Download - eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika ...Ini adalah cara bank buat duit. Selain tu, ada pelbagai lagi jenis caj yang bank kenakan seperti; • Bayaran lebih had

Transcript
Page 1: eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika ...Ini adalah cara bank buat duit. Selain tu, ada pelbagai lagi jenis caj yang bank kenakan seperti; • Bayaran lebih had

eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika anda masih belum mendapatkan akses penuh, boleh singgah ke gilahartanah.com/gh-masterclass.  

Page 2: eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika ...Ini adalah cara bank buat duit. Selain tu, ada pelbagai lagi jenis caj yang bank kenakan seperti; • Bayaran lebih had

2    

Isi  Kandungan    Muqqadimah  ..................................................................................................................................................  3-­‐8  

#1  Macam  mana  nak  bayar  hutang  kad  kredit  tanpa  sebarang  caj  faedah?  ............  9-­‐13  

#2  Boleh  ke  kita  rendahkan  kadar  faedah  kad  kredit  yang  sedia  ada?  .....................  14-­‐26  

#3  Kenal  pasti  kad  kredit  yang  sesuai  dengan  penggunaan  kita  .................................  27-­‐37  

#4  Berapa  banyak  jenis  kad  kredit  yang  ada  di  Malaysia?  ...............................................  38-­‐49  

#5  Macam  mana  faedah  kad  kredit  dikira?  .............................................................................  50-­‐55  

Kata-­‐kata  penutup    .......................................................................................................................................  56  

Sumber  rujukan  .....................................................................................................................................  57-­‐58  

 

 

Page 3: eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika ...Ini adalah cara bank buat duit. Selain tu, ada pelbagai lagi jenis caj yang bank kenakan seperti; • Bayaran lebih had

3    

Part #1: Muqqadimah

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera warga Gila Hartanah

yang Tok kasihi.

Tok harap korang semua dalam keadaan sihat walafiat dan sejahtera

bersama keluarga tercinta.

Terima kasih sebab sanggup laburkan modal untuk dapatkan e-Book

Cara Hapuskan Hutang Kad Kredit.

e-Book ni, Tok letakkan fokus 100% kat topik kad kredit.

Daripada hal mengurus penggunaan kad kredit (secara berkesan),

hingga melangsaikan segala hutang piutang yang ada.

Tok akan cover sebaik boleh supaya kewangan korang bertambah

ohsem dari masa ke semasa.

Sebab Tok takde niat langsung nak buang masa korang, jom kita

mulakan kembara ilmu ni segera.

In Shaa Allah, segala perkongsian dalam e-Book terbaru ni bakal

berikan manfaat berganda buat korang yang pakai kad kredit.

Dengan lafaz Bismillah, mari kita mulakan.

Yang benar,

TOK PENGHULU

Gilahartanah.com

Page 4: eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika ...Ini adalah cara bank buat duit. Selain tu, ada pelbagai lagi jenis caj yang bank kenakan seperti; • Bayaran lebih had

4    

Apakah 2 jenis hutang yang kita wajib tahu?

Takde siapa yang berimpian nak simpan hutang lama-lama, kan?

(Ke ada? Kalau ada jugak, korang adalah spesis rare yang sangat

pelik kat muka bumi Allah S.W.T ni).

Selagi boleh, orang yang normal akan cuba untuk langsaikan cepat-

cepat dan nak hidup bebas daripada belenggu hutang.

Ada 2 kategori hutang yang utama menurut buku The ABCs of Getting

Out of Debt (karya Garren Sutton), iaitu hutang baik dan hutang tak

baik.

Hutang baik adalah hutang yang berikan nilai kepada diri kita sendiri.

Contohnya macam loan rumah untuk unit yang kita sewakan (untuk

dapatkan cash flow dan capital appreciation).

Apa-apa saja hutang yang bertujuan menambah aset,

mengembangkan bisnes, dan lain-lain perkara yang berkaitan,

tergolong dalam kategori hutang baik.

Dan Tok yakin. Korang mesti dah tau apa maksud hutang tak baik.

Pulak dah. Apa dia hutang tak baik ni?

Secara mudahnya, hutang tak baik adalah hutang yang tak berikan

sebarang nilai dan kelebihan kat korang.

Paling tak best, hutang ini ada potensi besar jadikan korang miskin.

Page 5: eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika ...Ini adalah cara bank buat duit. Selain tu, ada pelbagai lagi jenis caj yang bank kenakan seperti; • Bayaran lebih had

5    

Dalam e-Book ni, korang akan belajar ilmu mengurus hutang kad

kredit, supaya bank bertambah sayang kat korang.

Nanti senang la korang nak buat loan untuk beli rumah atau kereta.

Boleh jadi, bank tak teragak-agak nak bagi korang pinjaman dengan

kadar faedah yang menarik lepas ni.

Mesti korang suka nak tahu kan?

Fakta hutang baik yang “terpaksa” kita hadamkan (yang

Tok sendiri tak suka telan)

“Senang ke nak buat hutang yang baik?”

Ini soalan cepu emas yang cukup ohsem.

Garrent Sutton ada bagitahu dalam buku beliau. Bank lebih suka bagi

pinjaman untuk membiayai hutang yang tak baik berbanding hutang

baik.

Sebagai contoh, jom kita cuba jawab soalan ni guna common sense.

“Apakah jenis hutang tak baik yang bank suka bagi kat peminjam?”

Antara yang Tok boleh kongsikan kat sini adalah hutang beli kereta,

motor besar, pinjaman kad kredit, personal loan, skim ansuran yang

bermacam-macam jenis, atau lain-lain yang sama waktu dengannya.

Ini antara salah satu sebab utama kenapa ramai orang lagi sanggup

buat hutang tak baik. Sebab senang lagi bank nak approve kalau

dibandingkan dengan buat hutang baik.

Page 6: eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika ...Ini adalah cara bank buat duit. Selain tu, ada pelbagai lagi jenis caj yang bank kenakan seperti; • Bayaran lebih had

6    

“Tak cukup duit? Swipe je kad kredit”

Biasanya, keadaan ni akan berubah menjadi lebih parah.

Bila senang sangat nak buat hutang tak baik, pemiutang akan jadi

susah nak kawal diri sendiri. Mereka jadi tak kisah nak buat hutang ini

sebanyak mungkin.

Ini masalah yang berkait rapat dengan mentaliti si peminjam. Mereka

menganggap duit yang bank pinjamkan adalah duit mereka sendiri.

Padahal, duit (cash) dalam bank pun takde la banyak mana.

Hasilnya, diri sendiri yang tersontot.

Nak buat pinjaman baru untuk membeli hartanah pelaburan (atau

duduk sendiri) dan untuk kembangkan perniagaan pun jadi susah.

Lagi haru kalau tak tahu nak uruskan hutang tak baik ni dengan betul.

Pendek kata, selalu kantoi buat bayaran balik tepat pada masanya.

Dan bank cukup tak suka peminjam yang perangai macam ni.

Takpe ke buat kesilapan ini?

Jawapannya, boleh jadi “ya” dan “tidak.”

Tok jelaskan kenapa ada 2 jawapan.

Tok cakap “ya” sebab kita takkan belajar sesuatu selagi tak buat

sebarang kesilapan.

Page 7: eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika ...Ini adalah cara bank buat duit. Selain tu, ada pelbagai lagi jenis caj yang bank kenakan seperti; • Bayaran lebih had

7    

Macam yang Robert Kiyosaki tulis dalam buku beliau yang hot-selling

(Rich Dad Poor Dad), kesilapan adalah satu perkara yang bagus.

Yang penting, kita belajar daripada kesilapan tu dan berusaha supaya

tak ulang buat kesilapan yang sama berulang kali.

Kalau terhantuk sekali tapi buat lagi tu, sendiri tanggung.

Dah kena patuk ular tadi kan? Kenapa pilih untuk jolok sarang ular

sekali lagi?

Dan kenapa Tok cakap “tidak” pula?

Bila berlaku masalah macam ni, boleh kata, bank akan mula skeptikal

dengan korang. Jangan pulak terkejut beruk kalau permohonan loan

korang asyik tak lepas je.

Dan kalau kita biarkan masalah ni berterusan (kes ketegaq nak bayar

hutang kad kredit), sampai bila-bila korang susah nak buat pinjaman

nanti.

Kes paling ekstrim adalah kita akan tersenarai dalam kategori blacklist.

Ramai ke yang buat hutang tak sihat?

Pada pandangan Tok, takde siapa yang suka buat hutang yang

tergolong dalam kategori ni.

Tapi, realiti pula buktikan sebaliknya. Ramai yang terperangkap sebab

tak belajar cara uruskan kewangan dengan betul.

Page 8: eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika ...Ini adalah cara bank buat duit. Selain tu, ada pelbagai lagi jenis caj yang bank kenakan seperti; • Bayaran lebih had

8    

Tambahan pula, macam-macam dugaan kat dunia sekarang.

Dengan model smartphone terbaru yang keluar setahun sekali, hingga

kedai makan yang berkonsepkan lifestyle yang wujud merata.

Semua ni adalah antara contoh yang mampu habiskan duit korang,

akibat desakan gaya hidup di bandaraya. Tu tak campur lagi dengan

peer pressure (desakan kawan-kawan sekeliling kita).

Kalau mampu, Tok tak kisah. Boleh je Tok pejamkan sebelah mata.

Cuma hakikatnya, ramai yang tak mampu berbanding mampu.

Yang berlagak mampu itu ramai. Yang betul-betul mampu tu, kita

boleh kira pakai jari.

Ada je golongan (bukan korang yang tengah baca ni) yang sanggup

buat pinjaman, semata-mata nak pergi bercuti ke luar negara.

Apa yang mereka cuba nak buktikan? Nak sangat tunjuk kat kawan-

kawan yang mereka ni terlampau banyak duit, dengan berjalan 3 kali

setahun (atau lebih) ke luar negara ke?

Entah. Tok pun malas nak ambil tahu.

Dah, Tok tak mahu buang masa korang lagi. Jom kita mula belajar.

Semoga segala bait ilmu dalam e-Book ni dapat korang manfaatkan

sepenuhnya.

Page 9: eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika ...Ini adalah cara bank buat duit. Selain tu, ada pelbagai lagi jenis caj yang bank kenakan seperti; • Bayaran lebih had

9    

Soalan #1: Macam mana nak bayar hutang kad kredit tanpa

sebarang caj faedah?

Faedah kad kredit adalah caj yang bank kenakan atas kelebihan

(atau kata lain, “peluang”) untuk kita beli barang atau perkhidmatan,

tanpa perlu membayar terlebih dulu.

Ini adalah cara bank buat duit.

Selain tu, ada pelbagai lagi jenis caj yang bank kenakan seperti;

• Bayaran lebih had (over-the-limit fee),

• Yuran pembayaran lewat (late fees),

• Yuran pendahuluan tunai (cash advance fee), dan sebagainya.

Tok akan cover tentang caj-caj yang lain sebentar lagi. Sekarang, kita

fokus untuk menjawab soalan ini terlebih dulu.

Ini adalah cara untuk korang langsaikan hutang kad kredit, tanpa

perlu bayar interest kat bank:

Page 10: eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika ...Ini adalah cara bank buat duit. Selain tu, ada pelbagai lagi jenis caj yang bank kenakan seperti; • Bayaran lebih had

10    

Strategi #1: Jelaskan hutang secara penuh

Ini cara paling mudah nak settle-kan hutang tanpa dikenakan caj

faedah. Dan Tok pasti korang dah sedia maklum tentang perkara ni.

Bila korang bayar penuh, bank takkan caj sebarang faedah kat

pembayaran tu.

Cuma, tak ramai yang mampu bayar hutang kad kredit secara penuh.

Kalau korang beli barang yang harganya murah, mungkin boleh cerita

lagi.

Kalau barang tu berharga RM10,000 ke atas? Tak semua orang ada

kapasiti kewangan untuk jelaskan hutang sebanyak ni sekaligus.

Kalau mampu, boleh buat strategi ni.

Kalau tak mampu, cari cara lain yang sesuai dengan kemampuan

kewangan korang.

Strategi #2: Buat pemindahan baki (balance transfer)

Salah satu cara yang boleh korang gunakan untuk mengelak caj

faedah yang banyak, adalah melalui pemindahan baki.

Cuma, kena sentiasa beringat. Pelan ini biasanya bertahan untuk satu

tempoh masa yang singkat.

Page 11: eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika ...Ini adalah cara bank buat duit. Selain tu, ada pelbagai lagi jenis caj yang bank kenakan seperti; • Bayaran lebih had

11    

Kalau korang ada baki tertunggak dalam satu jumlah yang besar,

gunakan peluang untuk gunakan sebarang pelan pemindahan baki

yang bank tawarkan.

Strategi #3: Elakkan guna pendahuluan tunai (cash

advance)

Memang best dengar. Tanyalah siapa pun. Pasti ramai yang berminat

dapatkan wang tunai daripada bank untuk selesaikan sebarang

keperluan.

Tapi, kena beringat. Bank bukan satu badan kebajikan.

Setiap jumlah yang kita pinjam kat mereka, memang takkan ada

harapan untuk bayar balik tanpa sebarang caj faedah.

Dan biasanya, bank akan kenakan caj interest yang sangat tinggi. Tak

cukup dengan tu, mereka juga akan kenakan yuran untuk setiap cash

advance yang kita buat.

Yang terbaik kita boleh buat adalah minimumkan penggunaan

kelebihan ini.

Strategi #3: Bila tempoh bebas faedah anda akan tamat?

Kebanyakan pengeluar kad kredit (bank) ada berikan kelebihan ini

kepada pelanggan mereka.

Nama lain bagi kelebihan yang bank berikan ni adalah grace period.

Page 12: eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika ...Ini adalah cara bank buat duit. Selain tu, ada pelbagai lagi jenis caj yang bank kenakan seperti; • Bayaran lebih had

12    

Perkara ni berikan kelebihan kat peminjam supaya pembayaran

hutang itu tak dikenakan sebarang caj faedah.

Biasanya, bank akan bagi masa selama 20 hari, yang mana sebarang

pembelian korang takkan dicaj dalam tempoh masa ini.

Selagi boleh, gunakan kelebihan ni dan bayar baki hutang untuk

elakkan caj faedah.

Strategi #4: Bayar hutang tepat pada masanya

Tok ada sebutkan pasal Yuran Pembayaran Lewat (late fees) kat atas

tadi. Dan secara logiknya, ini adalah caj yang korang tak patut bayar.

Korang hanya terpaksa bayar caj ini kalau lambat buat pembayaran

bil. Jadi, kalau tak nak terkena caj ni, amalkan bayar hutang kad

kredit seawal yang mungkin.

Dengan membuat bayaran awal, korang pasti akan dapat jimatkan

sehingga beratus ringgit setahun. Baik lagi gunakan duit tu untuk buat

benda lain yang lebih penting.

Strategi #5: Pantau setiap perbelanjaan yang gunakan kad

kredit

Kalau korang berbelanja lebih daripada had kad kredit yang

ditetapkan, bank akan kenakan caj Lebih Had (over-the-limit fee).

Dan caj ni bukannya murah.

Page 13: eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika ...Ini adalah cara bank buat duit. Selain tu, ada pelbagai lagi jenis caj yang bank kenakan seperti; • Bayaran lebih had

13    

Untuk elakkan caj ni, rajinkan diri jejak setiap perbelanjaan yang

korang buat. Dengan sedikit usaha, korang boleh mengelak daripada

kena bayar caj yang tak perlu ni.

Page 14: eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika ...Ini adalah cara bank buat duit. Selain tu, ada pelbagai lagi jenis caj yang bank kenakan seperti; • Bayaran lebih had

14    

Soalan #2: Boleh ke kita rendahkan kadar faedah kad kredit

yang sedia ada?

Kadar faedah kad kredit dengan mudah buatkan kita membayar

lebih daripada sepatutnya.

Paling tak best, faedah ini senang-senang makan duit yang susah

payah kita cari.

Bayangkan. Kita nak bayar makanan yang berharga RM50. Tapi,

sebab terlampau lama sangat berhutang, kita terpaksa bayar bank

lebih daripada harga ini.

Dan kita tak boleh salahkan pihak bank 100%. Bukan depa tak

bagitahu awal-awal dalam polisi.

Antara cara yang korang boleh gunakan untuk rendahkan kadar

faedah ini adalah seperti berikut:

Page 15: eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika ...Ini adalah cara bank buat duit. Selain tu, ada pelbagai lagi jenis caj yang bank kenakan seperti; • Bayaran lebih had

15    

Plan A: Berunding dengan bank untuk dapatkan kadar

faedah lebih rendah

Percaya tak?

Lebih baik korang stay gunakan kad kredit yang ada dan berunding

untuk dapatkan kadar faedah yang lebih rendah, berbanding apply

kad kredit baru dengan interest rate yang rendah.

Hakikatnya, korang tak boleh lari daripada baki hutang kad kredit.

Dan setiap kali korang buat kad baru, sejarah hutang yang lama tetap

akan ada rekod.

Ini yang akan mempengaruhi CCRIS korang secara negatif, juga

menjadikan kadar faedah korang melambung tak ingat dunia.

Page 16: eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika ...Ini adalah cara bank buat duit. Selain tu, ada pelbagai lagi jenis caj yang bank kenakan seperti; • Bayaran lebih had

16    

Ini ada 5 tip yang korang boleh gunakan untuk minta bank rendahkan

kadar faedah:

Tip #1: Gunakan maklumat daripada bank lain sebagai

ieverage

Cari maklumat produk kad kredit kat bank lain, dan gunakan

maklumat ini sebagai leverage dalam proses rundingan yang bakal

korang buat nanti.

Nak tak nak, bank (yang issue kad kredit korang tu) selagi boleh nak

terus berurusan dengan korang. Lagipun, korang dah jadi pelanggan

mereka.

Takde satu perniagaan yang suka bila hilang pelanggan.

Gunakan kadar faedah daripada bank lain, dan sajikan pada bank

korang dengan maklumat ni. Ada kemungkinan besar yang mereka

akan turuti permintaan korang.

Ini berdasarkan logic semata-mata. Boleh jadi bank korang ada

potensi untuk rendahkan kadar faedah berbanding persaing mereka.

Tip #2: Mulakan dengan kad kredit yang paling lama korang

pakai

Pasti ada banyak kelebihan kalau menjadi pelanggan yang setia. Dan

bank tak kisah berikan kelebihan dan keistimewaan ini kat pelanggan

lama mereka.

Page 17: eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika ...Ini adalah cara bank buat duit. Selain tu, ada pelbagai lagi jenis caj yang bank kenakan seperti; • Bayaran lebih had

17    

Korang boleh mulakan dengan contoh dialog macam ni:

“Saya dah XX tahun menjadi pelanggan setia bank XYZ. Ada tak

peluang untuk saya dapatkan kadar faedah yang lebih rendah?”

Tip #3: Ringankan mulut bertanya

Kalau korang tengok belakang kad kredit korang, ada tertera nombor

telefon khidmat pelanggan.

Pada kebanyakan masa, pengguna kad kredit tak ambil kisah dengan

nombor ini. Tapi dalam waktu atau situasi tertekan, ini mungkin satu

medium yang akan membantu kita.

Dengan menggunakan poin pertama tadi, korang boleh gunakan

segala maklumat tentang pesaing mereka sebagai senjata utama.

Tak kena bayar pun kalau nak bertanya, kan?

Mungkin sebab tindakan ni nampak macam tak berikan sebarang

impak maksima. Sebab tu tak ramai orang yang buat tip ni.

Padahal, kalau ada rezeki dan poin (hujah) yang korang berikan tu

tepat, korang sentiasa ada peluang untuk rendahkan kadar faedah

original yang bank bagi tu.

Tip #4: Usaha itu tangga kejayaan

Tak berjaya rendahkan kadar interest sewaktu pertama kali call

khidmat pelanggan?

Page 18: eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika ...Ini adalah cara bank buat duit. Selain tu, ada pelbagai lagi jenis caj yang bank kenakan seperti; • Bayaran lebih had

18    

Takpe. Teruskan mencuba. Tak bermakna korang gagal untuk kali

pertama, korang dah takde peluang langsung pada masa depan.

Matlamat utama korang adalah kemukakan hujah yang rasional. Tapi

dalam apa-apa perjuangan sekalipun, ketekunan dalam melakukan

sesuatu adalah perkara yang paling utama.

Pendek kata, persistence is the key factor.

Kalau pegawai khidmat pelanggan tu kata “tak boleh,” cuba minta

izin untuk bercakap dengan pengurus mereka.

Terus cuba sampai korang dapat bercakap dengan wakil yang

bersedia untuk bekerjasama dengan korang.

Tak bermakna korang kena buat panggilan setiap minit atau setiap

hari. Cuma, tak salah pun kalau korang rajin membuat panggilan

dalam tempoh masa satu bulan tu.

Bila korang buat macam ni, korang akan dapat tangkap perhatian

mereka. Ini akan meningkatkan peluang korang untuk rendahkan

kadar faedah sedia ada.

Tip #5: Tanya secara sopan, bukan menekan

Yang ni, Tok tak perlu nak terangkan secara terperinci. Ikut logik akal

saja.

Kalau korang sendiri, suka orang lain tanya baik-baik atau dengan

cara kurang ajar?

Page 19: eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika ...Ini adalah cara bank buat duit. Selain tu, ada pelbagai lagi jenis caj yang bank kenakan seperti; • Bayaran lebih had

19    

Wakil khidmat pelanggan pun seorang manusia juga. Punya hati dan

perasaan.

Kalau awal-awal lagi korang dah “poyo” dan “kerek” dengan mereka,

korang ingat orang tu ada hati lagi nak layan korang?

Lagi satu, dah tentu pegawai khidmat pelanggan tu melayan beratus-

ratus panggilan daripada pelanggan lain.

Kan lagi senang cakap baiik-baik dan penuh bersopan santun?

Lagipun, kita yang nak minta tolong mereka. Takde satu sebab sekecil

zarah pun untuk kita bersikap kurang ajar dengan mereka.

Bak kata pepatah:

“Lagi mudah nak perangkap lalat dengan madu, berbanding

gunakan cuka.”

Tip BONUS: Gunakan skrip ini untuk tanya dan tinggikan

peluang dapat kadar faedah lebih rendah

Kalau korang tak tahu nak cakap apa, boleh gunakan skrip khas yang

Tok sediakan ni:

“Assalamualaikum/Selamat sejahtera. Nama saya _____(masukkan

nama korang). Saya adalah pelanggan bank ______ (masukkan nama

bank) sejak ______ (masukkan tahun sejak bila korang jadi pelanggan

mereka).”

“Boleh saya dapatkan nama Tuan/Cikpuan?”

Page 20: eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika ...Ini adalah cara bank buat duit. Selain tu, ada pelbagai lagi jenis caj yang bank kenakan seperti; • Bayaran lebih had

20    

“Tujuan saya menelefon Tuan/Cikpuan ______ (nama pegawai

khidmat pelanggan) adalah untuk mendapatkan kadar faedah yang

lebih rendah, untuk menjelaskan jumlah hutang saya yang

tertunggak.”

“Ketika ini, saya sedang berusaha untuk membuat bayaran tepat

pada masanya, dan saya membayar ______ (nyatakan jumlah

bayaran yang korang buat) setiap bulan/tahun untuk kad kredit ini.”

“Baru-baru ini, saya mendapat tawaran membuat kad kredit baru

daripada bank _____ (nama bank pesaing). Ia mempunyai struktur

yang sama dengan apa yang syarikat anda tawarkan.”

“Cuma, mereka menawarkan kadar faedah sebanyak _____%

(nyatakan kadar faedah bank pesaing).”

“Saya mahu kekal berurusan dengan syarikat anda, tetapi tawaran

yang saya dapat daripada bank berkenaan agak menarik perhatian

saya.”

“Boleh saya tahu. Ada tak sebarang peluang untuk syarikat anda

menawarkan kadar faedah seperti mereka?”

Korang boleh ubah suai skrip ini mengikut keselesaan dan cara korang

bercakap. Yang ni, Tok berikan sepenuh kuasa kat korang ya.

Yang penting, jadikan skrip kita ini sesopan yang mungkin. Bab nak

bercakap pula, cakap dengan nada yang baik dan lemah lembut. In

Shaa Allah boleh jadi.

Kalau yang ni tak jalan, kita cuba buat cara yang ke-2 pula.

Page 21: eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika ...Ini adalah cara bank buat duit. Selain tu, ada pelbagai lagi jenis caj yang bank kenakan seperti; • Bayaran lebih had

21    

Plan B: Pindahkan baki ke kad baru untuk dapatkan kadar

faedah yang rendah

Dalam sesetengah kes, mungkin Plan A tadi tak menjadi (dapatkan

kadar faedah lebih rendah melalui rundingan).

Ada banyak faktor yang menyebabkan perkara ni berlaku. Mungkin

korang kantoi dalam bab “menjadi pelanggan cemerlang,” atau

mungkin pegawai khidmat pelanggan tu layan endah tak endah.

Tapi tak bermakna korang dah takde peluang langsung ya. Kan masih

ada Plan B?

Korang boleh pertimbangkan untuk buat balance transfer.

Page 22: eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika ...Ini adalah cara bank buat duit. Selain tu, ada pelbagai lagi jenis caj yang bank kenakan seperti; • Bayaran lebih had

22    

Pendekatan ini membolehkan korang untuk alihkan beberapa hutang

kad kredit, dengan kadar faedah yang lebih rendah (atau sekurang-

kurangnya, pada kadar pengenalan (introductory rate) yang rendah).

Macam mana nak buat Plan B ini?

Kalau korang pilih untuk buat Plan B, mula-mula, cari dan kaji dulu

bank mana yang berikan kadar faedah yang terbaik.

Pada masa yang sama, korang juga perlu beri perhatian kat setiap caj

yang ada untuk perkara ni, seperti:

• Yuran pemindahan baki (balance transfer fees),

• Yuran tahunan (annual fees),

• Segala caj lain yang terlibat dalam proses pemindahan baki

kredit.

Dalam bahasa mudahnya, Tok nak korang baca black and white tu

dan fahamkan isi kandungan polisi tu baik-baik.

Tip yang anda boleh gunakan bersama strategi “power” ini

Ada beberapa tip yang Tok nak kongsikan bila korang buat keputusan

untuk gunakan Plan B ni;

1) Perhatikan perubahan kadar faedah macam seekor helang.

Kalau korang memindahkan baki kepada kad dengan kadar

pengenalan (introductory rate) yang renda, pastikan korang bayar

baki secara penuh sebelum kadar itu tamat tempoh.

Page 23: eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika ...Ini adalah cara bank buat duit. Selain tu, ada pelbagai lagi jenis caj yang bank kenakan seperti; • Bayaran lebih had

23    

2) Untuk memastikan proses pemindahan baki berjalan lancar,

masukkan sekali jumlah baki yang korang nak pindahkan ke atas

permohonan kad kredit yang baru.

3) Fokus untuk dapatkan kad kredit dengan caj faedah yang rendah

atau takde caj pengenalan APR (Annual Percentage Rate).

Ada banyak persaingan antara pengeluar produk kad kredit (bank)

kat luar sana. Jadi, gunakan kelebihan ini untuk manfaat diri sendiri.

4) Cari kad kredit yang 3% lebih rendah (atau sama kadar) daripada

jumlah hutang yang kita nak jelaskan.

Kalau korang tengok kat laman web Ringgit Plus, ada banyak bank

yang tak kenakan sebarang caj untuk buat balance transfer. Mungkin

ini kad kredit yang sesuai untuk korang?

5) Kad kredit yang terbaik untuk tujuan pemindahan baki, adalah kad

kredit yang mempunyai had kredit yang cukup tinggi bagi

menampung semua hutang korang.

Ciri-ciri ini membolehkan korang mendapat tawaran untuk semua

hutang yang ada. Selain tu juga, korang juga dapat kekalkan kadar

penggunaan kredit yang sihat.

Oh, dan skor kredit korang juga (CCRIS) dapat dijaga rapi.

Tok bagi contoh mudah.

Page 24: eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika ...Ini adalah cara bank buat duit. Selain tu, ada pelbagai lagi jenis caj yang bank kenakan seperti; • Bayaran lebih had

24    

Kalau korang transfer kredit RM1,000 kepada kad yang mempunyai

credit limit sebanyak RM1,000, bermakna korang dah melebihi had

kredit yang ditetapkan.

Apa-apa pun, korang boleh hubungi pihak bank dan dapatkan

kepastian untuk perkara ini.

Lepas dah dapat rendahkan kadar faedah ini, boleh ke kita

goyang kaki?

Maaf. Tok terpaksa musnahkan mimpi indah korang tu.

Kadar faedah ni masih ada potensi untuk berubah dari masa ke

semasa. Kalau nasib korang tak baik, korang terpaksa bayar hutang

pada kadar yang lebih tinggi.

Jadi, buat terus tip ni lepas korang dah buat Plan A dan B ini:

#1: Jelaskan hutang secepat mungkin

Page 25: eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika ...Ini adalah cara bank buat duit. Selain tu, ada pelbagai lagi jenis caj yang bank kenakan seperti; • Bayaran lebih had

25    

Bayar baki korang pada jumlah yang penuh dan pada masanya.

Kalau bayar lewat jugak, bersedia untuk berhadapan dengan kadar

faedah yang akan meroket.

#2: Buat apa yang perlu

Tak akan berubah sesuatu perkara kalau kita berdiam saja.

Kalau korang terlewat buat bayaran atas sebab tak sengaja (kes

terlupa) dan cepat diperbetulkan, boleh cuba hubungi pegawai

khidmat pelanggan kad korang masa korang nak buat bayaran.

Korang boleh cuba untuk meminta budi bicara mereka untuk tak

kenakan sebarang caj faedah. Cakap elok-elok. Kalau buat ni,

peluang korang dapat adalah tinggi.

#3: Elak berhutang lebih 35% daripada had kredit

Selagi boleh, elakkan untuk tak melebihi kadar 35% untuk keseluruhan

hutang kad kredit korang.

Kalau terlebih, skor kredit korang akan terjejas teruk.

Dan implikasi yang paling “syok,” korang susah nak buat loan baru

seperti pinjaman perumahan dan sebagainya. Bank juga akan susah

luluskan permohonan kad kredit korang yang lain.

SENARAI  SEMAK  BAHAGIAN  2    

1. Anda boleh berunding dengan pihak pengeluar kad kredit

untuk kadar yang lebih rendah.

Page 26: eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika ...Ini adalah cara bank buat duit. Selain tu, ada pelbagai lagi jenis caj yang bank kenakan seperti; • Bayaran lebih had

26    

2. Gunakan maklumat dari bank lain (yang kadar faedahnya lebih

rendah) sebagai leverage.

3. Lagi lama kad kredit anda pakai, lagi besar kemungkinan

mereka akan bersetuju untuk bagi kadar faedah yang lebih

rendah.

4. Tanya, tanya dan tanya. Kalau tak tanya macam mana nak

tahu?

5. Sesuaikan skrip yang Tok bagi untuk rundingan kadar faedah

yang lebih rendah.

6. Bila dah dapat tu, jangan berlenggang, cuba selesaikan hutang

secepat mungkin.

7. Ingat jangan guna sampai lebih 35% daripada had maksima

kad kredit anda!

Page 27: eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika ...Ini adalah cara bank buat duit. Selain tu, ada pelbagai lagi jenis caj yang bank kenakan seperti; • Bayaran lebih had

27    

Soalan #3: Macam mana nak kenal pasti kad kredit yang

sesuai dengan penggunaan kita?

Sebelum Tok teruskan Tok nak korang jawab dulu soalan ni:

• Karang dah yakin boleh uruskan kewangan dengan baik?

• Korang dah boleh ke mengawal nafsu berbelanja (kalis dengan

Year End Sale, atau lain-lain bentuk jualan murah yang serupa)?

• Boleh ke berfikir secara waras walaupun disogok dengan asakan

promosi?

• Pandai tak bezakan antara “keperluan” dan “kehendak”?

• Tak mudah terpengaruh dengan desakan kawan-kawan yang

pakai barang branded, tukar kereta, dan sebagainya?

Kalau jawapan korang selain daripada “YA,” Tok mohon lupakan

hasrat nak pakai kad kredit dulu. Sebab risiko korang kecundang

terlalu tinggi.

Page 28: eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika ...Ini adalah cara bank buat duit. Selain tu, ada pelbagai lagi jenis caj yang bank kenakan seperti; • Bayaran lebih had

28    

Jom teruskan bacaan.

Cara memilih kad kredit yang betul

#1: Fahamkan terma dan syarat betul-betul

Sebelum korang bersetuju untuk gunakan mana-mana pembekal kad

kredit (bank), korang akan dapat satu dokumen yang menggariskan

terma dan syarat pemegangan kad kredit.

Baca dengan teliti syarat dan terma yang ada ya.

Kebiasaannya, syarat dan terma ini meliputi:

• jenis-jenis caj yang dikenakan,

• hak-hak dan tanggungjawab pemegang kad dan pengeluar kad

kredit (bank),

• penggunaan kad kredit,

• syarat-syarat pembayaran balik,

• prosedur membuat aduan,

• rahsia maklumat kad kredit, dan lain-lain.

#2: Fahamkan segala jenis caj yang terlibat

Bagi yang mahu menggunakan kad kredit, korang wajib fahamkan

yang kad kredit tertakluk kepada beberapa jenis caj:

a) Yuran penyertaan (kalau ada)

Setiap pengeluar kad kredit mempunyai yuran penyertaan yang

berbeza. Ada juga penyertaan yang percuma.

Page 29: eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika ...Ini adalah cara bank buat duit. Selain tu, ada pelbagai lagi jenis caj yang bank kenakan seperti; • Bayaran lebih had

29    

b) Yuran tahunan

Ini adalah yuran sama rata yang perlu dibayar setahun sekali. Korang

perlu bayar yuran tu walaupun tak pernah gunakan kad kredit

sekalipun.

Yuran tahunan biasanya dalam lingkungan RM60 hingga RM90 untuk

kad klasik, dan RM130 hingga RM195 untuk kad emas.

c) Caj kewangan (faedah)

Ini adalah caj yang dikenakan kat korang oleh pengeluar kad kredit,

ke atas baki yang belum dijelaskan selepas tarikh tamat tempoh.

Caj ini biasanya dikira berdasarkan baki harian.

Bermula daripada 1 Julai 2008, kadar faedah yang dikenakan adalah

secara bertingkat mengikut amalan pembayaran balik pemegang

kad.

Ini bertujuan untuk menggalakkan penggunaan kad kredit

secara berdisiplin di kalangan pemegang kad.

d) Yuran pendahuluan wang tunai (cash advance)

Ini adalah yuran yang dikenakan bagi setiap kali pendahuluan wang

tunai yang kita dapat daripada pengeluar kad kredit (bank).

Yuran ini biasanya 3% hingga 5% daripada jumlah pendahuluan wang

tunai yang dipinjam, dan merupakan tambahan kepada caj

Page 30: eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika ...Ini adalah cara bank buat duit. Selain tu, ada pelbagai lagi jenis caj yang bank kenakan seperti; • Bayaran lebih had

30    

kewangan yang dikenakan ke atas jumlah pendahuluan korang

dapat.

Caj kewangan dikira bermula daripada tarikh wang tersebut diambil,

atau apabila jumlah tersebut tercatat ke dalam akaun kad kredit

korang.

Jumlah pendahuluan wang tunai ini mungkin dihadkan untuk setiap

pelanggan.

e) Caj bayaran lewat (late fees)

Ini adalah caj yang dikenakan kalau korang gagal jelaskan (sekurang-

kurangnya jumlah bulanan minimum) sebelum tarikh yang ditetapkan.

Bila korang bayar selepas tarikh tamat tempoh, korang akan

dikenakan caj kewangan (faedah ke atas baki belum jelas) dan caj

bayaran lewat.

Caj bayaran lewat boleh mencecah 1% daripada baki belum jelas,

atau jumlah maksimum sebanyak RM75. Manakala jumlah minimum

sebanyak RM5.

f) Caj kewangan, yuran dan tempoh tanpa faedah (grace

period)

Korang boleh menikmati tempoh tanpa faedah, kebiasaannya selama

20 hari dari tarikh urus niaga mula direkodkan (untuk pembelian saja),

sekiranya korang takde sebarang jumlah tertunggak yang perlu

dibayar dari bulan sebelumnya.

Page 31: eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika ...Ini adalah cara bank buat duit. Selain tu, ada pelbagai lagi jenis caj yang bank kenakan seperti; • Bayaran lebih had

31    

Kalau korang hanya bayar sebahagian atau jumlah minimum baki

yang perlu dibayar, korang akan dikenakan faedah ke atas semua

pembelian dari tarikh urus niaga tu direkodkan.

#3: Bandingkan fi dan caj setiap kad kredit

Setiap pengeluar kad kredit mempunyai fi dan caj yang berbeza.

Sebagai pengguna yang bijak, Tok sarankan korang buat

perbandingan antara setiap pengeluar kad kredit bagi mendapatkan

nilai yang korang mahukan.

Kalau korang takde masa nak buat survei untuk setiap satu kad kredit

yang ada di Malaysia ni, korang boleh lawati RinggitPlus untuk

bandingkan setiap kad kredit secara dalam talian.

#4: Hadiah dan promosi

Pengeluar kad kredit mungkin menawarkan korang hadiah atau

promosi seperti telefon bimbit, dompet kulit dan sebagainya. Ini

bertujuan untuk mempromosikan kad kredit mereka.

Walau bagaimanapun, sebelum memohon, penting untuk korang

fahamkan syarat-syarat yang terkandung di dalam tawaran tersebut.

Baca dengan teliti syarat-syarat yang ditetapkan tu (bahagian hadiah

dan promosi), serta denda yang akan dikenakan jikalau syarat-syarat

itu gagal dipatuhi.

Page 32: eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika ...Ini adalah cara bank buat duit. Selain tu, ada pelbagai lagi jenis caj yang bank kenakan seperti; • Bayaran lebih had

32    

#5: Kadar caj rendah sementara

Untuk menarik perhatian korang, pengeluar kad kredit mungkin akan

kenakan yuran dan caj kewangan pada kadar yang rendah, atau

memansuhkan caj-caj tu sama sekali untuk sesuatu tempoh masa

tertentu.

Risalah promosi mungkin lebih tertumpu kat kadar faedah permulaan

yang rendah, dengan saiz font yang besar dan mudah dibaca. Tapi

kadang-kadang tanpa mempamerkan tarikh luput.

Kadar faedah selepas tamat tempoh pula tak dinyatakan dengan

jelas (menggunakan font yang kecil).

Korang rajin-rajin tenogk sampai ke belakang risalah ya. Mungkin ada

tercatat pada sebelah belakang borang permohonan, atau kat muka

surat terakhir risalah promosi yang mengandungi banyak muka surat

tu.

Tugas korang pula adalah untuk fahamkan syarat-syarat promosi dan

tengok bila tempoh promosi akan berakhir.

Sebab korang mungkin akan dikenakan caj seperti biasa, atau pada

kadar yang jauh lebih tinggi lepas tempoh itu tamat.

#6: Adakah kad kredit itu syariah compliance?

Sebagai seorang muslim, wajib untuk kita memilih kad kredit yang tak

terlibat (secara langsung atak tak langsung) dengan sebarang unsur

maysir, riba, dan gharar.

Page 33: eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika ...Ini adalah cara bank buat duit. Selain tu, ada pelbagai lagi jenis caj yang bank kenakan seperti; • Bayaran lebih had

33    

Sentiasa pilih kad kredit Islamic yang tawarkan kad kredit dengan

kadar caj yang kompetitif.

Kita bukan saja nak selamat kat atas dunia semata-mata. Akhirat pun

kena fikir sekali.

Ini sedikit sebanyak antara cara untuk memilih kad kredit bagi apa

jenis tujuan sekalipun. Yang penting, sentiasa buat perbandingan

secara bijak untuk memilih kad kredit yang sesuai dengan korang.

Cara nak gunakan kad kredit dengan bijak

Tak susah nak dapatkan kad kredit bagi mereka yang layak (dari segi

kewangan), tapi bergantung jugak kat cara penggunaan korang.

Bawah ni antara cara penggunaan kad kredit yang betul (yang patut

semua orang buat, termasuk korang):

Page 34: eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika ...Ini adalah cara bank buat duit. Selain tu, ada pelbagai lagi jenis caj yang bank kenakan seperti; • Bayaran lebih had

34    

#1: Hadkan penggunaan kad kredit

Hadkan penggunaan kad kredit korang untuk tujuan tertentu saja,

saja. Sebagai contoh, korang boleh gunakan kad kredit untuk buat

tempahan hotel atau mengisi petrol untuk kenderaan korang.

Tujuan utama tindakan ini adalah untuk mengawal dan memudahkan

pemantauan penggunaan kad kredit.

Kalau korang nak beli barangan dapur dan kegunaan harian, Tok

syorkan korang gunakan wang tunai.

#2: Bayar hutang secara penuh setiap bulan

Sentiasa buat bayaran penuh setiap bulan sebelum tamat tempoh. Ini

penting untuk korang elak dikenakan caj tambahan dan faedah

sebab tak buat bayaran penuh.

Tok nak korang asingkan gaji korang sikit ke dalam sebuah akaun khas,

untuk tujuan membayar hutang kad kredit setiap bulan.

#3: Pilih kad kredit dengan had penggunaan yang rendah

Perkara ni bergantung kat jenis kad kredit yang korang pilih.

Dalam hal ni, korang wajib pilih had penggunaan yang paling rendah,

dimana korang mampu buat bayaran hutang setiap bulan.

Tujuan utama adalah supaya korang tak kantoi dan senang buat

bayaran setiap bulan (tanpa perlu menyusahkan diri sendiri).

Page 35: eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika ...Ini adalah cara bank buat duit. Selain tu, ada pelbagai lagi jenis caj yang bank kenakan seperti; • Bayaran lebih had

35    

#4: Elak dedahkan info kad kredit anda

Ini merupakan rahsia besar korang sendiri. Jadi, wajib kita jaga

maklumat terbesar ini baik-baik.

Elakkan menulis info kad kredit korang kat mana-mana (atas kertas,

atau dalam nota digital dalam smartphone) untuk elakkan kecurian

data kad kredit.

#5: Jangan sekali-kali pinjamkan kad kredit kat orang lain

Kadang-kala, kepercayaan yang berlebih tu pun tak elok jugak. Ini

penting untuk elakkan berlakunya kecurian maklumat kad kredit

korang.

#6: Sentiasa semak penyata kad kredit setiap bulan

Korang boleh track balik segala bukti penggunaan kad kredit yang

berlaku. Kat sini, korang boleh periksa sama ada berlaku transaksi yang

korang tak buat atau mencurigakan.

Kalau berlaku masalah ni, maklumkan kat pengeluar kad kredit

korang.

#7: Elakkan simpan maklumat kad kredit

Kalau korang rajin shopping secara online gunakan kad kredit, elakkan

simpan maklumat kad kredit sebagai cara bayaran.

Page 36: eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika ...Ini adalah cara bank buat duit. Selain tu, ada pelbagai lagi jenis caj yang bank kenakan seperti; • Bayaran lebih had

36    

Selain meningkatkan kebarangkalian korang membeli-belah secara

kerap, korang juga akan menipiskan peluang scammer kat luar sana

mencuri maklumat kad kredit korang.

#8: Apa kata tak payah guna kredit kad langsung?

Kalau korang dah tau susah nak kawal diri bila berbelanja, Tok

sarankan baik korang tak payah langsung pakai kad kredit. Lagi

senang hidup korang.

Selalu ingat perkara ini:

“Kad kredit adalah alat kewangan yang membenarkan kita

berhutang dengan bank untuk membeli sesuatu.”

Dah nama pun hutang, kenalah jelaskan. Bukan main suka-suki swipe

sana sini, tapi tak nak bayar jumlah yang dipinjam.

Berhutang itu boleh. Tak salah. Tapi kalau dah sampai tahap

membebankan diri sendiri, itu payah.

Baik lagi korang berbelanja gunakan tunai yang ada kat tangan tu.

Lebih selamat dan tak buat korang pening kepala bila nak bayar kat

bank nanti.

Apa-apa pun, gunakan kelebihan ini dengan bijaksana.

Guna akal yang Allah S.W.T kurniakan kat kita sentiasa, berbanding

gunakan hati dan perasaan (bagi melayan kehendak) yang bakal

mengundang bala.

Page 37: eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika ...Ini adalah cara bank buat duit. Selain tu, ada pelbagai lagi jenis caj yang bank kenakan seperti; • Bayaran lebih had

37    

SENARAI  SEMAK  BAHAGIAN  3    

1. Baca dan tahu semua terma dan syarat yang ada untuk kad

kredit anda.

2. Fokus dan ingat semua caj yang ada, lagi bagus buat senarai

dan tampal kat dinding.

3. Kalau nak ambik kad kredit baru bandingkan semua fi dan caj

untuk semua kad kredit yang ada.

4. Hadiah dan promosi kad kredit berbeza, tengok yang mana

betul-betul anda nak dan berbaloi.

5. Tengok dan tahu bila anda boleh caj kadar faedah rendah

sementara.

6. Tahu kad kredit mana yang patuh syariah.

7. Info kad kredit anda adalah sensitive, simpan elok-elok. Jangan

mudah percaya.

Page 38: eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika ...Ini adalah cara bank buat duit. Selain tu, ada pelbagai lagi jenis caj yang bank kenakan seperti; • Bayaran lebih had

38    

Soalan #4: Berapa banyak jenis kad kredit yang ada di

Malaysia?

Setakat ni, produk bank (kad kredit) yang ada kat Malaysia dah

berkembang menjadi semakin khusus dalam bab penggunaan.

Jenis penggunaan ni pula terbahagi kepada beberapa kategori khas,

untuk memenuhi keperluan pemegang kad dengan menyediakan

ganjaran, serta faedah yang sesuai dengan penggunaan masing-

masing.

Ni, Tok sediakan 8 jenis kad kredit yang ada kat negara kita. Korang

boleh pilih mana yang sesuai dengan penggunaan dan perbelanjaan

korang.

Page 39: eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika ...Ini adalah cara bank buat duit. Selain tu, ada pelbagai lagi jenis caj yang bank kenakan seperti; • Bayaran lebih had

39    

Jenis #1: Kad kredit rebat tunai (cash back)

Kad jenis ini menyediakan ganjaran dalam bentuk rebat tunai.

Sebilangan kecil perbelanjaan yang korang buat, akan dipulangkan

semula.

Bentuk pulangan pula boleh jadi dalam bentuk wang tunai, cek, atau

kredit kepada akaun kad kredit korang.

Tok ada buat perbandingan kad kredit jenis ni kat laman web

RinggitPlus. Ini antara 3 kad kredit cashback yang terbaik buat masa

ini:

Page 40: eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika ...Ini adalah cara bank buat duit. Selain tu, ada pelbagai lagi jenis caj yang bank kenakan seperti; • Bayaran lebih had

40    

Jenis #2: Kad kredit Air Miles (sesuai untuk kaki melancong)

Kad ini pula bagi korang peluang untuk menukar (convert) segala

perbelanjaan (untuk semua atau beberapa kategori) menjadi Air Miles

atau bahasa mudahnya, mata ganjaran.

Point yang korang dapat ni, boleh ditukar kepada pelbagai jenis

hadiah atau ganjaran yang pengeluar kad kredit korang tawarkan.

Page 41: eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika ...Ini adalah cara bank buat duit. Selain tu, ada pelbagai lagi jenis caj yang bank kenakan seperti; • Bayaran lebih had

41    

Mata ganjaran yang korang dapat boleh digunakan dengan syarikat

penerbangan (yang bergabung dengan syarikat pengeluar kad

kredit) untuk menempah tiket yang lebih murah, atau upgrade pakej

penerbangan dan sebagainya.

Bawah ni, Tok sediakan 3 kad kredit travel yang terbaik (Tok buat

perbandingan kat blog RinggitPlus):

Page 42: eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika ...Ini adalah cara bank buat duit. Selain tu, ada pelbagai lagi jenis caj yang bank kenakan seperti; • Bayaran lebih had

42    

Jenis #3: Kad kredit ganjaran (rewards)

Kalau korang gunakan kad kredit jenis ni, setiap perbelanjaan yang

korang buat tu akan ditukar menjadi mata ganjaran (sama seperti

poin kat atas tadi).

Dan mata ganjaran ni, korang boleh gunakan untuk menebus

macam-macam jenis barangan atau perkhidmatan.

Biasanya, korang akan dapat 1 mata ganjaran untuk setiap Ringgit

yang korang belanjakan.

Kad jenis ini boleh jadi cara yang terbaik untuk korang jimatkan wang.

Sebab kebanyakan pengeluar kad kredit jenis ni tak menetapkan

sesebuah had (atau had maksimum) dalam mendapatkan mata

ganjaran.

Page 43: eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika ...Ini adalah cara bank buat duit. Selain tu, ada pelbagai lagi jenis caj yang bank kenakan seperti; • Bayaran lebih had

43    

Dengan menggunakan kad jenis ini untuk perbelanjaan setiap hari

(termasuk juga pembelian besar), korang boleh kumpul berlambak

mata ganjaran tanpa perlu bersusah-payah.

Lepas tu, claim mata ganjaran yang korang dah dapat tu. Best kan?

Berminat nak dapatkan kad kredit untuk tujuan ini? Ini antara pilihan

terbaik yang Tok bandingkan kat RinggitPlus:

Jenis #4: Kad kredit untuk petrol

Page 44: eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika ...Ini adalah cara bank buat duit. Selain tu, ada pelbagai lagi jenis caj yang bank kenakan seperti; • Bayaran lebih had

44    

Ada yang menganggap kad ini sebagai rahmat buat mereka.

Terutama sekali yang tak layak dapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia

(BR1M).

Yang ni pula, direka secara khusus untuk korang yang habiskan

banyak masa kat atas jalan raya.

Biasanya, kad ni datang dengan faedah petrol yang hebat, termasuk

rebat tunai untuk minyak, serta diskaun istimewa dekat stesyen minyak.

Kalau korang tergolong dalam ketegori yang selalu berjalan guna

kereta (dan banyak habiskan duit untuk mengisi minyak) setiap bulan,

Tambahan pula, kad ini ada potensi menjimatkan banyak wang

korang untuk jangka masa panjang.

Tok ada bandingkan kad kredit terbaik bagi tujuan ini kat RinggitPlus.

Ini dia hasil yang Tok berjaya dapatkan:

Page 45: eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika ...Ini adalah cara bank buat duit. Selain tu, ada pelbagai lagi jenis caj yang bank kenakan seperti; • Bayaran lebih had

45    

SENARAI  SEMAK  BAHAGIAN  4    

1. Tahu 7 jenis kategori kad kredit yang paling banyak di Malaysia.

2. Bandingkan sendiri jenis kad kredit yang ada, boleh buat dekat

Ringgitplus.com

Page 46: eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika ...Ini adalah cara bank buat duit. Selain tu, ada pelbagai lagi jenis caj yang bank kenakan seperti; • Bayaran lebih had

46    

Jenis #5: Kad kredit untuk perniagaan

Kad kredit yang dikhaskan untuk kegunaan perniagaan sesuai untuk

perniagaan SME (Small Medium Entreprise) bagi mendapatkan kredit

untuk mengurus perbelanjaan operasi.

Ya, kad ini bukan saja untuk golongan profesional. Bisnes kecil pun

boleh gunakan kelebihan ini.

Tujuan utama kad ni adalah membantu dan memastikan

perbelanjaan untuk bisnes dan peribadi dipisahkan, sentiasa ada

rekod perbelanjaan, kemudahan laporan perbelanjaan yang luas,

dan macam-macam lagi.

Pengeluar kad kredit juga ada tawarkan ganjaran tertentu seperti

diskaun perniagaan bila membeli dengan vendor (yang korang biasa

berurusan), dapat pelbagai promosi, pelanjutan warranty, dan

sebagainya.

Page 47: eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika ...Ini adalah cara bank buat duit. Selain tu, ada pelbagai lagi jenis caj yang bank kenakan seperti; • Bayaran lebih had

47    

Sekali lagi, Tok gunakan bantuan RinggitPlus untuk buat perbandingan

kad kredit yang terbaik:

Jenis #6: Kad kredit dengan APR yang rendah

Setiap kali korang gunakan kad kredit, korang takkan terlepas

daripada belenggu kadar faedah yang tinggi. Tak termasuk lagi

dengan yuran-yuran yang lain.

Page 48: eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika ...Ini adalah cara bank buat duit. Selain tu, ada pelbagai lagi jenis caj yang bank kenakan seperti; • Bayaran lebih had

48    

Kad kredit dengan kadar APR yang rendah wujud untuk membantu

golongan yang ada kekangan daripada segi kemampuan kewangan.

Bermakna, ia khas untuk mereka yang takde pendapatan yang cukup

untuk bayar hutang tu sekaligus. Caj faedah yang bank bagi adalah

rendah berbanding kad biasa yang ada kat dalam pasaran.

Dengan bantuan RinggitPlus, Tok dapat 3 kad kredit yang terbaik bagi

tujuan ini:

Jenis #7: Kad kredit Islamik

Page 49: eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika ...Ini adalah cara bank buat duit. Selain tu, ada pelbagai lagi jenis caj yang bank kenakan seperti; • Bayaran lebih had

49    

Untuk penjelasan secara mudah, kad ini beroperasi berdasarkan

prinsip-prinsip Syariah.

Antara prinsip-prinsip yang terlibat adalah:

• Tawarruq (kontrak komoditi),

• Bai Al’Inah (kontrak/akad yang membabitkan urusniaga jualan

dan pembelian semula aset oleh si penjual),

• Ujrah (pembayaran dalam bentuk pertukaran untuk

perkhidmatan, manfaat, dan keistimewaan).

Kad kredit Islam secara umumnya takkan kenakan sebarang caj

kompaun, dan tak boleh digunakan untuk membuat transaksi yang

menentang hukum Islam seperti perjudian, membeli arak, dan lain-lain.

Ada banyak lagi jenis kad kredit yang ada (lebih 200 untuk korang

pilihan mengikut kegunaan masing-masing). Dan Tok akui, agak susah

nak pilih kad mana yang sesuai.

Ini result yang Tok dapat bila buat perbandingan kat RinggitPlus:

Nota penting: Tok sarankan korang lawati laman web seperti iMoney

atau RinggitPlus untuk buat perbandingan (klik pada pautan kalau

korang ada sambungan Internet).

Page 50: eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika ...Ini adalah cara bank buat duit. Selain tu, ada pelbagai lagi jenis caj yang bank kenakan seperti; • Bayaran lebih had

50    

Soalan #5: Macam mana faedah kad kredit dikira?

Korang rasa, korang seorang konsumer kad kredit yang bijak?

Fikir balik semula.

Ramai yang merancang penggunaan kad kredit mengikut kadar

faedah yang diiklankan oleh pengeluar (bank). Tok maksudkan kadar

APR yang bank tunjukkan kat pamphlet tu.

Malangnya, perkara ni tak betul untuk korang buat.

Kat bawah ni nanti, Tok akan tunjukkan macam mana bank mengira

caj kewangan (faedah) berdasarkan baki tertunggak kad kredit

korang.

Page 51: eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika ...Ini adalah cara bank buat duit. Selain tu, ada pelbagai lagi jenis caj yang bank kenakan seperti; • Bayaran lebih had

51    

Kat sini, korang akan nampak dengan jelas kenapa ramai orang

kantoi menguruskan hutang kad kredit.

Semakin lama, semakin banyak pula berhutang. Bukan semakin lama,

semakin berkurang.

Kenapa faedah kad kredit sangat berbahaya untuk anda?

Jom kita tengok macam mana faedah bulanan yang biasa dikira

menggunakan kadar faedah rata (flat rate).

Formula kiraan ni adalah seperti berikut:

• Faedah bulanan menggunakan kadar faedah rata =

• (Kadar faedah tahunan (%) X Jumlah prisipal) / 12

Tok sediakan contoh ni supaya korang senang nak faham.

Katakan korang berhutang RM10,000 dan kadar faedah yang bank

tetapkan adalah 18% setahun.

Jadi, faedah bulanan korang adalah:

• (18% X RM10,000) / 12 =

• RM150 sebulan.

RM150 adalah jumlah faedah bulanan yang korang kena bayar kat

bank.

Nampak senang nak kira, kan? Tapi malangnya, faedah kad kredit tak

dikira dengan cara macam ni.

Page 52: eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika ...Ini adalah cara bank buat duit. Selain tu, ada pelbagai lagi jenis caj yang bank kenakan seperti; • Bayaran lebih had

52    

Dah tu, macam mana bank kira kadar faedah?

Korang mesti pernah dengar istilah daily compounding interest (kadar

pengkompaunan faedah setiap hari).

Tok kongsikan contoh untuk fahamkan korang macam mana kadar ni

bekerja:

#1: Hari pertama korang gunakan kad kredit:

Korang akan mulakan dengan baki prisipal (baki hutang yang korang

buat).

Pada akhir hari nanti, kadar faedah harian ni akan dikira berdasarkan

baki prinsipal ini menggunakan kadar faedah harian (daily interest

rate).

Secara asasnya, APR yang bank bagi tu, kita bahagikan dengan 365

hari. Kita akan dapat kadar faedah harian yang bank caj dekat baki

hutang kita tu.

Lepas tu, jumlah faedah ni akan ditambah dalam amaun prisipal

korang.

#2: Apa akan jadi pada hari ke-2?

Korang akan mula dengan jumlah prisipal yang lebih tinggi

berbanding hari semalam (hari pertama).

Page 53: eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika ...Ini adalah cara bank buat duit. Selain tu, ada pelbagai lagi jenis caj yang bank kenakan seperti; • Bayaran lebih had

53    

Dan pada penghujung hari, bank akan menjadualkan faeedah

korang untuk hari ni, sekali lagi (ulang cara kiraan yang sama pada

poin pertama tadi).

Cuma kali ni, ia berdasarkan jumlah prinsipal korang yang baru dan

lebih tinggi.

#3: Hari ke-3 dan seterusnya?

Pengiraan yang sama berlaku seperti pada hari ke-2 dan seterusnya,

sehingga korang jelaskan hutang tu.

Ini contoh supaya korang mudah faham

Katakan, korang pinjam kat bank RM10,000, dan kadar faedah yang

bank kenakan adalah 18% setahun.

Kadar faedah bulanan korang akan jadi lebih kurang RM154.

Kan dah lebih RM4 kalau nak dibandingkan dengan kadar faedah

rata (flat rate).

Dek kaedah pengiraan pengkompaunan ni, kadar faedah sebenar

yang korang kena caj (juga dikenali sebagai “kadar faedah efektif”)

adalah lebih kurang 19.7% setahun.

Maaf ya. Bukan yang macam mereka (bank) iklankan sebanyak 18%

setahun tu.

Tok tak suka bagi korang sedih dan gundah-gulana dengan fakta

“terfaktab” ni. Tapi nak tak nak, kita kena belajar terima hakikat.

Page 54: eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika ...Ini adalah cara bank buat duit. Selain tu, ada pelbagai lagi jenis caj yang bank kenakan seperti; • Bayaran lebih had

54    

Apa yang patut saya buat lepas dah tahu fakta ini?

Pendek kata, korang tak payah percaya bulat-bulat dan gunakan

kadar faedah yang pengeluar kad kredit iklankan dekat pamphlet

mereka tu.

Pengguna kad kredit yang bijak sedar pasal hal ni. Dan korang juga

dah tahu, kan?

Dengar macam best bila baca dalam risalah yang mereka bagi tu.

Tapi, bank tak banyak buat duit kalau bagi kadar faedah rata.

Dan kaedah pengiraan pengkompaunan ni boleh jadikan kad kredit

sebagai instrumen kewangan yang merbahaya, untuk korang yang

takde disiplin menguruskan kewangan.

Kunci paling utama adalah membayar sebanyak mungkin yang

korang mampu (berbanding bayar amaun minimum) bila berhutang

dengan bank.

Lagipun, tak masuk akal membiarkan diri korang terbeban dengan

jumlah caj faeedah yang melampau. Dan ini akan dikira setiap hari,

selagi ada baki yang belum dibayar untuk kad kredit korang.

Korang mampu ubah perkara ni, dan ini salah satu cara untuk elakkan

korang jadi mangsa perangkap hutang kad kredit.

Page 55: eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika ...Ini adalah cara bank buat duit. Selain tu, ada pelbagai lagi jenis caj yang bank kenakan seperti; • Bayaran lebih had

55    

SENARAI  SEMAK  BAHAGIAN  5    

1. Mahirkan diri dengan pengiraan kadar faedah kad kredit yang

betul.

2. Kira dan fahami berapa banyak kadar faedah yang sudah dan

akan dibayar.

3. Ajar keluarga, kawan-kawan dan member FB yang lain ilmu ni.

Page 56: eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika ...Ini adalah cara bank buat duit. Selain tu, ada pelbagai lagi jenis caj yang bank kenakan seperti; • Bayaran lebih had

56    

Kata-kata penutup

Kad kredit macam api juga. Kecil-kecil, boleh la buat kawan. Dah

besar nanti, hutang kad kredit tu makan korang pula.

Apa yang penting adalah cara kita uruskan perbelanjaan dan

mengawal nafsu berbelanja.

Memang susah nak kawal pada mulanya. Tapi lepas korang amalkan

apa yang korang belajar, Tok yakin korang boleh selesaikan segala

masalah yang ada, termasuk hutang kad kredit ni.

Pencarian ilmu takkan berhenti setakat ini saja. Ada banyak lagi yang

korang boleh korek daripada pelbagai medium.

Jadi, teruskan memburu ilmu.

Layari laman web Gila Hartanah (klik sini) untuk dapatkan tip terkini

tentang pelaburan hartanah dan kewangan peribadi.

Yang benar,

TOK PENGHULU

Gilahartanah.com

Page 57: eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika ...Ini adalah cara bank buat duit. Selain tu, ada pelbagai lagi jenis caj yang bank kenakan seperti; • Bayaran lebih had

57    

Sumber Rujukan

1) 2 Cara untuk Jelaskan Hutang Kad Kredit Anda -

https://www.imoney.my/articles/cara-untuk-menjelaskan-hutang-kad-

kredit-anda

2) GenX GenY GenZ - https://genxgenygenz.com/

3) Cara Bijak Guna Kredit Kad - http://ariffshah.com/cara-bijak-guna-

kad-kredit/

4) The Complete Guide To Applying Credit Cards in Malaysia -

http://www.comparehero.my/credit-card/guide

5) How To Avoid Heavy Credit Card Interest Rate -

https://ringgitplus.com/en/blog/Credit-Cards/How-to-Avoid-Heavy-

Credit-Card-Interest-Rates.html

6) How To Choose Your First Credit Card -

https://ringgitplus.com/en/blog/Credit-Cards/How-to-Choose-Your-

First-Credit-Card.html

7) 10 Ways To Avoid Credit Card Debt -

https://www.thebalance.com/avoid-credit-card-debt-960043

8) Pitfalls To Avoid When You’re Comparing Credit Cards -

http://www.comparehero.my/blog/pitfalls-to-avoid-when-you-are-

comparing-credit-cards-webinar

9) Bagaimana Saya Selesaikan Masalah Hutang -

http://wahiabdrashid.com/723/selesaihutang

10) How is Credit Card Interest is Calculated? -

https://www.nerdwallet.com/blog/credit-cards/how-credit-card-

interest-calculated/

11) How to Lower Your Credit Card Interest Rate -

http://www.thesimpledollar.com/how-to-lower-credit-card-interest-

rate/

Page 58: eBook in adalah sebahagian daripada GH MasterClass. Jika ...Ini adalah cara bank buat duit. Selain tu, ada pelbagai lagi jenis caj yang bank kenakan seperti; • Bayaran lebih had

58    

12) Want a Lower Credit Card Interest Rate? Just Ask -

http://www.bankrate.com/finance/credit-cards/want-a-lower-credit-

card-rate-just-ask.aspx

13) How To Avoid Paying Interest - https://www.thebalance.com/how-

to-avoid-paying-interest-960661

14) Mengira Interest Kad Kredit - http://ezaz.my/mengira-interest-kad-

kredit/

15) Finance Charge Definition - https://www.thebalance.com/finance-

charge-definition-960698

16) Bagaimana Nak Elak Bayaran Faedah Kad Kredit dan Lain-Lain Caj

- https://www.imoney.my/articles/bagaimana-untuk-elakkan-

membayar-faedah-kad-kredit-dan-lain-lain-caj-yang-tidak-perlu-bm

17) How to Pick the Best Credit Card for You: The 4 Easy Steps -

https://www.nerdwallet.com/blog/credit-cards/how-to-pick-the-best-

credit-card-for-you-4-easy-steps/

18) Understanding Credit Card Interest -

http://www.investopedia.com/articles/01/061301.asp

19) 10 Types of Credit Cards (and How To Use Them) -

https://www.thebalance.com/types-of-credit-cards-960255