1) PENGENALAN.
1.1 Latar belakang kajian.
Temuduga merupakan satu proses yang berlaku yang bertujuan untuk mencari dan
mengenalpasti calon-calon yang layak untuk menjawat sesuatu jawatan, untuk kenaikan
pangkat, untuk mendapatkan biasiswa dan sebagainya. Antara tujuan temuduga
dijalankan adalah :
a) Ia memberi peluang kepada majikan untuk mengetahui sama ada calon-calon
memiliki kebolehan dan kelayakan yang diperlukan.
b) Ia membolehkan orang yang ditemuduga menilai sama ada dia memenuhi keperluan
pekerjaan yang dipohon atau tidak.
c) Memberi peluang majikan mengenali bakal pekerja dan mengetahui lebih mendalam
lagi tentang diri bakal pekerja mereka.
d) Memastikan calon yang paling sesuai bagi jawatan yang ditawarkan.
e) Menilai tahap kecekapan komunikasi yang dimiliki oleh bakal pekerja.
f) Menyelaras keperluan pekerjaan dengan kelulusan dan kebolehan setiap calon yang
ditemuduga.
Proses pemilihan berbeza antara sesebuah organisasi dengan organisasi lain. Perbezaan
ini banyak bergantung pada saiz sesebuah organisasi. Semakin besar sesebuah organisasi,
semakin terperinci proses temuduga dilaksanakan. Berbanding dengan organisasi sederahana
atau kecil, temuduga dijalankan lebih kompleks. Walaupun berbeza proses pemilihan,
matlamat masih sama iaitu memadamkan pekerja dengan pekerjaan yang sesuai.
CARTA PROSES PEMILIHAN
1. Calon-calon dalam pengambilan
Amalan pengambilan adalah bertujuan untuk menarik minat sekumpulan pemohon pekerjaan
supaya memohon sebarang kekosongan jawatan yang terdapat dalam sesebuah organisasi. Di
sini, berlaku proses pemilihan pekerja untuk menapis jumlah calon kepada calon yang benar-
benar layak dan terpilih sahaja.
1
2. Menilai borang permohonan
Kebanyakkan organisasi memerlukan calon yang ingin memohon jawatan, mengisi borang
permohonan.Borang ini memudahkan organisasi memperoleh maklumat yang berkaitan
dengan calon tersebut.Borang yang lengkap diisi dan memenuhi spesifikasi yang ditetapkan,
berpotensi untuk dipanggil ke temuduga.
3. Ujian-ujian pemilihan
Ujian-ujian yang dijalankan semasa proses pemilihan memainkan peranan penting dalam
mengenalpasti calon-calon yang benar-benar layak untuk sesuatu jawatan. Antara ujian yang
dijalankan oleh organisasi di Malaysia ialah ujian kecergasan minda, ujian pengetahuan
pekerjaan dan ujian personaliti.
4. Temuduga
Temuduga ialah kaedah yang paling penting yang biasa digunakan oleh kebanyakkan
organisasi di Malaysia.Ini kerana melalui temuduga, organisasi amat berharap mereka dapat
mengenali perwatakan dan keupayaan calon yang sebenar bagi menentukan kesesuaian
dengan pekerjaan yang dipohonnya.
5. Semakan latar belakang
Organisasi akan membuat keputusan pemilihan awal setelah proses temuduga dijalankan.
Calon-calon yang berjaya melepasi temuduga, perlu melalui satu proses lagi sebelum
keputusan akhir dibuat. Proses tersebut ialah semakan latar belakang dan rujukan calon.
Antara eleman yang biasa disemak ialah pengalaman kerja, pendidikan, rekod jenayah, dan
laporan penilai.
6. Keputusan pemilihan
Calon yang berjaya akan dihubungi melalui talian telefon atau surat. Biasanya organisasi di
Malaysia menghantar surat terus kepada calon yang berjaya. Antara perkara utama yang
terkandung dalam surat tawaran ialah Pampasan dan faedah, Syarat-syarat tawaran, Tarikh
melaporkan diri dan gaji yang diinginkan.
2
7. Pemeriksaan fizikal
Calon yang menerima tawaran pekerjaan tersebut diminta untuk melakukan pemeriksaan
perubatan di hospital kerajaan atau swasta.Tujuan utama pemeriksaan perubatan adalah untuk
memastikan bahawa calon dalam keadaan sihat sebelum memulakan pekerjaan dengan
organisasi baru.
8. Lapor diri
Calon akan melapor diri pada tarikh yang telah ditetapkan. Kebiasaannya, pekerja baru akan
menjalani kursus induksi yang dijalankan oleh organisasi. Induksi penting untuk
memperkenalkan budaya kerja kepada pekerja baru.Antara perkara utama yang diperkenalkan
ialah polisi syarikat, peraturan, matlamat, visi, pembangunan kerjaya dan tanggungjawab
pekerja.
Temuduga akan dikendalikan dengan beberapa kaedah, bergantung pada jenis jawatan yang
dipohon. Antara kaedah yang biasa digunakan ialah temuduga seorang dengan seorang,
temuduga berkumpulan dan temuduga panel.
a) Temuduga seorang dengan seorang Kaedah ini biasanya digunakan untuk jawatan
yang menjurus kepada bukan pengurusan seperti kerani, jurutaip, operator
pengeluaran atau juruteknik.
b) Temuduga berkumpulan. Kaedah ini digunakan apabila terdapat ramai calon yang
berkelayakan
c) Temuduga panel (board interview). Ia merujuk kepada seorang calon ditemuduga
oleh beberapa orang wakil organisasi. Sesi temuduga sebegini memberi lebih tekanan
kepada calon kerana terpaksa berhadapan dengan panel penemuduga secara
berseorangan.Calon harus bijak mengawal suasana dan diri walaupun dalam keadaan
tidak selesa.Jawatan yang dipohon bagi temuduga sebegini biasanya ialah jawatan
profesional seperti jurutera, pensyarah, dan guru.
3
1.2 Pernyataan masalah.
Persaingan untuk mendapatkan tempat di pasaran pekerjaan semakin hebat. Ini adalah
kerana pelajar-pelajar berkelulusan daripada IPTA dan IPTS semakin meningkat dari tahun
ke tahun. Selain dari kelululusan akademik, untuk menjadi calon yang dipilih, mereka juga
akan dinilai dari beberapa sudut lain seperti kegiatan ko-kurikulum, penglibatan dalam
pelbagai aktiviti universiti, persediaan menghadapi temuduga, disiplin dan kegiatan-kegiatan
serta perkara-perkara lain yang dapat memberi kesan dan pengaruh terhadap pemilihan
mereka.
Temuduga merupakan satu peluang yang sepatutnya dirancang dan diambil berat oleh
setiap pelajar.Tujuan utama temuduga adalah untuk menentukan dan memilih calon yang
paling sesuai.Temuduga ialah komunikasi dua hala.Ia bukan hanya satu tugas bagi pada
penemuduga untuk menetukan kesesuaian calon, tetapi juga para calon harus berusaha agar
mereka didapati sesuai dan seterusnya dipilih.
Temuduga boleh dikendalikan oleh seorang penemuduga ataupun oleh beberapa
orang, yang dipanggil ‘panel’ temuduga. Biasanya terdapat 3 atau 5 orang dalam sesuatu
panel temuduga., bergantung pada kehendak pihak yang menganjurkannya. Bagaimana ia
dikendalikan, itu tidak penting. Apa yang harus diberi peringatan ialah cara anda
berkelakuan, kerana itu yang akan menentukan peluang untuk anda berjaya di dalam
temuduga tersebut. Anda perlu meyakinkan si penemuduga bahawa anda layak dipilih dan
mempunyai segala ciri-ciri yang dikehendaki.
Namun pada masa kini, terdapat ramai mahasisiwa dan mahasiswi lepasan IPTA dan
IPTS masih menganggur setelah tamat pengajian mereka.Hal ini disebabkan kegagalan
mereka di dalam mematuhi etika temuduga yang sepatutnya dijadikan panduan oleh mereka
sewaktu hadir ke temuduga yang diaturkan.
Beberapa kajian yang dijalankan telah menunjukkan salah satu punca utama
kegagalan seseorang untuk mendapat pekerjaan adalah disebabkan kelemahan ketika
menghadiri temuduga.Masalah itu bukan sahaja dihadapi mereka yang berpendidikan rendah
dan menengah malah turut melibatkan golongan berpendidikan tinggi atau graduan.
4
Antara sebab yang telah dikenalpasti menjadi punca mengapa masalah itu berlaku adalah:
calon tidak mengadakan persediaan yang secukupnya utk menghadiri temuduga
kurang pendedahan dengan situasi seperti itu
kurang keyakinan terhadap kemampuan diri sendiri
tidak memahami kod etika berpakaian ketika menghadiri temuduga
gagal menyiapkan diri untuk menjadi pendengar dan penjawab soalan yang baik
kurang tumpuan dan terlalu berserah pada takdir
terlalu yakin sehingga merendahkan penemuduga
tidak mahu belajar daripada mereka yang lebih berpengalaman
kurang memahami etika atau adab ketika menghadiri temuduga
tiada inisiatif sendiri untuk mengadakan latihantubi.
Berikut adalah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam
bilik temuduga untuk mengelakkan penemuduga berasa bosan dan kurang senang dengan
tindakan anda :
Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan
Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga
lebih dari seorang penemuduga
Mengelak dari menjawab soalan penemuduga
Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan
jawapan anda
Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu
teknikal
Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda
dengan temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda
5
Berikut merupakan contoh-contoh artikel yang berkaitan dengan kegagalan mematuhi etika
temuduga.
6
2.0 TAHAP-TAHAP DALAM TEMUDUGA.
Terdapat 3 tahap didalam temuduga yang perlu dipatuhi oleh calon-calon yang telah
dipanggil untuk menghadiri temuduga. Di mana ia melibatkan persediaan sebelum
menghadiri temuduga, semasa menghadapi temuduga, dan selepas menghadapi
temuduga. Tahap etika temuduga ini perlu dipatuhi bagi menjamin kejayaan calon-calon
yang menghadiri temuduga.
7
2.1 Persediaan sebelum menghadapi temuduga.
Tahap ini merupakan tahap yang paling penting bagi calon-calon yang bakal
menghadapi temuduga.Hal ini kerana pada tahap ini lah yang menujukkan sejauh mana
calon berminat dan bersemangat terhadap temuduga yang bakal dihadapi.Ia merupakan
permulaan bagi kejayaan atau kegagalan yang bakal dihadapi oleh calon-calon yang bakal
menghadapi temuduga.
Berikut adalah antara persediaan sebelum anda melangkah keluar untuk menghadiri
temuduga;
i. Penyediaan resume atau CV yang lengkap dan sempurna.
Resume merupakan maklumat yang berkaitan dengan calon yang ingin
ditonjolkan bagi mendapat perhatian penemuduga.
Ia mempunyai skill dan pengetahuan yang dimiliki oleh calon. Ia turut
disertakan dengan kekuatan dan pengalaman yang dimiliki oleh calon-
calon.
Terdapat perkara yang perlu dielakkan didalam penyediaan resume yang
berkesan :
a) Tidak perlu sertakan objektif permohonan sesuatu jawatan.
b) Tidak perlu sertakan pengalaman kerja yang tidak membantu
didalam mendapatkan jawatan tersebut.
c) Elakkan meletakkan maklumat peribadi yang tidak berkaitan.
Contohnya bilangan anak yang dimiliki.
d) Tidak melebihi 5 muka surat bagi resume yang dihasilkan dan
tidak terlalu sedikit bagi mengelakkan kurangnya maklumat
tentang calon.
e) Sertakan Emell yang ringkas dan menunjukkan anda seorang
professional.
f) Sertakan gambar anda yang meyakinkan dan jelas.
8
ii. Membuat penyelidikan
Lakukan penyelidikan tambahan mengenai latarbelakang syarikat yang anda
pohon. Dapatkan maklumat, jenis industri ataupun pencapaian membanggakan
sesebuah syarikat. Ini menunjukkan yang anda benar-benar berminat bekerja di
syarikat tersebut. Semuanya maklumat akan anda gunakan ketika sesi
temuduga yang dijalankan.
Anda boleh mendapatkan maklumat melalui kenalan anda di syarikat tersebut
(jika ada), melakukan carian di internet, akhbar atau majalah serta lain-lain
sumber yang boleh dipercayai. Selain itu, anda boleh berkunjung sendiri ke
lokasi syarikat tersebut bagi melihat kemudahan infrastruktur dan persekitaran
di tempat kerja.
Bagi memastikan kelancaran semasa temuduga lakukan persediaan dengan
menyediakan skema jawapan anda sendiri bagi soalan-soalan yang biasa
ditanya oleh panel.Antara soalan yang biasa di tanya adalah;
a) Anda tinggal di mana dan adakah mengalami masalah untuk sampai ke
sini(tempat temuduga)?
b) Ceritakan tentang diri anda(myself).
c) Apakah kekuatan dan kelemahan anda?
d) Kenapa anda berminat bekerja dengan syarikat ini?
Sekiranya anda menghadiri temuduga SPA, anda akan di tanya soalan
tambahan seperti;
a) Nama Yang Di-Pertuan Agong sekarang dan dari negeri mana?
b) Sebutkan rukun negara satu persatu.
c) Pada tahun berapakah rukun negara diperkenalkan? (Tahun 1970).
iii. Kenalpasti lokasi temuduga
Pastikan anda benar-benar tahu di mana lokasi sebenar temuduga tu. Sama ada
di "main office" ataupun di cawangan lain.
Selain itu, semak tarikh dan masa. Jangan hadir lambat ketika temuduga,
kerana ia boleh menjejaskan focus anda ketika berhadapan dengan sesi
temuduga. Sekiranya anda tidak pasti lokasi temudugaanda boleh
9
menelefonpihak Pengurusan Sumber Manusia(HR) atau pihak terbabit untuk
mengesahkannya.
iv. Kemaskan penampilan diri
Beberapa hari sebelum temuduga, lihatlah penampilan diri anda di depan cermin.
Adakah imej anda sekarang sesuai untuk menghadiri temuduga?
Bagi lelaki, pastikan rambut anda kemas. Kalau menyimpan misai, berjanggut atau
berjambang, pastikan anda mencukurnya.Jika tidak, pastikan anda "trim" dengan
kemas.Begitu juga dengan kuku. Pastikan ia pendek dan kemas.
Begitu juga penampilan bagi wanita. Pastikan penampilan anda kemas dan
bersesuaian. Elakkan penggunaan pakaian yang menjolok mata bagi mengelakkan sesi
temuduga tergangggu dengan penampilan yang cuba anda tonjolkan.
Secara umumnya, pastikan badan dan nafas anda tidak berbau semasa berada di bilik
temuduga nanti. Pakailah pewangi yang tidak terlalu kuat baunya dan deodoran.
Untuk kesegaran nafas, bolehlah makan gula-gula pudina.
v. Cara berpakaian
Cara anda berpakaian bergantung kepada jenis industri. Kalau anda memohon jawatan
dalam bidang kreatif seperti muzik, gayanya berbeza dengan bidang yang lebih serius
seperti perbankan dan perundangan.
Untuk bidang kreatif, anda boleh berpakaian selain daripada gaya konservatif.Namun,
kebanyakan pihak HR menggalakkan anda hadir dengan gaya konservatif walau apa
jua bidang yang anda pohon. Gaya konservatif disini bermaksud cara pemakaian yang
sederhana dan rasmi.
Buat golongan lelaki, anda disyorkan memakai kemeja polos lengan panjang berwarna
putih(atau lembut) dan berseluar gelap. Contohnya seperti warna biru, hitam atau
kelabu. Elakkan warna kuning mustard dan ungu sebab ia bukan merupakan warna
konservatif. Tali leher perlu bersesuaian. Untuk menyerlah penampilan anda, pakailah
"cufflink" dan berkot kalau mahu.
Calon wanita pula boleh memakai baju kurung, skirt(menutup lutut), blouse ataupun
sut. Elakkan memakai pakaian yang ketat dan berwarna terang. Make-up perlu
digunakan pada kadar yang sederhana.
10
Bagi lelaki, pastikan anda memakai stokin yang sama warna dengan seluar dan
berkasut hitam. Jika tidak pakai kasut berwarna coklat gelap. keadaan kasut pastikan ia
bersih dan berkilat.
Sebaliknya, calon wanita hendaklah memakai sarung kaki yang berwarna kulit dan
memakai kasut pula yang bertutup dan bukannya bertumit tinggi.
2.2. Persediaan semasa menghadapi temuduga.
Bagi memastikan temuduga yang dihadiri mendapat kejayaan seperti yang diinginkan,
anda boleh melaksanakan beberapa perkara tersebut.
i. Datang awal ketika temuduga.
Anda perlu datang awal ke lokasi temuduga sekurang-kurangnya 15 – 30 minit
lebih awal daripada masa yang ditetapkan. Ia bertujuan bagi memberi
ketenangan kepada calon untuk kurangkan rasa gemuruh dan mempersiapkan
diri untuk menghadapi temuduga.Selain itu, ia menunjukkan rasa minat anda
terhadap jawatan yang ingin dipohon.
ii. Sediakan salinan dokumen penting.
Dokumen penting perlu dibawa bersama sebagai semakan panel. Anda juga
perlu membuat salinan bagi dokumen –dokumen yang penting untuk diberikan
kepada panel sebagai rujukan mereka.
Sebagai contoh, sediakan salinan fotostat dokumen yang diperlukan seperti sijil
tamat persekolahan/SPM/Diploma/Ijazah, sijil aktiviti
ko-kurikulum/penghargaan/kursus ataupun sijil lain yang berkaitan dengan
jawatan yang anda pohon (jika ada).
iii. Ketahui nama panel dan sebutannya.
Semasa panel penemuduga memperkenalkan diri mereka, pastikan anda
mendapatnama dan jawatan beliau dengan tepat. Begitu juga dengan sebutan nama
beliau yang betul.Jika kurang jelas, anda bertanya kembali dengan penuh sopan. Ia
bertujuan untuk membangkitkan keselesaan antara calon dengan panel sewaktu
temuduga dijalankan.
11
iv. Gambaran pertama (First impression).
Ketika anda melangkah masuk ke kawasan syarikat, anda akan diperhatikan oleh
individu-individu yang berada disekeliling. Anda pastinya menjadi tumpuan.Sebagai
langkah selamat, pastikan anda berpakaian kemas dan berkelakuan yang
menyenangkan dengan semua kakitangan syarikat/kilang/jabatan.
v. Tingkah laku
Semasa berada di bilik atau ruang temuduga, pastikan anda duduk tegak.
Elakkanmenggerakkan kaki dan memandang ke kiri, kanan, atas ataupun bawah.Ia
menunjukkan anda seorang yang berkeyakinan dan mampu mengawal keadaan
sekeliling.
Mata anda sepatutnya menumpukan perhatian kepada penemuduga yang sedang
mengajukan soalan atau berbual-bual dengan anda. Ia sebagai tanda anda
menghormati beliau.
Begitu juga sebaliknya sekiranya anda sedang menjawab soalan yang diajukan.
Pandang ke arah panel yang bertanya kepada anda. Ini menunjukkan anda benar-benar
yakin dengan jawapan yang diberikan.
vi. Bersopan-santun
Anda semestinya perlu bersikap sopan-santun dengan semua kakitangan syarikat.
Terutamanya sebaik saja anda melangkah masuk ke kawasan syarikat.Ini kerana pada
ketika itu, anda belum lagi mengenali siapa yang bakal menjadi panel penemuduga
ataupun mempunyai kuasa untuk mengambil anda pekerja.
vii. Jawab soalan dengan tepat
Semasa sesi temuduga dijalankan, sudah tentu anda akan ditanyakan beberapa soalan.
Jawablah semua soalan tu dengan sebaik mungkin dan penuh keyakinan. Jika anda
tidak tahu jawapannya, berterus-terang sajalah. Mengaku dengan cara baik dan
katakan yang anda memang tidak tahu jawapannya. Elakkan menipu ketika
menjawab soalan yang diajukan.
viii. Usah gelabah dan hilang keyakinan diri.
Memang tidak dinafikan perasaan takut, gelabah dan tidak yakin akan wujud
sekiranya kita menghadapi sebarang tekanan. Tetapi ketika temuduga dijalankan,
anda cuba untuk mengelakkan perasaan sedemikian, kerana ia boleh menjejaskan
12
tumpuan anda dan cuba untuk kawal keadaan sebaik mungkin. Tenangkan diri anda
dengan menarik nafas dalam-dalam sebelum menyambung bicara.
ix. Menyediakan soalan
Kebiasaanya penemuduga akan memberi ruang kepada anda untuk mengajukan
sebarang soalan.Jika anda tiada sebarang soalan, anda katakanlah;
“Tidak, buat masa ini saya tiada sebarang soalan.Terima kasih”.
Namun begitu, anda digalakkan agar bertanyakan soalan. Antaranya seperti;
“Apakah jenis program latihan yang disediakan untuk pekerja baru?”
x. Maklum Balas (Feedback).
Anda boleh bertanya mengenai tempoh jangkamasa untuk mendapat jawapan hasil
daripada sesi temuduga tersebut kepada panel. Anda perlu bertanyakan dengan penuh
sopan dan professional. Selain itu, anda boleh mendapatkan kad nama atau butiran
lengkap panel penemuduga. Ini bertujuan, bagi membolehkan anda menghubungi
syarikat pada tempoh yang efektif bagi bertanyakan tentang jawatan tersebut.
2.3 Tindakan selepas sesi temuduga.
i. Tentukan bahawa anda mengetahui tindakan yang harus anda lakukan selanjutnya.
Anda boleh bertanyakan kepada panel tentang jangkamasa efektif untuk dipanggil
bekerja. Atau anda boleh bertanya bila anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk
mengetahui keputusan akan diumumkan.
ii. Biarkan penemuduga menamatkan temuduga.
Kebiasaanya penemuduga akan mengucapkan terima kasih kepada calon yang hadir
ke temuduga yang diadakan. Dalam tempoh ini, anda berpeluang untuk melihat
samaada penemuduga berminat untuk mengambil anda untuk bekerja disyarikatnya
atau tidak.
Apabila temuduga tamat, ambil peluang memberi ucapan terima kasih kepada
penemuduga kerana meluangkan masa dengan anda.
13
iii. Sebaik sahaja temuduga tamat, tinggalkan bilik temuduga dengan segera dan bersopan
santun.
Akhiri temuduga anda dengan ucapan terima kasih dan memberi salam bagi yang
beragama islam. Elakkan dari bertanya soalan yang tidak berkaitan kepada panel.
Tinggalkan lokasi temuduga dengan kadar segera bagi tidak mengganggu calon lain
untuk menghadapi temuduga.
iv. Elakkan berkomunikasi dengan calon yang belum ditemuduga.
Ia bagi mengelakkan semangat dan focus calon lain terjejas dengan pandangan dan
tindakbalas daripada anda. Elakkan berbincang dengan calon lain tentang soalan
yang telah diajukan kepada anda.
3.0 FAKTOR YANG MENYEBABKAN KEGAGALAN DALAM TEMUDUGA.
Mungkin sudah ramai di antara anda pernah menghadiri temuduga sama ada jawatan kosong
dalam sektor awam atau swasta. Dan tentu ramai juga di antara anda yang menemui
kegagalan di dalam temuduga.Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kegagagalan
dan kejayaan anda sewaktu menghadiri temuduga:
1- Kurang Pendedahan
kesilapan agak ketara berlaku pada calon-calon yang belum mempunyai pengalaman
menghadiri temuduga, ini mungkin kerana calon-calon tidak mampu membuat persediaan
yang rapi dari segi mental dan fizikal, di dalam proses temuduga, sedikit kesilapan atau
ketidakyakinan calon akan mempengaruhi keputusan penemuduga, jadi adalah amat penting
untuk anda mempelajari situasi, teknik dan suasana sewaktu temuduga dijalankan.
2- Kurang Persediaan
Kurang persediaan meliputi banyak makna, antaranya calon-calon agak kurang membuat kaji
selidik tentang latarbelakang syarikat serta maklumat-maklumat yang penting tentang
syarikat yang akan dihadiri temuduga, calon-calon kurang mengambil berat mengenai moto
14
syarikat, konsep, dan maklumat-maklumat asas. Kurang persediaan juga bermakna anda
tidakbersedia untuk mendengar dan menjawab soalan dengan sempurna, mungkin persediaan
yang kurang menyebabkan anda tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian pada setiap
soalan dari penemuduga.
3- Terlalu Yakin
Ada sesetengah calon yang terlalu yakin pada diri sendiri sehingga mereka seakan-akan
merendahkan penemuduga dan syarikat yang akan mengambil anda bekerja, ini akan
memberikan gambaran negatif mengenai diri anda, walaupun mungkin pada asalnya anda
ingin menunjukkan kelebihan serta pengalaman kerja anda namun harus di ingat anda harus
memberi jawapan yang sesuai dan padat, anda tidak boleh melampau atau menunjuk-nunjuk.
4- Etika Berpakaian
Kesilapan begini sering berlaku terutama kepada calon-calon yang kurang berpengalaman
menghadiri temuduga, ada dalam sesetangah kes calon tidak memakai stokin sewaktu
menghadiri temuduga, pakaian yang tidak kemas, contohnya pakaian yang tidak bergosok
dan kelihatan agak tidak kemas, andainya anda mendapat panggilan temuduga bagi jawatan
pegawai, anda harus ingat tali leher adalah wajib, sekiranya anda mendapat panggilan
temuduga di dalam bahagian atau jabatan yang berkaitan keagamaan contohnya temuduga
dari Majlis Agama Islam, seeloknya anda membawa songkok sewaktu menghadiri temuduga.
15
Top Related