7/30/2019 Contoh Assignment PSS 3110 : Pentaksiran dalam Pengajian Sosial
1/17
H A L A M A N 1
KKBI PSS 3110
PENGENALAN
Di dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid,
peranan yang perlu dimainkan oleh para guru adalah amat penting sekali.Guru jugaperlu merancang dan membina alat pengukuran, mentadbir ujian,merekod hasil
pengukuran, menganalisis maklumat, menilai, melapor danmenjalankan tindakan
susulan seperti melaksanakan aktiviti pengukuhan,pengayaan atau aktiviti pemulihan.
Ujian adalah di antara salah satu kaedahatau prosedur yang boleh digunakan untuk
memperoleh maklumat secarasistematik berkaitan dengan sifat seseorang yang
berhubung dengan aspekpendidikan atau psikologi.
Ujian juga adalah penting untuk menentukan kejayaanatau kegagalan calon
dalam sesuatu peperiksaan yang dijalankan.Sebagai seorang guru, kita sudah
semestinya perlu melalui suatu prosesmembuat pemilihan jenis item atau soalan
untuk ujian pencapaian tertentuseperti pencapaian akademik pelajar di mana ianya
agak sukar dan rumit, begitu juga dalam membina item/ soalan tersebut.
Dengan adanya penggunaan Jadual Penentuan Ujian (JPU), ia sudah pasti
sedikit sebanyak akan dapat membantukita untuk memilih jenis item yang diperlukan
ataupun jenis soalan yangbersesuaian dengan keupayaan pelajar-pelajar
kita.Selepas item soalan dibina dan ujian sudah digubal, analisis item dan
ujianperlulah dibuat untuk memastikan item atau soalan dan ujian yang dihasilkan
itusesuai untuk digunakan. Analisis item akan membolehkan kita menilaikesesuaian
item tersebut dari segi kesukarannya, yakni sama ada item tersebutterlalu mudah atau
terlalu sukar bagi sesuatu kumpulan pelajar.
Selepas membuat analisis item adalah digalakkan untuk membuat analisis
ujian bagimenentukan darjah ketekalan ukuran yang dihasilkan oleh ujian
tersebut.Analisis analisis ini akan menghasilkan indeks yang dinamakan
IndeksKesukaran Item, Indeks Diskriminasi Item, Indeks Kebolehpercayaan Ujian dan
Indeks Kesahan Ujian. Analisis - analisis ini perlu dilakukan supaya ujian
yangdihasilkan adalah sesuai dan sah bagi sesuatu tujuan tertentu.
7/30/2019 Contoh Assignment PSS 3110 : Pentaksiran dalam Pengajian Sosial
2/17
H A L A M A N 2
KKBI PSS 3110
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
Sebagai golongan profesional, guru seharusnya membina soalan yang berkualiti
untuk menilai pencapaian murid-murid. Soalan yang dibina juga mestilah memenuhiaras yang telah ditetapkan bagi memberi keadilan kepada semua pelajar. JSU
hendaklah dibuat sebelum guru menggubal soalan tetapi terdapat juga guru
melakukan penyalahgunaan JSU iaitu dengan membuat JSU selepas soalan selesai
dibina. Walau bagimanapun, mulai sekarang kita harus bergerak dilandasan yang
betul bagi meneruskan kelangsungan pendidikan kita yang bermutu.
Sebelum sesuatu ujian hendak dibina, satu jadual penentu ujian mestilah
dibentuk terlebih dahulu. Jadual ini dikenali sebagai Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).
Ianya merupakan satu pelan ujian atau kerangka bagi satu ujian yang berkenaan.
Disamping itu ia juga disebut sebagai test blue print khas untuk sesuatu situasi yang
dibina bagi sesuatu kelas. Bagaimanapun JSU dibina hanya setelah pembina ujian
menetapkan jenis dan kandungan ujian yang hendak dibina.
Konsep
Jadual penentuan ujian (JPU) dan sekarang dikenali sebagai jadual spesifikasi ujian
(JSU), adalah satu senarai objektif pengajaran dan aras pemahaman yang hendak
diuji dan menjadi satu panduan untuk menghasilkan satu set soalan yang mempunyai
item-item soalan. Ia juga menghurai aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur
serta memberi panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan.
Ciri-ciri JSU
Merupakan matrik yang terdiri daripada 2 paksi iaitu paksi melintang (aras
kemahiran) dan menegak (kandungan).
Bilangan item dinyatakn dalam JSU mengikut aras kemahiran yg ditetapkan.
Mengandungi aras yg mengikut aras taksonomi.
Kandungan aras kemahiran mengikut lama masa mengajar dan kepentingan
kemahiran.
Kepayahan item dlm lingkungan 20% - 80%.
Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas khusus dan lain-
lain.
7/30/2019 Contoh Assignment PSS 3110 : Pentaksiran dalam Pengajian Sosial
3/17
H A L A M A N 3
KKBI PSS 3110
Kandungan ujian berupa topik-topik pelajaran.
Kepentingan JSU
JSU yang lengkap dibina dengan baik akan sangat membantu penggubal kertas ujian
dan pembina item soalan ujian. Antara kepentingan penyediaan JSU adalah seperti
dapat membina dan menyediakan soalan ujian secara lebih terangcang dan
sistematik. Selain dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan. JSU
akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan soalan, ini berdasarkan kesahan dari
segi pensampelan sukatan pelajaran dapat dijamin. Pembinaan JSU juga dapat
menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari semasa ke semasawalaupun dibina
oleh pembina solan yang berbeza. Soalan yang akan dibina juga pastinya mengikuti
taburan tajuk secara seimbang dan meliputi keseluruhan pelajaran. Maka dengan itu,
perbandingan dapat dibuat diantara satu ujian dengan ujian yang lain.
Langkah Pembinaan JSU
Terdapat empat langkah yang perlu dijadikan panduan semasa membina JadualSpesifikasi Ujian ini. Langkah-langkah tersebut dijelaskan dalam rajah berikut:
Rajah 1: Langkah Pembinaan JSU
http://2.bp.blogspot.com/-lRCEHrrTTXo/TpkLM8gsKNI/AAAAAAAABSM/Yb3oGLYBl7g/s1600/bina+jsu.png7/30/2019 Contoh Assignment PSS 3110 : Pentaksiran dalam Pengajian Sosial
4/17
H A L A M A N 4
KKBI PSS 3110
Langkah yang pertama adalah mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh
maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan
pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajik
kandungannya. Antara aspek yang dikaji ialah skop dan kedalaman pengajaran bagi
sesuatu tajuk. Pendekatan yang telah diambil oleh guru dalam pengajaran sesuatu
tajuk dan kepentingan bandingan diantara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain juga
diamabil kira. Sukatan pelajaran perlu untuk dianalisis untuk melihat sejauh mana
kompleksiti sesuatu tajuk dan masa pengajaran yang diperuntukkan masabagi
sesuatu tajuk bermain tersebut.
Langkah yang kedua adalah menganalisis objektif pengajaran. Objektif
pengajaran ini dianalisis untuk menentukaan pelajaran, pengetahuan dan kemahiran
yang perlu diuji. Analisis objektif pengajaran ini juga untuk menentukan tahap
kesukaran mana yang perlu diuji. Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran
diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya dalam
kajian mereka. Maklumat-maklumat di atas adalah penting kepada penggubal kertas
kerana ujian dan pembina soalan ujian untuk menentukan jenis dan bilangan soalan
ujian yang perlu dibina. Berdasarkan penganalisaan inilah JSU dibina. Lazimnya JSU
mengandungi tiga paksi utama iaitu paksi kandungan yang biasanya mengandungi
tajuk atau subtajuk, paksi kedua adalah paksi kemahiran yang biasanya mengandungi
aras kemahiran, dan paksi yang ketiga adalah paksi wajaran yang mengandungi
peratus pemberatan setiap tajuk dan bilangan soalan.
Langkah yang ketiga adalah menentukan jenis soalan yang sesuai. Setelah
menentukan domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang ingin
diukur, kita seharusnya dapat menggubal dan membentuk soalan yang sesuai
berdasarkan tajuk, peringkat atau aras kemahiran seterusnya membina soalan yang
bersesuaian dengan isi pengajaran dan tahap kecedasan murid.
Langkah yang keempat dalam pembinaan JSU adalah menentukan bilangan
soalan. Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran
domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur.
Jumlah soalan adalah penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan
7/30/2019 Contoh Assignment PSS 3110 : Pentaksiran dalam Pengajian Sosial
5/17
H A L A M A N 5
KKBI PSS 3110
kesahan sesuatu ujian. Kebolehpercayaan ujian adalah keupayaan sesuatu ujian
memberi markah yang sama, sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut.
Kesahan pula bermaksud keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang telah
digariskan. Selain memberi perhatian kepada kebolehpercayaan dan kesahan ujian,
penentuan jumlah soalan juga perlu mengambil kira masa ujian, jenis soalan, dan
kesukaran ujian, yang bergantung pada objektif pengajaran, panjang soalan,
kemampuan bahasa murid dan lain-lain.
Rajah 2: Contoh Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
7/30/2019 Contoh Assignment PSS 3110 : Pentaksiran dalam Pengajian Sosial
6/17
H A L A M A N 6
KKBI PSS 3110
PEMBINAAN ITEM UJIAN
Biasanya kita menganggap pembinaan item ujian dalam Pendidikan Sivik &
Kewarganegaraan atau Kajian Tempatan sebagai perkara mudah. Hanya apabila
item-item ujian ini ditadbirkan kepada pelajar-pelajar barulah timbul pelbagai masalah
umpamanya dari segi konsep, tiada jawapan yangtidak digunakan langsung, item
yang terlalu mudah dan sukar, item yang bertindan,arahan yang tidak jelas,
rangsangan yang kabur, tidak ada pengkhususan dalam bidang yang disoal dan item
yang tidak seimbang dengan pemarkahan serta pelbagaikesalahan lain.
Kesalahan-kesalahan ini akan menjejaskan kesahan dankebolehpercayaan
bahan ujian kita itu.Sebelum membina sesuatu item ujian, kita perlu menentukan
tujuan ujian itu dibuat, apa yang hendak diuji, jenis dan bentuk item ujian, bagaimana
item ujian itu ditadbirkan dan bila serta masa ujian itu dijalankan. Item-item yang dibina
dan dipilih juga hendaklah berasaskan kepada kemahiran-kemahiran bahasa, objektif
dan isikandungan pelajaran.Selaku guru kita seharusnya sedar tentang kedudukan
dan kepentingan ujian dalam penilaian pendidikan untuk mendapatkan maklumat
tentang pencapaian pembelajaran pelajar-pelajar, kelemahan dan kekuatan pelajar-
pelajar dalam pembelajarannya. Ini berguna bagi guru dalam memperbaiki dan
mempertingkatkan sesuatu pengajaran dan pembelajaran.
Langkah Am Penyediaan Item Ujian
Rajah 3: Langkah AM Penyediaan Item Ujian
7/30/2019 Contoh Assignment PSS 3110 : Pentaksiran dalam Pengajian Sosial
7/17
H A L A M A N 7
KKBI PSS 3110
Ujian pencapaian adalah penting kepada guru untuk mengetahui sejauh mana
pelajar- pelajarnya memahami apa yang mereka pelajari. Jika ujian ini dibina dengan
baik, ia boleh diguna untuk membandingkan pencapaian antara pelajar-pelajar atau
membandingkan pencapaian antara sekolah-sekolah. Biasanya, ujian pencapaian
yang digunakan di sekolah-sekolah dibina sendiri oleh guru-guru mata pelajaran
tertentu.
Bagaimanapun, ujian yang disediakan oleh guru untuk pelajar-pelajarnya
sendiri adalah lebih tepat untuk mengukur pencapaian mereka, sebab ujian ini hanya
ditumpukan kepada kandungan pelajaran yang diajar guru. Seperti yang kita sedia
maklum, item/ soalan objektif bermaksud item/ soalan yang mempunyai jawapan
tepat/ tertentu/ spesifik seperti item betul-salah, aneka pilihan, padanan atau
pelengkapan. Semua item ini mempunyai jawapan tertentu, sama ada betul atau
salah, jawapan daripada beraneka pilihan yang betul, padanan yang betul, atau
perkataan pelengkap yang betul.
Penggubalan Item Objektif
Rajah 4: Empat Jenis Item Objektif
7/30/2019 Contoh Assignment PSS 3110 : Pentaksiran dalam Pengajian Sosial
8/17
H A L A M A N 8
KKBI PSS 3110
PANDUAN PERMAKAHAN
Rajah 4 & 5: Kelebihan & kelemahan jenis-jenis item ujian
7/30/2019 Contoh Assignment PSS 3110 : Pentaksiran dalam Pengajian Sosial
9/17
H A L A M A N 9
KKBI PSS 3110
Pada umumnya, dalam sesuatu ujian atau peperiksaan, seseorang penggubal
soalan atau guru diminta menyediakan skema pemarkahan sebagai panduan semasa
memeriksa skrip jawapan. Ini bermakna skema pemarkahan ini perlu disediakan guru
lebih awal untuk membantu guru mengenal pasti soalan yang tidak sesuai, yang perlu
diperbaiki atau dibuang.
Terdapat tiga aspek yang perlu diberi perhatian oleh guru atau penggubal
soalan semasa menyediakan skema pemarkahan bagi rujukan memeriksa jawapan
ialah:
a) Kandungan mencakupi maklumat atau pengetahuan yang berkaitan
b) Pengelolaan aspek penggunaan bahasa yang lancar, tepat dan matang
c) Proses aspek ketepatan, munasabah, komprehensif, konsisten,
keaslian
dan daya kreatif menjawab.
Secara umumnya skema pemarkahan boleh disediakan dalam dua cara, iaitu:
i. Skema Pemarkahan Holistik
Skema jenis ini ialah sebagai panduan untuk memberi markah kepada jawapan murid.
Skema ini sesuai bagi pemarkahan soalan berbentuk esei yang markahnya diberi
berdasarkan impresi. Pemarkahan holistik memerlukan pemeriksa membaca jawapan
secara keseluruhan dan kemudian mengelas pencapaian mengikut kelompok
pencapaian sebelum menganggar markah keseluruhan bagi sesuatu soalan. Murid
bebas memberikan jawapan asalkan tidak menyeleweng daripada kehendak soalan.
Pemeriksa pula perlu banyak pengalaman dan menguasai mata pelajaran yang
berkaitan.
Kelebihan skema pemarkahan secara holistik ialah pemeriksaan lebih cepat. Namun
begitu, pemarkahan cara ini dianggap kurang objektif.Lantaran itu ketua pemeriksa
akan memberikan panduan memeriksan jawapan murid.
7/30/2019 Contoh Assignment PSS 3110 : Pentaksiran dalam Pengajian Sosial
10/17
H A L A M A N 10
KKBI PSS 3110
ii. Skema Pemarkahan Analitik
Pemarkahan cara ini merujuk kepada pemarkahan jawapan berbentuk esei secara
terperinci yakni markah diberi berdasarkan kriteria yang lebih terperinci. Misalnya,
penentuan pemberatan jawapan, banyaknya fakta dan kualiti hujah yang diberikan
akan dipertimbangkan untuk diberikan markah penuh. Agihan markah adalah
berdasarkan aspek-aspek seperti isi, fakta, persembahan dan bahasa. Pemarkahan
analitik adalah lebih objektif kerana skemanya lebih terperinci, tetapi mengambil masa
yang lama terutamanya jika bilangan calon terlalu ramai.
ANALISIS ITEM UJIAN
Analisis item ujian adalah untuk memastikan item atau soalan dan ujian yang
dihasilkan itu sesuai digunakan. Ianya juga berfungsi untuk menghasilkan ujian yang
bermutu tinggi. Dengan adanya analisis item, anda boleh menilai kesesuaian item
tersebut dari segi kesukarannya iaitu sama ada item tersebut terlalu mudah atau
terlalu sukar bagi sesuatu kumpulan pelajar.
i. Indeks Kesukaran
Digunakan untuk menunjukkan sama ada soalan yang dibina terlalu sukar, sederhana
atau terlalu mudah. Item yang baik adalah mempunyai aras kesukaran yang
sederhana.
Indeks Kesukaran Item (item difficulty index, p) dapat menunjukkan aras
kesukaran sesuatu item.Iaitu sama ada item tersebut berada pada aras terlalu
sukar,sukar,sederhana sukar ,mudah atau terlalu mudah.Ia juga dapat menjelaskan
kualiti sesuatu item ujian.Indeks ini dikira dengan menggunakan nisbah bilangan calon
yang memberi jawapan betul bagi item tertentu kepada jumlah calon yang menjawab
item tersebut
Ciri pertama yang dapat menentukan kualiti sesuatu item ujian ialah melalui
Indeks Kesukaran Item (p).Indeks ini dapat menunjukkan aras kesukaran sesuatu item
iaitu sama ada sesuatu item yang telah dibina itu mudah atau sukar untuk dijawab.
Bagi ujian yang berbentuk soalan aneka pilihan, indeks ini dikira dengan
menggunakan nisbah bilangan calon yang memberi jawapan betul bagi item tertentu
kepada jumlah calon yang menjawab item tersebut. Pengiraannyaa adalah seperti
persamaan berikut:
7/30/2019 Contoh Assignment PSS 3110 : Pentaksiran dalam Pengajian Sosial
11/17
H A L A M A N 11
KKBI PSS 3110
Contoh Pengiraan Indeks Kesukaran Item (p);
(a) Item Objektif
Satu item dapat dijawab oleh 5 orang pelajar daripada sejumlah 12 orang orang
pelajar yang menjawab soalan tersebut. Cari nilai p.
p =Bilangan calon yang memberi jawapan betul
Jumlah calon yang menjawab
= 12
5
= 0.416
(b) Item Subjektif
Markah Purata = Jumlah Markah diperolehi Jumlah Pelajar
Julat Markah Penuh = (Markah Penuh 1 Item 0)
p =hPenuhJulatMarka
taMarkahPura
Contoh:
40 markah daripada 48 markah dapat diperolehi oleh 12 orang murid. Markah penuh
untuk satu item ialah 4. Nilai p ialah;
Markah Purata =12
40= 3.333
Julat Markah Penuh = 4-0 = 4
p =4
333.3= 0.833
7/30/2019 Contoh Assignment PSS 3110 : Pentaksiran dalam Pengajian Sosial
12/17
H A L A M A N 12
KKBI PSS 3110
Nilai p ialah antara 0.00 hingga 1.00.Jika nilai p akan menjadi 0 maka (soalan amat
sukar) atau item yang sukar mempunyai nilai p yang rendah.Oleh itu,item yang sukar
mempunyai nilai p yang rendah dan sebaliknya item yang mudah mempunyai nilai p
yang tinggi,seperti yang ditunjukkan di bawah.
Mengikut (Wood,1960), bagi ujian aneka pilihan ,indeks kesukaran mengambarkan
peratusan murid yang menjawab sesuatu item dengan betul.Lebih tinggi peratusan
murid yang menjawab sesuatu item dengan betul,lebih mudah item tersebut.Sebagai
panduan, aras kesukaran item dapat ditafsirkan mengikut nilai p seperti yang
ditunjukan di bawah.
Jadual 1: Jadual Aras Kesukaran dan Pengkelasan Item
Dari segi kesesuaian soalan ujian rujukan norma, pembina soalan perlu ingat bahawa
soalan yang terlalu mudah (p>0.85) atau yang terlalu sukar (p
7/30/2019 Contoh Assignment PSS 3110 : Pentaksiran dalam Pengajian Sosial
13/17
H A L A M A N 13
KKBI PSS 3110
Jadual 2: Jadual Pengkelasan Indeks Kesukaran Item BAHAGIAN A ( Soalan objektif )
Jadual 3: Jadual Pengkelasan Indeks Kesukaran Item BAHAGIAN B (Soalam subjektif)
Item / soalanJumlah jawapan
betulNilai indekskesukaran
Pengkelasan item
1 5 0.416 Sederhana sukar
2 7 0.583 Sederhana sukar
3 9 0.750 Mudah
4 4 0.333 sukar
5 6 0.500 Sederhana sukar
6 5 0.416 Sederhana sukar
7 5 0.416 Sederhana sukar
8 7 0.583 Sederhana sukar
9 5 0.416 Sederhana sukar
10 6 0.500 Sederhana sukar
11 4 0.333 Sukar
12 6 0.500 Sederhana sukar
13 7 0.583 Sederhana sukar
14 6 0.500 Sederhana sukar15 8 0.666 Mudah
16 8 0.666 Mudah
17 3 0.250 Sukar
18 7 0.583 Sederhana sukar
19 6 0.500 Sederhana sukar
20 8 0.666 Mudah
Item / soalan Jumlah markahdiperolehi
Nilai indekskesukaran
Pengkelasan item
1 40 0.833 Terlalu mudah
2 20 0.416 Sederhana sukar
3 36 0.750 Mudah
4 28 0.583 Sederhana Sukar
5 16 0.333 Sukar
6 34 0.708 Mudah
7 4 0.083 Terlalu Sukar
8 14 0.291 Sukar
9 20 0.416 Sederhana Sukar
10 30 0.625 Mudah
7/30/2019 Contoh Assignment PSS 3110 : Pentaksiran dalam Pengajian Sosial
14/17
H A L A M A N 14
KKBI PSS 3110
ii. Indeks Diskriminasi
Menunjukkan sama ada tiap-tiap satu soalan atau butiran itu membezakan
pencapaian di antara pelajar-pelajar yang baik dengan yang lemah.
Indeks Diskriminasi adalah bertujuan untuk membezakan calon-calon daripada
kumpulan cerdas dengan kumpulan lambat. Sesuatu item/soalan yang baik akan
dapat mendiskriminasikan antara keupayaan rendah dan yang tinggi. Indeks
Diskriminasi boleh dikira melalui langkah-langkah Mehran & Lehmann (1991) seperti
berikut:
- Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan,iaitu (25 % terdiri daripada 3 orang murid
berpencapaian rendah), (50 % terdiri daripada 6 orang murid berpencapaian
antara terendah dan tertinggi) dan (25 % terdiri daripada 3 orang murid
berpencapaian tertinggi).
- Mengira bilangan murid yang menjawab dengan betul di kalangan murid
berpencapaian rendah (RL Right Lower), bilangan murid yang menjawab
dengan betul di kalangan murid berpencapaian tinggi(RU Right Upper) dan
jumlah murid berpencapaian rendah dan tinggi (T (L + U) Total).
- Indeks Diskriminasi boleh dikira dengan membahagikan perbezaan (RU RL)
dengan separuh T(L + U) seperti berikut:
(RU RL)
Indeks Didskrim inasi(d) =_________________
( T (L + U))
T (L + U) = Jumlah murid pencapaian rendah dan tinggi
Ru = Bilangan murid pencapaian tinggi yang menjawab betul
(25% daripada jumlah murid)
RL = Bilangan murid pencapaian rendah yang jawab betul
(25% daripada jumlah murid)
7/30/2019 Contoh Assignment PSS 3110 : Pentaksiran dalam Pengajian Sosial
15/17
H A L A M A N 15
KKBI PSS 3110
Jadual 4: Jadual Aras Diskriminasi dan Pengkelasan Item
Indeks diskriminasi boleh bernilai antara -1.00 hingga 1.00. Indeks diskriminasi
hampir kepada 1.00 bermakna soalan tersebut adalah baik untuk Penilaian Rujukan
Norma (PRN) kerana ia dapat membezakan murid yang berpencapaian tinggi dengan
murid yang berpencapaian lemah.
Bagi soalan yang mempunyai indeks diskriminasi positif menghampiri 0.0,
soalan-soalan ini dikatakan tidak sesuai untuk PRN kerana ia tidak berupaya
membezakan murid pandai dengan murid lemah. Akhirnya, bagi soalan yang
mempunyai indeks diskriminasi negatif yang menghampiri -1.00, dikatakan tidak baik
untuk PRN kerana ia secara songsang membezakan murid pandai daripada murid
lemah, iaitu lebih ramai murid lemah dapat menjawab soalan-soalan ini dengan betul
berbanding murid pandai.
Nilai (d) Pengkelasan Item
0.00 0.10 Tidak baik
0.11 0.20 Kurang baik
0.21 0.30 Sederhana baik
0.31 0.40 Baik
0.41 1.00 Sangat baik
7/30/2019 Contoh Assignment PSS 3110 : Pentaksiran dalam Pengajian Sosial
16/17
H A L A M A N 16
KKBI PSS 3110
Item /
soalan
(d) = (RU RL)
(1/2 T (L+U)Nilai Indeks
Diskriminasi ItemPengkelasan Item
1 ( 3
0 )3
1.00 Sangat baik
2( 3 0 )
31.00 Sangat baik
3( 3 0 )
31.00 Sangat baik
4( 0 2 )
3- 0.66 Tidak baik
5( 2 0 )
30.66 Sangat baik
6( 2 0 )
30.66 Sangat baik
7( 2 2 )
30.00 Tidak baik
8
( 2 0 )
3 0.66 Sangat baik
9( 2 0 )
30.66 Sangat baik
10( 2 0 )
30.66 Sangat baik
11( 2 1 )
30.33 Baik
12( 2 2 )
30.00 Tidak Baik
13( 2 1 )
30.33 Baik
14( 2 1 )
30.33 Baik
15
( 3 0 )
3 1.00 Sangat Baik
7/30/2019 Contoh Assignment PSS 3110 : Pentaksiran dalam Pengajian Sosial
17/17
H A L A M A N 17
KKBI PSS 3110
16( 2 1 )
30.33 Baik
17( 0 1 )
3
- 0.33 Tidak Baik
18( 3 0 )
31.00 Sangat Baik
19( 3 1 )
30.66 Sangat Baik
20( 3 2 )
30.33 Baik
Jadual 6: Jadual Pengkelasan Indeks Diskriminasi Item BAHAGIAN A (Soalan
objektif)