahan-bahan iklan di media cetak, TV, website dan
online berbentuk multimedia. Menyediakan rekabentuk sistem yang spesifik dan juga sistem
dokumentasi.
f. Eksekutif IT / Pengujian Sistem
Ringkasan tugas: Menyediakan latihan dan memberi penerangan kepada para pekerja tentang
penggunaan infrastruktur IT yang baru. Menyelesaikan dan mengenal pasti masalah penggunaan
infrastruktur IT oleh pekerja
g. Juruteknik Komputer
Ringkasan tugas: Juruteknik Komputer bertanggungjawab terhadap tiga skop utama iaitu
penyelenggaraan sistem, penyelenggaraan aplikasi dan operasi sistem pengkomputeran.
h. Pentadbir IT
Ringkasan tugas: Bertanggungjawab untuk menjaga infrastruktur IT dan memberi sokongan
terhadap pasukan IT.
i. Penyelia Keselamatan
Ringkasan tugas: Memantau dan mengawal keadaan persekitaran TescoSoft.
7
TescoSoft perlu memastikan setiap jawatan yang diisi mempunyai kelayakkan yang setaraf dan
sentiasa terisi. Selain daripada, latihan dan taklimat perlu diberi kepada kakitangan yang baru
dan yang tidak mempunyai kelayakkan yang cukup.
3.0 Cabaran yang bakal dihadapi
Sebelum infrastruktur IT di bangunkan beberapa faktor kekangan perlu dikenal pasti terlebih
dahulu. Kekangan yang bakal dihadapi oleh TescoSoft adalah seperti kos, tahap kemahiran
pekerja dan penerimaan pekerja terhadap sistsem tugas yang baru. Pembangunan perisisan yang
berskala besar dan kompleks memerlukan penggunaan kaedah, teknik dan alatan yang sistematik
pada fasa-fasa pembangunan, fasa operasi dan penyeleanggaraan bagi menjamin keberkesanan
dan kualiti produk yang dihasilkan.
3.1 Kos
Sebelum pembangunan infrastruktur IT dibangunkan, pengurus IT perlu membuat anggaran kos
dan masa yang diperlukan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti rombakan infrastruktur IT
tersebut. Anggaran kos perlu dibuat bagi mengelakkan kekurangan dan lebihan bajet. Apabila
projek pembagunan IT telah dijalan, anggaran hendaklah dikemaskini secara tetap. Terdapat tiga
parameter yang terlibat dalam penggiraan jumlah kos pembangunan projek iaitu kos perkakasan,
perisian termasuk kos penyelenggaraan, kos latihan dan kos pengambilan kakitangan IT yang
baru.
3.2 Tahap kemahiran pekerja
Setiap pekerja mempunyai tahap kemahiran dan kecekapan yang berbeza. Kesukaran memahami
dan menerima sistem proses kerja baru membuatkan perjalanan tugas kerja menjadi perlahan.
Selain daripada itu, sebahagian para pekerja tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran
8
menggunakan sistem IT. Keadaan ini akan menyukarkan jurutera perisian untuk mendapat
maklum balas mengenai keberkesanan sistem IT yang baru.
3.3 Penerimaan pekerja
Penerimaan pekerja adalah faktor terpenting bagi memastikan keberkesanan sesebuah sistem
yang dibangunkan berjalan dengan lancar. Sistem yang dibangunkan ini memberi capaian
kepada pekerja, pembeli dan juga pihak pengurusan TescoSoft. Pekerja akan melaksanakan
proses yang berbeza mengikut keperluan masing-masing. Cara penggunaan sistem akan
dipaparkan secara terperinci mengikut bidang tugas masing-masing. Kehadiran sistem IT yang
baru dalam pekerjaan TescoSoft, menggantikan sistem manual dan juga secara fizikal yang
memerlukan tenaga pekerja.
4.0 Kaedah Penyelesaian
Setelah meneliti cabaran-cabaran yang bakal dihadapi oleh TescoSoft dalam mambangunkan
infrastruktur IT yang lebih sistematik, beberapa kaedah penyelesaian dapat dipraktikkan.
Dengan penggunaan sistem infrastrutur IT yang sistematik, proses kerja dapat dijimatkan dan
dapat dikemaskini dalam tempoh masa yang singkat.
4.1 Komputer
Komputer meja (desktop) adalah yang terbaik bagi kegunaan pihak pengurusan Tescosoft
manakala komputer riba dicadang untuk pengurus atasan. Pemilihan komputer meja perlulah
dilengkapi dengan pakej Microsoft Office dan pemprosesan yang dicadangkan adalah dari jenis
Intel® Core. Bagi menjimatkan kos dan mendapat potongan harga, perkakasan dan persian perlu
dibeli secara pukal dari satu pembekal sahaja. Dengan cara ini, ia dapat memudah urusan jual
beli dan kerja-kerja pemasangan. Jenama komputer meja yang dicadangkan ialah dari jenis HP
Compaq. Ini memandangkan HP mempunyai pakej harga yang berpatutan dan jenama HP
9
adalah mesra pelanggan untuk servis lepas jualan. Berikut adalah senarai harga komputer meja
mengikut jenama:-
Jenama Anggaran Harga
ACER ASPIRE Z SERIES AZ3605-3322W8
- Intel® Core™ i3-3227U-1.9GHz
- 4GB DDR3 RAM, 1TB SATA HDD
- Intel® HD Graphics
- Genuine Windows® 8
RM 2,669
ASUS ET2220INTI ET2220I SERIES
- Intel Core i3-3220-3.3GHz
- 4GB DDR3, 1TB HDD
- NVIDIA GeForce GT610M
- Genuine Windows® 8
RM 2699.00
HP PAVILION 23-B225D
- Intel® Core™ i5-3470S-2.9GHz
- 4GB DDR3 RAM, 1TB SATA HDD
- NVIDIA GeForce GT710
- Genuine Windows® 8 64-bit
RM 2399.00
TOSHIBA REGZA LX810-1000X AIO 21.5
- Intel Core i3-2370M-2.4GHz
- 4GB DDR3, 500GB HDD
- NVIDIA® GeForce GT630M
- Windows® 7 H.Premium 64
RM 2661.00
Rajah 2 : Senarai harga komputer meja mengikut jenama
Pemilihan komputer riba yang dicadangkan adalah dari jenis Dell. Ini memandangkan komputer
riba Dell mempunyai kualiti yang bagus dengan bentuk yang nipis ringan dan mudah untuk
dibawa. Berikut adalah senarai harga komputer riba mengikut jenama dan spesifikasi:-
Jenama Anggaran Harga
10
ACER ASPIRE Z SERIES ALL IN ONE AZ3605
- Intel® Core™ i5-3230M-2.6GHz
- 8GB DDR3, 1TB HDD
- NVIDIA® GeForce GT650M
- Genuine Windows® 8
RM3,825.00
ACER ASPIRE R7-571-53338G1T
- Intel® Core™ i5-3337U-1.8GHz
- 8GB DDR3 RAM, 1TB SATA HDD
- Intel® HD Graphics 4000
- Genuine Windows® 8 64-bit
RM 2999.00
LENOVO IDEAPAD Y410P 5936-9493 Y
- Intel® Core™ i7-4700MQ-2.4GHz
- 1TB SATA HDD, 8GB DDR3 RAM
- Nvidia® GeForce® GT750M
- OS: Windows 8
RM 2099.00
Samsung ATIV Book 5 NP540U4E-K01MY
- Intel® Core™ i5-3337U-1.8GHz
- 500GB S-ATAII HDD + ExpressCache 24GB, 4GB DDR3 RAM
- Intel® HD Graphics 4000
- Genuine Windows® 8 64 bit
RM 2999.00
Asus S56CB-XX390H
- Intel® Core™ i7-3537U-2GHz
- 4GB DDR3 RAM, 1TB SATA HDD + 24GB SSD
- Nvidia® GeForce® GT740M
- Genuine Windows® 8 64
RM 2750.00
Rajah 3 : Senarai harga komputer riba
4.2 Kekurangan Pekerja
Masalah kekurangan pasukan IT, penyelia keselamatan dan lain-lain dapat ditangani dengan
mengiklankan kekosongan jawatan tersebut. Pemilihan kakitangan tersebut perlu memenuhi
kriteria-kriteria yang ditetapkan seperti mempunyai taraf pendidikan yang sesuai, kemahiran dan
11
mempunyai pengalaman bekerja serta sanggup berhijrah ke luar negara iaitu untuk cawangan
baru jika diminta untuk berbuat demikian.
4.3 Kekurangan Kemahiran
Latihan dan taklimat akan diberi kepada kakitangan yang baru serta kakitangan yang kurang
mempunyai kemahiran menggunakan sistem IT yang baru. HP akan menjalankan latihan untuk
Operasi dan Penyelenggaraan produk yang dibekalkan mereka dan IRS Software Sdn.Bhd. akan
menjalankan latihan untuk kegunaan produk perisian mereka dan dibantu oleh IT eksekutif
TescoSoft.
4.4 Pengurusan Inventori
Sistem pegurusan inventori diperlukan bagi mengetahui inventori apa yang ada, apa yang
diperlukan, dan bila perlu untuk menambahnya. Dengan adanya sistem inventori ini ia dapat
mengira stok inventori dengan tepat, cepat dan pada masa yang sama dapat memberitahu
pembekal bila masanya untuk menempah inventori yang baru. Bagi mengatasi masalah ini
Point-of-Sale (POS) daripada IRS Software Sdn.Bhd. dicadangkan. Sistem POS menyediakan
perkhidmatan yang efektif iaitu cepat, tepat dan senang kepada pelanggan dan dapat
mengurangkan kos kakitangan serta kos operasi. Sistem ini menyediakan fasiliti untuk kawalan
inventori dan penambahan secara automatik. Di samping itu ia juga dapat meningkatkan jualan,
mengenal pasti barang-barang yang kerap dibeli dan sebaliknya.
Pakej harga POS adalah seperti berikut:-
12
Perkara Harga Ciri-ciri
Point-Of-Sales (POS)
Pakej termasuk:-
Resit Printer pengimbas kod bar Laci Tunai Perisian POS (dilengkapi dengan kod pengaktifan) Latihan akan disediakan & kos penghantaran percuma
RM 3999.00 Kawalan Pengurusan Dan Perancangan
Kehadiran Staff Dan Prestasi Perkhidmatan Pelanggan Wang Tunai Daftar Kawalan Stok Memantau rantai gedung
kedai
Rajah 4 : Pakej harga Point-Of-Sales
4.5 Perisian
Dalam membangunkan sistem ini, beberapa perisian telah dikenalpasti untuk digunakan. Berikut
adalah jenis-jenis perisian yang diperlukan:-
Perkara Perisian
Sistem Operasi
Sistem pemprosessan
Perisian Aplikasi
Perisian anti virus
Perisian CC
Window 8
Intel® Core™ i7-3770, GHz 3.90, DMI 5GT/s
Microsoft Office 2013 (Professional Plus)Pelayar InternetUniversal Business Software (UBS)Microsoft Outlook 2013Windows Live AppsIRS Software
Kaspersky Lab
EagleEyesRajah 5: Jenis-jenis perisian yang diperlukan
13
4.6 Talian Internet
Terdapat pilihan yang banyak bagi talian internet pada masa sekarang. Daripada dial-up
sehinggalah kepada jalur lebar (broadband). Jalur lebar terbahagi kepada dua iaitu jenis yang
bergerak dan juga tetap. Antara syarikat swasta yang menawarkan perkhidmatan talian internet
adalah seperti Maxis,Celcom dan Digi. Pilihan yang terbaik untuk Tescosoft ialah jenis talian
tetap iaitu talian streamyx daripada TMnet.
TMNet Streamyx untuk perniagaan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu SOHO (pejabat di rumah),
Pakej Enterprise dan Pakej Koporat. Jenis talian streamyx yang sesuai digunakan oleh TescoSoft
ialah Pakej Enterprise yang menggunakan modem ADSL.
ADSL bermaksud asymmetric digital subscriber line. Teknologi ADSL membolehkan kadar
menerima data sehingga 9 juta bit sesaat, tapi kadar menghantar data terhad kepada 640 Kb
sesaat. Talian yang menggunakan ADSL boleh digunakan untuk membuat panggilan telefon
biasa. Berikut ialah kadar untuk Pakej Enterprise:
Modem Terima / Hantar Caj Bulanan
ADSL 1Mb/384Kb RM 418
ADSL 2Mb/384Kb RM 688
SDSL 1.5Mb/1.5Mb RM 618
5.0 Kesimpulan
Proses rombakan dan pembangunan infrastruktur IT bukanlah sesuatu yang mudah kerana ianya
memerlukan pelbagai kemahiran, kepakaran dan pengalaman. Infrastruktur IT yang canggih
mampu untuk menangani persaing-pesaing yang ada dan dapat mengekalkan kedudukan
TescoSoft agar setanding bersaing. Dengan pembangunan sistem infrastruktur IT yang baru,
akan memudahkan setiap jabatan untuk berkomunikasi, bertukar maklumat dan data mengenai
perniagaan.
14
Bagi mengoptimumkan sistem yang dibina, beberapa perubahan perlu dilakukan iaitu dari segi
perkakasan, perisian dan mengupah kakitangan yang baru. Sebelum rombakan infrastruktur IT
dijalankan, beberapa kekangan perlu diambil kira untuk memastikan pembangunan sistem
ifrastruktur IT berjalan dengan lancar. Antara kekangan yang bakal dihadapi oleh TescoSoft
ialah kekangan dari segi kos, tahap kemahiran dan penerimaan pekerja.
Untuk mendapat infrastruktur IT yang terbaik, cara penyelesaian yang perlu diambil adalah
berbincang bersama pihak pengurusan dan pihak IT. Bagi mengelakkan kos yang tinggi
pembelian secara pukal digalakkan dengan hanya satu pembekal. Penyediaan latihan untuk
kitangan perlu bagi memastikan para pekerja memahiran cara-cara untuk mengendalikan
infrastruktur IT yang baru.
Kesimpulannya, adalah diharapkan pembangunan infrastruktur IT ini dapat membantu dan
memenuhi keperluan setiap pekerja, pembeli dan pembekal.
Jumlah Patah Perkataan : 2,822
15
Rujukan:
Teori & Amali Microsoft SQL Server (2000) Mohd. Shahizan Othman, Suraya Miskon, Syed
Norris Hikmi Syed Abdullah, Norasnita Ahmad & Roliana Ibrahim
Mengendali Sistem Perakaunan Berkomputer UBS (2008), Ismail Hashim
Jurnal Teknologi (2001) Universiti Teknologi Malaysia, Ciri Kerja Dan Prestasi Profesional
Teknologi Maklumat Sektor Awam Malaysia, Noor Azmi Mohamad, Wan Faridah Akmal Wan
Ismail, Siti Zaleha Omain
Abdullah Mohd Zain & Mohd Jan Nordin. 2000. Perkongsian Maklumat.
Petaling Jaya: Prentice Hall
Kerjuruteraan perisian (2001), Suhaimi Ibrahim, UTM
http://www.accountingsoftwaremalaysia.org/accounting-software-malaysia-top-15/
http://www.infocomm.com.au/financials-software.html
http://ictbab2.blogspot.com/p/23-perisian.html
http://www.infocomm.com.au/financials-software.html
http://www.ayssoftware.com/aysmrc/retailedition.htm
http://www.apphit.com/software_Drivers-18/
http://www.ilplabuan.gov.my/download/080425%20ARTIKEL%20SOFTWARE%20-
%20azrul.pdf
http://www.businessoftware.com/bpasoftware
16