1.0PENGENALAN
1.1 Maksud Tamadun
Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab, iaitu daripada perkataan
mudun dan madain. Satu lagi perkataan Arab yang mempunyai kaitan dengan
perkataan tamadun madana yang mempunyai dua maksud, iaitu tinggi budi bahasa
dan pembukaan bandar. Perkataan daripada bahasa Inggeris yang mempunyai
persamaan makna dengan tamadun ialah civilization yang berasal daripada bahasa
Greek, iaitu civitas yang bermaksud bandar. Tamadun juga boleh dieertikan sebagai
peradaban.
Setiap masyarakat di dunia mempunyai definisi yang tersendiri tentang konsep
tamadun. Bagi masyarakat Barat, tamadun dikaitkan dengan pembangunan lahiriah
terutamanya dalam hal-hal kebudayaan seperti penulisan, undang-undang, kesenian
dan pembandaran. Menurut pandangan beberapa sarjana Barat, misalnya, Gordon
Childe, pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur kemajuan tamadun dalam sesebuah
masyarakat.Darcy Riberio dan R.A. Buchanan pula menolak unsur rohaniah
sebaliknya hanya menekankan kepentingan dan pembangunan lahiriah dalam proses
perkembangan tamadun.
Menurut Islam, tamadun mestilah merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah.
Oleh itu, Islam menekankan pembangunan lahiriah dan rohaniah. Kedua-dua unsur ini
penting untuk mengukur tahap ketamadunan sesebuah masyarakat. Mengikut
pandangan Syed Naquib al-Attas, tamadun ialah pencapaian tahap tatasusila yang
tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat.Pandangan sarjana
Islam ini turut disokong oleh sarjana Barat seperti Richard Sullivan yang mengakui
bahawa unsur rohaniah sangat penting dalam konsep tamadun.
Secara umumnya, konsep tamadun tidak hanya mementingkan pencapaian berbentuk
lahiriah seperti kesenian dan pembinaan kota semata-mata tetapi juga mestilah diiringi
dengan pencapaian dalam aspek rohaniah, tatasusila dan moral.
1
1.2 Ciri-ciri Tamadun
Terdapat 6 ciri-ciri asas sebuah tamadun . Lihat rajah dibawah;
2
Ciri-ciri Tamadun
Penempatan Kekal
Kehidupan berorganisasi
Sistem pemerintahan/ perundangan
Pengkhususan Pekerjaan
Agama dan Kepercayaan
Bahasa dan Tulisan
Ciri utama kemunculan tamadun
kehidupan manusia yang sistematik bagi memastikan bekalan makanan berterusan
Kemajuan dalam bidang pertanian terutama dari segi penanaman, penyimpanan makanan dan penternakan binatang.
Mencipta peralatan baru seperti cangkul dan teknologi pengairan bagi meningkatkan hasil pengeluaran makanan bagi menampung pertambahan penduduk.
Dibentuk untuk menjalankan pentadbiran akibat pertumbuhan masyarakat yang besar.
Pemimpin atau raja menggunakan unsur magis atau mendakwa mereka sebagai wakil Tuhan demi mendapat pengikh-tirafan sebagai pemerintah.
Sistem perundngan dicipta.
Mengamalkan kepercayaan Animisme iaitu percaya bahawa terdapat kuasa ghaib yang menguasai alam sekeliling.
Unsur-unsur alam seperti pokok, batu, matahari dan laut dipercayai mempunyai semangat dan harus dihormati demi menjaga keamanan dan kemakmuran hidup.
Secara evolusi kepercayaan bertukar menjadi agama.
Tamadun awal mengamal-kan Politeisme iaitu kepercayaan menyembah banyak Tuhan.
Peningkatan penduduk menyebabkan wujud kehidupan berorganisasi yang mencakupi aspek sosial, ekonomi dan politik.
Bermula daripada sistem keluarga kemudian menjadi sebuah masyarakat yang kompleks.
Kebiasaannya sistem sosial berbentuk piramid dan bersusun lapis.Lapisan 1 – Raja/ BangsawanLapisan 2 – PembesarLapisan 3 – Rakyat BebasLapisan 4 - Hamba
Kesan daripada pening-katan produktiviti manusia
Barangan atau produk dihasilkan oleh kumpulan Tertentu melalui kepa-karan kumpulan tersebut
Membawa kepada per-tukaran barang (Sistem Barter) yang menjadi asas kepada aktiviti perdagan-gan.
Berlaku hubungan dengan tamadun luar dan menye-babkan penyebaran ilmu pengetahuan, teknilogi dan budaya berlaku antara masyarakat
akibat daripada perkembangan ilmu pengetahuan.
Antara Bahasa yang tertua ialah bahasa Yunani dan Sanskrit.contoh tulisan awal ialah; HeiroglifCuneiformPiktogratHistogram
2.0 LATARBELAKANG TAMADUN
2.1 Kelahiran Tamadun
3
Tamadun Cina
Tamadun Melayu
Tamadun India
Tamadun Jepun
Tamadun Islam
Kelahiran Tamadun
Bermula di Mekah dan Madinah, diasaskan oleh Nabi Muhammad SAW setelah turun wahyu pertama.
Kerajaan Islam pertama didunia berada Madinah setelah berlakunya Hijrah tahun 622M
Diterukan oleh Kerajaan Khulafa’, Umayyah, Abbasiyah dan Empayar Turki Uthmaniyahsehingga digulingkan tahun 1924M
Menjadu tamadun terunggul dan pencetus tamadun barat.
Bermula lebih kurang 5000 tahun dahulu denga kehadiran orang melayu berbahasa autronesia zaman neolitik.
Ada sarjana mengatakan orang melayu adalah penduduk asal bukannya orang autronesia, berdasarkan penemuan tapak Paleolitik Kota Tampan yang berusia 12000 tahun
Namun asas kepada kemunculan tamadun dan susunan masyarakat kompleks yang dibentuk dengan penguasaan teknologi pertanian adalah zaman neolitik (zaman batu baru).
Bermula dilembah Hwang Ho, diperintah oleh Maharaja Shih Huang, Dinasti Ching (221S.M – 206 S.M) dan empayarnya meluas hingga ke bahagian selatan Cina.
Jajahan takluknya amat luas hingga ke Sungai Merah Vietnam
Tamadun Cina diperluaskan lagi oleh dinasti lain seperti Dinasti Han, Qin, Jin, Sui, Tang Liao dan lain-lain Menjadu tamadun terunggul dan pencetus tamadun barat.
Bermula zaman Tamadun Indus tahun 2500SM – 1800SM. Kemudian diruntuhkan oleh orang Aryan,diganti dengan
Zaman Vedik, mengambil sempena kelahiran kitab Veda. Inilah zaman bermulanya kehidupan beragama disini iaitu hindu.
Pada abad ke 7 SM, mereka berpindah ke lembah Ganges dan membentuk kerajaan yang diperintah oleh Raja.
Tahun 321 SM, seluruh India telah disatukan di bawah Dinasti Mauriya. Empayar tersebut mencapai kegemilangannya ketika pemerintahan Asoka
Bermula zaman Yayoi (zaman Neolitik, 300SM – 300M). Zaman ini banyak dipengaruhi oleh tamadun Cina seperti
kemasukan Agama Buddha, budaya bertani, bersawah padi dan membuat senjata.
Pada zaman Heian (794M – 1185M), terkenal dengan zaman tradisi Jepun, diberi penekanan kepada carahidup beradab dan peraturan yang baik/sopan.
Seterusnya zaman pra moden yang terdiri dari zaman Keshogunan Kamakura 1185- 1333 M, Keshogunan Ashikaga, Keshogunan Tokugawa sehinggalah ke zaman Pemodenan Jepun –Meiji.
2.2 Teori Kedatangan Pelbagai Tamadun ke Malaysia
4
Kedatangan Pelbagai Tamadun ke Malaysia
Islam
Hindu/India
Dari Tanah Arab Maharaja Derbar Raja II, raja Kedah diislamkan tahun 531 H/1136 M, oleh Sheikh al-Yamani
dari Yaman. Kandungan persuratan Melayu dahulu menggunakan istilah dan tulisan Jawi yang
menunjukkan sumber dari Arab Hubungan perdagangan telahpun terjalin antara Alam Melayu dengan Tanah Arab sejak
sebelum kelahiran Islam lagi dan ia berterusan selepas kelahirannya.
Islam Datang Dari India Penyebaran Islam berlaku melalui perdagangan antara kota pelabuhan Dakka di India
Selatan dengan wilayah nusantara. Terdapat persamaan mazhab antara orang-orang Arab yang bermadzhab Syafii dari Gujarat
dan Malabar di India dengan penduduk Islam di Asia Tenggara. Pendapat di atas juga dibuktikan melalui penemuan batu nisan Sultan Malikul Salleh,
RajaSamudera yang bertarikh 1297 Masihi. Terdapat persamaan reka bentuk batu nisan di kedua-dua tempat tersebut.
Islam Datang Dari China Berdasarkan teori perpindahan orang Islam dari Canton ke Asia tenggara (Palembang,
Kedah, Campa, Brunei, Patani, Kelantan, Terengganu dan Pahang serta Jawa Timur sekitar tahun 876 M. Hal ini kerana berlakunya pemberontakan yang mengorbankan hingga 150.000 muslim.
Antara buktinya: batu nisan syekh Abdul Kadir bin Husin syah Alam di Langgar, Kedah 903 M, batu bertulis Phan-rang di Kamboja 025 M, batu nisan di pecan Pahang 1028 M, batu nisan puteri Islam Brunei 1048 M, batu bersurat Trengganu 1303 M dan batu nisan Fathimah binti Maimun di Jawa Timur 1082 M.
Pengaruh Hindu lebih awal sampai di Malaysia.Ia dapat dikesan dalam bahasa Melayu, kesusasteraan dan kesenian. Candi Lembah Bujang di Kuala Kedah adalah bukti orang Melayupernah menganut agama Hindu-Buddha.
Penempatan India di Malaysia berasal dari wilayah Tamil Nadu selatan India lewat abad ke-19 dan awal abad ke-20 sebagai pekerja samada kerani atau buruh ladang getah milik peladang Eropah.
Pada tahun 1901, bilangan penduduk India di negeri Selat dan negeri Melayu Bersekutu sekitar 120,000. Menjelang 1931, bilangan ini bertambah menjadi 640,000 di Tanah Melayu dan Singapura, dan di negeri Selangor, bilangan mereka melebihi orang Melayu tahun itu. Bilangan penduduk India hampir-hampir tidak berubah sehingga
1947 disebabkan mereka pergi ke Myanmar semasa pendudukan Jepun sebagai Angkatan Tentera Kebangsaan India, dan kuli Landasan Kematian. Pada tahun 2005, orang India merupakan lebih kurang 7% daripada jumlah penduduk di Malaysia (sekitar 1.8 juta).
Masyarakat Hindu di Malaysia telah mendirikan kuil sesuai dengan agama, amalan dan kepercayaan mereka yang dibawa dari India.
Mereka membina kuil-kuil pelbagai saiz dan rupa di ladang dan kediaman mereka tanpa sebarang sekatan sebelum dan selepas merdeka. Kebanyakan mereka menyembah tuhan Shiva sebagaimana tradisi di selatan India.
5
Kedatangan Pelbagai Tamadun ke Malaysia
Cina
Jepun
Perhubungan antara Negara China dengan Tanah Melayu telah wujud sejak sekian lama menerusi kegiatan perdagangan.
Peringkat awal, kedatangan mereka keTanah Melayu bukan bertujuan untuk membuka petempatan, tetapi menjalankan perniagaan semata-mata. Tambahan pula, masa itu wujud hubungan diplomatik yang baik antara kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dengan kerajaan Tanah Besar China.
Bila berlaku campur tangan Inggeris di PulauPinang (1786), Singapura (1819), dan Negeri Selat (1826), bermulalah satu lembaran baru kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu.
British membawa masuk dan menggalakkan kedatangan orang Cina adalah untuk bekerja bagi kepentingan mereka. Pihak British amat berminat dengan buruh dari Negara China kerana bayaran upah adalah rendah dan orang Cina terkenal dengan sikap rajin bekerja.
Penghijrahan beramai-ramai orang Cina keTanah Melayu berlaku sekitar kurun ke-19 hingga kurun ke-20. Masa itu,kebanyakan orang Cina yang datang ke Tanah Melayu berasal dari selatan Tanah Besar China seperti Kwangtung, Fuchien dan Kwangsai. Oleh itu, mereka mempunyai dialek yang berlainan seperti dialek Canton, Hokkien, Hakka,Hailam, Kwangsi dan Teowchew. Tumpuan mereka di Tanah Melayu kerana mempunyai peluang ekonomi yang cukup luas dan memberangsangkan. Kepesatan kedatangan imigran Cina dapat dilihat pada tahun 1891 di mana hampir separuh penduduk di Perak, Selangor, dan Sungai Ujong terdiri daripad orang Cina. Sekitar tahun 1895 hingga 1927, dianggarkan kira-kira seramai enam juta orang Cina telah berhijrah ke Tanah Melayu. Penghijrahan orang Cina ke Tanah Melayu dipengaruhi oleh pelbagai faktor dalaman dan luaran sepert ikesengsaraan hidup di Negara China, bencana alam yang berleluasa di Negara China, ketidakstabilan politik dan ekonomi di Negara China, terdapat pelbagai kemudahan untuk berhijrah, pertumbuhan perusahaan getah dan bijih timah diTanah Melayu serta kestabilan politik di Tanah Melayu.
Pada 1868 - 1912 , Maharaja Mikado Meiji memerintah Jepun. Meiji melancarkan program pemodenan dan perindustrian dengan Barat sebagai model untuk memajukan Jepun.
1895: Jepun memenangi Perang China – Jepun I, tahun 1905, Jepun mengalahkan Rusia dan Jepun dianggap kuasa besar.
Tahun 1940, Amerika mengenakan sekatan ekonomi ke atas Jepun kerana enggan keluar dari China setelah Jepun menawan sebahagian besar China dalam Perang China Jepun 2. Setelah Jeneral Tojo menjadi Perdana Menteri Jepun tahun 1941, beliau menyerang Asia Tenggara bagi mengatasi sekatan ekonomi oleh Amerika.
Jepun melancarkan propaganda untuk mempengaruhi rakyat tempatan agar menentang penjajahan Barat dengan slogan“ ASIA UNTUK ORANG ASIA”, “SEMANGAT ASIA” .
Rancangan “Kawasan Kesemakmuran bersama Asia Timur Raya” dilancarkan bagi menaikkan imej Jepun sebagai pembela negara Timur yang dijajah Barat.
Pada 8 Disember 1941, Tentera Jepun mendarat di Singgora, Patani dan Pantai Sabak (Kota Bharu) dan mara ke selatan Tanah Melayu Melalui Pantai Timur dan Pantai Barat (setiap arah dengan dua laluan iaitu jalan pesisir pantai dan jalan darat iaitu bandar ).
Di Sarawak, Jepun mendarat di Miri pada 16 Disember 1941 dan Mara ke Kucing dan Sibu, seterusnya Labuan dan Sandakan pada 19 Januari 1942.
Pada 15 Februari 1942, seluruh Tanah Melayu dan Singapura jatuh ke tangan Jepun apabila Lef. Jeneral A.E. Percival menyerah diri kepada Lef. Jeneral Yamashita Tomoyuki (Harimau Malaya ) di Singapura. Jepun memerintah Tanah Melayu sehingga 12 Ogos 1945.
3.0 PENGARUH PELBAGAI TAMADUN DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA
6
KESAN DAN PENGARUH ISLAM DALAM TAMADUN
MALAYSIA
Agama dan Kepercayaan
Pendidikan
Masyarakat Melayu meninggalkan ajaran Hindu-Buddha dan animisme dan bertukar kepada konsep ketuhanan, hormat-menghormati dan pentingkan soal persamaan taraf.
Islam mengubah world view masyarakat Melayu daripada mempercayai roh, semangat dan dewa kepada mempercayai Tuhan Yang Maha Esa, nabi-nabi, malaikat dan kitab suci.
Namun, tradisi lama masih sukar dihapuskan tetapi hilang sedikit demi sedikit.
Selepas kedatangan Islam, golongan bawahan menerima pendidikan yang sama seperti golongan atasan.
Sistem pendidikan yang bermula di istana mula beralih ke institusi pendidikan Islam seperti pondok dan madrasah.
Lahirlah para cendiakawan Melayu seperti Hamzah Fansuri dan Syeikh Abdul Malik Abdullah.
7
Bahasa dan Kesusasteraan
Bahasa Melayu menerima pengaruh Islam pada abad ke-14M.
Masyarakat Melayu menyesuaikan perkataan Arab kepada bahasa Melayu dan diubahsuai sebagai tulisan Jawi.
Bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa persuratan dan sebagai alat penyebaran Islam di seluruh Alam Melayu.
Berlaku pinjaman kata bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu seperti hakim, mahkamah, akal, tamadun, roh, iman, ilmu.
Agama Islam membawa perubahan besar terhadap kesusasteraan Melayu. Antara hasilnya : Hikayat Nabi Muhammad SAW, Hikayat Para Nabi dan Rasul.
Perundangan
Setelah Islam datang sistem perundangan berubah kepada sistem adat dan Islam. Contoh Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka yang didasarkan kepada hukum syariah dan hukum adat.
Undang-undang adat yang tidak bertentangan dengan ajaran agama Islam dikekalkan.
8
Politik dan pemerintahan
Agama Islam telah diisytiharkan sebagai agama rasmi di Melaka.
Begitu juga dalam Perlembagaan Negara termaktub Islam sebagai agama resmi negara.
Gelaran raja (konsep dewaraja) bertukar kepada sultan dan disamakan dengan khalifah, mufti sebagai penasihat kepada sultan dalam hal ehwal Islam dan rakyat mempunyai kuasa dalam menentukan penubuhan sistem beraja.
Masyarakat bukan Islam bebas menjalankan aktiviti agama selagi tidak mengganggu ketenteraman awam.
Sistem kekeluargaan
Keluarga sebagai agen sosialisasi utama dalam masyarakat Melayu di samping komuniti bagi melaksanakan kawalan serta tekanan sosial.
Sistem kekeluargaan masyarakat Melayu dan pendidikan berteraskan Islam dan adat.
Undang-undang keluarga Islam diwujudkan.
Proses sosialisasi pada tahap kanak-kanak juga memperlihatkan penerapan unsur-unsur Islam yang berterusan. Seseorang kanak-kanak sejak kecil lagi diajar konsep dosa, pahala, haram dan sebagainya.
9
Adat dan Cara hidup
Tradisi animisme dan Hinduisme telah diganti dengan adat dan cara hidup Islam yang dilakukan sejak individu itu lahir di dunia hinggalah hari kematiannya.
Tiada lagi sistem kasta yang berasaskan ajaran agama Hindu diamalkan dalam masyarakat Melayu.
KESAN DAN PENGARUH CINA DALAM TAMADUN
MALAYSIA
Agama dan Kepercayaan
Wujud kepelbagaian agama dalam masyarakat di malaysia. Masyarakat Cina biasanya beragama Toism dan Buddha.
Terdapat peruntukan kekebasan beragama dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkara 3(1) “Agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh di amalkan dengan aman dan damai di mana-mana Persekutuan”
10
Pendidikan
Wujud aliran Pendidikan Cina dalam arus perdana pendidikan di Malaysia seperti Sekolah Cina dan Sekolah Kebangsaan Cina.
Kementerian Pelajaran, Malaysia kini mempunyai 1290 buah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, 60 buah Duli Zhongxue1, 3 buah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (aliran Cina).
Institusi pendidikan ini diwujudkan semata-mata untuk mengekalkan budaya, bahasa, identiti dan menyatupadukan masyarakat Cina di Malaysia
Bahasa dan Kesusasteraan
Pengaruh tamadun China ke dalam tamadun Melayu dapat dilihat melalui serapan beberapa istilah dan perkataan Cina ke dalam bahasa Melayu, seperti berikut :
(a) Makanan dan buah-buahan
Bakmi, me, mesua, cincau, kueh, bepang, taugeh, kanar, kuaci, kucai, angki (pisang kaki), tauhu, kine am (sayur kering), lai (buah), laid, teh, behon, to'yu, samsu.
(b) Pakaian dan barang-barang dagangan
Cukin, tocang, joseh, 10' cuan, kekwa (bunga), koyok, cat, gimpai, gincu, tahil, koyan, ci (1/10 tahil), hun (1/100 tahil, 1 inci), tohar, tokok, angklong, candu, kaci.
(c) Rumah dan peralatan
Loting, pangkin, ang oh, loceng, langkan, kangka, bangs aI, tongkang, jong, sampan, beca, langca, pongkis, sempua, sia, tanglong, tangsi, cawan, tekoh, uncoi, dacing, kok (belenggu tengkok haiwan), cacing.
(d) Manusia dan ehwalnya
Apek, loki, nyonya, cempiang, taukeh, kongsi, kicak, cinggeh, cine au, amp au, taijin, kuntau, gua, lu, sengse singkek, samsing, lancau, suwe, toa pekong, tokang, tekong, band, cuak, culai, lancong.
(e) Permainan
Ceki, pakau, capjeki, congkak, cukai dan mahjong
11
Kebudayaan
Hasil interaksi antara bangsa turut melahirkan budaya campuran yang diamalkan oleh satu komuniti masyarakat di Malaysia. Antara komuniti tersebut adalah seperti berikut:
i) Budaya Baba-Nyonya
Pada awal kurun ke 17 sekitar tahun 1613 M, komuniti China telah menetap di Melaka.
Oleh kerana tiada pendatang Cina dari kalangan wanita mereka berkahwin dengan wanita tempatan.
Maka bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar dalam urusan perniagaan dan institusi keluarga. Lahirlah satu budaya kacukan yang dipanggil Baba dan Nyonya.
Masyarakat Baba dan Nyonya dikenali kerana mereka memperkenalkan diri mereka sebagai Baba atau Peranakan.
Selain itu, mereka bertutur dalam bahasa Melayu gaya mereka yang kemudiannya dikenali sebagai bahasa Melayu Baba.
Bahasa yang digunakan mereka adalah bahasa dialek Melayu Baba yang diasaskan atas ragam bahasa Melayu pasar.
Setiap kawasan mempunyai ragam yang dipengaruhi dialek Melayu tempatan yang berbeza-beza. Bahasa ini berbeza dengan Bahasa Melayu baku.
ii Budaya Cina Peranakan
Terdapat dua komuniti Cina Peranakan di Malaysia.
a) Cina Peranakan Kelantan yang dikatakan bermula hasil wujudnya hubungan diplomatik negara Cina dengan negeri di Pantai Timur yang berlaku sejak sebelum zaman Srivijaya lagi. Komuniti ini terdapat di tebing sungai Kelantan dan Kuala Kerai di hulu sehingga ke muara Tumpat.
12
Antara kesan interaksi yang berlaku antara mereka dengan penduduk tempatan ialah penyerapan ciri-ciri budaya Melayu di kalangan mereka. Paling ketara ialah pengguna-an dialek Kelantan yang fasih dan fesyen pakaian
a) Cina Peranakan Melaka dan Pulang Pinang. Masyarakat Cina Peranakan dua tempat ini menggunakan bahasa Melayu dan cara hidup Melayu, namun mereka tidak beragama Islam. Kehidupan mereka begitu dekat dengan orang Melayu. Mereka juga mengamalkan adat resam yang mirip adat resam orang Melayu, walaupun masih terdapat ciri budaya Cina lama. Mereka turut percaya kepada makhluk halus atau ghaib dan roh seperti masyarakat Melayu
Kesenian
Kesenian Hasil interaksi antara Tamadun Melayu dan Tamadun
Cina diTanah Melayu pada zaman awal amat ketara pada aspek seni bina.
Unsur seni bina Cina diserap dalam pembinaan masjid. Antara ciri khusus serapanialah pada reka bentuk bumbung masjid yangmenyerupai seni bina Pagoda.
13
KESAN DAN PENGARUH HINDU/INDIA DALAM TAMADUN MALAYSIA
Agama dan Kepercayaan
Lahir kepelbagaian agama dalam masyarakat di malaysia. Masyarakat India biasanya beragama Hindu dan Buddha.
Kebanyakan mereka menetap di pantai Barat Semenanjung Malaysia seperti Negeri Sembilan, Selangir dan Perak
Terdapat peruntukan kebebasan beragama dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkara 3(1) “Agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh di amalkan dengan aman dan damai di mana-mana Persekutuan”
Pendidikan Wujud aliran Pendidikan India di Malaysia seperti Sekolah
Tamil dan Sekolah Kebangsaan Tamil.
Kementerian Pelajaran, Malaysia kini mempunyai 524 buah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil. 324 buah sekolah bantuan kerajaan dan bakinya adalah sekolah kerajaan.
Kewujudan sekolah ini dapat mengekalkan budaya, bahasa, identiti dan menyatupadukan masyarakat India di Malaysia
14
Bahasa dan Kesusasteraan
Penggunaan Bahasa Sanskrit
Penemuan Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M), Batu Bersurat Talang Tuwo (684M), Batu Bersurat Kota Kapur (686M) dan Batu Bersurat Karang Berahi (692 M) membuktikan pengaruh bahasa Sanskrit dalam bahasa Melayu kuno yang digunakan ketika itu.
Peminjaman besar-besaran kata dalam bahasa sanskrit yang diserap dalam bahasa Melayu dan digunapakai sehingga ke hari ini.
Pengaruh Dari Bahasa Sanskrit (Perbandingan Bahasa Melayu Lama dan Baru)
Bhakti = baktiBhumi = bumiDosa = dosa Drohaka = derhaka Maharddhika = merdeka Prakara = perkara Rupa = rupa Samicra = mesra Tathapi = tetapi Vela = bila
Pengaruh Bahasa Tamil.
Ciri-ciri penyesuaian juga berlaku ke atas kata pinjaman Tamil iaitu konsonan retrofleks, ciri kepanjangan vokal dan penggandaan konsonan dihilangkan, contohnya:Kendii = kendiKappal = kapalPetti = peti
Kesusasteraan Sanskrit seperti Epik Ramayana & Mahabharata.
Hikayat Seri Rama dapat inspirasi daripada Epik Ramayana. Epik Mahabharata diberi wajah tempatan Hikayat Pendawa
Lima, H. Pandawa, H. Panda Delima & H. Sang Boma. Karyasastera Melayu tradisional pentingkan aspek kesenian,
keromantisan, keagungan raja-raja & menyelitkan unsur epik & mitos.Turut diadaptasikan dalam wayang kulit.
15
Adat resam dan Budaya
Kedatangan agama Hindu mempengaruhi kehidupan seharian dan adat resam.
Masyarakat Malaysia khususnya Melayu masih ada yang mengamalkan amalan jampi serapah dan mentera yang diwariskan secara turun-temurun kepada setiap generasi.
Amalan adat dikalangan masyarakat Melayu seperti melenggang perut, bertindik telinga, bersanding dan berinai, mencecah garam dan menjejak kaki kebumi bagi bayi. Kesemua adat ini berasal dari India
Kebanyakan adat resam yang bertentangan dengan ajaran Islam sudah tidak dipraktikkan setelah kedatangan Islam kerana membawa kerosakan akidah.
Sistem Pemerintahan
Konsep Devaraja (Raja) (dalam bahasa Sanskrit yang bermakna Raja Tuhan) masih digunapakai.
Upacara pertabalan diadakan bagi membezakan rakyat dengan raja serta berperanan untuk mengekalkan status tinggi seorang pemerintah.
Konsep ketuhanan agama Hindu yang membesarkan keagungan dewa-dewi & dikaitkan dengan kedudukan serta status Raja sebagai jelmaan Tuhan.
Raja berkuasa mutlak terhadap rakyatnya kerana mereka takut dikenakan bencana kerana melanggar titah Raja walaupun dizalimi.
Kehadiran Jepun ke Malaysia tidak memberi kesan yang banyak terhadap
perkembangan tamadun dan budaya masyarakat Malaysia. Ini kerana
beberapa sebab iaitu:
a) Semata-mata untuk menakluk dan meluaskan jajahannya dan
bukannya untuk bekerja
b) Untuk mengaut segala hasil bumi tempatan bagi memulihkan
kegawatan ekonomi yang melanda Jepun dan sekatan ekonomi oleh
Amerika.
c) Masa menduduki Malaysia terlalu singkat hanya 3 tahun lebih sahaja.
Kehadiran Jepun juga dilihat lebih banyak membawa keburukan daripada
kebaikan terhadap masyarakat pelbagai kaum tanah melayu waktu itu.
Zaman ini juga dikenali sebagai zaman gelap bagi tanah Melayu kerana
penderitaan yang dialami oleh masyarakat.
Namun daripada sudut-sudut yang terpinggir, kedatangan Jepun tetap
menyumbangkan kesan positif terutama dalam membentuki pemikiran dan
jatidiri masyarakat. Ini bukanlah kesan yang kecil tetapi pengaruh impak dan
pemikiran inilah yang membentuk pemikiran matang dalam masyarakat
malaysia.Antara perkara yang dikira memberi kesan terhadap perkembangan
tamadun Malaysia walaupun tidak sebesar Tamadun Islam, Cina dan India,
Antaranya:
16
Struktur Masyarakat
Wujudnya sistem lapisan masyarakat yang berbeza status dalam kehidupan.
Terdapat pemisahan jelas golongan atasan/ bangsawan akibat pengaruh dari sistem kasta (susun lapis dalam masyarakat) yang dianggap lebih mulia dari golongan rakyat biasa.
Pengaruh ini telah membawa kepada munculnya masyarakat feudal(bangsawan) dalam kehidupan masyarakat Malaysia.
Menggalakkan perpecahan kerana perbezaan status menyebabkan rasa irihati dan penindasan terhadap mereka yang lemah.
KESAN DAN PENGARUH JEPUN DALAM TAMADUN
MALAYSIA
17
Ekonomi
Jepun menekankan konsep “self Sufficient’ memaksa rakyat bergantung kepada hasil usaha sendiri untuk keperluan masing-masing dengan menggalakkan penanaman pelbagai hasil tanaman.
Keadaan ini melatih rakyat dan menanamkan sifat berdikari dan rajin dalam berusaha mendapatkan makanan.
Walaupun kehadiran Jepun melumpuhkan ekonomi, tetapi Jepun mengajar satu anjakan pemikiran baru iaitu ekonomi boleh di jana dengan pelbagai cara dalam persediaan menghadapi pelbagai suasana hidup.
Pekerjaan
Menekankan sistem pertanian moden- penggunaan peralatan moden, sistem batas, pemilihan tanah dan baja serta bijih benih
Menyimpan stok dalam gudang spt hasil padi
Memperkenalkan teknik pengairan yg cekap, sistem penanaman dan penuaian yg diperbaiki
Seni tembikar dan pembuatan barangan logam spt alat pertanian, senjata kerja sampingan
Perlombongan dan pembuatan wang syiling dari logam turut diperkenalkan. Kegiatan perdagangan mulai berkembang.
Pendidikan
Memberi pendidikan yang sama kepada semua orang melayu dan memberi peluang kepada mereka menerima semangat kebangsaan.
Subjek yang diajar meliputi matematik, sains, pertanian dan pelbagai subjek akademik lain. Ini mendedahkan orang melayu kepada ilmu pengetahuan.
Guru-guru melayu dihantar ke Jepun untuk menambahkan pengetahuan dan mempelajari bahasa Jepun. Merekalah yang memperjuangkan bahasa kebangsaan dan keistimewaan orang melayu dalam memberi semangat nasionalisma selepas kekalahan Jepun.
Jepun juga menubuhkan sekolah teknik yang mengajar kursus kejurutetaan mekanik, jurutera major dan pembinaan kapal. Ini menambahkan kemahiran masyarakat Melayu.
Setelah Jepun kalah, kesedaran dalam jiwa pejuang nasionalisma ialah mereka menganggap tiada kuasa yang tidak boleh dikalahkan.
Kesedaran inilah membawa kepada gerakan nasionalisma penentangan terhadap Inggeris dan memaksa Inggeris untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu setelah mengambil alih tanah melayu kali yang ke 2
18
Peraturan/ Undang-undang
Hukuman berat yang diperkenalkan Jepun menyebabkan jenayah berkurangan.
Mereka yang melakukan jenayah berat akan dipancung di khalayak ramai, manakala jenayah yang agak ringan akan diberi minum air yang banyak kemudian diletakkan papan di atas perut dan dipijak beramai-ramai oleh tentera Jepun.
Jepun juga melatih individu yang terlibat dengan pentadbiran Jepun dan tentera sukarewla Jepun dengan disiplin yang tinggi dan semangat cintakan tanahair yang tinggi. Paksaan dan disiplin tinggi menyebabkan semua kerja berjalan lancar dan licin. Peperapan disiplin ini membantu membentuk peribadi masyarakat yang lebih baik.
Agama
Kedatangan Jepun tidak bertujuan untuk menyebarkan agamanya iaitu agama shinto.
Oleh itu mereka memberi kebebasan sepenuhnya kepada masyarakat dalam beragama.
Masyarakat boleh mengamalkan agama masing-masing tanpa di ganggu.
Semua agama yang wujud di Tanah Melayu tidak terganggu dan masih diamalkan oleh masyarakat hingga hari ini.
4. RUMUSAN
Kepelbagaian kaum yang wujud di Malaysia dan penjajahan yang bersilih ganti
memberi impak yang besar dalam perkembangan tamaddun Malaysia sebagaimana yang
telah dibincangkan di atas. Kepelbagaian ini pasti memberi kesan dalam hidup
bermasyarakat sekiranya tidak ditangani dengan baik. Antaranya:
Jurang ekonomi
Jurang perbezaan ekonomi yang besar antara kaum di Malaysia. Jurang ini berlaku
kerana sikap penjajah yang berat sebelah dan tidak mengambil berat aspek kebajikan dan
masalah rakyat tempatan. Para petani yang sebahagian besar terdiri dari masyarakat
Melayu sentiasa dilindungi oleh kerajaan British melalui dasar utamanya yang bertujuan
menempatkan orang Melayu di kawasan luar bandar dan terus menjadikan mereka
pembekal makanan kepada masyarakat bandar. Dalam hal ini, orang Melayu digalakkan
mengusaha tanaman sara diri sahaja, sedangkan masyarakat imigran di kawasan bandar
terutamanya Cina terus sibuk dan maju dengan kegiatan ekonomi eksport dan import.
Sehubungan itu, pembangunan kawasan banyak ditumpukan dikawasan yang
bersedia menerima perubahan ini menyebabkan kawasan Pantai Barat Semenanjung
lebih cepat mendapat kemajuan dari kawasan Pantai Timur. Perbandaran yang dicirikan
penjajah memberi penumpuan kepada penduduk kaum imigran terutama kaum Cina.
Ringkasnya, akibat dasar pecah dan perintah Inggeris berlaku perbezaan tumpuan sektor
ekonomi. Melayu sebagai petani sara diri dan nelayan, Cina di sektor perdagangan dan
perlombongan, sementara India di ladang. Ini memberi kesan kepada ketidakseimbangan
antara kawasan desa dan bandar. Kesan ini berlanjutan hingga zaman pasca-penjajah.
Jurang Sosial
Jurang ekonomi memberi kesan kepada jurang sosial. Lantaran itu wujud kelompok
masyarakat kaya yang banyak terbina dari kalangan masyarakat bandar dan
masyarakat miskin yang wujud di kalangan masyarakat luar
bandar- Secara tidak langsung, keadaan ini telah mengubah struktur masyarakat Melayu
dan peribumi kepada masyarakat yang kompleks dan berkelas. Kelas atasan terdiri dari
golongan bangsawan Melayu,saudagar, pengurus dan pengusaha yang terdiri daripada
orang asing dan Cina. Kelas pertengahan adalah masyarakat etnik Cina dan sedikit
19
dari golongan India, sebilangan kecil individu Melayu dan lain-lain kaum
bumiputera. Kelas bawahan merupakan majoriti masyarakat Melayu dan peribumi. Ini
memberi kesan seolah-olah wujud susun lapis dan kelas masyarakat berdasarkan lunas
perkauman
Pencapaian Tidak Seimbang
Pencapaian yang tidak seimbang juga berlaku dalam aspek penting khususnya
pendidikan-Sistem pendidikan penjajah mewujudkan sekolah mengikut kaum dan logistik
etnik di Malaysia-Pengasingan sistem pendidikan mula berlaku antara etnik. Masyarakat
Melayu dengan pendidikan Melayu, etnik Indiadengan pendidikan berteras bahasa Tamil
dan etnik Cina dengan teras bahasa Mandarin. Sementara komuniti peribumi yang terdiri
dari Orang Asli, etnik Sabah dan Sarawak tidak diberikan pendidikan.
Oleh itu pelbagai langkah telah diambil oleh pihak berwajib dalam menangani dan
mengawal supaya perkara yang tidak diingini tidak berlaku didalam masyarakat pelbagai
etnik, budaya dan agama ini, antaranya:
Dasar Pendidikan Negara
Dasar pendidikan di Malaysia digubal setelah mengambilkira aspek masyarakat majmuk
yang telah berinteraksi sekian lama secara harmoni. Antara dasar pelajaran tersebut ialah
Penyata Barnes, Penyata Fenn-Wu, Undang-undang Pelajaran 1952, Pernyata
Razak dan Penyata Rahman Talib dan Akta Pendidikan 1995. Semua dasar-dasar ini
berperanan memupuk perpaduan dan bagi memastikan pengasingan yang wujud dalam
sistem pendidikan sebelum ini dimansuhkan dan digantikan dengan sistem yang lebih
seragam dan menyeluruh.
Dasar Integrasi Nasional
Malaysia telah berusaha membentuk perpaduan antara masyarakat majmuk dan integrasi
yang lebih mantap antara penduduk Semenanjung dengan Sarawak dan Sabah.
Sehubungan ini, Dasar Integrasi Nasional digubal untuk melaksanakan proses kewujudan
identiti nasional di kalangan kaum yang berbeza kebudayaan, kepercayaan dan
penempatan.
20
Bahasa Melayu sebagai alat perpaduan
Interaksi antara bangsa di Malaysia dipadukan melalui penggunaan Bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi seperti yang tercatat pada Perkara 152, Perlembagaan
Persekutuan. Namun, bahasa-bahasa lain boleh digunakan. Untuk mengukuhkan lagi
peranan bahasa Melayu dalam masyarakat majmuk kerajaan telah membentuk Akta
Bahasa Kebangsaan pada tahun 1963.
5. KESIMPULAN
Menjadi tanggungjawab masyarakat dan pihak bertanggungjawab agar saki baki
keharmonian serta saling menghormati budaya pelbagai yang masih wujud harus
dipeliharai dan dikawal rapi dengan baik agar ia sentiasa berterusan. Manakala perkara
yang tidak diingini dan dibenci seperti saling tidak menghormati, wajib dijauhi agar
keharmonian yang dikecapi tidak dinodai. Semuanya pasti mengingini negara yang aman
dan harmoni, masyarakat yang saling hormat menghormati walaupun berbeza asal usul,
etnik dan ideologi. Sentiasalah diadakan dialog dalam pelbagai tamaddun untuk
membincangkan titik pertemuan supaya perbezaan pendapat dan unsur permusuhan
dapat dikikis dan diuraikan.
21
Rujukan
Ibn. Khaldun, (1995) Mukaddimah, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Al-Attas, S.M. Naquib, (1996). Masyarakat Madani Malaysia: Satu Gagasan, Konvensyen Masyarakat Madani, September 19-21, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Azizan
Baharuddin (ed), Dialog Peradaban Menurut Perspektif Islam, Pusat Dialog Peradaban, Universiti Malaya, 2005 hal. 80-85.
Afifah Abu Yazid, (2004).Pengajian Tamadun Asia.Pahang Darul Makmur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Faizurah Hj. Basri et.al, (2008).Tamadun Islam dan Tamadun Melayu:Perkembangan dan Isu Kontemporari. Selangor Darul Ehsan: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), UiTM
A. Aziz Deraman (2003). Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia: Suatu Analisis Perkembangan Kebudayaan di Malaysia. Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Rahman Abdullah (2000). Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam. Siri Pengajian Sejarah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Abdullah Ishak. (1990). Islam Di Nusantara (Khususnya di Tanah Melayu). Petaling Jaya, Selangor: Al-Rahmaniah, Badan Dakwah dan Kebajikan Islam Malaysia.
Abdullah Jusoh (1989). Pengenalan Tamadun Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdula Rahman Abdullah. (1999). Falsafah Alam Semesta Di Nusantara. Siri Pengajian Sejarah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
http://ipkt.edu.my/naim/?_page=2
http://members.tripod.com/man999/Tamadun_Islam.htm
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tamadun_Islam
http://tamadun-islam551.blogspot.com/2008/06/interaksi-antara-tamadun.html
22
REFLEKSI
NAMA : MADURA BT MOHAMAD ZULKAFLI
K/P : 751129-05-5414
Pertama sekali saya amat bersyukur setinggi-tinggi syukur ke hadrat Ilahi kerana
dengan inayahNya saya dapat melaksanakan tugasan walaupun pelbagai halangan yang
terpaksa saya tempuhi kerana saya percaya tiada kejayaan dapat dicapai tanpa ada
cabaran yang mendatang bak kata pepatah mana dapatnya sagu kalau tak dipecahkan
ruyungnya. Menerusi pembelajaran keseluruhannya dalam subjek ini, saya dapat
memahami penerapan nilai-nilai pelbagai tamadun iaitu Islam, Melayu, Cina, India dan
Jepun dalam pembinaan tamadun Malaysia.
.
Sebagaimana yang terdapat dalam tugasan Kerja Kursus Berdasarkan Ilmu (KKBI)
WAJ 3101 yang membincangkan tentang tamdun di Malaysia, saya berpendapat bahawa
topik ini membawa saya meneroka tentang semua yang berkaitan dengan tamadun Islam,
Melayu, Cina, India dan Jepun. Berdasarkan daripada penerangan daripada pensyarah
iaitu Puan Zubaidah bt Hj Ahmad, saya mendapat gambaran tentang kehendak tugasan
KKBI ini.
Setelah membuat tugasan yang diberi secara berkala, saya begitu teruja kerana
mengetahui begitu banyak pengetahuan dan makumat yang saya belum mengetahui
sebelum ini. Begitulah uniknya tamadun yang terdapat pada masyarakat Islam, Melayu,
Cina, India dan Jepun. Sebagai contoh, semua tamadun menekankan nilai positif dalam
kehidupan seharian seperti mereka mempertahankan nilai budaya masing-masing
disamping menghormati nilai budaya lain. Namun begitu walaupun uniknya tamadun-
tamadun ini ia tidak dapat menandingi tamadun Islam yang mengandungi ajaran yang
sempurna.
23
Di samping itu, saya juga banyak melakukan rujukan, pembacaan dan pemerhatian
tentang nilai-nilai tamadun yang terdapat di Malaysia. Saya banyak mencari bahan
melalui internet, perpustakaan, pusat sumber sekolah dan pertukaran buku rujukan
bersama rakan-rakan.
Saya berasa amat seronok dan teruja dapat menyiapkan tugasan yang diberi
kerana saya dapat meneroka banyak ilmu baru. Di samping itu, saya juga dapat berkongsi
pengetahuan dan pengalaman pensyarah dan rakan-rakan sekuliah berkaitan tentang
ilmu tamadun ini. Secara peribadi saya juga dapat memupuk sikap toteransi dan
bekerjasama dengan rakan yang lain sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini.
Saya juga belajar untuk bertanya dan berkongsi pengetahuan dengan rakan yang lain.
Hal ini turut membawa saya untuk memperbaiki kemahiran intrapersonal dan
interpersonal.
Akhir kata, saya berharap agar ilmu pengetahuan yang saya garap menerusi
pembelajaran dalam subjek Tamdun Islam dan Tamadun Asia (WAJ3101) ini tidak
terhenti setakat ini sahaja. Saya juga berharap agar segala usaha saya selama ini dapat
memenuhi objektif WAJ 3101 dan yang paling penting segala pencarian ilmu ini
mendapat keredhaan Allah S.W.T.
24