Download - FADZLY FADZIL BIN ABDUL RAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI ... · topic for lesson the Engineering Drawing titled Isometric: Box Method. A few soft ... 2.1 Pengenalan 11 2.2 Teori Pembelajaran

Transcript
Page 1: FADZLY FADZIL BIN ABDUL RAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI ... · topic for lesson the Engineering Drawing titled Isometric: Box Method. A few soft ... 2.1 Pengenalan 11 2.2 Teori Pembelajaran

PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF

BAGI LUKISAN KEJURUTERAAN

( ISOMETRI : KAEDAH KOTAK )

FADZLY FADZIL BIN ABDUL RAHIM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2004

Page 2: FADZLY FADZIL BIN ABDUL RAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI ... · topic for lesson the Engineering Drawing titled Isometric: Box Method. A few soft ... 2.1 Pengenalan 11 2.2 Teori Pembelajaran
Page 3: FADZLY FADZIL BIN ABDUL RAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI ... · topic for lesson the Engineering Drawing titled Isometric: Box Method. A few soft ... 2.1 Pengenalan 11 2.2 Teori Pembelajaran

2

Page 4: FADZLY FADZIL BIN ABDUL RAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI ... · topic for lesson the Engineering Drawing titled Isometric: Box Method. A few soft ... 2.1 Pengenalan 11 2.2 Teori Pembelajaran

PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKSI

BAGI LUKISAN KEJURUTERAAN

( ISOMETRI : KAEDAH KOTAK )

FADZLY FADZIL BIN ABDUL RAHIM

Laporan Projek ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2004

Page 5: FADZLY FADZIL BIN ABDUL RAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI ... · topic for lesson the Engineering Drawing titled Isometric: Box Method. A few soft ... 2.1 Pengenalan 11 2.2 Teori Pembelajaran

ii

Page 6: FADZLY FADZIL BIN ABDUL RAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI ... · topic for lesson the Engineering Drawing titled Isometric: Box Method. A few soft ... 2.1 Pengenalan 11 2.2 Teori Pembelajaran

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.

Buat ibuku,

Hasni binti Haji Mohamad

Sesungguhnya tidak dapatku luahkan dengan kata-kata hanya doamu mengiringi

kejayaan perjalanan hidup anakandamu ini. Impian ayahanda dan bonda lebih sedekad

yang lalu kini telah tertunai jua.

Buat adinda-adindaku

Norhaslira, Fariul Fadzil, Norhasliza, Norhaslina,

Abdul Rahman dan Nur Amira.

terima kasih atas segalanya.

Buat bapa dan ibu mertuaku,

Haji Md. Nawi bin Abd. Rahman Che Munah binti Awg. Kechik

Segala dorongan dan pengertian tidak termampu diungkapkan

dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui dan membalasnya serta

maafkanlah segala kekhilafan yang lalu.

Buat isteri tercinta Mariah Binti Md. Nawi yang tersayang,

Ketahuilah segala pengorbanan dan keperitan dalam menghadapi dugaan hidup selama

ini tetap

menjadi teladan dan kenangan kita bersama .

Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya.

Page 7: FADZLY FADZIL BIN ABDUL RAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI ... · topic for lesson the Engineering Drawing titled Isometric: Box Method. A few soft ... 2.1 Pengenalan 11 2.2 Teori Pembelajaran

iv

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan

hidayahNya, penyelidikan ini dapat disempurnakan seperti yang dicita-citakan. Selawat

dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh Allah yang amat

dikasihi.

Setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada penasihat penyelidikan, PM. DR.

Widad bt Othman dan PM DR. Rio Sumarni Shariffudin yang telah banyak memberi

bimbingan, panduan serta tunjuk ajar bagi membangunkan perisian. Terima kasih yang

tidak terhingga dan hanya Allah S.W.T. yang mengetahui dan membalas jasa-jasa yang

sangat besar ini.

Sekalung ucapan terima kasih kepada para sahabat seperjuangan Roshaizat,

Mohd. Helmi, Mike dan Jabdullah yang telah sama-sama berusaha serta berkongsi idea

semasa membangunkan perisian. Tidak lupa juga kepada mereka yang terlibat dan

membantu secara langsung dalam penyelidikan ini.

Penghargaan ini juga ditujukan khas bonda yang tanpa jemu mendoakan

kejayaan saya dan tidak lupa juga buat bapa dan ibu mertua yang banyak memberi

dorongan yang tidak termampu dibalas.

Akhir sekali untuk isteriku yang tercinta Mariah binti Md. Nawi yang banyak

berkorban serta memahami perjuangan ini. Terima kasih di atas segala pengorbanan,

sokongan dan kasih sayang ikhlas tanpa batas.

Page 8: FADZLY FADZIL BIN ABDUL RAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI ... · topic for lesson the Engineering Drawing titled Isometric: Box Method. A few soft ... 2.1 Pengenalan 11 2.2 Teori Pembelajaran

v

ABSTRAK

Pembangunan kemudahan penggunaan teknologi maklumat menyebabkan

wujudnya satu kemudahan perolehan ilmu yang tiada batasannya. Penggunaan

komputer telah menjadi satu keperluan dalam kehidupan manusia. Aplikasi teknologi

ini telah membantu para pendidik serta pelajar sebagai satu alat bantuan mengajar

(ABM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran Berbantukan

Komputer (PBK) menjadi satu fenomena yang penting dalam meningkatkan mutu

pendidikan di negara. Penggunaan PBK akan membantu mempermudahkan proses

pengajaran dan pembelajaran setiap individu yang menggunakanya. Projek kajian ini

adalah bertujuan membina satu perisian multimedia yang interaktif dalam

menambahkan koleksi PBK di sekolah. PBK ini dibangunkan berpandukan kepada

sukatan pelajaran Lukisan Kejuruteraan dalam tajuk Isometri: Kaedah Kotak. Beberapa

jenis perisian telah digunakan antaranya seperti Micromedia Flash MX, Adobe

Photoshop dan Xara Menu Maker dalam memantapkan persembahan perisian. Ciri-ciri

interaktif telah diterapkan semasa merekabentuk perisian ini. Pengguna boleh melayari

secara rawak ke bahagian-bahagian yang dikehendaki. Untuk kemudahan pengguna,

perisian ini dipakejkan ke dalam CD-ROM. Di harap perisian ini dapat membantu serta

meningkatkan lagi kemudahan proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran

Lukisan Kejuruteraan bagi tajuk Isometri: Kaedah Kotak.

Page 9: FADZLY FADZIL BIN ABDUL RAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI ... · topic for lesson the Engineering Drawing titled Isometric: Box Method. A few soft ... 2.1 Pengenalan 11 2.2 Teori Pembelajaran

vi

ABSTRACT

The current progresses in IT facalities have developed an unlimited source of

information. Computers today have become a necessity in our daily lives. Also

computer technology can be and have been used to enrich the teaching and learning

process. Computer assisted learning (CAL) will definitely upgrade the quality of

teaching and learning in Malaysia. Furthermore CAL will simplify the teaching and

learning process. The aim of this project is to build new interactive multimedia software

in addition to the CAL collection already available in school. It is developed based on a

topic for lesson the Engineering Drawing titled Isometric: Box Method. A few soft

wares have been used in the programming such as Micromedia Flash MX, Adobe

Photoshop and Xara menu Maker to make this software more presentable. Also some

interactive characteristics have been installed in this software. Users can randomly surf

any sections in the software as required. For user’s convenience, this software is

packaged and available in CDROM. It is hoped that this software can help to increase

available facilities in the process of teaching and learning Engineering Drawing.

Page 10: FADZLY FADZIL BIN ABDUL RAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI ... · topic for lesson the Engineering Drawing titled Isometric: Box Method. A few soft ... 2.1 Pengenalan 11 2.2 Teori Pembelajaran

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI JADUAL xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAHAGIAN SATU

PENDAHULUAN

BAB 1 PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan. 1

1.2 Latar Belakang Masalah. 2

1.3 Pernyataan Masalah. 5

Page 11: FADZLY FADZIL BIN ABDUL RAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI ... · topic for lesson the Engineering Drawing titled Isometric: Box Method. A few soft ... 2.1 Pengenalan 11 2.2 Teori Pembelajaran

viii

1.4 Rasional Pemilihan Tajuk 6

1.5 Objektif Pembinaan Perisian 7

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Definisi Terminologi 8

1.8.1 Pembelajaran 9

1.8.2 Pengajaran 9

1.8.3 Pengguna 9

1.8.4 Pelajar 9

1.8.5 Lukisan Kejuruteraan 10

BAHAGIAN DUA

SOROTAN PENULISAN

BAB II SOROTAN PENULISAN 11

2.1 Pengenalan 11

2.2 Teori Pembelajaran 11

2.3 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 12

2.4 Multimedia 14

2.5 Elemen-Elemen Dalam Multimedia 16

2.5.1 Teks 16

2.5.2 Grafik 17

2.5.3 Audio 18

2.5.4 Animasi 18

2.5.5 Video 19

2.5.6 Interaksi 19

2.6 Pendidikan Melalui Multimedia 20

2.7 Keberkesanan Multimedia Dalam Pendidikan 21

Page 12: FADZLY FADZIL BIN ABDUL RAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI ... · topic for lesson the Engineering Drawing titled Isometric: Box Method. A few soft ... 2.1 Pengenalan 11 2.2 Teori Pembelajaran

ix

2.8 Kelebihan Multimedia Dalam Pembelajaran 22

2.8.1 Kawalan Pembelajaran 22

2.8.2 Penglibatan Pelajar Secara Aktif 22

2.8.3 Keanjalan Dalam Pembelajaran 23

2.8.4 Alat Penyelidikan 23

2.8.5 Merangsangkan Pembelajaran 24

2.8.6 Kebolehulangan 24

BAHAGIAN TIGA

REKABENTUK KAJIAN

BAB III REKABENTUK KAJIAN 25

3.1 Pengenalan. 25

3.2 Rekabentuk Bersistematik Untuk Perisian Pengajaran

Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer Multimedia

Interaktif 25

3.2.1 Menganalisis Pengguna 26

3.2.1.1 Analisis Terhadap Ciri-ciri Pengguna 28

3.2.1.2 Analisis Terhadap Gaya Pembelajaran

Pengguna 28

3.2.2 Penyataan Objektif 29

3.2.3 Pemilihan Kaedah, Media dan Bahan Pengajaran 29

3.2.4 Penggunaan Media dan Bahan Pengajaran 30

3.2.4.1 Teks 31

3.2.4.2 Warna 31

3.2.4.3 Grafik 31

3.2.4.4 Audio 32

3.2.4.5 Animasi 32

Page 13: FADZLY FADZIL BIN ABDUL RAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI ... · topic for lesson the Engineering Drawing titled Isometric: Box Method. A few soft ... 2.1 Pengenalan 11 2.2 Teori Pembelajaran

x

3.2.5 Keperluan Penglibatan Pengguna Dalam

Pembelajaran 32

3.2.6 Penilaian dan Pengubahsuaian 33

3.2.6.1 Penilaian Formatif 33

3.2.6.2 Pernilaian Sumatif 34

3.3 Penggunaan Perisian dan Perkakas 34

3.3.1 Alat Pengarangan (Authoring Tool) 34

3.3.2 Perkakas (Hardware) 35

3.3.3 Perisian (Software) 36

3.4 Carta Alir Rekabentuk Perisian 36

3.4.1 Menu Utama 37

3.4.2 Pengenalan 37

3.4.3 Binaan 39

3.4.4 Aplikasi 40

3.4.5 Tutorial 42

3.4.6 Bantuan 43

BAHAGIAN EMPAT

PERISIAN ISOMETRI KAEDAH KOTAK

BAB IV PERISIAN ISOMETRI KAEDAH KOTAK 45

4.1 Pengenalan 45

4.2 Pakej Perisian 45

4.3 Kaedah Penggunaan Perisian 45

4.4 Kandungan Perisian 46

4.5 Menu Utama 46

4.5.1 Pengenalan 47

4.5.1.1 Konsep Isometri 48

Page 14: FADZLY FADZIL BIN ABDUL RAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI ... · topic for lesson the Engineering Drawing titled Isometric: Box Method. A few soft ... 2.1 Pengenalan 11 2.2 Teori Pembelajaran

xi

4.5.1.2 Paksi Isometri 51

4.5.2 Binaan 53

4.5.3 Aplikasi 56

4.5.4 Tutorial 58

4.5.5 Bantuan 60

4.5.6 Keluar 61

4.6 Perolehan Data Penilaian 62

BAHAGIAN LIMA

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN.

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN. 67

5.1 Pengenalan. 67

5.2 Perbincangan . 67

5.2.1 Kekurangan Pengetahuan dan Pengalaman 68

5.2.2 Kesuntukan Masa 68

5.3 Rumusan 69

5.4 Cadangan 70

5.4.1 Persediaan Pembangunan 71

5.4.2 Kerja Berkumpulan 71

5.4.3 Pemberian Imbuhan 72

BAHAGIAN ENAM

SENARAI BIBLIOGRAFI

`

BIBLIOGRAFI 73

Page 15: FADZLY FADZIL BIN ABDUL RAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI ... · topic for lesson the Engineering Drawing titled Isometric: Box Method. A few soft ... 2.1 Pengenalan 11 2.2 Teori Pembelajaran

xii

BAHAGIAN TUJUH

SENARAI RUJUKAN

RUJUKAN 76

BAHAGIAN LAPAN

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN A - B 78 - 81

Page 16: FADZLY FADZIL BIN ABDUL RAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI ... · topic for lesson the Engineering Drawing titled Isometric: Box Method. A few soft ... 2.1 Pengenalan 11 2.2 Teori Pembelajaran

xiii

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Model Enam Peringkat ASSURE 27

3.2 Carta Alir Menu Utama 38

3.3 Carta Alir Bahagian Pengenalan 39

3.4 Carta Alir Binaan Isometri Kaedah Kotak 40

3.5 Carta Alir Aplikasi Lukisan Isometri 41

3.6 Carta Alir Tutorial 42

3.7 Carta Alir Bantuan 43

4.1 Paparan Montaj 46

4.2 Paparan Menu Utama 47

4.3 Paparan Pengenalan 48

4.4 Paparan Konsep Isometri 49

4.5 Paparan Konsep Isometri Bila Ikon Jenis Ukuran

Dimensi Diaktifkan 49

Adik Beradik dalam Keluarga

4.6 Paparan Konsep Isometri Setelah Ikon Pandangan

Atas Diaktifkan 50

4.7 Paparan Konsep Isometri Setelah Ikon Pandangan

Hadapan Diaktifkan 50

4.8 Paparan Konsep Isometri Setelah Ikon Pandangan

Sisi Diaktifkan 51

Page 17: FADZLY FADZIL BIN ABDUL RAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI ... · topic for lesson the Engineering Drawing titled Isometric: Box Method. A few soft ... 2.1 Pengenalan 11 2.2 Teori Pembelajaran

xiv

4.9 Paparan Paksi Isometri 51

4.10 Paparan Paksi Biasa 52

4.11 Paparan Paksi Panjang 52

4.12 Paparan Paksi Terbalik 53

4.13 Paparan Binaan 54

4.14 Paparan Bimbingan 1 Langkah 1 54

4.15 Paparan Bimbingan 1 Langkah 5 55

4.16 Paparan Bimbingan 2 Langkah 1 55

4.17 Paparan Bimbingan 2 Langkah 5 56

4.18 Paparan Aplikasi 57

4.19 Paparan Aplikasi 1 57

4.20 Paparan Aplikasi 2 58

4.21 Paparan Tutorial 59

4.22 Paparan Tutorial Soalan 5 59

4.23 Paparan Keputusan Jawapan 60

4.24 Paparan Bantuan 60

4.25 Paparan Keluar 61

Page 18: FADZLY FADZIL BIN ABDUL RAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI ... · topic for lesson the Engineering Drawing titled Isometric: Box Method. A few soft ... 2.1 Pengenalan 11 2.2 Teori Pembelajaran

xv

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.1 Darjah Penilaian Terhadap Responden 62

4.2 Taburan Responden Mengikut Pengalaman

Mengajar 63

4.3 Taburan Responden Mengikut Peratusan

Berkaitan Menghadiri Kursus Lukisan 63

4.4 Taburan Responden Mengikut Peratusan

Berkaitan Rekabentuk Informasi 64

4.5 Taburan Responden Mengikut Peratusan

Berkaitan Rekabentuk Persembahan 65

4.6 Taburan Responden Mengikut Peratusan

Mengenai Penggunaan Perisian Dalam Proses

Pengajaran dan Pembelajaran 66

Page 19: FADZLY FADZIL BIN ABDUL RAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI ... · topic for lesson the Engineering Drawing titled Isometric: Box Method. A few soft ... 2.1 Pengenalan 11 2.2 Teori Pembelajaran

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Analisis Borang Maklum Balas 78

B Borang Maklum Balas 81

Page 20: FADZLY FADZIL BIN ABDUL RAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI ... · topic for lesson the Engineering Drawing titled Isometric: Box Method. A few soft ... 2.1 Pengenalan 11 2.2 Teori Pembelajaran

SENARAI SINGKATAN

PLATO Program Logic Autimated Machine.

WWW World Wide Web.

PBK Pembelajaran Berbantukan Komputer.

KBSR Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.

KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah.

CAI Computer Aided Instruction.

CBI Computer Based Instruction.

CAL Computer Aided Learning.

CBL Computer Based Learning.

ABM Alat Bantuan Mengajar.

MBBD Model Berorentasikan Bilik Darjah.

RAM Random Access Memory.

MB Megabait.

VGA Video Graphic Array.

GB Gigabait

CD Compact Disc.

CD-ROM Compact Disc Read Only Memory.

GUI Graphic User Interface.

Page 21: FADZLY FADZIL BIN ABDUL RAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI ... · topic for lesson the Engineering Drawing titled Isometric: Box Method. A few soft ... 2.1 Pengenalan 11 2.2 Teori Pembelajaran

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Perkembangan era teknologi telah memainkan peranan dan mengubah

sebahagian besar cara kehidupan manusia. Salah satu usaha untuk menyemai dan

memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi ini ialah

dengan mengabungkan aspek teknologi ke dalam kurikulum sekolah. Pelbagai

dasar telah digubal dan dipraktikkan oleh Kementerian Pendidikan dalam

memajukan sistem pendidikan negara. Selaras dengan kehendak Wawasan 2020,

penggunaan komputer dalam pendidikan merupakan tindakan awal bagi

mewujudkan masyarakat berteknologi. Penggunaan komputer di sekolah telah

diperkenalkan seawal 80an lagi di mana komputer-komputer ini digunakan sebagai

alat bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran guru ( Mohd. Daud Hamzah,

1995 ).

Untuk mencapai matlamat pendidikan, satu anjakan paradigma diperlukan

dalam cara pemikiran dan penggunaan teknologi ( Wan Zahid, 1997 ). Budaya

persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada

yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan penyayang dengan menggunakan

teknologi terkini ( Kementerian Pendidikan Malaysia, 1997 ).

Page 22: FADZLY FADZIL BIN ABDUL RAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI ... · topic for lesson the Engineering Drawing titled Isometric: Box Method. A few soft ... 2.1 Pengenalan 11 2.2 Teori Pembelajaran

2

Peningkatan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam

bilik darjah dapat dilakukan dengan menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah dan

strategi pengajaran oleh guru. Walaupun pihak Kementerian Pendidikan sering

menegaskan penggunaan teknologi di sekolah, masih ada guru yang menggunakan

kaedah pengajaran dan pembelajaran secara tradisional. Penggunaan kaedah

pengajaran dan pembelajaran ‘chalk and talk’ dan buku teks boleh menyebabkan

tahap penggunaan teknologi di dalam bilik darjah agak rendah ( Balakrishnan,

1994).

Ini kerana penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran

dapat membantu guru dalam mempermudahkan lagi pemahaman serta penerimaan

ilmu yang diberi. Secara tidak langsung kualiti pengajaran guru akan lebih

meningkat serta dapat menarik minat pelajarnya untuk mengikuti proses pengajaran

dan pembelajaran dengan lebih teratur.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pembelajaran dan pengajaran sekarang mempunyai pelbagai kaedah

pengajaran yang telah berubah mengikut peredaran masa. Pengajaran Berbantukan

Komputer (PBK) adalah salah satu kaedah yang telah diterapkan di sekolah sekarang

ini. PBK mula diperkenalkan pada tahun 1960an di Universiti of Illinois melalui

satu rangkaian sistem Program Lagic Automated Machine (PLATO) yang

menghubungkan universiti dan sekolah di Amerika Syarikat.

Sistem PLATO yang dibangunkan tidak hanya digunakan untuk

menyediakan ruang untuk menempatkan perisian PBK, tetapi juga untuk

menguruskan permintaan pembelajaran, memantau pembelajaran, memantau

perkembangan kemajuan pelajar dan memberi peluang kepada pelajar dan pensyarah

Page 23: FADZLY FADZIL BIN ABDUL RAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI ... · topic for lesson the Engineering Drawing titled Isometric: Box Method. A few soft ... 2.1 Pengenalan 11 2.2 Teori Pembelajaran

3

untuk berkomunikasi melalui komputer. Pada tahun 1991 NOVA Net yang

menggunakan komputer peribadi telah mula diperkenalkan untuk menggantikan

sistem yang menggunakan kerangka komputer utama iaitu rangkaian sistem

PLATO.

Pada tahun 1993 pula World Wide Web (WWW) mula diperkenalkan dalam

dunia teknologi maklumat. Peredaran zaman ke arah kemajuan sains dan teknologi

telah menyebabkan berlakunya perubahan dalam sistem pendidikan negara.

Perkembangan ini hendaklah digunakan sepenuhnya oleh warga pendidikan dalam

meningkatkan kualiti pendidikan negara ini.

Pembelajaran tradisional lebih berpusatkan kepada guru di dalam bilik

darjah. Guru akan menguasai dan mengawal segala aktiviti pengajaran, di mana

mereka memainkan peranan utama dalam menyampaikan segala maklumat yang

diperlukan kepada pelajarnya. Kaedah ini menimbulkan rasa kebosanan dan tidak

menarik kerana tiadanya rangsangan yang dapat menarik minat serta motivasi

pelajar untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar hilang minat

terhadap pembelajaran disebabkan oleh pelbagai faktor seperti bahan pembelajaran

tidak menepati objektif pengajaran, organisasi isi kandungan tidak bersesuaian,

persekitaran pembelajaran yang kurang memuaskan dan pendekatan pengajaran

yang statik ( Okey 1978 ).

Oleh sebab itu, suatu corak pengajaran yang baru perlulah dibentuk supaya

boleh mewujudkan peluang untuk pembinaan individu mesti melibatkan

pengurangan dominan guru, serta mengadakan kerja individu dan juga kerja

kumpulan ( W.F. Connel 1981). Sejajar dengan perkembangan teknologi sekarang,

penggunaan multimedia amatlah bersesuaian digunakan dalam proses pengajaran

dan pembelajaran. Ia adalah salah satu kaedah pengajaran moden yang dapat

merangsangkan minat serta motivasi pelajar untuk mengikuti pembelajaran yang

diikuti serta tidak hanya berpusatkan kepada guru.

Page 24: FADZLY FADZIL BIN ABDUL RAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI ... · topic for lesson the Engineering Drawing titled Isometric: Box Method. A few soft ... 2.1 Pengenalan 11 2.2 Teori Pembelajaran

4

Penggunaan PBK dalam sistem pendidikan amatlah bersesuaian digunakan

semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana pembelajaran yang

memerlukan kefahaman dan keperluan imaginasi yang tinggi akan menyukarkan

proses pembelajaran pelajar. Di Sekolah Menengah Teknik (SMT), mata pelajaran

teknikal memerlukan kefahaman serta kemahiran tersebut terutamanya bagi mata

pelajaran lukisan kejuruteraan.

Mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan merupakan salah satu mata pelajaran

elektif KBSM dalam kumpulan II iaitu kumpulan Vokasional dan Teknologi. Ianya

dikelompokkan bersama-sama dengan mata pelajaran Matematik Tambahan, Sains

Pertanian, Perdagangan, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, Ekonomi Rumah Tangga,

Teknologi Kejuruteraan dan Rekacipta (Nor Fadila, 1999).

Mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan memerlukan kefahaman terhadap

konsep yang jitu. Kelemahan menguasai konsep-konsep asas akan menyebabkan

kesukaran kepada pelajar untuk meneruskan proses pembelajaran seterusnya. Ini

kerana pengetahuan konsep asas ini akan digunakan secara berterusan untuk topik

yang berikutnya. Menurut Hatta (2001), kelemahan ketara pelajar adalah pada

kefahaman penterjemahan iaitu kemampuan memindahkan maklumat yang

diberikan kepada bentuk lain dengan tepat seperti yang dikehendaki.

Menurut Mohd. Azhar (2001), pemilihan dan pengkategorian konsep yang

silap akan membawa kesan negatif dan adakalanya akan mendatangkan mudarat

kepada diri sendiri. Oleh itu penekanan ke arah mempermudahkan kefahaman

terhadap sesuatu konsep yang abstrak perlulah dilakukan. Ini adalah bertujuan

untuk mengelakkan sebarang kesukaran yang bakal berlaku kepada pelajar semasa

proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 25: FADZLY FADZIL BIN ABDUL RAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI ... · topic for lesson the Engineering Drawing titled Isometric: Box Method. A few soft ... 2.1 Pengenalan 11 2.2 Teori Pembelajaran

5

Ismail (2002), pula menyatakan tanpa kefahaman yang kuat terhadap sesuatu

konsep pelajar tidak akan dapat menyelesaikan sebarang masalah yang dikemukakan

dan akibatnya pelajar mengalami kegagalan dalam mata pelajaran Lukisan

Kejuruteraan. Ini disokong oleh Hatta (2001), kelemahan pelajar dalam

menyelesaikan Lukisan Kejuruteraan ialah dari sudut persepsi yang rendah dan tidak

memahami konsep dengan jelas serta lemah dalam visualisasi.

Bertepatan dengan kehendak kerajaan, perlulah dibangunkan sebuah perisian

aplikasi multimedia bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan dalam versi Bahasa

Melayu. Terhasilnya perisian ini diharapkan dapat mempermudahkan serta

membantu pelajar untuk memahami konsep-konsep asas bagi mata pelajaran

Lukisan Kejuruteraan dengan lebih jelas dan berkesan. Menurut Mohamad Roslan

(2000), kefahaman akan lebih mudah berlaku jika sekiranya pelajar tersebut

mengalami sendiri dengan menggunakan sebanyak mungkin pancainderanya.

1.3 Pernyataan Masalah

Kebanyakkan perisian-perisian multimedia di pasaran tempatan dihasilkan

oleh pakar-pakar dalam multimedia yang mahir dalam bidang masing-masing.

Semasa pembinaan perisian tersebut, mereka tidak menekankan ke arah pendekatan

pedagogi pendidikan dan mengikut kehendak kurikulum pembelajaran Kurikulum

Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

( KBSM ).

Kekurangan perisian multimedia pendidikan dalam versi Bahasa Melayu

menyebabkan guru dan pelajar kurang menggunakannya. Sebaliknya penggunaan

multimedia versi Bahasa Inggeris mungkin akan mengganggu tumpuan pelajar

Page 26: FADZLY FADZIL BIN ABDUL RAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI ... · topic for lesson the Engineering Drawing titled Isometric: Box Method. A few soft ... 2.1 Pengenalan 11 2.2 Teori Pembelajaran

6

semasa proses pemgajaran dan pembelajaran. Menurut kajian Rio Sumarni

Shariffudin ( 1996 ), kebolehdapatan perisian di sekolah adalah rendah.

Sehubungan dengan itu adalah wajar untuk membangunkan perisian

multimedia yang dapat memenuhi objektif pengajaran. Perisian multimedia ini

dibina dalam versi Bahasa Melayu dengan memilih sebahagian daripada topik

Lukisan Isometrik : Kaedah Pembinaan Kotak bagi mata pelajaran Lukisan

Kejuruteraan Tingkatan Empat. Di harap pembinaan perisian ini dapat

menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan menarik.

1.4 Rasional Pemilihan Tajuk

Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat meningkatkan lagi

kefahaman seseorang pelajar semasa mengikuti proses pembelajaran tersebut.

Aplikasi penggunaan komputer dalam pendidikan telah menunjukkan satu

perkembangan yang memberangsangkan dalam meningkatkan mutu pengajaran dan

pembelajaran guru serta tahap penerimaan ilmu pelajar. Menurut Ismail (2002),

penggunaan alat bantu mengajar mampu membantu menambahkan keberkesanan

proses pengajaran dan pembelajaran.

Memandangkan mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan ini memerlukan tahap

imaginasi serta kefahaman pelajar yang tinggi, pembangun merasakan adalah perlu

mata pelajaran tersebut dipermudahkan dengan membangunkan perisian aplikasi

multimedia. Menurut Mohamad Roslan (2000), kefahaman akan lebih mudah

berlaku jika sekiranya pelajar tersebut mengalami sendiri dengan menggunakan

sebanyak mungkin pancainderanya.

Page 27: FADZLY FADZIL BIN ABDUL RAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI ... · topic for lesson the Engineering Drawing titled Isometric: Box Method. A few soft ... 2.1 Pengenalan 11 2.2 Teori Pembelajaran

7

Perisian yang dibangunkan adalah untuk mata pelajaran Lukisan

Kejuruteraan Tingkatan Empat. Isi kandungannya meliputi satu tajuk kecil dalam

Lukisan Isometrik iaitu Pembinaan Isometrik : Kaedah Kotak.

Pembangunan perisian adalah berdasarkan kepada sukatan pelajaran untuk

sekolah menengah bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan Tingkatan Empat

aliran Teknik. Perisian multimedia ini dibangunkan dengan menggunakan aplikasi

perisian Multimedia Flash MX. Ia juga sesuai digunakan sebagai sumber rujukan

kepada individu yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran Lukisan Isometrik

serta dalam bidang yang berkaitan.

1.5 Objektif Pembinaan Perisian

Objektif pertama pembinaan perisian multimedia ini adalah untuk membina

satu perisian multimedia versi Bahasa Melayu bagi topik Lukisan Isometrik :

Kaedah Pembinaan Kotak bagi penggunaan pelajar tingkatan empat Sekolah

Menengah Teknik dalam pengajaran dan pembelajaran. Manakala objektif kedua

pula ialah membuat penilaian ke atas perisian multimedia yang telah dibentuk untuk

mengetahui keberkesanan penggunaan perisian multimedia tersebut.