DIPLOMA IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION
(DECE)
COURSE
CRITICAL THINKING
(UGB 2013)
TITLE
PROGRAM TADIKA
PREPARED FOR
VIJAYA MALINI
PREPARED OF
NOOR SYAZWANI BT ABDULLAH KHAIR (YM0970370)
ASHIKHA BT ALI (YM0970378)
NUR AZWIN BT MOHD. KHALIL (YM0970355)
SITI NURAIN BINTI ABD JALIL (YM0970363)
ISI KANDUNGAN
OBJEKTIF
Objektif kami ialah untuk mengkaji tentang wujudnya akta yang telah digubal untuk
memastikan peraturan tersebut dipatuhi oleh setiap tadika yang ditubuhkan di
Malaysia.Selain itu kami juga menitikberatkan tentang aspek keselamatan tadika tersebut
adakah mereka mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh kerajaan.di samping itu,kami
juga mengikuti setiap proses pembelajaran yang dilakukan oleh mereka.. Kami ingin
memastikan setiap sesi pembelajaran mereka menepati peraturan yang dikehendaki.selain
itu ,kami juga melihat adakah mereka mengikut kurikulum standard prasekolah kebangsaan
yang diberi oleh kerajaan kepada semua tadika,prasekolah dan taska-taska di Malaysia.dalam
kurikulum standard prasekolah itu menyediakan peluang kepada kanak-kanak berumur
empat(4) hingga enam(6)tahun untuk mencapai objektif dalam aspek
jasmani,emosi,sosial,dan rohani.selain itu,objektif kami juga ingin mencari maklumat tentang
tadika dan kanak-kanak supaya kami dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman
dalam bidang ini.
(TADIKA)
MATLAMAT
Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur 4-6
tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek, dan
sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang
menyeronokan, kreatif dan bermakna. Ini adalah meningkatkan kemahiran, menanam
keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka
berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan
tanggungjawab di sekolah rendah kelak.
Matlamat tadika ini juga adalah ingin mengajar kanak-kanak itu berdikari dan pandai
menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka.matlamat tadika ini juga adalah untuk
memberikan pendedahan kepada kanak-kanak dalam pelbagai aspek supaya kanak-kanak ini
lebih memahami tentang perkara-perkara yang kanak-kanak itu tidak tahu seperti perkara
yang boleh dilakukan atau tidak boleh dilakukan.
PENDAHULUAN
Dalam mata pelajaran kurikulum pendidikan awal kanak-kanak,kami
ditugaskan untuk mengkaji sebuah tadika/taska yang berada di Malaysia. Kami seramai
empat orang telah dihantar untuk menyelidik sebuah tadika di Muar, Johor pada 4 Mac 2010.
Tadika tersebut ialah Tadika HIKMAH YPJ yang ditubuhkan oleh cawangan kumpulan
pedidikan YPJ. Antara ahli kumpulan kami ialah Ashikha bt Ali, Noor Syazwani bt Abdullah
Khair, Noor Wazni bt Mat Ghani@Mohd, dan Nur Azwin bt Mohd Khalil.
Tugas kami di sana adalah untuk menyelidik mengenai sama ada
tadika/taska tersebut mematuhi akta-akta dan peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan
atau tidak. Selain itu, kami juga memerhati keadaan di sana.
Apa yang kami perhatikan bangunan di sana terdapat dua bahagian.
HIKMAH YPJ menyediakan perkhidmatan taska dan tadika. Kami memilih tadika untuk
menyelesaikan tugasan tersebut. Di samping itu, kami juga mengambil sedikit maklumat
mengenai taska.banyak yang kami dapat dalam membuat tugasan disana.kami dapat melihat
setiap sudut di tadika itu.banyak yang boleh kami jadikan bahan rujukan dalam
menyelesaikan tugasan ini.kami juga dapat melihat pelbagai keletah dan peragai kanak-kanak
disana.disamping itu,kami juga dapat melihat sesi pembelajaran bermula.ianya berlaku
dengan lancar dan kami tidak puas dalam melihatnya.kami juga ada melihat dan mengkaji
apakah kelebihan dan kekurangan tadika itu.dari pemerhatian kami,terdapat banyak juga
kelebihan di tadika itu dan ada juga kesalahan-kesalahan yang terdapat disana.kami sangat
berpuas hati dengan layanan yang mereka berikan kepada kami di tadika itu.
Akhirnya,kami mengucapkan terima kasih kepada pensyarah,Cik Maizatul Akhma
Bte Saat yang telah memberi tunjuk kepada kami dalam menyiapkan tugasan ini.selain
itu,kami juga mengucapkan terima kasih kepada penghuni-penghuni dan tenaga pengajar di
Tadika Hikmah Yayasan Pelajaran Johor(YPJ).Disamping itu,kami juga mengucapkan terima
kasih kepada ibu bapa,rakan-rakan dan masyarakat yang telah membantu memberi maklumat
dan sokongan kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini.Sekian terima kasih.
Assalamualaikum w.b.t
PENGASAS
Nama : Puan Asliza bt Ibrahim
Umur : 38 tahun
Kelulusan : Ijazah pendidikan awal kanak-kanak.
Pengalaman : Terlibat dalam bidang pendidikan sudah 13 tahun.
TENAGA PENGAJAR DI TADIKA HIKMAH YPJ
TENAGA PENGAJAR
1-Puan Asleza Bt Ibrahim(telah berkhidmat sebagai guru selama 13tahun)
2-Puan Nor Salina bt Osman(telah berkhidmat sebagai guru selama 12tahun)
3-Puan Ngafiah Bt Abu Talib(telah berkhidmat sebagai guru selama 4 tahun)
PENGASUH DI TADIKA HIKMAH YPJ
*Pengasuh silih berganti di tadika ini.tetapi pengasuh yang sekarang adalah:
1-Puan Zayuni Bt Mad Jizan(telah berkhidmat sebagai pengasuh selama 2tahun)
SYARAT KELAYAKAN GURU UNTUK MENGAJAR DI TADIKA HIKMAH YPJ
Diploma dalam pendidikan prasekolah atau
Diploma pendidikan awal kanak-kanak.
YURAN YANG DIKENAKAN TERHADAP PELAJAR YANG INGIN MEMASUKI
TADIKA HIKMAH YPJ
Pelajar akan dikenakan yuran pendaftaran. Yuran pendaftaran tersebut akan di caj mengikut
had umur. Jika kanak-kanak itu tinggal di taska dan belajar di tadika mereka dikenakan
bayaran RM 270.00. Bagi kanak-kanak yang tinggal di taska sahaja mereka dikenakan
bayaran RM 160.00 sebulan.Yuran bagi setiap bulan kepada pelajar tadika sahaja adalah RM
80.00. Yuran termasuk dengan baju sekolah, baju sukan, dan terdapat yuran bulanan sehingga
bulan November.
SEJARAH PENUBUHAN
Tadika YPJ telah ditubuhkan selama 13 tahun.
Tadika ini telah memulakan operasi pada 9 Mei 1997.
Tadika ini mempunyai beberapa cawangan di Johor Darul Takzim.
Cawangan yang paling besar di Johor Bahru,Johor
Nama sebenar tadika ini ialah Tadika Yayasan Pelajaran Johor (YPJ).
Tadika ini terletak di Parit Bunga, Muar, Johor Darul Takzim.
Berdekatan dengan Bandar Muar.
Hanya 2 kilometer sahaja dari Bandar Muar
Terdapat satu sesi sahaja iaitu pada waktu pagi
Terdapat 3 buah kelas mengikut peringkat umur
Satu kelas mempunyai 25 orang pelajar
Terdapat 3 orang tenaga pengajar
Tadika ini mempunyai seorang pengasuh
PAPAN TANDA
PAPAN TANDA HENDAKLAH DITUNJUKKAN
Papan tanda hendaklah ditunjukkan nama dengan mana taman itu didaftarkan dengan huruf-
huruf yang terang dalam bahasa kebangsaan.
Perakuan pendaftaran hendaklah ditunjukkan di tempat yang jelas di taman yang
berhubungan dengannya perakuan dikeluarkan
Merujuk gambar dibawah,papan tanda berkenaan tidak mematuhi akta yang telah ditetapkan
oleh kerajaan.
Sepatutnya papan tanda tersebut mempunyai perakuan pendaftaran.Tetapi ia hanya
mempamerkan nama tadika, alamat dan nombor telefon sahaja.
Hal ini boleh dikaitkan dengan akta 308 bahagian 2 nombor 12 iaitu papan tanda hendaklah
ditunjukkan.
LESEN PENDAFTARAN TADIKA HIKMAH YPJ
JADUAL KELAS
Peruntukan waktu minimum berikut hendaklah dipatuhi ;
Prasekolah hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya 4 jam sehari(termasuk masa rehat),
iaitu, sejumlah 20 jam 1 minggu untuk kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas. Selain itu
prasekolah hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya 3 1/2 jam sehari (termasuk rehat),iaitu,
sejumlah 17 ½ jam satu minggu untuk kanak-kanak berumur 4 tahun.
PERSEDIAAN MENGAJAR
Persediaan mengajar yang digunakan oleh guru-guru di tadika itu sepenuhnya mengikut
segala yang diberikan oleh kerajaan.guru –guru di tadika itu tidak menggunakan mana-mana
bahan untuk mengajar diluar dari apa yang diberikan oleh kerajaan.
Persediaan mengajar yang digunakan oleh guru-guru di tadika itu adalah seperti berikut:
1-Anekdot (Laporan tinjauan ke atas setiap seorang murid)
Guru-guru akan melihat perkembangan setiap murid satu persatu supaya dapat membezakan
mereka dari segi pembelajaran, tingkah laku, sikap dan sebagainya.
2-Dokumen standard prasekolah (Kementerian Pelajaran)
Didalam dokumen itu mempertunjukan cara untuk mengajar, matlamat, perkembangan
kanak-kanak dari mula persekolahan hingga akhir dan sebagai rujukan kepada guru untuk
mengajar.
3-Laporan Bulanan
Guru –guru akan melihat prestasi murid setiap masa dan akan mengisi segala kemajuan atau
kegagalan kanak itu bagi setiap bulan dalam laporan bulanan supaya dapat melihat
perkembangan kanak-kanak itu bagi setiap bulan.
ALAT BANTU MENGAJAR
1. Membaca- Bacalah anakku
2. Matematik- Puzzle, bongkah, blog nombor dan carta nombor.
3. Sains- Menggunakan cara sendiri atau membuat kajian sendiri.
Contohnya: Kanak-kanak membawa ikan sendiri dari rumah dan membuat kajian sendiri ke
atas ikan yang telah dibawa dari rumah tersebut.
BILANGAN PELAJAR
Tadika ini telah menyediakan tiga buah kelas mengikut peringkat umur setiap kanak-kanak
dari 4-6 tahun.
Bilangan pelajar keseluruhannya di tadika ini berjumlah seramai 52 orang.
Pelajar berumur 6 tahun berjumlah 25 orang.
Pelajar berumur 5 tahun pula berjumlah 15 orang.
Berbanding dengan pelajar berumur 4 tahun seramai 10 orang sahaja.
Taska pula hanya mempunyai 2 orang kanak-kanak sahaja.
Ada juga sesetengah pelajar tadika yang tinggal di taska selepas sesi persekolahan
berlangsung kerana ibu bapa mereka keluar bekerja dan pulang lewat.
KEBERSIHAN
LANTAI
Luas ruang lantai minimum yang dikehendaki bagi tiap kanak-kanak di taman adalah 3.5
meter persegi.
Jika dilihat di dalam tadika tersebut, luas lantai yang diukur menetapi apa yang dikehendaki
oleh akta.
KEMUDAHAN-KEMUDAHAN TANDAS
Mengikut akta, tiaptiap taman hendaklah mengadakan sekurang-kurangnya satu tandas bagi
sepuluh orang kanak-kanak dan kemudahan tandas serta persediaan kebersihan hendaklah :
- Pada setiap masa disimpan dalam keadaan bersih; dan
- Tidak digunakan bagi apa-apa maksud lain.
Jika dilihat didalam tadika tersebut tandas yang ada berjumlah 6 dan bilangan pelajar yang
ada ialah 52 orang.
Jika dikira semula, tandas yang ada mencukupi untuk bilangan 52 orang pelajar itu tadi.\
MAKANAN
Mengikut akta, semua makanan dan minuman yang diadakan bagi kanak-kanak di taman
hendaklah termasuk susu, makan yang mengandungi protein yang mencukupi, sayur-sayuran
dan buah-buahan segar yang cukup dan berkualiti untuk memenuhi keperluan pemakanan
kanak-kanak. Menu makanan juga hendaklah diberi dahulu dan hendaklah pada setiap masa.
Jika dilihat pada menu harian yang disediakan, pihak tadika ini tidak meletakkan jadual
pemakanan harian kanak-kanak di sudut dapur.
Tetapi, pihak tadika memberitahu kami bahawa makanan disediakan untuk kanak-kanak
terbabit mengikut hari.
Mereka akan diberikan makanan berat hanya tiga kali seminggu seperti nasi goring, mihun
goring, roti canai dan sebagainya manakala mereka akan diberikan makanan ringan seperti
kuih muih, keropok lekor, roti pada dua hari yang selebihmya.
KESELAMATAN DAN KESIHATAN
Premis taman, perabot, hiasan, lekapan, kelengkapan, permainan dan bahan-bahan yang dapat
dicapai atau digunakan oleh kanak-kanak di taman itu hendaklah disenggarakan dalam
keadaan selamat dan bersih.
Jika dilihat di tadika ini, perabot, hiasan, kelengkapan dan permainan tidak ada di sana.
Apa yang kami lihat, tidak ada kawasan untuk kanak-kanak bermain. Kawasan di dalam kelas
itu juga sempit dan menyesakkan keadaan.
Begitu juga dengan perabot. Hanya rak buku, kerusi dan beberapa meja yang terdapat di
dalam kelas tersebut.
MEROKOK DAN MELUDAH ADALAH PERKARA YANG DILARANG
Tiada seorang pun yang boleh meludah dan merokok di taman sepanjang masa sepanjang
tempoh kelas dijalankan.
PEMERIKSAAN PERUBATAN BAGI KANAK-KANAK DAN PEKERJA
Di dalam akta, pemeriksaan hendaklah dilakukan di mana-mana bagi kanak-kanak atau
pekerja di taman supaya menjalankan pemeriksaan perubatan.
PERTOLONGAN CEMAS
Di dalam akta,tertulis di setiap taman sekurang-kurangnya terdapat satu kotak pertolongan
cemas yang diselenggarakan dengan lengkap. Setiap taman hendaklah menyediakan suatu
bilik yang sesuai bagi mengasingkan dan menjaga bagi suatu waktu sekurang-kurangnya bagi
seorang kanak-kanak.
KEMUDAHAN
Kanak-kanak di sini mendapat pakaian seragam sendiri tanpa perlu ibu bapa untuk membeli
kain diluar kerana mereka telah memberikan pakaian yang telah siap dijahit. Sesetengah
tadika tidak menyediakan pakain seragam sendiri kepada pelajar mereka. Sekurang-
kurangnya tadika ini menitikberatkan tentang kekemasan kanak-kanak di tadika mereka
supaya setiap pelajar mereka kelihatan kemas. Kanak-kanak juga akan sentiasa berasa selesa
dan sentiasa rasa bersemangat untuk ke sekolah.
Kanak-kanak di sini juga mendapat kemudahan makanan. Tadika ini memyediakan makanan
untuk kanak-kanak tadika ini. Mereka menggunakan khidmat katering. Ini bagi memastikan
kebersihan kanak-kanak itu terjamin. Mereka diberi makanan mengikut waktu. Dalam
tempoh seminggu mereka diberi makan secara selang seli. 3 hari mereka diberi makanan
berat seperti nasi,mee,dan sebagainya. Dua hari selebihnya mereka diberi makanan ringan
seperti kuih-muih, roti dan sebagainya.
Selain itu, tadika itu juga menyediakan kelas mengaji untuk kanak-kanak yang ingin mengaji
di tadika itu. Tandas yang disediakan sangat bersih dan terurus. Selain itu,tadika ini
menyediakan khidmat taska bagi kanak-kanak berumur 3 bulan sehingga 6 tahun. Taska
disitu akan mula beroperasi dari pukul 8pagi sehingga pukul 6petang. Taska ini juga
menyediakan buaian untuk kanak-kanak yang perlu tidur didalam buaian. Selain itu,mereka
menyediakan alat permainan untuk kanak –kanak itu semasa berada didalam tadika atau taska
itu. Permainan itu berunsurkan pendidikan dan tidak bahaya.
KESELAMATAN
Keselamatan di tadika itu sangat baik.tadika itu jauh dari jalan raya yang besar dan banyak
kereta itu.guru-guru di tadika itu akan menunggu kanak-kanak itu sehinga ibu bapa mereka
mengambil mereka dan memastikan mereka diambil oleh ahli keluarga mereka yang
betul.tadika itu mempunyai 2tingkat dan tingkat bawah tidak digunakan dan sangat luas
untuk kanak-kanak itu bermain atau membuat tugasan mereka.
Dibahagian belakang pula ada menempatkan dapur,tandas,ruang makan,stor dan
taska.diruang dapur tadika itu ada terdapat kabinet untuk menyimpan alatan untuk mereka
gunakan untuk makan seperti pinggan,mangkuk,cawan dan sebagainya.di dapur tadika itu
juga ada menyediakan singki dan tempat untuk menyimpan makanan.barang yang merbahaya
disimpan ditempat yang betol,singki tadika itu juga bersih.tandas di tadika itu pula bersih dan
peralatan untuk kanak-kanak itu menngunakannya mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan
oleh kerajaan.ruang stor tadika itu kemas dan teratur.bahagian taska juga teratur,kemas dan
tidak merbahayakan.
Peralatan yang digunakan di tadika itu tidak bahaya.semuanya berunsurkan
plastik.meja,pingan,cawan dan sebagainya menggunakan barang plastik.jika jatuh pun tidak
akan pecah atau mencederakan kanak-kanak itu.permainannya juga berunsur plastik dan tidak
mencederakan kanak-kanak itu.
KURIKULUM BAGI KANAK –KANAK DI
TADIKA HIKMAH YPJ
Kurikulum di tadika ini banyak menitikberat aspek luaran supaya kanak –kanak dapat melihat
persekitaran luar sekolah dan luar dari pengetahuan mereka supaya mereka dapat
menambahkan pengetahuan mereka dan dapat mempelajari sesuatu yang baru.
Kurikulum bagi kanak-kanak yang dilakukan oleh tadika ini adalah:
1- Membuat lawatan
Contoh; Melawat muzium Negara,zoo,sunway lagoon,petrosains dan sebagainya.
2-Taqwim
3-Mengadakan ceramah atau motivasi.
Contoh: Semasa majlis maulidur rasul diadakan,guru ditadika ini akan menjemput
penceramah untuk memberi ceramah supaya kanak-kanak itu dapat pengetahuan agama
dengan lebih mendalam lagi.
4-Tadika ini juga ada mengadakan pelbagai jenis pertandingan untuk mencungkil bakat
kanak-kanak tadika ini.
Contohnya pertandingan bercerita, menyanyi dan sebagainya.
KESALAHAN-KESALAHAN YANG
DILAKUKAN DI TADIKA HIKMAH YPJ
Bangunannya kurang terurus.dibahagian luar seperti bangunan lama.catnya sudah tertangal
dan terkopek-kopek.terdapat tangga batu yang tidak digunakan lagi dan hampir roboh.ini
akan mencederakan dan merbahayakan kanak-kanak itu sekiranya mereka bermain di
situ.terdapat juga pintu yang sudah rosak dihadapan tadika itu.ini akan mencacatkan
pemandangan di persekitaran tadika itu. Pintu pagarnya juga sudah berkarat dan tidak dicat
semula.di tadika itu juga tidak menyediakan ‘playground’seperti buaian,gelongsoh dan
sebagainya. Mereka hanya bermain puzzle,blog dan barang-barang yang ringan. Ini akan
membosankan kanak-kanak itu.aktiviti luar mereka hanya membuat senaman,memasak dan
sebagainya. Ini tidak digalakkan kepada kanak-kanak kerana kanak-kanak ini masih kecil dan
mereka seharusnya bermain sambil belajar supaya mereka tidak rasa tertekan.
Di bahagian bawah tadika itu pula,persekitarannya juga kurang kemas dan
merbahayakan.sudut-sudut matapelajarannya kurang teratur. Terdapat ABM yang dibuat oleh
guru-guru di tadika itu sudah rosak dan terkoyak tetapi mereka hanya membiarkan tanpa
membuat yang baru. Ini akan menyukar kanak-kanak itu membaca dan mempelajarinya.hasil
kerja murid pun tidak disimpan dengan kemas.selain itu,tingkap yang terdapat di tadika itu
kurang baik kerana tingkapnya hampir jatuh dan jika terlanggar atau tidak berhati-hati,ianya
akan mencederakan.tangga yang digunakan untuk naik ke tingkat atas iaitu tempat yang
menempatkan kelas mereka sangat cerun dan menggerikan. Kanak-kanak mempunyai
pelbagai ragam dan takut akan melukakan mereka. Rak kasut juga kurang baik.pintu rak itu
sudah tercabut,dibahagian luar rak itu sudah dimakan oleh anai-anai.kasut juga tidak disusun
dengan baik.
Selain itu,di tingkat bawah juga ada menyediakan taska.di taska itu menempatkan kanak-
kanak yang berusia 3 bulan sehingga 6 tahun. Kanak-kanak itu dibiarkan tidur bersepah dan
tiada bilik khusus untuk mereka tidur. Disitulah tempat bermain dan disitu juga tepat mereka
tidur. Kanak-kanak itu juga tidak tidur berasingan. Mereka dicampurkan lelaki dan
perempuan. Ini sangat tidak digalakkan kerana dari kecil kita perlu ajar mereka perkara yang
baik. Pakaian mereka juga bersepah. Pengasuh seharusnya mengemas setiap sudut di tadika
itu dan tidak membiarkan tadika itu kurang teratur.
Di bahagian atas pula ditempatkan beberapa kelas. Kelas tersebut juga kurang teratur. Guru
hanya menyimpan rekod murid di tingkap dan tidak menyimpannya dirak yang betul. Kerusi
dan meja juga tidak dikemas dengan baik. Meja guru sangat rapat dengan meja murid. Ruang
kelas itu sempit dan kurang selesa. Hasil kerja murid tidak ditampal dan dipamerkan dengan
betul. Buku-buku dirak juga kurang kemas. Ini menyukarkan kanak-kanak itu untuk
mengambilnya. Disitu juga terdapat rak yang menempatkan baju seragam mereka. Baju
seragam itu tidak disusun dengan baik dan tidak mengikut saiz. Ini akan menyebabkan baju
itu akan bersepah dan berselerak selepas mereka mengambilnya.
Oleh itu,kami mencadangkan supaya tadika ini memperbaiki infrastuktur mereka dengan
lebih baik. Penyediaan ruang yang luas untuk kanak-kanak itu belajar supaya mereka selesa
dan bersemangat untuk belajar. Mereka juga perlu membeli rak-rak yang baru. Mereka juga
harus menyediakan alat permainan yang secukupnya kepada kanak-kanak itu supaya mereka
tidak berebut. Semua ABM hendaklah dibuat semula dan hasil kerja murid haruslah disimpan
dengan baik supaya kelihatan lebih kemas dan teratur.
LAMPIRAN
PENGLIBATAN IBU BAPA ATAU PENJAGA
Di dalam akta, penyelia taman hendaklah sentiasa berhubung dengan ibu bapa atau penjaga
kanak-kanak dalam jagaan mereka dan berusaha mendapatkan persefahaman dan kerjasama
mereka berhubungan dengan pengurusan, kesihatan, pemakanan dan kelakuan kanak-kanak.
Kami sempat untuk menebual beberapa orang ibu bapa untuk mendapatkan sedikit maklumat
tentang tadika tersebut dan komen mereka tentang penghantaran anak-anak mereka ke tadika
tersebut.
Antaranya ialah :
Puan Junaidah binti Jamil
“Saya perhatikan ada peningkatan setelah saya menghantar anak saya ke sekolah ini. Kadang-
kadang apabila dia pulang ke rumah, dia ada menyebut apa yang cikgu-cikgu ajar di sekolah.
Sebelum ini juga saya menghantar anak-anak saya untuk belajar di sini. Keputusan yang
mereka perolehi ini juga amat memberangsangkan dan saya berpuas hati dengan cara tadika
ini menjalankan sistem pembelajarannya walaupun saya tidak mengikuti sesi
pembelajarannya. Yurannya juga memuaskan hati saya kerana tidak terlalu mahal. Jika mahal
pun saya tidak kisah kerana cara pembelajarannya berkesan. Salah satu kelemahannya ialah
mereka tidak menyediakan pengangkutan untuk anak-anak kami.”
Puan Mastura binti Abdullah :
“ Semuanya okey, cuma saya tidak berpuas hati kerana mereka tidak mengambil berat
tentang keselamatan anak-anak di sini. Mereka menggunakan dan meletakkan barang yang
sudah rosak dan tidak cermat dalam penyimpanan barang-barang.”
RUJUKAN
Top Related