Tugasan 1
Pengenalan
Ada kalangan yang mengatakan kreativiti adalah anugerah semulajadi tuhan yang tidak boleh
dipelajari. Ada pula yang mengatakan kreativiti boleh dikembangkan dan mereka
membentangkan cara-cara meningkatkannya.Bukan semua insan dikurniakan dengan bakat seni
secara semulajadi. Kita sering mendengar pengakuan saya tidak berjiwa seni. Saya tidak kreatif
dan saya buta seni. Sebenarnya bakat seni terdapat dalam setiap diri kita, cuma bagaimana kita
mecungkil bakat kita dan bidang seni yang manakah menjadi pilihan kita. Kreativiti merupakan
anugerah tuhan kepada semua tetapi kita abaikannya. Kreativiti adalah penting dalam apa sahaja
yang kita lakukan seperti hiasan, persolekan, jamuan perniagaan dan lain-lain. Kita boleh belajar
berfikiran kreatif melalui pemerhatian dan boleh menerangkannya. Kita berfikir luar dari kotak
pemikiran yang biasa. Adakah cara kita bertanya untuk boleh menjadikan seseorang itu
berfikiran kreatif? Cara kita bertanya boleh menukarkan cara kita berfikir (mindset). Ia mengajar
kita bagaimana sesuatu input (sama ada rangsangan deria atau maklumat) dapat diterangkan dan
terbentuk dalam imageri dan minda seseorang untuk menerima maklumat.
Walaupun pada amnya perkataan kreativiti biasa dikaitkan dengan bidang seni, ia digunakan
dalam berbagai cara dalam berbagai konteks. Akibat sifat kompleks konsep kreativiti, berbagai
teori telah dikembangkan bagi tujuan menjelaskannya. Terdapat pelbagai penjelasan daripada
pakar berkenaan tahap pemikiran kreatif. Salah satu teori penjelasan yang popular adalah teori
daripada Fisher (1943). Fisher (1943) menjelaskan bahawa terdapat lima tahap dalam pemikiran
kreatif, iaitu
(i) Peringkat Rangsangan
Dalam pemikiran kreatif Fisher peringkat rangsangan mengemukakan pelbagai bentuk soalan
seperti apa, mengapa, siapa dan bagaimana untuk merangsang pemikiran kreatif kanak-
kanak. Guru membimbing kanak-kanak berinteraksi secara aktif dan menyampaikan perasaan
ingin tahu mereka.
(ii) Peringkat Penerokaan
1 | P a g e
Peringkat penerokaan berupaya mencari dan mempunyai pemikiran ke hadapan.Guru
membimbing kanak-kanak mencari jawapan atau jalan penyelesaian melalui pelbagai cara.
(iii) Peringkat Perancangan
Peringkat Perancangan Merancang aktiviti melalui proses perbincangan, pemerhatian,
interaksi dan sebagainya. Guru membimbing kanak-kanak membuat perancangan belum
melaksanakan aktiviti sebenar.
(iv) Peringkat Aktiviti
Peringkat Aktiviti Melahirkan pemikiran kreatif melalui tindakan setelah merancang segala
aktiviti. Guru membimbing kanak-kanak melaksanakan aktiviti yang dirancang.
(v) Kajian Semula
Kajian Semula Menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses
penambahbaikan supaya tidak berulang kesalahan yang sama. Guru membimbing kanak-
kanak untuk memberikan pendapat dan komen.
Saya memilih bidang muzik bagi menerangkan lagi tentang teori Fisher. Menurut Campbell
1995, muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu pada aspek pendengaran atau aural. Oleh yang
demikian, muzik boleh diperkenalkan kepada bayi dan kanak-kanak pra sekolah dalam bentuk
elemen muzik. Bila kita mendengar muzik, ia akan merangsangkan bahagian otak yang
menyimpan memori jangka panjang. Ia juga dapat mengimbau kembali kenangan masa lalu
apabila kita mendengar lagu yang sama. Jadi, walaupun kesan muzik Mozart pada asasnya telah
dinafikan, idea yang mengatakan kita mencipta memori baru dengan muzik dan kemudiannya
menggunakan muzik yang sama untuk mengimbau memori yang sama boleh dikatakan bernas.
Jika kita menghadapi masalah untuk mengingati sesuatu, kita mungkin akan lebih bernasib baik
jika kita memainkan kembali muzik yang kita dengar pada saat tercetusnya ingatan tadi.
Peranan muzik memupuk minda kanak-kanak. Muzik sentiasa menjadi sebahagian penting dalam
sistem pembelajaran kanak-kanak. Misalnya, seorang ibu akan mendendangkan irama lagu
semasa mendodoikan anaknya untuk tidur, menyanyikan nada irama kanak-kanak apabila
menyampaikan cerita fiksyen atau sejarah, serta aktiviti nyanyi-bersama yang dipelajari kanak-
2 | P a g e
kanak semasa di rumah atau di prasekolah.Semua rangsangan stimulasi ini memberikan
perkembangan yang sihat kepada bayi dan kanak-kanak.
Muzik bukan sahaja digemari oleh golongan remaja dan dewasa.Bayi dan kanak-kanak juga
amat senang dan tenang dengan muzik apabila muzik yang digemari dipasang semasa mereka
hendak tidur atau dalam kereta ketika dalam perjalanan untuk menuju ke sesuatu destinasi.
Sumbangan muzik dalam perkembangan kanak-kanak
Bagaimana muzik boleh mengalakkan perkembangan kanak-kanak? Saya akan jelaskan satu-satu
persatu kesan muzik kepada perkembangan kanak-kanak dari segi saintifik dan secara am.
Antara mengapa muzik boleh merangsang perkembangan kanak-kanak ialah:
1. Meningkatkan sistem pertahanan badan
Idea yang mengatakan muzik dapat meningkatkan sistem pertahanan badan mungkin di
anggap tidak logik oleh sesetengah pihak tetapi sains telah menyokong kenyataan tersebut.
Muzik yang tenang di ketahui dapat meredakan tekanan. Apabila ia berlaku, ia juga
mengurangkan tahap hormon cortisol( hormon adranalin cortex yang aktif dalam
metabolisma karbohidrat dan protin). Bukan sahaja muzik yang tenang tetapi muzik yang
berentak rancak juga dapat meningkatkan kadar antibodi di dalam system badan kita. Dr.
Ronny Enk yang mengetuai kajian terhadap kesan muzik kepada system imunisasi baru-baru
ini mencadangkan “Kami fikir muzik boleh memcetuskan keadaan yang menyenangkan dan
ia boleh membawa kepada perubahan fisiologi yang mana akan mengurangkan tekanan dan
meningkatkan daya ketahanan badan.”
Jika sains telah membuktikan ia begitu maka kita perlu ingat, jika merasa tertekan, dengarkan
muzik yang santai. Selain itu, dengar mata kasar kita dapat melihat sendiri kesan muzik
terutamanya kepada bayi atau kanak-kanak. Anak-anak selalunya akan memberikan reaksi
yang berbeza terhadap pelbagai jenis bunyi muzik. Faktor ini bergantung kepada tahap umur,
keadaan dan ´mood´ mereka pada waktu itu. Justeru, penggunaan muzik tidak hanya
dihadkan kepada satu jenis muzik sahaja, sebaliknya biar mereka mendengar pelbagai bentuk
muzik yang ada.
Kebanyakan ibu bapa menyedari bahawa bayi amat mudah dipujuk jika mereka menyanyi
atau mendodoikan bayi perlahan-lahan sambil menepuk-nepuk punggung dan dadanya. Ini
3 | P a g e
kerana bayi mempunyai kebolehan yang tersendiri untuk bertindak balas terhadap
rangsangan bunyi dan sentuhan.
Ibu bapa juga boleh mengetahui perasaan bayi anda dengan mengaitkan muzik atau bunyi
yang menghasilkan reaksi tertentu. Misalnya, apabila bayi atau anak anda tidak gembira, ibu
biasanya akan mendakap anak mereka, mendendang atau mendodoikan anak dengan irama
muzik.
Tidak kisahlah jika anda boleh menyanyi dengan sedap atau tidak, nada yang tenang atau
melodi yang mendamaikan di sebalik suara ibu membantu menenangkan emosi bayi.
Ringkasnya, bunyi yang tenang mempunyai kesan menenangkan terhadap bayi.
Kesimpulannya, melalui muzik kita dapat mengimbau kembali memori yang ada bersama
muzik tersebut. Bagi proses pembelajaran ia dapat menolong perkembangan kanak-kanak
dengan menggunakan muzik untuk mengingati pembelajaran yang baru. Muzik yang tenang
juga akan menghilangkan tekanan mereka dan mereka dapat belajat dalam suasana yang
riang. Muzik juga membantu kanak-kanak ini agar mereka sentiasa sihat untuk belajar
apabila tahap imunisasi mereka tinggi.
2. Meningkatkan kadar senaman
Seperti yang kita telah ketahui, muzik juga memainkan peranan di dalam senaman. Dalam
satu kajian baru-baru ini, para penkaji telah mendapat hubungan yang positif di antara muzik
rancak dengan senaman. Walaupun ia tidak memeranjatkan sesiapa pun, muzik berfungsi
untuk meningkatkan kekuatan apabila bersenam. Ia berfungsi apabila muzik mengalihkan
perhatian dan memaksa jantung dan otot untuk bergerak lebih pantas. Ini akan menyebabkan
kita menjadi lebih sihat.
Bagi kanak-kanak yang sihat mereka akan dapat menumpukan lebih perhatian di dalam kelas
bagi proses pembelajaran. Mereka akan lebih merasa cergas dan dapat menimba ilmu dengan
lebih pantas.
3. Sebagai alat komunikasi antara ibu dan anak
Pada trimester ketiga pembesaran janin, otak sedang membuat persediaan untuk operasi
lengkap. Oleh itu, ia mudah menerima sebarang bentuk informasi. Ketika itu, telinga fetus
4 | P a g e
telah terbentuk sepenuhnya dan perlahan-lahan mula mengenali suara ibu dan bunyi
sekeliling. Pada peringkat ini, Stimulasi Prenatal adalah digalakkan kerana kaedah ini
melibatkan pelbagai rangsangan seperti bunyi, gerakan, tekanan dan getaran unuk
berkomunikasi dengan bayi anda sebelum bayi dilahirkan.
Bayi dalam rahim juga boleh memberi tindak balas terhadap muzik yang mereka dengar.
Menurut satu kajian, sekumpulan bayi yang ibunya mendengar muzik setiap hari sehingga
pada saat kelahiran kelahiran lebih mudah dipujuk dengan mendengarkan irama bertema
selepas beberapa minggu dilahirkan. Perkara ini amat berbeza dengan bayi yang tidak
mendengar muzik - mereka kurang menunjukkan tidak balas.
Pada peringkat ini, bayi mula belajar mengenali dan bertindak-balas kepada rangsangan
berbeza yang membantu dalam perkembangan fizikal, mental dan deria mereka. Latihan ini
membantu mengukuhkan ikatan hubungan ibu dan bayi, serta membantu dalam
perkembangan emosi dan potensi intelektual bayi.
Dalam tempoh sebelum dan selepas bayi dilahirkan, muzik klasik telah diyakini dapat
memberi pengaruh yang kuat terhadap kepintaran kanak-kanak. Tetapi kajian menunjukkan
bahawa walaupun kebanyakan degupan jantung bayi bertindak balas terhadap muzik klasik,
tiada kajian yang dapat membuktikan bahawa bayi hanya menggemari muzik klasik.
Jenis muzik yang sesuai dan digemari oleh bayi dapat ditentukan dengan memastikan muzik
tersebut mesti dipasang ketika bayi dalam keadaan sedar dan jaga. Ini kerana pada waktu ini
ibu bapa dapat melihat reaksi mereka apabila muzik itu dipasangkan sama ada mereka suka
atau tidak terhadap muzik tersebut.
Bayi selalunya gemar berbaring dan anda boleh menggerakkan anggota badan mereka sambil
menyanyi, malah penggunaan instrumen muzik seperti loceng digalakkan untuk merangsang
pendengaran dan penglihatan mereka. Sehinggalah mereka memasuki zaman kanak-kanak,
muzik dan alatan muzik sangat disukai oleh mereka dan mereka begitu gembira jika dapat
mengikut beberapa perkataan yang dinyanyikan oleh anda serta boleh menggunakan alat
muzik yang terdapat di sekitar mereka.
5 | P a g e
4. Meningkatkan kemahiran bahasa
Kajian terbaru membuktikan bahawa muzik boleh memantapkan perkembangan bahasa,
hubungan bunyi-perkataan, keupayaan matematik kanak-kanak dan sesetengahnya
meningkatkan keupayaan intelektual kanak-kanak.
Ibu bapa boleh menjadikan lagu dan muzik sebahagian daripada masa bermain mereka
dengan memasangkan kaset lagu kanak-kanak dan membaca buku yang mempunyai gambar
menarik dan berbunyi dapat menarik minat anak-anak terhadap membaca. Irama yang
disertai senikata lagu akan membantu anak-anak mengembangkan kemahiran bahasa mereka.
Selain itu, muzik yang didengari oleh anak-anak juga membantu mereka menghafal dan
menajamkan fikiran. Sebagai contoh, nama para Nabi dan Rasul yang dinyanyikan amat
mudah diingati oleh kanak-kanak berbanding sekiranya kita menyuruh mereka menghafal
kesemua nama itu tanpa ada irama dan muzik. Hal ini secara tidak langsung merupakan salah
satu teknik kita mendidik anak-anak dan membantu mereka dalam proses pembelajaran,
terutama yang melibatkan hafalan.
5. Menambah kemahiran
Muzik juga membantu anak-anak menambahkan lagi kemahiran yang ada pada mereka. Ini
kerana apabila mereka minat pada muzik, kita akan membelikan satu jenis alatan atau
instrumen muzik untuk mereka berlatih menggunakan instrument tersebut. Secara tidak
langsung mereka bukan sahaja boleh mendendangkan lagu tersebut dengan baik, malah
mereka juga akan mahir menggunakan alat muzik dan mampu mengenal nota-nota muzik.
Kebanyakan pakar kanak-kanak akan bersetuju bahawa kesesuaian muzik untuk bayi dan
kanak-kanak adalah tidak terhad, asalkan muzik tersebut tidak terlalu kuat atau menyakiti
telinga bayi.
“Kepelbagaian jenis muzik berguna untuk masa depan bayi anda kerana ia memupuk
kemahiran menulis, membaca dan perbahasan,” kata Dr. Lihanna Borhan, pensyarah
Perkembangan Kanak-kanak di Universiti Malaya.
Baru-baru ini, ibu bapa di Malaysia telah dibanci tentang dua soalan berhubung muzik dalam
perkembangan awal anak mereka melalui Tinjauan Pendapat Ibu Bapa Bijak yang
6 | P a g e
dikendalikan oleh Mead Johnson Nutritionals. Salah satu soalan yang dikemukakan
mengkehendaki ibu bapa memberikan pendapat mereka sama ada muzik membantu anak
mereka belajar dengan lebih baik. 91 peratus ibu bapa yang dibanci bersetuju dengan
persoalan tersebut dan memberikan kesimpulan bahawa lebih ramai ibu bapa kini yang
terdedah kepada sumber-sumber yang membantu dalam perkembangan awal anak-anak
mereka termasuk muzik.
Satu lagi soalan yang dikemukakan adalah pilihan ibu bapa terhadap muzik klasikal atau
muzik pop untuk anak mereka. Ia memberikan tindak balas bercampur kerana 57 peratus
memilih muzik klasik manakala 43 peratus memilih muzik pop. Walaupun majoriti ibu bapa
menjawab ya, terdapat golongan ibu bapa yang berpendapat bahawa muzik pop juga
bersesuaian. Ini mungkin boleh dikaitkan dengan bagaimana cara ibubapa pada masa ini
menggunakan muzik sebagai alat pembelajaran.
Apabila bayi anda mula membesar, dia mula bergoyang, bergerak dan menari mengikut
irama muzik. Semua bayi mempunyai naluri deria irama dan menggemari muzik. Ingat lagi
irama kanak-kanak yang anda pelajari di zaman kanak-kanak? Jika anda suka menyanyi
Twinkle Twinkle Little Star, begitu juga dengan bayi anda.
6. Meningkatkan fungsi otak
Lagu pop atau rancak boleh meningkatkan semangat kanak-kanak, menjadikan mereka
gembira dan bertenaga, apabila mereka menari mengikut irama muzik. Sebaliknya, muzik
klasikal membantu mengekalkan perhatian dan tumpuan kanak-kanak, menjadikan mereka
tenang dan patuh.Dalam usia enam tahun pertama mereka, kanak-kanak boleh berlagu
mengikut irama apabila mereka cuba membezakan deria dan bunyi dari irama muzik serta
memperoleh penyampaian visual bunyi tersebut. Proses mendapatkan maksud dari bunyi
merupakan kunci utama untuk permulaan kanak-kanak dalam perkembangan bahasa.
Semasa usia bertatih, anak boleh menentukan penekanan terhadap bunyi seperti Tidak dan
Berhenti, diikuti oleh bunyi geram, nada tinggi atau lain-lain konotasi agresif.
Ini juga boleh digunakan untuk perkataan positif seperti, Baik, Bagus atau Hebat. Kanak-
kanak berupaya untuk mentafsirkan maksud melalui nada perkataan; umumnya jika apa-apa
7 | P a g e
perkataan yang diucapkan tidak mempunyai ritma yang betul, tidak ada seorangpun yang
boleh memahaminya.
Pada bahagian kiri otak, terdapat Kawasan Broca yang juga dikenali sebagai Memori
Tugasan Verbal. Bahagian otak ini mengendalikan semua simpanan dan pemprosesan
informasi verbal, serta peranan penting pemprosesan bahasa. Semasa usia awal
perkembangan kanak-kanak, mendengar adalah lebih baik dari membaca, sering dianggap
sebagai bentuk pembelajaran yang efektif.
Memandangkan bahasa ucapan biasanya sementara, apa-apa bunyi yang tertinggal di
belakang disalurkan dengan cepat dan disimpan dalam otak untuk rujukan dan perkaitan di
masa depan. Oleh itu, pemahaman mendengar mengesyorkan bahawa lebih banyak
pemprosesan semantik dalam Kawasan Broca.
Misalnya, dalam bahasa Mandarin, setiap suku kata dan nada adalah penting dalam
membezakan di antara satu perkataan dengan perkataan yang lain; jika diucapkan mengikut
tahap nada yang berbeza, perkataan mi mungkin bermaksud untuk mengecilkan mata, nasi
atau kebingungan.
7. Menolong kanak-kanak yang bermasalah
Muzik juga memiliki keupayaan memulih ke atas kanak-kanak. Mengikut hasil kajian yang
dijalankan oleh Stanford University telah mendedahkan bahawa muzik meningkatkan
pembacaan untuk kanak-kanak dileksia. Seperti yang dinyatakan dari awal, pengalaman
muzikal boleh meningkatkan keupayaan otak untuk mengenalpasti dengan cepat perubahan
bunyi dan nada. John Gabrielli, bekas Profesor Psikologi Stanford menekankannya dengan
berkata: “Apa yang ditunjukkan oleh kajian ini, yang penting, terdapat aspek tertentu
bahasa...Yang berubah dalam minda dan otak manusia dengan latihan muzikal.”
Kajian dijalankan turut mencadangkan bahawa memainkan alat muzik mempunyai faedah
kognitif, walaupun tahap ukurannya belum ditentukan. Di dalam artikel “Adakah muzik
menjadikan kita lebih pintar? (Does music make us smarter?”) oleh BabyClassroom.com
mengaitkan muzik dengan perkembangan awal otak.
Mereka memetik kajian oleh Dr. Frances Rauscher dan Dr. Gordon Shaw yang menunjukkan
bahawa kanak-kanak prasekolah yang mengambil pelajaran muzik menampilkan keupayaan
pemikiran spatial dan temporal (yang merupakan asas penting untuk matematik dan sains)
8 | P a g e
dan prestasi yang lebih baik dalam menjalankan tugas dibandingkan rakan mereka yang tidak
mengambil pelajaran muzik, termasuk mereka yang mengambil pelajaran komputer dalam
tempoh yang sama.
8. Meningkatkan kadar celik huruf
Selain daripada itu, muzik juga telah dikaitkan dengan peningkatan celik huruf. Malah,
muzik sememangnya menjadi komponen penting dalam perkembangan bahasa kerana ia
merupakan cara yang baik untuk melibatkan kanak-kanak dalam menerokai bunyi dan
perkataan, manakala irama pula alat yang berguna untuk meningkatkan memori. Contoh
terbaik adalah lagu huruf. Sesetengah orang dewasa masih menyanyikan ABCDE hingga Z
untuk membaca huruf.
Dengan pendedahan muzik dan latihan muzikal, anak anda berupaya untuk memahami
maklumat baru dengan lebih baik dan cepat, kerana muzik meningkatkan keupayaan mental.
Satu lagi faktor positif muzik adalah ia merangsang keyakinan dan harga diri anak anda. Ya,
muzik boleh memberikan faktor penting untuk perkembangan dan pembesaran kanak-kanak.
Bagaimanapun, ibu bapa dinasihatkan tidak menggunakan pelajaran muzik yang boleh
memberi tekanan kepada anak-anak sehingga melampaui keupayaan mereka kerana ini boleh
memberikan akibat negatif.
Kesan-kesan lain dalam muzik
Melalui pengajaran muzik juga kanak-kanak akan mahir dalam membezakan bunyi tinggi dan
rendah. Contoh aktiviti untuk memperkenalkan bunyi tinggi ialah guru menggetarkan loceng
sebagai bunyi yang tinggi manakala memukul kastenat sebagai bunyi rendah. Selain itu
pengajaran muzik juga dapat mengembangkan perbendaharaan kata kanak-kanak di mana
apabila lagu di perdengarkan guru akan meminta kanak-kanak mengingati lirik lagu yang telah
diperdengarkan dan kanak-kanak akan cuba menghafal lirik lagu itu maka secara tidak langsung
kanak-kanak dapat mengetahui perkataan baru.
Selain itu muzik juga dapat membina daya kreativiti pada kanak-kanak. Daya kreativiti dibina
apabila kanak-kanak digalakkan mencipta lagu sendiri. Dalam konteks P&P ini guru boleh
memperkenalkan kata ganti diri yang lain bagi datuk nenek seperti tok dan opah, ayah dan ibu
9 | P a g e
digantikan dengan mama papa dan sebagainya yang berkaitan dengan diri pelajar. Muzik juga
membantu perkembangan fizikal kanak-kanak perkembangan fizikal ialah perubahan fizikal,
kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota badan dan perawakan manusia.
Muzik memberi kesan kepada perkembangan fizikal kanak-kanak . Muzik membantu kanak-
kanak menghasilkan pergerakan guru boleh melakukan aktiviti menari secara bebas mengikut
alunan muzik. Kanak-kanak akan berasa seronok. Melalui aktiviti menari ini akan menggalakkan
perkembangan moto kasar kanak-kanak.
Muzik sentiasa menjadi sebahagian penting dalam sistem pembelajaran kanak-kanak. Kanak-
kanak mula didedahkan dengan muzik sejak kecil lagi iaitu semasa seorang ibu mendendangkan
irama lagu ketika mendodoikan anak, menyanyikan nada irama kanak-kanak apabila
menyampaikan cerita fiksyen atau sejarah serta aktiviti nyanyian yang dipelajari kanak-kanak
semasa di rumah atau di prasekolah. Terdapat juga ibu hamil yang memperdengarkan bayi
mereka dengan muzik sejak di awal kehamilan lagi. Semua ransangan stimulasi ini memberikan
perkembangan yang sihat kepada bayi dan kanak-kanak. Kajian terbaru membuktikan bahawa
muzik boleh memantapkan perkembangan bahasa, hubungan antara bunyi dan perkataan,
keupayaan matematik kanak-kanak dan juga dapat meningkatkan keupayaan intelektual kanak-
kanak.
Pada trimester ketiga pembesaran janin, otak sedang membuat persediaan untuk operasi lengkap
dan keadaan ini memudahkan penerimaan sebarang bentuk informasi. Pada ketika ini, telinga
fetus telah terbentuk sepenuhnya dan perlahan-lahan mula mengenali suara ibu dan bunyi di
sekeliling. Pada peringkat ini, Stimulasi Prenatal adalah digalakkan kerana kaedah ini melibatkan
pelbagai rangsangan seperti bunyi, gerakan, tekanan dan getaran untuk berkomunikasi dengan
bayi sebelum dilahirkan. Bayi mula belajar dan bertindak balas kepada rangsangan yang
membantu dalam perkembangan fizikal, mental dan deria mereka. Latihan ini membantu
mengukuhkan ikatan perhubungan antara ibu dan bayi serta membantu dalam perkembangan
emosi dan potensi intelektual bayi.
Kebanyakan pakar kanak-kanak bersetuju bahawa kesesuaian muzik untuk bayi dan kanak-kanak
adalah tidak terhad asalkan muzik tersebut tidak terlalu kuat atau menyakiti telinga bayi.
10 | P a g e
Kepelbagaian jenis muzik sangat berguna untuk masa depan bayi kerana muzik dapat memupuk
kemahiran menulis, membaca dan perbahasan. Apabila bayi mula membesar, mereka mula
bergoyang, bergerak dan menari mengikut irama muzik kerana semua bayi mempunyai naluri
deria irama dan menggemari muzik. Dalam usia enam tahun pertama, kanak-kanak boleh berlagu
mengikut irama apabila mereka cuba membezakan deria dan bunyi dari irama muzik serta
memperoleh cara penyampaian visual muzik tersebut. Proses mendapatkan maksud dari bunyi
merupakan kunci utama untuk permulaan kanak-kanak dalam perkembangan bahasa.
Semasa usia bertatih, kanak-kanak boleh menentukan penekanan terhadap bunyi seperti “tidak”
dan “berhenti”, diikuti oleh bunyi geram, nada tinggi atau lain-lain konotasi agresif. Hal ini juga
boleh digunakan untuk perkataan positif seperti “baik”, “bagus” atau “hebat”. Kanak-kanak
berupaya untuk mentafsirkan maksud melalui nada perkataan sekiranya perkataan yang
diucapkan mempunyai ritma yang betul dan boleh difahami. Muzik juga memiliki keupayaan
memulih kepada kanak-kanak. Hasil kajian yang dijalankan oleh Stanford University
mendedahkan bahawa muzik dapat meningkatkan pembacaan untuk kanak-kanak disleksia.
Kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran ini berupaya memperoleh kelebihan jika
mempelajari muzik walaupun seketika. Mereka berupaya memanfaatkan muzik dalam pelbagai
cara dan dapat berinteraksi tentang perasaan mereka dengan orang lain. Mereka juga dapat
membantu orang lain untuk memahami mereka melalui muzik yang dimainkan secara
berpasukan.
Pengalaman muzikal boleh meningkatkan keupayaan otak untuk mengenalpasti dengan cepat
perubahan bunyi dan nada. Kanak-kanak yang terdedah dengan persekitaran muzik akan
memperuntukkan 25 peratus bahagian otaknya untuk menganalisis nada tinggi dan rendah not
muzik berbanding mereka yang tidak pernah mengenali instrumen berkenaan. Pada bahagian
otak kiri, terdapat Kawasan Broca yang juga dikenali sebagai Memori Tugasan Verbal yang
dapat mengendalikan semua simpanan dan pemprosesan informasi verbal serta memainkan
peranan penting dalam pemprosesan bahasa. Muzik juga membantu mengajar kanak-kanak
tentang erti tanggungjawab semasa bekerjasama dalam kumpulan. Sekiranya mereka memupuk
sikap ini ketika memainkan bahagian-bahagian alat muzik dalam kumpulan, perkara yang sama
juga akan dilakukan ketika mereka berada di luar dalam kelompok masyarakat. Kerjasama yang
11 | P a g e
terjalin ini mampu melahirkan muzik yang indah dan menarik yang berupaya mengangkat
martabat sesebuah karya.
Semasa usia awal perkembangan kanak-kanak, mendengar dianggap sebagai proses
pembelajaran yang efektif daripada membaca. Semakin awal kanak-kanak didedahkan dengan
muzik, saiz otak yang diperuntukkan untuk memproses semua informasi mengenai muzik akan
menjadi semakin besar seterusnya mendorong mereka berfikir dengan lebih kritikal dan
terperinci. Kanak-kanak yang memiliki pendedahan terhadap muzik mempunyai kelebihan dari
segi berfikir kerana kedua-dua bahagian otak mereka berfungsi dengan baik akibat daripada
pengaruh muzik yang didengar. Kanak-kanak juga dapat membesar dengan sempurna kerana
konsep asas dalam muzik adalah menekankan kepada kesempurnaan, kerjasama, perpaduan dan
memerlukan pengecaman yang tinggi.
Berdasarkan kajian oleh Dr. Frances Rauscher dan Dr. Gordon Shaw, menjelaskan bahawa
kanak-kanak prasekolah yang mengambil subjek muzik menampilkan keupayaan pemikiran
spatial dan temporal (yang merupakan asas penting untuk matematik dan sains) dan prestasi yang
lebih baik dalam menjalankan tugas sekiranya dibandingkan dengan rakan mereka yang tidak
mengambil subjek muzik. Muzik juga dapat memberikan peningkatan celik huruf kepada kanak-
kanak. Muzik merupakan komponen penting dalam perkembangan bahasa kerana ia merupakan
cara yang terbaik untuk melibatkan kanak-kanak dalam menerokai bunyi dan perkataan,
manakala irama pula merupakan alat yang berguna untuk meningkatkan memori. Contohnya,
menyanyikan lagu huruf “ABCDE” hingga “Z”. Pendedahan muzik dan latihan muzikal
berupaya untuk membantu kanak-kanak memahami maklumat baru dengan lebih baik dan cepat
kerana muzik dapat meningkatkan keupayaan mental.
Muzik turut dapat merangsang keyakinan dan harga diri kanak-kanak kerana muzik merupakan
faktor penting untuk perkembangan dan pembesaran kanak-kanak. Jenis muzik yang didedahkan
kepada anak-anak wajar diberikan perhatian oleh ibu bapa kerana kanak-kanak lazimnya akan
menerima apa sahaja yang mereka dengar. Oleh itu, ibu bapa dinasihatkan agar tidak
menggunakan muzik yang boleh memberikan tekanan kepada anak-anak sehingga melampaui
keupayaan mereka kerana cara ini boleh memberikan akibat yang negatif. Sebaik-baik muzik
12 | P a g e
yang akan diperdengarkan adalah jenis muzik yang dapat menampilkan jati diri kanak-kanak
tersebut kerana kuasa muzik juga mampu menjadikan mereka yang mendengarnya mempunyai
keberanian untuk meluahkan segala yang terbuku dalam minda mereka.
Kesimpulan
Muzik adalah amat penting dalam perkembangan pergerakan kanak-kanak. Muzik memberikan
rangsangan kepada kanak-kanak untuk mereka bergerak secara langsung mahupun tidak
langsung. Kanak-kanak akan bertindak balas apabila mereka mendengar muzik. Kanak-kanak
bertindak balas dengan bunyi-bunyian seawal ketika di dalam kandungan ibu lagi. Ada kajian
yang menunjukkan kanak-kanak yang telah didedahkan dengan bunyian ketika dalam kandungan
lagi menunjukkan perkembangan mental dan fizikal yang baik.
Terdapat pelbagai jenis muzik yang sesuai yang mana dapat membantu dalam perkembangan
pergerakan kanak-kanak. Kesesuaian muzik untuk bayi dan kanak-kanak adalah tidak terhad,
asalkan muzik tersebut tidak terlalu kuat atau menyakitkan telinga bayi. Pada kebiasaannya pada
peringkat dalam kandungan lagi, para ibu suka mendengarkan muzik instrumental yang lembut
kepada bayi mereka dengan melekapkan ‘head phone’ pada perut mereka. Selain itu, para ibu
yang beragama Islam akan mendengar kan bacaan ayat- ayat Al-Quran pada bayi mereka.
Selain daripada membantu perkembangan pergerakan kanak-kanak, muzik juga mampu
memupuk kemahiran menulis, membaca dan perbahasan. Apabila mereka muzik atau satu-satu
lagu, kanak-kanak mereka akan memberikan tidak balas. Apabila bayi mula membesar, dia mula
bergoyang, bergerak dan menari mengikut irama muzik
Ibu juga boleh mengetahui perasaan bayi anda dengan mengaitkan muzik atau bunyi yang
menghasilkan reaksi tertentu. Dalam usia enam tahun pertama, kanak-kanak boleh berlagu
mengikut irama apabila mereka cuba membezakan deria dan bunyi dari irama muzik serta
memperoleh penyampaian visual bunyi tersebut
Muzik turut memiliki keupayaan memulih ke atas kanak-kanak dimana ia mampu meningkatkan
pembacaan untuk kanak-kanak disleksia. Ia juga mampu membantu mereka menghafal dan
menajamkan fikiran. Muzik juga merangsang pendengaran dan penglihatan
Selain dari Teori Fisher, melalui pembacaan, saya ingin berkongsi satu lagi pendapat mengenai
kreativiti iaitu Professor Ellis Paul Torrance. Beliau merupakan seorang ahli psikologi yang paling
banyak memenyumbang terhadap bidang kreativiti.
13 | P a g e
Professor Ellis Paul Torrance dikenali kerana kajian pelopor beliau dalam bidang kreativiti.
Dalam model beliau yang dinamakan "the threshold hypothesis”, beliau cuba mencari
perhubungan antara kreativiti dan kecerdasan. Dia mendapati bahawa orang yang berkreatif
tinggi biasanya juga mempunyai kecerdasan yang tinggi. Walaubagaimana pun beliau
berpendapat bahawa kecerdasan sahaja tidak memadai, terdapat factor-faktor lain yang
mempengaruhi kreativiti.
Torrance (1989) mendefinasikan kreativiti sebagai proses menjadi sensitif kepada masalah,
kekurangan, kekurangan dari segi pengetahuan, elemen, harmoni dan sebagainya;
mengidentifikasikan masalah, mencari penyelesaian membuat andaian atau mencipta hipotesis
tentang kekurangan, menguji dan menguji semula hipotesis, cuba mengubahnya, menguji lagi
dan akhirnya mengkomunikasikan dapatan.
Torrance adalah orang pertama yang mencipta kaedah untuk menguji kreativiti pada tahun 1976
yang dikenali sebagai Torrance Tests of Creative Thinking. Ujian kreativiti Torrance meliputi
empat aspek;
Kefasihan Fluency
Kefasihan merujuk kepada kebolehan menghasilan idea-idea yang berbeza dan untuk
menyelesaikan sesuatu masalah. Aplikasi: Senaraikan beberapa kegunaan sebuah botol air
mineral.
Keanjalan Flexibility
Penghasilan idea yang berpunca dari kebolehan melihat sesuatu dari perspektif-perspektif yang
berlainan serta pengunaan berbagai kaedah dan pendekatan.
Aplikasi: Bayangkan diri anda menjadi unta untuk sehari
Keaslian Originality
Keaslian bermakna penghasilan idea yang unik atau luarbiasa. Ia juga kebolehan menyusun
semula maklumat tentang sesuatu topik dengan cara yang baru dan berlainan.
Aplikasi: Fikirkan cara menunggang basikal yang berlainan dari yang biasa kamu lakukan.
14 | P a g e
Huraian Elaboration
Huraian merupakan kaedah memperbaikkan idea dengan menambahkan butir-butir lanjut supaya
lebih jelas dan mudah difahami.
Aplikasi: Ceritakan dengan terperinci hari pertama anda kesekolah. Gunakan sebanyak butir-
butir yang anda boleh.
Ciri-Ciri Kreativiti
Terdapat 4 ciri kreativiti iaitu;
1.Pengunaan Imaginasi
Aktiviti yang bersifat imaginatif adalah proses menjanakan suatu yang asli. Ia juga memberi
alternatif kepada sesuatu yang biasa/dijangka. Ia melibatkan proses-proses berfikir dan
perlakuan. Ia boleh dikatakan sebagai permainan mental yang diarahkan terhadap suatu objektif
yang kreatif dimana fokus adalah terhadap memperbaikkan sesuatu situasi mengunakan pelbagai
perspektif. Hasil kreatif biasanya berlaku bila idea yang sedia ada digabungkan atau di
interpretasi semula dengan cara yang baru atau diaplikasikan dalam bidang yang baru atau yang
sebelum ini dirasa tidak ada kaitan. Aspek penting pemikiran kreatif adalah kebolehan membuat
hubungan yang pelik, melihat analogi dan kaitan antara idea atau objek yang sebelum ini belum
pernah dilihat. Pada abad ke 15, Leonardo Da Vinci merupakan orang yang pertama yang
mengkaji secara terperinci bagaimana manusia boleh membina sebuah jentera untuk terbang. Dia
mendapat idea-idea penerbangannya dari mengkaji burung. Walaupun di tidak berjaya membina
jentera terbangnya yang dinamakan Ornithopter, idea-ideanya dan lukisannya dikaji semula oleh
pelopor-pelopor kajiterbang abad ke 19. Berikutan itu penciptaan helikopter zaman moden
adalah berdasarkan konsep beliau.
2. Mempunyai Tujuan
Imaginasi atau pemikiran kreatif bertujuan. Ia biasanya berlaku secara kebetulan bila seseorang
sedang dalam proses cuba mencapai sesuatu objektif lain. Objektif ini pada awalnya tidak
semestinya berkaitan dengan kandungan imaginasi kreatif yang dihaslikan. Walau bagaimanapun
disebabkan pemikiran kreatif berpotensi membawa idea baru ini objektif awal mungkin
mengalami perubahan atau diganti sama sekali. Ini bermaksud bahawa kreativiti adalah adalah
15 | P a g e
gabungan aksi dan tujuan. Sebagai contoh, jika bot yang Samad naiki tenggelam dia akan cuba
sedaya upaya memikirkan berbagai keadah untuk selamatkan diri.
3. Bersifat Asli
Sesuatu pemikiran atau perlakuan yang dianggap kreatif haruslah asli. Ini bermaksud ianya suatu
idea yang dihasilkan secara unik oleh seseorang individu atau kumpulan. Terdapat tiga kategori
keaslian.Hasil kerja seorang individu mungkin asli bila dibanding dengan hasil kerjanya sendiri
yang lama.Ianya juga boleh dikatakan asli bila dibandingkan dengan hasil-hasil kerja rakan
sebayanya Paling asli adalah hasil kerja yang belum pernah dihasilkan sebelum ini oleh mana-
mana pihak dalam mana-mana bidang. Kategori keaslian pertama dan kedua lebih berfokus
kepada perkembangan individu manakala kategori ketiga penting untuk perkembangan
masyarakat secara global.
4.Bernilai
Hasil pemikiran atau perlakuan kreatif pada dasarnya patut menyumbang kepada tujuan atau
objektif ditangan. Berikutan ini terpulang kepada individu yang terlibat untuk menilai secara
kritikal idea-idea mana yang berguna atau setakat mana sesuatu idea menyumbang terhadap
objektif tersebut. Idea yang dinilai sebagai berguna di kekalkan dan idea yang kurang berguna
disingkirkan. Kriteria penilaian sesuatu idea yang kreatif bergantung kepada tujuan dan bidang
aktiviti berkenaan. Sebagai contoh penilaian boleh dibuat berdasarkan aspek keberkesanan,
kegunaan praktikal, kesahihan, kepuasan atau elemen seronok.
Kreativiti adalah satu proses dan bukannya suatu produk atau peristiwa. Ia boleh dikembangkan
dalam kanak-kanak dengan mengalakkkan mereka menulis cerita, bermain muzik, menjalankan
ujikaji dan sebagainya. Disini kreativiti dikembangkan melalui aplikasi secara praktikel dimana
mereka dilibatkan dalam suatu proses yang bertujuan menghasilan pemikiran secara kreatif.
Walaupun terdapat kemahiran dan teknik yang khusus kepada bidang-bidang yang tertentu,
kanak-kanak harus diajak mengalami dan mengenali secara umum beberapa ciri proses kreativiti.
Salah satu model proses kreativiti yang paling awal diperkenalkan oleh Graham Wallas pada
tahun 1926.
16 | P a g e
Mengikut Wallas, proses kreativiti boleh dibahagikan kepada empat peringkat iaitu,
(i) Penyediaan
Pada peringkat ini, minda difokuskan terhadap isu atau masalah ditangan dan dimensi-dimensi
masalah itu di dijelajah.Peringkat ini biasanya melibatkan langkah-langkah seperti membina
rangka kasar, draf, soalan atau idea awal.
(ii) Pengeraman
Pada peringkat ini individu mengundurkan diri buat seketika dari proses tersebut dan membuat
perkara-perkara lain lantas membiarkan idea tersebut mengeram dalam mindanya. Bila kembali
semula kepada idea tersebut kemungkinan besar terwujud secara tidak langsung, tanpa disedari,
perspektif-perspektif baru terhadap idea awal tadi.
(iii) Intimasi
Individu kreatif merasakan suatu perasaan breakthrough dimana dia merasakan dia sedang dalam
perjalanan menyelesaikan masalah tersebut. Peringkat ini masih berada pada tahap tidak sedar.
(iv) Illuminasi
Individu kreatif dalam keadaan sedar, tiba-tiba mendapat idea bagaimana meyelesaikan masalah
tersebut .
(v) Verifikasi
Pada peringkat ini idea tersebut disahkan, dihuraikan dan diaplikasikan.
Oleh itu boleh dikatakan model kreativiti Wallas pada dasarnya percaya bahawa pemikiran
kreatif adalah juga suatu proses bersifat analitiks yang tidak disedari dan yang tidak boleh
dikawal.
Perhubungan antara konsep kreativiti, otak kiri dan otak kanan
Otak kita terdiri dari hemisphera kiri dan hemisphera kanan yang disambung di tengah-tengah
dengan sekumpulan saraf yang dinamakan corpus callosum. Hemisphera kiri mengawal bahagian
kanan anggota badan kita manakala hemisphera kanan mengawal anggota kiri badan. Setiap
hemisphera memproses maklumat dengan cara yang berbeza serta mempunyai fungsi yang
berbeza. Sebelah kiri memproses maklumat secara rational dan logical dan bertanggungjawab
17 | P a g e
terhadap pengunaan bahasa, penyelesaian masalah dan aktiviti-aktiviti yang berbentuk akademik.
Sebelah kanan pula lebih cenderung kepada memproses maklumat dengan lebih spontan dan
kreatif, terutama dalam bidang seni dan music. Sebagai contoh, seorang penulis mengunakan
otak kanan untuk mrncipta dan otak kiri untuk mengurus dan menyusun apa yang dicipta dalam
bentuk logical.
Kesimpulan
Pada umumnya, semua orang mempunyai potensi menjadi kreatif. Walau bagaimanpun
disebabkan nilai-nilai kehidupan moden lebih mengalakkan pengunaan fungsi-fungsi otak kiri,
kita jarang mempunyai masa melibatkan diri dalam aktiviti otak kanan yang lebih kreatif seperti
menulis novel atau melukis. Selari dengan ini belah kreatif kita pun menjadi kurang aktif
disebabkan kurang pengunaanya. Tambahan pula dalam kebanyakkan manusia, otak belah kiri
mereka lebih dominen.
Oleh itu dalam mana-mana aktiviti yang berbentuk kreatif kita perlulah mengalakkan otak belah
kanan untuk lebih aktif. Ini boleh dibuat dengan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti masa
lapang termasuk yang berbentuk seni.
Terdapat bukti kajian yang menunjukkan bahawa terdapat pesakit (aphasia) yang hilang fungsi
otak kiri, tetapi mereka masih boleh memproses aktiviti-aktiviti mental yang dikuasai oleh belah
itu seperti bahasa dan sebagainya. Baolehkan anda fikirkan apa agaknya penerangan untuk
fenomena itu?
18 | P a g e
Rujukan
Kebudayaan seni di malaysia
http://bobezani.tripod.com/budaya.htm
Definisi Seni
http://colourexist.blogspot.com/2010/01/pengenalan-seni-definisi-seni-definisi.html
Seni
http://ms.wikipedia.org/wiki/Seni
Definisi kreativiti
http://kuusaa.blogspot.com/2011/03/tokoh-yang-menjelaskan-maksud.html
Estetika dan kanak-kanak
http://aidaliepurnamamerindu-aidalie.blogspot.com/2010/06/estetika-dan-kanak-kanak.html
Sejarah estetika
http://ulax.wordpress.com/2009/04/30/sejarah-estetika/
Pengenalan Muzik
http://kumpulan4a.blogspot.com/2010/03/pengenalan-muzik.html
19 | P a g e