Download - contoh Surat Mohon Cuti Peristiwa

Transcript

SEKOLAH KEBANGSAAN PALONG 7 (FELDA) 73470 GEMAS NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS NBA 6019 TEL:06-4645348 FAX : 06-4645052__________________________________________________________________________________________________________________ Ruj.Kami: JPNS.PPDJJ.NBA6019.900-7/1(45) Tarikh : 4 MAC 2015

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN,Jalan Dato Hamzah,70990 Seremban,Negeri Sembilan.

Tuan,

MEMOHON CUTI PERISTIWA SEMPENA KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman tuan, Sekolah Kebangsaan Palong 7 akan mengadakan Kejohanan Olahraga Padang & Balapan kali ke25 pada ketetapan berikut :

Tarikh: 12 Mac 2015 (Khamis)Masa: 7.30 Pagi 5.30 PetangTempat: Padang Sekolah Kebangsaan Palong 7(F)

3.Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin memohon cuti peristiwa pada hari tersebut.

4. Bersama surat ini, kami turut sertakan Kertas Kerja Kejohanan Olahraga Padang & Balapan.

5. Keprihatinan dan kerjasama pihak tuan, kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

..