Dewan Eja
Kamus Dewan Edisi Keempat
Kamus Inggeris Melayu Dewan
Daftar Istilah
Pengenalan
Pendaftaran Dewan Eja Pro
Dewan Eja – Penyemak Ejaan
Penggunaan Dewan Eja dalam MS OfficeMenggunakan Dewan Eja dalam MS WordMenggunakan Dewan Eja dalam MS ExcelMenggunakan Dewan Eja dalam MS PowerPointMenggunakan Dewan Eja dalam MS AccessMenggunakan Dewan Eja dalam MS FrontPageMenyunting Kamus Pengguna
Menyemak Ejaan dalam Perisian Selain MS OfficeHalaman Opsyen dalam Panel Kawalan Dewan Eja Pro
Kamus Elektronik
PengenalanBagaimana Membuka/ Menutup Kamus ElektronikMencari Makna Perkataan
Mencari Makna Perkataan dengan Bar Gelintar Dewan Eja ProMencari Makna Perkataan dengan “CheckAnywhere”
Merujuk Sejarah PencarianKawalan dan Navigasi
Kawalan-kawalan dalam Kotak Dialog PencarianMaksud Butir-butir dalam Kotak KandunganMemilih antara Kamus Dewan Edisi Keempat, Kamus Inggeris Melayu Dewan dan Daftar Istilah
Menukarkan/ Menetapkan Posisi Kotak DialogSaiz Semula Kotak Dialog
EnsiklopediaBagaimana Berinteraksi dengan Tetingkap Ensiklopedia
OpsyenAktifkan/ Tutupkan Auto MulaAktifkan/ Tutupkan Auto Kemas Kini
Kependekan
Alih Keluar Komponen
Buang Pemasangan (“Uninstall”)
Soalan Yang Biasa Ditanya
Soalan UmumSoalan mengenai Dewan EjaSoalan mengenai kamus elektronik
1
2
5
56789
10101112
13
131415151618191920212222232325252627
33
35
37
383940
®
Pengenalan
Dewan Eja Pro adalah perisian terbaru keluaranThe Name Technology Sdn. Bhd.( ). Ia merupakankombinasi yang paling sempurna daripada perisianDewan Eja dan perisian kamus elektronik. Kini, anda boleh menyemak ejaan bahasa Melayudan menterjemah perkataan dengan perisianDewan Eja Pro!
2 Pendaftaran Dewan Eja Pro
Pendaftaran Dewan Eja Pro
Anda perlu mendaftarkan perisian ini dengan syarikat kami supaya kami mengetahui bahawa anda merupakanpengguna yang sah. Sebagai pengguna yang berdaftar, anda juga layak menerima bantuan teknikal daripada kami.Sekiranya anda tidak mahu mendaftar sekarang, perisian ini masih boleh berfungsi selama 60 hari dari hari pertamaia diaktifkan. Proses pendaftaran mengambil masa lebih kurang dua minit sahaja jika dilakukan melalui Internet.Berikut adalah caranya:
1. Klik butang “Start” di Bar Tugas Windows, kemudian klik menu “Programs”. 2. Klik menu “Dewan Eja Pro”, kemudian klik ikon “Panel Kawalan Dewan Eja Pro”.
3. Panel Kawalan Dewan Eja Pro akan menyenaraikan komponen-komponen yang telah dipasang.Klik butang “Daftar” bagi komponen yang anda ingin daftarkan.
4. Pendeta Pendaftaran akan dibuka. Lengkapkan borang ringkas yang dipaparkan. 5. Kemudian, anda boleh menghantar informasi itu...
• melalui Internet. Cara ini paling mudah. • melalui faks. Notepad akan dibuka. Cetakkan kandungan Notepad (File -> Print) lalu faks kepada kami
di +603 7803 2175. Kami akan faks balik nombor pendaftaran anda. Sila masukkan nombor tersebut.• melalui telefon. Notepad akan dibuka. Hubungi syarikat kami di +603 7803 2170 dan memberitahu
kami nombor siri dan ID mesin yang dipaparkan. Kami akan memberikan nombor pendaftaran anda.Sila masukkan nombor tersebut.
Langkah 1Isikan borang dalam Pendeta Pendaftaran
Langkah 2Isikan nombor siri dan pilih cara pendaftaran
3Pendaftaran Dewan Eja Pro
Daftar melalui Internet
Langkah 3Tunggu sebentar sementara pendaftaran dibuat melalui Internet.
Langkah 4Selesai! Mulakan semula aplikasi Dewan Eja Pro.
4 Pendaftaran Dewan Eja Pro
ATAU Daftar melalui telefon/ faks
Langkah 3Tekan “Cetak” atau “Papar”. Maklumat pendaftaranakan dibuka dalam Notepad. Faks maklumat ke +603 7803 2175 atau telefon +603 7803 2170.
Langkah 4Anda akan menerima nombor pendaftaran melalui telefon atau faks. Isikan nombor pendaftaran ke dalam ruangan Pendeta Pendaftaran.
Langkah 5Selesai! Mulakan semula aplikasi Dewan Eja Pro.
Penggunaan Dewan Eja dalam MS Office
Dewan Eja boleh berintegrasi dengan MS Office97/ 2000/ XP/ 2003. Anda hanya perlu membukaperisian MS Office seperti biasa, dan Dewan Ejatidak perlu diaktifkan sekali lagi.
6 Dewan Eja- Penyemak Ejaan
Menggunakan Dewan Eja dalam MS Word
Dewan Eja dapat berintegrasi dengan MS Word. Buka MS Word seperti biasa dan Bar Alat Dewan Eja akan bersedia.
Terdapat dua cara untuk menyemak ejaan dalam MS Word. Kesilapan ejaan akan ditandakan dengan garisan merah.Jika dokumen anda terlampau panjang, anda juga boleh menggunakan penyemak ejaan standard (menu Tools ->Spelling and Grammar atau tekan F7).
Semak seluruh dokumen dalam bahasa Melayu1. Dalam MS Word, klik butang . Kesilapan ejaan dalam bahasa Melayu akan ditandakan dengan
garisan merah. 2. Untuk mendapatkan cadangan pembetulan bagi perkataan yang digariskan, klik perkataan itu
dengan butang kanan tetikus.
Semak seluruh dokumen dalam bahasa Inggeris 1. Dalam MS Word, klik butang . Kesilapan ejaan dalam bahasa Inggeris akan ditandakan dengan
garisan merah. 2. Klik perkataan itu dengan butang kanan tetikus untuk mendapatkan cadangan pembetulan.
Semak sebahagian dokumen dalam bahasa MelayuDewan Eja menyokong penyemakan ejaan pelbagai bahasa dalam satu dokumen.1. Dalam dokumen, serlahkan bahagian yang dikehendaki. 2. Klik butang . Bahagian terserlah akan disemak oleh Dewan Eja. Kesilapan ejaan dalam
bahasa Melayu akan ditandakan dengan garisan merah.
Bahagian yang lain dalam dokumen akan terus disemak oleh penyemak ejaan bahasa Inggeris yang dibekalkan bersama MS Office.
Semak sebahagian dokumen dalam bahasa Inggeris1. Dalam dokumen, serlahkan bahagian yang dikehendaki. 2. Klik butang . Kesilapan ejaan dalam bahasa Inggeris akan ditandakan dengan garisan merah.
Semak dokumen yang panjangSekiranya dokumen terlalu panjang, penyemak ejaan standard boleh menyemak dengan lebih cepat keranaia hanya berhenti pada perkataan tersilap.1. Klik butang . 2. Klik menu “Tools” -> “Spelling and Grammar” atau tekan “F7”. 3. Kotak dialog penyemak ejaan standard akan dipaparkan apabila kesilapan dijumpai.
7Dewan Eja- Penyemak Ejaan
Menggunakan Dewan Eja dalam MS Excel
Dalam MS Excel XPDewan Eja dalam MS Excel berfungsi berlainan berbanding dengan MS Word. Ia tidak menggariskan perkataan yangtersilap ejaannya. Bar Alat Dewan Eja juga tidak dipasang dalam MS Excel. Untuk menyemak ejaan:
Pilih bahasa1. Dalam MS Excel, klik menu “Tools”. Klik “Options”.2. Klik tab “Spelling”.3. Dalam kotak kombo “Dictionary Language”, pilih “Malay”.4. Tekan butang “OK”.
Lancarkan penyemak ejaan1. Klik menu “Tools”. Klik “Spelling”, atau anda juga boleh menekan kekunci “F7”.
Dalam MS Excel versi sebelum XPMS Excel versi lama tidak mengandungi fungsi penukaran bahasa. Oleh itu, anda mesti menggunakan Panel KawalanDewan Eja Pro untuk menukarkan bahasanya.
Pilih bahasa1. Klik butang “Start” pada Bar Tugas Windows, kemudian klik “Programs”. 2. Klik “Dewan Eja Pro”, selepas itu klik “Panel Kawalan Dewan Eja Pro”. 3. Klik butang “Opsyen”.4. Klik ikon “Menyemak ejaan dalam MS Excel”.
Lancarkan penyemak ejaan1. Dalam MS Excel, klik menu “Tools”. Klik “Spelling”, atau anda juga boleh menekan kekunci “F7”.
8 Dewan Eja- Penyemak Ejaan
Menggunakan Dewan Eja dalam MS PowerPoint
Dalam MS PowerPoint 2000 atau XPDewan Eja turut berfungsi berlainan dalam MS PowerPoint. Bar Alat Dewan Eja tidak dipasangkan.
Terdapat dua cara untuk menyemak ejaan dalam MS PowerPoint. Kesilapan ejaan akan ditandakan dengan garisan merah. Jika dokumen anda terlampau panjang, anda juga boleh menggunakan penyemak ejaan standard (Tools -> Spelling atau tekan “F7”). Untuk menyemak ejaan:
1. Dalam dokumen PowerPoint, serlahkan bahagian yang dikehendaki. 2. Klik menu “Tools”, kemudian pilih menu “Language”. 3. Dalam kotak senarai “Language” yang dipaparkan, pilih “Malay”. Kesilapan ejaan dalam bahasa Melayu
akan ditandakan dengan garisan merah. 4. Untuk mendapatkan cadangan pembetulan bagi perkataan yang digariskan, klik perkataan itu dengan
butang kanan tetikus.
Dalam MS PowerPoint versi sebelum 2000MS PowerPoint versi lama tidak mengandungi fungsi penukaran bahasa. Oleh itu, anda harus menggunakan Panel Kawalan Dewan Eja Pro untuk menukarkan bahasanya.
Pilih bahasa1. Klik butang “Start” pada Bar Tugas Windows, kemudian klik “Programs”. 2. Klik “Dewan Eja Pro”, kemudian klik “Panel Kawalan Dewan Eja Pro”. 3. Klik butang “Opsyen”.4. Klik ikon “Menyemak ejaan dalam MS PowerPoint”.
Lancarkan penyemak ejaan1. Dalam MS PowerPoint, klik menu “Tools”. Klik “Spelling”, atau anda juga boleh menekan kekunci “F7”.
9Dewan Eja- Penyemak Ejaan
Menggunakan Dewan Eja dalam MS Access
Dalam MS Access XPDalam MS Access, Dewan Eja tidak menggariskan perkataan yang tersilap ejaannya. Bar Alat Dewan Eja juga tidakdipasang dalam MS Access. Untuk menyemak ejaan:
Pilih bahasa1. Dalam MS Access, klik menu “Tools”, kemudian klik “Options”.2. Klik tab “Spelling”.3. Dalam kotak kombo “Dictionary Language”, pilih “Malay”.4. Tekan butang “OK”.
Lancarkan penyemak ejaan1. Klik menu “Tools”. Klik “Spelling”, atau anda juga boleh menekan kekunci “F7”.
Dalam MS Access versi sebelum XPMS Access versi lama tidak mengandungi fungsi penukaran bahasa. Oleh itu, anda harus menggunakan Panel Kawalan Dewan Eja Pro untuk menukarkan bahasanya.
Pilih bahasa1. Klik butang “Start” pada Bar Tugas Windows, kemudian klik “Programs”. 2. Klik “Dewan Eja Pro”, kemudian klik “Panel Kawalan Dewan Eja Pro”. 3. Klik butang “Opsyen”.4. Klik ikon “Menyemak ejaan dalam MS Access”.
Lancarkan penyemak ejaan1. Dalam MS Access, klik menu “Tools”. Klik “Spelling”, atau anda juga boleh menekan kekunci “F7”.
10 Dewan Eja- Penyemak Ejaan
Menggunakan Dewan Eja dalam MS FrontPage
Dalam MS FrontPage,
1. Pilih menu “File”. Kemudian, pilih “Properties”. 2. Klik tab “Language”.3. Dalam kotak kombo “Mark current document as...”, pilih “Malaysian”.
Nota Penting:Untuk kesilapan ejaan pada MS FrontPage versi XP, ia sentiasa menyemak ejaan dalam bahasa Inggeris walaupun anda telah memilih bahasa Melayu. Oleh itu, Office XP Service Pack 1 perlu dipasangkan untuk menyelesaikan masalah ini.
Menyunting Kamus Pengguna
Anda boleh mengemaskinikan kamus pengguna pada MS Word.
1. Dalam MS Word, klik menu “Tools”. Kemudian, klik “Options”. Sebuah kotak dialog bertajuk “Options” akan dipaparkan.
2. Klik butang “Custom Dictionaries”.3. Pilih kamus yang anda ingin suntingkan, kemudian klik butang “Modify” atau “Edit”.
Selepas itu, anda boleh menambah, menggugurkan atau menukar perkataan-perkataan dalam kamus.
11Dewan Eja- Penyemak Ejaan
Menyemak Ejaan dalam Perisian Selain MS Office
Teknologi “Spell Check Anywhere” dan “AutoCorrect Anywhere”Kami menggunakan teknologi inovatif ini untuk mengesan proses penaipan anda dalam mana-mana aplikasi Windows. Taip sahaja -- apabila Dewan Eja mengesan kesilapan ejaan, ia akan berbunyi “beep” lalu memaparkan cadangan-cadangan yang sesuai dalam kotak dialog.
Anda tidak perlu mengaktifkan fungsi ini jika anda ingin menyemak ejaan dalam MS Office, kerana Dewan Eja sudah berintegrasi dengan semua aplikasi MS Office.
Aktifkan “Spell Check Anywhere”1. Klik butang “Start” pada Bar Tugas Windows, kemudian klik “Programs”.2. Klik “Dewan Eja Pro”, kemudian klik ikon “Panel Kawalan Dewan Eja Pro”.3. Klik butang “Opsyen”.4. Klik ikon “Menyemak ejaan dalam perisian lain”. Tandakan pada kotak “Spell Check Anywhere”.
Kemudian, dalam mana-mana aplikasi sahaja, anda boleh • klik cadangan yang dikehendaki, atau• tekan CTRL-1, CTRL-2 atau CTRL-3 untuk memilih cadangan yang dikehendaki.
Perbezaan antara penyemakan ejaan dalam MS Office dengan perisian lain• Dalam perisian selain MS Office, Dewan Eja tidak dapat menggariskan kesilapan ejaan secara automatik.
Ia berbunyi dan memaparkan kotak dialog untuk mengingatkan anda bahawa kesilapan telah dijumpai. • Oleh kerana Dewan Eja mengesan proses penaipan dalam perisian selain MS Office, dokumen yang
sedia ada tidak dapat disemak. Hanya dokumen baru yang sedang diproses dapat dikesan.
12 Dewan Eja- Penyemak Ejaan
Halaman Opsyen dalam Panel Kawalan Dewan Eja Pro
Halaman opsyen Dewan Eja Pro dalam Panel Kawalan Dewan Eja Pro digunakan untuk:• menyemak ejaan di luar MS Office dengan “Spell Check Anywhere”. • menukarkan bahasa dalam Excel, PowerPoint, dan Access versi sebelum 2000.
Kamus PenggunaKamus pengguna ialah senarai kata peribadi pengguna. Perkataan-perkataan yang ditambah ke dalam senarai ini akan dianggap betul oleh Dewan Eja dan tidak digariskan merah. Misalnya, anda boleh menambah nama andake dalam kamus pengguna.
Anda perlu cipta sebuah kamus pengguna baru sebelum menambah perkataan baru. Tekan butang Kamus Penggunauntuk mencipta kamus pengguna baru, atau menambah kamus pengguna yang sedia ada. Kemudian, anda bolehmenambah perkataan baru.
Anda juga boleh menambah perkataan ke dalam senarai “AutoCorrect Anywhere”. Apabila “AutoCorrect Anywhere”diaktifkan, perkataan-perkataan dalam senarai ini akan digantikan secara automatik.
“AutoCorrect Anywhere” dan “AutoCorrect” dalam MS Office merupakan dua sistem yang berasingan.Oleh kerana itu, jika anda menambah sepatah perkataan baru ke “AutoCorrect” MS Office, perkataan itu tidak akan ditambah ke dalam senarai “AutoCorrect Anywhere”.
Menukarkan bahasa dalam MS Excel dan MS Access versi sebelum 2000Versi lama Excel dan Access tidak mengandungi fungsi pertukaran bahasa. Gunakan Panel Kawalan Dewan Eja Prountuk menukarkan bahasa bagi perisian-perisian tersebut.
Pengenalan
Komponen Dewan Eja Pro adalah perisian kamuselektronik yang berintegrasi dengan “Wikipedia, the free encyclopedia” yang sentiasa tersedia.Serlahkan sahaja sepatah perkataan dengan tetikus,dan maksud perkataan itu akan dipaparkan dengansegera. Kamus elektronik berfungsi dalam semuaperisian Windows. Jadi, apabila anda menjumpaiperkataan-perkataan yang baru, sama ada dalamInternet Explorer, Microsoft Office atau perisian lain,anda hanya perlu serlahkannya untuk mempelajariperkataan baru tersebut.
Berikut adalah ciri-ciri utama bagi kamus elektronik:• Mengandungi tiga buah kamus utama:
• Kamus Dewan Edisi Keempat (lebih daripada 49,000 entri*).• Kamus Inggeris Melayu Dewan (lebih daripada 47,000 entri*). • Daftar Istilah yang mengandungi terminologi terjemahan (lebih daripada 267,000 entri*).
*Jumlah entri termasuk kata dasar dan kata terbitan.• Mengandungi lebih daripada 35,000 topik ensiklopedia terpilih dari “Wikipedia,
the free encyclopedia.”• Rujuk-silang: boleh mencari makna dalam bahasa Melayu bagi perkataan bahasa Inggeris
dan sebaliknya.• Teknologi “CheckAnywhere” yang berfungsi dalam semua perisian Windows.
14 Kamus Elektronik
Bagaimana Membuka/ Menutup Kamus Elektronik
Kamus elektronik dibuka secara automatik apabila Windows dimulakan.
Untuk memastikan sama ada kamus elektronik aktif atau tidak, sila lihat “System Tray” yang biasanya terdapat padabahagian bawah sebelah kanan skrin. Ikon kamus elektronik akan dipaparkan jika aktif.
Jika kamus elektronik tidak aktif atau telah ditutup, terdapat 2 cara untuk membukanya semula:
Cara 11. Klik butang “Start” pada Bar Tugas Windows, kemudian klik “Programs”.2. Klik “Dewan Eja Pro”.3. Klik ikon “Kamus Elektronik Dewan Eja Pro”.
Cara 21. Aktifkan “Desktop”. 2. Anda akan menjumpai ikon “Shortcut to Kamus Elektronik Dewan Eja Pro”.
Klik dua kali pada ikon tersebut.
Terdapat 2 cara untuk menutup kamus elektronik.
Cara 11. Klik butang pada kamus elektronik jika ia masih berada pada skrin anda. (bukan dalam mod sembunyi)
Cara 21. Klik butang kanan tetikus pada ikon kamus elektronik dalam “System Tray”. 2. Klik “Keluar” pada menu timbul yang dipaparkan.
Mencari Makna Perkataan
Mencari Makna Perkataan dengan Bar Gelintar Dewan Eja Pro
1. Taipkan perkataan dalam kotak kombo.
2. Klik butang di sebelah kanan kotak kombo atau tekan kekunci “Enter” pada papan kekunci. 3. Hasil pencarian akan dipaparkan pada kotak dialog pencarian.
TipAnda boleh Salin (“copy”) dan Tampal (“paste”) perkataan dari mana-mana dokumen ke dalam Bar Gelintar Dewan Eja Pro.
Bagaimana Menyembunyikan/ Memaparkan Bar GelintarAnda boleh menyembunyikan Bar Gelintar Dewan Eja Pro dengan klik butang . “CheckAnywhere”, jika telah diaktifkan, akan terus berfungsi biar pun Bar Gelintar tersembunyi.
Untuk memaparkan Bar Gelintar semula, sila klik dua kali pada ikon Dewan Eja Pro dalam “System Tray”. Anda juga boleh klik butang kanan tetikus pada ikon tersebut dan memilih “Buka Dewan Eja Pro” pada menu yang dipaparkan.
15Kamus Elektronik
16 Kamus Elektronik
Mencari Makna Perkataan dengan “CheckAnywhere”
Cara 1: Serlah Sahaja
Dalam perisian yang berkenaan: 1. Serlahkan perkataan yang dikehendaki dan lepaskan butang tetikus; atau dwiklik perkataan yang dikehendaki.
Kebanyakan perisian Windows menganggap dwiklik sebagai penyerlahan pada perkataan itu.2. Setelah melepaskan butang tetikus, tinggalkan kursor tetikus pada tempat yang asal, dan satu label kecil
Dewan Eja Pro akan wujud di sebelahnya sebentar lagi.
3. Klik label itu dan hasil pencarian akan dipaparkan pada kotak dialog kandungan.
TipSekiranya anda tidak ingin mencari makna perkataan yang diserlahkan itu, teruskan sahaja kerja anda.Label Dewan Eja Pro akan bersembunyi secara automatik jika aktiviti papan kekunci atau tetikus dikesan.Fungsi ini amat bijaksana dan tidak akan mengganggu kerja anda.
Cara 2: Alt-SerlahCara ini berbeza dengan cara serlah sahaja kerana kotak dialog kandungan akan dipaparkan serta-merta.
Dalam perisian yang berkenaan: 1. Tekan kekunci “Alt” tanpa melepaskannya.
• Dengan kekunci “Alt” tertekan, serlahkan perkataan yang dikehendaki dan lepaskan butang tetikus; atau,• Dengan kekunci “Alt” tertekan, dwiklik perkataan yang dikehendaki. Kebanyakan perisian Windows
menganggap dwiklik sebagai penyerlahan pada perkataan itu.
2. Hasil pencarian akan dipaparkan pada kotak dialog kandungan.
Tip• Pastikan “CheckAnywhere” telah diaktifkan.
• Apabila anda menggunakan cara “Alt-Serlah” pada sepatah perkataan, pastikan anda melepaskan butang tetikus dahulu sebelum melepaskan kekunci “Alt”. Jika kekunci “Alt” dilepaskan di tengah proses penyerlahan, “CheckAnywhere” akan menganggap proses pencarian itu dibatalkan.
Bagaimana Aktifkan/ Tutupkan “CheckAnywhere”
1. Klik butang kanan tetikus pada ikon Dewan Eja Pro dalam “System Tray”. 2. Pada menu timbul, tanda semak di sebelah “Gunakan CheckAnywhere (Alt-Serlah)” dan
“Gunakan CheckAnywhere (Serlah sahaja)” menunjukkan bahawa kedua-dua mod “CheckAnywhere”adalah aktif. Jika tanda semak tersebut tidak ada, maknanya “CheckAnywhere” belum diaktifkan.
3. Klik “Gunakan CheckAnywhere” pada menu timbul tersebut untuk mengaktifkan atau menutupkan kedua-dua atau salah satu mod “CheckAnywhere”.
17Kamus Elektronik
18 Kamus Elektronik
Merujuk Sejarah Pencarian
Sebanyak 10 perkataan yang terakhir dicari akan direkodkan sebagai sejarah pencarian.
Berikut adalah fungsi-fungsi bagi setiap butang sejarah:1. Klik butang , untuk merujuk kepada maksud perkataan sebelumnya.2. Klik butang , untuk merujuk kepada maksud perkataan pertama.3. Klik butang , untuk merujuk kepada maksud perkataan selepasnya.4. Klik butang , untuk merujuk kepada maksud perkataan terakhir.
19Kamus Elektronik
Kawalan dan Navigasi
Kawalan-kawalan dalam Kotak Dialog Pencarian
Kawalan-kawalan yang disediakan dalam Kotak Dialog Pencarian:
1. Pin
2. Butang-butang sejarah
3. Pandangan
Kamus Dewan 4/
Kamus BI-BM/
Daftar Istilah (Tab)
4. Kotak Kandungan
5. Pautan ensiklopedia
6. Bantuan
7. Tutup
Untuk menukarkan/ menetapkan posisiKotak Dialog Pencarian.
Untuk merujuk sejarah pencarian.
Untuk memilih antara komponen-komponen kamus elektronik yang telah dipasang.
Maklumat yang dicari akan dipaparkan di sini.
Jika komponen ensiklopedia telah dipasang, klik pautan ini untuk membuka tetingkap ensiklopedia.
Menerangkan maksud kependekan dalamkotak kandungan.
Tutup Kotak Dialog Pencarian.
20 Kamus Elektronik
Maksud Butir-butir dalam Kotak Kandungan
Butir-butir dalam kotak kandungan:
Jika perkataan yang dipilih itu tiada dalam kamus, Dewan Eja Pro akan cuba mencari dan memaparkan perkataan yang terdekat ejaannya.
TipAnda boleh serlah atau alt-serlah pada perkataan-perkataan dalam kotak kandungan untuk mencari maksudnya.
1. Perkataan yang dipilih
2. Perkataan yang dijumpai
3. Maksud-maksud
yang dijumpai
4. Pautan ensiklopedia
Perkataan yang dirujuk sama ada denganmenggunakan Bar Gelintar ataupun“CheckAnywhere”.
Perkataan yang dijumpai akan melebihi satu jika perkataan tersebut mempunyaikelas kata atau kategori yang berlainan.
Memaparkan segala erti yang berkaitan dengan perkataan yang dijumpai.
Jika komponen ensiklopedia telah dipasang, klik pautan ini untuk membukatetingkap ensiklopedia.
Memilih antara Kamus Dewan Edisi Keempat,Kamus Inggeris Melayu Dewan dan Daftar IstilahTab-tab pada kotak kandungan menunjukkan komponen kamus yang telah dipasang. Klik tab-tab tersebut untuk memilih komponen kamus yang dikehendaki.:
1. Pandangan Kamus Dewan Edisi Keempat (Tab “Kamus Dewan 4”).
2. Pandangan Kamus Inggeris Melayu Dewan (Tab “Kamus BI-BM”).
3. Pandangan Daftar Istilah (Tab “Daftar Istilah”).
21Kamus Elektronik
22 Kamus Elektronik
Menukarkan/ Menetapkan Posisi Kotak Dialog
Anda boleh menggerakkan kotak dialog dengan menyeret (drag) ruangan kuning di bahagian atas.
Untuk menyembunyikan kotak dialog, klik mana-mana sahaja di luar kotak dialog.
Untuk menetapkan posisi kotak dialog dan menunjukkannya secara “sentiasa di atas” (always on top), klik butang .Sebaliknya, klik butang agar kotak dialog kembali ke keadaan asal.
Saiz Semula Kotak Dialog
Anda boleh membesarkan atau mengecilkan kotak dialog dengan menyeret sempadan kotak dialog.
23Kamus Elektronik
Ensiklopedia
Bagaimana Berinteraksi dengan Tetingkap Ensiklopedia
Apabila anda klik pautan dalam kotak kandungan, tetingkap ensiklopedia akan dibuka dan kandungan topikberkenaan dipaparkan.
Perkataan-perkataan bergaris yang berwarna biru merupakan pautan-pautan ke topik ensiklopedia yang berlainan.Klik pautan itu untuk membuka topik berkenaan.
Perkataan-perkataan bergaris yang berwarna hijau merupakan pautan-pautan ke tapak web di Internet. Anda perlumenyambung kepada Internet untuk membuka pautan-pautan tersebut.
Untuk mencari topik-topik ensiklopedia, masukkan perkataan-perkataan yang ingin dicari pada kotak “Search” di atas,dan tekan “Search”. Hasil pencarian akan disenaraikan.
TipJika “CheckAnywhere” telah diaktifkan, anda boleh menyerlahkan mana-mana perkataan dalam laman ensiklopediauntuk mencari makna yang berkaitan dalam bahasa Melayu.
24 Kamus Elektronik
Opsyen
Aktifkan/ Tutupkan Auto Mula
Auto Mula berfungsi untuk mengaktifkan kamus elektronik secara automatik semasa komputer anda dibuka.
1. Klik butang kanan tetikus pada ikon Dewan Eja Pro dalam “System Tray”. 2. Pada menu timbul, tanda semak di sebelah Auto Mula menunjukkan bahawa fungsi ini telah diaktifkan.
Jika tanda semak tersebut tiada, bermakna fungsi ini belum diaktifkan. 3. Klik Auto Mula pada menu timbul tersebut untuk mengaktifkan atau menutupkan Auto Mula.
25Kamus Elektronik
26 Kamus Elektronik
Aktifkan/ Tutupkan Auto Kemas Kini
Auto Kemas Kini berfungsi untuk memeriksa pengemaskinian secara automatik dari Internet selepas anda mengaktifkan kamus elektronik.
1. Klik butang kanan tetikus pada ikon Dewan Eja Pro dalam “System Tray”.2. Pada menu timbul, tanda semak di sebelah Auto Kemas Kini menunjukkan bahawa fungsi ini telah diaktifkan.
Jika tanda semak tersebut tiada, bermakna fungsi ini belum diaktifkan. 3. Klik Auto Kemas Kini pada menu timbul tersebut untuk mengaktifkan atau menutupkan Auto Kemas Kini.
NotaSekiranya terdapat versi yang lebih baru, ia akan memberitahu anda dengan kotak dialog timbul seperti yang ditunjukkan di bawah:
Kependekan
Kamus Dewan Edisi Keempat
27Kamus Elektronik
Kependekan
ArBrCIBIdJhJkJwKdKlMl
Makna Kependekan Makna
MnNSPhPlPnPrSbSiSlSrTr
ArabBruneiCinaIndonesia-BelandaIndonesiaJohorJakartaJawaKedahKelantanMelaka
MinangkabauNegeri SembilanPahangPerlisPulau PinangPerakSabahSingapuraSelangorSarawakTerengganu
Kependekan
bdbhbkbknbpdgndlldlmdrdrpddsbkepkikpdkrnlwn
Makna Kependekan Makna
mispdprdsbgsjslsptsrssossttdkthdpttgutkyg
bahasa dalambahasa halusbahasa kasarberkenaan (dengan)bahasa percakapandengandan lain-laindalamdaridaripadadan sebagainyakependekankiasankepadakeranalawan
misalnyapadaperibahasasebagaisejenissastera lamasepertiseruanseseorangsesuatutidakterhadaptentanguntukyang
Kependekan
AntBioCetakEkoFizGeoGeogHutKejKimKom
Makna Kependekan Makna
KompLinMatMuzPsiSasSbinaSejTaniUbatUdg
antropologibiologipercetakanekonomiFizikgeologigeografiperhutanankejuruteraankimiakomunikasi
komputerlinguistikmatematikseni muzikpsikologikesusasteraanseni binasejarahpertanianperubatanundang-undang
Kependekan
abbrev
(act.)
adj
adv
(aeron)
(agric)
(anat)
(anthrop)
(antiq)
approp
approx
(archaeol)
(archit)
(arith)
assoc
(astrol)
(astron)
(attrib)
(Austral)
aux
(biochem)
(biol)
(bot)
(chem)
(cinemat)
(colloq)
comb. form
compar
Makna Kependekan Makna
(meteorol)
(mil)
(miner.)
(mus)
(mythol)
(naut)
(NZ)
n
obj
(obs)
(obstet)
occas
o’s
os
(Parl)
(pass.)
pp
pt
(pathol)
pers pron
(pharm)
(philos)
(phon)
(photog)
phr
(phys)
abbreviated(d), abbreviation
active
adjective, adjectival
adverb, adverbial
aeronautics, aeronautical
agriculture, agricultural
anatomy, anatomical
anthropology, anthropological
antiquities
appropriate
approximate, approximately
archaeology, archaeological
architecture, architectural
arithmetic, arithmetical
associated
astrology, astrological
astronomy, astronomical
attributive
Australia, Australian
auxiliary
biochemistry, biochemical
biology, biological
botany, botanical
chemistry, chemical
cinematography
colloquial(ly)
combining form
comparative
meteorology, meteorological
military
mineralogy, mineralogical
music(al)
mythology, mythological
nautical
New Zealand
noun, nominal
object
obsolete
obstetrics, obstetrical
occasionally
one’s
oneself
Parliament, Parliamentary
passive
past participle
past tense
pathology, pathological
personal pronoun
pharmacy, pharmaceutics,pharmaceutical
philosophy, philosophical
phonetics, phonetic, phonology, phonological
photography,photographic(al)
phrase, phrasal
physics, physical
28 Kamus Elektronik
Kamus Inggeris Melayu Dewan
conj
def
dem
(derog)
(eccles)
(ecol)
(econ)
(electr)
(engin)
esp
(euphem)
fem
(fig.)
foll
(fml)
freq
(gen)
(geog)
(geol)
(geom)
(gram.)
(hist)
(hort)
immed
imper
impers
imcl
(physiol)
(poet.)
(polit)
(pop.)
poss
(pred)
pref
prep
pres p
pres t
pron
(psychol)
ref
(refl)
(tdmk)
rel
rel to
(rhet)
(relig)
(RC)
sing.
(sl)
(sociol)
so.
so’s
st
specif
subj
conjunction
definite
demonstrative
derogatory
ecclesiastical
ecology, ecological
economics, economic
electricity, electric, electronics
engineering
especially
euphemism, euphemistic,euphemistically
feminine
figurative(ly)
followed, following
formal(ly)_
frequent(ly)
general(ly)
geography, geographical
geology, geological
geometry, geometric(al)
grammar, grammatical
history, historical
horticulture, horticultural
immediate(ly)
imperative
impersonal
including, inclusive
physiology
poetry, poetical(ly)
politics, political
popular
possessive
predicate, predicative
prefix
preposition/ prepositional
present participle
present tense
pronoun
psychology, psychological
referring
reflexive
registered trademark
related, relative
relating to
rhetorical(ly)
religion, religious
Roman Catholic(ism)
singular
slang
sociology, sociological
someone
someone’s
something
specific, specifically
subject
29Kamus Elektronik
Kependekan Makna Kependekan Makna
indic
indef
infin
(infml)
(in pl)
interj
interrog
irreg
(journ)
(leg.)
(ling)
(lit.)
(liter.)
masc
(math)
(mech)
(med)
suf
superl
(surg)
(surv)
(tech)
(theatr)
(theol)
(typogr)
(UK)
(US)
usu
var
v
vi
vt
(vulg)
(zool)
indicative, indicating
indefinite
infinitive
informal(ly)
in plural
interjection
interrogative
irregular(ly)
journalism, journalistic
law, legal
linguistics, linguistic
literal(ly)
literature, literary
masculine
mathematics, mathematical
mechanics, mechanical
medicine, medical
suffix
superlative
surgery, surgical
surveying
technical
theatre, theatrical
theology, theological
typography, typographical
United Kingdom
United States
usually
variant
verb, verbal
intransitive verb
transitive verb
vulgar
zoology, zoological
Kependekan Makna Kependekan Makna
30 Kamus Elektronik
Kependekan
ABRT
AERON
ANGKUT
ANT
ARKEOL
ASEK
ASTR
Makna Kependekan Makna
NIAGA
OLAH
P.JAS
PBDR
PEM.MAN
PERD
Angkat Berat
Aeronautik
Teknologi Pengangkutan
Antropologi
Arkeologi
Alam Sekitar
Astronomi
Pentadbiran Perniagaan
Olahraga
Pendidikan Jasmani
Perancangan danPembangunan Bandar
Pembangunan Manusia
Perdagangan
Daftar Istilah
BAD
BANK
BIO
CETAK
CORM
CUKAI
DIDIK
DOMS
DRAMA
DUDUK
EKO
FALS
FARM
FESYEN
FILO
FIZ
FOTO
GEO
GEOG
GIGI
GMA
GMR
GRAF
GSBJ
GSBP
HARTA
HDRGEO
HID
PLBR
PLCGN
PNRSPP
POLI
POS
PSI
PUISI
PUS
RAG
REN
SAJIAN
SANYAM
SAS
SATANAH
SEJ
SENB
SETIA
SKU
SLUKIS
SNUK
SOS
SRP
STENUN
SUK
SUKIR
TADB
TANI
TASA
Badminton
Perbankan
Biologi
Percetakan/Penerbitan
Corak dan Motif
Percukaian
Pendidikan
Domestik
Drama dan Teater
Kependudukan
Ekonomi
Falsafah
Farmasi
Seni Reka Fesyen
Filologi
Fizik
Fotografi
Geologi
Geografi
Pergigian
Gimnastik Artistik
Gimrama
Grafik
Bola Jaring
Boling Padang
Hartanah
Hidrogeologi
Hidrologi
Pelaburan
Pelancongan
Perniagaan dan Pertubuhan
Sains Politik
Pos
Psikologi
Puisi
Perpustakaan
Ragbi
Renang
Penginapan dan Penyajian
Seni Anyam
Kesusasteraan
Sains Tanah
Sejarah
Seni Bina
Kesetiausahaan
Skuasy
Seni Lukis
Sains Nuklear
Sosiologi
Seni Reka Perindustrian
Seni Tenun
Sukan
Seni Ukir
Pentadbiran
Pertanian
Teknologi Angkasa
Kependekan Makna Kependekan Makna
31Kamus Elektronik
HOK
HUT
IKAN
INS
IPET
JAWAT
KEJ
KER
KIM
KOM
KOMPU
KRDO
KRI
KTER
LBAS
LIN
LOGAM
LYR
MARIN
MAT
MUZ
TATAKIM
TEKMA
TEKSTIL
TEM
TINJ
TMAK
TOP
TRT
TSM
TTRA
UBAT
UDG
UKUR
UM
UMSRTKB
UMTEPJR
URUS
VET
WARNA
WAU
ZOO
Hoki
Perhutanan
Perikanan
Insurans
Industri Petroleum
Perjawatan
Kejuruteraan
Industri Pembuatan Kereta
Kimia
Komunikasi
Komputer
Sukan Karate-Do
Kriket
Industri PembuatanKapal Terbang
Lumba Basikal
Linguistik
Seni Reka Logam
Pelayaran
Teknologi Marin
Matematik
Muzik
Tatanama Kimia
Sains dan Teknologi Makanan
Tekstil
Menembak
Tinju
Teknologi Maklumat
Teknologi dan Gentian Optik
Tadbir Rumah Tangga
Teknologi Sains Mineral
Angkatan Tentera
Perubatan
Undang-Undang
Ukur dan Pemetaan
Umum
Persuratkhabaran
Tel. Elektrik & Panduan Jalan Raya
Pengurusan
Veterinar
Warna
Permainan Tradisional
Zoologi
Kependekan Makna Kependekan Makna
32 Kamus Elektronik
34 Alih Keluar Komponen
Alih Keluar Komponen
1. Klik butang “Start” pada Bar Tugas Windows, kemudian klik menu “Programs”.2. Klik menu “Dewan Eja Pro”.3. Klik ikon “Panel Kawalan Dewan Eja Pro”. Komponen-komponen yang telah dipasang akan disenaraikan.4. Klik butang “Alih Keluar” di sebelah komponen yang anda ingin mengalih keluar.
36 Buang Pemasangan (“Uninstall”)
Buang Pemasangan (“Uninstall”)
Fungsi Buang Pemasangan akan membuangkan semua fail aplikasi dan komponen-komponen Dewan Eja Pro.Untuk mengalih keluar sesuatu komponen sahaja, sila gunakan Panel Kawalan Dewan Eja Pro.
Untuk membuang pemasangan Dewan Eja Pro:1. Klik butang “Start” pada Bar Tugas Windows, kemudian klik menu “Programs”.2. Klik menu “Dewan Eja Pro”.3. Klik ikon “Buang Pemasangan”. Selepas itu, Kotak Dialog “Select Uninstall Method” akan dipaparkan.4. Klik butang “Next”. Kemudian, Dialog “Perform Uninstall” akan dipaparkan.
5. Klik butang “Finish”.
Soalan Umum
1. Mengapa saya perlu mendaftarkan Dewan Eja Pro?Anda perlu mendaftarkan Dewan Eja Pro supaya syarikat boleh memberikan keutamaan perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan yang sah. Pengguna-pengguna yang berdaftar akan menikmati: • Bantuan teknikal daripada syarikat . • Harga istimewa apabila menaiktarafkan (upgrade) perisian Dewan Eja Pro. • Maklumat terkini tentang perisian .
Selepas pendaftaran, komponen Dewan Eja Pro akan berfungsi sepenuhnya. Komponen yang tidak berdaftar mempunyai tempoh penggunaan selama 60 hari sahaja.
38 Soalan Yang Biasa Ditanya
39Soalan Yang Biasa Ditanya
Soalan mengenai Dewan Eja
1. Mengapa MS Word langsung tidak menggariskan kesilapan ejaan?Mungkin sekali anda telah menutup fungsi penyemakan ejaan MS Word. Untuk mengaktifkan fungsi ini:• Dalam MS Word, klik menu “Tools”, kemudian klik “Options”. • Klik tab “Spelling and Grammar”. • Pastikan kotak “Check spelling as you type” ditandakan. • Pastikan kotak “Hide spelling errors in this document” tidak ditandakan. • Jika anda ingin menyemak perkataan yang semuanya HURUF BESAR, pastikan kotak “Ignore words
in UPPERCASE” tidak ditandakan.
2. Mengapa MS Word menggariskan tiap-tiap perkataan dalam dokumen saya?Anda belum mengaktifkan Dewan Eja untuk dokumen itu. Penyemak ejaan bahasa Inggeris masih aktif, dan ia menganggap semua perkataan bahasa Melayu adalah kesilapan perkataan bahasa Inggeris.
Klik butang supaya dokumen ini dianggap sebagai dokumen bahasa Melayu dan Dewan Eja diaktifkan.
3. Mengapa Dewan Eja menggariskan perkataan yang betul ejaannya?Dewan Eja tidak mengandungi sesetengah perkataan. Misalnya, kata nama khas seperti nama orang, nama tempat dan lain-lainnya. Jika anda pasti bahawa perkataan itu betul, anda boleh menambah perkataan itu ke dalam “Kamus Pengguna” supaya ia akan dianggap betul.
4. Saya gunakan MS FrontPage. Walaupun saya sudah memilih “Malaysian” sebagai bahasa aktif, nampaknya FrontPage masih menyemak dokumen dalam bahasa Inggeris. Mengapa?Ini adalah kesilapan dalam MS FrontPage XP -- bukan Dewan Eja. FrontPage sentiasa menambah HTML tag “<span lang=en-us>”. Oleh itu, semua teks dalam dokumen dianggap bahasa Inggeris, walaupun anda sudah memilih Malaysian sebagai bahasa aktif.
Microsoft telah membekalkan Office XP Service Pack 1 untuk menyelesaikan masalah ini. Anda dinasihati supaya memuat turun terus dari tapak web Microsoft supaya anda boleh mendapatkan perisian yang paling baru.
Cuba guna pautan ini. http://support.microsoft.com/default.aspx?scid=kb;EN-US;q311574Jika laman web ini tidak sah, mungkin Microsoft sudah memindahkan fail ini.Sila kunjungi http://www.microsoft.com dan cuba cari Office XP Service Pack.
Soalan mengenai kamus elektronik
1. Saya ingin menaipkan perkataan untuk mencari makna pada kamus elektronik tetapi mengapa kamus elektronik saya “hilang” dan tidak terdapat pada skrin?Anda telah menyembunyikan kamus elektronik sebelum ini. Sila membukanya semula dengan dwiklik ikon Dewan Eja Pro dalam “System Tray”.
2. Saya ingin menggunakan “CheckAnywhere”. Mengapa makna perkataan tidak dipaparkan selepas saya serlahkan perkataan tersebut?Terdapat dua kemungkinan:• Anda belum mengaktifkan “CheckAnywhere”. • Perkataan yang anda serlahkan itu terlalu banyak. Kamus elektronik dan “CheckAnywhere” direka cipta
untuk mencari makna perkataan dan frasa pendek. Ia tidak dapat memproses ayat yang panjang. Cuba memendekkan perkataan atau frasa anda.
3. Saya ingin kotak dialog pencarian sentiasa berada pada skrin dan tidak menutup secara automatik.Bagaimanakah caranya?Sila klik “pin” yang ada pada kiri atas Kotak Dialog Pencarian. Ini akan menetapkan posisi Kotak Dialog Pencariansupaya ia sentiasa dipaparkan pada skrin.
4. Bagaimana untuk menghapuskan semua rekod yang berada pada sejarah kamus elektronik?Anda boleh menghapuskan semua rekod dalam sejarah kamus elektronik dengan menggunakan fungsi “Buang Sejarah”. Sila tekan butang kanan tetikus pada ikon Dewan Eja Pro dalam “System Tray”, dan klik “Buang Sejarah” pada menu timbul.
5. Kenapa kamus elektronik akan muncul setiap kali saya buka komputer?Ini adalah kerana fungsi Auto Mula kamus elektronik anda telah diaktifkan. Untuk menutupkan Auto Mula, sila tekan butang kanan tetikus pada ikon Dewan Eja Pro dalam “System Tray”, dan klik “Auto Mula” pada menu timbul.
40 Soalan Yang Biasa Ditanya
www.dewaneja.com
Komponen Dewan Eja Pro®
Terbitan Bersama:
The Name Technology Sdn. Bhd. 366217-M
No. 4B, Jalan SS 4C/5, 47301 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan, Malaysia
t 03 7803 2170f 03 7803 2175e [email protected]
www.dewaneja.com
Terbitan Bersama:
© 1996-2005 Dewan Bahasa dan Pustaka© 1996-2005 The Name Technology Sdn. Bhd.
Top Related