Download - Contoh Buku Skrap Pt3

Transcript

KEPENTINGAN SISTEM RESPIRASI YANG SIHAT

Oksigen yang disedut untuk respirasi berasal dari atmosfera.

Udara yang disedut mempunyai pelbagai kandungan.

Bahan dalam udara: Bakteria Virus Mikroorganisma

Bahan bahaya dalam udara: Asap rokok Bahan buangan industri Bahan pencemar daripada kenderaan Bakteria Virus Mikroorganisma

Bahan-bahan yang berbahaya kepada sistem respirasi

Udara yang kita sedut mungkin mengandungi bahan-bahan yang memudaratkan sistem respirasi kita.

BAHAN PENCEMAR

Pencemaranudaramerupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarangbahan kimia,jirim zarah ataubahan biologiyang boleh menyebabkan mudarat, ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain serta merosakkanalam sekitar apabila ia dibebaskan keatmosfera.

Bahan Pencemar

ASAP ROKOK

Bahan dalam asap rokokPenerangan

Tar Bahan lekit berwarna perang Membunuh sel dalam laluan pernafasan dan peparu. Menambahkan pengeluaran mukus dan kahak yang terhasil di dalam peparu. Dapat menyebabkan kanser peparu

KarsinogenAgen menyebabkan kanser yang mengakibatkan pelbagai jenis kanser.

Karbon monoksida Gas beracun tanpa warna dan tanpa bau Menghalang hemoglobin daripada mengangkut oksigen ke seluruh bahagian badan. Menyebabkan kurangnya oksigen di dalam badan dan mengakibatkan sakit kepala, kerosakan otak malah mungkin membawa maut.

Perengsa Bahan yang kimia Merengsa laluan pernafasan dan alveolus di dalam peparu. Membunuhkan sel pada permukaan laluan pernafasan dan peparu. Menyebabkan batuk dan menghidap kanser peparu.

Nikotin Sejenis dadah beracun Menyebabkan ketagihan. Merosakkan tisu otak. Menyebabkan darah lebih mudah membeku dan berkemungkinan menyebabkan strok. Mengeraskan dinding arteri dan boleh mengakibatkan berlakunya serangan penyakit jantung.

KARBON MONOKSIDA

Asap kereta membebaskan gas karbon monoksida

Karbon monoksida lazimnya didapati dalam asap kenderaan.Mengapakah berbahaya apabila kita berada di dalam kereta yang tidak bergerak dengan pendingin udara yang terpasang, tingkap yang tertutup dan enjin yang dihidupkan? Keracunan karbon monoksida boleh terjadi sekiranya berlaku kebocoran ekzos kenderaan. Jika kita duduk di dalam kenderaan yang tidak bergerak dengan penghawa dinginnya yang terpasang, kita terdedah kepada keracunan karbon monoksida kerana gas ini boleh meresap masuk ke dalam kenderaan.Keracunan karbon monoksida boleh menyebabkan kematian kerana gas ini adalah beracun. Gas ini menghalang oksigen diangkut dalam badan kita.SULFUR DIOKSIDA

Pembakaran arang dan minyak di kilang dan stesen janakuasa menghasilkan sulfur dioksida. Sulfur dioksida ialah gas tanpa warna dengan bau yang menyesakkan. Gas ini merengsa laluan pernafasan manusia, menyebabkan batuk, sukar bernafas, bronkitis dan kanser peparu.

JEREBU

Wasap daripada ekzos kenderaan, pembakaran terbuka dan kebakaran hutan menghasilkan jerebu. Jerebu terdiri daripada zarah-zarah pepejal yang sangat halus, umpamanya habuk dan asap. Jerebu merengsa sistem respirasi dan menyebabkan gangguan respirasi seperti asma. Rajah di bawah menunjukkan keadaan bandaraya Kuala Lumpur yang dilanda jerebu.

TOKSIN

Toksin dibebaskan ke udara daripada asap rokok, wasap ekzos kenderaan dan pembakaran bahan api. Contoh toksin dalam udara yang tercemar ialah sebatian plumbum dan oksida-oksida nitrogen. Toksin-toksin ini mengakibatkan keracunan plumbum yang membunuh sel-sel, merosakkan peparu dan otak, membuat kita batuk dan menyebabkan penyakit peparu seperti emfisema.

5 Bahan Pencemar :

Penyakit Berkaitan Dengan Sistem Respirasi

ASMA

Laluan pernafasan orang yang diserang asma

Asma berpunca daripada tersedut habuk, asap rokok dan wasap industri.Gejala asma ialah sesak nafas, pernafasan yang berbunyi atau batuk.

Bronkitis

Keadaan bronkus pesakit bronkitis

Bronkitis ialah radang bronkus yang disebabkan oleh tar bahan perengsa dalam asap rokok. Gejala bronkitis ialah batuk yang berterusan, sering tercungap-cungap dan tidak dapat tidur.

Emfisema

Alveolus peparu pesakit emfisema menjadi besar dan rosak. Keadaan ini disebabkan oleh bahan pencemar udara yang berbahaya terutamanya yang terdapat dalam asap rokok. Gejala emfisema ialah sesak nafas, sakit ketika bernafas dan rasa letih biarpun hanya melakukan kerja ringan.

Kanser Peparu

Kanser peparu disebabkan oleh bahan kimia penyebab kanser yang sedut semasa bernafas. Bahan kimia ini dikenali sebagaikarsinogen. Asap rokok mengandungi pelbagai karsinogen, contohnya tar yang boleh menyebabkan kanser peparu. Beberapa gejala kanser peparu termasuklah batuk yang berterusan, kahak berdarah dan rasa sakit ketika bernafas. Gambar di atas menunjukkan perbezaan antara peparu normal dengan peparu yang berkanser.

Pneumonia

Radang paru-paru disebabkan oleh jangkitan mikroorganisma seperti bakteria, virus atau parasit dan bahan-bahan kimia atau kecederaan fizikal pada peparu atau akibat kanser peparu atau pengambilan alkohol yang berlebihan. Gejala radang peparu termasulah batuk, sakit dada, demam dan kesukaran bernafas.

Tuberkulosis (TB)

Tuberkulosis adalah penyakit jangkitan pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh bakteria. Bakteria ini merupakan bakteria basillus yang sangat kuat sehingga memerlukan waktu lama untuk mengubatinya. Bakteria ini lebih sering menjangkiti organ paru-paru dibandingkan bahagian lain tubuh manusia. Gejala penyakit ini ialah mengalami demam, tetapi tidak terlalu tinggi yang berlangsung agak lama, biasanya pada waktu malam dan pesakit akan berpeluh. Gejala lain, penurunan selera makan dan berat badan, lemah tubuh badan dan batuk yang agak lama hingga lebih daripada 3 minggu disertai dengan kahak berdarah.

Penyakit Berkaitan Dengan Sistem Respirasi

Penyakit sistem respirasi berpunca daripada bahan-bahan berbahaya yang kita sedut daripada udara. Bahan-bahan cemar udara yang tidak kelihatan ini dengan mudah akan memasuki sistem respirasi kita jika kita tidak mengamalkan langkah dan gaya hidup yang sihat. Jom kita lihat 4 penyakit yang boleh memberi kesan kepada sistem respirasi manusia.

Amalan Mengekalkan Udara Yang Bersih

Perlakuan dan amalan kita yang betul dapat menjamin mengekalkan udara yang sihat. Seperti yang kita sedia maklum, udara yang sehat dan tidak tercemar juga memberikan kesihatan kepada sistem respirasi kita. Antara beberapa amalan yang boleh mengekalkan udara yang sihat adalah :

1. Tidak melakukan pembakaran terbuka2. Tidak merokok di tempat terbuka3. Mengharamkan penggunaan bahan toksin dalam penyembur4. Mengurangkan penggunaan penghawa dingin5. Penguatkuasaan undang-undang yang berterusan

Cara Memperbaiki Kualiti Udara

Bagi memastikan kita sentiasa menggunakan udara yang sihat, kita perlu mengambil langkah bagi memperbaiki kualiti udara yang sedia ada. Antara langkah yang kita boleh ambil untuk memperbaiki kualiti udara adalah dengan:

1) Mewajibkan semua kilang menggunakan penapis asapPihak berwajib harus memastikan kilang dan syarikat yang terlibat dengan aktiviti membebaskan asap kilang ke udara agar memasang penapis apas pada cerobong kilang masing-masing. Ini adalah bagi memastikan tiada bahan berbahaya yang disebarkan bersama-sama asap kilang tadi dan juga mengurangkan kuantiti asap yang dikeluarkan.

2) Menganjurkan kempen kesedaran kepada masyarakatKempen kesedaran boleh dianjurkan bagi mendidik masyarakat dalam menangani isu ini dengan lebih baik. Sekurang-kurangnya kempen cinta alam sekitar seperti ini dapat meningkatkan lagi kesedaran masyarakat mengenai perihal pentingnya menjaga alam sekitar.

3) Gunakan kenderaan yang diselenggara dengan baikKenderaan yang digunakan seharusnya diselenggara dengan lebih baik. Ini bagi memastikan kenderaan yang kita gunakan dapat meminimumkan pengeluaran gas yang terhasil. Kenderaan yang kerap diselenggara lebih sedikit menghasilkan asap berbanding kenderaan yang jarang diselenggara.

4) Gunakan petrol tanpa plumbumPenggunaan petrol tanpa plumbum juga dapat meminimumkan pembebasan logam berbahaya ke udara. Sekalipun petrol tanpa plumbum adalah lebih mahal berbanding petrol berplumbum, namun sekiranya kesemua kita mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap alam sekitar, kita boleh bekerjasama bersama-sama mengurangkan pencemaran.

5) Berkongsi kenderaanAmalan berkongsi kenderaan juga merupakan amalan yang dapat mengurangkan pencemaran udara. Dengan jumlah kenderaan yang sedikit berada di jalanraya, sudah tentu jumlah bahan cemar yang dibebaskan ke udara juga adalah lebih sedikit. Selain dapat mengurangkan pembebasan bahan cemar ke udara, amalan berkongsi kenderaan ini juga dapat menjimatkan wang.

6) Menggunakan pengangkutan awamPenggunaan kenderaan pengangkutan awam juga mampu meminimumkan penghasilan bahan cemar udara. Seperti berkongsi kenderaan, penggunaan pengangkutan awam jelas mengurangkan bilangan kenderaan persendirian yang berada di jalanraya. Sekaligu ini dapat mengurangkan bahan cemar yang terbebas ke udara.

7) Tanam lebih banyak pokokUsaha menanam lebih banyak pokok juga dapat memperbaiki kualiti udara kita. Dengan jumlah pokok yang lebih banyak, bermaksud kuantiti gas karbon dioksida dapat dikurangkan. Malah kuantiti gas oksigen yang dibebaskan oleh tumbuhan juga dapat diperbanyakkan lagi.

8) Denda yang tinggi bagi yang melanggar undang-undangSebagai satu lagi langkah mendidik masyarakat agar bertindak dengan lebih baik, denda yang tinggi boleh dikenakan kepada mereka yang melanggar undang-undang. Sikap mereka ini seharusnya dijadikan pengajaran kepada pihak lain agar lebih berhati-hati dalam menangani hal yang melibatkan kualiti udara.

7