Download - Deepavali Fakta

Transcript

Dikenali oleh masyarakat Hindu sebagai pesta cahaya,Deepavali atau Diwali adalah simbol kebaikan menumpaskan kejahatan, cahaya menumpaskan kegelapan. Di hari ini, kerajaan mengishytiharkan satu hari cuti umum. Hari Deepavali jatuh pada bulan ketujuh dalam kelender Hindu, biasanya pada bulan Oktober atau November.Oleh kerana namanya Pesta Cahaya, ia disambut dengan cahaya dan lampu oleh penganut Hindu.Asal usul perayaan ini adalah berkaitan dengan pertembungan antara Dewa Rama dengan Ravana, dimana kemenangan berpihak pada Dewa Rama, yang akhirnya berjaya merampas Sita dari Ravana yang jahat.Selain itu terdapat juga pelbagai cerita lain yang berkaitan dengan perayaan ini, seperti pergaduhan antara Dewa Krishna dengan Syaitan Asura- yang dimenangi oleh pihak baik lantas dirayakan dengan pelita dan lampu-lampu. Bagi persiapan Deepavali, penganut Hindu akan membersihkan rumah mereka, hiasan seperti kolams dibuat, dan lampu vilakku dipasang. Lampu ini adalah sejenis pelita tradisi yang diperbuat dari tanah liat.Perayaan juga bertambah seri dengan lampu-lampu moden. Penganut Hindu juga percaya yang Dewi Laksmi, iaitu dewa kekayaan dan kemakmuran akan datang melawat rumah pada masa ini.Jadi persiapan ini juga akan dibuat untuk menyambutnya. Selain dari itu, penganut Hindu juga membersihkan diri dan jiwa mereka, dengan mengamalkan puasa, hanya makan sayuran, dan bermeditasi.Di hari Deepavali ini, pertelingkahan akan dilupakan, manakala kemaafan akan mendapat penghargaan. Pada pagi Deepavali, mereka akan bangun awal, untuk upacara mandi minyak. Ia adalah simbol kepada penyucian diri.Kemudian mereka menuju ke kuil untuk bersembahyang.Setelah itu, sepanjang hari mereka akan berkunjung ke rumah saudara dan sahabat handai. Walaupun penganut Hindu adalah Vegetarian, tetapi Deepavali tetap diserikan dengan banyak makanan yang enak seperti daging manis, pudding, dan murukku.

Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut agama Hindu diseluruh dunia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalender Tamil (Antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya. Menurut lagenda, Raja Naragasuri yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasuri meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.

Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali. Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upacara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga. Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya diperbuat daripada bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshimi, Dewa Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka.

HARI RAYA HINDU[Ketut Adi] APAKAH HARI RAYA HINDU? Hari Raya Hindu (Hindu holy festivals) disebut sebagai Utsava dalam bahasa Sansekerta. Selama hari raya itu, masyarakat mengenyampingkan masalah-masalah keduniawian dan bergembira bersama, menghormti Tuhan dalam berbagai bentuknya dan perobahan musim. Ada banyak hari raya Hindu dan masing-masing berbeda dari satu tempat dengan tempat lain. Holi adalah hari raya Hindu di India Utara, tapi tidak dirayakan di India selatan. Deepavali atau Diwali, festival cahaya, adalah hari raya Hindu yang sangat penting dirayakan selama bulan Kartika (Oktober/November). Ia adalah salah satu hari raya yang dirayakan di seluruh dunia, menjadi hari raya nasional di India, Fiji dan Trininad. Deepa artinya "cahaya' (light) dan Avali artinya "jajaran/barisan" (row), jadi Deepavali artinya "jajaran cahaya." Ada beberapa kisah mythologis di belakang hari raya ini. Deepavali adalah perayaan kemenangan dan kembalinya Rama dan isterinya Sita ke ke kerajaan Ayodhya setelah menghancurkan Rahwana, raja raksasa dari Sri Langka. Selama perayaan ini, orang-orang menyalakan barisan lampu-lampu kecil atau lampu minyak di balkon dan jendela untuk menyambut kedatangan Rama dan Sita pulang ke rumah. Kisah mythologi yang lain di balik Deepavali adalah perayaan kemenangan Krishna atas raksasa dari neraka, Narakasura. Kisah mengenai penghancuran raksasa ini ditulis dalam Sabha Parva dari Mahabharata. Menurut legenda, Narakasura, putra bumi, adalah raja Pragjyotishapura. Dengan anugrah yang ia terima dari Brahma dan Siwa, ia menaklukan tidak saja dunia ini tetapi juga surga. Akhirnya para dewa dan orang suci meminta bantuan

Krishna untuk membunuh Narakasura. Dalam pertempuran yang hebat, Krishna, dibantu oleh permaisurinya, Sathyabama, sebagai sais kereta, membunuh Narakasura. Setelah kematian Narakasura, ibunya memohon kepada Krishna agar kejatuhan anaknya dihidupkan dalam kenangan semua orang di dunia sebagai satu hari perayaan dari kebaikan. Jadi Deepavali adalah perayaan atas pembebasan bumi dan surga dari genggaman Narakasura. Perayaan Holi juga memiliki latar gelakang mythologi. Konon suatu kali dunia ini dikuasi oleh seorang raja-raksasa, Hiranyakashipu. Ia memproklamasikan dirinya sendiri sebagai Tuhan dan memaksa setiap orang untuk menyembahnya, tapi putranya, Prahlada, tetap bersikeras menyembah Wishnu. Atas perintah Hiranyakasipu, seorang raksasa wanita bernama Holika, yang percaya dirinya imun terhadap api, membawa Prahlada ke dalam api. Konon karena anugrah Wishnu, Prahlada keluar dengan selamat dari api tanpa terbakar sedikitpun, sementara Holika hangus terbakar jadi abu. Hari raya Holi merayakan peristiwa ini. Hari raya Holi dirayakan selama bulan Februari/Maret, adalah salah satu hari raya terpenting di India Utara. Satu api unggun juga dinyalakan malam sebelum hari raya Holi (mirip 'ngrupuk di Bali, NPP). Sehari setelah Holi, orang-orang saling melempar tepung daun-daunan dan air yang berwarna satu sama lain. Sama seperti hari raya Deepavali, selama perayaan Holi orang-orang saling memberi hadiah. Navaratri dikenal sebagai perayaan malam (Festival of Nights), dilaksanakan pada hari kesembilan bulan Kanya (September/Oktober). Persembahyangan dilakukan selama 9 hari. Tigahari pertama memuja Durga (Dewi Keberanian), tiga hari kedua untuk memuja Lakshmi (Dewi Kemakmuran), tiga hari terakhir untuk memuja Saraswathi (Dewi Ilmu Pengetahuan). Di India Utara selama malam-malam ini dipertunjukkan tarian Garbha dan di India Selatan, rumah-rumah dihias dan boneka-boneka yang diberi nama Bomma Kolam dipertunjukkan. Hari kesepuluh disebut sebagai Vijaya Dasami, Dasara atau Dussera. (Dari lamanya perayaan Navaratri sama dengan Galungan di Indonesia , NPP). Masih ada beberapa hari raya lain di India. Sivaratri (Februari/Maret) adalah hari raya untuk memuja Siva. Hari raya ini dirayakan di seluruh India. Krishna Janmashtami (Agustus/September) adalah perayaan hari lahir Krishna. Vasant Panchami (Januari/Februari) adalah hari raya untuk memuja Dewi Saraswati (sama dengan hari Saraswati di Indonesia, NPP). Guru Purnima (Juni/Juli) adalah perayaan untuk menghormati para Guru atau para ahli di bidang kerohanian (masters).

sumber: milis HDnet

DEEPAVALI atau lebih dikenali sebagai pesta cahaya disambut oleh masyarakat India yang beragama Hindu dan Sikh di negara kita.

Perayaan itu jatuh pada 17 Oktober pada tahun ini.

Masyarakat Hindu menggunakan cahaya sebagai makna simbolik untuk menyatakan kebaikan akan mengatasi kejahatan.

Dalam kepercayaan agama Hindu, ada dinyatakan bahawa Athma (roh) mengatasi jasad dan minda. Ia adalah sesuatu yang suci, tidak terbatas dan akan kekal abdi.

Sambutan perayaan Deepavali adalah sama seperti kita menyambut hari lahir. Ia adalah sambutan untuk menyambut kelahiran cahaya dalaman yang memupuk kesedaran dari dalam. (Yang kita sebenarnya hidup dalam alam maya)

Dengan itu, segala kejahatan di dunia ini akan terhapus dan kesedaran yang tuhan sebenarnya berada di manamana dan keunggulannya sahaja yang berkekalan buat selama-lamanya akan disedari.

Lampu menjadi ilmu pengetahuan yang menerangi hidup dan menghindari manusia daripada berbuat jahat.

Masyarakat Hindu

biasanya menyalakan pelita dihadapan rumah pada hari Deepavali.

Ada dua kisah yang menceritakan kelahiran sambutan Deepavali iaitu:

PEMBUNUHAN NARAGASURA

Perayaan Deepavali disambut pada hari yang dimana salah seorang dewa Hindu, Krishna membunuh makluk jahat Naragasura sehari sebelum perayaan Deepavali.

Masyarakat Hindu menyalakan pelita sebagai tanda simbolik yang menyatakan kebaikan akan mengatasi kejahatan.-

Untuk meraikan kejayaan kebaikan mengatasi kuasa kejahatan perayaan Deepavali diraikan.

KISAH RAMA BALIK KE AYODHYA

Sesetengah orang Hindu percaya perayaan Deepavali bermula apabila Dewa Rama pulang ke Ayodhya selepas

dibuang negeri selama 14 tahun. Rama pulang ke negaranya dengan isterinya Sita dan Lakshamana selepas membunuh Ravana, seorang yang jahat.

Sepanjang perjalanan, apabila Rama serta keluarganya balik ke Ayodhya, menuju ke arah utara India dari selatan, orang yang tinggal disitu menyalakan pelita minyak sapi yang menandakan kebaikan telah mengatasi kejahatan berikutan kematian Ravana.

Mereka menyalakan lampu pelita di sepanjang perjalanan Rama kembali ke tanah jajahannya.

SAMBUTAN DEEPAVALI OLEH KAUM SIKH

Masyarakat Sikh menyambut hari Deepavali atau dikenali sebagai Diwali di kalangan mereka di atas sebab yang berbeza. Guru Nanak, yang juga merupakan pengasas agama Sikh pada suatu masa dahulu telah dipenjarakan oleh seorang Raja.

Raja itu memaksanya makan tetapi beliau enggan dan berpuasa.

Sejurus itu , barulah Guru Nanak sedar yang ramai orang telah berkumpul di luar penjara dengan memegang lampu sebagai tanda protes untuk membebaskan Guru Nanak.

Akhirnya, Raja itu sedar akan kesilapannya.

Oleh kerana sikap tamaknya, dia telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang raja dan sebagai balasannya, dia membebaskan Guru Nanak.

Kaum Sikh menyambut pembebasan Guru Nanak sebagai hari Deepavali.

PERSIAPAN UNTUK HARI DEEPAVALI

Masyarakat India membuat persiapan yang lebih awal seperti membuat kuih-muih, membersihkan rumah dan membeli pakai baru untuk dipakai pada hari tersebut.

Muruku, Neiurundai dan Atherasam merupakan kuih-muih tradisional orang India.

Tetapi pada masa kini, mereka juga membuat biskut dan kek selain makanan tradisional mereka. Ronggoli Kolam adalah lukisan diatas lantai yang diperbuat daripada beras berwarna.

Kolam yang dihasilkan daripada beras berwarna. Adalah tradisi masyarakarat India yang beragama Hindu untuk membuat Kolam dihadapan rumah mereka untuk sambutan hari Deepavali. -

Selain mencantikkan kawasan hadapan rumah, maksud tersirat di sebalik tradisi ini adalah untuk memberi makan kepada serangga-serangga kecil seperti semut.

Ini secara tidak langsung menambah pahala si tuan rumah yang membuat Kolam tersebut. Lampu-lampu pelita dinyalakan pada malam Deepavali.

PAGI DEEPAVALI

Pada pagi Deepavali, masyarakat India akan menggunakan minyak bijian sebelum mandi sebagai tanda simbolik untuk menyucikan diri.

Selepas itu, mereka sekeluarga akan berpakaian serba baru dan sembayang.

Sejurus itu, anak-anak muda digalakkan sujud di kaki ibu bapa atau orang tua dalam rumah mereka untuk meminta restu. Pada hari Deepavali, mengikut ajaran agama Hindu, masakan yang dimasak mestilah vegetarian hanya makanan yang berasaskan sayur-sayuran (daging tidak galakkan).

Tujuannya adalah untuk mengawal nafsu makan mereka pada hari yang bermakna ini.

SEHARI SEBELUM DEEPAVALI

Sehari sebelum perayaan Deepavali, orang yang beragama Hindu akan membuat upacara sembayang untuk memanjangkan doa untuk yang telah 'pergi' buat selam-lamanya.

Makananan kegemaran yang telah meninggal dunia selalunya disediakan untuk santapan mereka.

Makanan tersebut akan dibiarkan seketika dihadapan gambar si mati yang kemudiannya akan di makan oleh anak-anak si mati atau diberi kepada haiwan.

Deepavali

DEEPAVALI disambut setahun sekali oleh lebih daripada satu bilion umat Hindu di serata dunia. Kemeriahan sambutannya boleh disaksikan dari bumi sejauh Texas, Amerika Syarikat sehinggalah ke Trinidad, United Kingdom, Fiji, Afrika Selatan, Myanmar, Singapura, Australia, New Zealand dan sudah tentu, negara kita Malaysia.

Biasanya, perayaan yang juga dikenali sebagai Perayaan Cahaya itu jatuh pada bulan Aippasi mengikut kalendar Hindu. Namun, tahun ini, ia jatuh pada hari terakhir bulan Puratasi sebelum bermulanya Aippasi.

Masyarakat di selatan India meraikannya selama tiga hari berturut-turut berbanding lima hari di sebelah utara

negara itu.

Di Malaysia, perayaan Deepavali disambut sehari tetapi terpulang kepada individu untuk mengadakan rumah terbuka sebanyak mana hari yang mereka mahu. Namun begitu, masyarakat India yang tinggal di kawasan ladang dan estet menyambut perayaan itu lebih lama dalam suasana kampung.

Selain mandi minyak seawal pukul 3 pagi, penganut Hindu akan mengenakan pakaian tradisional seperti sari, salwar dan jeepa untuk meraikan Deepavali. Mereka juga bersembahyang di kuil sebelum pulang semula ke rumah untuk menyambut tetamu dengan sajian istimewa.

Dalam pada itu, terdapat beberapa versi yang menjelaskan kebesaran sambutan itu. Dalam kalangan masyarakat Hindu, legenda sambutannya berkait rapat dengan kejayaan Dewa Krishna menewaskan makhluk jahat iaitu Narakasura, pemerintah Pradyoshapuram. Ada juga kisah lain yang menceritakan tentang kepulangan Dewa Rama ke Ayodhya selepas dibuang negeri selama 14 tahun dan berjaya menumpaskan kuasa jahat, Ravana.

Apapun signifikan yang disampaikan, kemeriahannya lebih menyerlah seandainya barisan pelita yang diperbuat daripada tanah liat disusun rapi menghiasi kawasan persekitaran rumah. Perbuatan menyusun pelita itu amat penting kerana ia secara langsung menterjemahkan maksud kegelapan hidup yang dilalui selama ini akan diterangi cahaya yang membawa kebahagiaan dan kesejahteraan.

Malangnya dalam zaman sekarang, sebahagian besar penganut Hindu tidak tahu tentang upacara memasang pelita yang dinamakan Jyothi Villaku. Upacara itu sebenarnya bersangkut paut dengan penghayatan terhadap kuasa cahaya atau dikenali sebagai jyothi dalam bahasa Tamil. Untuk pengetahuan umum, perkataan Deepa daripada perkataan Deepavali mengungkapkan makna jyothi.

Pasangan suami isteri, Santhiran Chinnathamby, 48, dan Jayasree Raman, 40, mengakui mereka adalah antara individu yang tidak peka tentang keunikan upacara Jyothi Villaku.

SARAWATHY (kanan) memegang pelita utama memasuki perkarangan rumah Jayasree sambil diiringi sekumpulan kanak-kanak.

"Saya mendapat tahu tentang upacara ini daripada seorang kawan. Setelah berbincang dengan suami, kami bersetuju mengadakannya di rumah menjelang Deepavali," jelas Jayasree, ibu kepada empat cahaya mata semasa ditemui Kosmo! di rumahnya di Puchong Perdana, Selangor.

Ketika bertanya kepada orang ramai tentang upacara itu, Jayasree secara kebetulan diperkenalkan kepada kumpulan Thirunavukkarasu Kullivinar. Kumpulan itu merupakan antara pengasas yang giat mempelopori upacara Jyothi Villaku sejak tiga tahun lalu. Selain ahli dewasa, turut menyertai kumpulan itu adalah 32 kanakkanak dan remaja yang berusia di antara empat hingga 17 tahun.

Lazimnya, kumpulan itu memenuhi jemputan ke rumah pada hujung minggu memandangkan ramai ahli hanya mempunyai kelapangan pada waktu itu, selain tidak mahu menganggu perjalanan persekolahan anak-anak. Lagipun, upacara kerohanian itu berlangsung selama sebulan sebelum tibanya Deepavali.

Pada tahun pertama pelancaran kumpulan itu, hanya 17 buah rumah berminat menjemput kumpulan itu untuk mengadakan aktiviti nyanyian keagamaan di rumah mereka. Namun, pada tahun lalu, bilangan rumah bertambah kepada 40 buah.

"Sambutan pada tahun ini lebih memberangsangkan kerana 60 buah rumah di sekitar Puchong dan Klang menyatakan keinginan untuk mengadakan upacara ini," jelas koordinatornya, Saraswathy Kannan, 60, yang dibantu oleh Bharathi Balakrishnan, 42, Navaletchumy Munisamy, 34, Sundari Moniandy, 39 dan Vasuge

Perumal, 39.

KANAK-KANAK daripada kumpulan Thirunavukkarasu Kullivinar sedang asyik menyanyikan lagu keagamaan.

Tambahnya lagi, penganut Hindu hanya perlu menyediakan barangan sembahyang yang paling asas seperti kemenyan, bunga melor, buah-buahan dan sedikit juadah makanan.

Menurut Saraswathy, upacara Jyothi Villaku dimulakan tepat pukul 7.30 malam di mana pelita utama dinyalakan di rumahnya sebelum pelita-pelita kecil dibawa oleh kanak-kanak ke rumah mereka yang menjemput kumpulan itu.

Sewaktu memenuhi jemputan ke rumah Jayasree, Saraswathy mendahului perarakan diikuti kanak-kanak yang berzikir. Dari perkarangan luar rumah, mereka perlahan-lahan berjalan masuk ke dalam rumah dan menyusun pelita di hadapan tempat sembahyang.

Kumpulan itu kemudiannya mengambil tempat duduk di atas lantai sebelum melengkapkan tiga pusingan persiapan menyanyikan lagu keagamaan.

Pertama, Mounam (bertafakur) disusuli Thyanam (duduk dalam posisi bersila dengan tangan di atas paha) dan akhirnya Pranavam (menyebut perkataan 'Aum' sebanyak tiga kali). Apabila selesai, barulah kanak-kanak itu akan melagukan enam buah lagu selama 30 minit. Sambil memanjatkan kepujian dan kesyukuran kepada Tuhan, pelita yang dibawa dipastikan tidak terpadam dengan menuang minyak yang cukup.

"Kami berasa kagum dengan dedikasi dan akauntabiliti yang ditunjukkan," ujar Jayasree dengan bersungguhsungguh.

"Saya dan keluarga kini dapat mengamati dan menghargai kemuncak sambutan Deepavali. Kami sedar, ia lebih daripada sekadar berpakaian baru," katanya lagi yang gembira kerana kumpulan Thirunavukkarasu Kullivinar sudi menyempurnakan upacara Jyothi Villaku di rumahnya dengan baik.

PELITA yang dibawa disusun kemas di hadapan tempat sembahyang.

Penghayatan itu turut dipersetujui oleh seorang kawannya, Selvi Selvathurasamy, 49, dan suaminya, Manokaran Puttappan, 52. Baru pertama kali menyaksikan kesederhanaan dalam meraikan Deepavali, mereka bagaikan terpanggil untuk menganjurkan upacara itu di rumah sendiri pada tahun akan datang.

"Dalam sehari, kami berkunjung ke tiga buah rumah dan berpatah balik untuk memadamkan pelita di rumah asal," sambung Saraswathy yang mengharapkan lebih banyak sokongan dan dorongan diterima agar dapat diperluaskan ke seluruh Malaysia.

Sebelum berangkat pulang, kanak-kanak itu disajikan dengan hidangan tradisional seperti vadai dan minuman jus. Turut aktif menjayakan upacara itu ialah anak-anak Bharathi, Navaletchumy, Sundari dan Vasuge.

"Upacara ini sememangnya membangkitkan kesedaran dalam diri supaya sentiasa taat kepada Tuhan dan mendoakan yang terbaik buat seisi keluarga," ujar Navaletchumy.

Daripada aspek pembentukan kendiri kanak-kanak, Sundari dan Vasuge yakin bahawa upacara itu membantu memupuk dan memelihara peribadi baik seseorang sejak usia muda.

DeepavaliDeepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut agama Hindu diseluruh dunia dan merupakan hari cuti di India & Malaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang berarti cahaya dan perkataan "Gavali" yang berarti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalender Tamil (Antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya (Festival Cahaya). Menurut legenda, Raja Naragasuri yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasuri meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada mereka yang baik tentang godaan hantu dan shaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia. Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali. Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upucara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga. Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya diperbuat daripaja bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshimi, Dewa Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka. "Kolam" merupakaan upacara keagamaan bagi penganut Hindu dan orang Islam adalah dilarang mengikutnya. Perhitungan Tanggal Perayaan Hari Deepavali Tanggal perayaan Diwali ditetapkan berdasarkan kalendar Hindu, yang tergolong kalender lunisolar. Menurut kalendar Gregorian, biasanya perayaan ini jatuh pada bulan Oktober atau November. Pada tahun 2005, Deepavali jatuh pada tanggal 1 November Pada tahun 2006, Deepavali dirayakan pada tanggal 21 Oktober. Pada tahun 2007, Deepavali akan di rayakan pada tanggal 8 NovemberDeepavali adalah sambutan agama. Jika kita kaji sejarah disebalik perayaan ini, kita akan dapati bahawa Deepavali (atau Diwali) di sambut kerana memperingati peristiwa Dewa (Tuhan) Krishna yang telah membunuh syaitan (demon) bernama Narakasura. Diriwayatkan bahawa Narakasura adalah pemerintah sebuah negeri yang bernama Pradyoshapuram. Di bawah pemerintahannya, rakyat menderita pelbagai kesusahan. Dia menzalimi rakyatnya dan menculik wanita-wanita dan memenjarakan mereka di istananya. Melihat kejahatannya, maka Dewa (Tuhan) Krishna

lalu turun memusnahkannya dan hari pembunuhan/kematian Narakasura ini diraikan sebagai Deepavali, sebagai kemenangan sebuah kebaikan mengatasi kejahatan. Ada juga beberapa riwayat lain tentang asal-usul perayaan Deepavali. Ada yang berpendapat ia diraikan sempena perkahwinan Lakshmi dengan Dewa (Tuhan) Vishnu. Ada juga yang menyatakan hari restu di mana Dewa (Tuhan) Rama kembali ke Ayodhya setelah mengalahkan Ravana dan terdapat beberapa kisah lain lagi Deepavali atau lebih dikenali sebagai Diwali di Benua Kecil India pada asalnya disambut oleh penduduk di bahagian utara negara berkenaan; khususnya penduduk Gujarati dan kaum Punjabi beragama Hindu dan Sikh. Bagaimanapun, kemudian, Diwali mula diambil alih oleh semua penduduk beragama Hindu tanpa mengira kaum dan keturunan. Malah, begitu juga realiti di Malaysia. Rakyat Malaysia lebih mengenali Deepavali daripada Onam, Ponggal, Ugadi serta beberapa perayaan kaum India pelbagai keturunan. Mitos yang paling terkenal dalam kalangan masyarakat India di Malaysia berhubung tujuan perayaan Deepavali adalah kisah Dewa Krishna membunuh Narakasura. Lalu, para penduduk meraikan kemenangan Kebaikan menewaskan Kejahatan dengan menyalakan lampu serta berpesta. Satu lagi mitos yang lebih terkenal di Benua Kecil India adalah berdasarkan epik Ramayana di mana Rama berjaya membunuh Ravana dengan bantuan Laksamana dan Hanuman. Lalu, mereka bersamasama Sita pulang dari Langka ke Ayodhya. Kepulangan mereka selepas 14 tahun disambut para penduduk dengan menyalakan lampu dan berpesta. Memandangkan kedua-duanya hanyalah mitos, tidak menjadi masalah kisah mana satu yang menjadi ikutan dan turutan dalam kalangan kaum India beragama Hindu yang menyambut Deepavali. Apa yang penting, simbol Kebaikan atau Cahaya menumpaskan Kejahatan atau Kegelapan secara fizikal dan mental. Malah, agama Hindu yang penuh dengan simbol, ikon, semantik dan penanda/petanda sebenarnya merujuk pada Kebaikan dan Kejahatan dalam diri kita sendiri. Itulah makna sebenar Diwali. Satu lagi kisah yang kurang diketahui generasi muda adalah kepercayaan bahawa pada malam sambutan Deepavali, Dewi Lakshmi iaitu dewi kekayaan akan berkunjung ke setiap rumah yang diterangi cahaya dan akan memberkati keluarga terbabit. Kebersihan rumah juga diambil kira sebelum Dewi Lakshmi memberi berkat. Jadi, menjelang perayaan Diwali, orang ramai akan bertungkus-lumus membersihkan rumah supaya rumah mereka turut dikunjungi dan diberkati Dewi Lakshmi (baca: kekayaan). Selain memasang lampu, sambutan hari Deepavali juga diserikan dengan lukisan kolem pelbagai corak dan warna. Satu lagi perkara yang kurang diberi perhatian adalah bahawa mengikut kepercayaan penduduk beragama Hindu di Benua Kecil India, masa yang terbaik untuk membeli pakaian baru dan barang kemas adalah dua hari sebelum perayaan Diwali. Kononnya, itulah hari yang membawa rezeki berganda. Laksmi Pooja juga biasanya diadakan dua hari sebelum Diwali untuk mendapat rezeki dan limpahan berkat berganda. Diwali juga tidak lengkap tanpa bunga api, pakaian baru dan manisan. Pada masa kini, generasi muda di Malaysia ketara menyimpang jauh daripada tujuan dan makna sebenar Deepavali. Budaya, tradisi, adat, kepercayaan dan amalan agama sudah tipis. Yang tinggal hanya keinginan untuk berpesta. Pesta tanpa penghayatan nilai. Mercun pula terus dibakar tanpa mengendahkan larangan yang dibuat. Sebenarnya, ternyata kelompok yang membakar mercun tidak memahami konsep sebenar perayaan Deepavali. Mereka gagal membezakan antara amalan membakar mercun semasa Tahun Baru Cina dan amalan memasang bunga api dan lampu semasa Deepavali.

Memanglah pada asalnya Deepavali merupakan perayaan bagi penduduk keturunan Gujrati dan Punjabi. Namun, kini, ia sudah diterima sebagai perayaan bagi semua penduduk kaum India di Malaysia.Sebuah festival warna-warni yang dirayakan oleh semua umat Hindu di seluruh dunia adalah Deepavali, yang juga dikenal sebagai festival lampu. Festival ini biasanya jatuh sekitar akhir Oktober dan November. Satu hal penting praktik yang mengikuti orang Hindu selama festival adalah cahaya lampu minyak di rumah mereka pada pagi Deepavali. Dengan menyalakan lampu minyak, orang Hindu adalah berterima kasih kepada para dewa untuk kebahagiaan, pengetahuan, kedamaian dan kekayaan yang telah mereka terima. Menganggap orang Hindu Deepavali sebagai salah satu festival yang paling penting untuk merayakannya. Perayaan Deepavali di Singapura akan berpusat di Little India, dimana daerah ini akan dipercantik dengan hiasan lampu-lampur yang megah dan juga akan ada banyak bazaar-bazaar di sini.

Legenda Deepavali Bahkan ada legenda yang menarik di belakang festival ini. Ceritanya yang Narakasura, setan, memerintah kerajaan Pradyoshapuram. Di bawah pemerintahannya, para penduduk desa menderita banyak kesulitan karena disiksa setan rakyat dan menculik para perempuan harus dipenjarakan di istananya. Melihat kejahatannya, Tuhan Khrishna berangkat untuk menghancurkan setan dan hari Narakasura mati itu dirayakan sebagai Deepavali, kemenangan kebaikan atas kejahatan! Persiapan

Persiapan untuk Deepavali biasanya dimulai paling tidak dua atau tiga minggu sebelum festival. Diketahui bahwa orang-orang Hindu akan sibuk membersihkan rumah mereka untuk mempersiapkan festival. Beberapa bahkan akan merenovasi rumah untuk mempersiapkan mereka untuk Deepavali. Biasanya keluarga akan berbelanja untuk pakaian baru dan untuk aksesori untuk menghias rumah mereka. Sebelum festival, toko-toko India akan menjual barang seperti perayaan Deepavali kartu ucapan, karpet, pakaian Punjabi dan bunga. Orang-orang Hindu akan sering toko ini ketika mereka sedang berbelanja untuk Deepavali. Perayaan Orang-orang Hindu biasanya bangun pagi-pagi Deepavali sekitar 3 dan ritual pertama akan memiliki mandi minyak, yang merupakan fitur penting Deepavali. Hindu akan mengenakan pakaian baru mereka Deepavali. Sebagian besar wanita akan berpakaian sari sutra atau baju punjabi berbagai warna cerah. Hindu terutama tidak suka berpakaian hitam pada hari itu, karena mereka menganggap warna hitam yang tidak menguntungkan untuk festival. Hindu juga akan memberikan penghormatan kepada orang tua dan sebagian besar keluarga akan pergi ke kuil setelah sarapan. Ini juga merupakan praktik yang penting bagi mereka. Alasan mengapa mereka akan pergi ke kuil adalah berdoa untuk mendapatkan kebahagiaan dan kemakmuran di Deepavali. Rumah-rumah akan dihiasi dengan lampu minyak dan anak-anak akan bermain dengan petasan untuk merayakan festival. Pada hari pertama, mereka tidak akan pergi mengunjungi tapi akan tinggal di rumah untuk menyambut para tamu yang mengunjungi mereka. Makanan Mengunjungi Hindu selama Deepavali akan menjadi kegiatan menarik, karena anda akan mendapatkan untuk mencicipi berbagai jenis makanan lezat. Di setiap rumah yang Anda kunjungi Anda terikat untuk dilayani dengan penyebaran menggoda permen. Beberapa permen yang populer adalah halwa, burfi dan laddu. Hindu suka makan makanan pedas dan non-vegetarian mereka menikmati kesukaan lainnya seperti ayam tandoori, udang sambal dan kepala ikan kari. Di rumah-rumah orang Hindu yang populer hidangan vegetarian seperti thosais, idlis dan naans disiapkan.

Perayaan Deepavali Perayaan ini disambut oleh masyarakat Hindu. Ianya dirayakan pada bulan gelap bernama aippasi pada bulan Oktober dan November. Deepavali bermaksud sebarisan pelita. Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan.

http://kebudayaan.kpkk.gov.my/about/perkhidmatan/? t=58&menu_id=47&c3=40&click=1

Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut ugama Hindu diseluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalender Tamil (Antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya. Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayaakan sebagai perayaan Deepavali. Pada pagi Deepavali penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upucara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga. Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya diperbuat daripaja bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshimi, Dewa Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka.

http://perayaan.bravepages.com/PerayaanDeepavali.htmDEEPAVALI Dikenali oleh masyarakat Hindu sebagai pesta cahaya,Deepavali atau Diwali adalah simbol kebaikan menumpaskan kejahatan, cahaya menumpaskan kegelapan. Di hari ini, kerajaan mengishytiharkan satu hari cuti umum.

http://kedah.edu.my/kewangan/images/fail/perayaan.pdf? PHPSESSID=bd76d4f7daf61e6672b1e15cb6ecebd2DEEPAVALI atau lebih dikenali sebagai pesta cahaya disambut oleh masyarakat India yang beragama Hindu dan Sikh di negara kita. Perayaan itu jatuh pada 17 Oktober pada tahun ini. Masyarakat Hindu menggunakan cahaya sebagai makna simbolik untuk menyatakan kebaikan akan mengatasi kejahatan.

Dalam kepercayaan agama Hindu, ada dinyatakan bahawa Athma (roh) mengatasi jasad dan minda. Ia adalah sesuatu yang suci, tidak terbatas dan akan kekal abdi. Sambutan perayaan Deepavali adalah sama seperti kita menyambut hari lahir. Ia adalah sambutan untuk menyambut kelahiran cahaya dalaman yang memupuk kesedaran dari dalam. (Yang kita sebenarnya hidup dalam alam maya) Dengan itu, segala kejahatan di dunia ini akan terhapus dan kesedaran yang tuhan sebenarnya berada di manamana dan keunggulannya sahaja yang berkekalan buat selama-lamanya akan disedari. Lampu menjadi ilmu pengetahuan yang menerangi hidup dan menghindari manusia daripada berbuat jahat.

Masyarakat Hindu biasanya menyalakan pelita dihadapan rumah pada hari Deepavali.

Ada dua kisah yang menceritakan kelahiran sambutan Deepavali iaitu: PEMBUNUHAN NARAGASURA Perayaan Deepavali disambut pada hari yang dimana salah seorang dewa Hindu, Krishna membunuh makluk jahat Naragasura sehari sebelum perayaan Deepavali.

Masyarakat Hindu menyalakan pelita sebagai tanda simbolik yang menyatakan kebaikan akan mengatasi kejahatan.- Foto THE STAR oleh RAYMOND OOI

Untuk meraikan kejayaan kebaikan mengatasi kuasa kejahatan perayaan Deepavali diraikan. KISAH RAMA BALIK KE AYODHYA Sesetengah orang Hindu percaya perayaan Deepavali bermula apabila Dewa Rama pulang ke Ayodhya selepas dibuang negeri selama 14 tahun. Rama pulang ke negaranya dengan isterinya Sita dan Lakshamana selepas membunuh Ravana, seorang yang jahat. Sepanjang perjalanan, apabila Rama serta keluarganya balik ke Ayodhya, menuju ke arah utara India dari selatan, orang yang tinggal disitu menyalakan pelita minyak sapi yang menandakan kebaikan telah mengatasi kejahatan berikutan kematian Ravana. Mereka menyalakan lampu pelita di sepanjang perjalanan Rama kembali ke tanah jajahannya. SAMBUTAN DEEPAVALI OLEH KAUM SIKH Masyarakat Sikh menyambut hari Deepavali atau dikenali sebagai Diwali di kalangan mereka di atas sebab yang berbeza. Guru Nanak, yang juga merupakan pengasas agama Sikh pada suatu masa dahulu telah dipenjarakan oleh seorang Raja. Raja itu memaksanya makan tetapi beliau enggan dan berpuasa. Sejurus itu , barulah Guru Nanak sedar yang ramai orang telah berkumpul di luar penjara dengan memegang lampu sebagai tanda protes untuk membebaskan Guru Nanak. Akhirnya, Raja itu sedar akan kesilapannya.

Oleh kerana sikap tamaknya, dia telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang raja dan sebagai balasannya, dia membebaskan Guru Nanak. Kaum Sikh menyambut pembebasan Guru Nanak sebagai hari Deepavali. PERSIAPAN UNTUK HARI DEEPAVALI Masyarakat India membuat persiapan yang lebih awal seperti membuat kuih-muih, membersihkan rumah dan membeli pakai baru untuk dipakai pada hari tersebut. Muruku, Neiurundai dan Atherasam merupakan kuih-muih tradisional orang India. Tetapi pada masa kini, mereka juga membuat biskut dan kek selain makanan tradisional mereka. Ronggoli Kolam adalah lukisan diatas lantai yang diperbuat daripada beras berwarna.

Kolam yang dihasilkan daripada beras berwarna. Adalah tradisi masyarakarat India yang beragama Hindu untuk membuat Kolam dihadapan rumah mereka untuk sambutan hari Deepavali. - Foto THE STAR oleh AHMAD AZMAIL AWANG

Selain mencantikkan kawasan hadapan rumah, maksud tersirat di sebalik tradisi ini adalah untuk memberi makan kepada serangga-serangga kecil seperti semut. Ini secara tidak langsung menambah pahala si tuan rumah yang membuat Kolam tersebut. Lampu-lampu pelita dinyalakan pada malam Deepavali. PAGI DEEPAVALI

Pada pagi Deepavali, masyarakat India akan menggunakan minyak bijian sebelum mandi sebagai tanda simbolik untuk menyucikan diri. Selepas itu, mereka sekeluarga akan berpakaian serba baru dan sembayang. Sejurus itu, anak-anak muda digalakkan sujud di kaki ibu bapa atau orang tua dalam rumah mereka untuk meminta restu. Pada hari Deepavali, mengikut ajaran agama Hindu, masakan yang dimasak mestilah vegetarian hanya makanan yang berasaskan sayur-sayuran (daging tidak galakkan). Tujuannya adalah untuk mengawal nafsu makan mereka pada hari yang bermakna ini. SEHARI SEBELUM DEEPAVALI Sehari sebelum perayaan Deepavali, orang yang beragama Hindu akan membuat upacara sembayang untuk memanjangkan doa untuk yang telah 'pergi' buat selam-lamanya. Makananan kegemaran yang telah meninggal dunia selalunya disediakan untuk santapan mereka. Makanan tersebut akan dibiarkan seketika dihadapan gambar si mati yang kemudiannya akan di makan oleh anakanak si mati atau diberi kepada haiwan.

http://mstar.com.my/variasi/manusia_peristiwa/cerita.asp? file=/2009/10/10/mstar_manusia_peristiwa/20091010155551&sec =mstar_manusia_peristiwa

Tidak lama lagi penganut beragama Hindu akan merayakan perayaan Deepavali. Sebagai masyarakat dan warga sekolah yang berbilang kaum, marilah kita sama-sama melihat sejenak asal usul perayaan ini. Deepavali atau lebih dikenal sebagai Diwali di Benua Kecil India pada asalnya dirayakan oleh penduduk di bagian utara negara tersebut, khususnya penduduk Gujarat dan kaum Punjabi yang beragama Hindu dan Sikh. Pada perkembangannya kemudian, Diwali dirayakan oleh semua keturunan India dimanapun mereka berada, termasuk di Malaysia dimana perayaan ini dijadikan sebagai Perayaan Nasional. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalender Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya. Deepavali juga dirayakan sebagai Tahun Baru bagi umat Hindu India.

SEJARAH DAN MAKNA Ada beberapa versi cerita mengenai asal mula perayaan Deepavali. Versi yang cukup terkenal adalah kisah kemenangan Rama (titisan Dewa Vishnu atau Wisnu yang mengalahkan Rahwana (atau Dasamuka = Raksasa berkepala sepuluh). Rama adalah Pangeran dari Kerajaan Ayodhya yang demi membela kehormatan ayahnya bersedia dibuang ke hutan selama 14 tahun. Dalam pengembaraannya di hutan, istri Rama yang bernama Sitha di culik oleh rahwana. Maka dengan bantuan adiknya, Lakshman, dan Hanoman (kera raksasa) Rama berusaha membebaskan Sitha dan mengalahkan Rahwana yang dengan kekuatannya menyebarkan angkara murka di seluruh dunia.

Rama berhasil membunuh Rahwana dan membebaskan dunia dari kekuatan jahat. Ketika Rama, Sitha dan Lakshman kembali ke Ayodhya, semua penduduk negeri itu menyalakan lampu-lampu lilin kecil di sepanjang jalan dan berpesta menyambut kemenangan tersebut. Kemenangan Rama atas Rahwana dilambangkan sebagai kemenangan kebaikan melawan kekuatan jahat. Inilah makna terpenting dari perayaan Deepavali.

RITUAL DAN PERAYAAN

Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang berarti Cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Karena itu pada perayaan Deepavali, umat Hindu India menyalakan lampu-lampu sebagai lambang cahaya terang yang mengusir kegelapan dan kejahatan.

Pada malam Deepavali, disemua bagian rumah dinyalakan pelita (lampu minyak) kecil dari wadah tanah liat yang disebut diya/diva/panati. Ritual menyalakan pelita ini adalah sebuah bentuk penghormatan kepada Dewa atas berkat kesehatan, kekayaan, pengetahuan, kedamaian, keberanian, dan kemasyuran yang diterima sepanjang tahun.

Petasan dan kembang api beragam bentuk ikut dinyalakan untuk memeriahkan perayaan. Semua orang dari anak-anak, remaja, sampai orang tua ikut dalam permainan memasang petasan dan kembang api. Cahaya dari kembang api dan bunyi gemuruh hingar bingar petasan diyakini dapat mengusir kekuatan jahat yang melayang di udara, selain membawa kegembiraan bagi semua orang dari anak-anak sampai orang tua. setiap orang saling mengunjungi keluarga, kerabat, teman dan tetangga sambil saling memberikan ucapan selamat dan berdoa bagi kebahagaiaan dan kemakmuran bersama. Berbagai jenis makanan dan manisan dihidangkan sebagai pelengkap perayaan.

Sebuah ritual lain adalah pembuatan kolam, yaitu hiasan berbentuk bunga-bungaan beraneka corak dan warna yang diletakkan di pintu masuk rumah. Hiasan bunga-bungaan ini dibuat dari butiran-butiran beras aneka warna. Ada sebuah kepercayaan bahwa pada malam Deepavali, Dewi Lakshmi, Sang Dewi Kekayaan, akan berkunjung ke setiap rumah yang diterangi cahaya dan memberkati rumah tersebut. Hiasan kolam merupakan lambang penyembahan kepada Demi Lakshmi agar Sang Dewi sudi datang berkunjung dan memberi berkat kebahagiaan dan kekayaan bagi penghuni rumah.

http://skstfrancis.blogspot.com/2009/10/perayaan-deepavali.html\

Sambutan Deepavali diadakan selama lima hari di kebanyakan India Utara. Semua hari kecuali Deepavali dinamakan bersempena gelaran masing-masing dalam kalendar Hindu.1. Dhanatrayodashi atau Dhan teras: Dhan bermaksud "kekayaan" dan Trayodashi bermaksud "hari ke-13". Maka, seperti yang ditandakan dalam nama, hari ini jatuh pada hari ke-13 separuh kedua bulan qamari. Hari ini adalah bertuah untuk membeli-belah perkakas dan emas. Hari ini juga dianggap sebagai Jayanti Dewa Dhanvantri yang muncul ketika dewa-dewi dan iblis-iblis menggodak lautan besar.[1]

2. Naraka Chaturdashi: Chaturdashi ialah hari ke-14 yang menandakan Narakasura dibunuh, maka kebaikan menewaskan kejahatan dan cahaya mengatasi kegelapan (bahasa Gujarat: Kali Chaudas). Di India selatan, inilah hari perayaan yang sebenarnya. Orang Hindu bangun jauh lebih awal sebelum subuh seperti 2:00 pagi, bermandi minyak wangi dan memakai pakaian baru. Mereka menyala pelita kecil di keliling rumah dan melukis kolam/rangoli di luar kolam mereka. Mereka menjalankan puja istimewa dengan persembahan kepada Dewa Sri Krishna atau Dewa Sri Vishnu yang menyelamatkan dunia dari iblis Narakasura pada hari ini. Adalah dipercayai bahawa bermandi sebelum matahari terbit, apabila bintang masih berkelipan di langit, bersamaan dengan bermandi di Sungai Ganges yang suci. Maka, apabila orang bertegur sapa pada waktu pagi, mereka bertanya "Sudahkah kamu menjalankan Ganga Snaanam?". Selepas puja, kanak-kanak menyalakan bunga api menandakan kekalahan iblis itu. Oleh sebab inilah hari kegembiraan, ramai akan bersarapan dan bermakan tengah hari secara besar-besaran dan menziarahi saudara mara. Pada waktu petang, pelita dinyalakan lagi dan Dewi Lakshmi dipuja dan disembah hidangan istimewa. Pada hari ketiadaan bulan ini, ramai akan menyembah tarpana (penyembahan air dan biji bijan) istimewa kepada nenek moyang. Hari ini juga dipanggil Roop Chaturdashi 3. Lakshmi Puja: Lakshmi Puja, menandakan hari terpenting dalam sambutan Deepavali, apabila Lakshmi, dewi kekayaan dan Ganesha, dewa permulaan bertuah, dipuja oleh semua rumahtangga Hindu, disusuli penyalaan lampu di sepanjang jalan dan keliling rumah, untuk mengundang kemakmuran dan kesejahteraan. 4. Govardhan Puja: Juga dipanggil Annakut, hari ini disambut sebagai hari Krishna menewaskan Indra. Untuk Annakut setimbunan makanan dihiasi melambangkan gunung Govardhan diangkat Dewa Krishna. Di negeri Maharashtra hari ini disambut sebagai Padva atau BaliPratipada iaitu memperingati Raja Bali. Kaum lelaki memberikan hadiah kepada isteri mereka pada hari ini. 5. Bhaiduj (juga Bhayyaduj, Bhaubeej atau Bhayitika): pada hari ini, adikberadik bertemu untuk meluahkan rasa kasih sayang antara satu sama lain (Bahasa Gujarati: Bhai Bij; Bahasa Bengali: Bhai Phota). Kebanyakan perayaan India menyatukan keluarga, maka Bhaiduj menyatukan adikberadik yang sudah berkahwin, maka hari ini amat penting bagi mereka selaku adik-beradik. Perayaan ini amat lama, dan mendahului 'Raksha Bandhan', iaitu satu lagi perayaan adik-beradik yang disambut kini.

Sambutan Deepavali ini berbeza di rantau-rantau tertentu:

Di India Selatan, naraka chaturdashi ialah hari utama, dengan penyalaan mercun pada subuh. Pesta utama di India Utara adalah pada petang Amavasya (tiada bulan) dengan Lakshmi Puja, disusuli penyalaan pelita di keliling rumah.

Sambutan Deepavali di Malaysia

Di Malaysia, hari Deepavali disambut pada bulan ketujuh kalendar suria Hindu dan dijadikan cuti umum persekutuan di seluruh Malaysia. Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upucara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga. Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya diperbuat daripaja bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi, Dewi Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka. "Kolam" merupakan upacara keagamaan bagi penganut Hindu dan orang Islam adalah dilarang mengikutnya.