EDU 3109GURU DAN CABARAN SEMASA
Noraini binti Md Ali881123-05-5160Siti Hawa binti Yusop891122-04-5306T4/S2 MT2Datin Rashidah binti Abd. Rahim
SOALAN
BANDING BEZA STRESS DAN BURN OUT DAN
CADANGKAN PENGURUSAN STRESS DAN
EMOSI, KHASNYA DALAM KALANGAN GURU
KAJIAN TEKANAN KERJA DAN BURNOUT DI KALANGAN KAUNSELOR SEKOLAH
MENENGAH BAHAGIAN KUCHING, SARAWAK oleh Arenawati Sehat Binti Haji Omar, Irdawaty
Binti Haji Jaya dan Mohd Zafian Bin Mohd Zawawi
Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Institut Of Stress di New York,
Amerika, mendapati bahawa 90 peratus daripada lelaki dewasa mengalami
stres yang amat tinggi sekurang-kurangnya dua kali seminggu, manakala 25
peratus mengalami stres setiap hari.
STRESS PERBEZAAN BURN OUT
• Satu tekanan atau desakan,usaha,tuntutan ke atas keupayaan fizikal atau mental (Kamus Oxford)
DEFINISI • Perasaan kegagalan, keletihan dan kelesuan yang ekstrim akibat tuntutan yang terlalu membebankan ke atas tenaga, kekuatan atau kecekalan seseorang.
• Beliau mendefinisikan burnout sebagai satu sindrom ketandusan emosi (emotional exhaustion) dan sinism (cynicism) yang sering wujud di kalangan individu yang melakukan keda-kerja yang berkaitan
dengan manusia (Maslach,
1981).
KAJIAN MENGENAI TEKANAN KERJA DAN BURN OUT KALANGAN KAUNSELOR SEKOLAH MENENGAH BAHAGIAN KUCHING, SARAWAK oleh Arenawati Sehat Binti
Omar, Irdawaty Haji Jaya dan Mohd. Zafian Bin Mohd. Zawawi
• Allessandra (1993) juga menyatakan bahawa fenomena burnout adalah kesan
bekerja berlebihan serta usaha terlampau tinggi untuk mengejar sesuatu
matlamat. Manusia diibaratkan sebagai sebuah mesin. Mesin yang sentiasa
digunakan pada jangka masa yang panjang akan mengalami burnout atau rosak.
Begitu juga keadaannya dengan manusia melalui aktiviti berlebihan dan bebanan
kerja yang melampau akan mengalami burnout.
• Goliszek (1993) berpendapat bahawa individu akan mengalami burnout sekiranya
harapan yang tinggi untuk memperolehi ganjaran atau balasan atas sesuatu kerja
atau tugasan yang dilaksanakan tidak diberikan kepadanya. Masalah ini jika tidak
dapat dikesan dan dibiarkan tanpa diambil tindakan susulan pasti akan membawa
akibat yang negatif kepada individu yang terlibat dan kerugian kepada organisasi
yang diwakilinya.
STRESS PERBEZAAN BURN OUT
•Kognitif•Emosi•Tingkah laku•Fizikal
SIMPTOM •Fizikal•Emosi•Tingkah laku
•Psikologi•Personaliti•Sosial/Ekonomi•Bio-Ekologi
PUNCA •Gaya Hidup•Personaliti•Masalah peribadi•Tekanan kerja•Kurang pengiktirafan atas tugasan yang baik
STRESS PERBEZAAN BURN OUT
•Sistem saraf yang luar biasa aktif•Lebih mudah dijangkiti penyakit•Tertekan•Risau•Krisis
KESAN •Cepat marah, bengis•Tidak penyayang•Mengajar sambil lewa•Selalu cuti
•Belajar untuk menghadapi stress•Berani menolak tanggungjawab tambahan yang diberikan•Elakkan orang yang sentiasa menyebabkan anda tertekan.•Senaman pernafasan•Tafakur•Pengurutan•Kelegaan otot•Terapi muzik•Pengurusan masa
CARA MENGATASI Sama seperti cara menghadapi stress
BAGAIMANA GURU MENANGANI STRES DAN EMOSI?
STRES DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DI EMPAT BUAH NEGERI DI MALAYSIA oleh Azizi Yahaya, Jamaludin Ramli dan
Mazeni Ismail
•Reformasi di dalam pendidikan seperti Sekolah Bestari, Pembelajaran Secara
Kontekstual, Sekolah Cemerlang, Sekolah Contoh serta Pembelajaran
Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris telah memberi satu tekanan
kerja kepada guru-guru untuk melaksanakannya. Guru dibebankan dengan
pelbagai tugasan pentadbiran yang telah menjadi rutin pekerjaan mereka,
umpamanya mengisi borang, mengutip yuran, mengemaskinikan kedatangan
pelajar, menyediakan laporan prestasi, menyediakan soalan ujian dan
peperiksaan, memberi bimbingan dan sebagainya bagi memajukan pelajarnya
BAGAIMANA GURU MENGHADAPI STRESS Kenal pasti reaksi emosional Komitmen sosial Kehidupan fizikal Intelek Memahami kemampuan diri Menjiwai profesion Keutamaan dalam kerja Pegangan agama
KAJIAN MENGENAI TEKANAN KERJA DAN BURNOUT DI KALANGAN KAUNSELOR
SEKOLAH MENENGAH BAHAGIAN KUCHING,SARAWAK oleh Arenawati Sehat Binti Omar,
Irdawaty Haji Jaya dan Mohd. Zafian Bin Mohd. Zawawi
1. Memperbaiki Persekitaran Am
2. Runding Cara
3. Kemahiran Pengurusan Masa
4. Kemahiran-kemahiran menyelesaikan masalah
5. Penglibatan diri dalam hal-hal keagamaan
6. Kemahiran relaksasi.
7. Mengekalkan cara hidup sihat dan seimbang
8. Kemahiran berkomunikasi yang baik adalah penting untuk dewasa bekerja.
STRES DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DI EMPAT BUAH NEGERI DI MALAYSIA oleh Azizi Yahaya, Jamaludin Ramli dan Mazeni Ismail
•Oleh kerana dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap stres guru dari aspek lebihan kerja,
hubungan interpersonal, persekitaran kerja, ketandusan emosi, depersonalisasi adalah berada pada
tahap sederhana. KPM boleh mengambil beberapa langkah pencegahan seperti :
1. menganjurkan bengkel,
2. seminar
3. kursus-kursus berhubung dengan masalah stres yang dihadapi oleh guru.
4. membuat pemantauan di sekolah-sekolah untuk mendapat maklumat daripada pengetua bagi memilih
jenis kursus yang akan dijalankan.
•Dapatan kajian juga mendapati bahawa guru menyatakan bahawa mereka terpaksa melakukan tugas
yang bertentangan dengan kehendak mereka. Jadi tanggungjawab pihak pentadbir ialah:
1. memberi dorongan dan menunjukkan keyakinan bahawa guru-guru mampu melakukannnya walaupun
guru tersebut tidak pernah mengajar sesuatu subjek yang perlu diajar olehnya pada masa sekarang.
2. sentiasa memberikan tunjuk ajar dan memberi motivasi kepada guru-guru
3. sentiasa menghargai setiap tugas yang dilakukan oleh guru.
4. peka dan telus dalam menangani setiap masalah kakitangan sokongan dan kemudahan lain.
• Dapatan kajian juga mendapati guru merasakan dirinya tersisih daripada rakan sekerja dan
tidak menghormati tindakan, perasaan serta pendapat daripada rakan sekerja. Tugas guru
ialah:
1. meningkatkan motivasi diri,
2. menanam sikap tolong menolong,
3. bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu tugasan yang ditetapkan.
4. menghormati perasaan dan pendapat rakan sekerja dengan hati yang terbuka
5. cuba mempertingkatkan kelemahan yang ada pada diri.
• Dapatan kajian ini mendapati guru keletihan akibat kerja dan guru merasa kurang bertenaga.
Penyelesaiannya ialah:
1. Kaedah pembelajaran berpusat kepada guru semata-mata perlu dihindarkan
2. Pihak pentadbir perlu menyediakan pelbagai alat bantu mengajar, modul-modul dan juga bahan
rujukan di pusat sumber bagi keperluan guru.
3. Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengingatkan guru-guru di seluruh
negara supaya tidak bertindak untuk melepaskan perasaan kerana penat dan banyak tugas
serta melayan karenah pelajar sebaliknya, guru-guru ini perlu mengawal emosi. Ini kerana
profesion perguruan merupakan satu profesion yang menuntut kesabaran seseorang.
KESIMPULAN
Globalisasi dan modenisasi dalam arena
pendidikantelah meningkatkan tekanan emosi
dalam kalangan guru
Dalam kedua-dua era ini, tanggungjawab guru
semakin mencabardan peranan guru juga
berubah. Oleh itu, guru sendiri perlu kenal diri
sendiri serta bijak memilih langkah yang
sepatutnya dalam menangani tekanan emosi.
BIBLIOGRAFIArenawati Sehat Binti Omar, Irdawaty Haji Jaya & Mohd. Zafian Bin Mohd. Zawawi (2009). Kajian Mengenai Tekanan Kerja Dan Burnout Di Kalangan Kaunselor Sekolah Menengah Bahagian Kuching, Sarawak. Diterbitkan oleh Fakulti Sains Pentadbiran Dan Pengajian Polisi : UiTM Sarawak, 9-12.
Azizi Yahaya, Jamaludin Ramli & Mazeni Ismail (2010). Stres Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah Di Empat Buah Negeri Di Malaysia.
Diterbitkan oleh Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan : Universiti Teknologi Malaysia, 133-134.
Boon Pong Ying, Noriati A. Rashid, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid (2010). Guru Dan Cabaran Semasa. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd.
Noornazifah bt Md Suandi. (2008). Kajian Terhadap Stres Dikalangan Guru Sekolah Rendah Di Zon Permas Jaya Johor Bahru Dari Aspek. Diterbitkan oleh Fakulti Pendidikan: Universiti Teknologi Malaysia, 8-9.
SUMBER INTERNET
http://coyoteprime-runningcauseicantfly.blogspot.com/2009/08/kari-henley-difference-between-stress.html
http://kulanzsalleh.com/stress-di-kalangan-guru/