Download - Elemen Iklan Filem the Secret Life of Walter Mitty

Transcript
Page 1: Elemen Iklan Filem the Secret Life of Walter Mitty

1

1. PENGENALAN

Filem mengandungi dua fungsi yang saling melengkapi iaitu sebagai barang tontonan dan barang dagangan. Secara umum, kejayaan sesuatu filem ditentukan oleh penontonnya. Mengenal pasti cita rasa penonton sasaran adalah penting untuk tujuan tersebut. Kualiti filem dinilai oleh penonton boleh dibahagikan kepada dua iaitu kualiti dagangan dan kualiti kesenian. (Nyoman Lia Susanthi, 2011) Misalnya filem-filem arahan P.Ramlee boleh dikatakan mengandungi kedua-kedua kualiti tersebut sebaliknya filem-filem arahan David Teo pula cenderung mengetengahkan kualiti dagangan dan sangat kurang teliti dalam kualiti kesenian.

Filem The Secret Life of Walter Mitty mengandungi kedua-dua kualiti tersebut. Mendapat rating 7.4/10 IMDb, memenangi enam anugerah perfileman di USA dan antarabangsa, filem adaptasi dari sebuah cerita pendek karya James Thurber yang terbit pada tahun 1939 dengan tajuk yang sama ini adalah arahan Ben Stiller dan dibintangi juga oleh beliau. Buku karya James Thurber tersebut secara umumnya dikatakan sebagai a tribute to the sometimes unsettling power of the human imagination. (LIFE, T.t.) Justeru, filem ini adalah suatu bentuk inspirasi buat masyarakat khususnya penonton untuk menjadi berani dan berkeyakinan dalam melakukan perubahan dalam hidup dalam usaha merealisasikan apa-apapun impian yang dicita-citakan; yang sesiapapun harapkan daripada penulis lakon layar yang sama bagi filem The Pursuit of Happiness dan The Weatherman.

Sorotan filem The Secret Life of Walter Mitty ini adalah suatu pemerhatian dan analisa terhadap elemen periklanan yang terkandung dalamnya. Elemen periklanan yang dibincangkan adalah peletakan produk atau dalam bahasa Inggerisnya product placement. Peletakan produk adalah sisipan jenama atau produk yang dirancang dalam filem Ia boleh digunakan dengan alat-alat komunikasi yang lain (iaitu periklanan dan jualan promosi) untuk menyebarkan kesedaran tentang jenama dan mengetengahkan imej produk untuk pembangunan ekuiti jenama yang penting terutamanya dalam pasaran global. (Corniani, M., 2001)

Terdapat banyak peletakan produk yang terpapar dalam filem ini tetapi produk yang jelas ingin diketengahkan dalam filem adalah majalah Time Inc.’s LIFE. Filem ini secara umumnya sama matlamatnya seperti filem The Internship yang mengetengahkan imej Google dan filem Gravity yang mengetengahkan imej NASA. Perbincangan ini akan menerangkan tentang jenis peletakan produk yang terbabit. Lehu (2007) menyenaraikan empat jenis peletakan produk iaitu classic, institutional atau corporate, evocative dan stealth. Peletakan produk majalah Time Inc.’s LIFE tersebut termasuk dalam jenis classic. Tindakan Time Inc.’s LIFE mengetengahkan jenamanya dalam filem sebagai peletakan klasik ini adalah baik kerana peletakan produk lebih berkesan daripada satu slot iklan komersial. (Reijmersdal, E.A.V., 2011) Tambahan pula dalam pawagam, sikap defensif penonton terhadap peletakan produk adalah rendah yang memberi peluang kepada apa-apa jenama untuk berkomunikasi secara berkesan dengan penonton. (Lehu, J.M., 2007) Namun begitu, terdapat beberapa persoalan tentang keberkesanan peletakan produk dalam filem ini yang akan diterangkan dalam perbincangan. Ini disebabkan pengulangan dan adengan yang memberi negatif terhadap imej produk yang dipaparkan sehingga mendapat Award the Worst Product Placement dalam 2014 Brandcameo Product Placement Awards. (Brandchannel, 2014)

Page 2: Elemen Iklan Filem the Secret Life of Walter Mitty

2

2. SINOPSIS

Watak Walter, seperti yang terpapar dalam tajuk filem, dibintangi oleh Ben Stiller. Walter adalah pengurus bahagian Aset Negatif majalah LIFE. Walter bertugas menguruskan gambar-gambar yang diambil dan dikirim oleh petugas-petugas majalah tersebut. Walter menghadapi sejenis masalah fantasi yang disebut zoned out iaitu suatu masalah mental yang menyebabkan dia sering bermimpi di siang hari dengan khayalan yang melampau tentang kuasa dan pengembaraan.

Suatu hari, sekeping negatif filem iaitu negative 25 yang dikirim oleh seorang petugas didapati tiada dalam simpanan. Negatif filem ini penting kerana gambar tersebut adalah muka hadapan bagi terbitan seterusnya iaitu terbitan terakhir dalam bentuk cetakan kerana LIFE ketika itu sedang mengalami peralihan kepada terbitan majalah atas talian. Kerana istimewanya gambar terakhir ini, petugas itu yang dibintangi oleh Sean Penn telah menghadiahkan sebuah dompet kepada Walter sebagai tanda penghargaan kerana menguruskan gambar-gambar yang dikirim. Ted Hendricks yang merupakan pengarah urusan peralihan itu memberi tekanan kepada Walter kerana sesi dengan media akan berlansung dua minggu lagi.

Walter kemudian mencari petanda dalam gambar-gambar lain yang dikirim oleh Sean sehingga tiada lagi cara lain selepas seluruh stor aset yang diuruskannya itu diselongkar untuk menemukan negatif yang hilang itu, Walter terus menjejak petanda dengan bantuan Cheryl. Catatan Sean O’Connell (Sean Penn) yang mengirim negatif gambar itu dan moto LIFE pada dompet yang dihadiahkan kepada Walter tersebut memberi keazaman kepada Walter untuk mencarinya kerana Sean telah mencatatkan bahawa kiriman negatif itu menurut anggapannya adalah ‘The Absolute Quintessence of Life’ yang bermaksud yang terbaik antara yang terbaik dalam hidup.

Watak Cheryl yang dibintangi oleh Kristen Wiig adalah rakan sepejabat Walter. Sebelum Walter mula bertegur sapa dengan Cheryl, terlebih dahulu dia telah cuba berkomunikasi dengan wanita ini menerusi laman eHarmony iaitu sebuah laman sosial atas talian khusus untuk carian pasangan atau kekasih. Cheryl dilihat sebagai antara pendorong yang memberi keazaman kepada Walter dan wanita ini sentiasa bersikap positif dalam berhadapan dengan masalah terutamanya dalam membantu Walter mencari negatif yang hilang itu.

Dalam usaha mencari negatif filem tersebut Walter akhirnya benar-benar mengikuti suatu pengembaraan merentasi Greenland dan Iceland sehingga bertemu dengan Sean di sebuah wilayah terpencil Afghanistan dekat Gunung Noshaq di Barat Laut pergunungan Himalaya. Di sana Walter mendapati bahawa negative 25 itu sebenarnya berada dalam dompet yang dihadiahkan Sean. Namun, Walter telah membuangnya selepas diberhentikan kerja oleh Ted.

Apabila pulang dari Afghanistan, Walter yang mulanya buntu, lega apabila dompetnya yang dibuang sebelum ini masih disimpan oleh emaknya, Edna. Walter terus ke pejabatnya untuk menyerahkan negatif tersebut kerana masih berbaki dua hari lagi sebelum penerbitan isu terakhir majalah LIFE bercetak. Walter hanya mengetahui gambar muka depan isu terakhir itu di sebuah gerai ketika sedang berjalan dengan Cheryl. Walter tidak menyangka bahawa muka depan isu terakhir itu adalah gambarnya dan catatan tentang peribadinya yang merupakan dedikasi khas oleh Sean.

Page 3: Elemen Iklan Filem the Secret Life of Walter Mitty

3

3. ANALISIS ELEMEN PERIKLANAN

Berikut adalah analisis peletakan produk yang dipaparkan dalam jadual masa dan babak kemunculannya dalam filem The Secret Life of Walter Mitty. Screenshot babak-babak bagi setiap produk atau jenama berikut boleh dirujuk dalam lampiran.

I. Time Inc.’s LIFE

Minit Babak 06:07 Paparan bangunan TIME & LIFE BUILDING. 06:21, 07:07 Paparan petikan moto LIFE di dinding kompleks pejabat TIME &

LIFE BUILDING. 07:54 Walter menyebut peranannya dalam majalah LIFE. 08:34 – 10:53 Paparan poster besar muka depan majalah LIFE dan tanda niaga

LIFE di ruang pejabat. 11:45 Paparan poster majalah LIFE di meja dalam pejabat Aset Negatif. 12:05 Paparan LIFE dalam nota daripada Sean O’Connell dan suara latar

membacanya. 12:58 Paparan moto LIFE pada dompet yang dihadiahkan kepada Walter. 14:26 Don Proctor memberi taklimat tentang peralihan majalah LIFE. 15:05 Ted menyebut majalah LIFE dalam taklimat peralihan. 16:32 Paparan poster besar muka depan majalah LIFE. 18:43 Paparan LIFE di kepala surat. 24:06 Papan tanda LIFE di depan lif dalam bangunan TIME & LIFE

BUILDING. 25:33 Surat-surat LIFE dalam longgokan sampah di atas lori. 26:11 Stretch Amstrong terhentak ke atas papan tanda TIME & LIFE. 26:31 – 27:30 Paparan poster besar muka depan majalah LIFE. 35:00 – 35:28 Paparan poster besar muka depan majalah LIFE. 36:38 – 36:50 Paparan poster besar muka depan majalah LIFE. 01:09:08 Tanda LIFE pada fail di meja Cheryl. 01:10:04 Poster besar muka depan majalah LIFE dipindah keluar dari

bangunan TIME & LIFE BUILDING. 01:14:17 Poster LIFE di dinding dalam rumah Walter. 01:16:21 Emak Walter menyebut LIFE dalam perbualan mereka di

rumahnya. 01:35:44 Papan tanda LIFE ONLINE dibawa keluar dari lif. 01:36:11 Ted membentangkan muka depan baru untuk isu terakhir majalah

LIFE. 01:39:55 Walter menunjukkan kad staff LIFE di kaunter payroll LIFE. 01:40:01 Papan tanda LIFE Payroll Service Window. 01:43:26 Walter dan Cheryl melihat muka depan isu terakhir majalah LIFE

di sebuah gerai.

Page 4: Elemen Iklan Filem the Secret Life of Walter Mitty

4

II. eHarmony

Minit Babak 00:45, 1:03 Paparan eHarmony dalam penyata kad debit Walter. 01:15 – 02:45 Paparan Walter melayari laman sesawang eHarmony dan biodata

Walter sebagai pengurus foto majalah LIFE. 03:30 – 05:44 Perbualan telefon antara Walter dan Todd Mahar dari eHarmony. 26:45 – 27:37 Walter menjawab panggilan telefon daripada Todd Mahar

eHarmony. 56:42 Walter menjawab panggilan telefon daripada Todd Mahar

eHarmony semasa dalam perjalanan berbasikal ke gunung berapi Eyjafallajokull dekat Iceland.

01:05:28 Paparan eHarmony dalam penyata kad debit Walter. 01:21:45 – 01:22:50

Walter menjawab panggilan telefon daripada Todd Mahar eHarmony semasa di atas pergunungan Himalaya.

01:37:42 Todd Mahar eHarmony datang menjamin Walter selepas 17 jam berada dalam tahanan TSA di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles.

01:38:53 Paparan mesej daripada eHarmony dalam email Walter.

III. Papa John’s

Minit Babak 22:58 Walter menyebut Papa John’s ketika berbual dengan emaknya. 23:17 Edna Mitty, menunjukkan gambar Walter bekerja di Papa John’s

selepas kematian bapanya. 01:05:20 – 01:09:20

Walter sampai di Papa John’s, duduk minum di situ dan menghubungi Cheryl berkenaan petunjuk baru selain berbual tentang kisah sedihnya dengan Papa John’s pada masa lalu.

IV. Kodak

Minit Babak 11:26 Tin filem Kodak kiriman Sean O’Connell. 12:20 – 13:23 Hernando meletakkan filem Kodak di atas scanning mask. 17:58 Walter dan Hernando meneliti filem Kodak dengan kanta pembesar.

V. Air Greenland

Minit Babak 37:03 Paparan kaunter penerbangan pesawat Air Greenland. 37:52 Hidangan dalam penerbangan pesawat Air Greeland. 38:26 Pesawat Air Greenland di Lapangan Terbang Nuuk, Greenland .

Page 5: Elemen Iklan Filem the Secret Life of Walter Mitty

5

VI. Google

Minit Babak 27:53 Cheryl menyebut Google ketika berbual dengan Walter. 01:38:53 Walter melayari Google Gmail.

VII. CareerBuilder.com

Minit Babak 01:38:24 Paparan resume Walter bekerja dengan majalah LIFE di laman

sesawang CareerBuilder. 01:38:53 Paparan mesej daripada CareerBuilder.com dalam email Walter.

VIII. JanSport

Minit Babak 01:18:14 Walter membuka dan mengemas beg JanSport lamanya untuk

dibawa ke Afghanistan. 01:31:58 Walter menyandang beg JanSport.

IX. Dell

Minit Babak 00:52 Walter menggunakan komputer riba Dell.

X. CHASE Bank

Minit Babak 18:25 – 20:11 Walter duduk berlatar belakang bangunan CHASE.

XI. KFC

Minit Babak 23:15 Walter menyebut KFC ketika adiknya menunjukkan sekeping

gambar lama.

XII. Volvo

Minit Babak 25:50 Sebuah kereta Volvo S70 brek mengejut.

XIII. Apple iPhone

Minit Babak 27:55 - 32:30 Telefon yang digunakan Cheryl

Page 6: Elemen Iklan Filem the Secret Life of Walter Mitty

6

XIV. Nabisco

Minit Babak 28:25 – 28:31 Cheryl menyebut Nabisco dan LIFE ketika berjalan ke taman

bersama Walter.

XV. Flip Skateboards

Minit Babak 30:17 Rich bermain papan selaju Flip Skateboards tetapi ketika Walter

melakukan trick dengan papan selaju tersebut pada minit 30:56 papan selaju didapati berlainan daripada yang digunakan Rich dan tidak dapat dikenal pasti jenamanya. Kemudian pada minit 31:24 papan selaju tersebut adalah Flip Skateboards.

XVI. Singapore Airlines

Minit Babak 37:03 Paparan kaunter penerbangan pesawat Singapore Airlines.

XVII. Ethiopian Airlines

Minit Babak 37:03 Paparan kaunter penerbangan pesawat Ethiopian Airlines.

XVIII. Heineken

Minit Babak 40:36 Tanda niaga Heineken dalam sebuah bar.

XIX. Bell Helicopter

Minit Babak 47:40 Walter menaiki helikopter Bell Ranger untuk ke bot Erkigsnek.

XX. Instagram

Minit Babak 53:37 Dalam bot Erkigsnek, seorang krew bot menyebut Instagram ketika

berbual dengan Walter.

XXI. Facebook

Minit Babak 53:37 Dalam bot Erkigsnek, seorang krew bot menyebut Facebook ketika

berbual dengan Walter.

Page 7: Elemen Iklan Filem the Secret Life of Walter Mitty

7

XXII. American Airlines

Minit Babak 01:09:50 Pesawat American Airlines melintasi langit untuk mendarat.

XXIII. Conan TBS

Minit Babak 01:13:13 - 01:13:42

Dalam teksi, Walter berkhayal kemunculannya bersama Michelle Obama dalam rancangan Conan siaran TBS.

XXIV. Sony

Minit Babak 01:18:19 Walter mengeluarkan Sony Walkman dari begnya.

XXV. Nikon

Minit Babak 01:22:40 – 01:29:12

Sean menggunakan kamera analog F3/T jenama Nikon.

XXVI. Cinnabon

Minit Babak 01:32:04 Todd Mahar mengajak Walter berborak di Cinnabon.

XXVII. Beethoven Pianos

Minit Babak 01:35:17 Walter dan keluarganya berurus niaga di Beethoven Pianos.

XXVIII. McDonald’s

Minit Babak 01:36:44 Walter menyebut McDonald’s selepas Ted gagal menyatakan moto

LIFE.

XXIX. Bankers Box

Minit Babak 01:37:41 Hernando dan Walter memegang kotak Bankers Box yang diisi

barang pejabat mereka.

Page 8: Elemen Iklan Filem the Secret Life of Walter Mitty

8

4. PERBINCANGAN ELEMEN PERIKLANAN

Elemen periklanan yang terdapat dalam filem ini adalah peletakan produk (product placement) untuk jenama-jenama utama iaitu Time Inc.’s LIFE, eHarmony dan Papa John’s selain jenama-jenama lain yang muncul dan disebut seperti Kodak, Air Greenland, Google, CareerBuilder.com, JanSport, Dell, CHASE Bank, KFC, Volvo, Nabisco, Flip Skateboards, Singapore Airlines, Ethiopian Airlines, Heineken, Bell Helicopter, Instagram, Facebook, American Airlines, Conan TBS, Sony, Nikon, Cinnabon, Beethoven Pianos, McDonald’s, Bankers Box dan Apple iPhone. Produk-produk tersebut boleh dibahagikan kepada empat jenis peletakan produk yang dikemukakan oleh Lehu (2007) iaitu peletakan classic, corporate, evocative dan stealth.

I. Peletakan Classic

Peletakan classic bermaksud sesuatu jenama terpapar di skrin dengan jelas dan produknya digunakan dalam filem. Jenama yang termasuk dalam filem ini adalah Time Inc.’s LIFE, eHarmony, Papa John’s, Kodak, Air Greenland, CareerBuilder.com, JanSport, Dell, Volvo, Singapore Airlines, Ethiopian Airlines, Heineken, American Airlines, Conan TBS, Sony, Nikon, Bell Helicopter, Flip Skateboards, Bankers Box, Beethoven Pianos dan Cinnabon.

Time Inc.’s LIFE, eHarmony dan Papa John’s adalah yang paling jelas terpapar dalam filem ini. Babak Time Inc.’s LIFE paling banyak kerana produk ini adalah latar utama dalam filem ini manakala eHarmony dan Papa John’s pula adalah latar utama bagi karakter Walter Mitty.

Peletakan jenis ini adalah ringkas dan jelas terpapar tetapi mudah untuk terlepas pandang apabila terlalu banyak produk lain yang menempatkan produk dengan cara yang sama, apalagi jika kemunculannya cuma sekali dan seketika sahaja. Antara jenama dalam kategori ini yang mudah terlepas pandang adalah Dell, Volvo, Bell Helicopter, Flip Skateboards, Bankers Box, Beethoven Pianos, Singapore Airlines, Ethiopian Airlines dan American Airlines. Jenama yang jelas terpapar pula adalah Kodak, Air Greenland, CareerBuilder.com, JanSport, Heineken, Conan TBS, Sony, Nikon dan Cinnabon.

II. Peletakan Corporate

Peletakan corporate bermaksud keutamaan mengetengahkan jenama berbanding produk. Produk bagi sesuatu jenama juga tidak muncul dalam dalam filem. Penonton perlu mengetahui sesuatu jenama yang terpapar terlebih dahulu bagi mengenal pasti kemunculannya dalam filem. Google, Nabisco, CHASE Bank, Facebook, Instagram, McDonald’s dan KFC adalah jenama-jenama yang termasuk dalam kategori ini. Google, Nabisco, Facebook, Instagram dan KFC disebut dalam babak-babak perbualan. Chase Bank pula muncul dengan bangunannya tanpa sebarang babak urus niaga di situ.

III. Peletakan Evocative

Page 9: Elemen Iklan Filem the Secret Life of Walter Mitty

9

Peletakan evocative beroperasi secara tersembunyi. Jenama tidak terpapar tetapi penonton akan dapat mengenalinya dengan mudah walaupun tiada jenama pada produk. Walau bagaimanapun, seperti peletakan corporate, peletakan evocative hanya dapat dikenal pasti jika penonton mengetahui produk tersebut terlebih dahulu. Hanya satu sahaja produk bagi kategori ini yang dikenal pasti terpapar dalam filem ini. Paparan peti masuk mesej email Walter menunjukkan bentangan (layout) Google Gmail.

IV. Peletakan Stealth

Peletakan Stealth lebih tersembunyi berbanding evocative sehingga hampir sukar untuk dikenal pasti. Peletakan ini berintegrasi sepenuhnya dengan babak. Walaupun terdapat kemunculan visual tetapi sangat sukar untuk dikenal pasti. Telefon mudah alih yang digunakan Cheryl kelihatan seperti Apple iPhone, tetapi jenamanya tidak jelas kerana dilitupi dengan casing lut cahaya. Tambahan pula, deringan telefon tersebut berbeza dengan Apple iPhone yang sebenar kerana iPhone yang sebenar berdering dengan nada yang sama dan tidak boleh ditukar.

Selain itu, terdapat beberapa persoalan yang timbul berkenaan keberkesanan peletakan jenama utama dalam filem The Secret Life of Walter Mitty ini iaitu Time Inc’s LIFE, eHarmony dan Papa John’s. Sebagaimana filem-filem Ben Stiller yang lain, peletakan beberapa produk dalam filem ini berbentuk sinikal. Didapati bahawa produk utama yang diketengahkan hanya sekadar untuk melatari filem tanpa matlamat jualan yang jelas kerana terdapat ralat dalam beberapa babak.

Kebanyakan babak Time Inc.’s LIFE dipersembahkan dengan positif terutamanya babak-babak yang memaparkan poster majalah LIFE. Tetapi terdapat dua ralat yang dikenal pasti. Pertama, walaupun kebanyakan babak memaparkan kecantikan poster majalah LIFE, tetapi akhirnya majalah tersebut tidak lagi dijual dalam bentuk cetakan. Kedua, Time Inc.’s LIFE melatari filem ini dengan mengetengahkan kreativiti yang bermutu tinggi dalam produknya yang pastinya untuk menarik perhatian penonton dan membuat penonton kagum dengan penerbitannya, tetapi pada satu babak ketika Walter bertemu dengan Sean di Afhanistan, Sean bermadah, “Beautiful things, don’t ask for attention.”

eHarmony yang melatari karakter Walter muncul dalam banyak babak dan merupakan antara produk utama yang diketengahkan dalam filem ini. Walau bagaimanapun, kemunculannya melatari karakter Walter bertentangan dengan fungsi laman sosial itu yang beroperasi secara atas talian kerana daripada sembilan babak yang muncul, lima daripadanya adalah perbualan telefon antara Todd Mahar dengan Walter. Ini menunjukkan bahawa operasi eHarmony tidak cekap kerana masih lagi berurusan dengan pelayar lamannya melalui telefon malah akhirnya Walter dan Cheryl membatalkan langganan mereka.

Papa John’s berperanan besar dalam hidup Walter, tetapi kemunculannya hanya melatari kisah sedih hidup Walter pada masa lalu. Impian hidupnya semasa remaja terhalang kerana dia terpaksa mula bekerja di Papa John’s dua hari selepas kematian bapanya untuk menyara hidup malah emaknya, Edna Mitty, menggambarkannya sebagai suatu kesedihan kerana bekerja di sebuah tempat yang bernama ‘papa’ selepas kematian bapanya.

Page 10: Elemen Iklan Filem the Secret Life of Walter Mitty

10

5. KESIMPULAN DAN CADANGAN

Berdasarkan analisis, memang banyak peletakan produk yang terpapar dalam filem The Secret Life of Walter Mitty. Babak-babak Time Inc.’s LIFE sahaja telah cukup untuk memberi kesan kepada penonton kerana lakon kualiti dan mutu majalah LIFE jelas ditunjukkan dalam poster-poster yang sebenarnya tidak pernah diterbitkan walaupun ada dalam kalangan poster itu memang didapati dari arkib foto LIFE. (LIFE, 2014) Jika itu kualitinya gambar yang cuma tersimpan di arkib, sesiapapun akan kagum malah mutu sebegitu sebenarnya boleh sahaja menempati muka depan majalahnya.

Kesemua produk yang dikenal pasti adalah menepati kategori-kategori seperti yang dikemukakan oleh Lehu (2007). Ini bermakna setiap jenama yang diketengahkan menepati maksudnya secara visual malah kebanyakannya dapat dikenal pasti secara jelas dan nyata dalam filem. Ini juga selari dengan matlamat periklanan dan perhubungan awam yang asas iaitu untuk menarik perhatian sesiapa sahaja terhadap sesebuah produk atau jenama yang hendak diperkenalkan atau dipersembahkan.

Ralat-ralat yang dikenal pasti boleh diperbaiki dengan memperbetulnya supaya lakon layar menjadi lebih baik. Ini walau bagaimanapun bergantung juga kepada pengarah dan juga matlamatnya yang sebenar yang tidak diketahui secara jelas. Jika dilihat dari sisi persembahan visual memang mengkagumkan, tetapi bagi mereka yang meneliti terperinci elemen-elemen periklanan akan dapat mengetahui dan menyedari tentang ralat-ralat tersebut yang mengganggu kelancaran dan kekemasan lakon layar.

Apa yang boleh dicadangkan antara lain adalah dikurangkan paparan peletakan produk-produk lain terutamanya seperti eHarmony dan Papa John’s kerana kemunculannya dalam banyak babak memberi gangguan kepada keunggulan Time Inc.’s LIFE yang sepatutnya perlu ditampilkan dan dipersembahkan sebagai idaman setiap penonton yang terdiri daripada sama ada dari kalangan pembaca atau pelanggan setia majalah LIFE, peminat fotogafi dan pengembara mahupun mereka yang tidak lansung mengetahui tentangnya.

Tidak semestinya disebabkan award peletakan terburuk oleh BrandChannel.com itu sahaja membuktikan bahawa keseluruhan peletakan produk dalam filem ini tidak bagus kerana dalam penerangan oleh penganjur, terdapat kesilapan pengajur dalam memahami lakon layar layar filem ini, dan pengajur juga didapati merujuk kepada skrip asal filem ini yang tersebar meluas di laman-laman sesawang walaupun produksi akhir filem ini berbeza sama sekali dengan skrip awal.

Terutamanya bagi peminat fotografi dan pengembaraan, filem ini mampu untuk menyuntik semangat mengembara di samping mencipta kenangan-kenangan yang indah sama ada dirakam ke dalam bentuk foto atau tidak. Apabila Walter bertanyakan kepada Sean O’Connell bila dia akan mengambil gambar harimau itu ketika harimau itu melintas di depan kamera berlensa telefotonya, Sean lalu bermadah, “Sometimes, I don’t. If I liked a moment, I mean, me. Personally. I don’t like to have the distraction of the camera. I just wanna stay, in it.”

Page 11: Elemen Iklan Filem the Secret Life of Walter Mitty

11

RUJUKAN

Brandchannel. 2014. The envelope, please: the 2014 Brandcameo Product Placement Awards. New York: Brandchannel.com (atas talian) http://www.brandchannel.com/home/post/2014/02/27/140227-2014-Brandcameo-Product-Placement-Awards.aspx

Corniani, M. 2001. Product placement and brand equity. Dalam SYMPHONYA emerging issues in management, no. 1. Milan: ISTEI

Lehu, J.M. 2007. Branded entertainment: product placement and brand strategy in the entertainment business. London: Kogan Page.

LIFE, T.t. Walter Mitty and the LIFE Magazine covers that never were. (atas talian) http://life.time.com/culture/walter-mitty-life-magazine-covers-that-never-were/#1

Nyoman Lia Susanthi. 2011. Placement iklan pada film alangkah lucunya negeri ini. Denpasar: Institut Seni Indoneisa (atas talian) http://repo.isi-dps.ac.id/1206/

Reijmersdal, E.A.V. 2011. Mixing advertising and editorial content in radio programmes: appreciation and recall of brand placements versus commercials. Dalam International journal of advertising, vol. 30, no. 3. London: WARC (atas talian) http://www.warc.com/Pages/CaseStudies/CaseFinder.aspx

Page 12: Elemen Iklan Filem the Secret Life of Walter Mitty

12

Lampiran

a. Time Inc.’s LIFE

Page 13: Elemen Iklan Filem the Secret Life of Walter Mitty

13

Page 14: Elemen Iklan Filem the Secret Life of Walter Mitty

14

b. eHarmony

Page 15: Elemen Iklan Filem the Secret Life of Walter Mitty

15

c. Papa John’s

Page 16: Elemen Iklan Filem the Secret Life of Walter Mitty

16

d. Kodak

e. Air Greenland

Page 17: Elemen Iklan Filem the Secret Life of Walter Mitty

17

f. Google

g. CareerBuilder.com

h. JanSport

i. Dell, Chase

Page 18: Elemen Iklan Filem the Secret Life of Walter Mitty

18

j. KFC, Volvo, Apple iPhone, Nabisco

k. Flip Skateboards

Page 19: Elemen Iklan Filem the Secret Life of Walter Mitty

19

l. Singapore Airlines, Ethiopian Airlines, Heineken, Bell Helicopter, Instagram, Facebook, American Airlines, Conan TBS, Sony, Nikon

Page 20: Elemen Iklan Filem the Secret Life of Walter Mitty

20

m. Cinnabon, Beethoven Pianos, McDonald’s, Bankers Box