KOLEJ KEJURURAWATAN DAN SAINS KESIHATAN
SERI MANJUNG
KES KAJIAN: GANGGUAN
RESPIRATORI
NAMA: NURUL IZZATI BINTI MAHIZAM
NO. MATRIKS: KKSM/1709/01/09PENSYARAH: PN. ROSNIZA BINTI
ROSLI
PENDAHULUAN
PENDAHULUAN
Syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya saya berjaya menyempurnakan kes kajian yang telah
diberikan dan ditugaskan kepada saya. Walaupun terdapat pelbagai kesukaran untuk menyiapkan
kes kajian ini, berkat bantuan dan pertolongan Clinical Instructor ( CI ), rakan-rakan dan staf wad ,
akhirnya kes kajian ini dapat disempurnakan walupun tidak sepenuhnya kerana subjek yang dikaji
( klien/ pesakit ) discaj apabila kajian sedang dijalankan. Mujur dengan pertolongan staf di wad,
serba sedikit maklumat dapat dipenuhi.
Kes kajian ini dapat memberi banyak pengalaman dan maklumat yang berkaitan serta kami
dapat lebih memahami terhadap kes yang dikaji. Malah kami dapat memahami keperluan klien
berkaitan dengan penyakitnya. Sepanjang pengumpulan maklumat, klien dapat memberi kerjasama
dengan sepenuhnya walaupun klien menghadapi kesukaran untuk bercakap kerana keadaan klien
yang mengalami sakit dada akibat unstable angina. Klien juga membantu dalam memberi maklumat
dan masih mampu bercakap. Klien discaj selepas dua hari saya mengumpul maklumat dari klien
iaitu pada 13/11/2009.
ISI KANDUNGAN
Pendahuluan
Pengenalan kes kajian
Ringkasan biodata klien
Sejarah kesihatan klien
Manifestasi klinikal pesakit
Penyiasatan/prosedur makmal dan diagnostik
Pengurusan medikal, surgeri dan pengubatan
Perbincangan
Implikasi Kejururawatan
Rumusan
Rujukan
PENGENALAN KES KAJIAN
COPD
PENGENALAN KES
Chronic Obstructive Pulmonary Disease ( COPD ) merujuk kepada bronkitis kronik dan
emfisema, iaitu penyakit yang digandingkan yang sering dikaitkan dengan kehadiran gangguan
pernafasan di mana salur pernafasan menjadi sempit. COPD juga dikenali dengan nama lain, iaitu
chronic obstructive lung disease (COLD), chronic obstructive airway disease (COAD), chronic
airflow limitation (CAL) and chronic obstructive respiratory disease (CORD).
Emfisema adalah kerosakan paru-paru yang tidak dapat diubah ( irreversible ) yang
menyebabkan kemusnahan dinding alveoli. Emfisema adalah disebabkan oleh pengumpulan udara
dan mengakibatkan pembesaran abnormal pundi udara ( air sac ). Emfisema berlaku secara
perlahan-lahan. Manakala, bronkitis kronik pula adalah disebabkan oleh inflammasi pada lapisan
mukosa bronkus yang ,meningkatkan penghasilan sekresi. Dalam sesetengah kes dilaporkan, COPD
boleh dikaitkan dengan gangguan genetik iaitu kekurangan alpha 1 antitrypsin. Ia adalah kandungan
protein dalam darah di mana proses kemusnahannya adalah lambat. Pesakit yang mengalami tahap
kekurangan alpha 1 antitrypsin ; ketidakseimbangan protein membawa kepada kesan kemusnahan
paru-paru dan COPD. Ia akan bertambah jika individu tersebut adalah seorang perokok.
Asthma juga akan merupakan punca berlakunya COPD. Asthama merupakan suatu keadaan
yang kronik di mana salur pernafasan mengalami inflammasi ( bengkaka dan hadirnya mukus).
Simptom dan gejala adalah seperti gejala COPD termasuklah kesukaran bernafas. Dalam sesetengah
kes asthma, penghidap akan pulih selepas menggunakan ubat-ubatam ( seperti bronkodialator ) dan
selepas itu akan didiagnos dengan COPD. Tambahan lagi, dalam jangka msa panjnag, penghidap
asthma gagal mengawal penyakit tersebut sehingga salur pernafasan dan organ paru-paru gagal
berfungsi dengan baik.
Kebanyakan pesakit dengan COPD akan menghadapi kesukaran bernafas ketika baring dan
lebih selesa bernafas ketika berada dalam posisi semi fowlers. Bagi pesakit COPD, oksigen yang
terlalu sedikit dan terlalu banyak karbon dioksida di dalam darah juga akan memberi impak
terhadap otak, dan mempengaruhi pelbagai masalah kesihatan termasuk sakit kepala, kurang tidur,
kelemahan status mental dan cepat marah. Menurut American Thoracic Society,
perkembangan klinikal COPD terbahagi kepada 3 peringkat:
Peringkat 1: fungsi paru-paru ( dengan ukuran FEV1- forced expiratory volume in one
second) lebih besar atau sama dengan 50% dengan jangkaan fungsi ritma paru-paru yang normal.
Kesan terhadap kualiti hidup adalah minima. Gejala penyakit mungkin akan berkembang pada
tahap ini. Pesakit akan mula mengalami sesak dada serta memerlukan pemerhatian dari pakar.
Peringkat 2: FEV1 hanya berfungsi sekitar 35-49% dari jangkaan normal ritma paru-paru
dan memberi impak yang signifikan terhadap kualiti hidup dan kesihatan.
Peringkat 3: FEV1 kurang dari 35% dari jangkaan normal ritma paru-paru serta beri kesan
yang mendalam terhadap kehidupan seharian.
Faktor risiko untuk mendapat penyakit ini adalah perokok. Jika individu adalah perokok
aktif, maka risiko untuk mendapat penyakit COPD adalah 10 kali lebih berisiko untuk mendapat
COPD berbanding dengan bukan perokok. Dianggarkan seramai 80-90% adalah perokok dari
semua kes. Faktor-faktor risiko lain adalah faktor keturunan, perokok pasif, individu yang terdedah
kepada pencemaran udara dan persekitaran dan mempunyai sejarah jangkitan pernafasan ketika
kanak-kanak.
SIMPTOM
DAN
GEJALA
SIMPTOM DAN GEJALA Batuk kronik dan produktif selama 3 bulan atau lebih.
Sesak dada
sesak nafas ( Shortness of breath) apabila melakukan aktiviti
peningkatan keupayaan untuk bernafas.
Bernafas 'pursed-lips'
Keluaran sekresi yang berlebihan
Sering kering tekak
Perubahan sputum yang akan menyebabkan infeksi pada bahagian dada
RINGKASAN
BIODATA
KLIEN
RINGKASAN BIODATA
KLIEN
NAMA KLIEN: RAMLI BIN IDRIS R/N:27354-09
DOA: 09/11/09
Ramli Bin Idris, berumur 71 tahun berasal dari Temerloh, Pahang. Beliau telah berkahwin
dan mempunyai 10 orang anak. Klien menetap di Jalam Mentakab bersama isterinya. Klien telah
bekerja selama 11 tahun di Taman Harapan Temerloh dan telah pun bersara. Kini, klien hanya
bekerja kampung. Klien pernah mendapat rawatan di Hospital Besar Mentakab pada 05/06/03 dan
kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah apabila menghadapi
kesukaran bernafas dan mengalami batuk yang teruk selama 2-3/7 dengan kahak yang berwarna
putih ( whitish ).
Klien saya juga didiagnos dengan penyakit lain selain dari COPD. Klien telah didiagnos
dengan penyakit Hypertension, Ca Rectum, Unstable angina dan post APR. Klien telah discaj pada
13/11/2009.
SEJARAH
KESIHATAN
KLIEN
SEJARAH KESIHATAN
KLIEN
Pada hari klien mendapatkan rawatan ( 09/11/2009), klien mengalami SOB secara tiba-tiba
pada jam 12 tengahmalam. Klien juga mengadu mengalami kesakitan di bahagian abdomen, '
burning sensation' dan kesakitan tersebut berterusan. Klien juga menghidapi batuk produktif ynag
kronik dengan sputum 'whitish' selama lebih dari 3 bulan. Menurut beliau, kesakitan di bahagian
tersebut memang berulang kali terjadi. Dikatakan klien telah berhenti merokok selama 15 tahun.
Hal ini disebabkan klien juga menhidapi 'unstable angina'.
Klien juga pernah berulang kali masuk ke hospital apabila mengalami sesak nafas. Klien
juga hilang selera makan akibat penyakit yang dihidapi beliau.
MANIFESTASI
KLINIKAL
KLIEN
MANIFESTASI KLINIKAL
KLIEN
Kesukaran bernafas
Batuk
SOB ketika melakukan aktiviti
Bunyi pernafasan wheezing
Bernafas menggunakan mulut 'pursed lips'
Rasa ketat di dada
'Whitish' sputum
PENYIASATAN
MAKMAL
DAN
DIAGNOSTIK
PENYIASATAN MAKMAL
DAN DIAGNOSTIK
FBS ( Fasting Blood Sugar )
FLP- fasting lipid profile ( HDL- high density lipoprotein, LDL-low density lipoprotein )
KP ( keratitic precipitate )
ABG ( arterial blood gas )
Sputum C&S
FBC ( full blood count )
BUSE ( blood urea serum electrolyte )
ECG
Chest X-ray
PENGURUSAN
MEDIKAL
DAN
SURGIKAL
PENGURUSAN MEDIKAL
DAN SURGIKAL
Medikal & Surgeri
Fisioterapi dada
on NPO2 3liter
Pengubatan
3 pint N/saline
MDI Becotide 11/11 bd
MDI Combivent 11/11 prn
T. Naulin SR 250g bd
T. Lasix 80mg bd
T. Simvastatin 20mg ON
T. Felodipine 5g ON
IV aopmorfin 1.2g tds
T. claritraycin 500mg bd
T. Bisolvon 80mg tds
T. Relodipine 5mg OD
Neb Combivent QID
PERBINCANGAN
PERBINCANGAN
Bagaimana klien mendapat penyakit tersebut.
Bincangkan keputusan ujian makmal yang telah dilakukan.
Bagaimana klien mendapat penyakit tersebut
Kebanyakan kes COPD adalah dihidapi oleh perokok aktif. Maka, apabila semakin aktif
seseorang itu merokok, risiko untuk mendapat COPD adalah 10 kali ganda tinggi
berbanding individu biasa. Keadaan akan bertambah buruk apabila penghidap mempunyai
penyakit gangguan respiratori yang lainnya seperti asma.
Manusia mempunyai daya tahan melawan penyakit yang lemah ( antibodi ) terutama apabila
mengalami peningkatan usia.
Keputusan Ujian Makmal
Glucose ( random ) : *5.6
FLP
Cholesterol : 3.6 mmol/L
Triglyceride : 1.0 mmol/L
Sputum C&S : mix growth ( 11/11/09)
RR LFT, Ca, Ml, POY ( 09/11/09 )
Urea: *14.8 mmol/L
Sodium: 145 mmol/L
Pottasium: 5.2 mmol/L
Chloride: *132 mmol/L
Uric acid: 395 umol/L
Creatinine: * 325 ummol/L
Renal Profile ( 11/11/09 )
Urea: *15 mmol/L
Sodium: 140 mmol/L
Pottasium: * 3.4 mmol/L
Chloride: 106 mmol/L
Uric acid: 321 umol/L
Creatinine: * 257 ummol/L
LFT
Total protein: *89 g/L
Albumin: 43 g/L
Globulin: *46 g/L
A/G ratio: 0.9
Alkaline Phosphate: *108 u/L
ALT: 11 u/L
Total billirubin: 7 mmol/L
BUSE, CE
Urea: *14.2 mmol/L
Sodium: 139mmol/L
Pottasium: 4.4 mmol/L
Chloride: 107 mmol/L
Creatinine: * 274 ummol/L
Cardiac Enzyme
LDH : 357 u/L
CK: *213 u/L
AST: 26
IMPLIKASI
KEJURURAWATAN
IMPLIKASI KEJURURAWATAN
DATE/ NURSING DIAGNOSIS/ OBJEKTIF
INTERVENTIONS EVALUATION
09/11/09 Gangguan pernafasan b/d bronkitis kronik d/d klien kelihatan sukar untuk bernafas.
Matlamat:Klien akan bernafas dalam keadaan yang normal.
Asses kedaan pernafasan klien
Posisikan klien dalam keadaan semi-fowler's atau fowlers
Galakkan klien berehat. Berikan terapi oksigen
seperti yang dipreskripsikan.
Berikan ventilasi yang efektif.
10/11/09 Klien tidak lagi
mengalami sesak nafas dan bernafas dengan bantuan nasal prong 3liter. Ketepuan oksigen - SPO2 98%.
12/11/09 Klien tidak lagi
menggunakan nasal prong dan bernafas dengan normal.
09/11/09Gangguan nutrisi kurang dari keperluan badan b/d kurang selera makan d/d klien tidak menyentuh diet yang disediakan.
Matlamat:Klien akan mengambil nutrisi mengikut keperluan tubuh dan selera makan akan kembali normal.
Galakkan klien mengambil makanan yang lembut.
Galakkan waris/keluaga klien membawa makanan yang digemarinya.
Berikan klien dalam kuantiti yang sedikit tetapi lebih kerap.
Laporkan kepada jururawat bertugas sekiranya klien masih tidak ada selera untuk makan.
Pastikan keadaan sekeliling klien bersih.
10/11/09 klien memakan sedikit
diet yang disediakan dan selepas 2 jam kemudian klien memakan makanan yang sesuai dengan diet yang diber yang dibawa oleh waris.
11/11/09 selera makan klien
kembali normal
10/11/09Sakit dada b/d unstable angina d/d aduan klien
|Matlamat:Klien tidak mengadu sakit dada.
Asses keadaan klien. Fowlerskan klien. Laporkan kepada
jururawat yang bertugas bahawa klien masih sakit dada.
Berikan ubat yang dipreskripsikan.
11/11/09 Klien tidak mengadu
sakit dada dan selesa.
DATE/ NURSING DIAGNOSIS/ OBJEKTIF
INTERVENTIONS EVALUATION
10/11/09Kebimbangan b/d hospitalisai d/d klien kelihatan gelisah.
Matlamat:Klien tidak lagi kelihatan bimbang dan gelisah
Nilai tahap kebimbangan klien.
Dengar aduan klien. Beri sokongan emosi
kepada klien. Luangkan masa bersam
klien. Galakkan waris klien
datang melawat. Beri orientsi kepada
klien.
11/11/09 Klien tidak lagi
kelihatan bimbang dan gelisah serta dapat berbual dengan klien yang lain.
11/11/09Gangguan tidur b/d asma d/d aduan klien.
Matlamat:Klien akan selesa tidur dan tidak lagi mengadu mengenai gangguan corak tidur.
Asses keadaan klien. Tinggikan kepala katil
klien. Optimumkan keselesaan
klien.
12/11/09 Klien dapat tidur dengan
lena.
RUMUSAN
RUMUSAN
COPD boleh dicegah dengan berhenti merokok dan menghindarkan diri dari perokok pasif.
Berhenti merokok boleh mencegah risiko COPD untuk berkembang pada peringkat pertama.
Vaksinasi influenza adalah vaksin yang membolehkan menghalang infeksi pneumoccocal
( jenis pneumonia ) untuk penghidap COPD, bergantung pada umur penghidap, akan
menghalang infeksi paru-paru dan mengurangkan keterukan COPD.
Rawatan / pengubatan yang biasa untuk COPD:
-short-acting bronchodilaters:
◦ Beta agonists:
-Albuterol (Proventil® and Ventolin®)Pirbuterol (Maxair®)Metaproterenol (Alupent®)
◦ Anti-cholinergics:
I-pratropium (Atrovent®)
◦ Theophyllins:T
-Theophylline (eg, Theo-dur®, Slo-bid®, Uniphyl®, or Uni-Dur®)
The American Association for Respiratory Care telah mengumpulkan tips untuk pesakit COPD
_ mengamalkan pemakanan mengikut piramid makanan.
hadkan pengambilan makanan yang bergaram. Sodium yang terlalu banyak akan menyebabkan penyimpanan cecair dan mengganggu salur pernafasaan.
Hadkan pengambilam minuman yang berkafein. Hal ini akan menggangu tindak balas ubat yang diambil dan membuatkan individu rasa cemas.
Cuba makan dengan lebih awal.
RUJUKAN
RUJUKAN
www.ozonebank.com
Source: www.medtogo.com/chronic-obstructive-pulmonary ...
the National Heart, Lung, and Blood Institute (in PDF format).
http://www.nhlbi.nih.gov/health/public/lung/other/copd_fact.pdf
BHT klien di Kenanga 14