Download - d

Transcript
Page 1: d

KONSERTO TERAKHIR(Abdullah Hussain)

Sinopsis

Page 2: d

spm konserto terakhir 2

Sinopsis : Bab 1 - Keluarga Hayati, anak gadis Datuk Johari dan Datin salmah, tidak

ada semangat untuk belajar piano kerana tidak sefahaman dengan guru pianonya.

Hilmi, seorang pemuda kampung yang mempunyai pertalian darah dengan Datuk Johari, muncul di rumah Datuk Johari.

Kehadirannya tidak disenangi oleh Datuk Johari dan isteri.

Hilmi berhasrat untuk mencari pekerjaan tetapi dengan kelulusan setakat darjah empat sekolah Melayu, dia hanya mampu menjadi tukang kebun di rumah Datuk Johari.

Page 3: d

spm konserto terakhir 3

Sinopsis : Bab 2 - Kuli Datuk Johari berpuas hati dengan tugas Hilmi

sebagai tukang kebun.

Hilmi berkawan baik dengan Mamat, pemandu Dr. Nathan.

Hilmi sangat tertarik dengan petikan piano Hayati.

Datin Salmah telah dihasut oleh kakaknya, Siti Hajar, untuk membenci Hilmi. Dia telah memperlakukan Hilmi seperti seorang kuli.

Page 4: d

spm konserto terakhir 4

Sinopsis : Bab 3 - Piano

Tanaman Hilmi dirosakkan oleh kumbang dan ini menyebabkan Hilmi kecewa.

Hilmi dan Hayati semakin mesra. Hayati pergi menonton wayang bersama-sama

Mohsin, tunangnya. Hilmi berasa gelisah.

Rakan dan jiran Datin Salmah memuji-mujinya kerana mendapat buah tangan daripada taman di rumahnya. Hal ini telah mengubah pandangan Datin Salmah terhadap Hilmi.

Page 5: d

spm konserto terakhir 5

Sinopsis : Bab 4 - Hukuman Hilmi sangat berminat untuk bermain piano tetapi

tidak mendapat peluang. Suatu hari, ketika keseorangan di rumah, dia cuba memainkan piano Hayati.

Hilmi ditegur oleh Mak Minah

Hayati menyedari pianonya telah dirosakkan dan Hilmi mengakuinya perbuatannya.

Akibatnya, gaji Hilmi telah dipotong.

Datuk Johari sekeluarga telah pergi ke luar negara selama sebulan untu bercuti.

Page 6: d

spm konserto terakhir 6

Sinopsis : Bab 5 - Penunggu Kepergian Hayati amat dirindui oleh Hilmi.

Semasa ketiadaan keluarga Datuk Johari, Hilmi mendapat simpati daripada Dr Nathan dan Mamat.

Mamat yang menyedari bakat muzik Hilmi telah memperkenalkan Hilmi dengan Encik Bakar, seorang ketua sebuah quartet.

Encik Bakar menyedari bakat luar biasa Hilmi kemudiannya Hilmi belajar muzik dengan Encik Bakar.

Page 7: d

spm konserto terakhir 7

Sinopsis : Bab 6 - Muzik Datuk Johari sekeluarga tiba di rumah tatkala

Hilmi sedang leka bermain piano.

Kebolehan Hilmi memeranjatkan mereka.

Hayati memberikan oleh-oleh kepada Hilmi.

Datin Salmah tidak menyenangai hubungan mesra Hilmi dan Hayati.

Page 8: d

spm konserto terakhir 8

Sinopsis : Bab 7 – Oleh-oleh

Kedatangan Mohsin tidak dipedulikan oleh Hayati yang sedang sibuk bersembang dengan Hilmi.

Hal ini telah menyebabkan Mohsin mengesyaki perubahan Hayati.

Datin Salmah pula percaya yang Hayati telah terkena guna-guna Hilmi.

Page 9: d

spm konserto terakhir 9

Sinopsis : Bab 8 - Sengketa Azizah, anak Encik Bakar, cuba menggoda Hilmi

ketika Hilmi ke rumahnya untuk belajar muzik.

Azizah kesal dengan sikapnya yang memandang rendah terhadap Hilmi setelah ditegur oleh ayahnya.

Setelah pulang, Hilmi dimarahi pula oleh Datin Salmah kerana dia keluar rumah tanpa pengetahuan.

Sikap Datin Salmah mengecewakan Hilmi dan dia berusaha untuk keluar dari rumah itu. Dia memberi alasan ingin pulang ke kampungnya.

Page 10: d

spm konserto terakhir 10

Sinopsis : Bab 9 - Pertemuan

Setelah Hilmi pergi, baharulah Datin Salmah menyedari kehilangan oang yang sangat berjasa kepada keluarganya.

Hayati telah menyalahkan ibunya yang menyebabkan Hilmi keluar.

Hilmi bekerja di stesesn minyak setelah membatalkan niat awalnya untuk balik ke kampung.

Pada masa yang sama, Hilmi telah menyambung pelajaran muziknya dengan Encik Bakar. Akhirnya dia telah pandai bermain trompet, seksofon, klarinet, dan biola.

Page 11: d

spm konserto terakhir 11

Sinopsis : Bab 10 - Bebas Datin Salmah masih lagi berpendapat yang

Hayati telah diguna-gunakan oleh Hilmi kerana Hayati telah berubah dan seolah-olah lebih menyukai Hilmi daripada tunangnya sendiri.

Dia turut terkejut apabila terjumpa buku agama, sejadah, dan telekung di bilik anaknya Hayati.

Hayati dan Mohsin kemudiannya telah berkahwin dan ini mengecewakan Hilmi yang ternyata masih menyimpan perasaan terhadap Hayati.

Hilmi telah mencipakan sebuah lagu khas bertajuk ‘Sebuah Intermeso’.

Page 12: d

spm konserto terakhir 12

Sinopsis : Bab 11 - Intermeso Hilmi telah menjadi anggota salah sebuah quartet

yang terkenal.

Bakat Hilmi semakin terserlah dan dia digelar ‘Pemain Biola Hikmat Malaysia.’

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris membuat liputan tentang bakat Hilmi.

Tindakan Encik Bakar yang membenarkan Hilmi bermain di kelab malam jelas telah melanggar peraturan perlembagaan persatuan. Namun JK Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional telah memaafkannya dan menerima Hilmi sebagai ahli.

Page 13: d

spm konserto terakhir 13

Sinopsis : Bab 12 - Krisis

Azizah memberitahu Hilmi bahawa Hayati akan belajar muzik di Conserratory of Music di London setelah mendapat biasiswa daripada British Council.

Hilmi telah menggubah sebuah lagu berjudul ‘Detik-detik Perpisahan’ khusus untuk Hayati dan Mamat telah membantu Hilmi untuk bertemu Hayati sebelum Hayati berlepas ke luar negara.

Page 14: d

spm konserto terakhir 14

Sinopsis : Bab 12 - Krisis

Hilmi mengahwini Azizah dengan harapan ini akan dapat mengubati luka di hatinya. Mereka kemudiannya memperoleh seorang anak lelaki.

Mereka telah menubuhkan ‘Kugiran Dahlia’ tetapi apabila pengaruh kugiran merosot, Hilmi kembali aktif dalam orkestra.

Page 15: d

spm konserto terakhir 15

Sinopsis : Bab 13 - Perpecahan Sikap cemburu Azizah terhadap Hayati dan

kegagalannya memahami minat Hilmi telah menyebabkan rumah tangganya berantakan. Dia kemudiannya meninggalkan Hilmi seorang diri.

Kekecewaan Hilmi telah mendorongnya menggubah ratusan buah lagu yang menceritakan kisah hidupnya seperi ‘Balada Kasih’, dan ‘Cinta dan Tragis’.

Hilmi dan orkesnya telah dijemput untuk membuat persembahan sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan.

Page 16: d

spm konserto terakhir 16

Sinopsis : Bab 13 - Perpecahan Berita kematian Encik Bakar menyebabkan Hilmi

sedih.

Di sebalik pelbagai peristiwa sedih yang melanda hidupnya Hilmi bertambah hebat dengan muncul sebagai pemenang dalam pesta muzik selama tiga tahun berturut-turut.

Hilmi dijadualkan akan memimpin orkesnya dalam Orkestra Perdana. Dia sibuk membuat arrangement himpunan lagu-lagunya dalam ‘Hilmi Potpouri’ yang bakal dipersembahkan semasa pertunjukan itu nanti.

Akhirnya dia jatuh sakit

Page 17: d

spm konserto terakhir 17

Sinopsis : Bab 14 - Seniman Dewan Tunku Canselsor penuh sesak namun Hilmi

belum muncul lagi.

Dalam kekalutan, Hayati tiba-tiba muncul menggantikan Hilmi memimpin pertunjukan Orkestra Perdana itu. Ternyata Hayati dapat melakukan tugasan itu dengan baik dan penuh penghayatan kerana lagu-lagu ciptaan Hilmi sememangnya ditujukan kepada Hayati.

Di hospital, Datuk Johari bertemu dengan sepupunya, Karim iaitu ‘ayah’ Hilmi.

Page 18: d

18

Sinopsis : Bab 14 - Seniman Karim kemudiannya memaklumkan bahawa Hilmi

sebenarnya ialah anak kandung Datuk Johari.

Datuk Johari dan Datin Salmah kesal dengan segala yang telah terjadi.

Hilmi meninggal dunia tanpa sempat mengetahui akan hal yang sebenarnya.

Dek kerana terkejut dengan kematian Hilmi, Datuk Johari jatuh lalu meninggal dunia.

spm konserto terakhir