FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI MOTIVASI
Menurut (Mayer, 2003), motivasi adalah keadaan dalaman individu yang
membangkitkan dorongan untuk menggerakkan tingkah laku ke arah mencapai
matlamat. Mayer mentakrifkan motivasi dalam empat komponen iaitu bercirikan
personal, berarah mencapai suatu matlamat, menggerakkan kepada suatu tindakan
(activating) dan energizing. Dengan itu, motivasi dalam konteks pembelajaran
merupakan dorongan dalaman pelajar yang membangkitkan semangat untuk
menggerakkan usaha dan tenaga untuk melakukan tindakan yang bersesuaian ke arah
mencapai matlamat dalam pembelajaran.
Pintrich dan Schunk (2002) mengelompokkan motivasi kepada dua kumpulan
berdasarkan kepada matlamat pembelajaran yang berbeza, iaitu motivasi intrinsik dan
motivasi ekstrinsik. Motivasi intrinsik adalah merupakan dorongan dalaman yang
berasaskan kepada keperluan diri individu untuk memahami isi kandungan, manakala
motivasi ekstrinsik adalah dorongan untuk mendapat gred yang baik untuk tujuan
mendapat pujian. Sungguhpun kedua-dua kategori motivasi ini mempunyai matlamat
yang berbeza, tetapi pembelajaran yang berasaskan kepada integrasi motivasi intrinsik
dan ekstrinsik akan menjuruskan pelajar kepada pembelajaran yang berkesan (Eggen
and Kauchak, 2004). Apabila pembelajaran tentang sesuatu topik berlaku kerana ianya
menarik dari segi isi kandungan ataupun proses, serta didorong oleh hasrat untuk
mencapai gred yang baik, situasi ini akan membangkitkan usaha yang lebih kuat ke
arah mencapai matlamat Oleh itu, pelajar yang mempunyai motivasi intrinsik yang
tinggi, selalunya mereka dikaitkan dengan prestasi akademik yang tinggi (Gottfried,
1985).
Noels (2002) membahagikan faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi kepada
dua kategori iaitu yang pertama ialah orientasi dalaman (instrinsic orientations) yang
merujuk kepada kepuasan dan rasa seronok samada kerana pengembangan ilmu
pengetahuan, pencapaian diri atau memperoleh pengalaman yang mengembirakan.
Kedua ialah orientasi luaran (extrinsic orientations) yang berlaku disebabkan pulangan
luaran seperti mendapat ijazah, pekerjaan, hadiah dan sebagainya.Ellis (1985),
Julkunen (1989) dan Dornyei (1994) menegaskan bahawa aktiviti-aktiviti pembelajaran,
bahan pengajaran dan tugasan individu boleh mempengaruhi motivasi pelajar terhadap
bahasa kedua. Oxford and Shearin (1994) pula menyenaraikan enam faktor yang
memberi impak besar terhadap pembentukan motivasi iaitu sikap terhadap bahasa
sasaran, kepercayaan diri, matlamat, penglibatan, persekitaran dan atribut diri. Abbas
Pourhosein Gilakjani et. al. (2012) menyifatkan bahawa faktor yang paling utama dalam
pembentukan motivasi ialah rasa bersemangat (passion).Lima usaha awal yang boleh
dilakukan bagi menyuburkan motivasi awal pelajar merangkumi: memperkemaskan
sikap para pelajar terhadap bahasa sasaran, mempertingkatkan jangkaan kejayaan
mereka, mempertingkatkan matlamat mereka, menjadikan bahan pembelajaran
berkaitan dengan mereka dan membentuk kepercayaan mereka yang realistik
(Pourhosein Gilakjani et. al.
2012). Satu petunjuk yang amat berguna kepada kita ialah hasil kajian Kaseh Abu
Bakar et.
al. (2010) yang mendapati motif agama Islam merupakan satu faktor yang kuat dalam
mempertingkatkan motivasi pembelajaran bahasa Arab.
Faktor kedua yang mempengaruhi motivasi adalah keinginan untuk mendapat ganjaran.
Ganjaran yang dimaksudkan merupakan rangsangan kepada individu supaya
melakukan usaha yang sepatutnya untuk mendapatkan ganjaran yang diinginkannya.
Faktor ketiga yang mempengaruhi motivasi adalah keinginan untuk mempelajari bahasa
kedua. Bahasa kedua yang ingin dipelajari disebabkan oleh keinginan untuk menjadi
sebahagian daripada masyarakat tersebut.
(i) Motivasi Integrasi
Motivasi Integrasi berlawanan dengan motivasi konsep kendiri. Motivasi jenis ini
bertujuan untuk menguasai mana-mana bahasa kedua supaya dapat berkomunikasi
dengan bahasa masyarakat tersebut dengan jayanya. Malah, menurut Mahmu:d Ka:mil
al-Na:qat (1985 : 30), motivasi integrasi adalah berkait rapat dengan minat seseorang
dalam pembelajaran bahasa tersebut. Gardner dan Lambert dalam Brown (1994 : 145),
mengatakan bahawa seseorang itu dikatakan bermotivasi integrasi jika motif beliau
mempelajari sesuatu bahasa kedua adalah bagi membolehkannya mengintegrasikan
dirinya ke dalam masyarakat bahasa tersebut serta dapat mengidentifikasikan dirinya
sebagai sebahagian daripada masyarakat itu.
(ii) Motivasi Instrumental
Motivasi Instrumental ialah minat seseorang untuk memperoleh bahasa kedua kerana
didorong oleh motif-motif yang mendatangkan manfaat. Menurut Gardner dan Lambert
dalam Brown (1994 : 145), seseorang itu dikatakan bermotivasi instrumental sekiranya
tujuan beliau untuk menguasai sesuatu bahasa kedua adalah untuk membolehkannya
menggunakan bahasa tersebut untuk mencapai matlamat-matlamat yang lain daripada
matlamat integrasi seperti menyambung pengajian tinggi, membolehkannya membaca
bahan-bahan yang ditulis dalam bahasa tersebut, penterjemahan dan sebagainya.
Menurut Mahmu:d Ka:mil al-Na:qat (1985 : 31) jenis motivasi ini mempunyai peranan
yang penting dalam pembelajaran bahasa. Oleh demikian, beliau menyarankan bahawa
perlu dikenal pasti terlebih dahulu jenis motivasi mana yang boleh mempengaruhi
penutur-penutur natif bahasa Arab. Di samping itu, beliau menegaskan bahawa ilmu
pengetahuan Bahasa Arab adalah suatu ilmu yang amat berguna dan bermanfaat dari
pelbagai aspek terutamanya untuk pengajian Islam kepada para pelajar muslim
menunjukkan sesuatu pencapaian atau prestasi yang baik dalam proses pembelajaran.
Dengan itu mereka akan berusaha mencapai matlamat dan kecemerlangan yang lebih
tinggi serta memikirkan cara untuk memberi sumbangan kepada kelas, sekolah dan
komuniti.
Ketiganya, dari aspek pengetahuan dan pemahaman. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, guru haruslah menggunakan sifat naluri ingin tahu pelajar untuk
mendorong mereka belajar bagi memperoleh pengetahuan, di samping mengatur,
menyusun dan menganalisis perhubungan dalam pelbagai perkara supaya mereka
mendapat kefahaman yang kukuh. Ahkirnya dari segi estetik, pelajar perlu dibimbing
untuk menghargai keindahan alam sekitar. Dengan demikian, mereka dapat
menghayati dan memelihara keindahan alam yang dapat merangsang minat dalam
pembelajaran.
Guru Meningkatkan Motivasi Murid
Sebagai seorang guru, kita memiliki pelbagai tanggung jawab dan tugas yang harus dilaksanakan sesuai dengan tuntutan profesi guru.Tugas utama dan terpenting yang
menjadi tanggung jawab seorang guru adalah memajukan, merangsang dan membimbing pelajar dalam proses belajar. Segala usaha kearah itu harus dirancang dan dilaksanakan. Guru yang berkesan dalam menjalankan tugasnya adalah guru yang berjaya menjadikan pelajarnya bermotivasi dalam pelajaran. Oleh itu untuk keberkesanan dalam pengajaran, guru harus berusaha memahami makna motivasi belajar itu sendiri dan mengembangkan serta menggerakkan motivasi pemberlajaran pelajar itu ke tahap yang maksimum.
Guru dapat memahami motivasi belajar jika sewaktu mengajar dia dapat melaksanakan langkah-langkah seperti berikut:
1. Mengenal pasti tingkat kecerdasan para pelajar.
2. Melaksanakan teknik memotivasi pelajar.
3. Merumuskan tujuan belajar dan mengaitkan tujuan itu dengan keperluan dan minat pelajar.
4. Menerapkan kemahiran bertanya kepada pelajar.
5. Melaksanakan aktiviti pengajaran dengan urutan yang sistematik.
6. Melaksanakan penilaian diagnostik.
7. Melaksanakan komunikasi interpersonal.
Memotivasi pelajar merupakan salah satu langkah awal yang harus dilakukan oleh seorang guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Jika guru telah berjaya membangun motivasi pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran bermakna guru itu telah berjaya mengajar. Namun pekerjaan ini tidaklah mudah. Memotivasi pelajar tidak hanya menggerakkan pelajar agar aktif dalam pelajaran, tetapi juga mengarahkan dan menjadikan pelajar terdorong untuk belajar secara terus menerus, walaupun dia berada di luar kelas ataupun setelah meninggalkan sekolah.
Untuk meyakinkan diri kita bahawa memotivasi pelajar dalam belajar merupakan tugas guru dan berkewajiban pula melaksanakannya, maka pendekatan Behavioristik perlu kita jadikan pedoman dalam mengajar. Para pakar Behavioristik mengemukakan bahawa motivasi ditentukan oleh persekitaran. Guru merupakan persekitaran yang sangat berperanan di dalam proses belajar. Oleh kerana itu, meningkatkan motivasi pelajar dalam pelajaran merupakan tugas yang sangat penting bagi guru.
Mengapa usaha memotivasi pelajar itu sangat penting bagi guru? Sesetengah guru mungkin beranggapan bahawa tugas mereka sebagai guru hanyalah mengajar sahaja, bukan menimbulkan minat pelajar terhadap apa yang mereka ajarkan. Guru-guru seperti ini menghabiskan masa mereka di dalam kelas semata-mata hanya untuk menuangkan bahan pelajaran kepada pelajar. Mereka tidak peduli sama ada isi pelajaran yang mereka ajarkan atau yang mereka terangkan itu dapat diterima oleh pelajar untuk dijadikan sebagai miliknya atau tidak. Mereka tidak memperhatikan apakah bahan yang mereka ajarkan itu bermanfaat dan mempengaruhi tingkah laku atau perkembangan pelajar ke arah yang positif. Guru-guru seperti ini tidak menyedari bahawa pelajar-pelajar yang tidak berminat tidak akan dapat menerima pelajaran dengan baik.
Pelajar yang tidak berminat terhadap apa yang diajarkan oleh guru tetapi dia diharuskan mempelajarinya, dapat menimbulkan suatu perasaan benci terhadap mata pelajaran itu, bahkan untuk selanjutnya pelajar itu tidak akan ingin pernah mempelajarinya. Di dalam kelas yang kita ajar mungkin kita akan mendengar pelajar berkata, "Saya tidak mampu belajar Bahasa Inggeris" atau "Saya tidak dapat belajar matematik." Jika kita teliti permasalahannya, bukan kerana kedua-dua mata pelajaran tersebut sukar atau tidak menyenangkan, tetapi kerana guru kedua-dua mata pelajaran itu tidak menggunakan strategi yang berkesan, sehingga pelajar tidak tertarik untuk mempelajarinya. Pelajar tidak bermotivasi, malahan merasakan mata pelajaran tersebut menjadi menyiksa mereka.
Guru seharusnya menggunakan masa yang banyak sewaktu mengajar untuk memotivasi pelajar-pelajarnya. Pelajar yang termotivasi dengan baik dalam pelajaran akan melakukan lebih banyak aktiviti dan lebih cepat belajar jika dibandingkan dengan pelajar yang kurang atau tidak termotivasi semasa belajar. Ini memandangkan, jika guru dapat membangunkan motivasi pelajar terhadap pelajaran yang diajar maka diharapkan pelajar akan sentiasa meminati mata pelajaran tersebut.
Sesungguhnya usaha memotivasi pelajar dalam pendidikan adalah merupakan suatu proses (1) membimbing pelajar untuk memasuki pelbagai pengalaman yakni proses belajar sedang berlangsung; (2) proses menimbulkan semangat dan keaktifan pada diri pelajar sehingga dia benar-benar bersedia untuk belajar; dan (3) proses yang menyebabkan perhatian pelajar tertumpu kepada satu arah atau tujuan pada satu masa, iaitu tujuan belajar.
Situasi kelas yang pelajar-pelajarnya termotivasi dapat mempengaruhi sikap belajar dan tingkah laku pelajar. Pelajar yang termotivasi untuk belajar akan sangat tertarik dengan berbagai tugas belajar yang sedang mereka kerjakan; menunjukkan ketekunan yang tinggi; variasi aktiviti belajar mereka pun akan lebih banyak. Di samping keterlibatan mereka dalam belajar lebih besar, mereka juga kurang menyukai tingkah laku yang negatif yang dapat menimbulkan masalah disiplin.
Oleh kerana itu, dalam upaya menjaga dan meningkatkan disiplin kelas maka motivasi pelajar mesti dipertimbangkan. Ini bermakna meningkatkan motivasi pelajar dalam belajar merupakan suatu cara yang baik dalam menghindari tingkah laku pelajar yang negatif, kerana mereka terlibat aktif dalam belajar dan terangsang untuk belajar.
Sebenarnya tujuan jangka panjang dalam membangun dan mengembangkan motivasi pelajar dalam belajar adalah terbentuknya motivasi kendiri. Kita sebagai guru ingin agar pelajar selalu terdorong untuk mengembangkan minatnya untuk belajar walau di mana pun dia berada. Kita berharap agar pelajar-pelajar kita sentiasa ingin menimba pelbagai ilmu pengetahuan walaupun mereka telah lepas dari bimbingan kita. Tujuan pendidikan yang paling utama adalah untuk membangkitkan dalam diri pelajar suatu motivasi yang kuat dan terus menerus untuk belajar. Hal ini akan menjadi suatu kecenderungan dan kebiasaan dalam melakukan proses belajar selanjutnya.
Yang menjadi persoalan sekarang ialah bagaimana caranya kita semasa melakukan pelbagai usaha untuk membangun dan mengembangkan motivasi pelajar semasa belajar? Para pakar Humanistik, misalnya Carl Rogers, seorang pakar psikologi mengemukakan bahawa pada dasarnya di dalam diri setiap manusia ada keinginan
yang sangat kuat untuk belajar yang bersifat semulajadi. Jadi, di dalam diri pelajar keinginan itu sudah ada. Guru hanya mengembangkan atau memupuk keinginan itu sehingga keinginan belajar itu dapat direalisasikan dalam bentuk prestasi yang maksimum. Para pakar Behavioristk pula, misalnya B.F. Skinner, seorang pakar pendidikan mengemukakan bahawa motivasi pelajar sangat ditentukan oleh persekitarannya. Pelajar akan termotivasi semasa belajar jika persekitaran belajar dapat memberikan rangsangan sehingga pelajar tertarik untuk belajar. Guru harus mengatur persekitaran atau suasana belajar secara bijaksana sehingga pelajar termotivasi untuk belajar.
Dalam proses mengajar dan belajar, guru dituntut memiliki pelbagai pengetahuan dan pemahaman yang bermanfaat untuk menimbulkan dan meningkatkan motivasi pelajarnya semasa belajar, sehingga proses belajar yang dibimbingnya berjaya secara optimal. Oleh kerana itu, guru perlu memahami dan menghayati serta menerapkan pelbagai prinsip dan teknik-teknik untuk membangkitkan dan meningkatkan motivasi pelajar dalam pembelajaran. Memang banyak sekali prinsip dan teknik yang berbeza-beza yang perlu diketahui oleh guru, kerana di dalam usaha memotivasi pelajar sesungguhnya tidak hanya satu prinsip dan teknik yang paling mujarab dipakai untuk semua pelajar, sepanjang masa, dan untuk semua situasi. Berbeza mata pelajaran, berbeza keperibadian pelajar, dan berbeza keperibadian guru menuntut perbezaan prinsip dan teknik yang dipakai dalam memotivasi pelajar. Oleh kerana itu, perbezaan mata pelajaran, keperibadian pelajar dan keperibadian guru harus dipertimbangkan dalam memilih prinsip-prinsip dan teknik-teknik yang akan dipakai dalam memotivasi pelajar.
Di dalam kelas yang pelajar-pelajarnya terdiri dari kelompok yang memiliki kemampuan yang sama namun berbeza keperibadian dan minat, variasi prinsip-prinsip dan teknik-teknik yang dipakai akan lebih banyak. Di dalam kelas mungkin kita akan menemui beberapa orang pelajar yang mampu memotivasi dirinya sendiri. Pelajar-pelajar seperti ini tidak banyak memerlukan pertolongan dari guru untuk merangsang minat mereka dalam belajar, kerana mereka mampu mendorong diri mereka sendiri. Kebanyakan pelajar akan mempunyai motivasi belajar jika kita menggunakan berbagai teknik untuk memotivasi mereka, namun ada pula sejumlah pelajar yang baru akan termotivasi jika kita melakukan usaha-usaha khusus bagi mereka. Oleh kerana itu kita sebagai guru hendaklah fleksibel dalam memakai berbagai pendekatan dalam merangsang minat pelajar dalam belajar, serta mampu menerapkan berbagai prinsip dan teknik yang berbeza sesuai dengan keperluan masing-masing pelajar .
Terdapat banyak cara untuk guru meningkatkan motivasi murid. Antaranya adalah
melalui aktiviti yang dapat menimbulkan motivasi intrinsik dalam diri murid.
Pelaksanaan sesi motivasi dapat menanam sikap yang positif dalam diri murid untuk
berjaya dalam pelajaran.
Cara kedua guru untuk meningkatkan motivasi murid adalah dengan memberi ganjaran.
Ganjaran seperti hadiah boleh diberikan kepada murid apabila berjaya meningkatkan
prestasi dalam ujian.
1.Ganjaran
Pelajar yang tidak mempunyai motivasi dalaman yang kuat boleh dimotivasikan secara
luaran dengan menyediakan pelbagai bentuk ganjaran. Antaranya, mengenal pasti
kebaikan dan kelebihan pelajar dan suburkanya dan mereka pasti akan mengulangi
kebaikan ini pada masa akan datang. Pelbagai bentuk ganjaran boleh diberikan seperti
hadiah, puji-pujian, markah bonus, dan sebagainya. Ganjaran bukan sahaja diberikan
terhadap pencapaian yang diperolehi tetapi juga terhadap usaha yang diberikan.
Berikan insentif agar pelajar berusaha untuk menguasai pengetahuan dan maklumat
tetapi juga bersaing antara satu sama lain untuk mendapat keputusan cemerlang dalam
peperiksaan. Ganjaran luar yang berkesan secara tidak langsung mampu menjana
motivasi dalaman pelajar.
2. Tetapkan Matlamat
Guru yang mengajar setiap mata pelajaran haruslah menetapkan matlamat bagi setiap
pelajarnya iaitu bagi setiap subjek yang dipelajarinya. Guru tersebut juga perlu
mengikuti perkembangan pelajar dan memastikan setiap pelajar mampu merealisasikan
matlamat masing-masing. Contohnya, bagi subjek Biologi, guru yang mengajar subjek
tersebut haruslah menetapkan matlamat kepada pelajar bahawa mereka harus faham
tentang topik yang diajar pada hari tersebut di akhir kelas. Jika matlamat tersebut tidak
dapat dicapai, guru harus membimbing pelajar supaya matlamat tersebut tercapai.
3. Mengambil Berat
Pelajar akan memberikan respon yang positif terhadap guru yang mengambil berat
mengenai diri dan masalah mereka. Memahami adalah lebih baik dari menghukum. Ada
ketikanya guru perlu bercerita mengenai pengalaman sendiri. Misalnyanya,
memberitahu kesilapan-kesilapan yang pernah dilakukan sebagai satu teladan untuk
pelajar. Keadaan ini kerana melalui cara ini dapat mewujudkan kemesraan antara
hubungan guru dan pelajar. Ada ketikanya guru perlu bertemu pelajar secara personal
untuk membuktikan yang guru benar-benar mengambil berat tentang mereka di
samping guru haruslah mencuri sedikit masa supaya sesi perbincangan secara
personal dapat dilakukan kepada semua pelajar.
4. Penglibatan Pelajar
Salah satu kunci motivasi diri ialah penglibatan aktif pelajar dalam pembelajaran. Guru
memainkan peranan untuk merangsang pelajar untuk terlibat dalam aktiviti seperti
perbincangan dalam kumpulan, penyelesaian masalah, aktiviti luar bilik darjah, dan
interaksi antara pelajar dan guru. Pelajar akan lebih bermotivasi apabila mereka
merasakan diri mereka penting dan diperlukan. Keadaan ini penting berikutan apabila
pelajar berasa diri mereka diperlukan secara tuntasnya mereka akan lebih bersemangat
untuk belajar dan berjaya. Oleh itu, kesemua pelajar perlu terlibat dalam setiap aktiviti
yang dilakukan.
5. Penuhi Keperluan Pelajar
Guru mestilah sedar bahawa setiap pelajar memerlukan daya hidup, kasih sayang,
kuasa memilih, keseronokan dan kebebasan. Contohnya, memberikan peluang kepada
pelajar memilih satu dari dua tiga tajuk untuk disiapkan atau memberikan mereka
membuat pilihan membuat tugasan berkumpulan mengikut tajuk pilihan sendiri. Seperti
yang diketahui, pelajar yang sedang melalui alam remaja lebih mahukan kebenasan
dan mahu individu lain memahaminya. Oleh itu, hubungan antara guru dan pelajar
haruslah berterusan supaya pelajar dapat berkomunikasi serta mewujudkan
silaturrahim baik dengan guru. Guru juga perlu menciptakan suasana pembelajaran
yang seronok dan menarik yang membolehkan mereka bebas menyumbangkan idea
dan ini akan mengaktifkan dan menaikkan semangat murid untuk berfikir dan
menghasilkankan idea baru.
6. Lebihkan Pembelajaran Visual
Berikan penerangan dalam bentuk visual agar pelajar mampu memahami dan
mengingati dengan lebih berkesan. Gunakan bahan-bahan seperti gambar, lakaran,
graf, carta, imej 3D, video, dan sebagainya. Berikan gambaran jelas dengan peta
konsep agar pelajar tahu kandungan penting tentang sesuatu bab dan dapat melihat
perkaitan antara subtopik dalam bab tersebut. Hal ini membolehkan pelajar membentuk
rangka asas terhadap sesuatu topik baru dan seterusnya menimbulkan minat dan
meningkatkan pemahaman mereka. Kini, kerajaan telah menyediakan prasarana ICT di
dalam kelas seperti projektor, LCD, dan skrin yang membolehkan guru
menggunakannya untuk menanyangkan video serta nota dalam bentuk powerpoint
yang berkaitan dengan subjek yang diajar di dalam kelas. Melalui kaedah ini, pelajar-
pelajar akan lebih memahami dengan jelas dan sekali gus menaikkan motivasi untuk
belajar dalam diri pelajar.
7. Gunakan Pelbagai Emosi Untuk Merangsang Pembelajaran Dan Motivasi
Kekuatan memori ada kaitannya dengan tahap emosi yang membentuk pengalaman
seseorang. Pelajar akan lebih mudah mengingat dan memahami sesuatu apabila
disertai dengan pendekatan emosi. Pelajar lebih bersedia untuk belajar apabila terdapat
unsur-unsur kepelbagaian emosi kerana mereka tidak akan mudah berasa bosan. Guru
haruslah mempelbagaikan watak, gaya, dan pendekatan demi menarik minat pelajar
terhadap apa yang ingin disampaikan. Hakikatnya, siapa guru tidak penting yang
penting ialah siapa mereka iaitu pelajar 10 hingga 15 tahun akan datang. Setiap
pendekatan emosi yang diambil sama ada marah, menghiburkan, tegas, dan
sebagainya tidak lain hanya sekadar lakonan yang tujuannya untuk membentuk dan
mendidik.
8. Strategi dan Teknik
Berikan kaedah kepada pelajar mengenai teknik pembelajaran berkesan, pengurusan
masa, kaedah membaca, kaedah mengambil nota, dan sebagainya. Tanamkan dalam
fikiran pelajar bahawa µBelajar Itu Mudah¶. Buangkan sebarang halangan mental
terhadap pelajaran akibat terpengaruh oleh pendapat orang lain. Contohnya, situasi ini
sering berlaku kepada pelajarpelajar tingkatan empat yang ingin membuat pilihan aliran
yang ingin diambil. Mereka sering terpemgaruh dengan pandangan rakan-rakan dan
senior-senior mereka yang mengatakan aliran sains adalah aliran yang paling sukar,
subjek Matematik Tambahan adalah subjek yang amat susah dan sebagainya. Mereka
tidak sepatutnya terus terpengaruh dengan andaian-andaian tersebut. Jadi, guru
haruslah memainkan peranan menjadi penasihat dan memberikan cadangan yang
sesuai seiring dengan keupayaan pelajar-pelajar tersebut.
9. Terima Pelajar Seadanya
Ramai guru berkata bahawa mereka lebih suka sekiranya pelajar rajin, pandai, gigih,
tekun, dan berdisiplin. Mereka tidak sanggup menerima kenyataan bahawa tidak semua
pelajar begitu serta . tidak memberikan perhatian kepada pelajar yang bermasalah.
Pelajar ini juga tidak dipedulikan kerana mereka menganggap pelajar tersebut sukar
dibentuk. Guru yang cemerlang akan terima pelajar seadanya dan menjangkakan
kejayaan untuk setiap pelajar. Hanya dengan memberikan yang terbaik sahaja seorang
guru akan merasa puas dengan kariernya. Ramai pelajar gagal kerana guru tidak yakin
dan memberikan ramalan awal bahawa mereka akan gagal.
KESIMPULAN
Secara konklusinya, pengurusan murid merangkumi aspek utama yang terdiri daripada
merekod murid, persediaan murid untuk belajar dan memotivasikan murid. Bagi
mendapatkan impak yang berjaya pengurusan murid disesebuah institusi pendidikan
tersebut haruslah dikendalikan dengan penuh komitmen dan kerjasama dari semua
pihak yang terlibat seperti jawatan tertinggi di sekolah yang mentadbir sekolah dan
dibantu pula oleh guru, kaunselor serta ibu bapa murid itu sendiri.
Suatu pengurusan murid yang baik dapat melahirkan murid yang cemerlang dan
mempunyai semangat untuk belajar yang tinggi kerana melalui rekod pelajar yang
dicatat oleh guru bagi seseorang pelajar merangkumi segala perkembangan,
kebolehan, kemajuan serta pencapaiaan murid. Maka, segala yang telah direkodkan
boleh dijadikan rujukan bagi guru dan ibu bapa untuk membantu memastikan murid
tersebut dapat mengekalkan prestasi akdemik dan juga sahsiah murid serta dapat
membantu pihak sekolah untuk menghubungi keluarga murid sekiranya berlaku perkara
yang tidak diingini kepada pelajar seperti kemalangan atau perkara yang berkaitan
displin.
Selain daripada itu, pengurusan murid juga dapat membantu menarik minat murid untuk
belajar kerana melalui persedian sebelum belajar yang telah disediakan oleh pihak
sekolah. Persedian yang dimaksudkan adalah persediaan dari segi kognitif, afektif dan
juga psikomotor. Hal ini dapat membantu murid untuk lebih bersedia dan berkeyakinan
sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Misalnya,
antara persediaan dari segi kognitif yang boleh disediakan adalah dengan
mendedahkan murid terhadap sukatan pelajaran dalam mata pelajaran yang akan
mereka pelajari. Secara tidak langsung, murid akan lebih bersedia untuk memulakan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Pengurusan murid yang sempurna juga melibatkan proses memotivasikan murid. Bagi
melengkapkan sebuah pengurusan murid yang baik, sesebuah sekolah haruslah peka
serta mengetahui cara-cara untuk memotivasikan murid. Antara insiatif yang boleh
dilakukan adalah dengan menempatkan kaunselor di sekolah tersebut. Memotivasikan
pelajar amat penting kerana perkara ini bukan sahaja untuk memotivasikan murid
supaya lebih cenderung di dalam akademik tetapi untuk menangani masalah displin
serta salah laku murid. Melalui pendekatan ini mungkin lebih sesuai untuk membentuk
akhlak dan sahsiah murid serta memotivasikan murid untuk lebih bersemangat untuk
belajar atau menghadapi sesuatu peperiksaan.
Seperti mana yang sering diperkatakan, sesuatu perkara tersebut tidak akan dapat
dijayakan sekiranya tiada kerjasama. Secara tuntasnya, kerjasama semua pihak
haruslah dipertingkatkan bagi memastikan pengurusan murid yang berkesan dapat
dilakukan kerana pengurusan yang berjaya akan menjadi pemangkin prestasi murid.
Pelaksanaan Motivasi Dalam Pdp
Bagi pendekatan Behaviourisme, Watson menyatakan bahawa persekitaran yang
mempengaruhi tingkah laku seseorang individu.
Ivan Pavlov pula mengatakan bahawa rangsangan akan menimbulkan gerak balas ( R-
G).
E.L.Thorndike menghasilkan Hukum Pembelajaran Thorndike iaitu Hukum Kesediaan,
Hukum Latihan dan Hukum Kesan.
Bagi B.F.Skinner pula,, beliau telah menghasilkan Teori Pelaziman Operan Skinner
yang mengukur pengaruh ganjaran dan dendaan.
Langkah pertama yang dapat diambil oleh guru dalam pengajaran dan
pembelajaran yang melibatkan murid – murid dengan pencapaian akademik yang
berbeza ialah menggunakan teknik soal jawab. Teknik ini sesuai untuk semua mata
pelajaran yang diajar di sekolah.Teknik ini dapat mewujudkan interaksi antara murid
dan guru secara aktif. Guru akan mengutarakan soalan dan murid akan cuba untuk
menjawabnya. Guru – guru perlulah menyediakan soalan yang pelbagai aras seperti
aras tinggi untuk murid cemerlang, soalan aras sederhana untuk murid sederhana dan
soalan aras rendah kepada murid lemah. Secara tidak langsung, murid – murid akan
cuba untuk berfikir secara kritis dan kreatif untuk menjawab soalan yang ditanyakan
oleh guru sebelum menjawab. Untuk murid yang cemerlang, guru boleh bertanyakan
soalan aras tinggi yang membawa kepada satu kesimpulan tanpa disedari oleh murid
sebelum sesuatu konsep diajar. Hal ini bertujuan untuk memberikan idea kepada murid
bahawa mereka telah memiliki maklumat tetapi perlukan bimbingan guru untuk
mengeluarkan idea. Untuk murid sederhana pula soalan ditanya selepas guru
menerangkan konsep. Bagi murid yang lemah, guru perlulah mengulangi konsep lebih
daripada sekali dan bertanyakan soalan yang sesuai dengan keupayaan mereka untuk
melihat sama ada mereka dapat menguasai sesuatu konsep yang diajar.
Langkah kedua yang dapat diambil oleh guru dalam pengajaran dan
pembelajaran yang melbatkan murid – murid dengan pencapaian akademik yang
berbeza ialah menggunakan teknik latih tubi. Latih tubi menekankan kepada
pengulangan bagi meningkatkan pemahaman dan juga penguasaan sesuatu konsep
dalam kalangan murid. Teknik ini sesuai untuk semua mata pelajaran khususnya untuk
mata pelajaran Matematik.Bagi murid yang cemerlang, guru boleh menyediakan set
soalan yang mengandungi soalan aras tinggi yang dapat mencabar pemikiran murid.
Soalan berbentuk pengayaan juga perlu diberikan kepada murid cemerlang.Bagi murid
sederhana, guru perlu membekalkan soalan yang mempunyai aras sederhana untuk
mengukur prestasi murid – murid dalam menguasai sesuatu konsep. Soalan berbentuk
pengukuhan perlu diberikan untuk meningkatkan lagi pemahaman murid. Bagi murid
yang lemah, guru perlu menyediakan set soalan yang mengandungi aras rendah. Guru
perlu memberikan bimbingan yang lebih kepada murid lemah untuk membantu mereka
menjawab soalan. Aktiviti yang dapat berkaitan dengan pemulihan dapat diserapkan
untuk membantu murid memahami sesuatu konsep dengan lebih mudah.
Langkah ketiga yang dapat diambil oleh guru dalam pengajaran dan
pembelajaran yang melbatkan murid – murid dengan pencapaian akademik yang
berbeza ialah menggunakan teknik bercerita. Teknik ini menggunakan gabungan
kemahiran mendengar dan bertutur. Teknik ini sesuai digunakan untuk pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran bahasa seperti Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Bagi murid cemerlang, guru boleh membekalkan gambar bersiri dan meminta mereka
untuk bercerita tentang gambar bersiri tersebut. Bagi murid sederhana, guru boleh
membekalkan gambar dan memberikan sedikit panduan seperti kata kunci. Murid yang
sederhana pencapaiannya akan menggunakan kata kunci yang diberikan oleh guru
untuk bercerita tentang gambar yang ditunjukkan. Bagi murid yang lemah, guru boleh
menyediakan gambar yang disertai dengan beberapa perkataan yang berkaitan dengan
gambar tersebut. Guru akan membimbing murid ini untuk bercerita tentang gambar
dengan menggunakan perkataan yang diberikan. Dengan menggunakan teknik ini,
semua murid dapat menyertai aktiviti yang dijalankan oleh guru dengan bercerita
mengikut keupayaan masing-masing.
Langkah keempat yang dapat diambil oleh guru dalam pengajaran dan
pembelajaran yang melibatkan murid – murid dengan pencapaian akademik yang
berbeza ialah menggunakan teknik main peranan. Teknik main peranan ialah lakonan
sesuatu situasi atau masalah. Murid akan diberikan peranan masing – masing untuk
menjayakan aktiviti main peranan. Terdapat beberapa jenis lakonan dalam teknik main
peranan iaitu lakonan spontan , lakonan berdasarkan permainan, lakonan bisu, lakonan
berkait, lakonan bersenikata, lakonan tidak bersengaja, lakonan bersengaja, lakonan
puisi, lakonan cerita dan lakonan patung (puppet). Teknik main peranan ini sesuai untuk
pengajaran dan pembelajaran bahasa seperti Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Bagi murid cemerlang, guru boleh memberikan kebebasan kepada mereka untuk
melakonkan sesuatu watak selepas berbincang dalam kumpulan. Mereka bebas untuk
menghasilkan skrip mengikut kreativiti. Bagi murid sederhana, guru boleh memberikan
panduan dengan memberikan kata kunci untuk mereka menghasilkan skrip dan
melakonkannya. Bagi murid lemah,guru boleh membantu murid untuk menghasilkan
skrip. Murid – murid akan menghafal skrip dan mempersembahkan lakonan mereka.
Teknik ini melibatkan semua murid dan memerlukan mereka mengambil bahagian
secara aktif. Secara tidak langsung, objektif pengajaran dan pembelajaran dapat
dicapai dan murid – murid juga akan berasa seronok sepanjang aktiviti berlangsung.
Dalam merancang aktiviti pengajaran yang berkesan dan bermakna kepada para
pelajar, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah yang akan
digunakan. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta
keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul. Di antara kaedah yang boleh
digunakan oleh guru ialah :
Kaedah sumbang saran
Kaedah tunjuk cara ( demonstrasi )
Simulasi atau kaedah pengajaran kumpulan
Kaedah perbincangan atau kaedah penyelesaian masalah
Kaedah projek
Kaedah projek yang diasaskan oleh John Deney misalnya, menggalakkan
pelajar
mempelajari sesuatu melalui pengalaman, pemerhatian dan percubaan. Pelajar merasa
seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan
bermakna. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan
kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara
berkesan. Penggunaan contoh-contoh adalah asas dalam pengajaran dan
pembelajaran kerana ia dapat melahirkan pemikiran yang jelas dan berkesan. Biasanya
seorang guru menerangkan idea-idea yang komplek kepada sekumpulan pelajar, guru
itu dikehendaki memberi contoh-contoh dan ilustrasi. Idea yang abstrak, konsep-konsep
yang baru dan susah, lebih mudah difahami apabila guru menggunakan contoh-contoh
dengan ilustrasi yang mudah dan konkrit. Misalnya, dalam bentuk lisan iaitu dengan
mengemukakan analogi, bercerita, mengemukakan metafora dan sebagainya. Contoh-
contoh boleh juga boleh ditunjukkan dalam bentuk visual, lakaran, ilustrasi dan lain-lain.
Model awal tentang amalan pengajaran guru yang berkesan telah dikemukakan
oleh Carroll. Menurut Carroll ( 1963 ) dalam ( Shahril 2002 ), pengajaran yang berkesan
dipengaruhi oleh lima faktor, iaitu sikap, kebolehan untuk memahami pengajaran,
ketekunan, peluang dan pengajaran yang berkualiti. Jika sikap pelajar terhadap
pelajaran adalah tinggi, ia mudah untuk memahami pengajaran maka pelajar akan
tekun belajar dan akhirnya mudah untuk memahami sesuatu konsep dan kemahiran.
Jika pengajaran guru itu baik maka pelajar akan belajar dengan mudah.
Walau bagaimanapun, model Carroll mempunyai kelemahan, faktor kualiti
pengajaran dan cukup peluang masa untuk pembelajaran dianggap di bawah kawalan
guru. Sikap, kebolehan untuk memahami pengajaran dan ketekunan untuk belajar pula
dianggap di bawah kawalan pelajar. Oleh itu, kedua-dua aspek di bawah kawalan guru
dan pelajar mesti seiring untuk menghasilkan keberkesanan dalam pengajaran. Slavin (
1994 ) dalam ( Shahril, 2002 ) telah membina model pengajaran berkesan yang baru
yang memberi penekanan hanya kepada faktor pengajaran guru sahaja. Terdapat
empat faktor yang mempengaruhi pengajaran berkesan, iaitu kualiti pengajaran,
kesesuaian aras pengajaran, insentif dan masa.
Kualiti pengajaran bermaksud keupayaan guru untuk menyampaikan pengajaran
atau konsep atau kemahiran yang mudah difahami dan diingat serta menyeronokkan
pelajar. Dalam kajian mengenai amalan pengajaran guru yang berkesan Shahril
( 2002 ) menyatakan guru perlu menyampaikan isi pengajaran secara tersusun dan
sistematik. Shahril juga menjelaskan guru perlu menggunakan bahasa dan penerangan
yang jelas, memberi contoh-contoh yang berkaitan , penekanan kepada isi-isi penting
dan pelajaran yang perlu dikaitkan dengan pengetahuan dan pengalaman sedia ada
pelajar serta memberi perhatian terhadap penggunaan alat bantu mengajar bagi
menerangkan sesuatu konsep. Selain itu, objektif pelajaran hendaklah jelas dan
khusus, isi kandungan adalah mencukupi dan akhir pada sesuatu pelajaran, guru perlu
mengadakan penilaian atau peperiksaan.
Aras pengajaran yang sesuai bermaksud pengajaran mestilah sesuai dengan
kebolehan dan keupayaan pelajar. Jika aras pengajaran guru tinggi, pelajar yang lemah
tidak dapat mengikutnya, akhirnya mereka akan ketinggalan dalam pelajaran. Apabila
aras pengajaran itu rendah, pelajar-pelajar yang cerdik tidak akan memberikan
tumpuan terhadap pengajaran guru. Ini akan merugikan pelajar yang cerdik, kerana
guru terpaksa menumpukan lebih banyak masa kepada pelajar yang lemah. Salah satu
cara untuk mengatasinya ialah guru perlu mengumpulkan pelajar yang cerdik ke dalam
satu kumpulan dan pelajar yang lemah dalam satu kumpulan yang lain berdasarkan
kebolehan dan penguasaan sesuatu kemahiran. Guru juga boleh mengadakan
pengajaran secara individu.
Namun menurut Hartley ( 1977 ) dan Horak ( 1981 ) dalam ( Shahril, 2002 )
pengajaran secara individu tidak dapat menunjukkan kesan yang positif terhadap
pencapaian pelajar. Satu cara pengajaran-pembelajaran yang berkesan ialah melalui
pembelajaran secara koperatif yang mengumpulkan pelajar yang lemah dengan pelajar
yang pandai, dan pelajar yang cerdik akan membimbing pelajar yang lemah dalam
kumpulannya. Dengan itu, guru akan dapat mengajar dan memberi tumpuan
sepenuhnya kepada pengajaran. Kajian oleh Beginning Teacher Evaluation Study
dalam ( Shahril, 2002 ) menunjukkan masa yang diperuntukkan kepada sesuatu mata
pelajaran tidak memberi kesan kepada pencapaian pelajar apabila masa itu diukur pada
peringkat kelas. Kajian oleh Kavweit ( 1989 ) dalam ( Shahril, 2002 ) tentang ‘engaged
time’ atau ‘time-on-task’ menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di dalam
pencapaian pelajar dalam bidang akademik.
Insentif bermaksud keupayaan guru untuk memberi motivasi kepada pelajar
untuk terus belajar dan menyiapkan kerja-kerja yang diberi oleh guru. Terdapat dua
cara untuk guru memberikan motivasi kepada pelajar supaya terus belajar. Pertama,
guru perlu menyediakan pengajaran yang boleh menarik minat dan menyeronokkan
pelajar dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pelbagai alat Bantu Mengajar
(ABM). Kedua, guru boleh memberi insentif kepada pelajar dengan cara memberikan
ganjaran atau pujian kepada pelajar yang dapat menguasai sesuatu kemahiran atau
memberi dendaan kepada pelajar yang tidak dapat menguasai sesuatu kemahiran.
Masa pengajaran-pembelajaran bermaksud masa yang mencukupi untuk pelajar
mempelajari sesuatu konsep atau kemahiran. Pada kebiasaannya, pengajaran guru
dipengaruhi oleh dua faktor masa yang diperuntukkan oleh pihak sekolah kepada guru-
guru untuk mengajar sesuatu mata pelajaran, masa tugasan atau ‘engaged time’ yang
bermaksud masa yang guru gunakan untuk mengajar dan masa yang pelajar gunakan
untuk belajar bagi mendapatkan ilmu pengetahuan atau kemahiran.
Dunn, R. dan Dunn, K. dalam bukunya yang berjudul Teaching Students
Through Their Individual Learning Styles dalam ( Naina, 2000 ) menyatakan
kekaguman mereka apabila mendapati adanya begitu banyak penulisan pada tahun
1970an yang menyokong pendapat bahawa setiap murid belajar mengikut cara-caranya
yang tersendiri, berbeza dengan rakan sebayanya.
Berdasarkan data yang diperolehi hasil daripada kajian mereka mengenai cara-
cara bagaimana kanak-kanak dan orang dewasa belajar, Dunn dan Dunn mengkategori
gaya pembelajaran kepada 18 kategori berdasarkan unsur-unsur asas yang
kemudiannya diklasifikasikan kepada empat perkara sahaja berdasarkan rangsangan.
Motivasi adalah salah satu unsur dalam rangsangan emosional.
Noels, K. A. 2002. New Orientations in Language Learning Motivation: Towards a
Model of
Intrinsic, Extrinsic and Integrative Orientations and Motivation. In Dornyei, Z. &
Richards, S. (pnyt.) Motivation and Second Language Acquisition. Honululu:
University of Hawaii Press. Hlm. 43-68.
Top Related