FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG USAHAWAN WANITA
KELANTAN MENCEBURI BIDANG PERNIAGAAN DI PASAR SITI
KHADIJAH KELANTAN
ZAMZURAIDAH BT ISMAIL
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG USAHAWAN WANITA
KELANTAN MENCEBURI BIDANG PERNIAGAAN DI PASAR SITI
KHADIJAH KELANTAN
ZAMZURAIDAH BT ISMAIL
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian
Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Unuversiti Teknologi Malaysia
FEBRUARI 2004
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah jelaskan sumbernya”
Tandatangan: ………………………………….
Nama Penulis: ZAMZURAIDAH BT ISMAIL
Tarikh : ………………………………….
iii
DEDIKASI
Istimewa buat:
Suami yang dicintai Encik Husni Bin Ibrahim,
Abah yang dikasihi Encik Ismail Bin Ibrahim,
Mama yang dikasihi Pn Zainab Bt Awang Besar,
Serta anak-anakku:
Muhammad Hanis,
Nurul Aqilah,
Nurul Afiqah,
Budi dan jasa baik kalian hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalasnya.
Terima kasih di atas segala pengorbanan dan kesabaran semua sepamjang menyiapkan
kajian ini.
“Semoga ALLAH memberikan rahmat dan kasih sayangnya kepada kita semua”
v
ABSTRAK
Penglibatan kaum wanita dalam bidang perniagaan bermula sejak abad ke - 19
lagi terutamanya di Kelantan. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-
faktor yang mendorong usahawan wanita menceburi bidang perniagaan di Pasar Siti
Khadijah, Kota Bharu, Kelantan. Objektif kajian ini adalah mencakupi empat persoalan
kajian iaitu cabaran dalam perniagaan, keluarga, minat dan kemahiran yang dimiliki yang
boleh menjadi pendorong usahawan wanita menceburi bidang perniagaan. Seramai 30
orang peniaga yang menjalankan perniagaan di Pasar Siti Khadijah dipilih sebagai
responden kajian. Satu set soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian dan data
telah diproses dengan menggunakan perisian komputer SPSS ver. 10. Data
dipersembahkan dalam bentuk. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa usahawan
wanita menceburi bidang perniagaan adalah disebabkan oleh dorongan keluarga di
samping memiliki kemahiran–kemahiran yang boleh mendorong mereka menceburi
bidang perniagaan. Dengan ini diharap lebih ramai lagi usahawan wanita akan menceburi
bidang perniagaan dan dapat memberikan manafaat kepada mana-mana pihak yang
berkepentingan.
vi
ABSTRACT
Entrepreneurs can be considered as a boost to the nation’s economic development.
The purpose of this research is to identify the motivational factors that attract women
entrepreneurs to be involved in business at the Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan.
The four factors specified are challenges in business, family, interest and skills. A total
of 30 women entrepreneurs were selected as sample. Questionnaire has been used as
research instrument and the findings had been possessed using SPSS ver. 10. Data were
presented in percentages and the frequencies. Results showed family support and skills
motivates there women to be involved in entrepreneurship. It is hoped that more women
entrepreneurs will be involved in businesses.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
BAHAGIAN SATU
PENGENALAN
BAB 1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
viii
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Definisi Terminologi 7
1.8 Batasan Kajian 9
BAHAGIAN DUA
SOROTAN KAJIAN
BAB II SOROTAN KAJIAN 10
2.1 Pengenalan 10
2.2 Definisi Usahawan dan Keusahawanan 10
2.3 Ciri-Ciri Seorang Usahawan 12
2.4 Cabaran Yang Dihasdapi Terutamanya Usahawanita 15
2.5 Kemahiran-Kemahiran Yang Perlu Ada Pada Seorang
Usahawan 18
2.6 Keluarga 20
2.7 Minat 22
BAHAGIAN TIGA
METODOLOGI KAJIAN
BAB III METODOLOGI KAJIAN 24
3.1 Pengenalan 24
ix
3.2 Rekabentuk Kajian 24
3.3 Tempat Kajian 25
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 25
3.5 Instrumen Kajian 25
3.5.1 Kandungan Soal Selidik 26
3.5.2 Kajian Rintis 27
3.6 Prosedur Kajian 28
3.7 Analisa Data 29
3.8 Kesimpulan 30
BAHAGIAN EMPAT
ANALISA DATA DAN KEPUTUSAN KAJIAN
BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN KAJIAN 31
4.1 Pengenalan 31
4.2 Analisis Data Latar Belakang 31
4.2.1 Jenis Perniagaan 32
4.2.2 Tempoh Berniaga 32
4.2.3 Taraf Pendidikan 32
4.2.4 Status Perkahwinan 34
4.2.5 Tanggungan 34
4.2.6 Pernah Hadir Kursus 35
4.2.7 Umur 35
4.3 Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian 36
4.3.1 Persoalan Kajian Pertama 37
4.3.2 Persoalan Kajian Kedua 40
4.3.3 Persoalan Kajian Ketiga 41
4.3.4 Persoalan Kajian Keempat 44
x
4.4 Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian 48
BAHAGIAN LIMA
RUMUSAN, PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN 50
CADANGAN
5.1 Pengenalan 50
5.2 Rumusan Kajian 50
5.2.1 Rumusan Latar Belakang Responden 50
5.2.2 Rumusan Persoalan Kajian 51
5.3 Perbincangan 52
5.3.1 Perbincangan Faktor Latar Belakang 53
5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian 54
5.3.2.1 Faktor Cabaran 54
5.3.2.2 Faktor Keluarga 56
5.3.2.3 Faktor Minat 57
5.3.2.4 Faktor Kemahiran 59
5.4 Cadangan 61
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 61
5.6 Kesimpulan 62
BIBLIOGRAFI 63
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Kandungan Soal Selidik 26
Di Dalam Bandar Seremban
3.2 Tahap Penilaian 30
4.1 Taburan Responden Mengikut Jenis Perniagaan 33
4.2 Taburan Responnden Tempoh Berniaga 33
4.3 Taburan Responden Mengikut Taraf Pendidikan 34
Perkahwinan
4.4 Taburan Responden Mengikut Status Perkahwinan 35
4.5 Taburan Peratusan Responden Mengikut Tanggungan 35
4.6 Taburan Responden Mengikut Hadir Kursus 36
4.7 Taburan Peratusan Mengikut Umur 36
Hak Milik Perniagaan
4.8 Analisis Peratusan Yang Menjawab Item Adakah 39
Cabaran Yang Dihadapi Mendorong Usahawan
Wanita Untuk Menceburi Bidang Perniagaan
4.9 Analisis Peratusan Yang Menjawab Item Adakah 42
Keluarga Menjadi Pendorong Usahawan Wanita
Untuk Menceburi Bidang Perniagaan
4.10 Analisa Peratusan Yang Menjawab Item Adakah 45
Minat Menjadi Pendorong Usahawan Wanita
Menceburi Bidang Perniagaan
xii
4.11 Analisis Peratusan Yang Menjawab Item Adakah 47
Usahawan Wanita Memiliki Kemahiran-Kemahiran
Yang Boleh Mendorong Mereka Menceburi Bidang
Perniagaan
4.12 Peratusan Bagi Setiap Persoalan Kajian 48
xiv
SENARAI SINGKATAN
MITI - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
USAHANITA - Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia
MPKB - Majlis Perbandaran Kota Bharu
SPSS - Statistical Package For Social Science
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Soal Selidik 70
B Surat Kebenaran Fakulti Pendidikan 73
C Surat Maklumat Perniagaan dari MPKB 74
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Penglibatan kaum wanita dalam perniagaan dicatatkan dalam sejarah ekonomi
negara sebelum kemerdekaan lagi. Namun begitu, untuk sekian lama, usaha-usaha
perniagaan ini dianggap sebagai hanya mampu menambahkan pendapatan keluarga
semata-mata. Tanggapan masyarakat umum terhadap usaha perniagaan wanita terbatas
pada pandangan bahawa penglibatan mereka lebih mirip pada aktiviti sampingan atau
aktiviti mengisi masa secara produktif. Kesanggupan kumpulan kumpulan usahawan
wanita untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dalam lapangan perniagaan
dengan kaum lalaki tidak menerima perhatian yang serius (Maznah 1994).
Namun hari ini dunia menyaksikan wanita sudah berupaya meletakkan diri di
barisan hadapan sebagai peneraju dalam pelbagai bidang kepakaran seperti perubatan,
perniagaan, perundangan, politik, kejuruteraan dan sebagainya. Malahan telah ada kaum
wanita yang mengetuai sesebuah jabatan sama ada dalam sektor awam atau pun sektor
swasta. Menurut Rosli Hassan industri perkhidmatan kewangan menunjukkan bahawa
pembabitan wanita dalam sektor itu cukup membanggakan (Harian Metro, 1 Julai
2003). Contoh yang paling dekat ialah Tan Sri Dr. Zeti Akhtar, Datuk Khalijah Ahmad
dan Tengku Paduka Noor Zakiah Tengku Ismail yang telah mempamerkan kebolehan,
keupayaan dan pengalaman luas di bidang kewangan dan menjadi tonggak dibeberapa
syarikat kewangan dan perbankan. Wanita ini berdiri sama tinggi dengan lelaki dan
2
beransur-ansur keluar dari kongkongan lelaki hingga akhirnya sesetengah daripadanya
bergelar ‘wanita besi’.
Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri
Rafidah Aziz wanita tetap menjadi komponen penting dalam pembentukan pelbagai
dasar negara. Selain daripada itu kemajuan ekonomi negara yang berterusan juga
memberi peluang kepada wanita menceburi pelbagai bidang dengan syarat wanita itu
sendiri memanfaatkan peluang yang ada. Pepatah Melayu yang mengatakan bahawa
‘tangan yang menghayun buaian itu sebenarnya berupaya menggegarkan dunia’ adalah
benar. Andaian yang menganggap bahawa wanita itu lemah, haruslah dinafikan dan
disingkirkan oleh kaum wanita sendiri. Dalam ucapan perasmian Persatuan Usahawan
Wanita Bumiputera Malaysia (USAHANITA), Puan Azizah Tumin menegaskan
sekiranya wanita ingin menjadi insan yang berjaya, mereka haruslah menyemai ciri-ciri
daya saing, daya maju dan kreatif. Mesti berani atau tidak takut untuk menghadapi
risiko kegagalan kerana seseuatu kegagalan itu adalah permulaan kepada kejayaan.
Dunia perniagaan bukanlah satu bidang yang asing bagi kaum wanita. Contoh
yang paling jelas ialah Siti Khadijah, yang terlibat dalam perdagangan antarabangsa ke
13 buah negara. Nabi Muhammad s.aw sebelum dilantik menjadi Rasul telah menjadi
pembantu kepada Siti Khadijah menguruskan perniagaan ke luar negara. Siti Khadijah
merupakan contoh terbaik bagi kaum wanita Muslim yang berminat dalam
keusahawanan. (Zaharuddin Yahya, 1995). Adalah tidak mustahil, dunia keusahawanan
akan diambil alih oleh wanita memandangkan sikap, komited, kompeten dan proaktif
yang sudah mula terbina di kalangan usahawan wanita.
Perlu disedari bahawa berada di zaman globalisasi dan kata-kata tempat wanita
hanya diceruk dapur tidak boleh digunakan lagi. Wanita Malaysia hari ini perlulah
bersaing bukan sahaja dengan kaum lelaki tetapi juga dengan bangsa lain dan juga
negara lain. Menurut Datuk Seri Dr. Mahathir ketika berucap di majlis Konvensyen
Kebangsaan Usahawan Wanita 2002, pencapaian dan peranan yang dimainkan oleh
golongan wanita dalam bidang keusahawanan kini jelas membuktikan kemampuan
wanita menghadapi persaingan. Kini peranan kaum wanita dalam sama-sama
membangunkan negara tidak harus dipandang remeh lagi. Secara kesimpulannya
3
pencapaian kaum wanita dalam bidang keusahawanan dan persaingan yang timbul harus
diterima secara positif.
1.2 Latar Belakang Masalah
Apabila disebut perkataan usahawan, sebenarnya ianya merujuk kepada
usahawan lelaki atau wanita. Dalam erti kata lain, kaum wanita tidak perlu satu istilah
khas bagi menggambarkan bahawa wanita adalah seorang peniaga. Begitu juga ciri-ciri
usahawan, tidak ada beza antara ciri-ciri usahawan lelaki berbanding usahawan wanita
(Zaharuddin Yahya, 1995).
Menurut Kirby (1992) terdapat empat ciri-ciri asas yang perlu dimiliki oleh
setiap usahawan. Ciri-ciri berkenaan ialah pertama; Mengenal Pasti Peranan yang
merujuk kepada keberkesanan individu mengakui hakikat keusahawanan merupakan
satu jaringan proses dan bukan tindakan secara bersendirian. Kedua; Berkemampuan
iaitu berkebolehan untuk berfikir secara intuitif dan rasional. Ketiga; Bermotivasi
merupakan daya penggerak untuk membezakan di antara usahawan yang berpotensi
dengan usahawan melepas batuk di tangga. Keempat; Kesediaan melakukan perubahan
di mana usahawan hari ini hendaklah mampu dan bersedia untuk menangani perubahan
kerana ini akan memberi kesan yang signifikan kepada perniagaan.
Dalam bidang ekonomi, wanita tidak melepaskan peluang untuk turut sama
menyumbangkan bakti bagi memeriahkan lagi bidang usahawan di Malaysia.
Perkembangan pesat ekonomi negara menggamit lebih ramai wanita untuk melibatkan
diri secara aktif dalam dunia keusahawanan. Menurut Zaharudin Yahya lagi, pada
zaman sekarang di seluruh dunia, ramai usahawan-usahawan wanita telah pun menjadi
jutawan yang terkenal, malah sebahagian darinya lebih agresif dari lelaki dari segi
fikiran, perasaan dan tindakannya. Dalam dunia perniagaan, wanita ternyata mempunyai
kelebihan yang tersendiri jika dibandingkan dengan kaum lelaki. Wanita selalunya lebih
bersedia menghadapi ragam pelanggan dan tekun memupuk perniagaan. Sifat
4
semulajadi dalam konteks berjimat cermat, membolehkan mereka mengawal kos dalam
pengendalian perniagaan. Asas yang sedemikian dengan sendirinya menjadi penentu
kepada kekalan dan kemajuan bidang yang diceburi.
Selain menjadi hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab kepada Pencipta,
seorang wanita itu adalah juga seorang isteri juga seorang ibu. Ini bermakna sebagai
seorang usahawan, wanita juga perlu menjayakan peranannya sebagai isteri solehah juga
sebagai ibu yang bertanggungjawab terhadap masa kini dan masa depan anaknya.
Dalam apa juga usaha atau bidang yang diceburi, tidak semua orang akan
berjaya. Begitu juga dengan bidang keusahawanan ini di mana ada sesetengah usahawan
yang berjaya, manakala yang lainnya pula gagal. Antara salah satu faktor kegagalan
seseorang usahawan ialah sikap, (M.B Muda et.al, 2003). Berbagai-bagai perkara boleh
dikelaskan sebagai sikap seseorang, misalnya dari segi kerja disiplin, etika dan rasa
tanggungjawab. Oleh sebab usahawan bekerja sendiri, sesetengah orang tidak dapat
mendisiplinkan diri sendiri. Bekerja sesuka hati, tidak mematuhi masa untuk satu-satu
temu janji, tidak memenuhi janji, tidak membayar hutang adalah antara sikap negatif
usahawan yang tidak berdisiplin, tidak beretika dan tidak bertanggungjawab.
Menjadi usahawan berjaya adalah impian setiap individu yang menjalankan
perniagaan. Namun begitu berbagai cabaran harus ditempuhi sebelum mengecap
kejayaan yang diimpikan. Walaupun fakta menunjukkan setiap hari bilangan usahawan
semakin meningkat di Malaysia, namun tidak kurang juga yang menghadapi kegagalan.
Cabaran-cabaran tersebut berbeza–beza mengikut jenis perniagaan, jenis usahawan, saiz
perniagaan, tempat, masa dan lain-lain lagi. Namun begitu secara umum cabaran yang
harus dilalui oleh seorang usahawan boleh dibahagikan kepada diri, keluarga dan alam
sekitar, (Yep Putih, 1985) Di sini cabaran pertama lebih banyak berkisar pada diri
seseorang usahawan seperti kebolehan melaksanakan tugas dan peranan dengan cekap
dan berkesan. Keberkesanan banyak bergantung kepada kemahiran, pengalaman,
kebolehan mendisiplinkan diri sendiri serta kesanggupan mengorbankan kesenangan
dan masa lapang. Cabaran kedua pula ialah keluarga. Keluarga mempunyai kesan yang
kuat kepada keazaman, ketenangan dan keupayaan untuk menjayakan sesuatu pekerjaan
kerana biasanya orang-orang melayu memang terkenal dengan hubungan kekeluargaan
yang begitu kuat dan rapat. Cabaran keluarga boleh terjadi dalam dua bentuk iaitu
5
mereka langsung tidak percaya kebolehan individu itu berniaga yang mana akibatnya
boleh melemahkan semangat dan keazaman dan keluarga enggan memberi kerjasama
yang positif dan membina boleh menghalang mencapai kemajuan. Sebagai contoh
andainya keluarga sendiri tidak memberi kepercayaan dan enggan memberi sokongan
maka ini akan melemahkan semangat kita untuk terus berjaya.
Terdapat banyak sebab yang mendorong seseorang itu melibatkan diri dalam
perniagaan sama ada sebagai satu aktiviti ekonomi atau sumber nafkah hidup,
(Mahashim Bajuri, 1985). Sesetengah individu yang menceburi bidang perniagaan
sebenarnya sudah terlibat dengan kerja-kerja lain, misalnya kerja makan gaji di sektor
awam atau swasta atau mereka juga pernah bekerja sendiri dalam berbagai-bagai bidang
seperti pertanian, perusahaan kraf tangan, perikanan dan lain-lain kerja yang bukan
perniagaan. Hasil kerja yang diperolehi itu tidak diniagakan sendiri tetapi hanya
menawarkan khidmat sebagai pekerja kepada pihak lain. Namun mereka berasa tidak
bebas, tidak puas hati dari segi pendapatan dan terpaksa bekerja di bawah arahan orang
lain. Ini membuatkan mereka ingin cuba membuka perniagaan sendiri. Jika mereka
tidak lagi makan gaji tetapi menghasilkan barang sendiri seperti petani, nelayan,
pembuat kraf tangan atau pengusaha memproses makanan secara kecil-kecilan, mereka
boleh berniaga terus di pasaran tanpa melalui orang tengah yang dianggap ‘mencekik
darah’mereka.
Ada juga usahawan yang menceburi bidang perniagaan kerana keadaan yang
memaksa contohnya tidak mempunyai pekerjaan disebabkan tiada kelulusan atau
memiliki kelulusan yang tidak sesuai. Maka atas desakan hidup serta keluarga atau
kawan-kawan maka individu itu mula berniaga sama ada secara kecil-kecilan atau
besar-besaran bergantung pada modal, kemampuan, pengalaman dan sokongan orang di
sekelilingnya. Perniagaan jenis ini mungkin beroperasi separuh jalan atau berterusan
dan maju sehingga menimbulkan minat yang menggalakkan. Dalam keadaan ekonomi
Malaysia yang belum pulih sepenuhnya ketika ini, terdapat ramai pekerja yang dibuang
kerja dan ramai pemegang ijazah dan diploma yang masih menganggur di mana pada
awal tahun 2002, terdapat lebih kurang 40,000 orang siswazah yang menganggur (M. B
Muda et. al, 2003). Ini mendorong penganggur-penganggur ini menceburkan diri
menjadi usahawan sebagai satu ‘keadaan yang memaksa’ kerana peluang kerja makan
gaji adalah terhad.
6
1.3 Pernyataan Masalah
Berdasarkan latar belakang masalah ini, pengkaji ingin melihat apakah faktor-
faktor yang mendorong usahawanita menjalankan perniagaan di Pasar Besar Siti
Khadijah Kota Bharu.
1.4 Objektif Kajian
1.4. 1 Mengenalpasti cabaran-cabaran perniagaan yang terpaksa dihadapi oleh
usahawan wanita di Kelantan.
1.4.2 Mengenalpasti sama ada keluarga menjadi pendorong dalam bidang
perniagaan.
1.4.3 Mengenalpasti adakah minat menjadi faktor pendorong kepada usahawan
wanita.
1.4.4 Mengenal pasti kemahiran yang ada pada usahawan wanita dalam
menguruskan perniagaan.
1.5 Persoalan Kajian
1.5.1 Adakah cabaran yang dihadapi mendorong usahawan wanita untuk
menceburi bidang perniagaan?
1.5.2 Adakah keluarga menjadi pendorong usahawan wanita untuk menceburi
bidang perniagaan?
1.5.3 Adakah minat menjadi pendorong usahawan wanita menceburi bidang
perniagaan?
1.5.4 Adakah usahawan wanita memiliki kemahiran-kemahiran yang boleh
mendorong mereka menceburi bidang perniagaan?
Top Related