CONTOH APLIKASI MODEL ASSURE DALAM RPH
Analyse Learners
( Analisis Pelajar)
i. Murid tahun 4A.
ii. 14 orang murid perempuan , 20 orang murid lelaki.
iii. Umur : 10 tahun
iv. Kelas pertama daripada 13 kelas bagi tahun 4.
v. Pengalaman sedia ada :
- Murid pernah menggunakan berus gigi dalam kehidupan harian.
State Objective
( Nyatakan objektif /
hasil pembelajaran)
1. Kognitif
- Murid dapat menyatakan 2 cara menjaga kebersihan pakaian dan diri.
- Murid dapat menyenaraikan barang-barang yang diperlukan untuk menguruskan diri dengan baik.
2. Afektif
- Murid menunjuk riak muka yang tersenyum semasa melihat video ‘ Bangun Pagi”.
- Murid kelihatan seronok dengan mengangkat tangan dan berdiri untuk memberi jawapan semasa sesi soal jawab.
3. Psikomotor
- Murid bangun dan menyanyikan sambil menggayakan perlakuan
di dalam video “ Bangun Pagi “.
Select methods, media and materials
( Pilih kaedah, media
dan bahan sumber)
i. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang digunakan
- Kaedah perbincangan
- Kaedah aural oral (dengar- tutur)
ii. Media yang digunakan
- Komputer riba
- Tayangan video
- Tayangan slaid
iii. Bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang digunakan
- Komputer riba
- Tayangan video
- Tayangan slaid
- Bahan 2D dan 3D
Utilize media and materials
(Gunakan media dan
bahan sumber)
i. Tayangan video semasa di set induksi membantu murid memahami gambaran sepenuhnya mengenai perlakuan selepas bangun pagi.
ii. Tayangan slaid puisi menggunakan teknik dengar-tutur diaplikasikan oleh guru.
iii. Aplikasikan kaedah dan media pengajaran semasa di set induksi, langkah 1 dan langkah 2 dalam rancangan pengajaran harian sepenuhnya.
Require learner participation
(Libatkan pelajar
dalam
pembelajaran)
i. Murid terlibat secara aktif sejak dari awal penglibatan. Sedari di set induksi, murid perlu membuat pergerakan berdasarkan video yang ditayangkan. Di langkah 2, murid perlu berbincang untuk menyiapkan carta aliran.
ii. Komunikasi 2 hala dan bekerjasama dalam kumpulan masing-masing.
iii. Langkah 1 : Pemusatan murid
iv. Langkah 2 : Pemusatan bahan
Evaluate and Revise
( Nilai dan semak
semula)
i. Membuat kesimpulan dan rumusan daripada keseluruhan pembelajaran pada hari ini.
ii. Membuat penutup sosial.
Top Related