Download - faktor-faktor pertambahan penduduk

Transcript

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI BILANGAN PENDUDUK

KADAR KELAHIRAN FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI KADAR KELAHIRAN Tekanan ekonomi-kos bagi melahirkan anak di bandar besar berjumlah Rm 1000. Selain itu, kos bagi ibu bapa yang berkerjaya untuk menghantar anak-anak ke pusat asuhan menelan belanja sehingga Rm200-Rm500 seorang. Selain itu, kos perubatan yang tinggi membuatkan ibu bapa berfikir banyak kali untuk menambahkan jumlah anak. Pengaruh agama - semua agama misalnya agama Islam menggalakkan keluarga mempunyai anak yang banyak .Namun begitu, pengajaran agama Katolik tidak membenarkan kaedah perancangan keluarga yang moden.

Kerjaya dan suasana kehidupan seharian- suasana kehidupan di bandar menyebabkan kadar kelahiran menurun. Ibu bapa letih menghadapi tugasan seharian dan berkejar ke sana ke mari untuk menjalankan tugasan seharian dalam keadaan jalan yang sesak sekaligus mewujudkan hypertension dalam molekul kehidupan seharian. Faktor ini juga menganggu keselesaan perhubungan antara pasangan yang sering kita lihat banyak menyumbang kepada perpecahan rumah tangga. Perkhidmatan kesihatan- penggunaan alat kesihatan yang moden seperti vakum dan forsep meningkatkan peratusan bayi yang selamat untuk di lahirkan. Di samping itu, jangka hayat yang lebih panjang kerana adanya perkhidmatan kesihatan yang lebih baik seperti rawatan diagnosis untuk mengesan penyakit.

Ibu yang mendapat per kapita tinggi lebih menjaga kesihatan dan melahirkan bayi yang sihat. Ini sekaligus menambahkan kadar kelahiran . Pencapaian dalam bidang pendidikan antara kaum perempuan- lewat berkahwin. Tahap kesuburan wanita lebih tua adalah rendah dan kesannya mengurangkan kadar kelahiran serta wanita ini tidak mempunyai keluarga yang besar.

Tahap pendidikan yang tinggi -meningkatkan amalan perancangan keluarga bagi mengurangkan saiz keluarga kerana lebih menggemari saiz keluarga yang lebih kecil agar dapat memberikan perhatian dan kasih sayang sepenuhnya. Dasar Kerajaan-melalui kempen 70 juta penduduk menjelang tahun 2100 turut menjajdi pemangkin mempercepatkan lagi pertumbuhan rakyat. Dasar ini secara langsung menggalakkan kelahiran di sebabkan rebat cukai pendapatan, cuti bersalin serta kemudahan rawatan percuma untuk diberikan oleh ibu-ibu mengandung yang di berikan oleh kerajaan.

Demografi- kawasan yang kebanyakannya penduduknya terdiri daripada golongan dewasa, iaitu berumur antara 15 tahun-64 tahun. Golongan ini lebih produktif untuk melahirkan anak berbanding dengan golongan yuang tua. Kadar kelahiran juga tinggi di kawasan yang mempunyai penduduk yang seimbang dari segi jantina. Sebagai contoh, semasa perang dunia yang ke 2, Rusia mempunyai kadar kelahiran yang rendah kerana ramai kaum lelakinya terlibat dalam perang. Peranan kerajaan- sesetengah negara mengambil langkah untuk mengawal pertumbuhan rakyatnya supaya tidak menjejaskan proses pembangunan negara mereka.

-merujuk

kepada bilangan kematian yang di rekodkan daripada sejumlah penduduk dalam suatu tempoh tertentu. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KADAR KEMATIAN Kemudahan perubatan- kemudahan perubatan yang lengkap dan moden dapat menyelamatkan dan memanjangkan usia penduduk. Taraf pendidikan- penduduk yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi sedar akan pentingnya menjaga kesihatan.

Peranan kerajaan- program yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat seperti program kesedaran tentang penyakit dan cara mencegah, serta kempen seperti Tak Nak Merokok, dan Sayangi Nyawa Anda. Bencana alam dan peperangan- bencana alam seperti gempa bumi, dan gunung berapi akan meragut nyawa secara besar-besaran seperti yeng berlaku di Jambi dan Indonesia pada tahun 1996. Amalan Pemakanan yang seimbang- meningkatkan jangka hayat penduduk.

MIGRASI

DALAMAN -perpindahan penduduk yang melintasi sempadan di dalam sebuah negara sahaja. Terdapat 5 jenisatau pola aliran migrasi dalaman iaitu transmigrasi, antara bandar ke bandar, luar bandar ke bandar, bandar ke bandar dan luar bandar ke luar bandar. MIGRASI ANTARABANGSA -Perpindahan penduduk yang melintasi sempadan politik antarabangsa misalnya sempadan antara dan sempadan antara benua. Di bahagikan kepada 2 jenis iaitu migrasi antara benua dan antara negara.

Migrasi

luar bandar ke bandar

-di negara sedang membangun seperti Malaysia migrasi ini merupakanaliran migrasi yang paling utama kerana mencari peluang pekerjaan. -tujuan utama penghijrahan ialahuntuk mencari peluang pekerjaan khususnya dalam sektor perindustrian dan perkhidmatan yang berkembang pesat di bandar-bandar besar. -pola aliran migrasi ini melibatkan banyak golongan muda atau belia. -contohnya Kelantan,Terengganu, Pahang, Kedah dan Perak yang menuju ke bandar-bandar besar seperti Shah Alam dan Kuala Lumpur.

-terbahagi kepada 2 iaitu bandar ke luar bandar

dan bandar

ke pinggir bandar. oBandar ke luar bandar -dipengaruhi oleh faktor ingin menikmati kehidupan yang lebih nyaman dan tenteram serta jauh daripada kesibukan kota. Migrasi ini banyak dilakukan oleh golongan pesarayang ingin menghabiskan usia tua mereka di kampung halaman masing-masing yang terletak di luar bandar. -selain itu, kos hidup yang rendah di luar bandar juga mendorong golongan ini untuk menetap di luar bandar setelah pendapatan mereka berkurangan.

oBandar ke pinggir bandar-Arah aliran ini amat ketara selepas tahun 1990-an. Berikutan daripada pembangunan pusat bandar utama seperti Kuala Lumpur yang begitu pesat dan tepu bina telah menyebabkan nilai hartanah dan kos kediaman begitu tinggi san tidak mampu dimiliki oleh sebahagian besar pekerja berpendapatan rendah dan sederhana. -antara contoh kawasan pilihan ialah seperti Selayang, Gombak, Ampang, Cheras dan sebagainya. -Selain itu, penduduk ini juga di dorong oleh keadaan sub urban yang telah di majukan dengan kemudahan perbandaran moden.

-berlaku ke atas penduduk kampung tradisional atau desa

yang berhijrah masuk ke kawasan luar bandar yang lebih terancang dan tersusun di bawah program pembangunan tanah dan pembangunan wilayah. -di Malaysia, aliran ini berlaku pada tahun 1970-an. Sebahagian besar penduduk luar bandar dari Kedah, Perlis, Terengganu, Pahang, Perak, Johor, Melaka, Pulau Pinang dan Negeri sembilan berhijrah ke kawasan pembangunan wilayah atau kawasan tanah rancangan penempatan peneroka seperti di Jengka, Dara, Ketengah, Kejora, Kesedar dan lain-lain. -Dasar dan polisi kerajaan ini dilaksanakan oleh agensi seperti Felda dan Felcra.

Migrasi bandar ke bandar-melibatkan

beberapa aliran seperti dari bandar kecil ke bandar sederhana, bandar kecil ke bandar besar, bandar sederhana kebandar besar atau sebaliknya bergantung kapada motif migran tersebut. -adakalanya migrasi jenis ini berlaku secara berperingkat-peringkat iaitu dari bandar kecil ke bandar sederhana ke bandar besar dan ke bandar raya atau metropolis. Sebahagian motif migran ini ialah bersifat ekonomi dan pendidikan. -contohnya, mengembangkan perniagaan, pertukaran tempat kerja, pembukaan cawangan dan melanjutkan pelajaran.

-Satu

bentuk program migrasi terancang yang di laksanakan oleh kerajaan untuk memindahkan penduduk kawasan yang padat dan sesak ke kawasan yang jarang penduduk. Langkah ini telah dilakukan oleh kerajaan Indonesia semenjak tahun 1930-an iaitu memindahkan penduduk dari Pulau Jawa yang amat banyak penduduk ke pulau-pulau lain yang masih jarang penduduk seperti Kalimantan, Sumatera, dan Sulawesi.

-Objektif utama transmigrasi ialah untuk mengurangkan masalah kependudukan di Pulau Jawa di samping untuk membangunkan sumber alam khususnya tanah yang masih luas di kepulauan lain di Indonesia. Polisi ini juga bertujuan untuk mengimbangi taburan penduduk di Indonesia. - selain Indonesia, kerajaan Filipina juga turut melaksanakan transmigrasi iaitu dengan menyelerakkan penduduk dari Pulau Luzon yang padat ke Pulau Mindanao yang jarang penduduk.

-Faktor-faktor

yang mempengaruhi proses migrasi dalaman boleh di telitikan secara makro dan mikro. Secara makro migrasi dalaman berlaku disebabkan tolakan dan tarikan secara keseluruhan manakala secara mikro pula lebih melibatkan keputusan-keputusan individu samada untuk melakukan migrasi atau tidak. -Prespektif makro ini boleh memberikan gambaran tentang perubahan dan pembangunan ekonomi sesebuah negara secara menyeluruh manakala mikro pula lebih terarah kepada rangsangan untuk memahami keputusan dan penentu-penentu dalam proses migrasi. - dalam konteks makro, antara faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya migrasi ialah :

a)Institusi dan polisi governan (dasar kerajaan) -Dasar atau program pembangunan tanah dan program pembagunan wilayah yang dilaksanakan pada awal tahun 1970-an. Sebahagian besar penduduk luar bandar di Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Johor dan Melaka telah di tempatkan ke kawasan tanah rancangan penempatan peneroka seperti di JENGKA, DARA, KETENGAH, KEJORA, KESEDAR, dan lain-lain. Dasar dan polisi kerajaan ini telah di laksanakan oleh agensi kerajaan seperti FELDA dan FELCRA. - polisi pembandaran. Membandarkan kawasan pinggir bandar yang banyak di lakukan pada tahun 1980-an dan 1990an. Berikutan pembangunan pesat dan tepu bina bandaraya Kuala Lumpur telah menyebabkan nilai hartanah dan kos kediaman lebih tinggi.

-peluang pekerjaan

yang luas dengan pendapatan yang lumayan dan stabil. -contohnya Selangor dan Kuala Lumpur. Kedua-dua negeri ini pesat membangun dalam sektor perindustrian dan perkhidmatan. Pembangunan yang berlaku menawarkan peluang pekerjaan yang banyak.

-penawaran

gaji yang tetap dan lumayan di samping kemudahan yang selesa seperti perumahan dan pengangkutan, perkhidmatan selesa serta suasana kerja yang menyeronokkan menjadi daya tarikan utama untuk penduduk desa berubah sikap meninggalkan sektor pertanian yang tidak begitu terjamin dan tidak popular.-selain

itu, keadaan sektor pertanian di luar bandar seperti melakukan kerja dalam keadaan panas dan hujan serta berpendapatan rendah dan tidak tetap dibelenggu dengan kemiskinan, taraf hidup rendah, kemudahan asas tidak mencukupi dan sebagainya menjadi faktor penolak berlakunya migrasi.

-Bandar

raya Kuala Lumpur dan bandar Shah Alam mempunyai perbandaran yang baik dan menarik seperti kemudahan hiburan, perkhidmatan pengangjutan dan telekomunikasi, perkhidmatan kesihatan, dan lain-lain di bandingkan dengan kawasan luar bandar. golongan profesional seperti doktor, peguam, pegawai bank dan jurutera mepunyai peluang yang luas untuk mengembangkan perniagaan dan kerjaya mereka di bandarbandar besar.

-Bagi

-Faktor pemangkin terutama sistem pengangkutan yang cekap dan jarak yang dekat menghubungkan Selangor dan Kuala Lumpur dengan negeri-negeri lain seperti Perak dan Melaka. -Selain rangkaian lebuh raya, sistem pengangkutan seperti bas dan teksi yang banyak memudahkan ketersampaian ke negerinegeri berkenaan.

-Migrasi

penduduk ialah perpindahan penduduk yang melintasi sempadan politik antarabangsa. Perpindahan ini dibahagikam kepada dua kategori iaitu 1)Pergerakan melintasi sempadan negera contohnya migrasi masuk buruh asing dari negara Indonesia, Thailand Vietnam, Filipina, Bangladesh, dan India ke negara Malaysia pada masa kini.

2)Pergerakan penduduk yang melintasi antara benua seperti migrasi hamba abdi dari benua Afrika ke benua Eropah pada abad ke 19, migrasi penjajahdari benua eropah ke benua Asia, benua Australia, benua Amerika, benua Afrika yang juga berlaku pada abad ke 19, dan migrasi golongan cerdik pandai dan golongan profesional dari benua Asia ke benua Eropah, benua Amerika dan benua Austtralia.

.Negara Malaysia sememangnya dibanjiri oleh migran dari

negara-negara jiran terdekat seperti Indonesia, Filipina, dan Vietnam serta dari negara-negara Asia negara yang lain iaitu India China dan sebagainya. Antara faktor yang menjadikan malaysia dibanjiri oleh pekerja-pekerja asing ialah 1)Tarikan ekonomi -peluang pekerjaan yang luas dan gaji yang lumayan dalam sektor pembinaan, perladangan, perindustrian, perkhidmatan dan sebagainya. -sebagai contoh, pekerja Indonesia banyak diserapkan ke sektor pembinaan kerana kekurangan pekerja tempatan.

-kepesatan

pembangunan ekonomi Malaysia yang lebih maju dan stabil dari negara migran turut menjadi tarikan untuk berhijrah ke negara malaysia. Dekad 1990-an kini menunjukkan pembangunan ekonomi negara Malaysia jauh lebih maju dengan negara serantau. -pertumbuhan ekonomi di malaysia yang berada di sekitar empat hingga enam peratus setahun yang berbeza dengan negara jiran yang masih mengalami kemelesetan ketara sehingga penduduk kehilangan pekerjaan dan kadar pengangguran meningkat dengan mendadak. -nilai mata wang Malaysia yang lebih tinggi berbanding dengan nilai matawang nrgara migran turut menjadi punca mengapa migran berhijrah ke malaysia.

-Letakan Malaysia yang bersempadan dengan negara jiran

seperti dengan Thailand, Filipina, dan Indonesia. Di samping itu, kos pengangkutan juga murah. - jarak yang dekat dan kemudahan pengangkutan yang pelbagai seperti kapal laut, kapal terbang, feri, bas atau kereta menyebabkan darjah ketersampaian ke malaysia menjadi tinggi. -Sebagai contoh adalah golongan migran daripada Indonesia hanya mengambil masa dua hingga tiga jam untuk berhijrah ke Malaysia melalui jalan laut. Disamping itu, kawalan sempadan Malysia yang agak longgar juga memberi peluang kepada golongan migran memasuki ke negara kita secara haram.

Budaya dan pertalian persaudaraan-corak

kebudayaan, agama, dan adat yang hampir sama antara Malaysia dengan Indonesia hampir sama menyebabkan proses asmilasi dan penyesuaian lebih mudan berlaku di kalangan pekerja asing dengan penduduk tempatan. -kebanyakan penduduk di negara ini mempunyai pertalian persaudaraan yang telah lama wujud. Sebagai contoh masyarakat jawa di Malaysia dengan komuniti Jawa di Indonesia, dan masyarakat Minangkabau dengan negeri Sembilan.

-Keadaan politik yang tidak stabil, penduduk berlebihan yang menyebabkan tekanan ekonomi, kemiskinan, kadar pengangguran yang tinggi, kemelut sosial, dan sebagainya yang berlaku di negara migran. -contohnya seperti yang berlaku di Indonesia. Ketidakstabilan politik, ekonomi, dan sosial menyebabkan penduduknya menghadapi krisis pekerjaan yang meruncing. -selain itu, faktor tolakan seperti wabak penyakit di negara China. Wabak penyakit, peperangan dan kekacauan politik mendorong mereka untuk berhijrah.

Peperangan dan ketidakstabilan politik -sebagai contoh peperangan Dunia Pertama pula telah menyebabkanramai orang Yahudi terutama sekali yang tinggal di Jerman dan Rusia telah melarikan diri ke negara baru iaitu negara Israel. Peperangan di negara Uganda pada tahun 1983 pula telah menyebabkan penduduk telah melarikan diri ke Kenya.

Faktor-faktor yang lain-Aliran migrasi yang lain masa kini juga berlaku di sebabkan oleh pelbagai faktor. Misalnya bertujuan untuk melanjutkan pelajaran dan meningkatkan taraf hidup yang lebih tinggi terutamanya golongan mahir dan profesional. -keadaan ini banyak di alami di negara sedang membangun yang menyaksikan ramai golongan profesional berhijrah ke negara maju seperti Amerika, Britain dan Australia untuk mencari pendapatan yang lebih lumayan.

Perbezaan faktor yang mempengaruhi pertumbuhan penduduk antara negara maju dan negara membangun.NEGARA MEMBANGUN

NEGARA SEDANG MEMBANGUN Kadar kematian di negara sedang membangun mempunyai kadar kematian yang rendah.Negara yang sedang membangun separti malaysia memerlukan tenaga kerja yang ramai bagi membangunkan negara. Kadar kelahiran di negara sedang membangun pula adalah tinggi.Hal ini disebabkan kerajaan memerlukan bilanggan tenaga kerja yang ramai bagi memajukan negara.

Negara membangun mempunyai kadar kematian yang tinggi.contoh nya jepun.kadar kematian di jepun adalah tinggi.hal ini di sebabkan ramai penduduk jepun membunuh diri akibat daripada tekanan kerja yang dialami. Di negara yang sedang membangun mempunyai kadar kelahiran yang rendah.Hal ini disebabkan penduduk negara maju lebih mementingkan kerjaya daripada keluarga.Penduduk di negara maju terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing. Terdapat juga negara maju seperti singapura yang mengawal kadar kelahiran penduduknya disebabkan negara mereka yang kecil

Kadar migrasi di negara maju adalah tinggi berbanding negara sedang membangun.Faktor penarik negara maju seperti peluang yang tinggi memyebabkan dan ekonomi yang stabil menyebabkan penduduk negara lain berhijrah untuk mendapatkan peluang ekonomi yang lebih stabil.selain faktor ekonomi, faktor lain ialah keadaan politik dan bencana alam.

Migrasi juga berlaku di nagara sedang memba ngun.tetapi kadarnya tidak lah tinggi berbanding negara maju.faktor seperti ekonomi, dan politik telah menggalakkan migrasi berlaku.