Ciri-ciri positif yang menyebabkan kejayaan Sultan Muhammad Al-Fatih :
Sultan Muhammad Al-Fatih ini mempunyai banyak nilai-nilai murni dan positif
dalaman dan luaran yang meransang kejayaan baginda dalam pelbagai bidang
terutamanya bidang ketenteraan dan peperangan.
Antara nilai positif yang ada dalam diri negarawan unggul ini ialah baginda
mempunyai tarbiah dan disiplin diri yang tinggi. Bapanya,Sultan Murad II telah
menghantar beberapa orang ulamak untuk mengajar anaknya, tetapi sering tidak
diendahkan oleh Amir Muhammad(Al-Fatih). Lalu, beliau menghantar Asy-Syeikh Al-
Kurani dan memberikan kuasa kepadanya untuk memukul Amir Muhammad jika
beliau membantah tunjuk ajar gurunya. Apabila beliau menemui Amir Muhammad
dan menjelaskan tentang hak yang diberikan oleh baginda Sultan, Amir Muhammad
ketawa lalu dipukul oleh Asy-SyeikhAl-Kurani dengan begitu kuat sekali. Peristiwa ini
telah menimbulkan kesan yang mendalam pada diri Amir Muhammad lantas selepas
itu beliau terus menghafal Al-Quran dalam masa yang singkat Tarbiah yang
diberikan oleh para ulamak murabbi itu memberikan pengaruh yang besar,bukan
hanya kepada peribadi Sultan, bahkan kepada corak pemerintahan dan adat resam
Daulah Othmaniyyah itu sendiri.
Sultan Muhammad Al-Fatih ini juga adalah seorang yang mempunyai
matlamat atau visi dan misi yang jelas untuk dijayakan dalam hidupnya.
Semenjak kecil, Syeikh Ak Semsettin berjaya meyakinkan Amir Muhammad bahawa
beliau adalah orang yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadith
pembukaan Constantinople berkenaan. Sasaran, visi dan misi yang jelas, yang
disuntikkan ke dalam minda baginda ternyata berkesan. Dari kecil, Sultan
Muhammad mengimpikan bagindalah pembebas itu! Apabila beliau menaiki
takhta, Sultan Muhammad segera menemui Syeikh Ak Semsettin bagi menyiapkan
bala tentera ke arah penawanan Constantinople, demi merealisasikan hadith
Rasulullah SAW berkenaan.
Baginda juga mempunyai kehendak dan semangat yang kuat. Beliau ingin
jasadnya dikuburkan di tembok Constantinople dan ketika ditanya mengapa beliau
ingin dikuburkan ditembok tersebut, beliau berkata kepada panglima Bani Umaiyah:
"Aku mendengar baginda Rasulullah S.A.W mengatakan seorang lelaki soleh akan
dikuburkan di bawah tembok tersebut & aku juga ingin mendengar derapan tapak
kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-
baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda."
Ramai yang kagum dengan kebijaksanaan baginda menyusun strategi
peperangan. Ini kerana baginda adalah seorang yang berfikiran jauh dan teliti.
Lama sebelum program pembebasan Konstantinapole dimulakan, Muhammad al-
Fatih telah berbincang dengan pakar sejarah dan ketenteraan mengenai sebab-
sebab kegagalan ekpedisi penawanan Konstantinapole sebelum ini. Rahsia
kekuatan pertahanan kota itu dianalisis dengan teliti sebelum strategi dan serangan
dibuat.
Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa
membina Benteng RumeliHissari, Baginda membuka baju dan serbannya,
mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri
terpaksa ikut sama bekerja
Selain itu, antara faktor dalaman yang mempengaruhi kejayaan baginda
adalah ibadah dan pergantungan yang kuat baginda dengan
Penciptanya. Pada hari pembukaan Kota Constantinapole yang bersejarah itu,
Sultan Muhammad
bersujud syukur. Sepanjang kempen, baginda tidak putus-putus mengarahkan
tenteranya bertakbir dan melaungkan slogan-slogan bersemangat, termasuk
motivasi berasaskan hadis Nabi bahawa Konstantinapole akan dibebaskan oleh
tentera yang terbaik dan merekalah tentera terbaik yang dijanjikan oleh Nabi itu.
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan di dalam Kota Konstantinapole
yang baru sahaja dibebaskan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam
solat Jumaat yang pertama itu.Baginda memerintahkan kesemua tenteranya
termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan: "Siapa di antara kita sejak baligh
hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!". Tiada
seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah
meninggalkan solat fardhu. Pertanyaan seterusnya, "Siapa di antara kita yang sejak
baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!". Sebahagian
daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertitah, "Siapa di antara kamu sejak
baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam,
sila duduk!".Kali ini semuanya duduk, kecuali baginda sendiri sahaja yang tetap
berdiri! Subhaanallah! Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat
Rawatib dan Solat Tahajud sejak baligh.
Kejayaan baginda banyak dipengaruhi oleh asuhan dan didikan yang
tegas daripada para guru baginda. Gurunya bukan sekadar menyuntikkan
kekuatan ruhani kepada bakal Sultan in, tetapi juga telah menyuntik sikap terbuka
terhadap teknik dan teknologi baru yang diperlukan untuk misi mereka. Mereka juga
menyuntik sikap berminda strategik dan kreatif. Tetapi yang paling penting, sejak
kecil lagi guru-guru baginda telah membentuk minda baginda untuk merasakan
dirinya lah yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai raja terbaik yang
memimpin tentera terbaik yang akan dapat membebaskan Constantinople.
Ditambah, sepanjang hayat baginda, guru-guru baginda yang menjadi rujukan
kerohanian dan kebijaksanaan, sentiasa bersama baginda. Ketika pengepungan
kota itu berlansung, gurunya mengimamkan solat hajat semua tentera Sultan
Muhammad.
Bapa baginda juga seorang yang berfikiran jauh dan banyak memberi
pendedahan kepada Sultan Muhammad Al-Fatih dalam melaksanakan
pemerintahan dan pimpinan yang adil dan bijaksana. Sejak umur 14
tahun, Muhammad telah diminta menguruskan empayar dengan alasan,
bapanya inginmenumpukan kepada ibadah. Melalui pendedahan
berbentuk bimbingan ini, Muhammad terlatih menjadi pemimpin yang
berkualiti.
Top Related