Isi KandunganPerkara Muka
Surat
Pengenalan2
Rasional3
Objektif3
Implikasi Kewangan4
Ahli Jawatankuasa Induk5
Tentatif Program
6 Senarai Nama Penerima Anugerah
7
Gambar-gambar Sepanjang Program8 - 23
Ulasan Program24
Cadangan Penambahbaikan25
Penutup27
Lampiran Dokumentasi
1
28
PENGENALAN
Program Hari Kemuncak Kokurikulum adalah program tahunan yang
dijalankan di SAM Hisamuddin Sungai Bertih setiap tahun
Ia merupakan kemuncak bagi segala aktiviti kokurikulum pelajar
sepanjang tahun 2008.
Program ini dianjurkan untuk memantapkan lagi penguasaan
teori dan amali pelajar di dalam cabang kokurikulum ke arah
pemantapan kendiri serta kepimpinan pelajar.
Ianya selaras dengan matlamat Kementerian Pelajaran
Malaysia untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi Jasmani,
Emosi, Rohani dan Intelektual (JERI)
Sekolah ini juga merasa bertanggungjawab memegang
amanah bagi melahirkan pelajar yang mampu menyumbang sesuatu
kepada agama, bangsa dan negara. Dan pihak sekolah berharap
aktiviti ini dapat mengalakkan pelajar dalam penglibatan mereka di
bidang beruniform.
Hasrat murni sekolah ini, diharapkan dapat memenuhi
sebarang ruang yang kosong yang perlu diisi oleh anak bangsa demi
kesejahteraan bersama
2
RASIONAL
Hari Kemuncak Kokurikulum adalah kesinambungan aktiviti
kokurikulum secara terancang dan sistematik demi kecemerlangan
pelapis generasi akan datang.
OBJEKTIF
1. Mengalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam setiap
aktiviti yang dilaksanakan
2. Menjana nilai kepimpinan yang cemerlang di dalam diri pelajar
sebagai insan kamil yang mampu menyumbangkan kepada
rakan sebaya, keluarga, masyarakat, negara dan agama.
3. Membentuk sahsiah, bakat, minat, kemahiran dan disiplin
pelajar dalam semua lapangan yang disertai.
4. Memupuk minat mendalam didalam bidang Pasukan
Beruniform
5. Melahirkan semangat kerjasama yang erat di antara sekolah,
ibu bapa dan pihak luar demi memantapkan generasi yang
akan datang.
3
IMPLIKASI KEWANGAN
BIL PERKARA RM
1. Unit Gerai RM 100
2. Unit Program RM 200
3. Unit Sukan RM 150
4. Unit Sambutan & Protokol RM 250
5. Unit Pameran RM 150
6. Unit Pengemasan & Kebersihan RM 50
7. Unit Hadiah & Cenderamata RM 520
8. Unit Pamplet RM 100
9. Unit Dokumentasi RM 100
10. Khemah (4 unit) RM 400
11. Jamuan VIP RM 200
JUMLAH BESAR RM 2 220
SUMBER : PCG KOKURIKULUM
Disahkan oleh ;
..............................................
PN. SURIA HANI MAT JATIM
4
BENDAHARI
HARI KEMUNCAK KOKURIKULUM
AHLI JAWATANKUASA INDUKHARI KEMUNCAK KOKURIKULUM TAHUN 2008
Penasihat : Puan Hajah Siti Zubaidah bt. AhmadPengetua
Pengerusi : Puan Rosnah bt. ShamsudinGPK Ko-Kurikulum
Naib Pengerusi : i) Puan Hajah Nazian bt. Mohd Salleh GPK 1ii) Puan Azlina bt. Emam Buhari GPK (HEP)
Setiausaha : Cik Nurul Azra bt. Mohamed Ismail
Bendahari : Puan Suria Hani bt. Mat Jatim
Unit GeraiCik Hamimah bt. OthmanPn. Azliza Abu HanipahPn. Siti Solihah JuriaminPn. Siti Ruhayu Ahmad
Unit SukanEn. Mohd Izwan BaidawiEn. Lutfi BahariPn. Nalissulha Md MukreePn. Roslina IdrisEn. Ali Zakri Abdul Karim
Unit PameranPn. Rosliza SaniPn. Nor’izan NajmuddinEn. Mohd Ali SuparmanPn. Norlelawati SukimanPn. Husna Al-Amani Samsuddin
Unit Program / KoordinatorPn. Siti Zubaidah ThahaPn. Nahariah OmarPn, Nor’Izura YusofPn. Nor Faizah Abd RahmanPn. Saadiah MokhtarPn. Suharni Sudiro
Unit PampletPn. Rubiatul Fijriah Azizan
Pn. Nor Aisyah Samid
Unit DokumentasiPn. Siti Radhiah ShamsudinPn. Norlila Mispah
Unit Sambutan & ProtokolPn. Noraizah Abd. HamidPn. Siti Rugaiyah IsmailPn. Siti Habshah JuraimiCik Siti Hafizah bt Mat ZinPn. Nor’aini Md Nor
Unit Pengemasan & KebersihanPn. Noraini SaminganPn. Nornajmah AmjahPn. Selamah YusofEn. Nasir TemonEn Md Norhan RuslanPn. Norsiah BaqiPn. Kamishah Saper
Unit Keselamatan & DisiplinEn. Abdullah HasmamEn. Mahmuddin AhmadPn. Rafizah HamzahPn. Siti Salmah KhalilPn. Rohayah Salkon
5
Pn. Siti Ngasriah Basri
Unit Hadiah & Cenderamata Pn. Huzaimah OmarPn. Nasriah MahfudzPn. Nor Saadah Hj AmirPn. Nurmurni IsmailPn. Jamaliah Zainal Abidin
6
TENTATIF PROGRAM HARI KEMUNCAK KOKURIKULUMTAHUN 2008
7.30 pagi Perhimpunan pelajar
8.00 pagi Ketibaan Tetamu Kehormat
8.10 pagi Upacara Tabik Hormat
8.30 pagi Ucapan Pengetua
8.40 pagi Ucapan Perasmian olehYang Dipetua PIBGTuan Haji Abdul Rahman b. Baba
9.00 pagi Jamuan VIP
9.15 – 1.00tgh SukanekaJualan GeraiDemonstrasi Menyelamat PBSMKawat Hos BombaPenyampaian HadiahPameran Kelab / Persatuan / Unit Beruniform
1.00 tgh Anugerah Khas Tokoh
2.00 tgh Pengemasan
2.25 ptg Bersurai
PENERIMA ANUGERAH HARI KEMUNCAK KOKURIKULUMTAHUN 2008
Tokoh Pelajar Kokurikulum Terbaik 2008 (PUTERA)MUHAMMAD HAFIZUL MUKMIN BIN ADNAN
Tokoh Pelajar Kokurikulum Terbaik 2008 (PUTERI)SITI AMINAH BT. MOHD KAMAL
Pasukan Unit Beruniform Terbaik 2008PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
Persatuan Terbaik 2008PERSATUAN BAHASA ARAB
Kelab & Permainan Terbaik 2008KELAB BOLA SEPAK
Pasukan Rumah Sukan Terbaik 2008RUMAH MERAH
Tokoh Guru Kokurikulum Terbaik 2008PUAN NORLILA BT. MISPAH@NURI
Gambar Sepanjang PROGRAM
PENTAS UTAMA ACARA
MENUNGGU KETIBAAN PERASMI
KETIBAAN PERASMI MAJLISMAJLIS TABIK HORMAT PASUKAN BERUNIFORM
UPACARA PERASMIAN HARI KEMUNCAK KOKURIKULUM TAHUN 2008
UCAPAN PENGETUA SAMHSB
UCAPAN PERASMIAN YDB PIBG
CENDERAHATI UNTUK PERASMI
PAMERAN PASUKAN BOMBA & PENYELAMAT
PAMERAN PERALATAN LOGISTIK MENYELAMAT
JABATAN PERTAHANAN AWAM (JPA 3)
DEMONSTRASI MENYELAMAT PERSATUAN BULAN SABIT MALAYSIA (PBSM)
DEMONSTRASI KAWAD HOS
KADET BOMBA & PENYELAMAT
PERMAINAN SEPAK TAKRAW & FUTSAL
ACARA PENYAMPAIAN SIJIL BAGI KELAB & PERSATUAN
PEMENANG ACARA SUKAN DAN PERMAINAN
PEMENANG TOKOH PELAJAR KOKURIKULUM PUTERA TAHUN 2008
PEMENANG TOKOH KOKURIKULUM PUTERI TAHUN 2008
PEMENANG GURU PENASIHAT KOKURIKULUM TERBAIK
TAHUN 2008
SUASANA KECERIAAN HARI KEMUNCAK KOKURIKULUM
KEGEMBIRAAN DIKALANGAN PENDIDIK SAMHSB
IBUBAPA YANG TURUT HADIR
MEMBERI SOKONGAN MORAL PADA ANAK MEREKA
KEGEMBIIRAAN APABILA MENERIMA SIJIL & HADIAH
HAMPER HADIAH BAGI ACARA-ACARA YANG DIPERTANDINGKAN
ULASAN PROGRAM
Secara keseluruhan sambutan Hari Kemuncak Kokurikulum
Tahun 2008 berjalan dengan lancar dan teratur. Segala aturcara
yang dirancang telah dapat dianjurkan mengikut masa yang telah
dirancang.
Pihak sekolah ingin merakamkan ribuan terima kasih di
atas sokongan dari pihak Balai Bomba Klang Selatan serta JPA3
Klang ; kerana sudi memeriahkan sambutan Hari Kemuncak
Kokurikulum Sekolah Agama Menengah Hisamuddin Sungai Bertih
(SAMHSB) untuk tahun ini.
Semua AJK pelaksana telah dapat menjalankan tugas dengan
baik dan teratur mengikut ketetapan dalam mesyuarat yang telah
dijalankan.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
1) Memasukkan acara pertandingan Kawad Kaki didalam tentatif
sambutan Hari Kemuncak Kokurikulum untuk tahun hadapan.
Permintaan dari unit-unit Beruniform agar dijalankan pertandingan
kawad kaki agar sambutan program Hari Kemuncak Kokurikulum
lebih meriah dan meningkatkan semangat semua anggota unit
beruniform yang terlibat. Acara Kawad Kaki telah dianjurkan ketika
berlangsungnya Mukhayyam Thanawi (Perkhemahan Perdana)
yang lalu.
2) Pertingkatkan lagi pemantauan dari segi disiplin pelajar.
Pelajar perlu diingatkan tentang tingkahlaku serta sahsiah mereka
dalam bersama-sama meraikan sambutan Hari Kemuncak
Kokurikulum. Batas-batas sebagai pelajar muslim perlu dijaga.
Semua guru berperanan dalam menegur serta memantau
perjalanan disiplin serta sahsiah pelajar kita.
3) Keselamatan pelajar perlu dipertingkatkan.
Guru yang terlibat perlu memastikan segala permainan dan aktiviti
yang dirancang selamat dan tidak memudaratkan diri pelajar. Ahli
kelab & persatuan perlu mendapat khidmat nasihat dari guru
penasihat agar aktiviti yang dianjurkan tidak merbahaya.
Permainan seperti permainan dart adalah dilarang sama sekali.
4) Menceriakan pentas utama sekolah
Pihak keceriaan sekolah diminta untuk mengecat semula pentas
utama sekolah agar lebih ceria khususnya dalam memeriahkan
sambutan acara-acara rasmi sekolah. Keadaan cat yang sudah
lusuh dan berkulat, mencacatkan pandangan pentas utama
sekolah
5) Mengujudkan Unit Persiapan & Pengemasan Pentas dalam
AJK Pelaksana Program
Unit Persiapan & Pengemasan Pentas tiada dalam AJK pelaksana
program sambutan Hari Kemuncak Kokurikulum. Berlaku sedikit
kekeliruan mengenai bidang tugas penyediaan serta pengemasan
pentas utama progam.
6) Mengalakkan pemakaian uniform lengkap ketika sambutan
Hari Kemuncak Kokurikulum
Pelajar disarankan untuk memakai pakaian beruniform lengkap
ketika sambutan Hari Kemuncak Kokurikulum agar majlis
sambutan lebih ceria dan meriah
7) Mohon kerjasama guru untuk bersama-sama dalam majlis
rasmi sekolah
Guru diminta untuk bersama-sama memeriahkan acara perasmian
dan berada ditempat duduk yang telah disediakan ketika majlis
berlangsung. Protokol majlis rasmi perlu dititik beratkan bagi
mengambarkan tahap profesionalisme staff pendidikan SAMHSB.
PENUTUP
Sambutan Hari Kemuncak Kokurikulum Sekolah Agama
Menengah Hisamuddin Sungai Bertih (SAMHSB); telah berjalan
dengan teratur.
Unit Kokurikulum sekolah ingin mengucapkan ribuan terima
kasih pihak-pihak yang terlibat dalam perjalanan Kokurikulum
sepanjang tahun 2008; khususnya yang melibatkan jurulatih luar dari
Balai Bomba Klang Selatan, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3)
Negeri Selangor, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Chapter
Klang, Balai Polis Daerah Klang, Angkatan Tentera Laut Malaysia .
Syabas dan tahniah kepada semua guru-guru penasihat Kelab/
Persatuan / Rumah Sukan / Permainan; diatas bimbingan dan
sumbangan dalam mengatur aktiviti dalaman sepanjang tahun 2008.
Sekalung penghargaan pada pihak yang telah melibatkan diri
dalam semua peringkat samada peringkat sekolah , negeri dan
daerah dalam aktiviti Kokurikulum Tahun 2008.
Pihak sekolah berharap aktiviti Kokurikulum ini dapat
diteruskan demi kebaikan serta pembentukan diri yang seimbang dari
segi Jasmani, Emosi , Rohani dan Intelek.
Dokumentasi disediakan oleh: Disahkan oleh:
................................................................. ...........................................
PUAN SITI RADHIAH BINTI SHAMSUDIN
Unit Dokumentasi
Hari Kemuncak Kokurikulum Tahun 2008
LAMPIRAN
DOKUMENTASI
Top Related