Download - Ceramah 22 - Larangan Rasuah Dan Monopoli Final

Transcript

CERAMAH KEWANGAN

ISLAM

Ustaz Abdul Aziz Mohd Nor

Topik 22 : Larangan Rasuah & Monopoli

Surau Mercu UEM KL Sentral, Kuala Lumpur

24 Rabiul Akhir 1435

24 Februari 2014

Topik Perbincangan Hari Ini 2

¨  Apa itu rezeki?

¨  Larangan rasuah

¨  Larangan monopoli

¨  Kesan rasuah & monopoli

Apa Itu Rezeki? 3

¨  Rezeki ialah “apa-apa yang kita rasakan manfaatnya, sama ada halal atau haram, samada baik atau buruk”

¨  Rezeki yang kita gunakan akan habis, sedangkan rezeki yang disedekahkan akan kekal sebagai pahala di akhirat dan akan diganti berkali-kali ganda oleh Allah ketika di dunia

¨  Rezeki terbahagi kepada dua bentuk:

Material Rumah, kereta, duit, saham, udara, air, tanah, makanan,

minuman, pakaian, kenderaan

Bukan Material Kesihatan, ilmu,

keimanan, taqwa, penglihatan,

pendengaran, anak yang soleh

Apa Itu Rezeki? 4

¨  Milik kita belum tentu rezeki kita jika tidak memberi manfaat

¨  Allah memberi rezeki kepada semua makhluk seperti tumbuhan, haiwan, jin dan manusia samada beriman ataupun kafir

¨  Sebab rasulullah s.a.w. bersabda: “Seandainya dunia ini di sisi Allah punya nilai setara dengan sebelah sayap nyamuk niscaya Allah tidak akan memberi minum seorang kafir seteguk air pun” (Riwayat At-Tirmidzi)

¨  Manusia sekadar berusaha, sedangkan Allah telah yang mengatur rezeki setiap hambanya

¨  Oleh kerana rezeki terdiri daripada perkara yang halal dan haram, syaitan cuba menyesatkan manusia untuk mengambil yang haram seperti melelapkan duit syarikat, mencuri, menipu dan rasuah sebagainya

Pasaran Bebas & Adil 5

¨  Islam itu adalah cara menjalani kehidupan di atas bumi ini

¨  Islam itu adil dalam semua bidang/urusan dan menghendaki pasaran yang bebas lagi adil

¨  Bebas dalam ertikata persaingan yang bebas dan tiada sekatan (kecuali bila perlu)

¨  Adil dalam ertikata harga, untung, peluang yang adil dan menghormati hak dan harta

¨  Monopoli dan rasuah adalah “gangguan pasaran”, menjadikan pasaran tidak bebas dan tidak adil dan mendatangkan mudarat atau mafsadah kepada masyarakat – maka dilarang Islam

Definasi Rasuah

¨  Perkataan “rasuah” berasal daripada perkataan Arab iaitu al-risywah, rashwah atau rushwah, yang bermaksud penyambung yang dapat menghantarkan tujuan dengan harta sogokan

¨  Definisi ini diambil dari asal kata rasuah iaitu ar-rasya yang bererti tali timba yang dipergunakan untuk mengambil air dari perigi

¨  Dalam kitab Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwitiyyah ditakrifkan:

6

“Apa yang diberikan dengan tujuan memalsukan kebenaran dan membenarkan kepalsuan”

¨  Rasuah dalam bentuk harta (seperti wang atau harta fizikal) atau manfaat

Dalil Larangan Rasuah 7

¨  Thawban berkata “Rasulullah s.a.w. mengutuk orang yang menawarkan rasuah, orang yang menerimanya, dan orang yang menyusunnya.” (Riwayat Ahmad dan al-Hakim)

¨  Nabi s.a.w. bersabda kepada seorang gabenornya yang telah ditugaskan mengutip zakat kabilah Azad, maka apabila ia selesai kerjanya dan kembali berjumpa Nabi, lalu ia menyimpan sebahagian dari wang yang dikutip sambil berkata : “Ini untukmu (bahagian untuk Islam) dan ini untukku yang diberikan sebagai hadiah (oleh orang ramai)”, maka jatuh murka Baginda sambil bersabda: “Ketahuilah, pergilah kamu duduk di rumah bapamu atau ibumu, sehingga datang kepadamu hadiahmu, jika kamu benar-benar betul (layak mendapat hadiah)” (Al-Bukhari & Muslim )

Jenis-Jenis Rasuah 8

¨  Hadiah wang atau manfaat lain kepada pegawai boleh dikira sebagai pengkhianatan (tidak halal) dalam keadaan berikut :

¤  Diberikan kepada hakim khas memastikannya menang dalam kes mahkamahnya yang ia sepatutnya kalah. Samada dibuat untuk menyelamatkan diri atau menyalahkan seseorang yang tidak bersalah

¤  Diberikan kepada pegawai berkuasa bagi melepaskan diri dalam hal ketika di dapati bersalah

¤  Diberikan kepada pegawai berkuasa (samada diletakkan atas nama komisyen atau hadiah) bagi mendapatkan tender kontrak untuknya. Haram ke atas si pemberi dan si penerima

¤  Diberikan kepada pegawai berkuasa untuk mempercepatkan urusannya dan menangguhkan urusan orang lain yang sepatutnya mendapat giliran lebih awal

¤  Menggunakan kuasanya (yang diberikan oleh syarikat) untuk memberikan sesuatu kontrak/tender kepada orang tertentu dengan syarat “upah khas” atau dinamakan “komisyen” diberikan kepadanya oleh pembida

Pengecualian Memberi Rasuah 9

¨  Dr. Syeikh Yusof Al-Qaradawi berkata terdapat pengecualian seperti “Barangsiapa yang kehilangan haknya, namun tidak mungkin mendapatkannya kembali kecuali dengan jalan menyogok, atau akan berlaku kezaliman ke atasnya kecuali terpaksa memberi suapan wang, walaupun demikian, adalah lebih utama untuknya bersabar, jika tiada pilihan kecuali dengan menyogok wang, ketika itu yang berdosa adalah penerima sogokkan sahaja” (Naylul Awtar, 8/622 ; Al-Halal Wal Haram Fil Islam, hlm 301) Keadaan di atas berdasarkan hadith Riwayat Abu Ya’la dan Ahmad. Contohnya:

Melepaskan diri dari penculikan

Melepaskan diri dari perkosaan

Melepaskan diri sebab dipenjara pemerintah

zalim

RASUAH HADIAH Rasuah bertujuan untuk memperolehi sesuatu yang bukan haknya, atau menzalimi hak pihak lain

Hadiah adalah pemberian ikhlas atas sebab suka atau sayang dan memuliakan penerima

Pemberi rasuah mengharapkan sesuatu balasan yang dia tidak dapat memperolehinya tanpa sogokan tersebut

Pemberi hadiah tidak mengharap sebarang tuntutan atau ganjaran balas yang disyaratkan, melainkan balasan Allah

Rasuah merupakan pemberian bersyarat, menyebabkan ada pihak lain yang dizalimi haknya

Hadiah bukan pemberian bersyarat dan tidak menyebabkan kezaliman kepada pihak lain

Perbezaan Antara Rasuah & Hadiah 10

Kesan Rasuah Pada Pasaran & Rakyat 11

Harga “Baru” = Harga Asal +

“Kos” Tambahan

Kos Tambahan

Boros Kos Meningkat & Servis, Kualiti Menurun

Rasuah

Servis buruk

Rezeki haram

RAKYAT

Orang lain berasuah, semuanya rakyat yang kena!

Pengertian Monopoli 12

¨  Monopoli atau ihtikar datang dari perkataan hakr, yang bermaksud mengumpul dan mengawal barang-barang

¨  Ihtikar digunakan oleh ulama perundangan Islam untuk menegaskan keistimewaan sesuatu penjual untuk mengumpul dan mengawal barang dalam usaha menaikkan harga

¨  Dalam erti kata lain, proses memonopoli produk atau ihtikar menyebabkan kenaikan harga

¨  Oligopoli adalah satu bentuk pasaran atau industri yang dikuasai oleh sebilangan kecil penjual (oligopolis)

¨  Oligopoli bertindak serupa monopoli

¨  Pendek kata, apabila harga dinaikkan atau diturunkan oleh sesuatu atau kumpulan syarikat, akan terus dirasai oleh masyarakat secara langsung, maka itulah tanda adanya monopoli atau oligopli

Dalil Melarang Monopoli 13

¨  Dari Ma’mar Bin Abdullah r.a., dari Rasulullah s.a.w., beliau bersabda: ”Tidaklah orang yang menimbun barang (monopoli) kecuali orang yang bersalah”(HR Muslim)

¨  Dari Abdullah bin Thawus dari ayahnya Ibnu Abbas r.a. ia berkata telah bersabda Rasulullah SAW: “Janganlah kamu mencegat kafilah-kafilah dan janganlah orang-orang kota menjual buat orang desa.” saya bertanya kepada Ibnu abbas, ” Apa arti sabdanya.? “Janganlah kamu mencegat kafilah-kafilah dan jangan orang-orang menjadi perantara baginya”.(H.R Bukhari kitab al-buyu’ no 2013)

Monopoli Yang DiLarang 14

¨  Dari kitab Muwatta Malik, Jami Al-Fiqh Al-Islami , bab Al-Ihtikaar, ada dua kriteria untuk "monopoli diharamkan" yang dipersetujui oleh ijmak ulama:

¤  Produk yang terlibat mestilah menjadi satu keperluan (bekalan makanan atau servis, pandangan majoriti), atau satu kemudahan yang utama (dalam pandangan minoriti)

¤  Tindakan monopoli mesti meletakkan orang ramai dalam keadaan yang sempit/mudarat, yang mana ulama maksudkan peningkatan yang ketara dalam harga. Atau dalam istilah moden, peningkatan dalam kos sara hidup untuk rakyat biasa, yang dalam bajet bahagian makanan dan kemudahan utama adalah tinggi. Situasi sempit juga boleh termasuk kekurangan produk yang berkenaan

¨  Abu Yousef, ulama besar Imam Hanafi, berpendapat bahawa semua jenis monopoli adalah dilarang, selagi mereka membahayakan rakyat

Larangan Monopoli Untuk Barangan Asas 15

¨  Apa barangan dan servis asas? Barangan asas ialah makanan atau barangan harian penduduk setempat dan servis asas adalah servis yang digunakan setiap hari dan kenaikan harga menyebabkan penambahan bebanan

¨  Barangan asas adalah makanan ruji sesuatu tempat seperti beras, gandum, keju, roti, susu, gula, garam, cili, bawang minyak masak, petrol dan sebagainya

¨  Servis asas ialah seperti bekalan elektrik, telefon, pendidikan, pembiayaan, pengangkutan dan jalanraya awam

Sikap Pemonopoli… 16

Untung berlipat-ganda

Tidak efisien

Tamak haloba

Tidak sensitif Tak boleh

dipercayai Boros

Terjebak Rasuah

Naik harga sesuka hati

Apabila Pasaran Bebas… 17

Efisien

Pemurah

Sensitif Rajin

Innovatif

Juara Masyarakat

Harga berpatutan

Untung berpatutan

LWN

LWN

Contoh:

LWN

18

Sampaikan Kepada Yang Tidak Hadir … 19

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat” (Al-Bukhari 3/1275 no 3274)

Terima Kasih

20