INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS IPOH
JURNAL
Bilangan Jurnal : 1 / 8
Minggu Praktikum : Minggu Pertama
Tarikh Peristiwa Kejadian : 27-31 Julai 2015
Tajuk Jurnal : Masalah murid tidak bersedia dalam bilik darjah
1. Masalah / Peristiwa
Minggu ini merupakan minggu pertama saya menjalani praktikum di Sekolah
Kebangsaan Dato Ahmad Said. Di Sekolah Kebangsaan Dato Ahmad Said, saya dan
seorang lagi rakan ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan Muzik. Bagi
subjek minor pula, kami berdua ditugaskan mengajar mata pelajaran Pedidikan Jasmani.
Bermula daripada hari pertama mengajar sehingga ke hari kelima, masalah yang
dikenalpasti ialah murid tidak menampakkan kesediaan untuk menerima ilmu ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakkan dari mereka mempunyai sikap sambil lewa dan
tidak menghormati guru sewaktu guru melangkah masuk ke dalam bilik darjah. Mereka
masih bermain-main dan membuat bising di dalam kelas.
2. Analisis
Punca utama yang mungkin menyebabkan murid-murid bersikap demikian ialah
saya merupakan guru baru bagi mereka. Mereka mungkin beranggapan bahawa saya bukan
dari golongan guru yang akan menetap di sekolah itu untuk tempoh masa yang panjang.
Selain daripada itu, saya beranggapan bahawa sikap yang ditunjukkan ini berpunca
daripada kurang kesedaran terhadap pentingnya masa yang diperuntukkan semasa berada
di sekolah
3. Cadangan Tindakan Susulan
a) Memulakan proses pembelajaran dengan membawa set induksi yangmenarik
dan pelbagai
b) Menampilkan diri sebagai seorang guru yang kemas, mempunyai penampilan
yang tegas semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah
c) Sentiasa mengubah corak dan suasana pengajaran dan pembelajaran
d) Memberi sedikit amaran kepada murid yang tidak menumpukan perhatian
kepada sesi pengajaran pembelajaran
e) Mempelbagaikan aktiviti di dalam bilik darjah.
4. Tempoh Masa
3 -7 Ogos 2015
5. Tindakan Susulan
Saya akan memulakan proses pembelajaran dengan melakukan set induksi yang
menarik dan pelbagai semasa sesi pengajaran untuk menarik perhatian murid dari awal sesi
pembelajaran. Saya juga akan menampilkan diri sebagai seorang guru yang kemas,
mempunyai penampilan yang tegas semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah. Saya juga akan cuba untuk sentiasa mengubah corak dan suasana pengajaran
dan pembelajaran. Saya akan membawa mereka ke Bilik Muzik atau aktiviti di luar kelas
seperti di padang. Memberi sedikit amaran kepada murid yang tidak menumpukan perhatian
kepada sesi pengajaran pembelajaran juga perlu supaya murid tidak merasakan guru tidak
ambil kisah akan dirinya. Seterusnya, saya juga akan mempelbagaikan aktiviti bagi sesi
pengajaran dan pembelajaran.
Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia
Tandatangan :.......................................... Tandatangan :....................................
Tarikh :............................................... Tarikh :..........................................
Nama :...................................................... Nama :...................................................
Top Related