A m a r u s z a t i N o o r
R a h i m
Nurul Syuhadah nurulsyuhadah.blogspot.com
Hawa merupakan pewaris Ahmad Abdullah dan isteri kepada Adam. Dia seorang usahawan eko-pelancongan pewaris ketujuh Ahmad Abdullah di Taman Nasional Yellowstone, Amerika Syarikat. Pakar geologis meramalkan akan berlaku letusan gunung berapi di sekitar Yellowstone dan berdasarkan pergerakan seismic yang sedang menghampiri Canyon Village.
Grand Geyser melepaskan erupsi air panas dalam masa sehari kelmarin. Semuanya merupakan petanda bahawa Yellowstone akan bermandikan larva gunung berapi dalam masa terdekat. Adam berusaha memujuk isterinya meninggalkan Yellowstone dan pulang ke Malaysia. Hawa bertegas tidak mahu berpindah kerana moyangnya telah menetap dan menjana ekonomi di Yellowstone bertahun-tahun lamanya sehingga menjadi sebuah empayar.
Tiba-tiba Hawa terasa loya dan pening yang amat sangat. Hawa terasa seperti gunung berapi di selatan Yellowstone telah meletus dan dia terdampar dalam kawah gunung berapi sehingga terhumban ke dalam sebuah terowong. Tiba-tiba dia terdengar suara seseorang member salam. Perkataan ‘bonda’ yang diucapkan oleh suara tersebut membuat Hawa tergamam.
Siapakah gerangan yang sedang berbicara dengannya. Suara itu memberitahu Hawa bahawa dia berada dalam rahimnya sendiri dan dunia belum kiamat. Hawa melihat seketul objek berukuran 12 sentimeter di hadapannya. Barulah dia tahu itulah janin yang yang sedang dikandungnya. Dia melihat janinnya yang sedang membesar di dalam rahimnya tersenyum manis. Janinnya mengelus lembut jemarinya. Hawa terkasima dan menjadi kaget. Janinnya memberitahu bahawa dalam keadaan tertentu si ibu akan dapat berkomunikasi dengan janin yang sedang dikandungnya.
Hawa mula rasa bahagia. Dia sedang berkomunikasi dengan janinnya sendiri. Tiba-tiba janinnya mengutarakan persoalan agar Hawa segera berpindah dari Yellowstone kerana Yellowstone akan berkubur dengan letusan gunung berapi. Sebagai pewaris kelapan, janin Hawa mahu hidup seperti insane yang lain.
Kini tahulah Hawa bahawa dia sedang mengandungkan seorang bayi lelaki. Hawa teringat bahawa tempat seorang isteri ialah di sisi suami. Tidak lama kemudian, Adam pulang dan Hawa memberitahu keputusannya untuk pulang ke Malaysia.
Semangat untuk meneruskan warisan keluarga
Contoh:
Hawa enggan mengikut suaminya, Adam pulang ke tanah air
kerana dia ingin terus mempertahankan perusahaan warisan
Taman Nasional Melayu Ahmad Abdullah di Yellowstone, Amerika
yang merupakan kawasan lingkaran gunung berapi
PersoalanPersoalan• Persoalan kegigihan mencari rezeki di negara orang:
Adam dan Hawa gigih mencari rezeki di yellowstone dengan meneruskan perusahaan warisan keluarga Ahmad Abdullah
• Persoalan semangat patriotik untuk kembali ke tanah air : Adam mengajak Hawa supaya pulang ke Malaysia untuk memulakan sesuatu yang baharu di
tanah air sendiri
• Persoalan anak merupakan kurniaan Allah yang sangat bernilai: Hawa berhalusinasi dengan janin dalam kandungannya sehingga mengubah pendiriannya
untuk mengikut suaminya pulang ke Malaysia
• Persoalan tanggungjawab isteri terhadap suami : Hawa mengambil keputusan untuk mengikut suaminya Adam pulang ke Malaysia
• Persoalan kasih sayang terhadap anak: Walaupun belum dilahirkan, Hawa menyayangi janin yang dikandungnya setelah menunggu
hampir lapan tahun
watak & Perwatakanwatak & Perwatakan
Hawa
- keturunan Ahmad Abdullah dan Maria Cruz Abdullah.
- Seorang yang penyayang. Dia amat menyayangi anak dalam kandungannya dan suaminya, Adam.
- Seorang yang setia dalam hubungan keluarga. Amat menyayangi Adam, suaminya.
- Seorang yang penakut. Dia takut kehilangan suaminya yang akan balik ke Malaysia.
- Isteri kepada Adam.
Adam-suami Hawa
-seorang yang penyabar. Sabar memujuk Hawa supaya mengikutnya kembali ke Malaysia.
-mempunyai sifat patriotik yang tinggi. Ingin kembali dan menetap di Malaysia.
Janin- .Generasi ke-8 Ahmad Abdullah.- Mempunyai keberanian yang tinggi untuk menyatakan pendiriannya. Berani memberikan
pandangan terhadap ibunya supaya mengikut ayahnya kembali ke Malaysia.- Ikhlas memberi pandangan. Dia ikhlas memberi pandangan kepada ibunya.
- Mempunyai semangat patriotik yang tinggi. Mempunyai semangat patriotik terhadap tanah tumpah darah ayahnya, Adam.
latar tempatlatar tempat
Yellowstone, Amerika Syarikat
Tempat tinggal Adam dan Hawa untuk meneruskan perniagaan warisan keluarganya
Malaysia
Adam ingin pulang ke Malaysia setelah lama menetap di tempat orang
Taman Nasional Yellowstone berhampiran gunung berapi
Kawasan perniagaan warisan keluara Ahmad Abdullah yang diusahakan oleh Adam dan Hawa
Latar masa Latar masa
• Selama 8 tahun : Hawa menunggu selama lapan tahun untuk mendapat zuriat
• Pada musim gugur: ketika Adam memujuk Hawa untuk mengikutnya pulang ke Malaysia
Binaan plotBinaan plot
Secara keseluruhannya, plot cerpen ini digarap mengikut kronologi.
Permulaan• Plot dimulakan dengan memperkenalkan watak Adam yang sedang menasihati isterinya, Hawa
agar meninggalkan Yellowstone dan berhijrah ke Malaysia. Hal ini demikian kerana Yellowstone akan musnah sebagaiakibat letupan gunung berapi
Perkembangan• Setelah ditinggalkan Adam, Hawa mula berhalusinasi bahawa dia berada di alam rahim dan
berkomunikasi dengan janinnya sendiri.
Konflik• Konflik timbul apabila Hawa mengalami ilusi dan bertemu dengan anaknya. Semasa Hawa
berada di dalam alam janin, Hawa telah berkomunikasi dengan anaknya.
Klimaks• Hawa menegaskan bahawa dirinya adalah warisan yang paling berharga dan marayu agar Hawa
memberikannya peluang untuk menjadi insan. Hawa berasa tertampar oleh kata0kata anaknya itu kerana meminta Hawa menyelamatkan keturunan Ahmad Abdullah
Peleraian • Hawa tersedar dari halusinasinya kerana mendengar Adam memanggil namanya berkali-kali.
Hawa tersedar dari khayalannya dan tidak sabar memberitahu Adam bahawa anak mereka adalah lelaki
teknik plot teknik plot
Pemerian• Contohnya:..Roma tengkuknya meremang. Topi jaket ditarik ke
kepala yang pening semenjak subuh tadi. Dunia bagai diayun. Berdiri bagai tidak jejak bumi. Loya menganggu tekak, tetapi dia ...
Dialog • Contohnya: “Abang takut mati? Dia menghadiahi pandangan
menguji. “Setiap kita akan mati” “Ya, tapi bukan menuggu begini.” “ Lahir saya di sini, mati saya biarlah juga di sini”
gaya bahasagaya bahasa
• Hiperbola : Kaki terpelanting ke timur, kepala tercampak ke
barat
• Personafikasi : aroma bunga liar menerpa hidung
• Repitisi: “Lahir saya di sini, mati saya biarlah di sini”
• Simile: dunia bagai berayun. Berdiri bagai tidak jejak ke bumi
nilainilai
• Kegigihan : Hawa dan suaminya gigih meneruskan perniagaan warisan keluarga di tempat orang
• Kasih sayang: Hawa sangat menyayangi janin dalam kandungannya setelah menunggu selama lapan tahun untuk memperoleh zuriat
• Tanggungjawab: Hawa melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri apabila mengambil keputusan mengikut suaminya pulang ke Malaysia
• Patriotik: Adam ingin pulang ke tanah air untuk memulakan kehidupan yang baharu setelah lama berkelana di tempat orang
pengajaranpengajaran• Kita hendaklah mempertahankan hak warisan keluarga
Hawa enggan mengikut Adam ke Malaysia kerana ingin meneruskan perniagaan warisan keluarganya di Yellowstone
• Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga kerana mereka anugerah Allah
Hawa sangat menyayangi janin yang dikandungnya selama empat bulan setelah menunggu selama lapan tahun untuk mendapatkan zuriat
• Kita hendaklah patuh kepada suamiHawa mengambil keputusan mengikut suaminya ke Malaysia walaupun pada awalnya ingin menetap di Yellowstone
Top Related