PENDAHULUAN
Dasar Islam tentera Jepun telah melemahkan pegangan kaum tua terhadap Islam
di Indonesia. Apakah yang dimaksudkan dasar Islam tentera Jepun? Dasar tentera
Islam Jepun merupakan salah satu strategi Jepun untuk mempropagandakan Jepun
bagi tujuan berperang demi membina " The Greater East Asia" dalam usaha
penaklukan negara Jepun. Dasar Jepun terhadap agama Islam harus disentuh kerana
dasar ini dikatakan telah melemahkan pegangan kaum tua terhadap agama Islam.1
Saya melihat isu agama ini menjurus kepada strategi Jepun dalam usaha Jepun untuk
memanipulasi, bertujuan politik dan propaganda seperti agama Islam yang terdapat di
rantau ini. Hal ini jelas menunjukkan bahawa dasar Islam tentera Jepun mempunyai
agenda atau niatnya yang tersendiri dengan menggunakan agama Islam untuk
mencapai tujuan matlamatnya. Jika dilihat, sebenarnya sokongan daripada penduduk
tempatan merupakan tunjang utama dalam sesuatu pemerintahan yang berjaya dalam
negara dan hal ini merupakan satu cabaran yang utama bagi pihak Jepun meskipun
dalam melaksanakan dasar ini memerlukan kos yang tinggi.
Dalam meneliti dasar Islam tentera Jepun yang dikatakan melemahkan pegangan
kaum tua terhadap Islam di Indonesia, saya mendapati terdapat perbezaan pendekatan
dalam mengisi ruang politik, ekonomi mahupun sosial yang kosong yang wujud
dalam negara tersebut iaitu kebanyakan negara dikuasai oleh Kristian sebaliknya
pihak Jepun telah mengambil pendekatan lain dengan menggunakan dasar Islam
dalam mencapai matlamat mereka.
1 Ariffin Omar, Revolusi Indonesia dan Bangsa Melayu Runtuhnya Kerajaan-Kerajaan Melayu Sumatera Timur, Pulau Pinang: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia, 1999, hlm. 43.
1
Dalam esei ini saya akan memberikan pendirian saya mengenai dasar Islam
tentera Jepun yang dikatakan telah melemahkan pegangan kaum tua terhadap Islam di
Indonesia dengan menekankan golongan tua yang diwakili Nahdatul Ulama
berbanding Muhammadiah dengan mengemukakan bukti-bukti berdasarkan pendirian
saya dengan merujuk kepada beberapa buah wilayah di Indonesia seperti di Sumatera
Timur, Jawa dan Acheh.
Berdasarkan penyataan tersebut saya tidak bersetuju sebanyak 90% yang
mengatakan bahawa dasar Islam tentera Jepun melemahkan pegangan kaum tua
terhadap Islam di Indonesia. Manakala sebanyak 10% saya bersetuju bahawa dasar
tersebut sememangnya melemahkan pegangan kaum tua di Indonesia. Oleh itu, di sini
dapat disimpulkan bahawa dasar Islam tentera Jepun tidak melemahkan pegangan
kaum Tua terhadap Islam di Indonesia. Namun begitu, sememangnya tidak dinafikan
bahawa dasar tersebut turut mengugat pegangan kaum tua terhadap Islam di Indonesia
meskipun golongan ini berfahaman kuno.2 Dalam kenyataan di atas, seperti pendirian
saya, saya akan mengemukakan bukti sejauhmanakah dasar Islam tentera Jepun tidak
melemahkan pegangan kaum tua di Indonesia dengan merujuk wilayah Sumatera
Timur, Jawa dan Acheh. Siapakah golongan kaum tua tersebut? Kaum tua merupakan
golongan ulama tradisional yang terdiri daripada golongan ulama yang berpegang
kepada tradisi koservatif atau lebih dikenali sebagai ortodoks. Kaum tua juga dikenali
sebagai kumpulan agama yang berfahaman kuno. Istilah "Kaum Muda" dan "Kaum
Kuno" mula dipopularkan oleh Abdul Rivai. Beliau membahagikan kaum intelek
Indonesia ke dalam dua kelompok kepimpinan iaitu modernis dan tradisionalis.3 Hal
ini jelas menunjukkan bahawa kaum Tua ini merupakan golongan tradisionalis yang
2 A.K Pringgoodigdo, Sedjarah Pergerakan Rakyat. Jakarta: (t.n.p), 1970, hlm. 154.
3Ahmat Adam, Sejarah Awal Pers dan kebangkitan Kesadaran Ke Indonesiaan 1885-1913. Yogyakarta: PT. Pustaka Pelajar, 1995, hlm. 232.
2
berperanan menegakkan penerusan adat dan tradisi serta bersikap negatif terhadap
sebarang pembaharuan. Misalnya tokoh ulama yang berpegang dalam pegangan ini
ialah seperti Kyai Hasyim Asyaari yang berpegang teguh pada mazhab Shafii yang
akhirnya membentuk pertubuhan Nahdatul Ulama atau Jamiatul Wasliyah. Nahdatul
Ulama terdiri daripada para ulama yang berfahaman kuno dan pertubuhan ini
memainkan peranan penting dan berpengaruh di Mandailing dan Sumatera Timur.4
Nahdatul Ulama merupakan satu kumpulan yang bersifat keagamaan yang ditubuhkan
pada 31 Januari 1926 turut mendapat sokongan daripada sultan-sultan berbanding
dengan persatuan kaum Muda, malah tidak mencampuri hal-hal politik yang bertujuan
untuk memajukan fahaman ortodoks dalam agama Islam iaitu yang berpegang kepada
empat aliran iaitu mazhab Syafii, Maliki, Hanafi dan Hambali .5
Sebenarnya negara Indonesia telah dijajah oleh Jepun pada 13 Mac 1942
ekoran kekalahan Belanda. Buktinya sebaik sahaja perang Pasifik meletus kerajaan
kolonial yang bersatu dalam pakatan pihak Berikat dalam pengisytiharan perang
terhadap Jepun pada 8 Disember dipaksa untuk meletakkan senjata. Angkatan
Belanda telah dikalahkan di Laut Jawa pada hujung Februari 1942 dan pada awal Mac
tentera Jepun telah pun menduduki kawasan Sumatera dan berpangkalan di Jawa.
Manakala tentera Jepun menduduki Sumatera Timur pada tahun 1942. Pendudukan
Jepun bermakna bahawa pemerintahan Belanda telah tamat di Sumatera Timur. 6
Jepun turut menubuhkan gerakan Tiga A sejurus Jepun mendarat di Jawa, oleh
Jabatan Propaganda Kerajaan Tentera sebagai satu usaha bagi mendapat sokongan
ramai terhadap tujuan peperangan Jepun. Nama gerakan itu sendiri berasal daripada
4 Bernhard Dahm, Sejarah Indonesia Abad Ke Dua Puluh. ( terj.), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, hlm. 87.5 Ibid.6 Ariffin Omar, Revolusi Indonesia dan Bangsa Melayu Runtuhnya Kerajaan-Kerajaan Melayu Sumatera Timur, Pulau Pinang: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia, 1999, hlm. 43.
3
slogan "Jepun, Penyuluh Asia, Pemimpin Asia dan Pelindung Asia."7 Semasa
pendudukan Jepun di Sumatera Timur, sebahagian besar daripada penduduk Sumatera
Timur mengalu-alukan ketibaan Jepun dan mengharap bahawa Jepun akan
menghapuskan kerajaan-kerajaan Melayu di Sumatera Timur. Sebilangan besar
daripada mereka yang anti-kerajaan terdiri daripada suku bangsa bukan Melayu, iaitu
bukan penduduk asli Sumatera Timur. Selain itu, kedatangan Jepun di Sumatera
Timur disambut baik oleh ramai penduduk di Sumatera Timur kerana ramai daripada
penduduk Sumatera Timur percaya bahawa Jepun datang untuk membebaskan
mereka daripada penjajahan Belanda.8
Sebenarnya pihak Jepun mempunyai agenda atau niatnya yang tersendiri untuk
mencapai matlamatnya. Salah satu strategi yang digunakan oleh pihak Jepun ialah
dengan menggunakan agama Islam. Jepun mula berhasrat untuk menggunakan agama
Islam sebagai satu kuasa politik. Buktinya untuk mengukuhkan dasar tersebut, pada
peringkat awal bulan November 1943 satu pertubuhan baru iaitu Majlis Syuro
Muslimin Indonesia atau MASJUMI telah ditubuhkan untuk memenuhi cita-cita
mereka yang merangkumi Nahdatul Ulama dan Muhammadiyah.9 MASJUMI
diketuai oleh K.Hashim Ashaari. Pembentukan MASJUMI menggantikan M.I.A.I.
(Madjelis Islam A'la Indonesia) yang ditubuhkan oleh Kyai Haji Mas Mansur.
MASJUMI diasaskan oleh K. Hashim Ashaari. Pembentukan Masyumi telah
memisahkan dua ideologi iaitu M.I.A.I yang menitikberatkan agama manakala
MASJUMI yang bersifat politik. Seterusnya pada bulan berikutnya Jepun
7Surjo Santoso, Tesis Sedjarah Perdjuangan Pemuda Indonesia, (t.t.p): Department Pendidikan dan Dasar kebudayaan, (t.t) hlm. 33. 8 Bernhard Dahm, Sejarah Indonesia Abad Ke Dua Puluh. ( terj.), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, hlm. 112.9 Ariffin Omar, Revolusi Indonesia dan Bangsa Melayu Runtuhnya Kerajaan-Kerajaan Melayu Sumatera Timur, Pulau Pinang: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia, 1999, hlm. 43.
4
membenarkan MASJUMI menubuhkan pasukan tenteranya sendiri iaitu Hizbullah
(tentera Allah) bagi pemuda-pemuda muslim serta mempunyai anggota-anggota dari
tentera nasional.10 Penubuhan ini jelas menunjukkan bahawa hal ini merupakan salah
satu langkah yang dilakukan oleh tentera Jepun dalam dasar Islam mereka dalam
mencapai hasrat mereka iaitu menggunakan agama Islam sebagai satu kuasa politik.
Hal ini juga menunjukkan bahawa Jepun memanipulasi agama Islam. Oleh itu,
dasar Islam tentera Jepun menjadikan paksi untuk mempropagandakan Jepun bagi
mencapai matlamatnya. Buktinya dapat dilihat di wilayah Jawa, Jepun turut
memanipulasi agama Islam dan elit agama walaupun tindak balas elit agama ( Kiai)
sama sekali diluar jangkaan Jepun.11 Saya melihat penduduk Indonesia yang ramai
menganut agama Islam telah mendorong tentera Jepun melaksanakan strategi tersebut.
Buktinya lebih daripada 90% penduduk Indonesia ialah beragama Islam. Oleh itu,
pihak Jepun telah menggunakan agama terutama tentera Jepun telah mengambil
kesempatan terhadap golongan Kyai kepada penduduk Indonesia. Hal ini kerana
golongan Kyai merupakan golongan ulama yang berpengaruh dalam kalangan
masyarakat. Misalnya menurut Professor Harry Benda telah mengkaji kemunculan
sebelum perang sewaktu mereka dipinggirkan. 12 Kajian yang dilakukan oleh tokoh
ini jelas menunjukkan bahawa hal ini merupakan salah satu dasar Islam tentera Jepun
\iaitu Jepun telah memberikan peluang kepada para pemimpin untuk bergiat
semula dalam pentadbiran yang sebelum ini telah disekat oleh Belanda. Malah dalam
memperkasakan dasar ini, warganegara Jepun yang berada di Sumatera sebelum
perang meletus telah diberi peranan penting dalam usaha menggunakan tokoh-tokoh
10 Bernhard Dahm, Sejarah Indonesia Abad Ke Dua Puluh. ( terj.), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, hlm. 122.11 Ibid,. hlm. 129 dan 130.12 Abu Talib Ahmad, Siri Syarahan Umum Pendudukan Jepun (1942-1945) dan Asia Tenggara, Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2007, hlm. 52.
5
tempatan untuk kepentingan tentera Jepun. Misalnya bekas konsul Jepun di Medan
iaitu Hayasaki yang dilantik menjadi walikota bandar Medan telah memgumpul para
pemimpin dalam pergerakan nasionalisme Indonesia untuk berkidmat dengan Jepun
dan Jepun telah mengambil kesempatan dengan membebaskan Kiai Haji Zainal
Mustafar yang mempunyai pengaruh yang kuat.13
Saya melihat pihak Jepun cuba mendekati golongan ini kerana golongan ini
memainkan peranan penting dan mempunyai pengaruh yang dalam masyarakat.
Misalnya dari sudut kaca mata Jepun, mereka berpendapat golongan yang
berpendidikan barat ataupun umum lebih bersifat pro-barat berbanding dengan
golongan yang berpendidikan agama. Sebenarnya kehadiran peranan ulama tempatan
memberikan sumbangan yang besar kerana mereka merupakan sumber kekuatan yang
memelihara kesinambungan dan kemurnian ajaran Islam. 14 Manakala di Sumatera
Timur, dasar Jepun ialah untuk memisahkan pulau ini daripada Jawa. Dasar ini
dilakukan dengan sengaja oleh Jepun kerana kepentingan ekonomi iaitu getah bagi
Jepun. Di samping itu, Jepun telah melarang semua pertubuhan parti-parti politik dan
Jepun membenarkan hanya dua buah pertubuhan penting Indonesia iaitu
Muhammadiah dan Jamiatul Wasliyah. 15 Hal ini bermaksud pertubuhan-pertubuhan
yang ditubuhkan harus memenuhi kehendak Jepun iaitu menyokong dasar Jepun.
Sememangnya dasar Islam tentera Jepun tidak melemahkan pegangan kaum Tua.
Buktinya apabila usaha menggunakan Islam bagi maksud peperangan oleh Jepun
tidak mendapat sambutan. Misalnya hal ini terbukti dengan wujudnya bantahan 13 Ariffin Omar, Revolusi Indonesia dan Bangsa Melayu Runtuhnya Kerajaan-Kerajaan Melayu Sumatera Timur, Pulau Pinang: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia, 1999, hlm. 47.14 Auni Abdullah, Islam Dalam Sejarah Politik Pemerintahan Di Alam Melayu, Kuala Lumpur: Nurin Enterprise, 1991, hlm. 80.15 Ariffin Omar, Revolusi Indonesia dan Bangsa Melayu Runtuhnya Kerajaan-Kerajaan Melayu Sumatera Timur, Pulau Pinang: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia, 1999, hlm. 47.
6
daripada pemimpin-pemimpin Islam termasuk K.H. Mansur. Selain itu, bukti yang
dapat dilihat ialah pada Januari 1944 telah berlaku satu pemberontakan yang
dirancang berlaku buat kali pertama sejak pendudukan Jepun berhampiran Tasik
Majala oleh seorang ahli Nahdatul Ulama iaitu Kiai Zainal Mustafa memberontak
terhadap Jepun dengan 500 orang pengikutnya. Keadaan ini berterusan selama
beberapa hari.16 Jika dilihat, peristiwa ini jelas menunjukkan bahawa pegangan kaum
tua iaitu golongan-golongan ulama tersebut tidak tergugat. Malah ini telah
menyebabkan wujudnya sebuah pertubuhan yang bersatu yang terdiri daripada ahli-
ahli ortodoks dan baru. Keadaan ini mengukuhkan lagi pegangan golongan tersebut
kerana hal ini telah menyebabkan wujudnya satu anggota yang mementingkan Islam
untuk tujuh tahun selepas pendudukan Jepun.17 Malah fenomena ini terbukti apabila
terdapat kajian Kobayashi Yasoku yang memberikan perhatian kepada tindak balas
para pemimpin Islam, khususnya golongan kiai terhadap dasar Jepun dan rancangan
mereka berhubung sebuah masyarakat Islam yang bakal muncul di Jawa.
Seterusnya bukti yang menunjukkan bahawa pegangan kaum tua tidak tergugat
apabila berlaku peristiwa iaitu pertempuran antara pemimpin-pemimpin Islam dengan
askar-askar Jepun. Buktinya pada peringkat awal Jepun menjajah di Indonesia secara
agresif. Keadaan ini telah menyebabkan beberapa pemberontakan telah tercetus di
Indonesia antara pemimpin Islam dengan askar Jepun. Hal ini disebabkan oleh sikap
tentera Jepun tidak menghormati agama Islam. Malah askar-askar Jepun yang masuk
ke Pulau Sumatera telah membangkitkan rasa tidak puas hati dengan orang Sumatera,
khususnya orang Acheh yang berpegang teguh kepada Islam. Fenomena ini
menunjukkan bahawa dasar Islam tentera Jepun tidak sama sekali melemahkan
16 Bernhard Dahm, Sejarah Indonesia Abad Ke Dua Puluh. ( terj.), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, hlm. 122.17 Ibid.
7
pegangan mereka. Pemberontak yang dilakukan tidak menunjukkan bahawa dasar
tersebut telah melemahkan mereka sebaliknya keadaan ini berlaku kerana mereka
berpegang teguh kepada fahaman yang diwarisi terutama dalam ajaran Islam.
Selain itu, menurut Sjahrir, rakyat Indonesia terpaksa berhadapan dengan dengan
perkara-perkara baru yang tidak pernah dialami oleh mereka. Sebagai contohnya
mengenai tunduk hormat (Saikere).18 Sebenarnya kaum tua kurang senang mengenai
hal tersebut. Hal ini kerana perbuatan saikere merupakan satu perbuatan yang syirik
dan bertentangan dalam agama Islam, meskipun terdapat pendapat yang mengatakan
golongan ini bersifat liberal dan menerima kedatangan tentera Jepun. Namun begitu,
konsep liberal tersebut hanya dapat dilihat dalam sesetengah perkara sahaja. Dalam
fenomena tersebut, jelas menunjukkan bahawa kaum tua tidak bersifat liberal
sepenuhnya. Oleh itu, dasar Islam tentera Jepun tidak mampu melemahkan pegangan
kaum tua yang berpegang teguh kepada mazhab Syafii.
Pemimpin Islam yang terpenting menjelang kekalahan Jepun ialah Kiai Wahid
Hashim. Beliau merupakan salah seorang pemimpin Nahdatul Ulama yang
mempunyai tanggapan negatif terhadap propaganda Jepun. Bukti yang menunjukkan
bahawa dasar Islam tentera Jepun tidak melemahkan pegangan kaum tua ialah apabila
pemimpin ini iaitu Wahid berusaha mengambil kesempatan daripada dasar Jepun
untuk faedah umat muslimin. Beliau menegaskan bahawa orang Indonesia tidak
hanya semata-mata menjadi alat Jepun tetapi perlu mengambil kesempatan
semaksimum mungkin daripada peluang tersebut. Misalnya beliau berjaya mendapat
banyak konsesi dengan memanipulasi kelemahan Jepun seperti penubuhan Shumuka
18 Abu Talib Ahmad, Siri Syarahan Umum Pendudukan Jepun (1942-1945) dan Asia Tenggara, Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2007, hlm. 30.
8
yang boleh menjamin penyusunan semula kehidupan semula kehidupan ummah.19
Sebagai contoh, beliau sering dikaitkan dengan penubuhan Shumuka dan pengisian
cawangannya di seluruh Jawa dengan kiai yang mempunyai hubungan dengan
Nahdatul Ulama. Bukti yang menunjukkan bahawa pegangan kaum tua ini tidak
tergugat apabila Wahid dan para pemimpin Nahdatul Ulama berjaya bertindak diluar
jangkaan Jepun atau Belanda yang berusaha untuk kembali semula selepas 1945.20
Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa dasar Islam tentera Jepun telah
melemahkan pegangan kaum Tua. Bukti yang dikatakan melemahkan pegangan kaum
tua apabila terdapat kajian-kajian yang tidak menolak tesis utama Benda tentang
Jepun yang mengatakan bahawa tindakan Jepun memberikan ruang dan peluang
kepada elit agama berkecimpung dalam politik sehingga kedudukan mereka terus
kukuh. Jika diteliti, hal ini menunjukkan bahawa dasar tentera Jepun telah mengugat
pegangan kaum tua di Indonesia. Hal ini kerana, jika dilihat pegangan kaum Tua ialah
bersifat tradisi konservatif dan tidak menerima sebarang perubahan. Golongan ini
lebih menekankan status quo dalam sesuatu amalan yang diamalkan dalam
masyarakat. Sebaliknya apabila Jepun melaksanakan dasar Islam tersebut golongan
ini mula besiap liberal. Sebagai contoh, pihak Jepun telah melantik orang Islam dalam
pentadbiran. Pelantikan tersebut telah diterima oleh kaum Tua. Buktinya pada bulan
Ogos, 1944 pihak Jepun telah melantik Kiai Hashim Ashaari untuk mengetuai
Shumubu iaitu Pejabat Hal Ehwal Agama, pengarah sebelumnya ialah Profesor
Hussein Djajadiningrat yang tergolong di antara para intelek yang berpendidikan barat
dan bukan dalam kalangan gologan Islam. Shumubu berperanan dalam hal-hal yang
berkaitan dalam negeri, kehakiman, pendidikan dan peribadatan umum. 21
19 Ibid,. hlm 55.20 Ibid.21 Bernhard Dahm, Sejarah Indonesia Abad Ke Dua Puluh. ( terj.), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, hlm. 129
9
Di samping itu, segelintir pasa sejarawan seperti menurut Kobayashi yang
mengatakan bahawa dasar Jepun terhadap agama Islam dan kiai pada asasnya bermula
daripada cadangan orang Islam. Berdasarkan pendapat ini, saya melihat hal ini
menunjukkan kelemahan dalam fahaman yang dipegang oleh golongan ulama,
sedangkan jika diteliti pada awalnya jelas menunjukkan bahawa golongan ini tidak
mahu menerima perubahan atau ingin meneruskan tradisi konservatif. Buktinya pihak
Jepun dapat melihat matlamat oleh pemimpin Islam di Jawa. Buktinya terdapat
dokumen yang menunjukkan kaitan antara Jepun dengan pihak elit agama yang
menjelaskan dengan terperinci permintaan golongan agama antara Disember 1942
hingga Mac 1943 yang dikelompokkan ke dalam 98 permohonan yang ditulis dalam
dua bahagian. Keadaan yang menunjukkan terdapat kelemahan dalam pegangan
golongan ini apabila terdapat bukti dalam dokumen pada bahagian kedua yang
meliputi 12 kategori iaitu yakni yang hal-hal berkaitan guru agama, pendidikan
agama, penyebaran agama dan propaganda, permohonan berkaitan hal-hal
pentadbiran, memperbesar golongan kiai, hal-hal berkaitan hari Jumaat, latihan untuk
belia, pentadbiran agama dan sebagainya. Kobayashi mendakwa 40 peratus daripada
permohonan tersebut berkaitan dengan golongan kiai, misalnya cadangan untuk
melibatkan kiai dalam perdebatan politik dengan Jepun.22 Fenomena ini jelas
menunjukkan bahawa pegangan kaum tua agak liberal dan sememangnya tidak dapat
dinafikan bahawa sebenarnya golongan ini menerima kedatangan Jepun dengan
terbuka meskipun dalam kalangan mereka berfahaman konservatif.
22Abu Talib Ahmad, Siri Syarahan Umum Pendudukan Jepun (1942-1945) dan Asia Tenggara, Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2007, hlm. 54.
10
Hal ini menunjukkan golongan ini bersifat liberal dalam sesetengah perkara
sahaja. Dalam meneliti bukti tersebut, golongan ini bersifat liberal apabila adanya
permohonan berkaitan-kaitan pentadbiran, memperbesar golongan kiai, melibatkan
golongan tersebut dalam perdebatan politik. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa
terdapat kelemahan dalam pegangan yang dipegang oleh kaum tua yang berfahaman
ortodoks. Malah Kobayashi membuat kesimpulan bahawa orang Islam di Jawa
memerlukan satu sistem sosial yang membolehkan mereka mengamalkan undang-
undang Islam dalam pengurusan agama yang lebih terurus seperti melalui Shumuka.
Saya melihat berdasarkan pendapat sarjana ini, fenomena tersebut telah sedikit
sebanyak mepengaruhi fahaman yang dipegang oleh kaum tua di Indonesia.
KESIMPULAN
11
Secara keseluruhannya, bagi pendapat saya, saya melihat dasar Islam tentera Jepun
tidak melemahkan kaum tua terhadap Islam di Indonesia secara menyeluruh. Hal ini
kerana kemungkinan besar terdapat kelemahan dasar yang dilakukan oleh pihak Jepun
dalam melaksanakan dasar ini seperti strategi dan perancangan yang tidak kemas. Secara
tidak langsung keadaan ini telah menyebabkan Nahdatul Ulama telah mengambil peluang
tersebut dalam mendapatkan pengaruh mereka. Di samping itu, sebenarnya kaum tua
menyedari bahawa Jepun tidak ikhlas untuk memberikan kemerdekaan kepada rakyat
Indonesia. Campur tangan oleh pihak Jepun secara halus sebenarnya adalah untuk
memanipulasi elit agama untuk tujuan propaganda yang sebenarnya tiada kaitan dengan
kepentingan agama Islam, meskipun terdapat bukti-bukti yang mengatakan bahawa dasar
tersebut telah tidak melemahkan kaum tua terhadap Islam di Indonesia. Pandangan yang
dikemukakan ini sebenarnya tidak dapat diterima sepenuhnya kerana dalam
melaksanakan dasar ini oleh pihak Jepun, golongan kaum tua tidak menerimanya
sepenuhnya. Golongan ini hanya menerima atau bersikap liberal dalam beberapa perkara
demi mengukuhkan agama Islam. Walaupun pihak Jepun cuba mendekati golongan ini
dengan mengadakan hubungan yang baik seperti berpakaian menyerupai pakaian haji,
membina masjid Tokyo dan lain-lain, namun tindakan Jepun ini tidak mendapat
kerjasama daripada masyarakat muslim di Indonesia. Walaubagaimanapun dari aspek
lain, sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa kaum tua tidak dapat menandingi
kuasa-kuasa barat, yang akhirnya mereka terpaksa bersikap lebih terbuka atau dan
bertolak ansur semasa zaman penjajahan Jepun.
BIBILIOGRAFI
12
Abu Talib Ahmad. 2007. Siri Syarahan Umum Pendudukan Jepun (1942-1945) dan
Asia Tenggara. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Ahmat Adam. 1995. Sejarah Awal Pers dan kebangkitan Kesadaran Ke Indonesiaan
1885-1913. Yogyakarta: PT. Pustaka Pelajar.
Ariffin Omar. 1999. Revolusi Indonesia dan Bangsa Melayu Runtuhnya Kerajaan-
Kerajaan Melayu Sumatera Timur. Pulau Pinang: Pusat Pengajian Ilmu
Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia.
Auni Abdullah. 1999. Islam Dalam Sejarah Politik Pemerintahan Di Alam Melayu,
Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.
Dahm Bernhard. 1988. Sejarah Indonesia Abad Ke Dua Puluh. ( terj.).
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pringgoodigdo A.K. 1970. Sedjarah Pergerakan Rakyat. Jakarta: (t.n.p).
Surjo Santoso. (t.t). Tesis Sedjarah Perdjuangan Pemuda Indonesia. (t.t.p):
Department Pendidikan dan Dasar kebudayaan.
13