Faktor geologi juga mempengaruhi pembentukan dan perkembangan pola saliran.
Di kawasan yang mempunyai batuan homogeneus iaitu bersifat ketatahanan yang
seragam seperti batu granit atau batu mendak yang mempunyai rataan perlapisan yang
mendatar, sungai-sungai yang mengalir mendapat halangan hakisan batu-batan yang
sama keras dan membentuk cawangan-cawangan sungai yan mengalir masuk ke sungai
utama di atas lapisan mendatar dan mengalir mengikut cerun-cerun muka bumi yang
lebih rendah secara bersudut tirus. Di kawasan ini lazimnya akan membentuk pola
ranting seperti pola sungai Pahang.
Rajah pola ranting.
Manakala di kawasan tanah tinggi yang mempunyai batuan lembut dan keras berselang
seli seperti batu mendak dengan batu granit akan membentuk pola saliran berbentuk
jejala. Apabila satu cawangan sungai melalui kawasan ini, ia akan menghakis dan
mendalami lurah di kawasan batuan lembut dan sebaliknya batuan keras menghalang
hakisan berlaku dan ini menyebabkan wujudnya sungai alir lintang yang membentuk
cawangan sungai di batu lembut dan bersambung dengan sungai aliran asal dalam bentuk
bersudut tepat yang akhirnya terbentuk pola saliran berbentuk jejala. Pola saliran
berbentuk jejala juga wujud disebabkan pengaruh struktur geologi yang lain seperti lintap
mungkum dan lintap lendut. Ini terjadi apabila pada bahaian lintap lendut akan terbentuk
pola saliran induk dengan pengaliran sungai yang asal, manakala pada bahagian lintap
mungkum pula membentu alur-alur sungai yang mengalir mengikut garis kecerunan
tebingnya dan membentuk pola saliran selari dan seterusnya mengalir masuk ke sungai
induk dengan cara bersudut tepat.
Raja pola jejala
1
Pengaruh struktur geologi seperti batu lembut dari jenis batu mendak, tanah liat,
dan pasir atau batu lembut berselang dengan batu keras seperti granit juga akan
menghasilkan bentuk muka bumi yang lain iaitu alur berliku dalam perkembangan
sesebuah alur sungai. Apabila sesebuah alur sungai melalui kawasan yang bersifat di atas,
hakisan lebih pesat berlaku di kawasan batuan lembut sehinga membentuk lekuk alur
Apabila alur mulai berlekuk, aliran pusaran (aliran turbulen) menambahkan lagi hakisan
sehingga membentuk tebing yang curam dan cekung maka wujudlah liku sungai.
Rajah liku sg ms 69/70
Berbeza dengan jenis batuan yang bersifat seragam atau homogeneus, batuan jenis ini
akan menghasilkan bentuk muka bumi yang berlainan iaitu akan membentuk alur sungai
yang lurus. Sekiranya sesuatu kawasan itu terdiri daripada batu yang seragam contohnya
batu granit, alur sungai yang lurus akan terbentuk di kawasan ini. Tebing-tebing sungai
yang berbatu keras akan mempengaruhi hakisan menegak dan seterusnya akan
menghasilkan aluralur sungai yang lurus. Selain itu, pengaruh retakan dan rekahan serta
garis gelinciran juga akan mempengaruhi pembentukan alur sungai yang bersifat lurus.
Ini kerana alur-alur sungai akan berkembang mengikut garisan retakan yang terdapat
pada batuan tersebut.
Rajah alur lurus ms 69
Pembentukan muka bumi yang lain kesan pengaruh geologi ialah profil sungai
yang berbeza-beza. Profil sungai yang mempunyai tebing yang curam dan sempit serta
gaung didapati di kawasan yang terdiri daripada batuan yang homogeneus iaitu
mempunyai sifat yang seragam, misalnya semua keras atau semuanya lembut. Sebagai
2
contoh sekiranya sesuatu lembah sungai mempunyai batu granit tidak ada batuan yang
lain selain batuan tersebut maka proses hakisan menegak sangat pesat dan hakisan pada
cerun tebing sukar berlaku. Oleh itu wujud profil sungai seperti mana yang disebutkan di
atas. Berlainan pula jika di sesuatu kawasan itu terdiri daripada batu kapur, akan
menghasilkan bentuk muka bumi yang berbeza iaitu profil sungai yang mempunyai lurah
yang dalam dan tebing yang curam. Ini kerana hakisan akan berlaku dengan pesat sekali
di bahagian tebing disebabkan sifat batu kapur yang poros dan mudah larut dengan air.
Foto :Lurah Sungai yang curam dan dalam.
Manakala bagi kawasan-kawasan lurah sungai yang mempunyai batu-batan yang
berbeza seperti adanya tonjolan batu igneus jalar dalam yang keras dan dapat menahan
darpada berlakunya hakisan. Sebaliknya lurah sungai yang yang terdiri daripada batuan
lembut akan menalami hakisan yang pesat. Akibat hakisan ke atas lurah sungai yang
berbeza ini akan menghasilkan kerata rentas yang tidak licin, iaitu keratain rentas yang
3
berbonggol-bonggol. Struktur batuan yang berlapis-lapis yang merentasi lurah sungai
pula akan menghasilkan profil sungai berbentuk “ V tak semukur “. Sebagai contoh
sekiranya struktur batuan yang merentasi lurah sungai itu berada secara menegak dan
berselang seli antara granit dengan batu mendak, proses hakisan akan berlaku secara
tidak seimbang iaitu hakisan lebih pesat pada bahagian batu mendak berbanding pada
bahagian batu granit. Rajah di bawah menunjukkan profil sungai yang terbentuk kesan
lurah sungai merentasi kawasan yang mempunyai perbezaan jenis batuan.
Rajah ms 73
Jika struktur batu lembut dan keras berada secara menegak akan menghasilkan keratan
rentas berbentuk U. Ini kerana hakisan menegak atau mendalami lurah ke atas batu
lembut menyebabkan terbentuknya lurah yang dalam dan batu keras pula tidak terhakis
membentuk tebing yang curam.
Foto : Lurah Sungai bentuk ‘U’
Sebaliknya, jika sesebuah sungai mengalir di atas struktur perlapisan batuan yang
mendatar pula akan mewujudkan profil rentas sungai yang bertingkat-tingkat atau
berteres. Ini terjadi kerana batuan yang keras dapat menahan daripada berlakunya hakisan
4
yang akan menyebabkan terbentuknya tebing sungai yang rata dan pada bahagian batu
lembut akan mengalami hakisan dan akan menghasilkan tebing yang curam.
Foto : Tebing tinggi
Rajah ms 74/78
Sekiranya terdapat struktur batuan yang menegak, condong atau mendatar berselang
debgan batu lembut pada lembah sungai pula akan menghasilkan bentuk muka bumi yang
lebih menarik iaitu air terjun dan jeram. Misalnya, jika terdapat tonjolan batu igneus
seperti daik atau sil di kawasan batu lembut, aktiviti hakisan lebih pesat pada batuan
lembut atau lemah manakala batuan keras seperti batu igneus tidak mudah untuk
dihakis.Arus sungai yang melalui atau merempuh tonjolan batu keras ini akan melompat
dan membentuk air terjun dan sekiranya tonjolan batu keras ini terdapat lebih kerap di
5
bahagian lurah maka terbentuk keadaan muka bumi yang lain iaitu jeram. Contohnya
jeram di Lata Kijang, Perak.
Foto : Air terjun di Lata Kijang.
6
Foto : Jeram
Rajah a.terjun dan jeram ms 82
Struktur geologi atau batuan akan membentuk keadaan muka bumi yang lain
apabila dihakis oleh ombak. Bentuk-bentuk muka bumi yang terhasil kesan daripada
tindakan ombak tanjung, teluk, tebing tinggi, gua, gloup, geo, gerbang laut dan batu
tunggal.
Pengaruh jenis , struktur dan ketahanan batuan yang berlainan di pinggir laut
mewujudkan tanjung dan teluk. Bahagian batuan yang keras dan tertonjol ke depan dan
mengganjur ke laut dan mengalami hakisan ombak yang lebih lambat akan membentuk
tanjung. Manakala yang dibentuk oleh batuan lemah dihakis dengan pesat oleh ombak
membentuk lekukan pinggir laut yang dipanggil teluk. Keadaan ini juga garis pinggir laut
menjadi tidak lurus, sebagai mana pantai-pantai yang tidak mempunyai struktur batuan
7
yang sedemikian. Misalnya pinggir laut yang mempunyai susunan batuan igneus dengan
batu mendak atau batu kapur, domit, batu pasir, syaf dan sebagainya. Batu-batu lemah ini
akan dihakis dengan pesat sekali oleh ombak dan proses pengunduran ke arah daratan
lebih cepat berbanding dengan batuan keras, ini akan membentuk teluk-teluk Contoh
teluk dan tanjung di Malaysia seperti Port Dickson, Tanjung Tembeling , Teluk Batik di
P.Pangkor dan tanjung di Teluk Cempedak di Pahang.
Foto : Tanjung
Foto : Teluk
Rekahan dan retakan pada susunan batuan keras dan lembut yang panjang di garis
pantai juga boleh mewujudkan teluk dan tetanjung yang banyak. Perkembangan
pembentukan tanjung dan teluk akan tersekat apabila ombak dibiaskan oleh tanjung.
Keiatan hakisan dibahagian tanjung akan memusnahkan tanjung tersebut dan bahan-
bahan yang terhakis dimendapkan pula dalam teluk, iaitu ruang di antara tanjung.
8
Akhirnya proses ini boleh membentuk pula pantai yang lurus. Kegiatan-kegiatan hakisan
bukan sahaja berlaku ke atas batuan lemah atau lembut sahaja, tetapi juga longgokan
pinggir pantai. Longgokan seperti pasir, batu kelikir dan batu tongkol juga boleh
mempengaruhi kejadian garis pantai dan seterusnya membentuk pantai yang berteluk-
teluk
Pantai yang terdiri daripada batuan yang berbeza juga akan membentuk tebing yang
berlainan sama ada tebing tinggi ataupun tebing landai. Tebing tinggi yang terbentuk
dipinggir pantai adalah berbagai bentuk dan jenis. Ia bergantung kepada susunan atau
kedudukan batu keras dan batu lembut serta kecondongan batuan tersebut di pinggir
pantai. Sekiranya batuan keras berkedudukan condong ke laut ia dipanggil tebing tinggi
condong ke laut dan sebaliknya jika batuan keras condong ke arah daratan ianya
dipanggil tebing tinggi condong ke daratan dan jika batuan berkedudukan melintang akan
membentuk tebing tinggi yang melintang. Ketiga-tiga tebing ini dapat kita perhatian
seperti dalam rajah di bawah.
Rajah ms 94.
Kawasan pinggir pantai yang terdiri daripada batu kapur juga mewujudkan bentuk muka
bumi yang agak menarik iaitu gua. Gua terhasil apabila air laut dengan mudah
melarutkan batu kapur melalui proses larutan. Melalui proses ini dinding tebing tinggi
batu kapur menjadi berlekuk-lekuk da seterusnya membentuk gua. Gua juga boleh
terbentuk di tebing tinggi yang mempunyai rekahan atau retakan pada batuan tebing
tinggi atau rongga-rongga kecil. Ombak yang memukul pantai menyebabkan air dalam
rongga itu dimampatkan dan udara di dalamnya turut tertekan dan dihimpitkan. Ini
mewujudkan tekanan yang kuat di dalam rongga tersebut. Oleh kerana proses ini berlaku
9
berulang-ulang kali, rongga-rongga pada batuan tebing tinggi tadi akan bertambah luas
dan terjadilah gua-gua. Contoh gua yang terbentuk melalui proses seperti ini di
Semenanjung Malaysia ialah gua di Pulau Kapas, Terenggnu.
Foto : Gua pada tebing tinggi pantai.
Sekiaranya ombak terus memukul gua-gua yang terbentuk di tebing pantai. Ini akan
memberikan tekanan pada dinding-dinding gua tersebut dan kesananya gua-gua tersebut
bertambah luas sehingga membentuk satu lohong yang menembusi permukaan lohong ini
dan ianya dipangil gloup. Jika tekanan ombak terus menerus ke dalam gua, akan
kelihatan air tersembur keluar dari mulut gloup. Contohnya Gloup di Holborn Head di
Caithness, Scotland.
10
Foto : Gloup
Perkembangan lohong-lohong ombak akibat tindakan ombak ke atas gua-gua di tebing
pinggir panyai yang terdiri daripada batuan lembut seperti batu kapur akan menyebabkan
bumbung lohong-lohong tersebut runtuh sedikit demi sedikit sehinggalah membentuk
satu lekukan di pinggir laut yang curam. Lekukan ini dipanggil geo. Sebagai contoh Geo
di Wife geo di Scotland.
Kawasan tebing tinggi yang terdiri daripada batuan lembut yang mempunyai
rekahan dan retakan juga akan membentuk rupa bumi yang menarik iaitu gerbang laut.
Gerbang laut terjadi apabila ombak memukul dinding-dinding gua yang mempunyai
rekahan dan menghasilkan tekanan yang tinggi pada rekahan tersebut, lama-kelamaan
dinding gua akan runtuh maka terbentuklah gerbang laut.
11
Foto : Gerbang Laut.
Gerbang laut yang menerima hakisan yang kuat sehingga bumbung atasnya runtuh sedikit
demi sedikit dan akhirnya gerbang laut tersebut runtuh. Bahagian dinding yang tertinggal
dikenali sebagai batu tunggal. Batu tunggal yang terus dihakis oleh ombak menjadi kecil
dan ini dipanggil pula tunggul sisa. Contoh batu tunggul ialah di Old Man of Hoy di
Orkey, Scotland dan tunggul sisa di St. Kilde, Scotland.
Foto : Batu Tunggul
12
Top Related