PenaungDato’ Haji Mohd Salim bin Haji Taha
PenasihatMohd Naser bin Harun
Ketua PengarangNik Mohd Shaharil bin Nik Md. Hashim
PenyuntingRosli bin Yaakub
Norsidah binti Haji Mohd Nor
Edisi InternetMohd Asyraf bin Mohd Fauzi
Gra� kAzizan bin Othman
Kamaruzzan bin Hanif
JurufotoMuhammad Afi q bin Azman
Diterbitkan oleh:Lembaga Pertubuhan Peladang
No. 20, Menara LPP,Jalan Sultan Salahuddin,
50480 Kuala Lumpur.
EdaranNik Mazri bin Mat Yusof
Mohd Haniff bin Asim@HasyimShafrin Azhar bin Abd. Ghani
Berita Transformasi Elektronik boleh dilayari
http://www.lpp.gov.my
Rekabentuk dan cetakan oleh:Giga Wise Network Sdn Bhd
Tel: 03-5191 1115www.gigaprint2u.com
Editorial Kandungan1
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
Kategori : Pengurusan LPP Ibu Pejabat Terbaik 2015 Tajuk : AFIMS; Cepat, Mudah, dan Tepat! – Bahagian Audit Pertubuhan
Kategori : Pengurusan LPP Negeri Terbaik 2015Tajuk : Tuah Inovasi Dua Sistem – LPP Negeri Kedah
Kategori : Pengurusan Kerja Dan Tadbir Urus Terbaik 2015Tajuk : Inovasi Tanaman Bumi Hijau di Sekitar Pejabat – PPK
Senggarang
Kategori : Penyampaian 10 Perkhidmatan Terbaik 2015Tajuk : Sistem Pendaftaran Pesawah (SPP) Manfaat Kepada Petani –
PPK Pasir Panjang
Kategori : PP Lahir Usahawan Peladang Progresif Terbaik 2015Tajuk : Inovasi Melahirkan Usahawan Peladang Progresif – PPK
Kunak
Kategori : Pengurusan Unit Peladang Aktif Terbaik 2015Tajuk : Tabung Khairat dan Kebajikan Peladang – PPK Parit Raja
Kategori : Pengurusan Perniagaan Terbaik PPN 2015Tajuk : “Baja Cap Peladang” Produk Inovasi PPNJ - Pertubuhan
Peladang Negeri Johor
Kategori : Pengurusan Perniagaan Terbaik PPK 2015Tajuk : Sistem Pemasaran Padi dan U-Subsidi – PPK Pasir Panjang
Kategori : Pengurusan Pemasaran Terbaik 2015Tajuk : Sistem Pengredan Ikan Keli – PPK Tanjung Karang
Kategori : Pengurusan ICT PP Terbaik 2015Tajuk : SMART POS, UBS Accounting System dan GST - PPK Kubur
Panjang
Kategori : Pengurusan PPN Jentera Terbaik 2015Tajuk : Dua Inovasi “Plastering Machine” dan “Row Seeder +” – PPN
Jentera Pulau Pinang
Kategori : Pengurusan Industri Asas Tani Terbaik 2015Tajuk : Inovasi Alat Dinamo Bagi Pembungkusan Beras – PPK Bandar
Baharu
Kategori : Pengurusan Projek Pengeluaran PP Terbaik (Kategori Tanaman)
Tajuk : Pengurusan Masalah Perosak – PPK Bagan Datoh
Kategori : Pengurusan Projek Pengeluaran PP Terbaik (Kategori Ternakan) 2015
Tajuk : Ternakan Lembu Integrasi - PPNJ
Kategori : Pengurusan Projek Pengeluaran PP Terbaik (Kategori Ternakair) 2015
Tajuk : Pengkulturan Microalgae – PPK Johor Baharu Selatan
Peladang Jaya
Peladangnita Jaya
PPK Jaya
Pemenang Unit Peladang Jaya
BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI DISEMBER 2015 1
Demi memastikan kelancaran kerja dan kecekapan pengurusan, Bahagian Audit Pengurusan telah mencipta satu sistem inovasi
yang dinamakan Audit Fee Integrated Management System (AFIMS). Sistem ini menggunakan data sedia ada yang terdapat di “System Century”. Inovasi telah dibuat ke atas sistem sedia ada yang membolehkan bil-bil dimasukkan ke dalam sistem dan akaun penghutang diwujudkan secara automatik.
Apa yang menariknya mengenai AFIMS ini adalah, sistem ini memudahkan Bahagian Audit Pertubuhan membuat kutipan dari penghutang dan dalam masa yang sama penghutang mudah dikenalpasti tanpa perlu menunggu laporan bulanan daripada Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri. Melalui penggunaan sistem ini juga, keselamatan data adalah terjamin kerana hanya seorang pegawai sahaja dari Bahagian Audit Pertubuhan yang boleh mengakses keseluruhan maklumat di dalam sistem dari mula hingga akhir proses.
Di samping itu, kelebihan AFIMS ini adalah dapat menjimatkan masa, tenaga kerja dan kos pengurusan dapat dijimatkan. Yang nyata, sistem yang diinovasikan oleh Bahagian Audit Pertubuhan ini telah memberi impak yang besar kepada kakitangan yang menggunakan sistem ini. Sistem ini juga telah menduduki tempat ketiga di Konvensyen KIK Peringkat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Tahun 2015. Keadaan ini tentunya melayakkan mereka memenangi Anugerah Inovasi Pengurusan LPP Ibu Pejabat Terbaik 2015. Sesungguhnya, kejayaan mereka ini dapat dijadikan inspirasi kepada kakitangan LPP yang lain agar persekitaran kerja yang cepat, mudah dan tepat dapat diwujudkan.
AFIMS; Cepat, Mudah, dan Tepat! – Bahagian Audit PertubuhanPengurusan LPP Ibu Pejabat Terbaik 2015
Tuah Inovasi Dua Sistem – LPP Negeri KedahPengurusan LPP Negeri Terbaik 2015
Melihat kepada persekitan kerja, telah tergambar amalan suasana kerja sihat dalam kalangan kakitangan Lembaga
Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Kedah. Budaya kerja berpasukan dalam melaksanakan tugas sering kali diamalkan tidak kiralah dalam apa jua keadaan sekalipun. Kakitangan di sini turut mewujudkan suasana kerja yang kondusif dengan mengamalkan Amalan 5S. Jika dilihat dari segi cara kerja yang diamalkan oleh kakitangan LPP Negeri Kedah, ternyata Amalan 5S ini melahirkan pekerja yang berdedikasi, teratur dan bertanggungjawab.
Sebagai pemenang Anugerah Inovasi Pengurusan LPP Negeri Terbaik 2015, LPP Negeri ini telah mewujudkan sebuah sistem yang telah diinovasikan bagi memantau penghantaran laporan kepada
LPP Negeri. Sistem ini berfungsi untuk membuat pemantauan terhadap penghantaran laporan yang melibatkan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) ke Pejabat LLP Negeri, dan dari LPP Negeri ke LPP Ibu Pejabat Kuala Lumpur. Laporan yang dihantar akan direkod seperti format buku pemantauan yang sedia ada. Setiap laporan yang telah dihantar akan direkod dan dilapor mengikut bulan penghantaran. Ketua cawangan dan pengarah negeri akan mengesahkan setiap laporan yang dihantar bagi memastikan ia adalah valid.
LPP Negeri Kedah telah membuktikan dengan penganugerahan yang diterima di dalam Anugerah Inovasi 2015 adalah satu kelebihan yang dapat dicontohi oleh LPP Negeri yang lain. Penganugerahan ini juga dapat menjadi platform kepada mereka untuk lebih maju dan menempa pelbagai kejayaan di masa akan datang seterusnya dapat membawa nama LPP ke peringkat yang lebih tinggi.
BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI DISEMBER 20152
Inovasi Tanaman Bumi Hijau di Sekitar Pejabat – PPK Senggarang
Pengurusan Kerja Dan Tadbir Urus Terbaik 2015
Pengurusan rekod dan fail yang tersusun serta
bersistematik merupakan salah satu rahsia
kejayaan Pertubuhan Peladang Kawasan
(PPK) Senggarang dalam memenangi Anugerah
Inovasi bagi kategori Pengurusan Kerja dan Tadbir
Urus Terbaik 2015. Kemenangan ini turut dibantu
oleh susun atur persekitaran pejabat yang memberi
keselesaan kepada kakitangan yang bekerja di
unit ini. Selain itu, susun atur yang kemas dan
bersistematik ini memberi suasana kondusif untuk
setiap urusan yang dilakukan di pejabat.
PPK Senggarang telah menginovasikan kawasan
sekitar pejabat dan unit dengan menanam sayuran
hijau. Projek inovasi ini dinamakan “Tanaman Bumi
Hijau Di Sekeliling Pejabat dan Unit”. Pelbagai
sayur-sayuran telah ditanam antaranya, terung,
lada dan kacang panjang. Penanaman sayur-
sayuran hijau ini adalah untuk memaksimumkan
penggunaan kawasan tanah yang terhad di sekitar
pejabat. Tambahan pula, dengan mewujudkan
bumi hijau ini tanah yang terbiar dapat digunapakai
dengan sebaiknya. Umpama “Berbudi Pada
Tanah, Lambat Laun Memungut Hasilnya”. PPK
Senggarang turut memperoleh pendapatan
sampingan dengan penjualan hasil sayur-sayuran
yang telah ditanam ini.
Selain itu, bagi meningkatkan mutu perkhidmatan
ke tahap yang lebih proaktif PPK Senggarang telah
menggantikan sistem Punch Card kepada sistem
penggimbas cap jari bagi merekod kedatangan
kakitangan PPK ke pejabat. Sistem ini dilihat dapat
memastikan kedatangan kakitangan direkod dengan
lebih tepat dan efektif. Tidak hairanlah apabila PPK
Senggarang telah dinobatkan sebagai penyandang
Anugerah Inovasi Kategori Pengurusan Kerja dan
Tadbir Urus Terbaik bagi Tahun 2015.
BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI DISEMBER 2015 3
Penyandang Anugerah Inovasi Penyampaian
10 Perkhidmatan Terbaik bagi Tahun 2015
telah diraih oleh Pertubuhan Peladang
Kawasan (PPK) Pasir Panjang. Lazimnya, PPK
mempunyai sepuluh perkhidmatan yang perlu
diberikan kepada pelanggan yang terdiri daripada
ahli PPK sendiri. Sepuluh perkhidmatan tersebut ialah
pengurusan dan pembangunan sumber manusia,
mekanisasi/automasi ladang, bekalan ladang,
pemasaran, infrastruktur ladang, pengembangan
dan perkhidmatan nasihat, pengendalian lepas tuai,
pembiayaan, pusat sumber, dan serat teknologi
pemprosesan. Nilai perkhidmatan yang ditawarkan
oleh PPK Pasir Panjang ini adalah sebanyak
RM15,834,723.16 yang berjaya memberi faedah
kepada 15,990 orang ahli.
Dengan komitmen pihak pengurusan dan
kakitangannya, PPK Pasir Panjang telah
mewujudkan inovasi dengan memperkenalkan
“Sistem Pendaftaran Pesawah (SPP)”, yang
mana di dalam sistem ini terdapat dua modul
yang telah diwujudkan iaitu Sistem Pemasaran
Padi dan Sistem U-Subsidi. Kesannya, sistem
ini telah berjaya mengurangkan bilangan 2,867
pesawah yang tidak mengemaskini pendaftaran
pesawah setiap musim kepada 904 orang dan
pencapaiannya adalah sebanyak 99.71 peratus.
Lebih menarik lagi, dengan penggunaan sistem
ini tempoh pengedaran baja dan saluran bantuan
kerajaan kepada pesawah lebih efisien dan cepat
jika dibandingkan sistem sebelum ini iaitu daripada
15 hari kepada 5 hari.
Di samping itu, sistem yang diinovasikan ini
telah dibina dengan beberapa ciri istimewa bagi
memudahkan para penggunanya. Sistem ini
telah menggabungkan tiga jenis rekod bantuan
ke dalam satu rekod sahaja, mewujudkan notis
pemberitahuan, mewujudkan ciri-ciri amaran dan
penetapan tarikh penyerahan dan penerimaan.
Dengan menaik taraf sistem SPP ini, pengguna
khususnya para petani dapat mengambil manfaat
sepenuhnya dan dalam masa yang sama, PPK
mampu untuk memberi dan menyampaikan
maklumat secara terus dan berkesan kepada para
pesawah yang menjadi ahli PPK.
Menyedari hakikat di atas, inovasi yang telah dibawa
oleh PPK Pasir Panjang ini telah berjaya membawa
satu perubahan yang memberi manfaat kepada
para pesawah. Dengan penerimaan anugerah
inovasi yang diperolehi PPK, dapatlah kakitangan
PPK berkongsi ilmu dan manfaat melalui inovasi
yang diwujudkan ini.
Sistem Pendaftaran Pesawah (SPP) Manfaat Kepada Petani – PPK Pasir Panjang
Penyampaian 10 Perkhidmatan Terbaik 2015
BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI DISEMBER 20154
Inovasi Melahirkan Usahawan Peladang Progresif – PPK Kunak
PP Lahir Usahawan Peladang Progresif Terbaik 2015
Anugerah Inovasi PP Lahir Usahawan
Peladang Progresif Terbaik 2015 telah
disandang oleh Pertubuhan Peladang
Kawasan (PPK) Kunak. Pengiktirafan ini dibuat
kerana PPK ini telah berjaya melahirkan usahawan
peladang seramai 203 orang yang berpendapatan
RM3,000 ke atas sebulan. Usahawan peladang ini
adalah terdiri daripada 11 peratus dari keseluruhan
ahli PPK Kunak. Para usahawan peladang di PPK
Kunak ini terlibat dengan pelbagai bidang pertanian
dan aktiviti perniagaan. Daripada aktiviti perniagaan
tersebut, jumlah pemasaran hasil pertanian telah
mencecah sebanyak RM14,120,123.
Apa yang lebih membanggakan, pemilikan saham
ahli di PPK kini adalah berjumlah RM50,980 dan
penambahan saham telah dibuat oleh usahawan
peladang pada tahun ini sebanyak RM21,300.
Kejayaan demi kejayaan telah dicapai oleh para
usahawan peladang di PPK Kunak apabila mereka
telah meraih anugerah di dalam pelbagai sektor.
Antaranya, seramai 4 orang usahawan telah
memenangi anugerah di dalam sektor peladangan,
3 orang dalam sektor penternakan, 5 orang dalam
sektor akuakultur dan 3 orang dalam sektor
pemprosesan serta perkhidmatan.
Selain melahirkan usahawan peladang, PPK Kunak
juga telah mewujudkan inovasi dengan mencipta
jaring (pukat) tuaian hasil udang dan ikan. Ciptaan
inovasi ini dapat membantu dalam menjimatkan
masa selama 5 jam sewaktu proses menuai hasil
udang dan ikan selain turut menjimatkan kos
penyelenggaraan sebanyak RM500. Tambahan pula,
dengan penggunaan jaring yang telah diinovasikan
ini tumbesaran ternakan udang dapat membesar
dengan lebih cepat seterusnya dapat mengeluarkan
hasil ternakan yang segar.
Pendek kata, melalui anugerah yang diperolehi
olah PPK Kunak ini membuktikan PPK begitu
serius dalam melahirkan usahawan peladang yang
progresif dan berjaya dalam sektor pertanian yang
mereka ceburi, dengan dibantu oleh penciptaan
inovasi yang efisien dan memudahkan proses
kerja. Kejayaan PPK Kunak ini dapat menjadi
contoh kepada PPK lain dalam melahirkan lebih
ramai lagi usahawan peladang yang progresif di
masa akan datang.
BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI DISEMBER 2015 5
Bagi melahirkan ahli-ahli PPK yang aktif,
Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Parit
Raja telah menggalakkan penglibatan ahlinya
melalui program-program dan aktiviti-aktiviti yang
dijalankan oleh PPK. Penyertaan ahli peladang ini
menjadi aspek utama dan sangat diberi penekanan
oleh PPK Parit Raja. Inilah yang membawa kejayaan
kepada PPK Parit Raja yang telah merangkul
Anugerah Inovasi Pengurusan Unit Peladang Aktif
Terbaik 2015. Pelbagai aktiviti sosial telah diadakan
untuk ahli antaranya gotong-royong, lawatan sambil
belajar, ibadah qurban, majlis keagamaan dan
kursus yang berkaitan dengan pertanian.
Pada Tahun 2014, mesyuarat agung unit-unit di
bawah kendalian PPK Parit Raja telah mencatatkan
jumlah kehadiran seramai 2,135 orang ahli. Ini
menunjukkan penglibatan ahli yang sangat aktif
dalam program-program anjuran unit masing-
masing di PPK Parit Raja. Lebih membanggakan
lagi, jumlah keahlian juga meningkat daripada 6,536
orang ahli kepada 6,837 orang ahli. Ini seterusnya
memberi kesan yang positif kepada jumlah saham
ahli di PPK Parit Raja pada tahun ini apabila berjaya
ditingkatkan sehingga mencecah RM1,016,615.
Bagi mengaktifkan lagi penglibatan ahli-ahli unit
peladang, PPK Parit Raja telah melaksanakan
inovasi dengan mewujudkan “Tabung Khairat dan
Kebajikan Peladang”. Pelaksanaan tabung ini
adalah bertujuan untuk membantu ahli peladang
dari segi bantuan kebajikan serta khairat kematian.
Dengan penubuhan tabung ini, ahli peladang
telah berjaya mengumpulkan jumlah sumbangan
sebanyak RM32,800 bagi tahun 2014. Tabung ini
mempunyai seramai 940 orang ahli dan dalam masa
yang sama, jumlah sumbangan telah dilaburkan
melalui pembelian saham Kilang Sawit Pertubuhan
Peladang Negeri Johor (PPNJ).
Pelbagai kelebihan yang diperolehi melalui
pelaksanaan Tabung Khairat dan Kebajikan Peladang
ini. Dengan pelaksanaan tabung ini, dana Tabung
Kumpulan Wang Pertubuhan Peladang (Kebajikan
Ahli) dapat dijimatkan di mana pembayaran terhadap
kebajikan ahli tidak sepenuhnya menggunakan
kewangan dari wang yang telah dikumpulkan
tersebut. Selain itu, ia juga dapat menggalakkan
penyertaan ahli dalam program PPK serta menarik
minat dan mempromosikan PP kepada bukan ahli.
Melalui kepelbagaian program yang dijalankan ini,
secara tidak langsung imej PPK Parit Raja turut
dapat ditingkatkan. Kejayaan yang diperolehi PPK
Parit Raja ini sewajarnya menjadi “benchmark”
kepada unit PPK yang lain dalam memastikan
matlamat sebenar pertubuhan dapat dijalankan
dengan penuh komitmen dan tanggungjawab.
Tabung Khairat dan Kebajikan Peladang – PPK Parit Raja
Pengurusan Unit Peladang Aktif Terbaik 2015
BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI DISEMBER 2015 5
BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI DISEMBER 20156
“Baja Cap Peladang” Produk Inovasi PPNJPengurusan Perniagaan Terbaik PPN 2015
Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ)
telah dinobatkan sebagai pemenang
Anugerah Inovasi Pengurusan Perniagaan
Terbaik PPN 2015. Kejayaan memenangi anugerah
ini adalah hasil pencapaian cemerlang PPNJ dalam
menjalankan aktiviti perniagaan yang memberikan
nilai keuntungan sebanyak RM12,475,584.11.
Keuntungan yang diperolehi ini adalah hasil
daripada urusniaga yang dijalankan bersama ahli
peladang. Lebih membanggakan lagi apabila hasil
urusniaga tersebut telah mencecah sebanyak
RM528,933,460.39 yang menjadikan nilai ahli
berurusniaga dengan PPNJ adalah 100 peratus.
Bertitik tolak daripada itu, PPNJ telah membentuk
perancangan perniagaan 5 tahun dan perniagaan
input pada tahun 2014. Bagi Program Pertanian
Input Bersepadu yang melibatkan PPNJ dengan
NAFAS, sasaran urusniaga mencapai nilai sebanyak
RM866,077.75 yang mana telah melepasi sasaran nilai
urusniaga yang ditetapkan iaitu sebanyak 85.9 peratus.
Selain itu, PPNJ juga telah mewujudkan satu
produk inovasi yang dikenali sebagai “Baja Cap
Peladang”. Baja Cap Peladang ini merupakan
jenama produk PPNJ sendiri di bawah anak
Syarikat Peladang Agrochemical Trading Sdn. Bhd.
Baja ini telah membantu para peladang dalam
mengurangkan kos pembajaan ladang sawit mereka
sebanyak RM297,000. Ini dapat dibuktikan dengan
penggunaan Baja Cap Peladang bagi ladang sawit
yang berkeluasan 1000 hektar hanya menggunakan
kos sebanyak RM250,000, berbanding dengan
penggunaan MPOB F4 yang memakan kos
sebanyak RM547,000 bagi keluasan ladang kelapa
sawit yang sama. Disebabkan keistimewaan inilah,
PPNJ telah mensasarkan jualan produk inovasi ini
sebanyak 100 peratus melalui Program Pertanian
Input Bersepadu.
Yang nyata, pelbagai kelebihan yang diperolehi oleh
PPNJ dan ahli peladang melalui penggunaan baja
ini. Dengan penggunaan baja ini, membolehkan
pemantauan nutrien dan pengawalan harga di
pasaran ke atas produk ini dibuat dengan sebaiknya.
Keadaan ini tentunya akan meningkatkan langganan
ahli terhadap produk ini berikutan kualiti baja yang
dihasilkan dan dalam masa yang sama dapat
membantu ahli untuk mendapatkan baja dengan
harga yang berpatutan. Kandungan formula baja ini
juga telah diuji di makmal yang mana komponennya
terdiri daripada 70 peratus bahan kimia dan 30
peratus bahan organik.
Dengan pengeluaran baja di bawah jenama sendiri,
PPNJ telah diberi penghargaan untuk memenangi
anugerah ini. Hal ini sejajar dengan matlamat
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) untuk memberi
khidmat yang terbaik kepada para pelanggan yang
berhubung secara langsung atau tidak dengan LPP.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada PPNJ.
BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI DISEMBER 20156
BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI DISEMBER 2015 7
Penyandang Anugerah Inovasi Pengurusan
Perniagaan Terbaik PPK 2015 telah
dinobatkan kepada Pertubuhan Peladang
Kawasan (PPK) Pasir Panjang. Keluasan dan
kepelbagaian perniagaan yang berjaya diwujudkan
oleh PPK Pasir Panjang telah menjadi faktor
kejayaan ini. PPK Pasir Panjang telah menjalankan
aktiviti perniagaan pengeluaran padi sebanyak
7,725 hektar, kelapa sawit 2,500 hektar, dan
tanaman kelapa 2,000 hektar.
Pada tahun 2014, terdapat peningkatan bilangan
ahli yang berurusniaga dengan PPK Pasir Panjang
iaitu dari 2,950 orang ahli kepada 3,392 orang
ahli. Kesannya, dengan peningkatan bilangan ahli
yang berada di bawah PPK Pasir Panjang ini nilai
urusniaga telah mencecah sebanyak RM971,868
dan nilai keuntungan yang dicapai adalah
RM269,971.
Kejayaan yang dicapai ini turut dibantu oleh
perancangan perniagaan 5 tahun dan perniagaan
input pada tahun 2014. Tambahan lagi, PPK Pasir
Panjang telah berjaya membuat kutipan balik kredit
sebanyak RM1,137,220.99. PPK Pasir Panjang
telah mencatat sasaran belian sebanyak 88 peratus
dan pencapaian sasaran jualan 100 peratus melalui
Program Input Pertanian Bersepadu PP (PIB).
Justeru, dengan adanya sokongan inovasi daripada
Sistem Pemasaran Padi dan Sistem U-Subsidi ini,
memberi kesan yang positif kepada peningkatan
pengeluaran padi iaitu sebanyak 8.53 metrik tan
seterusnya menyumbang kepada penjimatan
kos sebanyak RM1,494. Selanjutnya, dengan
penggunaan sistem ini urusan perniagaan di PPK
Pasir Panjang dapat dilakukan dengan lancar dan
sangat efektif.
Sistem Pemasaran Padi dan U-Subsidi – PPK Pasir Panjang
Pengurusan Perniagaan Terbaik PPK 2015
BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI DISEMBER 20158
Sistem Penggredan Ikan Keli – PPK Tanjung Karang
Pengurusan Pemasaran Terbaik 2015
Anugerah Inovasi Pengurusan Pemasaran
Terbaik 2015 telah disandang oleh
Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)
Tanjung Karang di atas perlaksanaan kerja
yang cemerlang. Kecemerlangan PPK Tanjung
Karang dapat dibuktikan apabila pencapaian nilai
pemasaran yang diperolehi bagi tahun ini adalah
sebanyak RM8,385,914.38. Nilai pemasaran yang
diperolehi ini disumbangkan oleh ternakair, tanaman
dan produk industri asas tani.
Padi merupakan jenis tanaman yang dipasarkan
oleh PPK Tanjung Karang yang mana pemasaran
tanaman ini adalah sehingga 7,982.19 metrik
tan. Bagi pemasaran ternakair pula, ikan keli dan
siakap adalah jenis ternakair yang dipasarkan dan
mencecah sebanyak 9,063 metrik tan. Manakala
untuk produk industri asas tani pula, produk-produk
seperti ayam, ikan keli dan daging yang ditin telah
dipasarkan sebanyak 2,653 metrik tan.
PPK Tanjung Karang mempunyai ahli seramai 6,204
orang, di mana 4,200 orang daripada keseluruhan
ahli terlibat secara langsung di dalam aktiviti
pemasaran. Saluran pemasaran melalui pemborong,
peruncit dan pembukaan depot-depot digunakan
bagi memastikan pemasaran produk-produk PPK
lancar dan berkesan. Pembukaan depot-depot ini
telah disokong dengan kaedah yang digunakan iaitu
jualan terus atau ladang kontrak.
Selain aktiviti pemasaran produk pertanian, PPK
Tanjung Karang juga mewujudkan inovasi “Sistem
Penggredan Ikan Keli” di mana ia dikenali sebagai
sistem penggredan separa automatik. Sistem ini
dapat menggred ikan keli dengan mudah dan cepat
tanpa merencatkan tumbesaran ikan tersebut.
Tempoh masa yang diambil dengan penggunaan
alatan ini adalah selama 15 minit sahaja. Tambahan
pula, kuantiti ikan yang digred adalah banyak dan
kadar kematian ikan juga adalah kurang.
Dengan penganugerahan yang diperolehi oleh PPK
Tanjung Karang ini membuktikan bahawa unit ini
begitu serius dalam meningkatkan pemasaran produk-
produk PP di pasaran. Kesungguhan dan semangat
jitu yang ditunjukkan oleh unit ini seharusnya menjadi
contoh kepada PPK yang lain dengan membudayakan
inovasi dalam persekitaran kerja.
BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI DISEMBER 20158
BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI DISEMBER 2015 9
Pada tahun ini, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kubur Panjang telah merangkul Anugerah Inovasi Pengurusan
ICT PP Terbaik 2015. PPK Kubur Panjang menerima penganugerahan ini berdasarkan pengurusan perkakasan ICT yang teratur dan terbaik. Disebalik kejayaan ini, sebuah Ahli Jawatankuasa ICT PPK Kubur Panjang ditubuhkan yang diketuai oleh pengurus besarnya sendiri. Melihat kepada ruang kerja di PPK Kubur Panjang tergambar Amalan 5S yang menjadi budaya kerja anggota PPK. Ini dapat dilihat dari segi susun atur ruang penyimpanan fail, CD antivirus dan CD perisian yang begitu teratur susunannya. Penggunaan dua email iaitu email LPP dan alternatif telah membantu dalam melancarkan segala urusan di PPK Kubur Panjang.
Kemantapan dari segi perkakasan yang sedia ada di PPK Kubur Panjang telah menjadi faktor kejayaan PPK ini. Perkakasan ICT di PPK Kubur Panjang dilengkapi dengan 11 unit komputer, tiga unit komputer riba, dan 11 unit mesin pencetak. Tambahan lagi, terdapat kemudahan wifi yang disediakan di PPK ini bagi memudahkan “access” kepada internet.
Terdapat beberapa sistem aplikasi yang digunakan oleh PPK Kubur Panjang. Aplikasi yang digunakan terdiri daripada Sistem SMART POS (Point of Sale), UBS Accounting System, Million Accounting System (GST), serta penggunaan Sistem Pengiraan Undi Calon AJP bagi Mesyuarat Agung PPK. Walaubagaimanapun, hanya pengguna yang berdaftar sahaja yang boleh menggunakan sistem ini.
Langkah melaksanakan dan membudayakan inovasi sangat dititikberatkan oleh PPK Kubur Panjang. Ini bagi memastikan PPK menjalankan tadbir urus kerja melalui penjimatan kos, masa dan tenaga kerja. Seterusnya, PPK Kubur Panjang telah mewujudkan inovasi “Sistem Pengurusan Projek Mini Estat Padi”.
Dengan penggunaan Sistem MEP ini, PPK dapat menjimatkan masa merekod data dari 20 minit kepada 5 minit serta penggunanaan tenaga kerja hanyalah seorang berbanding dua orang sebelum ini. Setiap sistem dan aplikasi yang diwujudkan mempunyai SOP bagi memudahkan proses kerja.
PPK Kubur Panjang telah membuktikan bahawa bidang pertanian dan ICT boleh disatukan dan seterusnya dapat mewujudkan suasana kerja yang teratur dan cekap. Suasana kerja sebegini seharusnya menjadi contoh bagi membudayakan inovasi dalam kalangan warga Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) secara keseluruhan.
SMART POS, UBS Accounting System dan GST - PPK Kubur Panjang
Pengurusan ICT PP Terbaik 2015
BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI DISEMBER 201510
Dua Inovasi “Plastering Machine” dan “Row Seeder +” – PPN Jentera Pulau PinangPengurusan PPN Jentera Terbaik 2015
Anugerah Inovasi bagi kategori Pengurusan
Pertubuhan Peladang Negeri (PPN)
Jentera 2015 telah dirangkul oleh PPN
Jentera Pulau Pinang. Anugerah Inovasi ini telah
dinobatkan kepada PPN Jentera Pulau Pinang
kerana sumbangan dan khidmat kejenteraan yang
telah mereka tawarkan kepada unit Pertubuhan
Pertubuhan Kawasan (PPK) yang memerlukan.
Khidmat kejenteraan yang ditawarkan adalah
menyeluruh selain dari pembajakan tanah sawah
dan penuaian padi.
Terdapat beberapa kelebihan yang ditonjolkan
oleh PPN Jentera Pulau Pinang yang seterusnya
melayakkan mereka memenangi anugerah ini,
antaranya PPN Jentera ini mempunyai 31 buah
jentuai yang beroperasi di kawasan tuaian yang
berkeluasan 5,234 hektar dan terdapat 62 buah
traktor yang digunakan untuk aktiviti pembajakan,
pengapuran, perataan tanah dan pembuat batas.
Selain itu, khidmat jentera yang diberikan oleh PPN
Jentera ini melibatkan bilangan pelanggan seramai
5,234 orang bagi satu musim. Bagi memastikan
kecemerlangan dalam memberi khidmat
kejenteraan, pengurusan PPN Jentera Pulau Pinang
sentiasa mengambil inisiatif berterusan dalam
menyelenggara dan menjaga kenderaan, jentera
serta peralatan yang merupakan aset kerajaan.
Kejayaan yang diperolehi oleh PPN Jentera Pulau
Pinang ini turut disumbangkan oleh dua inovasi
yang telah berjaya diwujudkan oleh mereka iaitu
“Plaster Machine” dan “Row Seeder +”. “Plastering
Machine” merupakan teknologi pembinaan batas
berjentera bagi mengatasi masalah kawalan air
sawah. Pembinaan “Plastering Machine” ini telah
terbukti berjaya menyiapkan 20 hektar sawah padi
sehari berbanding penggunaan 40 tenaga petani
yang menggunakan cangkul bagi keluasan yang
sama. Penggunaan teknologi ini juga mampu
menghasilkan kualiti batas yang lebih padat dan
kemas.
Manakala inovasi “Row Seeder +” pula, merupakan
teknologi penggabungan kerja-kerja membaja,
merata tanah dan menanam padi. “Row Seeder +”
mempunyai keupayaan untuk menanam biji benih
sebanyak 100 hingga 150 biji. Bagi proses membaja
pula, ciptaan ini dapat membaja sawah dengan
kuantiti 100kg/hektar (Baja Organik) dan dapat merata
permukaan tanah setebal ±5cm kadar kerataan.
Pelbagai kejayaan yang diperolehi oleh PPN
Jentera Pulau Pinang yang telah memberi nilai
tambah kepada kejayaan memenangi Anugerah
Inovasi ini. Antaranya kemenangan tempat ketiga
bagi pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif
Peringkat Kementerian Pertanian dan Industri Asas
Tani yang diperolehi oleh mereka pada Tahun 2013.
Justeru, kejayaan dinobatkan sebagai pemenang
Anugerah Inovasi Ketegori Pengurusan PPN Jentera
Terbaik 2015 merupakan penghargaan buat PPN
Jentera Pulau Pinang di atas komitmen dan kerja
keras yang telah mereka gembelingkan selama ini.
BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI DISEMBER 2015 11
Inovasi Alat Dinamo Bagi Pembungkusan Beras – PPK Bandar Baharu
Pengurusan Industri Asas Tani Terbaik 2015
Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bandar
Baharu terletak di utara tanah air yang
mempunyai seramai 1,460 orang ahli yang
mewakili 15 unit peladang. Pemenang Anugerah
Inovasi bagi Pengurusan Industri Asas Tani Terbaik
ini telah mempunyai jumlah pegangan saham
sebanyak RM690,317. Beberapa faktor kemenangan
yang telah berjaya ditonjolkan oleh PPK ini bagi
melayakkan mereka dinobatkan sebagai pemenang.
Antaranya adalah, aktiviti pengampitan atau
pembungkusan beras yang telah dijalankan bagi
meningkatkan ekonomi PPK Bandar Baharu. Objektif
projek ini adalah untuk memberi perkhidmatan yang
cepat dan menepati keperluan pelanggan. Bagi
mencapai objektif berkenaan, PPK Bandar Baharu
akan memastikan pengeluaran produk asas tani
adalah konsisten dengan menghasilkan inovasi
kepada mesin pengampitan beras.
Inovasi terhadap mesin pengampitan beras ini telah
diwujudkan dengan mengubahsuai pendawaian
elektrik kepada alat Dinamo yang sedia ada.
Langkah pengubahsuaian ini dilakukan dengan
membaiki dan menambah punca kuasa elektrik
untuk menghidupkan alat dinamo. Inovasi yang
dijalankan ini telah berjaya menjimatkan kos
pengeluaran berbanding penggunaan minyak diesel
sebelum ini. Penjimatan yang berjaya dicapai adalah
sebanyak RM5.04 kos minyak untuk satu tan metrik.
Tambahan lagi, inovasi ini turut dapat menjimatkan
tenaga kerja apabila jangka masa yang diperlukan
adalah 45 minit untuk setiap satu metrik tan.
Justeru, melalui pengubahsuaian ini PPK Bandar
Baharu dapat memenuhi keperluan pelanggan
secara langsung seterusnya dapat menjalinkan
hubungan yang positif diantara pelanggan.
Tindakan inovasi yang telah dibuat oleh PPK Bandar
Baharu ini merupakan salah satu contoh yang boleh
diaplikasikan. Ini kerana inovasi yang dilakukan
adalah dengan membuat penambahbaikan ke atas
peralatan sedia ada bagi meningkatkan pengeluaran
produk dan mengurangkan kos operasi.
BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI DISEMBER 201512
Pengurusan Masalah Perosak – PPK Bagan DatohPengurusan Projek Pengeluaran PP Terbaik (Kategori Tanaman)
Kecemerlangan dalam menjalankan projek
kelapa Matag telah membuahkan kejayaan
kepada Pertubuhan Peladang Kawasan
(PPK) Bagan Datoh apabila memenangi Anugerah
Inovasi Pengurusan Projek Pengeluaran PP Terbaik
2015 bagi Kategori Tanaman. Kemenangan PPK
ini diukur berdasarkan pencapaian pengeluaran
keluaran kelapa Matag dengan memperolehi
keuntungan kasar sebanyak RM51,031.50 manakala
keuntungan bersih adalah sebanyak RM3,846.54.
Projek kelapa Matag ini telah melibatkan peserta
seramai 123 orang di mana keluasan tanah pertanian
adalah 187.30 hektar. Nilai tambah kejayaan
PPK Bagan Datoh ini adalah melalui inovasi
“wire mash” yang digunakan di dalam kawasan
penanaman kelapa Matag. Pemasangan “wire
mash” ini dilakukan di parit-parit yang terdapat di
dalam kawasan penanaman kelapa Matag yang
bertujuan untuk menghalang haiwan liar memasuki
kawasan ladang.
Selain itu, PPK Bagan Datoh turut menggunakan
perangkap kera dan “Pheromone” sebagai salah
satu kaedah bagi mengurangkan masalah perosak
tanaman kelapa Matag. Selain dapat mengurangkan
kadar perosak, inovasi ini juga dapat menjimatkan
kos operasi sebanyak RM6,750, mengurangkan
tenaga kerja seramai tiga orang, berlaku peningkatan
hasil pengeluaran sebanyak RM23,000 dan dapat
mengurangkan kadar kematian benih kelapa Matag.
Projek ini telah terbukti sangat bermanfaat apabila
mendapat pengiktirafan dengan memenangi tempat
pertama di dalam pertandingan Kumpulan Inovatif
dan Kreatif Peringkat Negeri dan turut mendapat
pengiktirafan oleh Audit Dalam, Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani.
BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI DISEMBER 2015 13
Ternakan Lembu Integrasi - PPNJPengurusan Projek Pengeluaran PP Terbaik (Kategori Ternakan) 2015
Berkat usaha yang tidak kenal putus asa.
Pertubuhan Peladang Negeri Johor
(PPNJ) telah memenangi Anugerah Inovasi
Pengurusan Projek Pengeluaran PP Terbaik
(Kategori Ternakan) 2015. PPNJ telah menjalankan
projek ternakan lembu integrasi di Ladang Bukit
Bujang, Segamat, Johor yang mana telah berjaya
mencapai pengeluaran sebanyak 79 metrik tan
daging lembu dengan hasil pengeluaran mencecah
sehingga RM998,699.64.
Projek ternakan lembu integrasi yang dijalankan ini
merupakan salah satu projek korporat PPNJ di mana
bilangan lembu yang diternak adalah sebanyak
1,294 ekor. Projek ini menunjukkan prestasi yang
baik sepanjang tahun. Tambahan pula, keadaan
ladang yang dilengkapi dengan infrastruktur yang
baik seperti pemasangan dawai elektrik, jalan
ladang yang luas, stor projek serta rumah pekerja
yang turut disediakan.
Bagi memastikan pengurusan projek ternakan
ini berjalan dengan lancar, PPNJ telah
memperkenalkan inovasi “Sistem Penggajian
Pekerja (Borong & Komisen)”. Sistem ini membantu
dalam memperkemaskan lagi kaedah pengurusan
ternakan lembu. Melalui inovasi yang diwujudkan
ini, sistem bayaran yang diterima oleh pekerja lebih
setimpal dan adil. Ini kerana bayaran yang dibuat
adalah bergantung kepada bilangan lembu yang
dijaga oleh gembala.
Sistem penggajian pekerja dibuat berdasarkan nilai
upah menjaga seekor lembu dibayar sebanyak
RM5 dan apabila lembu yang dijaga mencecah
sebanyak 401 ekor, harga bayaran upah akan
diturunkan kepada RM4 seekor. Sistem ini dilihat
dapat memberi faedah kepada kedua-dua belah
pihak iaitu PPNJ dan pekerja kerana bilangan
lembu yang diternak oleh PPNJ dapat menawarkan
gaji yang berpatutan, disamping PPNJ dapat
memastikan penjagaan lembu-lembu ternakan
adalah dalam keadaan baik.
Kesimpulannya, sebahagian besar kejayaan
yang dicapai oleh PPNJ ini adalah hasil daripada
pengurusan projek yang lebih teratur dan
bersistematik. Ia merupakan sebuah kejayaan yang
dapat menyebarkan ilmu keusahawanan selain turut
memberi pulangan yang lumayan kepada PPNJ.
BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI DISEMBER 201514
Pengkulturan Microalga – PPK Johor Baharu SelatanPengurusan Projek Pengeluaran PP Terbaik (Katgori Ternakair) 2015
Pepatah Arab ada menyebut; ‘Man Jadda
Wajjada, Waman Zara’a Hasoda’ yang
bermaksud, ‘siapa yang berusaha dia
yang berjaya, dan siapa yang menanam dia yang
menuai hasilnya’. Pepatah Arab ini sinonim dengan
kisah kejayaan Pertubuhan Peladang Kawasan
(PPK) Johor Baharu Selatan, apabila PPK ini telah
dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Inovasi
Pengurusan Projek Pengeluaran PP Terbaik
(Kategori Ternakair) 2015.
PPK Johor Baharu Selatan telah menjalankan projek
ternakair ikan marin dengan menggunakan 35
buah kolam. Projek ikan marin yang diusahakan ini
merupakan salah satu projek korporat PPK Johor
Baharu Selatan yang berkeluasan 20.234 hektar
dan memberi pulangan bersih sebanyak RM23,844.
Melalui projek ini, PPK Johor Baharu Selatan berupaya
mengeluarkan benih ikan sebanyak 720,000 ekor.
Selain itu, PPK Johor Baharu Selatan turut memasarkan
benih ikan ini kepada PPK yang memerlukan disamping
mengeksportnya ke Singapura.
Nilai tambah yang telah melayakkan PPK Johor
Baharu Selatan dinobatkan sebagai pemenang
Anugerah Inovasi ini adalah melalui projek
Pengkulturan Mikroalga. Projek ini dilaksanakan bagi
meningkatkan pengeluaran benih ikan. Mikroalga
merupakan tumbuhan thalus yang berklorofil dan
mempunyai pigmen tumbuhan yang dapat menyerap
cahaya matahari melalui proses fotosintesis.
Tumbuhan thalus ini hidup di air tawar, payau dan
laut. Ia hidup secara trestrial, epifit dan epizoik.
Proses Pengkulturan Mikroalga di dalam kolam
dilakukan sebanyak 3 kali. Pelbagai faedah yang
diperolehi melalui pelaksanaan inovasi ini antaranya,
dapat mengurangkan kadar kematian benih ikan,
membantu tumbesaran benih mencapai standard
yang diperlukan, dan meyakinkan pelanggan
bahawa kualiti benih yang dipasarkan adalah
mencapai piawaian yang diperlukan dan seterusnya
menjana keuntungan kepada PPK.
Kisah kejayaan PPK Johor Baharu Selatan
seharusnya dijadikan inspirasi kepada PPK lain
dalam memberi yang terbaik kepada bidang tugasan.
Manfaatnya bukan sahaja dapat dirasai oleh PPK
Johor Baharu Selatan, malah para peladang yang
bernaung di bawah PPK ini turut menerima manfaat
kesan dari pengurusan dan penyeliaan yang penuh
dedikasi. Tahniah diucapkan kepada PPK Johor
Baharu Selatan.
BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI DISEMBER 2015 15
Saipol Azimir bin Zainuddin, ahli PPK Kuala Langat mula menceburi bidang pertanian dengan menternak lembu selepas menamatkan zaman persekolahan. Pada mulanya beliau kurang mahir dalam bidang penternakan lembu. Namun, dengan sokongan oleh keluarga dan rakan-rakan, ia telah mendorong beliau untuk terus mempelajari bidang ini. Beliau bermula dengan membeli seekor lembu daripada gaji bulanan yang diperolehi melalui pekerjaannya.
Selain menternak, kini Saipol Azimir juga mengusahakan projek pengeluaran dan pemprosesan iaitu pemprosesan ternakan lembu, kambing, rusa dan kerbau. Beliau juga menjalankan projek-projek pertanian seperti tanaman kelapa sawit, pemasaran kelapa sawit, kontrak menuai kelapa sawit, kontrak tanaman kerja ladang dan tanaman kunyit. Untuk menambah lagi pendapatan, beliau telah melibatkan diri dalam bidang bukan pertanian iaitu dengan membuka sebuah kedai makan, sewaan lori dan kontrak binaan dan saliran.
Projek utama Saipol Azimir ialah projek pertanian pengeluaran dan pemprosesan makanan iaitu terdiri daripada ternakan lembu integrasi dan feedlot, ternakan kambing biri-biri dan katjang,
ternakan rusa dan kerbau serta tanaman ubi kayu dan pisang tanduk. Melalui projek ternakan pada 2014, beliau telah memperolehi pendapatan sebanyak RM1,987,000.00. Untuk bidang tanaman, pendapatan bersih yang diperolehi adalah RM1,558,300.00 setahun. Manakala bidang bukan pertanian telah memberikan pendapatan sebanyak RM214,000.00 setahun.
Dalam aktiviti kemasyarakatan, penglibatan Saipol Azimir adalah begitu aktif di mana beliau merupakan pengerusi Kor Tani PPK Kuala Langat dan Pengerusi Jawatankuasa Ternakan Kor Tani PPK. Di dalam persatuan bukan kerajaan (NGO) pula, beliau dipertanggungjawab sebagai AJK JKKKP Kampung Tali Air, AJK Masjid Kampung Tali Air, dan AJK Persatuan Belia Kuala Langat.
Saipol Azimir juga telah menggunakan dan melaksanakan beberapa inovasi. Antaranya adalah penggunaan kaedah menaikkan ternakan ke lori secara bersendirian dan inovasi yang mencampurkan makanan ternakan dari campuran napier, pelepah sawit dan sisa minyak sawit untuk mengurangkan kos makanan ternakan. Bagi menjamin kepuasan pelanggan, beliau telah melakukan inovasi tagging bagi lembu korban bagi mengelakkan pertukaran lembu semasa pembekalan dibuat.
Harapan Saipol Azimir adalah ingin meneruskan usaha dan memperluaskan penghasilan dalam sektor penternakan lembu dengan menambah induk atau baka yang lebih baik. Disamping itu, beliau sedang menerokai bidang latihan dan kursus penternakan secara hands on dengan membuka Pusat Latihan Ternakan dengan dibantu oleh Lembaga Pertubuhan Peladang melalui PPK Kuala Langat.
PeladangJaya
BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI DISEMBER 201516
YM Tengku Faridah Bt Tengku Hussaib merupakan
ahli peladang dari PPK Cameron Highlands.
Beliau mula menceburi bidang perniagaan selepas
menamatkan pengajian di Universiti Putra Malaysia
pada tahun 2005. Beliau mula menceburi bidang
perniagaan dengan mengambil alih pengurusan
kebun sayur tanah tinggi dan langkah pertama
yang diambil adalah dengan menaiktaraf kebun
sayur tersebut.
Dengan hasil dari kebun sayur tersebut, Tengku
Faridah menggunakannya sebagai modal dalm
menceburi bidang pembinaan dengan menggunakan
lesen kelas F. Selepas setahun menceburi bidang
kebun sayur dan bidang pembinaan, beliau telah
membuka kebun strawberi dan Kafe Royal Berry
dengan menggunakan konsep yang sama iaitu
menggunakan hasil keuntungan daripada kebun
sayur dan projek pembinaan sebagai modal. Pada
tahun 2012, Kafe Royal Berry telah siap dibina dan
beliau mula mempelajari bidang pemprosesan pula
seperti pemprosesan jem, kordial, ais krim dan sos
strawberi dengan bantuan modal daripada Lembaga
Pertubuhan Peladang.
Perniagaan utama Tengku Faridah adalah pengeluar
sayuran tanah tinggi dan melalui perniagaan ini,
beliau telah memperolehi pendapatan bersih
sebanyakan RM1.04 juta bagi tahun 2014. Sayur-
sayuran yang diusahakan di kebun tersebut adalah
kaukei, buncis, cili, tomato dan strawberi dimana
kebun ini dapat mengeluarkan 178 tan metrik hasil
tanaman bersamaan nilai RM321,660.00. Bagi
bidang pembangunan, pendapatan bersih yang
diperoleh adalah RM800,000.00 setahun, manakala
bagi pendapatan bersih kebun strawberi yang
berkeluasan 2 ekar telah memberikan hasil sebanyak
RM300,000.00 setahun. Kejayaan penubuhan
Kafe Royal Berry memberikan pendapatan bersih
sebanyak RM200,000.00 setahun dan bidang
pemprosesan daripada LPP pula telah memberikan
pendapatan bersih sebanyak RM40,000.00 setahun.
YM Tengku Faridah juga bergiat aktif dalam aktiviti
kegiatan masyarakat di mana beliau merupakan
Pengerusi Peladangnita PPK Cameron Highlands
dan Ketua Peladangnita Zon Jelai, Cameron
Highlands, Lipis dan Merapoh. Di unit-unit pula,
beliau dipertanggungjawabkan sebagai Ketua Unit
dan Pengerusi Peladangnita Sg. Palas. Dengan
tanggungjawab terhadap alam sekitar, Tengku
Faridah telah mencipta satu inovasi menggunakan
buluh bagi penanaman strawberi.
Harapan Tengku Faridah pada masa hadapan
adalah beliau ingin memperluaskan perniagaan
dengan membuka restoran steamboat dan beliau
juga berharap dapat mempergiatkan lagi aktiviti
pemprosesan seperti pemprosesan tepung
strawberi dan menaiktaraf kebun sayur di bawah
PPK Cameron Highlands.
Peladangnita Jaya
BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI DISEMBER 2015 17
Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pasir Panjang telah didaftarkan pada 12 Julai 1983 dan beroperasi di Lot 1935, Bangunan
Peladang, Pekan Pasir Panjang, 45400 Sekinchan, Selangor. PPK Pasir Panjang mengendalikan sebanyak 21 unit Peladang dengan keluasan 12,305 hektar. Pada tahun 2014, prestasi kewangan PPK Pasir panjang berjaya mencatat keuntungan bersih yang bernilai RM 269,971.00.
Aktiviti utama yang dijalankan oleh PPK Pasir Panjang adalah pemasaran padi secara pukal. Hasil daripada pemasaran padi secara pukal PPK Pasir Panjang telah meningkatkan keuntungan sebanyak RM 125,622.25. Peningkatan tersebut disebabkan oleh pertambahan belian padi daripada peserta NKEA, peningkatan hasil padi, penetapan harga RM 1,200.00 menyebabkan pertambahan penjualan padi di PPK, bayaran tambang kepada pesawah dari sawah ke pukal dan potongan padi dibuat secara tetap. Bagi projek seterusnya iaitu projek ladang benih telah mencatat peningkatan pada tahun 2014, PPK Pasir Panjang telah memperolehi keuntungan sebanyak RM78,470.28. Ini disebabkan oleh pertambahan kuota keluasan ladang benih dan pertambahan penyertaan peladang. Untuk projek pengedaran subsidi baja padi kerajaan Persekutuan, PPK Pasir Panjang memperolehi keuntungan RM346,784.00. Projek
PPK JAYAsemaian benih pula memperolehi keuntungan RM72,891.00, manakala bagi projek kedai input pertanian, keuntungan yang diperolehi adalah sebanyak RM17,822.00, dan projek kerja kontrak pula telah memperolehi keuntungan sebanyak RM14,865.00.
PPK Pasir Panjang juga telah menjalankan aktiviti Projek NKEA. Program Transformasi Ekonomi NKEA - EPP 11 - PPK Pasir Panjang telah diluluskan penubuhan pada 4 Oktober 2013 dengan kuota keluasan 500 hektar menjelang 2020. Tumpuan program adalah bagi pembangunan infrastruktur dan penglibatan dalam rantaian nilai. Antara matlamat aktiviti yang ingin dicapai di dalam projek NKEA adalah menambahkan pendapatan, meningkatkan hasil pengeluaran padi dan beras serta jaminan keselamatan makanan negara, mewujudkan pengurusan yang lebih cekap dan berorientasikan perniagaan skala besar.
PPK Pasir panjang telah melaksanakan inovasi. Inovasi yang dilaksanakan adalah Sistem Pemasaran Padi dan sistem U Subsidi. Inovasi ini dicipta dengan menggabungkan 3 jenis rekod bantuan dalam satu rekod. Pengeluaran padi dapat ditingkatkan kepada 8.53 metrik tan dan berlaku penjimatan kos sebanyak RM1,494. Sistem ini juga dapat melicinkan urusan perniagaan dengan menjimatkan kos pengurusan.
Dengan apa yang diusahakan oleh PPK Pasir Panjang sepanjang tahun 2014, ia telah melayakkan PPK Pasir Panjang untuk memenangi Anugerah PKK Jaya Peringkat Kebangsaan pada tahun ini dengan dibantu oleh pengurusan, ahli jemaah pengarah dan ahli-ahli di bawah PPK Pasir Panjang.
BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI DISEMBER 201518
Unit Peladang Tanjung Bidara ditubuhkan pada 1974 bermula dengan ahli seramai 10 orang. Kini Unit Peladang ini mempunyai
anggota seramai 214 orang dan 142 keluargatani. Kebanyakan anggotanya terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam bidang pertanian. Unit Peladang Tanjung Bidara di bawah seliaan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Masjid Tanah, Melaka diketuai oleh Encik Shaari bin Ujang sebagai ketua unit.
Unit Peladang Tanjung Bidara mempunyai modal saham di PPK sebanyak RM26,790.15 dengan jumlah simpanan sebanyak RM3,645.73. Unit Peladang Tanjung Bidara telah menjalankan beberapa projek perniagaan iaitu projek pemprosesan makanan, projek pertanian lain dan projek bukan pertanian. Dalam menjalankan perniagaan tersebut, Unit Peladang telah memperolehi hasil pendapatan yang memberansangkan. Hasil pendapatan daripada pemprosesan makanan yang terdiri daripada tanaman kontan 25 ekar, tanaman fertigasi cili 2 ekar serta buah tembikai dan pisang seluas 15 ekar telah menyumbang hasil pendapatan sebanyak RM488,000.00. Untuk projek pemprosesan makanan ternakan, Unit Peladang Tanjung Bidara telah mendapat hasil RM 535,000.00 daripada ternakan lembu sebanyak 180 ekor, ternakan kambing sebanyak 700 ekor dan ternakan ayam serta itik 1500 ekor. Unit Peladang Tanjung Bidara juga menjalankan projek pemprosesan makanan melalui akuakultur dan makanan ringan. Akuakultur
Pemenang UnitPeladang Jaya
telah memberi hasil sebanyak RM150,000.00 dan hasil makanan ringan sebanyak RM560,000.00.
Pendapatan Unit Peladang Tanjung Bidara bukan sahaja dari projek pemprosesan makanan, malah Unit Peladang juga mendapat hasil daripada projek pertanian lain iaitu sawit dan getah serta projek bukan pertanian jenis perniagaan seperti kedai runcit, bengkel kereta, chalet, kedai makan, kedai baju dan kerja kontraktor. Projek pertanian lain telah memperolehi hasil sebanyak RM280,000.00 dan untuk projek bukan pertanian adalah sebanyak RM697,000.00.
Unit Peladang Tanjung Bidara juga bergiat aktif di dalam aktiviti kegiatan masyarakat, di mana sering melakukan aktiviti sosial seperti lawatan, gotong-royong dan memberikan kemudahan taska sebagai sumbangan kepada masyarakat dalam unit ini. Unit Peladang ini juga telah menyumbang kepada bidang inovasi. Inovasi yang telah diperkenalkan ialah pembalut pulut tapai menggunakan kertas untuk membalut tapainya. Ia mudah diperolehi dan senang diuruskan serta menjimatkan kos.
Harapan pada masa hadapan, unit ini ingin mempelbagaikan aktiviti masyarakat dan meningkatkan keuntungan isipadu perniagaan yang dijalankan. Kejayaan Unit Peladang Tanjung Bidara turut dibantu oleh PPK Masjid Tanah dan Lembaga Pertubuhan Peladang.
BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI DISEMBER 201518
Top Related