1
Contoh Tindakan Pembetulan (Corrective) Dan Pencegahan (Preventive) Kementerian Bagi Tahun 2010
Bil. Kementerian Ringkasan Isu Tindakan Pembetulan Tindakan Pencegahan
1. Kementerian
Sumber Asli dan
Alam Sekitar
(Jabatan Alam
Sekitar Perak)
Pengadu mendakwa
kilang Tasek Simen
yang telah beroperasi
lebih kurang 40 tahun
menyebabkan
pencemaran udara
yang teruk di mana
habuk terhasil ekoran
daripada operasi
tersebut. Pengadu
tidak berpuas hati
dengan agensi
Kerajaan yang
bertanggungjawab dan
mempersoalkan
perkara ini dan ingin
tahu mengapa kilang
tersebut masih
beroperasi hingga kini
tanpa sebarang
1. JAS telah mengarahkan pengusaha kilang supaya sentiasa menyelenggara alat kawalan pencemaran “Electrostastic Precipitator” dan “Filter Bag” bagi mengawal pelepasan habuk yang dilepaskan
2. Notis Arahan di bawah Seksyen
31 & 37 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 berhubung dengan pemasangan CEMS (Continuos Emission Monitoring System) untuk memudahkan pemantauan pelepasan habuk secara online oleh JAS.
1. Bagi memantau kualiti udara di kawasan sekitar, sebanyak 3 unit “High Volume Air Sampler Total Suspended Particulate Concentration” (HVAS) telah dipasang di taman berhampiran iaitu di Taman Permai, Taman Kinta dan Taman Wah Keong. Berdasarkan kepada keputusan analisa mendapati bacaan parameter kepekatan partikulat terampai adalah di bawah “Recommended Ambient Air Quality Guidelines iaitu 150/ug/m3 sehari.
2
Bil. Kementerian Ringkasan Isu Tindakan Pembetulan Tindakan Pencegahan
tindakan yang
dikenakan.
3. Pihak kilang juga diarahkan untuk menjalankan percontohan pelepasan bendasing udara setiap 3 bulan sekali sepanjang tempoh beroperasi dan hendaklah mematuhi standard yang ditetapkan.
2. Pihak JAS juga telah merangka pelan tindakan jangka masa pendek dan jangka masa panjang bagi memantau pematuhan premis berkenaan dengan pemasangan CEMS yang membolehkan pihak JAS memantau tahap pelepasan habuk dari kilang secara online.
2. Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar
(Jabatan Alam Sekitar)
Pencemaran habuk
kayu halus dari kilang
perabot di Jalan Raja
Bukit Pasir, Muar.
Keadaan ini
menyebabkan masalah
kesihatan yang teruk
dan tanaman serta
banyak tumbuhan yang
mati di kawasan
sekitar.
Jabatan Alam Sekitar telah
mengeluarkan Notis Arahan di
bawah Seksyen 31 dan Seksyen 37,
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 ke
atas pekilang supaya mengambil
tindakan serta-merta iaitu sentiasa
memantau operasi peralatan
kawalan habuk dan juga memastikan
tiada pelepasan habuk ke kawasan
sekitar ketika kerja-kerja memunggah
habuk (sawdust unloading) ke dalam
lori dijalankan.
Pihak JAS akan terus
memantau operasi kilang
perabot tersebut dari masa ke
semasa.
3
Bil. Kementerian Ringkasan Isu Tindakan Pembetulan Tindakan Pencegahan
3. Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar (Jabatan Alam Sekitar, Johor)
Pencemaran bau,
habuk dan bunyi dari
Kilang Pre-Metal
Stamping di Plentong,
Johor
Jabatan Alam Sekitar Johor
telah mengeluarkan surat arahan
pada 8 April 2010 supaya
kilang/premis tersebut:
(i) Memberhentikan serta merta kerja-kerja di „reworks section‟ yang melibatkan pelarut seperti thinner dan mengakibatkan pencemaran bau dan pihak kilang telah mematuhi arahan pada keesokkan harinya;
(ii) Mengambil langkah penambahbaikan alat kawalan pencemaran habuk secepat mungkin. (Pihak kilang telah memberi maklumbalas bertulis kepada JAS bahawa pelan tindakan kawalan pencemaran habuk akan siap dilaksana selewat-lewatnya pada 30 April 2010); dan
-
4
Bil. Kementerian Ringkasan Isu Tindakan Pembetulan Tindakan Pencegahan
(iii) Mengenalpasti gangguan bunyi dari dalam premis dan mengambil langkah pencegahan secepat mungkin. (Pihak kilang telah memberi maklumbalas bertulis kepada JAS yang menyatakan langkah kawalan bunyi bising telah dilakukan dengan memasang alat kedap bunyi/silencer pada tempat air compressor)
4. Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar (Jabatan Alam Sekitar, Negeri Sembilan)
Laut berhadapan Permaisuri Resort, Port Dickson dicemari air hitam yang berpunca daripada paip konkrit yang ditanam di dalam pasir.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah
membuat siasatan pada 14 April
2010 dan telah mengarahkan supaya
Permaisuri Resort, Port Dickson:
(i) meningkatkan kerja-kerja penyelenggaraan loji bagi memastikan kualiti air laut dan pantai di kawasan berkenaan tidak tercemar; dan
(ii) menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan longkang secara berjadual.
-
5
Bil. Kementerian Ringkasan Isu Tindakan Pembetulan Tindakan Pencegahan
5. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Batu Pahat)
Masalah
pencerobohan di
Empangan Bekok,
Batu Pahat.
Operasi Penguatkuasaan telah dilakukan oleh pihak JPS bersama-sama Pejabat Tanah, Polis dan Majlis Daerah Yong Peng pada butiran berikut : (i) 6 September 2007:
Memusnahkan 2 lokasi tanaman sayuran seluas 30 ekar;
(ii) 16 Jun 2008:
Memusnahkan 14 buah kolam ikan seluas 9 ekar;
(iii) 18 Ogos 2009: Memusnahkan 8
buah kolam katak seluas 3 1/2 ekar;
(iv) 21 & 22 April 2010: Memusnahkan tanaman kelapa sawit seluas 155 ekar; dan
(v) 28 & 29 April 2010:
Memusnahkan tanaman kelapa sawit seluas 100 ekar.
(i) Pihak JPS telah memasang papan tanda kawasan larangan dan membina pagar keselamatan bagi mengelak berlakunya pencerobohan.
(ii) Kerja-kerja membina parit
keliling telah dijalankan bagi menanda sempadan rezab Empangan.
(iii) Pihak JPS juga telah menghantar permohonan kepada Pejabat Tanah Daerah bagi proses pewartaan kawasan Empangan.
6
Bil. Kementerian Ringkasan Isu Tindakan Pembetulan Tindakan Pencegahan
6. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (Jabatan Alam Sekitar (JAS))
Kerajaan Negeri Pulau Pinang (Majlis Perbandaran Seberang Perai)
Sebuah kilang di Butterworth didakwa telah melepaskan asap racun yang akan menjejaskan kesihatan penduduk di sekitar kawasan tersebut.
(i) Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengeluarkan surat arahan bertarikh 11 Jun 2010 kepada pekilang supaya memasang alat kawalan pencemaran udara;
(ii) Pada 14 Julai 2010, JAS telah mengeluarkan arahan kepada pekilang agar mengemukakan permohonan Kelulusan Bertulis bagi pemasangan Alat Kawalan Pencemaran Udara untuk mengurangkan pelepasan asap melalui cerobong;
(iii) JAS akan mengeluarkan kompaun di bawah Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 1978 terhadap kilang tersebut; dan
(iv) Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dalam proses menarik balik lesen pemilik premis.
Pemantauan akan dijalankan secara berterusan bagi memastikan pihak pekilang mematuhi peraturan/garis panduan yang telah ditetapkan.
7
Bil. Kementerian Ringkasan Isu Tindakan Pembetulan Tindakan Pencegahan
7. Kementerian
Sumber Asli dan
Alam Sekitar
(Jabatan Alam
Sekitar Negeri
Kelantan)
Pelupusan sekam
daripada sebuah kilang
padi yang tidak
sempurna sehingga
menimbulkan penyakit
kepada penduduk
setempat.
(i) Jabatan Alam Sekitar (JAS)
telah mengeluarkan Notis
Arahan di bawah Seksyen 31
dan 37 Akta Kualiti Alam
Sekeliling, 1974 bagi
mengarahkan pekilang supaya
membina dan mengendalikan
rumah habuk dengan
sempurna; dan
(ii) Pekilang juga diarahkan
supaya membina pendinding
(hoarding) yang lebih tinggi di
kawasan tempat simpanan
habuk/sekam yang terhasil
daripada husk furnace
terutama berdekatan dengan
kawasan kediaman penduduk
di samping melarang
habuk/sekam dilonggokkan
pada kawasan yang sedia ada.
Kawalan dan pemantauan akan
dilakukan dari semasa ke
semasa.
8
Bil. Kementerian Ringkasan Isu Tindakan Pembetulan Tindakan Pencegahan
8. Kementerian
Sumber Asli &
Alam Sekitar
(Jabatan Alam
Sekitar Negeri
Johor)
Aktiviti pembakaran
secara terbuka di Jalan
Emas 2, Taman Bukit
Baru, Bukit Siput,
Segamat.
Pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS)
telah memberikan amaran larangan
dan mengedarkan risalah hentikan
pembakaran terbuka kepada
penduduk di lokasi aduan.
Pihak JAS sentiasa memantau
aktiviti pembakaran terbuka
tersebut dari masa ke semasa
selaras dengan Seksyen 29(A)
Akta Kualiti Alam Sekeliling
1974.
9. Kementerian
Sumber Asli dan
Alam Sekitar
(Jabatan Alam
Sekitar Daerah
Muar)
Pencemaran udara
berpunca daripada
aktivti kilang di
kawasan Perindustrian
Bukit Pasir, Muar.
Pihak Jabatan Alam Sekitar telah
mengeluarkan Notis Arahan di
bawah Peraturan-Peraturan Kualiti
Alam Sekeliling 1974 kepada pemilik
kilang yang diadukan. Iaitu supaya
membaikpulih alat kawalan dengan
segera dan mengambil langkah-
langkah pencegahan bagi
memastikan tiada pelepasan habuk
kayu yang boleh mengganggu
penduduk berhampiran.
Kawalan dan pemantauan
berterusan sentiasa dijalankan.
Sumber: Unit Aduan BPA & maklumbalas dari Agensi/Kementerian Tarikh Kemaskini: 3 Januari 2011
Top Related