Dasar Antirasuah dan Sogokan EDCS1122054 Halaman 1 daripada 14
Cisco Systems, Inc. CISCO SULIT
Salinan bercetak atau pendua elektronik dianggap tidak terkawal. Rujuk versi asal dalam talian (online) untuk versi terkini .
Berdasarkan Templat Versi 8
Nombor Dokumen: EDCS-1122054 Tarikh Semakan Terakhir: 17 Jul 2017 Pemilik Dasar: James Hackett Fungsi Pemilikan: Pembolehan Pematuhan
Global
Tarikh Semakan Berikutnya:
31 Julai 2019
Dasar Antirasuah dan Sogokan
Dasar Antirasuah dan Sogokan EDCS1122054 Halaman 2 daripada 14
Cisco Systems, Inc. CISCO SULIT
Salinan bercetak atau pendua elektronik dianggap tidak terkawal. Rujuk versi asal dalam talian (online) untuk versi terkini .
Berdasarkan Templat Versi 8
Isi Kandungan
1. Tujuan ......................................................................................................................................... 3 2. Gambaran Keseluruhan ............................................................................................................. 3
3. Skop............................................................................................................................................ 3
4. Kenyataan-kenyataan Dasar ...................................................................................................... 3
4.1 Cenderahati dan Hiburan .................................................................................................. 5
4.2 Bayaran Pemudahan ......................................................................................................... 7
4.3 Sumbangan Amal dan Politik ............................................................................................. 7
4.4 Buku dan Rekod ................................................................................................................. 8
4.5 Pekerja adalah Bertanggungjawab .................................................................................... 9
5. Pematuhan Dasar..................................................................................................................... 10
5.1 Tarikh Kuat Kuasa Pematuhan ........................................................................................ 10
5.2 Pengukuran Pematuhan .................................................................................................. 10
5.3 Pengecualian Pematuhan ................................................................................................ 10
5.4 Ketidakpatuhan ................................................................................................................ 10
6. Dasar-dasar dan Proses-proses Berkaitan .............................................................................. 10
7. Dokumen-Dokumen Sokongan ................................................................................................ 11
8. Definisi-definisi ......................................................................................................................... 11
9. Kelulusan .................................................................................................................................. 13
10. Sejarah Semakan ..................................................................................................................... 13
11. Lampiran ................................................................................................................................... 13
Dasar Antirasuah dan Sogokan EDCS1122054 Halaman 3 daripada 14
Cisco Systems, Inc. CISCO SULIT
Salinan bercetak atau pendua elektronik dianggap tidak terkawal. Rujuk versi asal dalam talian (online) untuk versi terkini .
Berdasarkan Templat Versi 8
1. Tujuan
Dasar ini menetapkan standard-standard global Cisco berkenaan pencegahan rasuah. Jika undang-
undang atau peraturan-peraturan tempatan mempunyai syarat-syarat yang lebih ketat, undang-undang
tersebut menggantikan syarat-syarat yang dinyatakan dalam dasar ini.
2. Gambaran Keseluruhan
Cisco Systems, Inc. dan entiti-entiti sekutunya di seluruh dunia (Cisco) beritizam untuk menjalankan
perniagaan secara berintegriti dan dengan standard-standard antirasuah yang tertinggi. Semua pekerja-
pekerja Cisco, rakan-rakan kongsi dan pembekal-pembekalnya diharapkan supaya bertingkah laku
dengan jujur, adil dan dengan standard-standard etika yang tinggi, serta mematuhi semua undang-undang
antirasuah/antisogokan selain mengelakkan tanggapan kelakuan tidak elok.
Sebagai sebuah perusahaan global, Cisco mesti mematuhi semua undang-undang terpakai, termasuk
Akta Amalan Rasuah Asing AS (FCPA), Akta Rasuah UK, dan undang-undang antirasuah lain yang serupa
di seluruh dunia. Undang-undang ini menetapkan larangan-larangan terhadap pemberian-pemberian
rasuah kepada pegawai-pegawai kerajaan, keperluan buku-buku dan rekod-rekod, dan denda-denda
jenayah dan sivil bagi pelanggaran-pelanggaran. Sesetengah undang-undang mengenakan standard
liabiliti yang ketat, meluaskan skop untuk merangkumi perbuatan memberi dan menerima rasuah, bahkan
diguna pakai kepada individu-individu sektor swasta dalam bentuk rasuah komersial.
3. Skop
Polisi diguna pakai kepada seluruh tenaga kerja Cisco, operasi-operasinya, syarikat-syarikat subsidiari dan
sekutu, dari segi semua urusan-urusan dan transaksi-transaksi di semua negara-negara di mana Cisco
beroperasi. Seluruh tenaga kerja Cisco, termasuk pihak-pihak lain yang bertindak bagi pihak Cisco
dikehendaki membaca, memahami, dan mematuhi dasar ini. Selain itu, pengurus-pengurus Cisco
dikehendaki untuk menguatkuasakan dasar ini dan memastikan orang dan entiti di bawah tanggungjawab
mereka memahami dan mematuhi dasar ini.
4. Kenyataan-kenyataan Dasar
Selaras dengan undang-undang di seluruh dunia, kami di Cisco tidak berjanji, menawarkan, memberi atau
membenarkan, secara langsung atau tidak langsung, rasuah atau apa-apa yang bernilai kepada sesiapa –
termasuk mana-mana pegawai/pekerja kerajaan, wakil kerajaan, termasuk perusahaan-perusahaan milik
negeri dan/atau entiti-entiti yang dikawal negeri, pegawai-pegawai swasta (bukan kerajaan), atau pekerja-
pekerja dari mana-mana perniagaan – untuk cuba mempengaruhi sebarang tindakan atau keputusan
secara tidak wajar untuk mendapatkan atau mengekalkan perniagaan, atau untuk mendapatkan apa-apa
kelebihan yang tidak wajar bagi Cisco.
Dasar Antirasuah dan Sogokan EDCS1122054 Halaman 4 daripada 14
Cisco Systems, Inc. CISCO SULIT
Salinan bercetak atau pendua elektronik dianggap tidak terkawal. Rujuk versi asal dalam talian (online) untuk versi terkini .
Berdasarkan Templat Versi 8
Rasuah mengkhianati amanah awam, mengancam pembangunan ekonomi dan sosial, dan menjejaskan
perdagangan yang adil. Bagi membanteras rasuah, kebanyakan negara-negara telah menggubal undang-
undang dan peraturan-peraturan antirasuah/antisogokan. Undang-undang ini menetapkan bahawa ia
adalah suatu jenayah untuk memberi, membayar atau menjanjikan “apa-apa yang bernilai” (rasuah) untuk:
• mempengaruhi perbuatan atau keputusan untuk mendapatkan, mengekalkan dan/atau mengarahkan perniagaan, atau
• mendapatkan kelebihan yang tidak wajar dalam apa jua bentuk.
Ia juga merupai suatu jenayah untuk menerima “apa-apa yang bernilai” (rasuah) dalam keadaan-keadaan
ini.
Apa itu Rasuah?
Rasuah tidak terhad kepada wang di dalam sampul surat yang dihulurkan secara tersorok atau
“dibawah meja”. Undang-undang antarabangsa dan dasar Cisco mendefinisikan rasuah sebagai
“apa-apa yang bernilai” seperti: kad-kad cenderahati, pembaikan-pembaikan rumah, tiket-tiket
teater atau acara sukan, pas-pas tetamu ke kelab persendirian, kontrak tanpa bidaan, kerja
musim panas untuk ahli keluarga remaja , khidmat tunggangan kereta limo atau ihsan yang
percuma, dan banyak lagi, di mana ia diberi untuk mendapatkan kelebihan yang tidak wajar.
Sekadar menawarkan rasuah sudah dianggap sebagai satu pelanggaran, walaupun pembayaran
rasuah tersebut tidak berlaku.
Dasar Antirasuah dan Sogokan EDCS1122054 Halaman 5 daripada 14
Cisco Systems, Inc. CISCO SULIT
Salinan bercetak atau pendua elektronik dianggap tidak terkawal. Rujuk versi asal dalam talian (online) untuk versi terkini .
Berdasarkan Templat Versi 8
Pihak Ketiga Tidak Boleh Merasuah bagi pihak Cisco
Pihak-pihak ketiga (juga dipanggil “perantara-perantara”) tidak boleh digunakan untuk
menyembunyikan rasuah. Para-para pembekal, ejen-ejen, perunding-perunding, pengedar-
pengedar, dan rakan-rakan kongsi tidak boleh menawarkan atau menerima rasuah yang berkaitan
dengan pekerjaan untuk Cisco atau bagi pihak Cisco. Pekerja Cisco yang menyedari,
menggalakkan, membantu atau menyebabkan pihak ketiga melakukan perbuatan yang akan
melanggar dasar ini (jika dilakukan secara langsung oleh pekerja Cisco) adalah satu pelanggaran
dasar ini.
Maklumat lanjut boleh didapati di laman web Jive Antirasuah dan Sogokan, termasuk panduan
penglibatan pihak ketiga, pertimbangan-pertimbangan tambahan sebelum membuat atau
membenarkan apa-apa pembayaran atau manfaat yang mungkin mencetuskan kebimbangan
rasuah, dan tanda-tanda amaran yang lain, seperti berikut:
• Soalan Lazim (Lampiran A)
• Senarai Semak Antirasuah Cisco dan Soalan Lazim (Lampiran B)
• Proses Usaha Wajar Pihak Ketiga Cisco (Lampiran C)
• Amaran Tanda-Tanda Rasuah (Lampiran D)
Jika anda mempunyai sebarang soalan, anda perlu menghubungi pengurus anda atau
4.1 Cenderahati dan Hiburan
Cisco mengiktiraf bahawa, apabila ia dilakukan dengan wajar, interaksi-interaksi tidak formal
dan pertukaran cenderahati atau tawaran-tawaran lain dengan rakan-rakan perniagaan kita
mungkin menjadi sebahagian penting dalam membina muhibah dan mengeratkan hubungan
dengan pelanggan-pelanggan, rakan-rakan kongsi serta pembekal-pembekal dan, di
kebanyakan negara, ia boleh menjadi protokol dan adat perniagaan yang boleh diterima dan
sesuai. Walau bagaimanapun, jika dilaksanakan dengan tidak wajar, cenderahati-cenderahati,
perjalanan, hiburan dan tawaran lain, boleh melanggar undang-undang berkenaan atau dasar
dan prinsip Cisco atau pihak ketiga.
Kod Etika Perniagaan (COBC) dan Dasar Hadiah, Perjalanan dan Hiburan (GTE) menetapkan
syarat-syarat untuk cenderahati atau tawaran lain yang boleh diterima, dengan garis panduan-
garis panduan pendedahan dan garis panduan-garis panduan pra-diluluskan. Sebagai
peraturan umum, semua cenderahati-cenderahati dan tawaran-tawaran lain mesti dilakukan
dengan telus dan dalam cara yang betul supaya ia tidak sama sekali menimbulkan persepsi
yang tidak elok. Seperti yang dinyatakan dengan terperinci dalam Dasar GTE, pemberian atau
penerimaan cenderahati atau tawaran lain mestilah bersesuaian (bukannya wang tunai, kad-
kad cenderahati, atau jenis-jenis lain yang dilarang, bukannya suatu percubaan untuk
mempengaruhi secara lampau hasil perniagaan , dan sebaliknya mematuhi semua undang-
undang, peraturan-peraturan dan dasar-dasar), bernilai munasabah (Dasar GTE menetapkan
nilai-nilai ambangnya), dan perlu didedahkan dan diluluskan terlebih dahulu.
Dasar Antirasuah dan Sogokan EDCS1122054 Halaman 6 daripada 14
Cisco Systems, Inc. CISCO SULIT
Salinan bercetak atau pendua elektronik dianggap tidak terkawal. Rujuk versi asal dalam talian (online) untuk versi terkini .
Berdasarkan Templat Versi 8
4.1.1 Perjalanan dan Penginapan
Dari semasa ke semasa, tetamu dijemput untuk melawat kemudahan-kemudahan Cisco
atau menghadiri acara-acara yang ditaja oleh Cisco. Cisco membenarkan pembayaran
perjalanan dan perbelanjaan-perbelanjaan penginapan yang tertentu untuk tetamu
perniagaan selaras dengan dasar-dasar perjalanan, perbelanjaan-perbelanjaan dan
sektor awam jika:
• Ia adalah untuk tujuan perniagaan yang sah
• Ia adalah munasabah mengikut pangkat atau kekananan tetamu
• Kehadiran dalam aktiviti-aktiviti perniagaan adalah wajib
• Tiada rakan atau ahli keluarga tetamu yang dijemput bersama menggunakan perbelanjaan perjalanan daripada Cisco
• Tiada perjalanan sampingan yang tidak munasabah atau tidak berkaitan dengan perniagaan dilakukan. (Perjalanan sampingan adalah perjalanan yang tidak berkaitan dengan perniagaan, contohnya apabila perjalanan itu memerlukan perjalanan yang jauh dari tapak sah perjalanan perniagaan, atau melibatkan perbelanjaan berlebihan).
• Tiada wang tunai saraan harian disediakan.
Jika pihak ketiga, seperti ejen, rakan kongsi, pembekal atau perunding menanggung kos
perjalanan dan penginapan untuk dan bagi pihak Cisco, dasar-dasar di atas masih
terpakai. Pekerja Cisco yang menyedari, menggalakkan, membantu atau menyebabkan
pihak ketiga melakukan perbuatan yang akan melanggar dasar ini (jika dilakukan secara
langsung oleh pekerja Cisco) adalah satu pelanggaran dasar ini.
Untuk maklumat lanjut, termasuk kewajipan-kewajipan pendedahan dan kelulusan, sila
rujuk Dasar Perjalanan Global, Dasar GTE, dan Dasar Mesyuarat dan Acara Global.
4.1.2. Kelulusan dan Pendedahan yang Diperlukan
Kumpulan Pembolehan Pematuhan Global menyediakan peralatan-peralatan dalam
talian (online) untuk pendedahan dan mendapatkan kelulusan untuk sebarang
perbelanjaan-perbelanjaan perniagaan (seperti cenderahati, perjalanan, hospitaliti atau
hiburan) yang diberikan kepada (1) pegawai-pegawai kerajaan termasuk pekerja-pekerja
perusahaan-perusahaan milik separa atau penuh negeri atau entiti yang dikawal negeri,
contohnya seperti, organisasi-organisasi telekomunikasi atau penjagaan kesihatan yang
mungkin ditubuhkan dengan cara yang serupa atau bersaing dengan perusahaan-
perusahaan swasta, atau (2) pihak-pihak lain termasuk sektor swasta, berdasarkan
syarat-syarat dan nilai-nilai ambang yang ditetapkan dalam Dasar GTE. Hadiah-
cenderahati, perjalanan atau hiburan yang tidak sesuai atau terlampau, boleh
menyebabkan liabiliti undang-undang kepada dan merosakkan reputasi Cisco.
Gunakan Alat Pendedahan GTE untuk pendedahan dan kelulusan apabila memberi item-item GTE Gunakan Alat Pendedahan Penerimaan Hadiah untuk pendedahan dan kelulusan apabila menerima item-item GTE
Dasar Antirasuah dan Sogokan EDCS1122054 Halaman 7 daripada 14
Cisco Systems, Inc. CISCO SULIT
Salinan bercetak atau pendua elektronik dianggap tidak terkawal. Rujuk versi asal dalam talian (online) untuk versi terkini .
Berdasarkan Templat Versi 8
Anda juga boleh menghubungi [email protected] dengan apa-apa soalan atau
kebimbangan berkenaan cenderahati, perjalanan dan hiburan.
4.2 Bayaran Pemudahan
Apa itu Bayaran Pemudahan?
“Bayaran Pemudahan” adalah bayaran kepada pegawai kerajaan yang dimaksudkan untuk
mendapatkan atau mempercepatkan tindakan rutin kerajaan yang layak diterima pemohon,
seperti: pemprosesan visa, penjadualan pemeriksaan, mendapatkan pungutan atau
penghantaran mel, atau mendapatkan pemasangan utiliti. Ini kadangkala dipanggil sebagai
“melincirkan roda” atau “bayaran pelinciran.”
Kecuali seperti yang dinyatakan di bawah, Cisco tidak membenarkan pembayaran pemudahan
di mana-mana tempat di dunia. Pembayaran pemudahan juga jelas dilarang dan dianggap
sebagai rasuah oleh undang-undang antirasuah tertentu (UK, Kanada, Brazil, dll.) dan banyak
negara-negara lain dan konvensyen-konvensyen antirasuah pelbagai negara (seperti
Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (Konvensyen OECD)).
4.2.1 Pengecualian Terhad
Pembayaran pemudahan hanya perlu dibayar sebagai pilihan terakhir sahaja dan
diiringi oleh kelulusan Undang-Undang Cisco (dan juga kelulusan dalam rantaian
pengurusan anda pada peringkat Pengarah atau lebih tinggi, dan pendedahan kepada
ketua sokongan Kewangan anda) jika:
• tiada alternatif yang lain dan kelewatan yang dijangka akan memberi impak yang ketara kepada perniagaan
• berada di dalam negara atau situasi di mana pembayaran sedemikian adalah suatu adat dan tidak secara nyata dilarang oleh undang-undang yang dikuatkuasakan dalam kes-kes yang sebanding
• jumlahnya adalah sederhana sejajar dengan fakta-fakta dan keadaan situasi tersebut
Jika keselamatan peribadi, keselamatan atau kebebasan bergerak berada dalam risiko,
pembayaran pemudahan boleh dibuat dan kemudiannya dilaporkan kepada Cisco Legal
selepas pembayaran tersebut.
Sebarang pembayaran pemudahan mestilah diterangkan dengan tepat dan
didokumenkan dalam buku perakaunan dan rekod yang berkenaan sebagai “bayaran
pemudahan.”
4.3 Sumbangan Amal dan Politik
Meskipun sumbangan kepada organisasi-organisasi kebajikan lazimnya dianggap sebagai
amalan warga korporat yang baik, sumbangan yang dibuat kepada organisasi-organisasi di
mana pegawai-pegawai kerajaan mempunyai peranan di dalamnya, seperti pemegang amanah,
Dasar Antirasuah dan Sogokan EDCS1122054 Halaman 8 daripada 14
Cisco Systems, Inc. CISCO SULIT
Salinan bercetak atau pendua elektronik dianggap tidak terkawal. Rujuk versi asal dalam talian (online) untuk versi terkini .
Berdasarkan Templat Versi 8
akan menyebabkan kebimbangan dibawah undang-undang antirasuah antarabangsa. Begitu
juga, FCPA dan pihak berkuasa A.S. juga telah mengambil kedudukan bahawa sumbangan
yang diberi kepada badan amal yang ada kaitan dengan pegawai kerajaan dianggap sebagai
manfaat untuk pegawai tersebut.Sebarang sumbangan yang dibuat kepada badan amal yang
ada kaitan dengan pegawai kerajaan mestilah selaras dengan Dasar Sumbangan Amal.
Sumbangan kepada badan amal juga boleh dianggap sebagai cenderahati berdasarkan Dasar
GTE (memerlukan pendedahan dan kelulusan seperti yang telah dirujuk di atas).
Parti-parti dan calon-calon politik dianggap sebagai pegawai kerajaan. Oleh itu, tiada
sumbangan politik yang boleh ditawarkan atau dibuat bagi pihak Cisco, melainkan jika
diluluskan terlebih dahulu oleh Hal Ehwal Kerajaan Cisco. Sumbangan-sumbangan politik boleh
diberi dalam pelbagai bentuk, termasuk:
• item-item kewangan
• item-item bukan kewangan (seperti peralatan yang dipinjamkan atau didermakan, khidmat teknologi percuma atau sumbangan masa pekerja)
• penggunaan sumber-sumber korporat (seperti: fasiliti, e-mel, alat tulis, masa kakitangan) Sehubungan dengan itu, tiada aset termasuk masa di tempat kerja, penggunaan premis atau
peralatan Cisco, atau pembayaran kewangan secara langsung, boleh disumbangkan kepada
calon politik, jawatankuasa tindakan politik, atau untuk menyokong atau membangkang kiraan
undi tanpa kebenaran bertulis dari Hal Ehwal Kerajaan Cisco.
Pekerja-pekerja boleh mengambil bahagian dalam aktiviti politik secara individu, menggunakan
wang sendiri dan masa sendiri. Cisco tidak akan membayar balik sebarang sumbangan-
sumbangan politik peribadi. Nota: Di bawah undang-undang pilihan raya A.S., sesetengah
kakitangan-kakitangan (termasuk Lembaga Pengarah, Pegawai-pegawai Eksekutif dan
kakitangan tertentu yang terlibat dalam hubungan jualan pelanggan peringkat Negeri di New
York, Illinois dan Connecticut) mungkin perlu mendapat kelulusan terdahulu melalui Alat
Sumbangan Politik A.S. Cisco sebelum membuat sebarang jenis sumbangan kempen. Lihat
Tataetika Sektor Awam A.S. Cisco untuk maklumat lanjut.
4.4 Buku dan Rekod
Untuk mengelakkan percubaan menyembunyikan rasuah menerusi dokumentasi yang tidak
lengkap atau palsu, kebanyakan undang-undang antirasuah mempunyai kriteria untuk buku,
rekod dan kawalan kewangan dalaman. Cisco dikehendaki untuk menyimpan buku-buku dan
rekod-rekod yang menggambarkan urusniaga-urusniaga syarikat, aset-aset dan kedudukan
kewangan secara tepat dan lengkap. Keperluan ini merangkumi borang-borang yang
diperlukan untuk memproses bayaran, lampiran-lampiran dan sandaran yang digunakan untuk
membenarkan permintaan bayaran, dan kebenaran serta klasifikasi pembayaran mengikut kod
perakaunan.
Selain itu, dana-dana syarikat yang tidak didedahkan atau dicatatkan, atau “dana di luar buku”,
adalah apa-apa dana yang ditubuhkan atau disimpan dengan cara yang tidak sepatutnya dalam
akaun bukan milik Cisco (termasuk rakan kongsi, ejen, pembekal atau perunding) di mana
penggunaan dana itu terus diarahi oleh pekerja Cisco tanpa ketelusan, kebenaran, terma-
Dasar Antirasuah dan Sogokan EDCS1122054 Halaman 9 daripada 14
Cisco Systems, Inc. CISCO SULIT
Salinan bercetak atau pendua elektronik dianggap tidak terkawal. Rujuk versi asal dalam talian (online) untuk versi terkini .
Berdasarkan Templat Versi 8
terma dan syarat-syarat yang didokumenkan dengan wajar, dan amalan perakaunan yang wajar
pada buku-buku dan rekod-rekod Cisco selaras dengan dasar-dasar syarikat. Dana-dana di luar
buku boleh dibuat dalam pelbagai cara dengan pelanggan, rakan kongsi, dan vendor
pemasaran atau vendor lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada: pendiskaunan yang bukan
standard, rebat atau kredit yang tak boleh diambilkembali , penyalahgunaan dana-dana insentif
jualan/pemasaran, pembayaran vendor berlebihan (termasuk pembayaran awal), atau mana-
mana usaha lain untuk mengawal dana syarikat di luar proses penyimpanan rekod kewangan
yang ditubuhkan oleh syarikat. Penubuhan, pengekalan atau penggunaan dana di luar buku
(dan sebarang percubaan untuk mengelak atau memanipulasi proses, sistem atau data yang
berkaitan dengan dana di luar buku), sama ada dengan sengaja atau tidak, dan walaupun
akhirnya ia digunakan untuk perbelanjaan atau tujuan perniagaan yang sewajarnya, akan
menjadi satu pelanggaran serius Tatakelakuan Perniagaan Cisco, dan Dasar Antirasuah dan
Sogokan ini, dan boleh mengakibatkan tindakan tatatertib yang teruk.
Untuk maklumat lanjut mengenai penyimpanan rekod yang betul, rujuk Proses Pengurusan
Rekod Cisco .
4.5 Pekerja adalah Bertanggungjawab
4.5.1 Latihan
Latihan Antirasuah Global dalam talian (online) adalah perlu untuk pekerja-pekerja Cisco
yang bekerja di bahagian-bahagian tertentu seperti Jualan, Pemasaran, Perkhidmatan,
Undang-Undang dan Kewangan. Walau bagaimanapun, semua pekerja-perkerja
digalakkan untuk menyertai latihan ini.
4.5.2 Penalti
Pelanggaran undang-undang antirasuah boleh menyebabkan penalti jenayah, sivil dan
pengawalselian termasuk denda dan/atau penjara, malahan tanggapan perbuatan tidak
elok boleh merosakkan reputasi Cisco dan pekerjanya. Jika pekerja melanggar undang-
undang antirasuah atau dasar ini, ia boleh mengakibatkan tindakan tatatertib termasuk
penamatan pekerjaan .
4.5.3 Soalan-soalan, Kebimbangan-kebimbangan atau Melaporkan Kemungkinan
Pelanggaran
Pekerja-pekerja yang menyaksikan apa-apa yang mencurigakan dikehendaki untuk
bersuara, walaupun jika individu tersebut adalah pengurus mereka atau orang atasan
lain yang mungkin melanggar dasar ini. Sila lihat Lampiran D – Tanda-Tanda Amaran
Rasuah untuk membantu mengenal pasti kemungkinan aktiviti yang mencurigakan.
Apabila pekerja dihubungi oleh Pejabat Undang-Undang atau Etika, mereka mempunyai
kewajipan untuk bekerjasama dengan penyiasatan salah laku etika. Kegagalan untuk
bekerjasama dan memberikan maklumat yang jujur dan benar boleh mengakibatkan
Dasar Antirasuah dan Sogokan EDCS1122054 Halaman 10 daripada 14
Cisco Systems, Inc. CISCO SULIT
Salinan bercetak atau pendua elektronik dianggap tidak terkawal. Rujuk versi asal dalam talian (online) untuk versi terkini .
Berdasarkan Templat Versi 8
tindakan tatatertib, termasuk penamatan pekerjaan.
Cisco tidak akan bertoleransi terhadap tindakan balas terhadap sesiapa yang, dengan
niat baik, melaporkan kebimbangan atau bekerjasama dalam penyiasatan pematuhan.
Pengurus-pengurus atau pekerja-pekerja lain yang bertindak balas terhadap mana-mana
pekerja akan dikenakan tindakan tatatertib, sehingga dan termasuk penamatan pekerjaan
. Sebarang tindakan balas yang disyaki hendaklah dilaporkan dengan serta-merta.
Anda boleh menghubungi Pejabat Etika di [email protected], atau terdapat cara-cara lain
untuk menyuarakan kebimbangan atau melaporkan pelanggaran (termasuk pelaporan
tanpa nama dan sulit). Lihat laman web “Suarakan Kebimbangan Anda” untuk maklumat
lanjut.
5. Pematuhan Dasar
Syarat-syarat pematuhan dasar adalah seperti berikut:
5.1 Tarikh Kuat Kuasa Pematuhan
Dasar Antirasuah dan Sogokan ini berkuat kuasa pada “Tarikh Semakan Terakhir” seperti yang
ditunjukkan pada halaman tajuk dasar ini.
5.2 Pengukuran Pematuhan
Pematuhan dengan semua dasar-dasar Cisco adalah diperlukan. Pematuhan dengan dasar ini
disahkan melalui pelbagai kaedah-kaedah, termasuk tetapi tidak terhad kepada, pemantauan
aktif bayaran balik perbelanjaan dan sistem penjejakan cenderahati, laporan daripada alat-alat
perniagaan yang disediakan, audit dalaman dan luaran, penilaian sendiri, laporan kemungkinan
pelanggaran dan/atau maklum balas lain kepada pemilik dasar.
5.3 Pengecualian Pematuhan
Sebarang pengecualian kepada dasar Antirasuah dan Sogokan mestilah diluluskan oleh
Pejabat Undang-Undang dan Etika Cisco.
5.4 Ketidakpatuhan
Penyelewengan atau ketidakpatuhan dengan dasar ini, termasuk percubaan untuk memintas
dasar/proses yang dinyatakan dengan memintas atau memanipulasi proses, sistem atau data
dengan sengaja, boleh mengakibatkan tindakan tatatertib, sehingga dan termasuk penamatan
pekerjaan , sebagaiman yang dibenarkan oleh undang-undang tempatan.
6. Dasar-dasar dan Proses-proses Berkaitan
• Tataetika Perniagaan
Dasar Antirasuah dan Sogokan EDCS1122054 Halaman 11 daripada 14
Cisco Systems, Inc. CISCO SULIT
Salinan bercetak atau pendua elektronik dianggap tidak terkawal. Rujuk versi asal dalam talian (online) untuk versi terkini .
Berdasarkan Templat Versi 8
• Dasar Hadiah, Perjalanan, dan Hiburan
• Tataetika Sektor Awam A.S. o Garis Panduan Hadiah dan Hospitaliti Sektor Awam
• Dasar Perjalanan Global
• Dasar Sumbangan Amal
• Dasar Perbelanjaan Global
• Dasar Mesyuarat dan Acara Global
• Alat Pendedahan GTE untuk pendedahan dan kelulusan apabila memberi Item-Item GTE
• Alat Pendedahan Penerimaan Hadiah untuk pendedahan dan kelulusan apabila menerima Item-Item GTE
7. Dokumen-Dokumen Sokongan
▪ Lampiran-lampiran yang disenaraikan di bawah boleh ditemui di laman web Antirasuah dan Sogokan Jive:
• Soalan Lazim (Lampiran A)
• Senarai Semak Antirasuah Cisco dan Soalan Lazim (Lampiran B)
• Proses Usaha Wajar Pihak Ketiga Cisco (Lampiran C)
• Amaran Tanda-Tanda Rasuah (Lampiran D)
8. Definisi-definisi
Istilah-istilah dan definisi-definisi berikut digunakan dalam dokumen ini:
Apa-Apa yang
Bernilai
Sebarang bentuk manfaat, yang termasuk tetapi tidak terhad kepada:
• Wang tunai atau setara dengannya, pinjaman, cenderahati, atau hadiah
• Tawaran pekerjaan atau janji pekerjaan di masa hadapan (kepada individu atau mana-mana ahli keluarga)
• Terma-terma yang menguntungkan bagi suatu produk atau perkhidmatan atau diskaun produk
• Hiburan/hospitaliti (bayaran perjalanan, hotel, makanan, perbelanjaan hidup, atau kos perjalanan atau penginapan resort)
• Penggunaan kenderaan atau rumah percutian
• Tiket diskaun atau percuma ke acara
• Perkhidmatan, pertolongan peribadi, atau pembaikan rumah
• Sumbangan politik atau amal
• Peluang untuk membeli saham langsung (“saham rakan dan keluarga”) di dalam syarikat yang berkaitan dengan Cisco
Rasuah/Sogokan Memberi atau menerima (atau menawarkan) apa-apa yang bernilai
secara langsung atau tidak langsung untuk tujuan mendapatkan atau
mengekalkan perniagaan, untuk memenangi kelebihan perniagaan,
atau untuk mempengaruhi keputusan berkenaan Cisco.
Ini termasuk rasuah yang berkaitan dengan: mendapatkan lesen atau
kelulusan pihak berkuasa, menghalang tindakan negatif kerajaan,
mengurangkan cukai, mengelak bayaran duti atau kastam, atau
menyekat pesaing dari membuat bidaan dalam perniagaan.
Dasar Antirasuah dan Sogokan EDCS1122054 Halaman 12 daripada 14
Cisco Systems, Inc. CISCO SULIT
Salinan bercetak atau pendua elektronik dianggap tidak terkawal. Rujuk versi asal dalam talian (online) untuk versi terkini .
Berdasarkan Templat Versi 8
Kerajaan • mana-mana badan perundangan, pentadbiran atau kehakiman kebangsaan, wilayah, daerah atau tempatan
• organisasi dibiayai negeri seperti organisasi bukan komersial yang ditubuhkan oleh undang-undang khas, sekolah, universiti, kemudahan penjagaan kesihatan, agensi polis, entiti ketenteraan, pengeluar permit, kelulusan atau lesen kerajaan, dll.
• mana-mana perusahaan milik negeri (ditakrifkan di bawah) dan/atau badan kerajaan (entiti yang dikawal oleh kerajaan dan entiti itu melaksanakan fungsi-fungsi kerajaan) dan/atau entiti yang dikawal oleh negeri (ditakrifkan di bawah).
• organisasi antarabangsa awam (separa kerajaan) (seperti Bangsa-Bangsa Bersatu, Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Kesatuan Afrika, dll.)
Pegawai Kerajaan • seorang pegawai atau pekerja kerajaan (tanpa mengira pangkat), termasuk pegawai daripada organisasi yang dibiayai negeri, perusahaan milik negeri, atau entiti kawalan negara
• calon politik, parti atau mana-mana pegawai atau pekerja parti politik
• mana-mana individu persendirian yang bertindak secara rasmi untuk, atau bagi pihak mana-mana kerajaan atau organisasi antarabangsa awam (seperti penasihat rasmi kerajaan atau perunding yang bertanggungjawab membuat cadangan perolehan kepada kerajaan)
• ahli keluarga diraja
Perusahaan Milik
Kerajaan Negeri
(SOE)
Termasuk syarikat-syarikat, yang dimiliki secara langsung sebanyak
30% dan lebih oleh badan persekutuan, daerah atau perbandaran
dan di mana salah satu kriteria berikut dipenuhi:
• kerajaan berupaya untuk mengupah dan memecat ketua syarikat
• keuntungan syarikat, jika ada, terus disalurkan ke dalam perbendaharaan kerajaan
• SOE tersebut menjalankan fungsi yang dianggap adalah milik kerajaan, termasuk sama ada entiti tersebut mempunyai monopoli ke atas fungsi yang dijalankannya
• kerajaan menanggung kos yang berkaitan dengan entiti yang menyediakan perkhidmatan
• orang ramai dan kerajaan negara secara amnya menganggap entiti tersebut menjalankan fungsi kerajaan.
Untuk bantuan dalam menentukan sama ada suatu entiti itu
adalah perusahaan rasmi kerajaan atau perusahaan milik
kerajaan negeri atau entiti yang dikawal negeri, lihat laman
web Entiti Milik Negeri/Dikawal Negeri Jive, atau hubungi
Dasar Antirasuah dan Sogokan EDCS1122054 Halaman 13 daripada 14
Cisco Systems, Inc. CISCO SULIT
Salinan bercetak atau pendua elektronik dianggap tidak terkawal. Rujuk versi asal dalam talian (online) untuk versi terkini .
Berdasarkan Templat Versi 8
Entiti yang Dikawal
oleh Negeri
Termasuk syarikat di mana ia dimiliki secara langsung sebanyak 30%
dan lebih oleh SOE, dan di mana negeri juga memiliki 50% saham
atau lebih. Bagi tujuan dasar ini, jika anda mempunyai sebarang
soalan tentang sama ada satu entiti itu dikawal oleh negeri, anda
hendaklah berbincang dengan Pembolehan Pematuhan Global di
9. Kelulusan
Organisasi Nama atau ID Pengguna dan Jawatan Khidmat Perundangan Mark Chandler
Pembolehan Pematuhan Global James Hackett
Rekod kelulusan boleh didapati di pautan berikut:
https://docs.cisco.com/share/page/site/nextgen-
edcs/workflowHistory?nodeRef=workspace%3A%2F%2FSpacesStore%2Fccf0882c-3533-4eb2-9ab5-
5fe79317d31e
10. Sejarah Semakan
Maklumat di bawah menunjukkan sejarah penyemakan dasar (juga dirujuk sebagai “Sejarah Versi”
dalam Doc Central).
NOTA: Pentadbir dasar dikehendaki untuk mengisi bahagian dasar ini secara manual. Untuk
mendapatkan sejarah penyemakan, klik pautan EDCS/Doc Central di bawah. Kemudian, pilih “Sejarah
Versi” untuk memaparkan sejarah semakan.
https://docs.cisco.com/share/page/site/nextgen-edcs/document-
details?nodeRef=workspace://SpacesStore/ccf0882c-3533-4eb2-9ab5-5fe79317d31e (contoh., Doc
Central File Info Link).
Semakan Tarikh Nama atau ID Pengguna dan Jawatan
Komen
07.17.17 James Hackett (jhackett) Semakan dan kemas kini dasar
06-12-16 Sri Daita (srdaita) Semakan pemilik dasar ini: James
Hackett
12-15-15 Sri Daita (srdaita) Definisi dan nota berkaitan dasar telah
dikemas kini
11. Lampiran
Bahagian ini sengaja dikosongkan.
Top Related