Antologi Meniti Waktu
--Buat Saja--
SINOPSIS
Sudin seorang graduan (jurusan kesusasteraan) yang berjawatan tinggi. Beliau menghadapi dilema untuk membuat kertas kerja seminar yang perlu di siapkan dalam tempoh masa dua puluh satu hari. Walaupun sudin seorang ketua yang dedikasi tetapi dia tidak berkemampuan untuk membuat kertas kerja yang telah diarahkan kepadanya.
4
Semasa menuntut di Universiti dahulu semua kerja kursusnya telah dibuatkan oleh kawan rapatnya dengan upah tertentu. Sudin hanya menyunting dan mengemaskinikan apa yang perlu sahaja, Kerana itulah sudin tidak mendapat tarbiah dan kemahiran dalam membuat kertas kerja yang berkaitan dengan kesusasteraan. Semenjak bertugas dia tidak pernah melibatkan diri dengan sebarang aktiviti kesusasteraan.
5
Di akhir cerita, Sudin menghubungi pihak penganjur menolak untuk membuat kertas kerja seminar dengan alasan kesuntukan masa dengan tugasan harian. Namun begitu pihak penganjur tetap menginginkan Sudin membuat dan membentangkan kertas kerja pada tarikh yang ditetapkan .
TEMAApa Yang
Dimaksudkan Dengan Tema?
Ketidakmampuan untuk
melakukan tugas.
PERSOALANApa Dia
Persoalan?
1.Konflik Dalaman2.Kesilapan3.Kesanggupan4.Tidak mandiri
Cerpen ‘Buat saja’ adalah sebuah cerpen yang sinis dan mengkritik dengan tajam kepada orang tertentu. Jadi tidak hairanlah jika cerpen ini tidak begitu menonjolkan unsur atau elemen struktur yang istimewa, mungkin kerana tujuan penulisan cerpen ini adalah sebagai luahan hati, teguran dan kritikan terhadap sesetengah orang yang berjawatan tinggi tetapi tidak dapat menjalankan tugas dengan baik.
Top Related